D20211099082 NAMA : NO MATRIK : SUBJEK : PENSYARAH : NURUL ASMAA’ BINTI MAT YUSOFF KBP3083 (LATIHAN KEMAHIRAN HIDUP DAN PRAVOKASIONAL CROCHET MOON KEYCHAIN DR. NORAINI BINTI ABDULLAH
MANUAL PENGGUNAAN Pengguna perlu menekan pautan “Crochet Moon Keychain” yang telah disediakan. 1. Paparan utama buku skrap akan dipaparkan. 2. Pengguna boleh menekan pautan QR yang telah disediakan untuk mengetahui lebih jelas langkahlangkah dalam menghasilkan ‘Crochet Moon Keychain” 3.
PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin dariNYa dapatlah saya menyiapkan tugasan Buku Skrap Digital ‘Crochet Moon Keychain’ ini dengan sebaiknya. Pertama sekali, saya ini mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah pada diri sendiri serta rakan seperjuangan saya terutama sekali rakan satu rumah saya Normiza, Rafhanah, Siti, Raziqin dan Yuszaira kerana telah banyak memberi sokongan sepanjang proses dalam menghasilkan Buku Skrap Digital. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada pensyarah kursus KBP3083 Latihan Kemahiran Hidup dan Pravokasional iaitu Dr. Noraini binti Abdullah kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan Buku Skrap Digital ini. Akhir kata, semoga Buku Skrap Digital ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca.
PENGENALAN Buku skrap digital ini dicipta khas oleh saya sendiri bagi memenuhi keperluan kursus KBP3083 Latihan Kemahiran dan Provakasional yang dibimbing oleh Dr. Noraini binti Abdullah iaitu pensyarah kursus ini. Buku skrap digital ini mengandungi langkah-langkah dalam menghasilkan Crochet Moon Keychain. Crochet Moon Keychain ini amat mudah dan senang dihasilkan dengan mengikut langkah yang ditetapkan. Tujuan Crochet Moon Keychain ini dihasilkan juga sebagai satu rujukan kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas melakukannya. Crochet Moon Keychain ini juga boleh dijadikan sebagai perniagaan kepada Murid Berkeperluan Khas kerana Crochet merupakan salah satu benda yang sangat dikenali dan terkenal pada zaman ini.
ISI KANDUNGAN 1. Peralatan dan Bahan Mengait 1-2 2. Istilah Penggunaan Bahasa untuk Moon Crochet 3 2. Langkah-langkah Melaksanakan Crochet Moon Keychain 4-10 3. Video Cara Pelaksanaan Crochet Moon Keychain 11 4. Penutup 12 Perkara Muka Surat
Benang Benang berwarna kuning digunakan untuk melakukan ‘Crochet Moon Keychain’ Jarum Jarum bersaiz 3.0mm digunakan untuk menyambungkan benang PERALATAN MENGAIT DAN FUNGSINYA Pin Penanda Digunakan sebagai penanda untuk mengait
Memotong lebihan benang Dimasukkan ke dalam keychain supaya lebih gebu Gunting Kapas PERALATAN MENGAIT DAN FUNGSINYA
ISTILAH PENGGUNAAN BAHASA UNTUK CROCHET MOON CONTOH MELAYU ENGLISH Bulatan Magic Ring (MR) Kait Tali Air (KTA) Chain Stitch (CH) Dua Kali Kait (DKK) Single Crochet (SC) Sekali Kait (SKK) Slip Stitch (SS) Tambah Kait (TK) Increased (INC)
LANGKAH-LANGKAH Sediakan peralatan dan bahan yang ingin digunakan. Pegang jarum seperti memegang pisau. Mulakan dengan melakukan bulatan.
LANGKAH-LANGKAH Pastikan 10 Dua Kali Kait (DKK) mengcukupi. Lakukan Sekali Kait (SKK) pada lubang seterusnya. Lakukan Dua Kali Kait (DKK) sebanyak 10 kali di dalam bulatan.
LANGKAH-LANGKAH Letakkan pin penanda pada lubang yang ke 10. Lakukan Tambah Kait (TK) pada setiap lubang sebanyak 10 kali. Pastikan terdapat 20 lubang.
LANGKAH-LANGKAH Kemudian Sekali Kait (SKK) pada lubang seterusnya. Letakkan pin penanda pada lubang yang ke 20. Lakukan Dua Kali Kait (DKK) sebanyak 20 kali di dalam bulatan.
LANGKAH-LANGKAH Pastikan terdapat 40 lubang. Sekali kait (SKK) pada lubang yang seterusnya. Kemudian lipatkan bulatan yang dihasilkan kepada 2.
LANGKAH-LANGKAH Pastikan lipatan tersebut simetri iaitu sama pada kedua-dua bahagian. Sekali kait (SKK) setiap lubang sebanyak 15 kali. Masukkan kapas ke dalam lipatan tersebut sehingga padat
LANGKAH-LANGKAH Kemudian, Sekali Kait (SKK) pada setiap lubang sehingga lubang yang terakhir Matikan benang dan potong lebihan benang dengan menggunakan gunting.
https://youtu.be/aJjelbQh-20? si=hqLl1sCjdVkdq3Y9 VIDEO CARA PENGHASILAN CROCHET MOON KEYCHAIN
PENUTUP Buku skrap digital ini dapat memberikan satu pengalaman yang menarik kepada saya. Sepanjang penghasilan buku skrap digital ini, saya berharap agar buku skrap digital ini dapat digunakan dengan baik oleh Murid Berkeperluan Khas dalam penghasil Crochet Moon Keychain. Melalui setiap halaman buku ini mengandungi langkah-langkah yang ditulis satu persatu dengan harapan agar setiap langkah yang ditulis ini bukan hanya sebagai panduan, tetapi sebagai cerminan dari semangat, dedikasi dan cinta terhadap seni yang kita miliki.
TERIMA KASIH