The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by veloveaisha96, 2023-02-05 05:29:35

Minit Mesyuarat Guru Bil.4

Minit Mesyuarat Guru Bil.4

Ruj.Kami: SKT100-6/2/1 ( ) MINIT MESYUARAT GURU BIL 4 2022 BIL. PERKARA 1. Tarikh 4/10/2022 2. Hari Selasa 3. Tempat Bilik Wawasan 4. Masa 1:00 pm 5. Kehadiran (Rujuk Lampiran) BIL. AGENDA TINDAKAN 1 Ucapan Pengerusi Guru Besar 2 Pengesahan Minit Mesyuarat Guru Bil 3/2022 Setiausaha 3 Perkara-Perkara Berbangkit Setiausaha 4 PBPPP-Penilaian Akhir Keberhasilan 2022 PKP 5 Majlis Penyerahan dan Pelaporan PBD Siri 1/2022 PKHEM 6 Hal-hal Lain A.Perkhemahan Unit Uniform/Hari Sukan Negara B.Nilam C.Program Gosok Gigi D.Latihan Kebakaran E.MyPortfolio PKKO/SU Sukan Ruslina Norela Wan Fadhil Hadi 7 Ucapan Penangguhan Pengerusi KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH KEBANGSAAN TUMPAT 16200 TUMPAT, KELANTAN. Tel : 09-7257325 Kod Sekolah : DBA6351 Email Rasmi : [email protected] FAX : 09-7252091 FAX : 09-7252091


AGENDA MESYUARAT 1.0 UCAPAN PENGERUSI MAJLIS (GB) Memulakan majlis dengan mengucapkan salam dan mengalukan kehadiran semua guru. Bersyukur kerana mesyuarat dapat berjalan sebagaimana dirancangkan. 1.1 Bagi membuka majlis Pengerusi Majlis menjemput ustaz Ruhaifi untuk membaca dan mengaminkan doa. 1.2 Beliau memberitahu mesyuarat guru yang terakhir adalah pada bulan Jun yang lepas,setelah empat bulan baru diadakan mesyuarat guru yang ke-4 dan selama empat bulan tersebut banyak aktiviti dan juga perubahan yang telah guru-guru sedari dan tanpa sedari berlaku di sekolah . 1.3 Beliau seterusnya memaklumkan mengenai perubahan yang pertama iaitu sekolah telah mendapat projek baik pulih elektrik yang bernilai lebih kurang RM 100,000 dan projek tersebut telah berjalan lancar dan elektrik di sekolah juga telah berfungsi dengan baik.Segala plug elektrik lampu dan kipas telah dipasang dengan baik 1.4 Seterusnya,beliau memberitahu perubahan yang kedua ialah sekolah telah mendapat projek untuk menaik taraf tingkap kelas (tukar neko) sebanyak lebih kurang RM 20,000 dan juga projek naik taraf beberapa buah pintu dalam tandas. Projek-projek tersebut telah dilaksanakan pada waktu sekolah. 1.5 Berikutnya beliau memberitahu mengenai “air”.Sebelum ini terdapat kebocoran air di sekolah yang menyebabkan sekolah kerugian bil air sebanyak RM 9000 pada hari persekolahan biasa dan RM 4000 pada waktu cuti sekolah.Setelah membuat aduan, pihak JPN dan PPD telah berjaya membaik pulih kebocoran tersebut.Namun setelah berjaya dibaik pulih sekolah mengalami tekanan air rendah pula menyebabkan sebanyak tiga buah lori keluar masuk sekolah dalam sehari untuk menyalurkan air.Beliau memaklumkan itu bukan masalah dalam kawasan sekolah sahaja akan tetapi di kawasan luar sekolah iaitu kawasan-kawasan perumahan di sekitar juga turut mengalami masalah ketiadaan air.Setelah masalah air berjaya diselesaikan bil air sekolah turun dengan mendadak daripada RM 4000 menjadi RM 900 lebih.


