The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by D074326, 2018-11-25 09:16:13

AYAT MAJMUK: MODUL PEMBELAJARAN TATABAHASA PEDAGOGI MENENGAH RENDAH

Modul Pembelajaran Bahasa Melayu Abad Ke 21

Keywords: MODUL

BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
TUGASAN KUMPULAN

AYAT MAJMUK: MODUL PEMBELAJARAN TATABAHASA PEDAGOGI
MENENGAH RENDAH

NAMA NO. MATRIK

1. MOHAMAD AMIRUL SYAZWAN BIN MOHAMMAD D20161074326

2. MUHAMMAD YUSOFF BIN AB SAMAT D20161074392

3. MOHAMAD RAZIF BIN ISMAIL D20161074393

4. MUHAMMAD ADIB AZIM BIN MOHD ZAHARI D20161074439

5. MUHAMMAD HAZLI BIN MOHD SAIPUL BAHRI D20161074418

PENSYARAH: ENCIK MOHD RA'IN BIN SHAARI

1

1.0 PENGENALAN
Istilah sintaksis berasal daripada bahasa Yunani iaitu sun yang bermaksud “dengan”
dan tattein yang bermaksud “menempatkan bersama-sama”. Oleh itu, secara
etimologi, sintaksis dapat diertikan sebagai “menempatkan kata-kata secara bersama-
sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat”. Kata suntattein ini kemudian menjadi
istilah syntaxis dalam bahasa Belanda dan syntax dalam bahasa Inggeris (Ahmad
Khair, 2003). Menurut Nik Safiah Karim et al. (2010) mendefinisikan sintaksis
sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau
konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga
hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelimpik perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa. Bidang
sintaksis membincangkan unsur utama ayat terdiri daripada kata frasa, klausa dan
aspek pembinaannya, serta pembahagian subjek dan predikat.

Menurut Abdullah Hassan, Seri Lanang, Zulkifili dan Razali (2006) pula
sintaksis adalah bidang linguistik yang mengkaji binaan ayat; bagaimana kata disusun
menjadi frasa dan bagaimana frasa disusun menjadi ayat.

1.1 Tatabahasa Pedagogi

Menurut Abdullah Hassan (2008) tatabahasa adalah susunan perkataan yang menjadi
ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang
juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa. Tatabahasa
pedagogi pula adalah tatabahasa yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran
bahasa dan ia berbeza daripada tabahasa pegangan. Perbezaan paling ketara dapat
dilihat apabila ia dibandingkan dengan tatabahasa pegangan. Kita akan mendapati
bahawa tatabahasa pedagogi bukan sahaja mengandungi huraian rumus-rumus
tatabahasa dan contoh, tetapi juga latihan-latihan bagi mengajarkan dan mempelajari
bahasa. Ini adalah kerana tatabahasa pegangan itu adalah sebenarnya pedoman.
Tatabahasa pedagogi pula adalah untuk pengajaran dan pembelajaran. Tatabahasa
pegangan mesti dipunyai oleh semua guru dan pensyarah. Tatabahasa pedagogi mesti
dipunyai oleh semua murid, pelajar, guru dan pensyarah.

2

1.2 Definisi Kata Majmuk
Nik Safiah Karim (2008) membahagikan ayat majmuk kepada tiga jenis iaitu ayat
majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Nik Safiah
Karim (2008) menjelaskan bahasa ayat majmuk gabungan terbina daripada dua atau
lebih klausa bebas yang menggunakan kata hubung ‘dan’ untuk menggabungkannya.
Contohnya, “Ayah pergi ke pejabat dan emak pergi ke pasar”. Ayat majmuk
pancangan pula terbina daripada satu atau lebih klausa tak bebas dengan
menggunakan kata hubung atau kata sendi. Klausa induk adalah terdiri daripada
klausa bebas yang menerima klausa pancangan. Ayat majmuk campuran pula
merupakan hasil gabungan ayat majmuk campuran dan ayat majmuk pancangan.
Contoh ayat ialah “Saya tahu bahawa ibunya sudah pulang ke rumah” yang
menunjukkan bahawa kata kerja ‘tahu’ adalah tidak lengkap tetapi dapat dilengkapkan
oleh klausa komplemen, iaitu “bahawa ibunya sudah pulang ke rumah.” Secara
ringkasnya dapat disimpulkan secara umumnya, ayat majmuk boleh dibahagikan
kepada 3 jenis, iaitu:-
a.) ayat majmuk gabungan
b.) ayat majmuk pancangan
c.) ayat majmuk campuran

