The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PSV3_CHOO KAR HONG_KK1 (LATEST)_PSVK3093

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yeewanhoo, 2022-04-17 10:27:48

PSV3_CHOO KAR HONG_KK1_PSVK3093

PSV3_CHOO KAR HONG_KK1 (LATEST)_PSVK3093

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN,
14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( PISMP )

AMBILAN JUN 2020
TUGASAN 1 PSVK 3093

Nama Pelajar : Choo Kar Hong

Angka Giliran : 2020302340248

No. Kad Pengenalan : 010912-08-0824

Kumpulan : 5 PISMP Ambilan Jun 2020

Kod dan Nama Kursus : PSVK3093 Membentuk dan
Membuat Binaan, dan Mengenal
Kraf Tradisional

Tajuk Tugasan Projek : Tugsan 1 - ePortfolio

Nama Pensyarah Akademik : Dr. Norhayati binti Musa

Tarikh Hantar : 22 March 2022

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Saya, Choo Kar Hong dengan ini mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas kerja khusus
saya daripada pensyarah.

Tandatangan: KarHong Tarikh: 22 March 2022

Isi Kandungan Muka Surat
1 – 11
Bil. Tajuk
1. 4 Bidang Dalam Pendidikan Seni Visual 12 – 23

- Bidang Menggambar 24
- Bidang Membuat Corak dan Rekaan 25 – 28
- Bidang Membentuk dan Membuat Binaan 29 – 32
- Bidang Mengenal Kraf Tradisional 33 – 35
2. Aktiviti Bagi Setiap Bidang Pendidikan Seni Visual 36 – 37
- Bidang Menggambar (Catan) 38 – 39
- Bidang Membuat Corak dan Rekaan (Pualaman)
- Bidang Membentuk dan Membuat Binaan (Arca Asemblaj) 40
- Bidang Mengenal Kraf Tradisional (Tenunan) 41
3. Sumber Ilham (Dapatan daripada Taman Botani, Pulau Pinang) 42
4. Lakaran Sumber Ilham 43
5. Perkembangan Idea 43
6. Kajian Komposisi 44
7. Kajian Warna 45
8. Penerokaan Media Catan 46 – 50
9. Karya Akhir (Catan)
10. Karya Akhir (Tenunan)
11. Apresiasi Karya Tenunan
12. Teknik yang digunakan dalam Karya Catan dan Tenunan
13. Media yang digunakan dalam Karya Tenunan
14. Langkah-langkah Penghasilan Karya Tenunan
15. Sumber Rujukan
16. Lampiran

4 Bidang Dalam Pendidikan Seni Visual

Bidang Menggambar

Pengenalan Definisi Menggambar

Bidang menggambar merupakan bidang yang paling asas dalam Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej
bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi
Seni Visual KBSR dan KSSR. Bidang ini disediakan untuk memberi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.
pengetahuan dan kemahiran menggambar dengan menggunakan Ia juga merupakan sesuatu gambaran mental yang jelas dan
pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar kepada pemberitahuan serta imej mental seseorang. Selain itu, menggambar
murid-murid. Justeru itu, bidang ini lebih memberi penekanan kepada juga mengandungi illustrasi yang digunakan untuk menerangkan
aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi sebagai satu cara dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Gambar telah dijadikan
untuk menghasilkan bidang menggambar. Antara tujuan sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap
menggambar ialah menggalakkan murid meneroka beberapa teknik sesuatu imej atau objek.
yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar. Bidang ini
merangkumi penghasilan karya lukisan, catan, kolaj, mozek, montaj, Penggunaan alat dan bahan
resis, stensil, gurisan, gosokan dan sebagainya.
Untuk menghasilkan sesuatu karya seni yang baik, ia memerlukan
penggunaan alat dan bahan yang sesuai dan bail. Alat dan bahan yang
asas biasa digunakan oleh seseorang untuk menggambar adalah seperti
berikut: Kertas, pensil, warna, gam, krayon, gunting dan lain-lain.

Aktiviti Bidang Menggambar

Lukisan
Lukisan dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai drawing yang merupakan peringkat awal sebelum catan
dihasilkan. Teknik lukisan menggunakan media kering seperti pensel, krayon arang atau campuran
antara kedua-duanya. Melukis menunjukkan keaslian bakat seseorang inidividu dalam karya yang
dihasilkan selain menjadi medium untuk meluahkan perasaan dan pendapat. Lukisan ialah karya yang
dihasilkan daripada garisan yang membentuk imej dengan media kering. Lukisan biasanya dihasilkan
secara spontan dengan campuran media kering.

