E-PORTFOLIO: PSVK 3443: ASAS MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN (SENI ARCA)
PENSYARAH ENCIK JOHANES BULOT @BULAT
PELAJAR Nama: Mohamad Afiq bin Jetrine Angka Giliran: 2021012340103 No. Kad Pengenalan: 030430-12-0609 Kumpulan/Unit: Bahasa Melayu SK
ISI KANDUNGAN 5 JENIS-JENIS ARCA 4 APA ITU SENI ARCA? 3 PENGENALAN BIDANG 2 PENGHARGAAN 1 PRAKATA
ISI KANDUNGAN 10 KAJIAN ALAT DAN BAHAN 9 LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA 8 LAKARAN SUBJECT MATTER 7 SUBJET MATTER 6 KEGIATAN BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
ISI KANDUNGAN 15 SUMBER RUJUKAN 14 RUMUSAN 13 LAKARAN AKHIR 12 KAJIAN WARNA 11 KAJIAN TEKNIK
PRAKATA Kursus ini merangkumi pengetahuan mengenai asas dalam bidang membentuk dan membuat binaan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang diajarkan di sekolah. Para murid akan dibimbing untuk mengenal seni arca yang terdiri daripada beberapa jenis seperti arca mobail, asemblaj, stabail dan timbulan. Ia juga memberi keutamaan kepada proses mengenal, menyelidik, dan menghasilkan karya tersebut. Kursus ini diperkenalkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam melahirkan seorang guru yang mampu menggunakan bakat yang ada sebanyak mungkin untuk berfantasi, berkreativiti, membuat inovasi dan mereka cipta semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kursus ini berfokus kepada pengenalan membentuk dan membuat binaan, menganalisis konsep dan prinsip, penerokaan alat dan bahan, kaedah dan teknik serta proses penghasilan produk bidang membentuk dan membuat binaan. Pada akhir kursus pelajar akan dapat mempelajari ilmu dan kemahiran mengenai membentuk dan membuat binaan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti membuat hasil karya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah.
PENGHARGAAN Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya yang dianugerahkan kepada saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pensyarah bagi kursus Asas Membentuk dan Membuat Binaan yang saya hormati, Encik Johanes Bulot @ Bulat kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan hasil tugasan kerja kursus ini. Tanpa adanya bimbingan beliau, tugasan ini tidak dapat kami sempurnakan mengikut kehendak soalan dan tidak berupaya menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Kegigihan beliau dalam mengajar dan membimbing kepada kami sepanjang pengajian kursus ini memberi sumber inspirasi dalam menjayakan tugasan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan serta menjadi pemudah cara untuk menyiapjan kerja kursus ini. Mereka merupakan dua orang insan yang sememangnya telah memberikan saya segala kemudahan dan setiap doa serta harapan mereka akan saya ingat sampai bila-bila sehingga saya berjaya mencapai cita-cita. Selain itu, saya turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan khususnya rakan opsyen kerana banyak memberi pendapat, idea dan juga membantu saya ketika dalam kesusahan untuk menyelesasikan tugasan kerja kursus ini. Peringatan dan nasihat yang mereka berikan sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini akan saya hargai dan ingat sepanjang masa. Tanpa mereka, sudah pasti saya tidak akan memahami setiap soalan-soalan yang diberikan dalam tugasan kerja kursus. Akhir kalam, semoga mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam tempoh penghasilan kerja kursus ini meraih kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
PENGENALAN BIDANG Bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KSSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Pemilihan alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf yang menarik mengikut kreativiti masing-masing. Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak seprti aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin tanah liat, tepung, paper mache. Bidang kegiatan ini menekankan perkembangan persepsi murid terhadap aspek unsur seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas apabila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang ini juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan yang memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alatdan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Menerusi Dokumen Standard Pendidikan Seni Visual Tahap 2 bermatlamat untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan inovatif menerusi pemupukan bahasa seni visual. Aktiviti yang dirancang membolehkan murid menghasilkan karya dan berupaya membuat apresiasi seni visual. Isi kandungannya membantu perkembangan emosi murid, meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa, serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) . Maka, bidang ini merupakan antara sumber yang membolehkan murid dapat menghayati prespektif estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif dan apresiasi seni.