3

1.0 AYAT MAJMUK GABUNGAN

Definisi:
Ayat majmuk gabungan atau ayat gabungan merupakan ayat yang terdiri daripada
dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan menggunakan kata hubung
gabungan , seperti dan, atau, tetapi, selalu, ambil, serta, malah, dan sebagainya.
Setiap ayat yang membina gabungan tersebut bersifat setara, iaitu ayat-ayat
tersebut sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Oleh itu, ayat gabungan tidak boleh
disongsangkan. Ayat gabungan yang menggunakan kata hubung sambil, boleh
disongsangkan. Ayat gabungan juga boleh dibentuk tanpa mengggunakan kata
hubung tetapi menggunakan tanda koma ( , ) dalam tulisan (Asmah Hj.
Omar,1980, Abdullah Hassan, 1993)

1.1 PEMBENTUKAN AYAT MAJMUK GABUNGAN
Ayat gabungan dibentuk dengan menggabingkan unsur-unsur yang
berlainan manakala unsur yang sama digunakan sekali. Terdapat lapan
bentuk ayat majmuk gabungan berdasarkan cara penggabungannya iaitu:

i) Gabungan subjek dengan subjek.
Contohnya: a. Abang ke masjid.
b. Adik ke masjid.
> Abang dan adik ke masjid

ii) Gabungan Predikat dengan predikat.
Contohnya: a. Abang mengulangkaji pelajaran sekolah.
b. Abang mendengar lagu.
> Abang mengulangkaji pelajaran sekolah sambil mendengar lagu.

iii) Gabungan objek dengan objek.
Contohnya : a. Ayah menziarahi datuk.
b. Ayah menziarahi nenek.

> Ayah menziarahi datuk dan nenek.
4

iv) Gabungan pelengkap dengan pelengkap.

Contohnya: a. Maklumat itu berdasarkan kajian lapangan.

b. Maklumat itu berdasarkan temu ramah.

> Maklumat itu berdasarkan kajian lapangan dan temu ramah.

v) Gabungan keterangan dengan keterangan.

Contohnya: a. Mereka akan datang hari ini.

b. Mereka akan datang esok.

> Mereka akan datang hari ini atau esok?

vi) Gabungan penerang dengan penerang.

Contohnya: a. Rumah banglo ada di atas bukit itu?

b. Rumah teres ada di atas bukit itu?

> Rumah Banglo atau teres ada di atas bukit itu?

vii) Gabungan ayat dengan ayat.

Contohnya: a. Puan Fatien menjahit baju.

b. Suaminya membaca surat khabar.

> Puan Fatien menjahit baju manakala suaminya membaca surat

khabar.

viii) Gabungan dengan menggunakan kata hubungan berpasangan.

Contohnya: a. Pak Amir baik hati.

b. Pak Amir pemurah.

> Pak Amir bukan sahaja baik hati tetapi juga pemurah.

5

1.2 JENIS GABUNGAN
Terdapat empat jenis gabungan dalam membentuk ayat gabungan, iaitu:

1. Gabungan yang susunan faktanya berturutan
2. Gabungan yang susunan faktanya bertentangan
3. Gabungan yang susunan faktanya menunjukkan pilihan
4. Gabungan dengan menggunakan kata hubungan berpasangan
1.2.1 Gabungan yang susunan faktanya berturutan

Gabungan jenis ini menunjukkan susunan faktanya satu demi satu. Antara kata
hubungnya adalah seperti dan, lalu, maka, kemudian, lagi, serta, sambil,
tambahan pula, malahan, justeru, akhirnya, dan sebagainya lagi.
Contohnya:
i) Adik masuk ke rumah kemudian terus mandi.
Penggabungan jenis ini boleh juga tidak menggunakan kata hubung.
Contohnya:
i) Guru tersebut memandang murid itu, memberikan isyarat diam.
1.2.2 Gabungan yang susunan faktanya bertentangan
Gabungan jenis ini menunjukkan pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang
digabungkan itu. Antara kata hubungnya adalah seperti, tetapi, sebaliknya,
padahal, melainkan, kecuali, dan sebagainya.
Contohnya:
i) Pelajar tersebut tidak ke sekolah, sebaliknya pergi ke Pasar Raya.
ii) Orang ramai tidak dibenarkan masuk melainkan mempunyai pas masuk.

6

1.2.3 Gabungan yang susunan faktanya menunjukkan pilihan

Gabungan jenis ini menunjukkan pilihan antara dua atau lebih hal atau
perkara. Kata hubung bagi menunjukkan maksud ini ialah atau.

