The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kopkgmmb, 2023-06-23 17:38:52

Ebuletin Edisi 1

E-buletin

UCAPAN PENGERUSI E-BULETIN KOPERASI KGMMB BERHAD MEI 2023 Segala puji bagi Allah S.W.T yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam kepada Rasulullah S.A.W., para sahabat, keluarga baginda serta para pendukung Islam hingga ke akhir zaman. Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya pada tahun ini kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-25. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua perwakilan yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Kawasan untuk hadir dalam MAPT hari ini untuk memenuhi tanggungjawab sebagai wakil demi memastikan koperasi ditadbir urus mengikut peraturan dan tadbir urus yang baik. Pembangunan koperasi kita tidak lari daripada dasar yang ditetapkan oleh kerajaan di bawah Dasar Keusahawanan Negara (DKN) 2030 dan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (TransKoM 2021-2025). Sehubungan itu, Koperasi kita telah tersenarai dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia bagi tahun 2022 di tempat ke-85.Hal ini menunjukkan bahawa koperasi telah ditadbir urus dengan baik dan mendapat kerjasama daripada anggota-anggotanya. E D I S I P E R T A M A Berdasarkan Akaun Untung Rugi yang Disatukan bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022, koperasi berjaya meningkatkan pendapatan kepada RM4,660,063.00 dan mencatatkan keuntungan berjumlah RM2,746,105.00 iaitu meningkat sebanyak RM1,570,108.00 atau 113.51% berbanding tahun lalu. Peningkatan keuntungan dalam keadaan ekonomi negara dan dunia yang tidak menentu adalah sesuatu positif dan disyukuri. Kita berharap anggota-anggota koperasi terus memberi komitmen terhadap aktiviti koperasi. Koperasi terus mengorak langkah dengan mempelbagaikan aktiviti bagi memastikan koperasi berdaya maju dan mampan serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi anggota dan negara. Antara aktiviti yang dalam proses pembangunan ialah membuka Pusat Perkhidmatan Dialisis dengan usahasama MyAngkasa Dialisis Sendirian Berhad di Sungai Tong, Terengganu, menjual tanah lot di Kg. Gemuruh, Kuala Nerus, Terengganu dan projek perumahan di Mukim Semantan, Temerloh, Pahang. Pihak koperasi mengharapkan para perwakilan yang dilantik sebagai jawatankuasa di peringkat negeri akan menjalankan peranan sebagai penghubung kepada anggota di negeri masing-masing supaya maklumat koperasi dapat disampaikan kepada semua anggota. Akhir kata, selamat bersidang dan sama-samalah kita berdoa agar koperasi kita terus maju dan berjaya mencapai visi dan misinya. Sekian, terima kasih.


Bermula Mac hingga Mei 2023, dua belas Mesyuarat Agung Kawasan Koperasi KGMMB Berhad telah diadakan. Mesyuarat telah berlangsung meriah dan berjaya. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Cikgu Ibrahim Marlan, Pengerusi Koperasi KGMMB Berhad. Seramai 2,951 anggota telah hadir manakala seratus tiga belas anggota telah diplih sebagai perwakilan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan. Pameran jualan dan pembiayaan yang melibatkan lima belas pembekal turut diadakan sepanjang Mesyuarat Agung Kawasan berlangsung. Hampir 800 ribu nilai jualan berjaya diperolehi. Barangan kemas, motosikal, komputer riba antara yang mendapat sambutan anggota. MESYUARAT AGUNG KAWASAN KOPERASI BERLANGSUNG MERIAH PRESTASI KOPERASI JANUARI HINGGA MEI 2023 SIDANG P ENGARANG Pengerusi: Cikgu Ibrahim bin Marlan Setiausaha: En. Ahmad Fahrulrazi bin Ahmad Wahiddin Editor: Cikgu Ahmad Nawawi bin Shaari Pengarang: Cikgu Hj Mohd Said bin Hussin Cikgu Mohamad Arsad bin Mat Jelani Naib Pengerusi: Cikgu Abdullah bin Mamat Grafik: En. Mohd Aznan bin Ahmad En. Daniel Imran Bin Zulkefli Jurufoto: Cik Nurul Naim binti Mohd Yusuf Muhammad Syafiq Bin Mohamad ISI KANDUNGAN MESYUARAT AGUNG KAWASAN KEDAH PERAK KELANTAN TERENGGANU SELANGOR JOHOR MELAKA PERLIS PAHANG NEGERI SEMBILAN PULAU PINANG WILAYAH PERSEKUTUAN • 3 • 4 • 5 • 6 • 7 • 8 • 9 • 10 • 11 • 12 • 13 • 14 Keanggotaan baru menunjukan peningkatan. Seramai 267 anggota baru telah berjaya didaftarkan. Pembiayaan koperasi juga meningkat dengan mendadak. Sehingga Mei 2023, RM5,382,776.58 pembiayaan telah dikeluarkan kepada anggota dengan pecahan (Peribadi :RM2,354,070.00, Khas : RM1,053,706.58, Pengguna : RM1,975,000.00) MS Penolong Setiausaha: Puan Hajah Norsimah binti Zainal Abidin