1.6 Seterusnya, beliau memberitahu padang sekolah juga telah dinaiktaraf hasil sumbangan daripada individu yang dirahsiakan namanya.Selain itu,sekolah juga telah mendapat sumbangan pagar prasekolah.Beliau memaklumkan untuk menyelesaikan masalah air , sekolah juga telah menerima “boring air ”hasil daripada sumbangan individu. 1.7 Berikutnya,Beliau memaklumkan bangunan sekolah telah dicat dengan warna yang baharu (warna merah jambu) yang menelan perbelanjaan sebanyak RM 20,000.Namun bahagian yang dicat hanyalah sebelah bangunan sahaja kerana peruntukan yang diberikan berjumlah RM 20,000, manakala kos untuk mengecat satu blok bangunan tersebut berjumlah RM 40,000. 1.8 Seterusnya,beliau memberitahu musolla sekolah juga telah dinaiktaraf hasil daripada sumbangan individu .Usaha untuk membaik pulih musolla akan diketuai oleh PKP. 1.9 Berikutnya,beliau memaklumkan sekolah telah mendapat penganugerahan yang terakhir iaitu TS25 (Transformasi Sekolah 25) kohort 7.Beliau memaklumkan kerjasama guru-guru amat diperlukan dalam menjayakan TS25 ini.Bagi TS25 kohort 7 peruntukan sebanyak RM 1000 telah diberikan. 1.10 Akhir sekali,beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru SKT kerana penglibatan para guru dalam kemenjadian murid terutama sekali dalam kejohanan sukan sekolah yang telah dilaksanakan baru baru ini,dimana murid Skt telah berjaya ke peringkat negeri dan juga penglibatan murid dalam perkhemahan yang akan diadakan pada minggu depan.Beliau juga menyatakan kerjasama semua guru diperlukan untuk menjayakan TS25 ini. Makluman:Semua Guru 2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL.3/2022 2.1 Encik Mokhtar MD mencadangkan mesyuarat guru bil.2 diterima dan disahkan.Encik Sukardi menyokong cadangan. 3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada perkara-perkara berbangkit.


4.0 UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN (PKP) (MENGENAI PBPPP-PENILAIAN AKHIR KEBERHASILAN 2022) 4.1 Memulakan ucapan dengan lafaz bismillah dan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang dapat hadir mesyuarat pada hari tersebut. 4.2 Beliau memaklumkan mengenai borang keberhasilan guru.Beliau memaklumkan semua guru telah menyatakan sasaran kerja dan juga target masing-masing dan telah dikemukan kepada para pentadbir.Maka pada hari tersebut guru-guru sudah boleh membuat sasaran kerja yang akan berakhir pada bulan tiga tahun hadapan. 4.3 Beliau memberitahu guru-guru agar menulis keberhasilan dan pencapaian guru dan hantar pada para pentadbir.Beliau seterusnya memberitahu agar guru membandingkan borang keberhasilan yang telah dihantar sebelum ini sama ada sasaran guru berjaya atau tidak berjaya atau harus diteruskan. 4.4 Seterusnya beliau memaklumkan mengenai program pemulihan Bahasa Melayu bagi murid yang tidak boleh membaca.Beliau telah bermesyuarat dengan ketua panitia Bahasa Melayu berkenaan dengan program tersebut, terdapat dua program yang telah dihantar oleh KPM dan PPD kepada sekolah bertujuan untuk membolehkan murid membaca. Beliau memberitahu setelah virus covid dan perintah larangan berkurung melanda sehingga awal tahun 2022 didapati ramai murid yang tidak boleh membaca.Beliau turut menyatakan seramai 19 orang murid kelas 4p yang diajarnya didapati hanya 2 orang sahaja yang dapat membaca dengan lancar. 4.5 Beliau memaklumkan program I-Sinar dan program bantu membaca telah dilancarkan pada awal bulan September baru-baru ni dan telah dianggotai oleh ahli daripada panitia Bahasa Melayu dan semua pentadbir diwajibkan mengikuti dan melaksanakan program ini.Sasaranya ialah agar pada bulan November yang akan datang semua murid boleh membaca .Beliau memberitahu jadual telah disediakan dan pada setiap hari masa pertama kelas, guru dikehendaki mengajar membaca selama 30 minit.