Contohnya:

i) Ahmad sedang mandi atau sudah mandi?
ii) Meja itu atau meja ini pilihan ibu?

1.2.4 Gabungan dengan menggunakan kata hubung berpasangan

Gabungan jenis ini menggunakan kata hubung berpasangan. Contoh kata
hubung berpasangan ini adalah seperti daripada…lebih baik, biar… jangan,
sedangkan…inikan pula, lebih baik…daripada, sama ada…atau, baik…mahupun,
bukan sahaja…malahan, jangankan…pun, dan sebagainya.

Contohnya:

i) Lebih baik kita miskin harta daripada kita miskin jiwa.
ii) Baik pihak kita mahupun pihak mereka, kita harus sama-sama memerangi

isu tersebut.

Formula:

A yang terdiri ( 2 A / lebih) yang dijadikan (1) menggunakan KHG = Ayat
Majmuk Gabungan

Contoh:

a. Jika Allah mengambil nyawaku, maka bukan dengan tanganku sendiri,
Amir.

b. Dua bulan lagi nak ke Kemboja, tetapi sumbangan itu perlu sampai
sebelum kita sampai sana.

c. Soal mati atau hidup, ana serahkan kepada Allah.
d. Biar miskin harta, jangan miskin jiwa, Pak Osman.

Aktiviti:

7

Kotak Misteri
1. Guru menyediakan kota misteri yang mengandungi beberapa soalan ayat

majmuk gabungan untuk diambil oleh wakil pelajar dari setiap kumpulan yang
telah di bahagikan oleh guru.
2. Wakil pelajar dari setiap kumpulan akan mengambil soalan daripada empat
lubang yang telah disediakan di dalam kotak misteri.
3. Pelajar diberikan masa lima minit untuk berbincang berkenaan dengan soalan
yang dikemukakan dan menghasilkan jawapan di hadapan kelas.
4. Pelajar dikehendaki membentangkan jawapan tersebut kepada rakan-rakan
berkenaan dengan soalan yang dikemukakan.
Latihan:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan ayat majmuk gabungan?
_____________________________________________________________

2. Nyatakan unsur yang digabungkan dalam membentuk ayat majmuk gabungan
berikut:

Ayat Majmuk Gabungan: Datuk Amir bukan pengarah tetapi pengurus besar.

Unsur yang digabungkan:_________________________________________

3. Bina sebuah ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya bertentangan?
_______________________________________________________________
_

4. Nyatakan dua ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya menunjukkan
pilihan?

8

___________________________________________________________
___________________________________________________________

5. Berdasarkan pengetahuan anda, bina dua ayat majmuk gabungan dengan
menggunakan kata hubung berpasangan?
i) _________________________________________________________
______
ii) _________________________________________________________
______

Lampiran
Ayat majmuk gabungan
Link Video Contoh :
1. https://www.youtube.com/watch?v=ywtyt7G7gB0 – Warkah Cinta Episod 12

minit digunakan: i) 2.05-2.12
ii) 15.32-15.38

2. https://www.youtube.com/watch?v=JaeERxvUqzY – Cinta dan Wahyu Episod
9
Minit digunakan: i) 14.44-14.48

3. https://www.youtube.com/watch?v=iTriceeyOrU – Munafik
Minit digunakan: i) 1.25.08- 1.25.12

9

2.2 Ayat Majmuk Pancangan
Ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis. Ini dilakukakn
berdasarkan jenis klausa yang dipancangkan kepada klausa induk. Jenis klausa
pancangan tersebut adalah: klausa relative, klausa keterangan dan klausa komplemen
(Abdullah Hassan, Seri Lanang, Zulkifli dan Razali, 2006).

2.2.1 Ayat Majmuk Pancangan Relatif
a. Definisi
Ayat majmuk pancangan relatif mengandungi klausa induk dan menerima klausa
relatif bagi menerangkan frasa nama yang menjadi subjek atau predikat dalam klausa
induk tersebut. Maksud istilah relatif ialah berkaitan dengan kata nama yang
diterangkan. Klausa relatif itu dipancangkan ke dalam frasa nama berkenaan. Klausa
relatif itu dipancangkan ke dalam frasa nama berkenaan. Klausa relatif hanya
menerangkan frasa nama dan tidak berkait dengan unsur lain dalam ayat. Klausa
relatif ini dikaitkan kepada frasa nama yang diterangkan dengan menggunakan kata
ganti nama hubung relatif yang. Dengan demikian, klausa yang dihubungkan kepada
frasa nama itu dipanggil klausa relatif. Klausa relatif ini adalah klausa kecil (Abdullah
Hassan, Seri Lanang, Zulkifli dan Razali, 2006).
Formula:

(Klausa induk (FN)) yang (klausa relatif) = Ayat Majmuk Pancangan Relatif

b. Contoh
Contohnya:
a) Cerita ini dikhaskan kepada orang-orang yang ada menonton di dalam panggung
ini sahaja.
b) Kepada ibu-ibu yang ada membawa anak-anak kecil mereka, tolonglah jaga
budak-budak itu.
c) Kalau ada orang yang menghisap rokok, nampak macam berkepul-kepul

10

asapnya keluar, tolong kurangkan asapnya sedikit.

c. Aktiviti
Role Play
1. Murid diberikan tanggungjawab untuk memegang watak dalam video (filem) dan
watak tersebut yang menyebut klausa yang mempunyai penggunaan ayat majmuk
pancangan relatif.
2. Murid diberikan masa untuk membuat persediaan.
3. Murid membuat persembahan dengan memainkan watak yang telah diberikan dan
pelajar yang menonton diminta untuk mengesan sebutan dialog yang mempunyai
penggunaan ayat majmuk pancangan relatif.

d. Latihan
1. Gariskan kata hubung bagi ayat majmuk pancangan relatif yang terdapat di dalam
ayat-ayat di bawah.
i. Kanak-kanak yang cedera itu rupa-rupanya anak Leman

ii. Murid itu lewat kerana ketinggalan bas.

iii. Budak yang pandai itu adik Siti

iv. Ibu bapa datang ke sekolah untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

v. Jefri membeli novel A. Samad Said yang baru dipasarkan.

vi. Meon tidak pergi ke padang kerana hari hujan.

vii. Ketua Jabatan mencadangkan supaya permohonan itu diterima.

11

viii. Ismaliyana pergi ke pasar untuk membeli daging dan sayur-sayuran.

2. Bina ayat dengan menggabungkan kedua-dua ayat tersebut untuk membentuk ayat
majmuk pancangan relatif.
a. Fuad pergi ke kedai buku Samad.

Kedai buku Samad terletak di depan balai polis.

b. Ikmal sedang makan nasi goreng.
Nasi goreng itu dibeli ibu Ikmal.

c. Ali mempunyai sepasang kasut bola.
Sepasang kasut bola itu berjenama Nike.

3. Bina lima ayat majmuk pancangan relatif dengan berbantukan formula:
(Klausa induk (FN)) yang (klausa relatif) = Ayat Majmuk Pancangan Relatif

i.

12

ii.

iii.

iv.

v.

Lampiran
b) Ayat Majmuk Pancangan Relatif
Link Video Contoh (P Ramlee - 3 Abdul (1964)):
https://www.youtube.com/watch?v=XEVORFxHMSM
Minit digunakan: 1) 2:21-2:30

2) 2:40-2:46
3) 2:53-3:00

13

2.2 AYAT MAJMUK PANCANGAN
2.2.2 Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat gabungan antara ayat induk dengan
klausa komplemen dengan menggunakan kata hubung komplemen. Kata hubung
pancangan yang lazimnya digunakan ialah bahawa dan untuk. Secara umumnya,
terdapat tiga jenis ayat komplemen iaitu, ayat komplemen frasa nama, ayat
komplemen frasa kerja, dan ayat komplemen frasa adjektif (Nik Safiah Karim et. al.
2010).
a) Ayat majmuk pancangan komplemen frasa nama

i. Definisi
Menurut Nik Safiah Karim et. al. (2010), dalam ayat komplemen frasa nama,
klausa komplemen tersebut dapat menjadi frasa nama subjek dan frasa nama
objek. Secara umumnya, frasa nama boleh menduduki empat tempat dalam
ayat iaitu sebagai subjek, prediket, objek tepat, dan objek sipi. Namun begitu,
dalam konteks ini, ayat kompelmen frasa nama hanya boleh menduduki dua
tempat sahaja iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama subjek dan frasa nama
objek tepat.

Formula: Klausa Komplemen + Frasa Nama = Ayat Komplemen Frasa Nama

ii. Contoh

 Manusia berselerak keluar dari kubur masing-masing untuk
memperlihatkan kepada mereka amalan mereka.

iii. Aktiviti
 Pelajar diminta untuk membentuk sebuah kumpulan dengan lima orang
ahli bagi setiap kumpulan.
 Guru menyediakan beberapa salinan teks yang berbeza dan diedarkan
kepada pelajar dalam bentuk helaian.
14

 Berdasarkan teks tersebut, setiap pelajar perlu berbincang dengan ahli
kumpulan dan perlu mengenalpasti ayat majmuk pancangan
komplemen frasa nama.