Catan

Catan ialah proses melukis dengan menggunakan bahantara pewama dengan cecair seperti air atau minyak
yang dicampur dan diaplikasikan pada permukaan kanvas, kertas, dinding, kayu dan sebagainya mengikut
kesesuaian pelukis. Media yang sering digunakan dalam catan adalah seperti cat air, cat minyak, akrilik dan
tempera. Terdapat beberapa teknik mewarna untuk menghasilkanan catan ialah teknik menggunakan wama
cair seperti 'basah atas kering', 'basah atas basah' dan ‘kering atas basah’. Selain itu, teknik menggunakan
wama pekat atau legap seperti impasto, scumbling, hard edge dan glazing turut menjadi pilihan ramai pelukis.

Kolaj

Kolaj berasal daripada bahasa Perancis, iaitu coller yang bermaksud menampal dan gam. Teknik ini merupakan cara
menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan daripada gubahan bahan seperti kertas, bahan buatan manusia dan
bahan semulajadi terhadap sesuatu permukaan secara bebas atau bertindih. Pada kebiasaannya, bahan yang berlainan
sifat atau jalinan dapat memberi pelbagai kesan terhadap isi kandungan dan penyampaian gambar. Antara bahan yang
boleh digunakan dalam kolaj ialah manik, potongan kertas, cebisan kain, kekacang seperti kacang dan sebagainya.

Montaj

Teknik ini menggunakan potongan gambar daripada majalah atau kertas surat khabar. Potongan gambar itu
disusun berpandukan pada tema yang dipilih seperti kecintaan, alam sekitar, peperangan dan sebagainya.
Pemilihan warna dalam teknik montaj adalah harmoni atau kontra bertujuan untuk menarik perhatian pemerhati.

Mozek
Teknik mozek adalah satu cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menampal bahan seperti
kertas warna yang dipotong segi empat atau sebagainya, kepingan plastik, jubin atau pecahan seramik.
Kesemua bahan ini digubah secara tersusun dan tidak bertindih dan kepingan bahan yang diulang secara
tidak bertindih ini memberi kesan khas terhadap gubahan hingga terhasilnya teknik mozek.

Gurisan

Gurisan merupakan teknik yang menggunakan sesuatu alat tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan
yang lembut pada sesuatu permukaan. Permukaan kertas yang disapu dengan warna krayon pelbagai warna
secara berlapis-lapis akan mewujudkan warna yang pelbagai. Kemudian warna tersebut akan ditutupi
dengan warna hitam. Seterusnya proses gurisan bermula dengan alat yang keras atau tajam seperti kayu,
paku atau lidi boleh digunakan untuk mengguris bagi menghasilkan gambar mengikut kehendak pengkarya.

Resis

Resis ialah satu teknik yang menggunakan lilin atau krayon untuk menghasilkan ilustrasi gambar. Lilin atau
krayon tersebut digunakan untuk melukis atau menutup sesuatu kawasan permukaan seperti melukis di atas
kertas lukisan. Warna air disapu di atas permukaannya dan kawasan yang mempunyai lilin tidak akan terkena
warna kerana kalis air.

Gosokan

Gosokan adalah satu cara paling mudah untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan.
Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil.
Hasil cetakan dibuat dengan menggosok pensil warna, pensel, dakwat atau kapur ke atas sekeping kertas
yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan seperti duit syiling akan menghasilkan corak duit
syiling.

Bidang Membuat Corak Dan Rekaan

Definisi Corak

Corak ialah susunan motif berulang yang dihasilkan sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Melalui teknik yang berbeza, corak
boleh dibahagikan kepada dua, iaitu corak terancang dan corak tidak terancang.

Motif dan corak

Motif merupakan rupa atau bentuk yang dicipta berdasarkan alam benda atau alam semulajadi dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Corak
tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

Corak Terancang

Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasil kan corak yang
mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Contoh aktiviti menghasilkan corak terancang
adalah kolaj, mozek, capan, stensil dan resis.

Bil. Teknik Alat Dan Bahan Proses Hasil

1. Lukisan Pensil warna/media kering, Lukis dengan pelbagai teknik media Mengikut

kertas kering kreativiti

2. Catan Warna air/cat minyak Mewarna objek yang dilukis dengan Mengikut

cat air kreativiti

3. Capan Warna, kentang yang diukir, Mewarna objek ukiran dan menekap Mengikut

berus dan kertas objek ke atas kertas lukisan kreativiti

4. Lipatan dan Kertas warna, gunting, gam, Kertas warna yang dilipat, digunting Mengikut

guntingan kertas lukisan mengikut gubahan dan corak terhasil kreativiti

yang ditampal

5. Resis Lilin/krayon, kertas lukisan, Melukis objek dengan lilin dan Mengikut

warna, air mewarnakan objek kreativiti

6. Kolaj Kertas warna, kertas lukisan, Kertas guntingan ditampal ke atas Mengikut

gunting, gam, pensil objek yang dilukis kreativiti

7. Mozek Kertas warna, kertas lukisan, Kertas guntingan ditampal tanpa
gunting, gam, pensil bertindahan ke atas objek lukisan
yang dilukis Mengikut
kreativiti

Corak Tidak Terancang atau bebas

Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup,
mengayak, menggolek dan sebagainya. Contoh aktiviti menghasilkan corak tidak terancang adalah pualaman, gurisan, titisan, resapan, lipatan
dan celupan.

