MENGAMBIL & MEREKOD TANDA VITAL Sr. Lina binti Ismail Klinik Warga Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam
Apa itu tanda vital Sekumpulan empat hingga enam tanda perubatan yang paling penting yang menunjukkan status fungsi penting badan.
Apa itu tanda vital Pengukuran ini diambil untuk membantu menilai kesihatan fizikal umum seseorang, memberi petunjuk kepada kemungkinan penyakit, dan menunjukkan kemajuan ke arah pemulihan. Julat normal untuk tanda-tanda vital seseorang berbeza-beza mengikut umur, berat badan, jantina dan kesihatan keseluruhan.
TANDA VITAL Nadi Pernafasan Suhu badan Berat badan Sukatan Tinggi
MEREKOD DI DALAM CARTA TANDA VITAL (VITAL SIGN CHART) VITAL SIGN CHART
1. SUHU BADAN Suhu badan dikawal oleh hypothalamus. Ia berfungsi mengawal suhu badan mengikut pelbagai faktor seperti umur, tahap kita berkerja, infeksi, dan sama ada kita tidur ataupun tidak. Tempat kita mengukur suhu badan juga boleh mengubah nilainya. Jika suhu tinggi, otak kita akan menghantar impuls ke hypothalamus untuk mengurangkan suhu badan dengan mengeluarkan peluh. Jika suhu badan kita rendah, badan kita akan membakar lemak bagi mengeluarkan haba untuk memanaskan badan kita.
Sambungan… Suhu badan manusia berubah-ubah. Ia bergantung kepada jantina, umum, masa dalam hari, tahap upaya, status kesihatan (seperti sakit dan haid), bahagian badan yang diukur suhu, keadaan kesedaran (bangun, tidur, tenang), dan perasaan. Suhu badan disimpan dalam julat biasa di mana pengubahsuaian suhu tercetus oleh sistem saraf pusat. Suhu badan manusia biasa (normotermia, eutermia) ialah julat suhu biasa yang dijumpai dalam manusia. Julat suhu badan manusia biasanya dinyatakan sebagai 36.5–37.5 °C (97.7– 99.5 °F)
Sambungan… Kaedah pengukuran Mengambil suhu seseorang ialah bahagian awal pemeriksaan klinikal yang penuh. Terdapat berbagai-bagai jenis termometer perubatan, serta tapak digunakan untuk pengukuran, termasuk: ➔ Dalam rektum (suhu rektum) ➔ Dalam mulut (suhu mulut) ➔ Bawah ketiak (suhu aksila) ➔ Dalam telinga (suhu timpanum) ➔ Pada kulit dahi
Mengambil & Merekod Suhu Badan 1. Sediakan peralatan. Beritahu pesakit. 2. Pastikan keselesaan pesakit. 3. Keluarkan termometer dari bekas. Lihat bacaan pada termometer. 4. Goncangkan termometer jika bacaan melebihi 35 darjah celcius. 5. Masukkan termometer ke dalam sarungnya (sheat). 6. Arahkan pesakit buka mulut & angkat lidahnya ke atas.
Sambungan… 7. Letakkan termometer di bawah lidah. 8. Arahkan pesakit rapatkan bibir. 9. Selepas 3 minit, keluarkan termometer dari mulut pesakit. 10. Keluarkan termometer daripada sarungnya. 11. Sarung (sheat) termometer dibuangkan ke dalam bekas sisa klinikal.
Sambungan… 12. Baca suhu termometer pada aras mata. Rekodkan bacaan suhu di dalam carta. 13. Kemaskan pesakit & peralatan. Beri maklum balas kepada pesakit. 14. Laporkan kepada jururawat bertugas.
Jenis-jenis termometer
2. NADI Nadi (atau kiraan nadi arteri per minit) adalah setara dengan mengukur kadar jantung. Kadar jantung boleh juga diukur dengan mendengar denyutan jantung dengan menggunakan stetoskop dan mengiranya selama seminit. Nadi radius biasanya diukur menggunakan tiga jari.