4.6 Beliau menyatakan program I-Sinar dan program bantu membaca mempunyai pekeliling yang sama daripada PPD dan JPN.Maka beliau memberitahu guru yang mengajar subjek selain BM dikehendaki meluangkan masa beberapa minit untuk menolong murid yang tidak boleh membaca menguasai kemahiran membaca sebelum memulakan kelas. 4.7 Beliau seterusnya memaklumkan mengenai cuti guru.Beliau menegaskan setiap guru yang ingin bercuti atau keluar daripada kawasan sekolah dikehendaki mengisi cuti tersebut dalam Hrmis.Cuti CRK harus diisi dan dimaklumkan lebih awal kepada PKP dan Guru Besar untuk meluluskan permohanan cuti tersebut. 4.8 Beliau seterusnya memberitahu mengenai RPH.Beliau memberitahu ruangan untuk tandatangan RPH guru harus diletakkan dihadapan ataupom dilekatkan dengan sticker untuk memudahkan para pentadbir mencari dan menandanya. 4.9 Berikutnya beliau memaklumkan dalam buku Mysg , pengkeranian juga termasuk dalam job scope seorang guru,maka selain daripada mengajar guru juga terlibat dengan kerja kerja pengkeranian. Makluman : Semua Guru 4.10 Beliau juga menyentuh isu berkenaan TS25.Beliau memaklumkan TS25 akan bermula pada tahun hadapan,namun pelantikan ahli jawatakuasa TS25 telah dilaksanakan dari sekarang.Antaranya guru besar sebagai pengerusi, Cikgu Noor Aniza dan juga cikgu Maziati sebagai penolong SU dan semua KP sebagai ajk induk yang akan bermesyuarat dan merangka sasaran kerja untuk tahun hadapan. 4.11 Beliau memberitahu guru-guru agar memahami konsep TS25 terlebih dahulu sebelum melaksanakannya pada tahun hadapan.Guru-guru boleh melihat contoh sekolah yang sudah melaksanakan TS25 seperti sekolah Bunohan.Beliau berharap agar guru dapat melaksanakan aktiviti pembelajaran TS25 dengan baik.


4.12 Seterusnya beliau memaklumkan mengenai PBD.Beliau memaklumkan akan mengadakan program pelaporan PBD pada hari khamis 6/10/2022, untuk melaporkan prestasi pencapaian murid kepada ibubapa.Majlis akan dirasmikan oleh YB Haji Adnan yang telah banyak memberi sumbangan kepada sekolah. 4.13 Seterusnya beliau memaklumkan atur cara majlis yang akan diadakan pada hari khamis ini akan diserahkan kepada Puan Lily (PKHEM) untuk dihuraikan dengan lebih lanjut. Makluman: Semua Guru 5.0 UCAPAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID (PK.HEM) (MAJLIS PENYERAHAN DAN PELAPORAN PBD SIRI 1/2022) 5.1 Memulakan ucapan dengan kata alu aluan dan mengucapkan terima kasih kepada tuan guru besar,barisan guru penolong kanan dan guru-guru yang disayangi sekalian. 5.2 Ucapan PKHEM pada hari tersebut berfokus kepada majlis penyerahan laporan PBD yang akan berlangsung pada hari khamis (6/10/2022). 5.3 Beliau memaklumkan pada majlis tersebut,semua guru dikehendaki memakai pakaian seragam (warna ungu).Pada hari tersebut PDP berjalan seperti biasa dan majlis akan bermula pada jam 10 pagi.Pada jam 10 pagi pendaftaran ibu bapa akan dibuka.Semasa pendaftaran terdapat beberapa orang AJK yang akan mengendalikannya.Sekiranya sebahagian ibu bapa sudah tiba terlebih dahulu tuan guru besar akan membuat beberapa cabutan bertuah sebelum ketibaan YB. 5.4 Seterusnya beliau memaklumkan setelah ketibaan YB,majlis akan diteruskan dengan ucapan pengerusi majlis yang diketuai oleh cikgu Mohd Nizam diikuti dengan ucapan alu aluan guru besar dan seterusnya ucapan perasmian YB.Selepas ucapan perasmian,YB akan menyampaikan hadiah kecemerlangan.Hadiah kecemerlangan akan diberikan kepada murid-murid SKT yang telah berjaya dalam bidang kokurikulum di peringkat daerah.Terdapat 6 orang murid yang terpilih iaitu 3 orang daripada pasukan bola jaring ,2 orang daripada perkhemahan TKRS dan 1 orang Spelling.


