PEMASANGAN ANDUH SEGI TIGA Disediakan oleh: NURUL IZZA MOKHTAR
OBJEKTIF 1. Memberi pendedahan tentang pemasangan anduh segitiga 2. Dapat melakukan pemasangan anduh dengan betul 3. Memahami kepentingan pemasangan anduh
APA ITU ANDUH? Anduh ialah kain berbentuk segitiga digantung pada bahagian anggota badan untuk mengampu anggota badan yang tercedera (patah, retak dan lain-lain) Boleh digunakan untuk pelbagai kecederaan. Yang paling kerap digunakan apabila anda mengalami patah, dan lengan, siku, atau bahu terkehel.
KEGUNAAN ANDUH SEGITIGA Menetapkan bahagian yang cedera Mengawal atau mengurangkan pergerakan bahagian yang cedera
JENIS PEMASANGAN ANDUH ARM SLING ELEVATION SLING
ARM SLING MEMEGANG LENGAN SECARA MENDATAR ATAU MENINGGIKAN SEDIKIT KECEDERAAN PERGELANGAN TANGAN MERAWAT KECEDERAAN BAHAGIAN ATAS LENGAN KECEDERAAN TULANG BELAKANG
CARA PEMASANGAN ANDUH 1. Minta pesakit supaya mengampu lengan dengan tangan mereka yang lain. Perlahanlahan masukkan anduh segi tiga di bawah lengan. Hujung segi tiga hendaklah berada di bawah siku lengan yang cedera. Bawa hujung atas anduh ke belakang leher.
2. Ambil bahagian hujung bawah anduh ke atas lengan untuk bertemu bahagian atas anduh di bahu bahagian yang cedera.
3. Ikat kedua-dua hujung anduh bersamasama di atas tulang bahu dan selitkan ke dalam lebihan ikatan supaya nampak lebih kemas.
4. Laraskan anduh supaya ia menyokong lengan sehingga ke hujung jari kelingking pesakit.
5. Pastikan bahagian hujung anduh yang berada di siku diikat dengan memusing fabrik dan menyelitkannya, atau pinkan menggunakan pin keselamatan.
6. Periksa peredaran darah di hujung jari pesakit setiap 10 minit. Tekan kuku pesakit selama 5 saat sehingga ia menjadi pucat, kemudian lepaskan untuk melihat sama ada warna itu kembali kepada asal dalam masa 2 saat.
MENGAMPU LENGAN DAN TANGAN DALAM POSISI MENINGGI MENGURANGKAN BENGKAK MENGAWAL PENDARAHAN DARI TANGAN ATAU LENGAN
1. Minta pesakit supaya memegang lengan yang cedera, melintasi dada, dan jari diletakkan pada bahu bertentangan.
2. Letakkan anduh segi tiga di atas dada, di atas lengan yang cedera, dengan satu hujung anduh di atas bahu pesakit yang tidak cedera. Pegang anduh tepat di bawah siku pada bahagian yang cedera.
3. Selitkan bahagian bawah anduh di bawah lengan yang cedera. Bawa secara menyerong ke belakang supaya dapat diikat dengan hujung anduh yang lain di bahu pesakit.
4. Ikat kedua-dua hujung anduh di atas tulang bahu pesakit dan selitkan ke dalam supaya kelihatan lebih kemas.
5. Pastikan bahagian tepi anduh dengan siku diikat dengan memusing kain anduh dan memasukkannya ke dalam, atau pinkan menggunakan pin keselamatan.
6. Periksa peredaran darah di ibu jari pesakit setiap 10 minit. Jika terlalu ketat, lepaskan anduh dan laraskan semula.