PENGENALAN BIDANG Penghasilan objek yang bersifat tiga dimensi, menekankan pemahaman dan penguasaan terhadap objek-objek seni tiga dimensi kerana penstrujturan reka bentuk yang perlu dirancang dan diperhalusi agar hasilnya menepati perancangan yang dibuat. Objek yang terhasil merupakan objek maujud iaitu objek nyata dan boleh disentuh, dilihat dan dirasa. Justeru itu, ia mempunyai ciri-ciri binaan seperti bentuk, jalinan, besar, kecil, kertas, lembut dan sebagainya. Tambahan pula, Kegiatan jni juga memerlukan proses imaginasi seseorang dan seterusnya diterjemahkan dalam bentuk lukisan, di struktur, dan proses pembinaan objek tersebut. Secara tidak langsung, murid diberi peluang untuk membuat rujukan dan pemerhatian terhadap objek sebanar yang ada di sekelilingnya mereka. Hal ini memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai makna dan fungsi tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja merupakan satu proses pembelajaran dan pengalaman kepada murid. Malah, bidang ini juga menumpukan kepada perkembangan persepsi murid terhadap asas seni reka seperti bentuk, ruang, jalinan, imbangan, harmoni dan sebagainya. Kemahiran psikomotor dan latihan membuat pemerhatian tajam terhadap objek yang dilihat serta membolehkan murid dapat mengenai penggunaan bahan, alat dan teknik dan seterusnya mereka mampu berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan tersebut semasa melaksanakan proses penghasilan seni.
SENI ARCA Arca bersifat realiti atau abstrak. Arca realiti menampilkan objek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikiran yang tinggi untuk menginterpretasikan bentuk dan maksud arca tersebut. Hal ini selari dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui luahan perasaannya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.
JENIS-JENIS ARCA ARCA MOBAIL Arca Asemblaj Arca Stabail Arca Timbulan
Arca Asemblaj Arca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang berbeza dan digabungkan menjadi sebuah arca serta mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun 1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai “junk sculpture” , iaitu arca yang berasal daripada baranganterpakai terpakai atau buruk dan rosak. Arca Asemblaj yang terkenal ialah “Homeege to NewYork” , karya Jean Tinguely. Leo Sewell telah mencipta media campuran menjumpai objek Asemblaj iaitu Arca Anjing Scottie. Bahan arcanya terdiri daripada objek plastik, logam dan kayu yang boleh dikenali dan didapati. Objek ini dipilih untuk mewujudkan warna, bentuk, tekstur, dan ketahanan kemudian ia dipasang menggunakan paku, bolt, dan skru. Gambar ini menunjukkan roda basikal iaitu Marcel Duchamp (1951) yang dipasang pada bangku kayu yang telah dicat.
Arca Asemblaj
Arca Timbulan Arca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian diubah menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara ciri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan cara memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang yang menjadi figura tersebut kelihatan timbul dari permukaan dan lebih menarik. Arca Timbulan bertemakan fauna iaitu hidupan Laut seperti ikan yang diukir pada kayu. Arca ini adalah kombinasi antara ciri-ciri catan dan arca. Pada zaman dahulu, manusia menghasilkan arca dengan cara memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan membuatkan arca tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Gambar ini merupakan ukiran kayu bercorakkan tradisional.
Arca Timbulan
Arca Stabail Arca ini tidak terawang tetapi boleh bergerak kerana kedudukan yang boleh bergerak. Arca stabail merupakab arca statik yang dibina atas tapak yang kukuh dan tidak mempunyai sendi-sendi iaitu bahagian bercantum yang membolehkan ia bergerak secara terawang-awang seperti arca mobail. Arca stabail adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Setiap permukaannya dapat disentuh serta dipandang dari pelbagai sudut. Selalunya arca dapat dilihat di galeri, taman permainan dan tempattempat yang menjadi tarikan pelancong seperti muzium dan tugu peringatan.