5.5 Beliau turut memaklumkan selepas majlis,YB akan bergerak ke kantin untuk persegaran.Bagi tahun 1 dan tahun 2 pelaporan PBD akan berlangsung di dalam kelas masing masing manakala bagi murid tahun 3 hingga tahun 6 pelaporan akan diadakan di dewan.Manakala bagi murid tahun 6G, murid dan ibubapa akan berkumpul di dalam kelas Cg.Othman (English Valley),dimana beliau akan menyampaikan taklimat permohonan kemasukan ke MRSM dan juga sekolah-sekolah khusus kepada Ibubapa murid 6G. 5.6 Beliau memaklumkan pada hari tersebut murid dibolehkan untuk pulang awal ke rumah.Seterusnya beliau memberitahu pada hari tersebut guru-guru harus berterus terang kepada ibubapa mengenai prestasi dan tingkah laku setiap murid terutamanya dari segi kehadiran.Semua guru kelas mesti mempunyai senarai jumlah ketidakhadiran murid ke sekolah. 5.7 Beliau juga turut memaklumkan bagi murid baharu yang telah daftar sekolah pada 1/9/2022 di SKT tidak diwajibkan hadir pada hari tersebut kerana markah PBD mereka adalah berdasarkan pada sekolah lama mereka. 5.8 Beliau memaklumkan guru-guru boleh mula bergerak untuk perjumpaan ibubapa pada jam 11:15 pagi.Pada hari tersebut juga guru-guru boleh mengingatkan ibubapa murid mengenai bayaran tambahan yang belum dijelaskan. 5.9 Beliau seterusnya membaca nama ahli jawatankuasa tugas pada hari tersebut.Senarai nama AJK pada hari tersebut boleh dilihat dibawah. Makluman: Semua Guru


5.10 Seterusnya, beliau memaklumkan mengenai tugas guru penghubung.Antara AJK yang terlibat ialah Cg.Masliza,Cg.Atikah,Ustaz Ruhaifi dan Cg. Aida.Guru penghubung bertanggungjawab memanggil murid-murid untuk dibawa pulang oleh ibubapa mereka. Makluman: Guru Penghubung 5.11 Beliau turut menambah pada waktu pendaftaran sebanyak dua orang guru akan mengendalikan proses pendaftaran untuk setiap tahun.Borang kehadiran akan diserahkan kepada Ustazah Khusarmila.


