PROGRAM TRANSFORMASI MINDA SIRI 1 13 MAC 2023 - 17 MAC 2023 ANJURAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM)
PROGRAM TRANFORMASI MINDA (PTM) Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. PTM juga merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.
OBJEKTIF (a) Memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam; (b) Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam; (c) Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; (d) Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju.
ATUR CARA MAJLIS 8.30 a.m. - Pengisian borang PKL 9.00 a.m. - Taklimat Peer Rating ( PR ) 9.30 a.m. - Pengisian borang PR 10.00 a.m. - Ujian Kefahaman 11.00 a.m. - Majlis Penutup