Bil. Teknik Alat dan Bahan Proses Hasil

1. Pualaman Kertas, cat kilat, Isikan air dan masukkan cat kilat serta kacau. Mengikut

air dan besen Terapkan kertas di permukaan. kreativiti

2. Tiupan Straw, warna air Sedutkan warna air dan tiupkan ke Mengikut

dan kertas permukaan kertas. kreativiti

3. Titisan Lilin, warna dan Titiskan lilin ke atas kertas supaya Mengikut

kertas meninggalkan kesan. kreativiti

4. Ikatan dan Kain, tisu dan Ikat tisu atau kain dan celupkan warna. Mengikut

Celupan warna kreativiti

5. Renjisan Warna air, kertas Renjiskan campuran warna ke atas kertas. Mengikut

dan berus gigi kreativiti

6. Percikan Warna air, kertas Percikan warna air ke atas kertas dengan Mengikut

dan berus gigi menggunakan berus gigi. kreativiti

Bidang Membentuk dan Membuat Binaan

Definisi bidang membentuk dan membuat binaan
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan merupakan salah satu aktiviti yang mengandungi karya yang berbentuk 3 dimensi. Berdasarkan
rekaan bentuk tersebut, pelbagai jenis kraf boleh dihasilkan. Bidang ini juga boleh mengembangkan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi
ruang, bentuk, imbangan, struktur dan kestabilan.
Alat dan bahan yang diperlukan
Antara bahan yang boleh digunakan bagi aktiviti membentuk dan membuat binaan yang sesuai untuk murid pra sekolah ialah plastersin, tanah
liat, tepung, paper mache, straw minuman, bahan guna semula seperti botol minuman, kotak kosong, plastik barang dan sebagainya..

Akriviti Bidang Membentuk dan Membuat Binaan

Arca Mobail
Mobail sering dijadikan sebagai bahan perhiasan.Ia boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-
awang. Pelbagai bahan boleh digunakan seperti kertas, kulit siput

Arca Stabail
Bermakna statik, kukuh, mantap. Binaan yang teguh berasaskan binaan. Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut
kreativiti murid.Ia boleh digantung di dinding, tingkap atau pintu siling. Pelbagai bahan boleh digunakan untuk
menghasilkan arca stabail.

Arca Asemblaj
Merupakan himpunan bahan-bahan yang dibina dengan kukuh dan mempunyai daya estetik yang menimbulkan suatu
makna.Ia boleh dihasilkan secara kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.

Model
Merupakan aktiviti yang menghasilkan sesuatu dengan mengikut bentuk sebenar dan nisbahnya berbeza
samada dibesarkan atau dikecilkan.Contohnya seperti model rumah, model kenderaan dan sebagainya.

Boneka
Boneka adalah sejenis permainan kanaka-kanak yang boleh digerak, dilakonkan oleh pemain samada
secara sentuhan atau arahan.Contoh boneka seperti boneka sarung tangan, boneka lidi dan sebagainya.

Topeng
Merupakan artifak yang dipakai di muka untuk perlindungan, persembunyian, persembahan atau
menghiburkan. Contoh topeng seperti topeng mata, topeng muka dan sebagainya.

Diorama
Sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek.Objek yang
dihasilkanboleh disusun, digantung, didirikan atau dilekatkan pada tapak dan dinding

Origami
Merupakan seni lipatan kertas yang diperkenalkan di Jepun.Ia berasal dari perkataan Jepun iaitu ORIKAMI.
Ia hanya perlu dilipat dan disisip tanpa memerlukan gam.

Bidang Mengenal Kraf Tradisional

Definisi kraf
Perkataan kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat
atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau melalui pengusaha kecil.
Definisi tradisional
Menurut atau merupakan tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi

Definisi kraf tradisional
Kraf tradisional bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi kesatu
generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran, anyaman, wau dan sebagainya.

Aktiviti Kraf Tradisional

Batik
Batik merupakan sejenis produk kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mencelup kain.
Produk ini berasal dari Indonesia dan nama batik terhasil daripada perkataan bahasa Jawa, iaitu tik
yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Kini, perusahaan batik merupakan kraftangan popular
yang masih diusahakan hingga ke hari ini dan telah berkembang dengan pesatnya hingga menjadi
industri kampung yang penting terutamanya di Terengganu dan Kelantan.

Alat Permainan
Alat permainan tradisional bermaksud alat permainan tradisi yang kebiasaannya
dimainkan untuk mengisi masa lapang orang dahulu selepas penat bekerja. Antara alat
permainan yang terkenal sehingga kini adalah seperti gasing, wau, congkak, batu
seremban, sepak raga dan sebagainya.

Tembikar
Seni tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat. Hampir semua tembikar yang

dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian, upacara kematian dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh
masyarakat peribumi di Sarawak.