5.12 Beliau seterusnya memaklumkan murid murid tahun lima akan menjalani peperiksaan percubaan KAFA dalam waktu yang terdekat ,maka pada hari tersebut mereka harus menghadiri kelas tambahan KAFA. 5.13 Beliau turut memaklumkan pada 19 Oktober ,dewan sekolah akan digunakan oleh pihak PPD untuk majlis penyampaian sumbangan pakaian kepada murid miskin daripada YUEM (Yayasan United Engineers Malaysia).Semua sekolah akan menghantar dua orang murid untuk menerima sumbangan tersebut.Sebanyak 10 orang murid SKT telah terpilih untuk menerima satu set pakaian sekolah canggih dan juga pakaian sukan sekolah daripada kedai buku SKT. 5.14 Beliau kemudiannya,menyudahi ucapannya dengan ucapan terima kasih dan berharap agar majlis yang akan diadakan nanti berjalan dengan lancar. 6.0 HAL-HAL LAIN A. PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM/HARI SUKAN NEGARA (PKKO) 6.1 Memulakan ucapan dengan kata alu aluan dan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah memberi sumbangan tenaga,wang ringgit,masa dan sebagainya untuk aktiviti-aktiviti KO yang telah berlangsung bermula dengan merentas desa peringkat sekolah,peringkat PPD,kejohanan permainan peringkat zon,daerah dan sambutan bulan kemerdekaan yang telah diadakan selama sebulan dan ditutup dengan perarakan ambang merdeka dan juga sambutan Hari Malaysia iaitu kayuhan merdeka.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada guru guru yang telah bekerjasama dalam menaik taraf padang sekolah. 6.2 Beliau kemudiannya memberitahu mengenai sambutan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 8 Oktober.Sambutan hari sukan negara peringkat sekolah akan berlansung secara serentak di seluruh negara,namun belum ada tarikh yang spesifik mengenai sambutan hari tersebut. 6.3 Beliau seterusnya memaklumkan mengenai majlis sambutan maulidurrasul pada peringkat sekolah akan dibahaskan dengan lebih lanjut oleh Ustaz Fadhil. 6.4 Seterusnya,beliau memaklumkan mengenai PAJSK.Berdasarkan Surat daripada JPN berkenaan dengan data PAJSK murid sekolah di seluruh negeri Kelantan, JPN menyeru agar guru-guru sekolah mengemaskini penyertaan atau pencapaian terkini murid.Guru kelas atau guru unit beruniform boleh memasukkan jawatan atau pencapaian terkini murid dalam PAJSK supaya murid tersebut mempunyai markah KO. 6.5 Seterusnya,beliau memaklumkan perkara utama yang ingin disampaikan pada hari tersebut ialah mengenai program yang akan diadakan pada minggu hadapan iaitu Program Perkhemahan Unit Beruniform.Tarikh yang paling sesuai untuk


perkhemahan unit beruniform tersebut ialah pada 12,13 dan 14 Oktober.Perkhemahan akan didakan selama tiga hari bermula hari rabu sehingga hari jumaat hadapan. 6.6 Beliau seterusnya mengulas dengan lebih terperinci mengenai aturcara perkhemahan agung unit beruniform 2022 yang akan dilaksanakan sepanjang perkhemahan tersebut. Atur cara tersebut dapat dilihat pada bahagian lampiran. 6.7 Beliau memaklumkan tempat perkhemahan bagi murid perempuan akan dibuat di belakang surau.Kemudiannya dihadapan surau akan didirikan khemah untuk pelajar lelaki.Namun pada hari perkhemahan tersebut pelajar lelaki akan bermalam di kelas cg.Siti Radziah dan menggunakan tandas bahagian bawah.Manakala murid perempuan akan tidur di dalam bilik kuning dan menggunakan tandas bahagian atas. 6.8 Beliau kemudiannya memaklumkan aktiviti solat dan keagamaan akan berlangsung di dalam surau manakala aktiviti aktiviti lain yang akan dilaksanakan seperti ice breaking dan persembahan akan diadakan di dalam dewan. 6.9 Beliau turut memaklumkan pada hari tersebut akan diadakan beberapa pertandingan seperti persembahan malam kebudayaan mengikut unit berunifom,pertandingan kawad kaki yang akan dianggotai oleh 15 orang peserta daripada setiap unit beruniform.Seterusnya setiap unit beruniform akan menghantar dua kumpulan bagi pertandingan memasak tanpa api dan memasak menggunakan api.Tema untuk masakan menggunakan api ialah “sarapan” . 6.10 Beliau seterusnya memaklumkan,bagi murid yang tidak mengikuti pertandingan semasa pertandingan kawad kaki diadakan, murid tersebut akan bersama dengan cikgu Mokhtar untuk demonstrasi pertolongan cemas dan juga ikatan. 6.11 Beliau juga memberitahu pada hari Khamis petang akan diadakan satu aktiviti lasak dan juga aktiviti mencari harta karung yang akan diketuai oleh cikgu Bohari. 6.12 Beliau seterusnya memaklumkan peserta perkhemahan yang akan mendaftar diri dijangka sebanyak 150 atau 130 orang peserta.Satu surat pemberitahuan tentang aktiviti perkhemahan ini akan diedarkan kepada ibu bapa.Bayaran untuk makan&minum beserta aktiviti murid akan dikenakan sebanyak RM 20 seorang.Surat tersebut akan diserahkan oleh murid kepada guru penasihat unit beruniform masing-masing. 6.13 Beliau kemudiannnya memaklumkan murid-murid yang tidak mahu menyertai perkhemahan juga harus terlibat sama pada hari khamis untuk memberi sokongan kepada peserta perkhemahan. 6.14 Seterusnya,beliau memberitahu jumlah ahli dalam setiap unit beruniform.Unit beruniform BSMM mempunyai 40 orang ahli yang dianggotai oleh 30 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan.Pengakap pula mempunyai 47 orang ahli yang terdiri daripada 33 orang murid lelaki dan 14 orang murid perempuan.