 Pelajar perlu senaraikan kembali ayat tersebut dan berkongsi jawapan
semasa perbincangan bersama guru di dalam kelas.

iv. Latihan

1. Nyatakan kata hubung yang lazimnya digunakan untuk membentuk ayat
majmuk pancangan komplemen.
a)
b)

2. Nyatakan 2 jenis ayat majmuk komplemen frasa nama.
a)
b)

3. Bina ayat komplemen frasa nama subjek menggunakan perkataan di bawah.

akan keputusan kenaikan bahawa menerima pekerja gaji muktamad adalah

4. Berdasarkan ayat-ayat di bawah, kenal pasti jenis ayat majmuk komplemen
frasa nama yang digunakan.

 Guru mengingatkan kami bahawa hari sabtu ini ada kelas tambahan.
 Ayahnya memberitahu saya bahawa Razif masih demam.

5. Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah supaya menjadi ayat majmuk
komplemen frasa nama.
a) Amirah melayari internet.

15

Amirah mencari maklumat terbaru.

b) Pemuda itu menafikan.
Pemuda itu mencuri barang di pasar raya.

c) Pak Abu amat yakin.
Anaknya tidak bersalah dalam kes penculikan itu.

b) Ayat majmuk pancangan komplemen frasa kerja
i. Definisi
Ayat komplemen frasa kerja berfungsi sebagai pelengkap kepada kata kerja.
Frasa kerja dalam ayat tidak boleh dipasifkan dan boleh terdiri daripada kata
kerja tak transitif, iaitu yang diikuti bukan oleh frasa nama tetapi oleh
keterangan-keterangan lain yang bertujuan melengkapkan frasa tersebut (Nik
Safiah Karim et. al., 2010).

Formula: Klausa Komplemen + Frasa Kerja = Ayat Komplemen Frasa Kerja

ii. Contoh

 Seseorang guru dilahirkan untuk memimpin para pelajarnya.
 Naim membuatkan sarapan untuk bapanya.

iii. Aktiviti
(Think- Pair-Share)

16

 Topik diberikan guru berkenaan frasa kerja transitif dengan ayat
komplemen.

 Murid berfikir sendiri dalam jangka masa tertentu dan membina ayat
daripada frasa kerja transitif dengan ayat komplemen.

 Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan.
 Seterusnya, murid berkongsi dengan keseluruhan kelas

iv. Latihan

1. Nyatakan dua kata kerja yang biasa anda gunakan.
a) ______________________
b) ______________________

2. Dengan menggunakan kata hubung pancangan, gabungkan ayat di bawah
menjadi ayat komplemen frasa kerja.
a) Orang ramai berpendapat.
Projek pembangunan perumahan tidak akan merugikan.

3. Bina satu ayat komplemen frasa kerja menggunakan perkataan-perkataan yang
disediakan.
bahawa sangat berpendapat bagus cadangan bapanya Amirul

b) Ayat majmuk pancangan komplemen frasa adjektif
i. Definisi
Ayat komplemen boleh terdiri daripada ayat komplemen adjektif iaitu ayat
kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Ayat jenis ini berfungsi untuk
melengkapkan kata adjektif. Selain itu, frasa ini juga boleh menjadi prediket
sesuatu ayat. Namum begitu, ayat jenis ini dalam bahasa Melayu sangat terhad
(Nik Safiah Karim et. al. 2010).
17

Formula: Klausa Komplemen + Frasa Adjektif = Ayat Komplemen Frasa
Adjektif

ii. Contoh

 Pada hari itu, bumi yakin bahawa Tuhanmu memerintahkanmu untuk
berbuat demikian.

iii. Aktiviti
 Murid diagihkan kepada beberapa kumpulan.
 Murid membincangkan tajuk tugasan yang diberikan untuk
dibentangkan.
 Hasil kerja akan ditampal.
 Seorang ahli kumpulan akan tinggal di situ untuk memberi penerangan.
 Ahli lain boleh bergerak untuk melihat/menyoal hasil kumpulan lain.

iv. Latihan

1. Berikan dua contoh kata adjektif.
a) __________________
b) __________________

2. Dengan menggunakan kata hubung pancangan, gabungkan dua ayat di bawah
menjadi ayat komplemen frasa adjektif.
a) Saya amat yakin
b) Dia akan berjaya

18

3. Bina satu ayat komplemen frasa adjektif menggunakan perkataan yang
disediakan.
Harun meninggal anaknya percaya telah bahawa dunia
_______________________________________________________________
____

LAMPIRAN
Link Video Contoh (Juvana Full Movie):
https://www.youtube.com/watch?v=HN3ObsH7o0Y&t=439s
Minit yang digunakan:
Ayat majmuk pancangan komplemen frasa nama: (1:06:55)
Ayat majmuk pancangan komplemen frasa kerja: Ayat 1= (1:16), Ayat 2= (20:52)
Ayat majmuk pancangan komplemen frasa adjektif: (1:06:44)

19

2.3 AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN

a) Definisi

Ayat majmuk keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan
satu ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat (Nik
Safiah Karim et al., 2010:514).