Tenunan
Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli
antara benang loseng (yang menunggu) dengan benang pakan (yang mendatang) untuk
dijadikan sehelai kain.Seni tenunan merupakan warisan yang terus mendapat tempat istimewa
dalam kebudayaan Nusantara.

Ukiran
Ukiran ertinya mengukir sesuatu bahan seperti kayu dengan menggunakan alat mengukir. Pahat merupakan alat

terpenting untuk seni ukiran kayu. Ukiran kayu dianggap sebagai hasil kreativiti orang-orang melayu yang
unik dan berseni

Anyaman
Anyaman bermaksud proses menyilang bahan daripada tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat
dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan
mengkuang, jut dan sebagainya. Kesemua bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan dilentur. Aktiviti
menganyam telah diamalkan oleh masyarakat sejak dahulu lagi dan kebanyakannya menjurus kepada
barangan seperti tikar, bakul, kelarai dan tudung saji.

Aktiviti Setiap Bidang PSV

Bidang Menggambar - Catan

Definisi

Salah satu hasil seni yang menggunakan media basah dan disapukan pada sesuatu pemukaan. Aliran-aliran seni catan di barat
Media basah terdiri daripada cat seperti cat akrilik,cat poster,cat minyak dan cat gouce. Biasanya
permukaan bagi penghasilan catan adalah kertas atau kanvas.Walau bagaimanapun, penghasilan - Klasik
catan tidak terbatas di atas kertas dan kanvas. Contohnya, bagi seni catan kontemporari pelbagai - Barroque
permukaan boleh digunakan sedperti pada permukaan kayu atau besi. - Romanticisme
- Impressionisme
Sejarah Seni Catan - Post-Impressionisme
- Ekspressionisme
Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanya - Kubisme
menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan dalah seperti mozek dan fresko. - Surelisme
Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga - Seni Pop
ke abad ke-18. Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air, tempera dan fresko. Pada kurun
ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran

Media Catan

Jenis Media Bahanaara Teknik Kesesuaian
Bil Catan Permukaan

1 Cat Air Air - Basah atas basah Kertas khusus
- Basah atas kering
- Kering atas kering untuk catan cat air
- Kering atas basah

2 Cat Minyak Turpentin/Minyak - Titik/pointilisme Kain kanvas
Linsid - Sapuan tebal/impasto
- Cat tepat/hard edge
- Melembut/scumbling
- Kilauan/glazing

3 Cat Poster Air - Campuran warna tebal dan nipis Kertas

- Warna mudah merekah jika sapuan warna terlalu tebal

- Boleh mendapatkan kesan seperti teknik cat minyak

4 Cat Guace Air - Campuran warna tebal dan nipis Kertas
- Boleh mendapatkan kesan seperti cat minyak

5 Cat Akrilik Air - Campuran warna tebal dan nipis Kertas kanvas, kain
- Boleh mendapatkan kesan seperti teknik cat minyak kapas, kertas

6 Cat Air - Campuran warna tebal dan nipis Kain kanvas,
- Boleh mendapatkan kesan seperti teknik cat minyak
Tempera kertas, papan lapis

Aliran Seni Catan Di Barat Contoh Karya

Olahan Karya

Gerakan aliran - Karya mementingkan kesempurnaan (ideal)
seni catan di
- Kebanyakan karya yang dihasilkan ialah catan dan arca. Monalisa
Barat
Renaisans - Hal benda: Figura manusia, imej agama Kristian/Bible, sejarah Oleh Leornardo da Vinci
(Tahun 1300-
- Teknik utama dalam karya catan : Chiaroscuro, Sfumato Koleksi Galeri Musee
1600M)
- Media utama catan: fresko, cat minyak, tempera du Louvre, Paris
Baroque
(1600-1800M) - Media utama arca: batu marmar

Rokoko - Kebanyakan karya mempunyai olahan imej dengan aksi-
(1600-1800M)
aksi yang menampilkan kehebatan figura manusia dalam

gaya tertentu. Aeneas Flees Burning Troy

- Hal benda: Imej keagamaan yang bersifat ilusi atau khayalan, Tahun 1598

figura manusia dan latar belakang landskap Federico Barocci

- Teknik utama: Tenebrism – Lanjutan daripada teknik

chiaroscuro

- Kebanyakan karya mempamerkan imej dengan tema alam

semula jadi, keceriaan, percintaan, kisah cinta, petikan watak,

keagamaan. Pair of Lovers Group

- Salah satu teknik yang sering ditampilkan dalam aliran ini ialah Tahun 1760

teknik secco su fresc, iaitu campuran mineral/telur/kuning Franz Anton Bustelli

telur yang dimasukkan ke dalam pigmen plaster. Ia bertujuan

untuk menguatkan pigmen plaster yang masih basah.