6.15 Akhir kata beliau berharap perkhemahan agung unit beruniform SKT tahun 2022 dapat dilaksanakan dengan lancar. Makluman : Semua Guru B. PROGRAM NILAM (PUAN RUSLINA) 6.16 Memulakan ucapan dengan kata alu aluan dan memberikan salam.Seterusnya beliau memaklumkan akan menyampaikan sedikit info tentang taklimat program NILAM yang telah dihadiri beliau pada 23 Ogos di PPD TUMPAT pada jam 9:00 pagi sehingga jam 1 tengahhari. 6.17 Beliau meneruskan dengan memberitahu maksud NILAM iaitu Nadi Ilmu Amalan Membaca,NILAM diperkenalkan pada tahun 1988 melalui surat pekeliling Ikhtisas bilangan 13 yang bertarikh 22 Mei 1998.Pada tahun berikutnya iaitu tahun 1999 program NILAM telah dilancarkan.Pada tahun 2017 program ini telah ditambah baik sehingga sekarang.Objektif program ini adalah untuk menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya dalam kalangan murid sekolah. 6.18 Beliau memaklumkan sebelum ini cara perekodan NILAM murid tahun 1 sehingga tahun 6 adalah secara manual dimana mereka dikehendaki mencatat buku yang dibaca secara bertulis.Namun pada masa kini cara yang digunakan untuk merekod NILAM ialah dengan menggunakan “bintang” berbanding sebelum ini yang menggunakan pingat seperti pingat emas,perak dan gangsa.Semua murid yang layak mendapat bintang mestilah memenuhi kriteria yang berikut iaitu 1 bintang mesti memuatkan catatan NILAM sebanyak 144 sehingga 287. 2 bintang pula sebanyak 288 sehingga 431. 3 bintang pula sebanyak 432 sehingga 575. 4 bintang sebanyak 576 sehingga 719,manakala 5 bintang sebanyak 720 dan ke atas. 6.19 Beliau seterusnya memberitahu, supaya guru murid tahap 2 mengisi data PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Korikulum).Beliau berharap agar mulai tahun depan pihak sekolah mewujudkan satu jawatankuasa khas NILAM dan semua guru adalah guru NILAM. 6.20 Beliau kemudiannya memaklumkan cara untuk memaparkan data NILAM murid dari tahun 2021 menggunakan pautan secara online.Murid-murid perlu mempunyai ID penghubung iaitu dengan menggunakan ID Delima. Cara untuk Login ID pengguna ialah dengan membuka link yang disediakan,seterusnya tekan ID dan klik daftar bacaan murid tersebut.Dari situ boleh isi nama pengarang,kategori buku,bilangan muka surat,penggunaan bahasa dan akhir sekali ulasan,catatan atau nilai murni. 6.21 Beliau turut memberitahu kedudukan SKT di PPD Tumpat (campur sekolah rendah dan menengah) adalah pada ranking yang ke-22 daripada 48.Bagi kedudukan sekolah rendah pula SKT berada pada ranking yang ke-14. 6.22 Akhir kata Beliau menyeru agar semua guru membantu murid untuk melengkapkan rekod bacaan NILAM.