Unsur klausa keterangan boleh dibentuk oleh dua unsur, iaitu kata hubungan
pancangan dan ayat pancangan. Klausa keterangan merupakan unsur yang
menerangkan seluruh predikat, iaitu predikat-predikatnya FN, FA, FS dan FK,
dan KET mengandungi ayat pancangan yang dipancangkan ke dalam ayat induk
melalui penggunaan kata hubung pancangan. Ayat besar yang terhasil ialah ayat
majmuk pancangan keterangan (Nik Safiah Karim et al., 2010:514).

Ayat Majmuk Keterangan Musabab

Keterangan musabab ialah unsur yang menerangkan sebab berlaku sesuatu kejadian
atau perbuatan. Kata hubung keterangan musabab adalah seperti kerana, lantaran, dan
oleh sebab (Nik Safiah Karim et al.,2010:515).

Ayat Majmuk Keterangan Tujuan

Keterangan tujuan ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan
atau kejadian. Kata hubung keterangan tujuan adalah seperti untuk, demi dan
bagi(Nik Safiah Karim et al., 2010:515).

Ayat Majmuk Keterangan Syarat

Keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi.
Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan
kalau (Nik Safiah Karim et al., 2010:515).

Ayat MajmukKeteranganHarapan

Keteranganharapanialahunsur yang menerangkansesuatuperbuatanataukejadian
yang dihajati. Kata hubungketeranganharapanadalahsepertisupaya, agar,semoga,
moga-moga,dankalau-kalau(Nik Safiah Karim et al., 2010:515)

Ayat MajmukKeteranganWaktu

Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau
kejadian. Kata hubung keterangan waktu adalah seperti sejak, semenjak, setelah,
sementara, tatkala,dan ketika (Nik Safiah Karim et al., 2010:515).

Ayat Majmuk Keterangan Akibat

Keterangan akibat menyatakan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Contoh kata
hubung keterangan akibat ialah hingga, sehingga dan jadi (Ahmad Khair Mohd Nor
et. al., 2016).

20

Ayat Majmuk Keterangan Pertentangan
Keterangan pertentangan menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang
berlawanan. Kata hubung keterangan pertentangan ialah walaupun, meskipun, namun,
kendatipun, sungguhpun, biarpun, sekalipun, dan sedangkan (Ahmad Khair Mohd
Nor et. al., 2016).
Ayat Majmuk Keterangan Cara
Keterangan cara ialah keterangan tentang cara sesuatu perbuatan atau kejadian
berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan (Ahmad Khair Mohd Nor et. al.,
2016).
Ayat Majmuk Keterangan Perbandingan
Keterangan perbandingan ialah keterangan tentang sesuatu kejadian secara
perbandingan. Kata hubung keterangan perbandingan ialah bagai, seperti, laksana,
ibarat, sebagaimana, seolah-olah, seakan-akan, daripada, bagaikan, dan bak (Ahmad
Khair Mohd Nor et. al., 2016).

b) Contoh
Ayat Majmuk Keterangan Syarat - Jika mereka takut, mereka tidak menonton
cerita hantu di panggung wayang.
Ayat Majmuk Keterangan Syarat - Jika tidak mahu kehilangan kasut, jangan pakai
kasut ketika ke masjid.
Ayat Majmuk Keterangan Tujuan - Mayat yang disimpan tidak akan reput supaya
menjadi pengajaran kepada orang ramai.

c) Aktiviti
Kotak beracun

1. Guru menyediakan sebuah kotak beracun yang mengandungi keratin kertas-
kertas kecil yang tertulis beberapa potong petikan ayat kemudian
menggerakkannya kepada setiap pelajar di dalam kelas sambil memasang muzik.

2. Pelajar yang terakhir memegang kotak beracun tersebu tapabila muzik
diberhentikan perlu mencabut dua keratin kertas di dalam kotak.