Romantisisme - Menyatakan ekspresi dan emosi melalui watak-watak tertentu yang
(1800-1850)
digambarkan dalma karya
Realisme
(1850-1880) - Hal benda: Figura manusia dengan berlatarbelakangkan landskap, The Third of May 1808

Impressionisme alam benda, ruang dalaman bangunan atau alam semula jadi Tahun 1814
(1870-1880)
- Tema: Imej sejarah, keindahan landskap, perasaan simpati, kejujuran Francisco Goya

dan suasana perang

- Media utama catan: cat minyak

- Menolak gambaran secara tradisional dan fiksyen

- Hal benda: Rakaman alam semula jadi dan situasi sebenar kehidupan The Meeting/

harian, mempunyai cerita dan menolak imej fantasi Bonjour, Monsieur Courbet

- Media utama catan: Cat minyak Tahun 1819-1877

- Pengelolahan karya menumpukan kepada olahan pencahayaan yang Jean Desire Gustave Courbet

mewujudkan kesan kontra gelap dan cerah serta komposisi yang Catan Cat Minyak

menarik.

- Menolak gambaran secara tradisional dan khayalan dalam

keagamaan

- Hal benda: Rakaman alam semula jadi, kehidupan seharian dan Girl with a Hoop

benda-benda di persekitaran seperti imej landskap yang indah, Tahun 1885

kanak-kanak comel serta wanita-wanita cantik Pierre-Auguste Renoir

- Teknik: merakam imej pada pengamatan dan pemerhatian secara Catan Cat Minyak

terus pada suasana/objek yang sebenar

- Cahaya ialah penentu kepada sesuatu keadaan dan suasana

- Cahaya penting bagi menimbulkan mood.

Post- - Menolak gambaran secara tradisional dan khayalan dalam keagamaan
Impressionisme
dan mula menonjolkan imej daripada emosi pelukis
(1880-1905)
- Hal benda: Rakaman alam semula jadi, kehidupan seharian dan benda- Bedroom in Arles
Ekspressionisme
(1902-1907) benda di persekitaran Tahun 1888

Kubisme - Teknik: Gabungan warna yang mementingkan kajian bentuk sesuatu Koleksi: Van Gogh
(1906)
benda, ekspresi emosi melalui gabungan warna dan bersifat individu Museum

- Media utama catan: Cat Minyak

- Mementingkan ekspresi/emosi/perasaan dalam pengelolahan karya

- Hal benda: Tiada imej spesifik

- Teknik: Imej dipermudahkan, diolah secara ekspresif, melahirkan luahan Rehe im Whale

perasaan Tahun 1914

- Komposisi yang digunakan adalah pelbagai dan lebih bebas daripada Franz Marc

aliran sebelumnya serta tidak terikat.

- Media utama catan: Cat minyak/media campuran

- Pengkarya cuba mencipta objek yang berbeza dengan objek sebenar

dari segi bentuk, komposisi, atau pengelolahan ruang

- Mempunyai olahan ruang perpekstif baharu, bertindahan, satah yang Les Demoiselles

dipecahkan serta olahan perspektif yang berbeza dari ruang perspektif d’Avignon

tiga dimensi sebenar Tahun 1907

- Gambaran satah objek yang lebih bersifat rata/dua dimensi Pablo Picasso

- Penggunaan ruang cetek antara objek serta menggambarkan bahagian

yang terlindung dalam tampak telus.

Surrealisme - Gaya baharu yang seolah-olah membawa manusia/audiens jauh dari
(1920-an)
dunia realiti dan ke alam fantasi.
Seni pop
(1960-an) - Memberi fokus kepada naluri yang membawa minda manusia ke The Persistance of

imbauan/alam bawah sedar dan tanpa sempadan realiti Memory

- Olahan imej dalam karya tidak terikat dengan format tertentu, lebih Tahun 1931

bersifat penonjolan psikologi individu/pengkarya. Salvador Dalí

- Subjek yang ditonjolkan berkaitan dengan sesuatu yang

komersial/imej popular seperti artis

- Menampilkan tema tentang kritikan sosial berkaitan dengan sesuatu Contoh karya

yang menjadii kegemaran/disukai/disanjung oleh masyarakat aliran seni pop

- Media utama catan: Cat minyak dan media campuran

Aliran Pascamoden - Bersifat globalisasi, kepelbagaian, majmuk/pluralisme
(Bermula sejak 1965)
- Tema adalah bebas, tidak terikat serta bersifat individual/masyarakat 90° Village

atau gabungan kedua-duanya. Tahun 1982

- Pengunaan tema, hal benda, kaedah serta gaya olahan adalah bebas Peter Angermann

dan tidak terikat.

Bidang Membuat Corak Dan Rekaan – Pualaman

Definisi Pualaman

Pualaman merupakan corak yang dihasilkan dari campuran warna yang diterapkan ke atas permukaan seperti kertas atau kain.