Arca Stabail Arca di atas menggunakan tapak berbentuk kon untuk membina kestabilan Arca ini merupakan arca kuda yang menunjukkan bahagian kaki belakang menjadi tapak untuk arca tersebut dapat berdiri dengan stabil.
Arca Mobail Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini lazimnya digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an.
Arca Mobail Arca mobail sering dijadikan sebagai bahan perhiasan kerana sifatnya yang tergantung dan bergerak serta mempunyai nilai estetika tersendiri yang boleh dikomersilkan.
KEGIATAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Permodelan ialah perbuatan membuat sesuatu mengikut bentuk sebenar tetapi skala dan perkadaran adalah berbeza sama ada diperbesar atau dikecilkan. Contoh model yang biasa dihasilkan ialah model rumah, model kereta, dan sebagainya. MODEL
KEGIATAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Diorama ialah sejenis struktur tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk mewakili situasi kehidupan sebenar. Komponen keadaan hendaklah diletakkan di dalam kotak atau bekas yang berlubang pada satu hingga tiga bahagian supaya ia boleh dilihat dari hadapan atau pun dari sisi. Barangan yang hendak disusun boleh digantung, diletakkan atau dilekatkan pada tapak dan sisi kotak/bekas. Dinding kotak dicat di latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama. Dasar kotak dihiasi dengan bahan untuk mencipta situasi yang serupa dengan tema diorama. Tapak atau dinding -Kotak, papan, kadbod, atau bekas. Objek yang disusun - Kertas, plastik, kadbod. Pemotong- Gunting, pisau. Pelekat- Selotape, gam, tali. ALAT DAN BAHAN MENGHASILKAN DIORAMA DIORAMA
KEGIATAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN BONEKA Boneka (dari bahasa Portugis boneca) ialah sejenis mainan yang boleh mengambil pelbagai bentuk, termasuk manusia atau haiwan, serta watak fiksyen. Anak patung boleh dianggap sebagai salah satu mainan tertua kerana ia wujud di Greece purba, Rom atau Mesir. Walau bagaimanapun, fungsi, bentuk dan bahan yang digunakan dari dahulu hingga sekarang sangat berbeza. Boneka dibuat sebagai alat permainan kanak-kanak, tetapi kadangkala ia digunakan untuk majlis-majlis upacara yang berkaitan dengan alam atau alam ghaib atau ghaib, contohnya dalam bentuk upacara keagamaan pada zaman dahulu, permainan jelangkung, upacara sihir atau seruan roh. Anak patung sering dijumpai di makam purba atau tapak bersejarah atau prasejarah. Boneka ialah objek bergerak yang dimainkan oleh pemain dengan sentuhan atau arahan untuk menyampaikan mesej. Mana-mana objek atau objek yang boleh diubah menjadi boneka, pemain akan cuba menghidupkan watak melalui dialog pemain atau melalui aksi boneka tanpa sebarang dialog.
KEGIATAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN BONEKA JARI BONEKA SARUNG TANGAN BONEKA WAYANG KULIT
KEGIATAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN TOPENG Topeng ialah alat yang digunakan untuk menutup muka. Topeng digunakan untuk membuat persembahan dan bagi tujuan lain mengikut kehendak pemakainya. Digunakan dalam upacara keagamaan. Digunakan di dalam teater persembahan. Digunakan untuk menyembunyikan identiti. Digunakan bagi tujuan majlis-majlis tertentu. KEGUNAAN TOPENG JENIS-JENIS TOPENG Topeng mata- Topeng yang menutup seluruh bahagian mata. Topeng muka- topeng yang menutup seluruh permukaan muka. Topeng serkup- Topeng yang menutup seluruh permukaan kepala. TOPENG MUKA
KEGIATAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN ORIGAMI Origami merupakan seni lipatan kertas yang mula diperkenalkan di Jepun. Seni origami tidak memerlukan gam untuk melekat bahagianbahagian kertas hingga menjadi bentuk yang diingini kerana kertas hanya perlu dilipat dan disisip untuk membuat bentuk yang diingini. berasal dari perkataan Jepun ORIKAMI yang bermaksud seni melipat kertas sehingga membentuk bentuk-bentuk yang diinginkan. ORI bermaksud lipat dan KAMI bermaksud kertas. Kertas Gunting Pisau ALAT DAN BAHAN ORIGAMI BERBENTUK HAIWAN DAN BUNGA
SUBJECT MATTER ARCA STABAIL (BURUNG)
SUBJECT MATTER
LAKARAN SUBJECT MATTER Proses melakar subject matter dengan menggunakan aplikasi Picsart dan Sketcbook
LAKARAN OLAHAN IDEA Unsur jalinan telah diubah menjadikan corak pada lakaran tersebut juga berubah. Lakaran pada bahagian sayap arca telah dilakar dengan menampakkan seakan-akan arca ingin terbang dan melebarkan bukaan sayapnya. Arca stabail juga telah dilakar dengan bertapakan batang kayu yang dipotong untuk menjadi tempat tapak arca itu berdiri. Kemudiannya, dari aspek bahan pula juga telah diubah dengan menggunakan bahan yang dipilih dan sesuai dengan penghasilan arca nanti kerana arca yang asal menggunakan bahan 'bronze'.
LAKARAN PENGEMBANGAN IDEA Unsur jalinan telah diubah menjadikan corak pada lakaran tersebut juga berubah. Lakaran pada bahagian sayap arca telah dilakar dengan menampakkan seakan-akan arca ingin terbang dan melebarkan bukaan sayapnya. Arca stabail juga telah dilakar dengan bertapakan batang kayu yang dipotong untuk menjadi tempat tapak arca itu berdiri.
PROSES PENGHASILAN IDEA Dalam memulakan penghasilan idea, saya telah menggunakan plartform Youtube untuk melihat caracara dalam menghasilkan karya arca stabail burung untuk dijadikan rujukan dan panduan dalam langkah demi langkah. Malah, dapat mengetahui teknik-teknik yang sesuai berserta contoh-contoh bahan yang akan digunakan. https://youtu.be/Q5m4CV9qLGA?si=Vh-mGQ37uE2QCPBy
PROSES PENGHASILAN IDEA Teknik 1, setiap batang aiskrim akan dicantumkan dengan menggunakan gam. Merujuk kepada gambar, sebanyak 4 hingga 8 batang aiskrim akan dicantumkan untuk membentuk bahagian badan arca burung. Pada teknik 2, lukisan burung yang telah dipotong akan diletakkan di atas permukaan batang dan kemudiannya dilukis. Teknik 3, batang aiskrim yang telah siap dilukis akan dipotong.
PROSES PENGHASILAN IDEA Teknik 4, setiap batang aiskrim akan direndamkan di dalam air untuk dilembutkan supaya lebih mudah dilentur. Teknik 5, batang aiskrim yang telah direndam akan diletakkan dan dicantumkan pada bahagian badan burung. Teknik 6, lebihan panjang batang aiskrim ditandakan untuk dipotong.
PROSES PENGHASILAN IDEA Teknik 7, bahagian badan arca telah diratakan dengan menggunakan kertas pasir. Teknik 8, proses menebuk dilakukan untuk membentuk mata. Teknik 9, batang aiskrim dipotong dari hujung sudut atas sebelah kanan hingga hujung sudut bawah sebelah kiri untuk membentuk sayap.
PROSES PENGHASILAN IDEA Teknik 10, batang aiskrim dipotong dan mula dicantumkan pada bahagian belakang arca. Teknik 11, arca burung akan diletakkan di atas batang kayu dan juga batang aiskrim yang dicantumkan menjadi tapak bagi arca tersebut. Maka, terhasillah arca stabail burung.