3. Pelajar tersebut dikehendaki mencantumkan keratin kertas untuk menghasilkan
ayat majmuk keterangan.

21

d) Latihan
1. Terdapat satu kesalahan tatabahasa dalam ayat majmuk di bawah. Gariskan
kesalahan tersebut dan nyatakan jawapan yang tepat pada ruangan yang
disediakan.
a) Farhan tidak pergi ke padang semenjak hari hujan.
____________________________________________________
b) Amin pergi ke kedai sementara membeli makanan.
____________________________________________________
c) Semoga Arif rajin berusaha, dia akan berjaya dalam peperiksaan.
____________________________________________________
d) Ilham berdoa demi ibunya cepat sembuh.
____________________________________________________
2. Kenal pasti jenis-jenis ayat majmuk yang berikut. Tentukan sama ada ayat
tersebut ialah ayat majmuk keterangan jenis musabab, akibat, pertentangan,
cara, perbandingan tujuan, syarat, harapan atau waktu.
a) Petani itu menanam jagung sementara menunggu padi masak.
____________________________________________________

b) Cincin itu mahal, jadi ibu tidak membelinya
____________________________________________________

c) Walaupun hujan masih turun, adik pergi ke sekolah juga.
____________________________________________________

d) Semua orang boleh berjaya jika berusaha kuat.
____________________________________________________

3.

Pilihan Ayat

X Alif seorang yang rajin belajar.

Y Alif berjaya mencapai cita-cita sebagai seorang guru.

22

Berdasarkan ayat di atas, gabungkan dan hasilkan sebuah ayat majmuk
keterangan.
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

4. Bina sebuah ayat majmuk keterangan tujuan.

____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

5. Berdasarkan situasi yang diberikan, nyatakan jenis ayat majmuk keterangan
yang sesuai.
 Ayah seorang yang kuat bekerja. Setiap hari ayah bekerja sehingga lewat
malam. Kami sering pulang ke kampung apabila ayah tidak bekerja.
i)
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

 Amir selalu datang lewat ke sekolah. Amir masih tidak berubah sedangkan
dia telah dinasihati.

ii)
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

23

Lampiran
Link Video Contoh (Ustaz Kazim Elias - HIKMAH Disebalik MUSIBAH (2018)):
https://www.youtube.com/watch?v=AIG608YIrWI
Minit digunakan: 1) 5.27-5.33

2) 18.56-19.04
3) 27.26-28.00

24

4.0 Ayat Majmuk Campuran
4.1 Definisi
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Razali Ayob dan Zulkifli Osman (2006)
menekankan ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu
jenis ayat. Ia terjadi apabila ayat tunggal digabungkan dengan ayat majmuk atau
campuran ayat majmuk gabungan dengan ayat majmuk campuran. Nama lainnya ialah
ayat kompleks. Ahmad Khair Mohd Nor (2003) menyatakan ayat majmuk campuran
adalah apabila terdapat sekurang-kurangnya tiga klausa yang dijalinkan bersama-sama
yang melibatkan campuran antara ayat majmuk setara dengan ayat majmuk tidak
setara. Terdapat beberapa cantuman ayat dalam ayat majmuk campuran iaitu :
a. Campuran Ayat Komplemen dan Ayat Keterangan
Formula

Ayat Komplemen + Ayat Keterangan = Ayat Majmuk Campuran

b. Campuran Ayat Keterangan dan Ayat Relatif
Formula

Ayat Keterangan + Ayat Relatif = Ayat Majmuk Campuran

c. Campuran Ayat Gabungan dan Ayat Keterangan
Formula

Ayat Gabungan + Ayat Keterangan = Ayat Majmuk Campuran

4.2 Contoh
a. Ayat majmuk campuran ayat komplemen + ayat keterangan.

 Boleh tidak awak pindah ke sebelah sebab saya ada benda nak bincang

25

sedikit dengan Abang Adi.
Sumber : Tanah Kubur Musim 15 Episod 13 ( minit ke 8:05 – 8: 08)
b. Ayat majmuk campuran ayat keterangan + ayat relatif.

 Jihad melawan naluri perempuan yang ada dalam diri kamu itu yang
akan menentukan sama ada kamu akan dilaknat atau tidak.

Sumber : Tanah Kubur Musim 15 Episod 13 ( minit ke 14:45 – 14 :53)

c. Ayat majmuk campuran ayat gabungan + ayat keterangan.

 Saya perlukan bimbingan dari orang yang alim dan warak dan orang
yang paling sesuai ialah Abang Adi.