Langkah-langkah Penghasian Pualaman Alat dan Bahan
1. Campur gaul beberapa jenis warna cat minyak dengan turpentine dalam bekas tersebut.
2. Sediakan bekas berisi air lebih kurang 1/3 tinggi. - Cat minyak
3. Tuang sedikit minyak tanah supaya terapung di permukaan air. - Kaca
4. Masukkan cat minyak yang agak cair setitik demi setitik. Gunakan kombinasi warna yang - Pisau Palet
menarik. - Bekas Berisi Air
5. Gunakan lidi atau sikat untuk menari tompok warna supaya bercantum dengan warna lain - Kertas Lukisan (agak tebal)
sehingga wujudnya corak yang menarik. - Penipis (Thinner)
6. Letak kertas lembut di atas permukaan air dan kemudian biarkan sebentar.
7. Tarik kertas bercorak perlahan-lahan dan kemudian biarkan kering.
8. Baki warna di atas air perlu dibersihkan (diresap) dengan jalur surat khabar yang dipotong.

Bidang Membentuk dan Membuat Binaan – Arca Asemblaj

Definisi Arca Asemblaj

Merupakan himpunan bahan-bahan yang dibina dengan kukuh dan mempunyai daya estetik yang menimbulkan suatu makna. Ia boleh dihasilkan secara
kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan. Aktiviti menghasilkan arca asemblaj mampu menerapkan nilai menghargai alam sekitar di dalam diri murid-murid.
Selain itu, ia juga dapat menjimatkan bajet untuk membeli bahan baru bagi dijadikan karya seni dan memberikan impak yang positif terhadap penjagaan alam
sekitar.

Alatan Untuk Menghasilkan Arca Asemblaj Pengkarya: Prof. Ramlan Abdullah
Tajuk: Wahdah
1. Playar – Playar memotong, Playar muncung, Playar pengapit Tahun:1997
2. Gunting dawai/zing- Gergaji besi Bahan: Stainless Steel
3. Ragum – Ragum apit, Ragum Meja
4. Alat Pemgimpal termasuk bahan pematri, kepingan logam, besi dan bar besi
5. Pemotong besi – Gergaji besi elektrik
6. Tujuk besi, Tukuk kayu, Ganden Kayu, Tukul kepala muncung

Bahan Untuk Menghasilkan Arca Asemblaj Pengkarya: Raja Shahriman Raja Azidin
Tajuk: Langkah Hulubalang Series
1. Aluminium Tahun:2009
2. Plaster of Paris
3. Besi Pengkarya: Mat Anuar Ismail
4. Timah Tajuk: Pemain Rebat No. 1
5. Besi waja Tahun:1991
6. Bongkah kayu Bahan: Ukiran Kayu
7. Tanah liat

Bidang Mengenal Kraf Tradisional – Tenunan

Definisi Tenunan

Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli antara benang loseng (yang menunggu) dengan
benang pakan (yang mendatang) untuk dijadikan sehelai kain.

Bahan dan Alat

Bahan: Benang, Pewarna

Alat: Kek tenunan, kek mengarat, rahak, peleting buluh (bobbin), lidi daun kelapa, papan gulung, anak kayu, dua belira, sikat dan jentera, jarum
culik, batang anak kayu, kayu karat, benang losen, lidi nibung atau buluh, darwin pakan, darwin benang emas, cuban, torak pakan, torak benang
emas dan sumbi.

Jenis Tenunan

Tenunan Pua

Tenunan Pua diusahakan oleh kaum Iban di Sarawak. Alat tenunan tradisional ini dinamakan kei tumpah.
Tenunan pua dikaitkan dengan cara hidup masyarakat Iban. Kerja menenun itu dilakukan sendiri mengikut adat,
penenun mesti akur pada petua dan pantang larang. Antara jenis tenunan pua ialah pua mata, pua rara dan pua
kumbu. Kebanyakan corak yang digunakan adalah berunsurkan tumbuh-tumbuhan dan binatang. Warna utama
yang digemari adalah merah tua, coklat, kuning dan hitam. Kini, kegunaan kain pua dipelbagaikan seperti hiasan
dinding, beg tangan, kulit fail, alas meja dan sebagainya.

Tenunan Benang Kapas

Tenunan ini adalah tenunan biasa termasuk dalam kelompok tekstil sederhana iaitu jenis awal yang ditemui di
wilayah budaya tekstil Melayu pesisir. Tekstil ini khususnya yang diperbuat daripada kapas dipakai oleh
kalangan rakyat biasa. Tenunan biasa berhias corak hasil jalinan tenun benang pakan dan loseng berwarna.

Tenunan Songket

Songket adalah lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kreativiti tukang
tenunan terselah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik. Di zaman silam, motif dan warna
yang terdapat pada tenunan songket melambangkan strata atau kedudukan seseorang. Keanggunan kain songket selain
dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk memperaga seni budaya, ia juga turut diilhamkan dalam bentuk dimensi baru
seperti penghasilan songket dalam bentuk bag tangan, kasut, hiasan dinding, kusyen, bingkai gambar dan sebagainya.

