The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Jom, dapatkan modul BM SPM terlaris di pasaran!

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikgulindarnor, 2022-07-15 23:00:50

MODUL KeBaBoM Edisi Terbaharu

Jom, dapatkan modul BM SPM terlaris di pasaran!

Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan
diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi
ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara

elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman
tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak penerbit Modul KeBaBoM.

Perundingan tertakluk kepada royalti atau honorarium.

©Cetakan Kelima 2022

©Modul KeBaBoM

Diterbit oleh:
Cidahalim Resources,
No 6, Jalan Desa Serdang 15,
Taman Desa Serdang,
43300 Seri Kembangan,
Selangor

Dicetak oleh:
Firdaus Press Sdn Bhd.
SSM- 986966-A
No. 26 & 28, Jalan PBS 14/4,
Taman Perindustrian Bukit Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor.

TOPIK 1: KARANGAN A
KOMBINASI KEPELBAGAIAN BAHAN RANGSANGAN
Infografik Format SPM Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 6 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

CADANGAN BINAAN PERENGGAN

Teknik menulis karangan cemerlang ialah calon perlu:

⮚ mengenal pasti fokus atau arahan soalan untuk menentukan kehendak dan
keperluan yang perlu ditulis.

⮚ mengenal pasti format karangan yang hendak ditulis berdasarkan kehendak soalan.

⮚ memahami cara memulakan karangan untuk perenggan pendahuluan.

⮚ memahami cara untuk mengembangkan perenggan isi.

⮚ memahami cara menulis penutup untuk perenggan penutup.

⮚ menguasai kemahiran tatabahasa dan membina ayat yang kreatif.

⮚ menguasai kemahiran menggunakan penanda wacana dan tanda baca dalam
karangan.

⮚ mempunyai pengetahuan yang luas dalam isu yang dibincangkan.

⮚ memperbanyak kosa kata atau perbendaharaan kata.

⮚ mempunyai pengetahuan ungkapan menarik seperti peribahasa, kata-kata hikmah,
kata-kata pemimpin, ayat al-Quran, hadis dan sebagainya.

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 7 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM PENULISAN KARANGAN

PENANDA WACANA PENDAHULUAN

Dasawarsa ini, saban hari… Belakangan ini…

Dalam era modenisasi… Dalam era globalisasi kini…
Dasawarsa ini, …
Dalam mendepani zaman modenisasi
kini…

PENANDA WACANA AYAT ISI UTAMA

Pada hemat saya, Pada pendapat saya, ...
Melihat kepada aspek yang berbeza, Dalam pada itu, …
Jika ditinjau dari sudut yang lain pula, Beralih kepada perspektif seterusnya…

PENANDA WACANA AYAT HURAIAN

Hal ini dikatakan demikian kerana, … Perkara ini disebabkan…

Hal ini bermaksud… Secara tidak langsung…

PENANDA WACANA AYAT CONTOH

Sebagai contoh, Contohnya,

Tamsilnya, Misalnya,

PENANDA WACANA AYAT PENEGASAN

Sudah terang lagi bersuluh… Jelaslah bahawa…

Ironinya, tidak dapat dinafikan bahawa… Oleh itu, nyatalah di sini bahawa…

Oleh itu, kita dapat simpulkan bahawa… Memang tidak dapat dinafikan lagi..

PENANDA WACANA AYAT KEIMPULAN

Kesimpulannya, Jelaslah ...
Pendek kata... Sesungguhnya…
Konklusinya, Intihanya, …

PENANDA WACANA AYAT PERIBAHASA

Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa... Pujangga Melayu ada menyebut….

...bak kata pepatah Melayu…. Benarlah kata orang tua-tua…

Orang tua-tua ada mengatakan bahawa… Bijak pandai dahulu ada menyebut…

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 8 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

BAHAGIAN A

[30 markah]

PRAKTIS 1

Maklumat di bawah berkaitan dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Anda sebagai
pengerusi Pusat Sumber Sekolah ingin mengadakan lawatan ke pesta buku tersebut. Tulis surat
rasmi kepada pengetua bagi memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan ini.