MESYUARAT AGUNG KAWASAN KEDAH 2023 3 M A C 2 0 2 3 E-BULETIN 3 D E W A N A L F A R A B B I , B T P N E G E R I K E D A H INFO MESYUARAT K E HADI RAN : 2 9 9 ORANG P EMB IAYAAN : RM 3 6 , 803 . 50


E-BULETIN 4 MESYUARAT AGUNG KAWASAN PERAK 2023 1 1 M A C 2 0 2 3 K O L E J V O K A S I O N A L K E R I A N , B A G A N S E R A I , P E R A K INFO MESYUARAT K EHADI RAN : 1 3 7 ORANG P EMB IAYAAN : RM94, 700. 5 6


E-BULETIN 5 MESYUARAT AGUNG KAWASAN KELANTAN 2023 1 7 M A C 2 0 2 3 S E K O L A H K E B A N G S A A N K O T A , J A L A N S A L O R , K O T A B H A R U , K E L A N T A N K EHADI RAN : 1 3 9 ORANG P EMB IAYAAN : RM 46 , 8 5 6 . 7 5 INFO MESYUARAT


E-BULETIN 6 MESYUARAT AGUNG KAWASAN TERENGGANU 2023 1 8 M A C 2 0 2 3 D E W A N U T A M A , S E K T O R S U M B E R D A N T E K N O L O G I P E N D I D I K A N , M A R A N G , T E R E N G G A N U K EHADI RAN : 3 7 1 ORANG P EMB IAYAAN : RM 42 , 1 6 3 . 9 2 INFO MESYUARAT


E-BULETIN 7 MESYUARAT AGUNG KAWASAN SELANGOR 2023 9 A P R I L 2 0 2 3 D E W A N M E L A W A T I , H O T E L T H K E L A N A J A Y A , P E T A L I N G J A Y A , S E L A N G O R K EHADI RAN : 1 8 9 ORANG P EMB IAYAAN : RM 5 7 ,045 . 2 1 INFO MESYUARAT


E-BULETIN 8 MESYUARAT AGUNG KAWASAN JOHOR 2023 5 M E I 2 0 2 3 S M K D A T O S E R T , J A L A N Y O N G P E N G M U A R , J O H O R K EHADI RAN : 2 3 5 ORANG P EMB IAYAAN : RM 43 , 1 34. 3 3 INFO MESYUARAT


E-BULETIN 9 MESYUARAT AGUNG KAWASAN MELAKA 2023 6 M E I 2 0 2 3 D E W A N S E K O L A H I M T I A Z U L U L A L B A B M E L A K A , A L O R G A J A H K EHADI RAN : 200 ORANG P EMB IAYAAN : RM 6 2 , 5 1 2 . 6 6 INFO MESYUARAT


E-BULETIN 10 MESYUARAT AGUNG KAWASAN PERLIS 2023 1 3 M E I 2 0 2 3 D E W A N I N D E R A K A Y A N G A N , I N S T I T U T P E N D I D I K A N G U R U K A M P U S , K A N G A R , P E R L I S K EHADI RAN : 450 ORANG P EMB IAYAAN : RM105 , 3 6 1 .05 INFO MESYUARAT


E-BULETIN 11 MESYUARAT AGUNG KAWASAN PAHANG 2023 2 0 M E I 2 0 2 3 S M K P A Y A B E S A R , J A L A N G A M B A N G , K U A N T A N , P A H A N G K EHADI RAN : 1 8 8 ORANG P EMB IAYAAN : RM 9 2 , 300.00 INFO MESYUARAT


E-BULETIN 12 MESYUARAT AGUNG KAWASAN NEGERI SEMBILAN 2023 2 1 M E I 2 0 2 3 M A S J I D K A R I A H T A M A N P A R O I J A Y A , P E R S I A R A N M E R A K , S E R E M B A N K EHADI RAN : 3 1 7 ORANG P EMB IAYAAN : RM 54, 1 9 8 . 1 7 INFO MESYUARAT


E-BULETIN 13 MESYUARAT AGUNG KAWASAN PULAU PINANG 2023 2 7 M E I 2 0 2 3 S K B E R T A M I N D A H , K E P A L A B A T A S , P U L A U P I N A N G K EHADI RAN : 3 1 9 ORANG P EMB IAYAAN : RM 7 5 , 3 50.45 INFO MESYUARAT


MESYUARAT AGUNG KAWASAN WILAYAH PERSEKUTUAN 2023 E-BULETIN 14 S M K P A D A N G T E M B A K , K U A L A L U M P U R 2 8 M E I 2 0 2 3 K EHADI RAN : 108 ORANG P EMB IAYAAN : RM 8 5 , 3 9 7 .00 INFO MESYUARAT


Click to View FlipBook Version