Tenunan Rungus

Tenunan Rungus menggunakan benang kapas. Alat tenunan dipanggil kek sandang belakang untuk menenun dastar
dan disebut ‘babaal’ dalam bahasa Rungus. Warna tradisi kain Rungus ialah hitam, merah, kuning dan putih. Corak kain
ini direka supaya jalur-jalur tersusun mengikut motif yang berlainan. Motif tenunan Rungus berunsurkan bentuk binatang,
manusia, senjata dan tumbuh-tumbuhan.

Tenunan Pahang

Kain tenunan Pahang dipercayai berasal daripada Sulawesi dan dibawa ke Pahang pada abad ke-16.
Tenunan Pahang menggunakan alat yang dikenali sebagai kei siam. Kedua-dua benang sutera dan benang
kapas boleh digunakan. Motif utama ialah petak-petak dan jalur tegak atau melintang. Kain tenunan Pahang
digunakan sebagai kain sarung, kain sampin, selendang dan juga dijahit untuk pakaian tradisional.

Teknik dan Proses Tenunan

1. Melerai
Benang yang telah kering dimasukkan ke dalam sejenis alat yang bernama rahak untuk diputarkan pada satu alat yang bernama peleting. Terdapat
dua jenis rahak, iaitu darwin pakan dan darwin emas. Darwin pakan digunakan untuk benang pakan sahaja. Ia diperbuat daripada buluh dan tali
atau rotan. Darwin emas pula digunakan untuk benang emas sahaja dan diperbuat daripada kayu atau dawai kerana benang emas kasar dan
berat.
2. Menganing
Benang yang telah menjalani proses melerai dimasukkan ke dalam alat menganing untuk menentukan ukuran panjang benang yang hendak
dimuatkan pada alat ini. Biasanya segulung benang pakan atau seloseng yang berukuran 26 - 31 m boleh menghasilkan 12 - 14 helai kain.

3. Menggulung
Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang losen pada papan gulung yang hendak
dipasung. Losen ialah benang yang memanjang pada kek. Kedudukan benang perlu diperiksa setiap tiga kali menggulung untuk memastikan
susunan kemas.
4. Menyampuk
Menyampuk ialah proses memasukkan benang losen ke dalam gigi jentera atau sikat. Biasanya, proses ini dilakukan di dalam kek mengarak
supaya senang untuk menyampuk benang kepada jentera. Setiap lubang sikat disusukan dua urat benang losen. Pada kedua belah hujung sikat
itu disusukkan empat urat benang supaya tepi kain tidak terkoyak apabila disangkutkan pada kayu sumbi kain.

5. Menghubung
Menghubung ialah proses menyambungkan benang daripada losen kepada benang yang tertinggal pada jentera. Cara ikatannya dipanggil ubung
tindas. Proses ini bertujuan menyambungkan benang losen untuk menenun. Meja kecil dinamakan meja hidangan berukuran 10 cm panjang, 8
cm lebar dan 20 cm digunakan untuk menghubung.

6. Mengarak
Kerja mengarak dilakukan setelah selesai proses menyampuk. Mengarak dilakukan dengan melilit benang asing atau benang karat kepada kayu
karat, termasuk benang losen. Jumlah karat yang digunakan biasanya hanya dua karat dan setiap karat mempunyai empat batang anak kayu.

7. Menyolek
Kerja menyolek bunga merupakan kerja yang paling rumit dalam proses menenun kain songket. Cara menyolek reka corak adalah dengan
menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang losen yang dikehendaki. Setelah benang losen berada di atas, barulah kamu boleh menyolek dalam
pelbagai corak pada benang losen dengan menggunakan lidi buluh. Belira dimasukkan pada setiap lidi buluh tadi mengikut giliran. Belira
ditegakkan untuk menyenangkan ikatan benang butang.

8. Menenun
Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk dijadikan kain. Bagi kain songket bercorak penuh, benang
emas dilayarkan melalui torak benang emas untuk menghasilkan sulaman motif bunga atau hiasan reka corak penuh. Bagi kain songket corak
melintang atau corak bunga bertabur, benang emas dilayarkan melalui cubaan untuk mendapatkan motif-motif yang dikehendaki.

































Karya Akhir Catan

(Mengimbas melalui
mesin cetak)

Hasil Karya Akhir

Depan Belakang

Apresiasi Karya Tenunan

Karya tenunan yang telah saya hasilkan bernama “Keindahan Persekitaran Jambatan”. Karya ini dihasilkan berdasarkan tema kesatuan.
Alat dan bahan yang saya gunakan ialah benang bulu kambing, jarum, pemidang kayu, paku-paku dan gunting. Bidang karya ini ialah bidang
megenal kraf tradisional iaitu tenunan. Karya yang telah dihasilkan ini adalah berdasarkan asas seni visual dan juga teknik-teknik yang terdapat
dalam aktiviti tenunan seperti teknik saumack dan teknik square knot. Sumber ilham datang daripada lawatan ke Taman Botani, Pulau Pinang.
Objek-objek di taman tersebut telah diambil gambar dan diletakkan sebagai sumber ilham saya bagi portfolio saya. Melalui karya ini, saya
memberikan fokus kepada pemandangan di sekeliling jambatan.