PROSES PENGHASILAN IDEA Teknik 12, kertas warna dipotong untuk menunjukkan seakan-akan bulu seekor burung. Teknik 13, kertas tersebut dilekatkan di setiap bahagian permukaan arca.
PROSES PENGHASILAN IDEA Teknik 1, batang aiskrim direndam di dalam air untuk melembutkannya. Teknik 2, batang aiskrim dicantumkan dan kemudiannya bahagian badan burung dilakarkan. Teknik 3, lakaran bahagian badan burung dipotong.
PROSES PENGHASILAN IDEA Teknik 4, permukaan bahagian badan yang sudah dipotong dihaluskan lagi dengan kertas pasir. Teknik 5, bahagian badan dilekatkan dengan batang aiskrim yang telah dipotong berbentuk hemisfera pada keduadua belah sisi. Teknik 6, kadbord juga dipotong untuk menyambung bahagian sisi-sisi badan arca.
PROSES PENGHASILAN IDEA Teknik 7, batang aiskrim dicantumkan untuk membentuk sayap arca. Teknik 8, bahagian sayap yang telah selesai dilakar seterusnya dipotong. Teknik 9, metallic paper yang berbentuk seakanakan bulu pelepah burung dilekatkan pada bahagian sayap.
PROSES PENGHASILAN IDEA Teknik 10, bahagian badan arca kemudiannya dilekatkan dengan metallic paper berbentuk bulu pelepah burung. Teknik 11, membuat bahagian tapak arca dengan menggunakan papan kadboard dan batang aiskrim. Teknik 12, 'stand' untuk arca burung dilekatkan pada bahagian bawah arca dan kemudiannya didirikan atas bahagian tapak yang telah siap.
KAJIAN ALAT/BAHAN Penggunaan Aplikasi Digital SKETCHBOOK PICSART Ibis Paint X
KAJIAN ALAT/BAHAN Gunting Pensel Pen Marker Pisau Batang Aiskrim (Ice cream Stick) Air Batang Kayu Tanah liat Kertas warna Mettalic Paper
KAJIAN TEKNIK TEKNIK CANTUMAN TEKNIK POTONGAN Dua teknik yang telah dipilih dalam membuat arca iaitu teknik cantuman dan teknik potongan. Kedua-dua teknik ini memerlukan bahan seperti gam dalam teknik cantuman dan teknik potongan menggunakan pisau untuk memotong batang aiskrim. Teknik potongan untuk membentuk rupa bentuk bahagian badan burung dan sayap dan kemudiannya dicantum satu demi satu membentuk arca stabail burung.
KAJIAN WARNA Dari aspek warna pula, boleh dilihat apabila arca tersebut dipadankan dengan warna panas seperti warna oren, pelbagai warna, warna gelap (coklat gelap) dan warna sejuk (biru) dengan ton warna yang berbeza. Setiap warna yang digunakan menunjukkan daya tarikan yang berbeza-beza menyebabkan lakaran arca tersebut mempunyai perbezaan antara satu sama lain.
LAKARAN AKHIR Lakaran akhir yang dipilih iaitu dengan pemilihan warna sejuk iaitu warna biru. Pemilihan lakaran ini adalah untuk melihat penilaian saya dalam memilih kesesuaian lakaran dengan pilihan-pilihan warna. Warna panas dan sejuk telah menjadi pilihan saya kerana warna ini adalah warna kegemaran dan warna ini memberikan kesan yang menonjol kepada mereka yang melihatnya. Warna merah dan kuning pada lakaran arca stabail burung ini menunjukkan ton warna yang berbeza menyebabkan warna tersebut lebih menyerlah dan menarik. Arca menjadi lebih megah dan mampu memberikan gambaran luas pada ruang, kesan yang damai, sejuk dan mampu menenangkan fikiran. Warna biru mampu mengekspresikan kehendak spiritual yang mendalam melalui lakaran arca tersebut kerana warna tersebut sesuai dengan tema atau tajuk yang ingin disampaikan iaitu kebebasan dan kekuatan alam flora dan fauna. Warna hijau pada hujung ekor arca menyatakan identi alam dan melambangkan kesegaran, kedamaian dan relaksasi mahupun santai.