Sumber : Tanah Kubur Musim 15 Episod 13 ( minit ke 3:26 – 3:33)

4.3 Aktiviti
(Hot-Seat)
 Guru meletakkan satu kerusi di hadapan kelas dan memanggil seorang
murid secara rawak.
 Topik diberikan guru berkenaan ayat majmuk campuran.
 Murid yang lain perlu menjawab jenis ayat majmuk campuran yang
diberikan oleh murid di Hot-Seat.
 Murid berfikir sendiri dalam jangka masa tertentu dan menjawab ayat
majmuk campurn yang diberikan.
 Masa tamat dan murid di Hot - Seat berkongsi jawapan bersama murid
yang lain.
 Seterusnya, guru membuat rumusan keseluruhan berkaitan aktiviti.

4.4 Latihan
1. Apakah maksud ayat majmuk campuran?

26

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________
2. Nyatakan 3 jenis ayat majmuk campuran.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________
3. Bina satu ayat majmuk campuran menggunakan formula berikut:

Ayat Gabungan + Ayat Keterangan = Ayat Majmuk Campuran

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________

4. Sambungkan ayat majmuk di bawah supaya menjadi ayat majmuk campuran.
a. Ali berpendapat bahawa orang miskin itu perlu dibantu.

Meringankan bebanan yang di alami oleh orang miskin itu.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________
b. Amir berjumpa doktor bagi mengenalpasti penyakit yang dihadapinya.

Disebabkan demam yang dialami Amir tidak sembuh.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________
c. Ibu memotong sayur dan ayam.

memasakkan abah makanan tengah hari.

27

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________

5. Cerakinkan ayat majmuk campuran di bawah supaya menjadi 2 ayat majmuk.
a. Setiap manusia perlu mempunyai rohani yang baik untuk mencegah dari melakukan
kejahatan.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________
b. Pemain bola sepak itu segera diberi rawatan kerana mengalami kecederaan akibat
diterjah oleh pemain lawan.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________
c. Sepuluh orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar wanita diperlukan untuk
menyertai kem kepimpinan itu.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________

LAMPIRAN
Link Video Contoh (Tanah Kubur Musim 15 episod 13):
https://www.youtube.com/watch?v=4vFo3IjwD0E
Minit yang digunakan:
Ayat majmuk campuran ayat komplemen + ayat keterangan : (8:05 – 8: 08)
Ayat majmuk campuran ayat keterangan + ayat relatif : (14:45 – 14 :53)

28

Ayat majmuk campuran ayat gabungan + ayat keterangan : (3:26 – 3:33)
29

KESIMPULAN
Kesimpulannya, ayat majmuk merupakan struktur ayat paling kompleks yang sering
digunakan dalam penulisan bagi penyampaian sesuatu idea dengan lebih berkesan.
Kesalahan dan kesilapan dalam penggunaan bentuk ayat majmuk akan menjejaskan
makna sesuatu ayat yang diungkapkan. Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan
mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun
mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.

Dapat dirumuskan bahawa terdapat tiga jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk
gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Ayat majmuk
gabungan adalah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang disatukan dengan
cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung
seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Manakala ayat majmuk pancangan
merupakan ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara. Ini bermakna dalam ayat
berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama, dan satu atau lebih klausa tak
bebas atau ayat kecil. Ayat majmuk pancangan ini pula terbahagi kepada tiga jenis
iaitu ayat majmuk relatif, ayat majmuk komplemen dan ayat majmuk keterangan.

Dalam ayat majmuk gabungan pula, terdapat dua ayat atau lebih yang bersifat
sama taraf, iaitu masing-masing dapat berdiri sendiri. Sebaliknya, dalam ayat majmuk
pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil
lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan menjadi sebahagian daripada ayat
induk. Dapat dirumuskan bahawa ayat majmuk campuran adalah hasil gabungan ayat
majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan.

30

RUJUKAN
Abdullah Hassan, Seri Lanang Jaya Rohani, Zulkifili Osman dan Razali Ayob (2006).
Sintaksis. Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: PTS
Professional.
Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah. Kuala
Lumpur: PTS Professional.
Abdullah Hassan, 1993, Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. PTS
Profesional

Ahmad Khair Mohd Nor, Raminah Hj. Sabran, Nawi Ismail & Ton Ibrahim (2016).
Tatabahasa Asas Edisi Kedua. Selangor: Pustaka Salam Sendirian Berhad dan
Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.

Ahmad Khair Mohd Nor (2003). Pengantar Sintaksis bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Nik Safiah karim (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dawama
Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim et al. (2010). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Muda & Abdul Hamid Mahmood
(2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

31


Click to View FlipBook Version