C.PROGRAM GOSOK GIGI (PUAN NORELA) 6.23 Puan Norela memaklumkan program ini akan dikendalikan setiap kali lepas rehat di tepi dewan.Guru kelas akan merekodkannya dalam buku yang akan disediakan. D.PROGRAM KEBAKARAN (USTAZ FADHIL) 6.24 Beliau memaklumkan latihan kebakaran akan diadakan pada 18/10/2022 iaitu pada hari Selasa.Pada 16/10/2022-Ahad akan diadakan raptai firedrill.Pada hari selasa pula semua murid dikehendaki memakai baju PJ.Atur cara program boleh dilihat di bahagian lampiran. 6.25 Beliau juga memaklumkan agar semua guru kelas print out pelan kebakaran,laminate dan tampal dalam kelas serta menjelaskan pelan kebakaran tersebut kepada murid kelas masing-masing . 6.26 Seterusnya beliau memaklumkan pada 11/10/2022 ,program selawat sempena Maulidurrasul akan diadakan pada pukul 8:00 pagi sehingga 9:45.Atur cara program boleh dilihat di bahagian lampiran. E.MYPORTFOLIO (EN.HADI) 6.27 Encik Hadi meneruskan mesyuarat dengan menunjukkan demonstrasi tentang cara-cara untuk melengkapkan Myportfolio guru. 7.0 UCAPAN PENANGGUHAN 7.1 Bagi menangguhkan mesyuarat Guru Besar menyudahinya dengan bacaan surah ( Al-‘Asr). 7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:30 petang.


LAMPIRAN 1 ATURCARA PERKHEMAHAN AGUNG UNIT BERUNIFORM 2022 TARIKH MASA AKTIVITI GURU BERTUGAS CATATAN 12/10/22 RABU 2.00 PTG Pendaftaran Taklimat P:1) Naimah 2) Ruslina PBSM: 1) Siti Mariam 2) Nizam PI:1) Hamidah 2)Yuslinda TP: 1) Aida 2) Nur Aisyah TKRS: 1) Zainal 2) Siti Norisah PENDAFTARAN P:Ruslina Naimah PBSM: Norela Siti Mariam PI:Hamidah Noryuslinda Hanis TP: Noriza Nur Aisyah TKRS: Zainal Abidin Siti Norisah TAKLIMAT PKKO/KEMKOM 3.00 PTG Persiapan tempat dan pasang khemah 4.00 PTG Minum petang Solat Asar P:1) Naimah 2) Hadi PBSM: 1) Norela 2) Faizati PI:1) Hamidah 2) T. Khusarmila TP: 1) Siti Zubaidah 2) TKRS: 1) Zainal 2) Hernany AJK PERSEGARAN 5.00 PTG Latihan kawad kaki Hias khemah 6.30 PTG Makan malam Persiapan diri AJK PERSEGARAN 7.00 MLM Solat Maghrib Tazkirah Solat Isyak P:1) 2) PBSM: 1) Noor Ashikin 2) Faizati PI:1) 2) TP: 1) Siti Zubaidah 2) TKRS: 1) Fadhil 2) Ruhaifi AJK KEROHANIAN IMAM Guru KAFA 9.00 MLM Ice breaking P:1)Norulhayati AJK AKTIVITI