KARYA AKHIR (SEBENAR) Unsur jalinan pada arca burung ini ditonjolkan melalui kepingan kertas yang dipotong seakan-akan bulu burung pada setiap bahagian. Pada bahagian sayap dan badan, terdapat 3 warna iaitu merah, kuning dan biru manakala bahagian hujung ekor arca terdapat warna hijau. Jalinan lebih ketara apabila setiap kertas tersebut dipotong dengan bahagian tepinya digunting. Bagi mendapatkan unsur bentuk arca, selain pemotongan kertas, pembentukan badan arca dibuat dengan menggunakan kadboard dan juga batang aiskrim yang dipotong mengikut rupa bentuk burung yang sebenar. Proses pemotong tersebut, dilakukan dengan adanya cantuman antara kadboard pada kedua-dua bahagian sisi badan arca sehingga mewujudkan imbangan yang simetri. Prinsip kesatuan boleh dilihat melalui pemilihan gabungan warna yang sesuai iaitu biru, merah dan kuning dan mewujudkan unsur harmoni dalam arca tersebut.
RUMUSAN Saya berasa bersyukur dan gembira kerana saya mampu menyelesaikan projek digital dan melengkapkan seni arca dalam tempoh masa yang cukup. Pada masa yang sama, sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini aya dapat mempelajari cara untuk membina arca secara digital walaupun terdapat pelbagai kekangan dalam melaksanakannya, namun semangat yang teguh dan usaha yang kukuh, saya berusaha sedaya upaya membuat tugasan dengan sebaiknya. Hal ini secara tidak langsung, erti kesabaran dan kesungguhan juga dapat saya kukuhkan sepanjang fasa menyiapkan tugasan ini. Demi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, saya telah melakukan kajian dan carian mengenai proses penghasilan arca berdasarkan tema alam flora dan fauna menerusi pelbagai sumber seperti Google dan Youtube untuk memperoleh penjelasan dan pemahaman yang mendalam mengenai seni arca yang sebenar. Bukan itu sahaja, saya juga telah menjalankan perbincangan dengan pensyarah dan rakan untuk saling bekerjasama mencari maklumat mengenai pengaplikasian aplikasi digital. Hal ini telah membolehkan saya menguasai kemahiran seperti mengorganisasi, mentaksir, menganalisis dan mengaplikasikan setiap pengetahuan dan kemahiran dalam menghasilkan sebuah bentuk pembelajaran yang bermakna. Oleh itu, semoga segala ilmu dan kemahiran yang saya perolehi dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya sebagai seorang bakal guru untuk memberi dan menyampaikan ilmu kepada generasi akan datang demi kemashalatan bersama.
SUMBER RUJUKAN Ida Puteri Mahsan (2021). Ekspresi Seni dan Komunikasi Visual Murid Berkeperluan Khas Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 10 (1), 41-54. https://doi.org/10.37134/jpak.vol10.1.4.2021 Cohen, A. (2018, Ogos 21). 7 Artists Who Created Innovative Mobiles beyond Alexender Calder. https://www.artsy.net/article/artsy-editorial-7-artists-created-innovativemobiles-alexander-calder Leonard, R. R. (2023, September 01). Sculpture. Britannica. https://www.britannica.com/art/sculpture Meyer, I. (2022, May 10). Types of sculpture: Our Guide to 3-Dimensional Art Formats. https://artincontext.org/types-of-sculpture/ Woods, S. (2023, May 10). What Is A Kinetic Sculpture? The 3 Characteristics Of One. https://www.imaginated.com/blog/kinetic-sculpture/