Panjang surat rasmi hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Bahan 1

Sumber: https://klibf.my

Bahan 2

Tentang PBAKL 2022

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) akan
menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dengan kerjasama enam
persatuan industri buku Malaysia. PBAKL merupakan acara utama dalam kalendar global
penerbitan bagi setiap tahun dua bermula tahun pertama iaitu pada tahun 1981, PBAKL berjaya
mencatatkan lebih daripada 2 juta bilangan pengunjung sehingga kini. Hal ini dikatakan demikian
kerana PBKL merupakan tempat yang sempurna dan strategik bagi pencinta buku mendapatkan
pelbagai buku sama ada terbitan lama mahupun baru.

Sumber: https://blog.imanshoppe.com/pesta-buku-antarabangsa-kuala-lumpur

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 9 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

TOPIK 2: KARANGAN RESPONS TERBUKA
Infografik Format SPM Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 13 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

CADANGAN BINAAN PERENGGAN

ATAU
ATAU

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 14 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

PRAKTIS 2

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara
300 hingga 500 patah perkataan.

Soalan 1

Ibu bapa merupakan insan pertama yang dikenali oleh anak-anak. Sejak kecil lagi ibu
bapa tidak pernah berhenti mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak bagai menatang
minyak yang penuh. Pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak menjadikan anak-anak
terdidik dengan baik dan sempurna. Oleh itu, sebagai seorang anak hendaklah
bertanggungjawab untuk membalas segala jasa ibu bapa mereka.

Sumber: Internet

Kita sering mendengar pepatah mengatakan seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang
anak, namun seorang anak belum pasti dapat menjaga ibunya dengan sempurna. Petikan di
atas memaparkan pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.

Pada pendapat anda, apakah tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa?

Soalan 2

Masalah sosial semakin berleluasa di negara kita. Keadaan ini amat membimbangkan
banyak pihak dan boleh menjejaskan imej negara. Dalam menangani permasalahan ini,
kerajaan perlulah mengadakan kempen kesedaran menangani masalah sosial kepada
masyarakat. Selain itu, keprihatinan masyarakat amatlah dituntut bagi memastikan
generasi hari ini terpuji akhlaknya.

Sumber: Internet

Maklumat di atas menyatakan masalah sosial yang semakin meruncing dalam kalangan
generasi hari ini.

Bincangkan.

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 17 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

Info Grafik Penerangan Sistem dan Aplikasi Bahasa - Morfologi

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 24 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

Mari belajar mengingat 15 kata majmuk mantap dengan seloka ‘Aku Budak Baik’

KATA MAJMUK DITULIS TERPISAH

uji bakat alat tulis sama ada kuku besi
ulang tahun wakil rakyat
ulang tayang campur tangan sari kata panggung wayang
tengah hari orang utan
urus setia ambil alih salah faham luar negeri
ibu bapa mata wang
siar raya balai raya rukun negara hak cipta
jalan raya kereta api
air mata kaca mata

daya tahan jam tangan

luar biasa rupa bentuk

piring hitam rumah panjang

PENGGANDAAN KATA MAJMUK

Penggandaan Unsur Pertama Kata Penggandaan Keseluruhan Unsur

gambar-gambar rajah cenderamata-cenderamata

ketua-ketua menteri pesuruhjaya-pesuruhjaya

jirim-jirim organik tandatangan-tandatangan

balai-balai raya setiausaha-setiausaha

kertas-kertas lukisan bumiputera-bumiputera

kasut-kasut roda kakitangan-kakitangan

jalan-jalan raya tanggungjawab-tanggungjawab

orang-orang tua jawatankuasa-jawatankuasa

guru-guru tadika sukarela-sukarela

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 36 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

