The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azdiah63, 2021-09-10 03:22:36

AL-Quran - Road Map

AL-Quran - Road Map

AL-QURAN:
‘ROAD MAP’ MENEMUI PENCIPTA

SILIBUS

• Di sekolah, kita menggunakan ‘silibus’ yang diberikan oleh pihak pentadbir bagi
tujuan pengajaran dan menduduki peperiksaan

• Dalam kehidupan pula, Allah memberikan Al-Quran sebagai garis panduan untuk
kita meniti kehidupan ini

• Al-Quran mengandungi silibus lengkap untuk kehidupan dunia dan akhirat
• Firman Allah dalam surah al-An’am, ayat 155:
“Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan
bertakwalah supaya kamu diberi rahmat.”

Kamu ikut Al-Quran, maka kamu akan Berjaya

• Kejayaaan yang sebenarnya ialah kejayaan menemui jawapan kepada
persoalan:-

~ Siapakah diri kita yang bergelar hamba
~ Apakah tujuan hidup kita
~ Siapakah yang sewajarnya kita sembah
• Walaupun kejayaan ini tidak membuahkan harta, tetapi kejayaan menemui

ketiga-tiga persoalan tersebut akan membuktikan seseorang manusia itu berjaya
menemui peta kehidupannya yang sebenar

Sejarah Membuktikan

• Al-Quran adalah satu-satunya kitab yang mempunyai penghafal tertinggi oleh
penganutnya di dunia

• Al-Quran ini dianggap sebagai penyelamat bagi pembaca, penghafal dan
pendengar ayat-ayatNya

• Nabi Muhammad saw pernah berpesan:
“Bacakan al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai
syafaat kepada pembacanya.”

Oleh itu

• Al-Quran dianalogi sebagai peta menuju kepada Pencipta yang abadi iaitu
Allah swt

• Sekiranya sekumpulan pengembara sesat di hutan, mereka akan menggunakan
peta bagi mencari jalan yang betul

• Maka sebagai umat Islam, kita menggunakan Al-Quran sekiranya tersesat dalam
menempuhi kehidupan ini

Durian Runtuh untuk Pembaca al-Quran

• Peta yang diberi oleh Allah ini, pastinya menjanjikan tempat yang khusus di
Syurga nanti bagi pengamal al-Quran

• Ini kerana terdapat banyak kelebihan dan ganjaran yang diberikan Allah
kepada hambaNya yang membaca dan memahami al-Quran

KELEBIHAN 1
- Mengikis Perasaan Gelisah

• Hati yang gelisah ialah hati yang jauh dari Allah
• Islam mempunyai terapi yang tersendiri bagi menghilangkan perasaan gelisah di

dalam diri
• Dengan membaca Al-Quran, mampu mendekatkan kita kepada Allah sekali gus

membawa ketenangan ke dalam hati

Amatilah....
Dialog seorang lelaki dengan sahabat Rasulullah ,

Ibnu Mas’ud:

• Lelaki itu berkata,” Wahai Ibnu Mas’ud, berikan kepadaku satu nasihat yang dapat aku jadikan
penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu
tenteram,jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera mahu makan, tidurku
juga tidak lena.”

• Ibnu Mas’ud pun menjawab: “ Sekiranya itu penyakit yang menimpamu, maka kamu perlu bawa
hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu, tempat orang membaca Al-Quran sama ada kamu
membacanya ataupun kamu mendengarnya, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada
Allah, cari tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah dengan
khusyuk dan tulus ikhlas.”

KELEBIHAN 2
- Dihujani Rahmat Allah

• Rahmat Allah hanya akan menghujani mereka yang menyebut-nyebut nama Allah dan
mengingatiNya, iaitu dengan berzikir dan membaca Al-Quran

• Sebagai manusia, kita pasti berasa gembira sekiranya orang lain sentiasa mengingati dan
menyebut-nyebut nama kita

• Begitu juga Allah pasti gembira sekiranya namaNya sentiasa meniti di bibir kita selaku
hambaNya

• Rasulullah pernah bersabda kepada satu kelompok orang yang sedang berzikir kepada Allah:

“ Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan
aku juga mahu menyertai kamu sekalian.”

KELEBIHAN 3
- Boleh Menjadi Hartawan

• Menurut Ibnu Abbas, pembaca Al-Quran adalah hartawan dan pahala membacanya tidak
pernah putus.

• Nabi Muhammad pernah bersabda:

“ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (Al-Quran) baginya satu kebaikan dan
satu pahala digandakan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif, Laam dan Miim sebagai
satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf , Miim satu huruf.”

• Bayangkan sekiranya ganjaran itu diberikan dalam bentuk wang ringgit, tentu kita berasa begitu
seronok untuk membawa Al-Quran setiap hari.

• Tetapi Allah memberikan ganjarannya dalam bentuk pahala sebagai persediaan kita menempuhi
hari perhitungan nanti

KELEBIHAN 4
- Dicemburui Orang Yang Baik

• Orang yang baik mempunyai kecintaan yang tinggi kepada Al-Quran

• Oleh itu, mereka pasti cemburu sekiranya melihat orang lain membaca Al-Quran
dan mengamalkannya melebihi dirinya

KELEBIHAN 5
- Sebagai Penyelamat Di Akhirat

• Membaca Al-Quran adalah amalan baik yang pahalanya kekal menjadi milik
pembacanya walaupun sudah meninggal dunia

• Nabi Muhammad saw berpesan:

“ Bacakan olehmu Al-Quran, sesungguhnya ia datang pada hari kiamat kelak bagi
memberi syafaat kepada tuannya.”
• Ini bermakna, Al-Quran adalah harta dan penyelamat terbaik bagi manusia,

sebagai cagaran menempuhi hari perhitungan yang bakal berlaku nanti

Jom.....tunggu apa lagi

• Allah sentiasa memberikan hambaNya peluang-peluang untuk mendapat
kebaikan di dunia ini. Malangnya, peluang yang terbuka luas ini sering sahaja
tidak diendahkan

• Jadi, marilah kita kembali membaca dan mengenali al-Quran
• Pada masa manusia sesat dalam menempuhi lautan hitam dunia ini, Allah tidak

lupa untuk memberikan petaNya kepada kita
• Jadi, kita perlu berterima kasih kepada Allah atas peta yang dianugerahkan ini
• Mohonlah keampunan atas kelekaan kita kerana gagal mengikuti peta istimewa

ini yakni Al-Quran

Jangan Lupa


Click to View FlipBook Version