Nadi radial
Nadi radial
JENIS-JENIS NADI 1. Temporal 2. Radial 3. Carotid 4. Femoral 5. Brachial 6. Posterior tibial 7. Dorsalis pedis 8. Popliteal 9. Apical https://youtu.be/nJ5IsNETswA
Mengambil & Merekod Nadi 1. Sediakan peralatan. Beritahu pesakit. 2. Pastikan keselesaan pesakit. 3. Letakkan jari telunjuk, jari hantu & jari manis di arteri radial pesakit. 4. Rehatkan ibu jari di belakang pergelangan tangan pesakit. 5. Tekan secara sederhana jejari pemeriksa pada arteri radial pesakit.
Sambungan… 6. Rasakan sifat-sifat nadi. 7. Kira bilangan denyutan nadi yang dirasa selama seminit. 8. Rekod kiraan nadi di carta suhu. 9. Beri maklumbalas kepada pesakit. 10. Lapor kepada jururawat bertugas.
3. PERNAFASAN Kadar pernafasan ditakrifkan sebagai bilangan nafas yang diambil oleh seseorang dalam tempoh satu minit semasa berehat. ➔ DEWASA Kadar pernafasan rata-rata pada orang dewasa yang sihat adalah antara 12 hingga 18 nafas seminit.
Sambungan… ➔ KANAK-KANAK Jangkamasa kadar pernafasan normal untuk kanak-kanak berumur berbeza-beza termasuk: ● Bayi baru lahir: 30-60 nafas seminit ● Bayi (1 hingga 12 bulan): 30-60 nafas seminit ● Kanak-kanak (1-2 tahun): 24-40 nafas seminit ● Prasekolah (3-5 tahun): 22-34 nafas seminit ● Kanak-kanak sekolah (6-12 tahun): 18-30 nafas seminit ● Remaja (13-17 tahun): 12-16 nafas seminit
Mengambil & Merekod Pernafasan 1. Sediakan peralatan. Beritahu pesakit 2. Pastikan keselesaan pesakit. Perhatikan pergerakan dada pesakit. 3. Kira bilangan pergerakan hembusan pernafasan pesakit dalam seminit. 4. Rekod kiraan pernafasan dalam carta. 5. Beri maklum balas kepada pesakit. 6. Laporkan kepada jururawat bertugas.
4. BERAT BADAN Berat badan manusia ialah jisim atau berat badan seseorang. ➔ Untuk menimbang berat alat yang digunakan ialah alat penimbang manual atau digital. ➔ Berat badan berlebihan atau berkurangan dianggap sebagai penunjuk untuk menentukan kesihatan seseorang.
Mengambil & Merekod Berat Badan 1. Sediakan peralatan. Beritahu pesakit. 2. Pastikan penunjuk penimbang ke aras kosong (0). 3. Minta kerjasama pesakit tanggalkan pakaian yang berlebihan & keluarkan barangbarang lain dari poket pesakit.
Sambungan… 4. Arahkan pesakit supaya berdiri tegak tanpa kasut di atas penimbang. Baca & rekod berat badan di carta. 5. Bantu pesakit tururn dari alat penimbang. Iringi pesakit ke katil. 6. Beri maklum balas kepada pesakit. Lapor kepada jururawat bertugas.
JENIS-JENIS PENIMBANG BERAT BADAN
JENIS-JENIS PENIMBANG BERAT BADAN
JENIS-JENIS PENIMBANG BADAN
5. SUKATAN TINGGI Ketinggian manusia ialah jarak dari tapak kaki sehingga ke atas kepala dalam kedudukan berdiri secara tegak iaitu berdiri secara menegak.
Sambungan… 4. Turunkan petanda papan ke kepala pesakit. Baca & rekod ukurannya di carta. 5. Beri maklumbalas kepada pesakit. Iringi pesakit ke katil. 6. Laporkan kepada jururawat bertugas.
JENIS-JENIS ALAT PENGUKURAN KETINGGIAN
Contoh Vital Sign Chart
Good luck!