Bijak Fikir KeBaBoM

Pilih jawapan yang betul sama ada A atau B

Bil Perkataan A Perkataan B Bil Perkataan A Perkataan B

1. mesyuarat agong mesyuarat agung 31. ibubapa ibu bapa

2. dialog dailog 32. urus setia urusetia

3. sesi sessi 33. se-Malaysia semalaysia

4. resepi resipi 34. stokin stoking

5. mentua mertua 35. potensi pontensi

6. kuih muih kuih-muih 36. pengawit pengawet

7. pra sekolah prasekolah 37. kalendar kelendar

8. sate satay 38. ensiklopedia ensklopedia

9. penguat kuasaan penguatkuasaan 39. merialisasikan merealisasikan

10. korperat korporat 40. dinihari dini hari

11. pelangan pelanggan 41. mendatori mandatori

12. tuisyen tiusyen 42. berkahsiat berkhasiat

13. kategori katagori 43. cenderamata cendera mata

14. kriatif kreatif 44. jawatankuasa jawatan kuasa

15. mee goreng mi goreng 45. martabak murtabak

16. inter-personal interpersonal 46. keoteow kuetiau

17. tekstil tekstail 47. urus niaga urusniaga

18. faksimile faksimili 48. warga negara warganegara

19. auto motif automotif 49. februari febuari

20. diklamasi deklamasi 50. audien audiens

21. waswas was-was 51. bowling boling

22. sinario senario 52. agregat agreget

23. serondeng serunding 53. ehsan ihsan

24. aturcara atur cara 54. definisi definasi

25. bufet buffet 55. gambarajah gambar rajah

26. efisien efisyen 56. keredaan keredhaan

27. e-mel emel 57. panca ragam pancaragam

28. komersial komersil 58. jeket jaket

29. kontinjen kontingen 59. pakir parkir

30. mekanisma mekanisme 60. silinder silendar

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 39 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

PRAKTIS 1
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

PRAKTIS 3

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun
Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap. Maka Seri Amerta pun berkata kepada
Tun Perak, “Orang ini, ya Tun Perak, mengadu halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan,
mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak.

Dipetik daripada
‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’,

dalam Antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

[6 markah]
____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

PRAKTIS 4

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya
menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas

negeriku! Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang,
binasalah negeri ini.”

Dipetik daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan’
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Kementerian Pendidikan Malaysia.
[6 markah]

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 44 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

PRAKTIS 1
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Penyakit berjangkit merupakan satu fenomena biososial. Manusia boleh dijangkiti penyakit
melalui hubungan manusia sesama manusia atau daripada haiwan kepada manusia. Secara umumnya
jangkitan yang berlaku adalah hasil daripada organisme dan parasitik dan patogenik yang berupaya
menyebabkan penyakit.

Bagi mencegah penularan penyakit berjangkit ini, langkah paling awal ialah memastikan
sumber air yang digunakan ketika mencuci dan memasak daripada air yang bersih. Tangan hendaklah
dibasuh dengan menggunakan sabun dan menggunakan air yang bersih. Begitu juga apabila
mengendalikan makanan atau minuman, hendaklah sentiasa mencuci sayur-sayuran dan buah-buahan
dengan air yang bersih. Kita juga hendaklah mengupas kulit buah-buahan untuk mencegah penyakit
berjangkit.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Menangani Penyakit Berjangkit’,

oleh Zulfikar Mohd Yusof,
Dewan Siswa Bil 9/2018, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bahan 2

Pemupukan masyarakat yang mementingkan kebersihan bermula daripada kebersihan diri
sendiri. Amalan membasuh tangan ini misalnya, merupakan satu amalan yang dianggap remeh,
namun memberikan impak yang besar kepada masyarakat. Seandainya tangan tidak dibersihkan
dengan cara yang betul, hal ini mengundang pelbagai jenis penyakit seperti selesema, sakit perut dan
cirit-birit akibat daripada kuman dan bakteria yang melekat pada tangan.