2) Mokhtar PBSM: 1) Bohari 2) Nizam PI:1) Noor Aniza 2) TP: 1)Nur Habibi 2) Nur Aisyah TKRS: 1) Masliza 2) Roslina 1)Norulhayati 2)Nur Habibi 11.00 MLM Rehat & Tidur 1) Sukardi 2) Bohari 3) Nizam 4) Mokhtar 5) Masliza 6) Roslina 7) Nur Aisyah 8) 13/10/22 KHAMIS 5.30 PG Siap diri Solat P:1) 2) PBSM: 1) Faizati 2) Siti Mariam PI:1) Noor Aniza 2) TP: 1) Aida 2) Maziati TKRS: 1) 2) AJK KEROHANIAN IMAM 7.00 PG Riadah pagi AJK RIADAH 8.00 PG Sarapan AJK PERSEGARAN 9.00 PG Pertandingan Kawad Demontrasi ikatan dan Pertolongan Cemas SEMUA GURU AJK PERTANDINGAN 1)Noor Aniza 2) Iszam Rohaida 3) Nur Aisyah JURI 1)Mokhtar 2)M.Ruhaifi 3)M.Nizam KETUA JURI PKKO 10.30 PG Minum pagi AJK PERSEGARAN 11.00 PG Pertandingan Memasak SEMUA GURU AJK PERTANDINGAN 1)Norhasiah 2)Siti Norisah 3)Noryuslinda Hanis JURI 1)Norhasiah 2) Nur Aisyah 3)Siti Mariam KETUA JURI


PKHEM 12.30 TGH Makan AJK PERSEGARAN 1.30 PTG Persiapan diri Solat Zohor P:1) Naimah 2) Norulhayati PBSM: 1) Nizam 2) Noor Ashikin PI:1) Hamidah 2) Noryuslinda TP: 1) Habibi 2) Maziati TKRS: 1) Ruhaifi 2) Siti Norisah AJK KEROHANIAN IMAM Guru KAFA 2.30 PTG Latihan Persembahan 4.00 PTG Minum petang Solat Asar P:1) Hadi 2) Ruslina PBSM: 1) Maziah 2) Siti Mariam PI:1) Norhayati 2) Noor Aniza TP: 1) Siti Zubaidah 2) Habibi TKRS: 1) Hernany 2) AJK PERSEGARAN AJK KEROHANIAN IMAM Guru KAFA 5.00 PTG Treasure Hunt / Laluan Berhalangan AJK AKTIVITI 1)Bohari 2) Siti Mariam 3)Sukardi 6.30 PTG Makan Malam Persiapan diri P:1) Mokhtar 2) PBSM: 1) Faizati 2) Noor Ashikin PI:1) Norhasiah 2) TP: 1) Nur Aisyah 2) Siti Zubaidah TKRS: 1) Roslina 2) Masliza AJK PERSEGARAN 7.30 MLM Solat Maghrib Tazkirah/Bacaan yasin Selawat Solat Isyak AJK KEROHANIAN IMAM Guru KAFA 9.00 MLM Malam Kebudayaan BBQ Semua guru 11.00 MLM Rehat diri Tidur 1) Bohari 2) Othman 3) Hadi 4) Nizam 5) Masliza 6) Nur Aisyah 7)


8) 14/10/22 Jumaat 5.30 PG Siap diri Solat Subuh P:1) Othman 2) Mokhtar PBSM: 1) Siti Mariam 2) Faizati PI:1) 2) TP: 1) Nur Aisyah 2) Maziati TKRS: 1) 2) AJK KEROHANIAN IMAM 7.00 PG Riadah pagi AJK RIADAH 8.00 PG Sarapan AJK PERSEGARAN 8.30 PG Buka khemah/bersih kawasan 9.30 PG Majlis Penutupan Semua guru 11.30 PG Bersurai


LAMPIRAN 2


LAMPIRAN 3


Disediakan oleh : Disahkan oleh : (CIK NUR AISYAH BT HUSAINI ) (EN.N MAHDY BIN MAHMOOD) Setiausaha, Guru Besar, Minit Mesyuarat Guru. SK Tumpat.


Click to View FlipBook Version