Dari aspek unsur seni, karya ini mengutamakan penggunaan garisan. Antara garisan yang dapat dilihat ialah garisan selari, garisan
melengkung dan garisan beralun. Garisan selari telah digunakan pada jalinan jambatan. Garisan melengkung pula digunakan untuk membina
bentuk jambatan manakala garisan beralun pada permukaan air sungai. Di samping itu, rupa juga boleh didapati pada bahagian pokok-pokok,
bukit-bukau dan jambatan. Objek-objek begini mempunyai garisan luar dan sempadan yang mengelilinginya. Seterusnya, jalinan yang wujud
dalam karya ialah jalinan tampak kerana jalinan tersebut hanya boleh dilihat dengan mata dan tidak boleh dirasai melalui sentuhan jari.
Seterusnya, gabungan warna-warna panas dan sejuk telah digunakan untuk menghasilkan karya ini. Antara warna panas adalah merah, jingga
kuning dan coklat manakala warna sejuk adalah biru, hijau dan ungu. Gabungan warna-warna ini dapat menimbulkan tenteram dan harmoni dna
pada masa yang sama, kesan kekayaan dan keceriaan juga diwujudkan.

Prinsip rekaan yang terdapat dalam karya pula ialah harmoni, penegasan, kepelbagaian dan kesatuan. Kesan harmoni dapat dilihat
dalam karya melalui penggunaan warna iaitu warna sejuk pada bahagian bukit, langit dan sungai. Jambatan dan pokok-pokok pula menimbulkan
kesan penegasan yang mampu menarik perhatian penonton. Prinsip kepelbagaian dapat dilihat melalui penggunaan garisan yang berbeza
seperti garisan beralun, garisan selari dan garisan melengkung. Walau bagaimanapun, kesatuan tetap diwujudkan kerana karya ini kelihatan
tenteram, teratur dan selesa serta dihasilkan berdasarkan tema kesatuan sahaja.

Secara keseluruhannya, asas seni reka berjaya diaplikasikan dalam karya tenunan ini. Sebagai guru pelatih, saya akan berusaha untuk
mendapat segala informasi tentang aktiviti tenunan agar aktiviti tenunan tidak lupus di telan zaman ini. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti lain
dalam bidang kraf tradisional.





Sumber Rujukan

Alias Zakaria. (2015). Aliran Catan Barat. Diperolehi daripada https://www.scribd.com/doc/168061389/ALIRAN-CATAN-BARAT
Chua Yan Piaw. (2011). Panduan Revisi : Esensi Pendidikan Seni Vis ual SPM. Pearson Longman.
Dayang. (2012). Bidang Membuat Corak dan Rekaan. Diperolehi daripada https://www.scribd.com/document/343390749/Bidang-Membuat-Corak-

Dan-Rekaan
Dyana halil. (2015). Tenunan. Diperolehi daripada https://www.scribd.com/doc/273948884/TENUNAN
Haziyah Hussin. (2006). Motif Alam dalam Batik dan Songkek Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka
Ismail Ibrahim. (2007). Warisan Motif & Corak Etnik. Sabah : Universiti Malaysia Sabah.
Lynda Abu Hassan. (2017). Bidang Membentuk dan Membuat Binaan. Diperolehi daripada https://www.academia.edu/28055456/Nota_

Bidang_Membentuk_dan_Membuat_Binaan_and_Bidang_Mengenal_Kraf_Tradisional
Marhanim A. Razak, Mohd. Shahrizal Hj. Dolah. (2018). Ace Ahead Teks STPM Seni Visual. Shah Alam: Oxford Fajar. Sdn. Bhd.
Muliyadi Mahamood. (1995). Seni Lukis dalam Peristiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahmah Bujang dan Nor Azlin Hamidon. (2002). Kesenian Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu.
Siti Zainon Ismail. (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Zainon Ismail. (1994). Tekstil Tenunan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wafi Rahim. (2018). Rumah Tenunan: Teknologi Bertenun Kain. Diperolehi daripada https://www.researchgate.net/publication/328715509_

RUMAH_TENUNAN_TEKNOLOGI_BERTENUN_KAIN

Lampiran

Lukisan yang Lukisan yang
dihasilkan bagi dihasilkan bagi
Tutorial PSVK3073 Tutorial PSVK3073

Media: Pensel Media: Pen Hitam

Lukisan yang dihasilkan Karya kolaj yang dihasilkan bagi
bagi Tutorial PSVK3073 Tutorial PSVK3073

Media: Pensel warna Media: Pensel warna

Kit Tenunan yang dihasilkan bagi tutorial PSVK3093


Click to View FlipBook Version