Selain itu, seseorang itu hendaklah mengelakkan makan sayur-sayuran yang mentah, masak
air dengan sempurna dan kupas kulit buah-buahan supaya dapat mengelakkan jangkitan penyakit.
Sesungguhnya, kebersihan diri bergantung kepada individu itu sendiri.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Masyarakat Bersih, Negara Sejahtera’,

oleh Zulfikar Mohd Yusof,
Dewan Siswa Bil 6/2018, Dewan Bahasa dan Pustaka.

i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata dianggap remeh. [2 markah]

ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan cara-cara mencegah penyakit berjangkit.
[4 markah]

iii) Menjaga kebersihan diri amatlah penting bagi menjamin kesejahteraan hidup seseorang.
Pada pendapat anda, apakah faedah yang diperoleh apabila seseorang itu menjaga kebersihan diri?
[4 markah]

iv) Penduduk di kawasan kejiranan anda telah terkena demam denggi. Keadaan ini telah menyebabkan

penduduk di kawasan kejiranan bimbang akan keselamatan mereka. Sebagai penduduk yang

prihatin, cadangkan langkah-langkah untuk memastikan penyakit demam denggi ini tidak berulang

kembali. [3 markah]

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 51 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 55 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

PRAKTIS 4
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Seloka Si Luncai

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan… Ada cerdik tidak selidik.
ada belajar kepalang ajar,
Ada rumah tidak dijaga, ada mengaji tiada mengkaji,
ada anak tidak dilatih, ada mata tiada kuasa,
ada ternakan tidak dibela, ada kuat tiada buat.
ada kebun tidak ditanam.
Biarkan, biarkan…!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Bahan 2 : Aku datang hendak melihat-lihat keadaan di sini sahaja. Banyak juga ayam ternakan
TINI kau. Berapakah ekor semuanya?

AMIN : (Berfikir) Lebih tiga ribu ekor. Itupun belum mencukupi. Kalau boleh nak tambah dua
ribu ekor lagi.
TINI
: (Hairan) Tiga ribu ekor tak cukup? Apakah yang kau nak buat dengan dua ribu ekor
AMIN tu lagi?

TINI : Kalau nak jadi pembekal, kenalah kita ada simpanan. Kalau simpanan dah habis,
AMIN macam mana kita nak jadi pembekal tetap. Nanti orang tak percayakan kita lagi.

TINI : Ya tak ya juga. Ini baru otak ahli perniagaan.
AMIN : Aku dah lama berkecimpung dalam penternakan ayam ini. Serba-serbinya kenalah kita
TINI
pelajari juga. Kalau tidak, kita akan ketinggalan. Engkau bagaimana, tak belajar lagi?
: Sudah tamat, Min. Sebab itu aku balik.
: Engkau belum dapat kerja lagi?
: Bukannya tak dapat kerja, belum buat permohonan apa-apa lagi. Aku fikir malas nak

kerja makan gaji. Kerja sendiri lagi baik.
Dipetik daripada drama ‘Di sini Bakti Bersemadi’
oleh Ajes Tuah antalogi Gema Sepi Gadis Genius,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

i) Dalam Bahan 1, pada rangkap kedua terdapat beberapa tindakan Si Luncai yang tidak boleh

dicontohi. Nyatakan tindakan-tindakan tersebut. [2 markah]

ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan perbezaan sikap Si Luncai dan Amin. [4 markah]

iii) Sektor pertanian, penternakan dan perikanan semakin mendapat tempat di hati golongan muda.

Pada pendapat anda, apakah kepentingan pertanian, penternakan dan perikanan kepada negara?
[3 markah]

iv) Jinesh merupakan penternak muda yang berwawasan. Dia berhasrat untuk menyertai pertandingan
Pencarian Penternak Jaya Muda. Namun, Jinesh tidak mengetahui persediaan yang perlu
dilakukannya.

Sebagai rakan karib, bagaimanakah anda dapat membantu Jinesh membuat persediaan untuk

menyertai program tersebut? [4 markah]

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 59 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

NOTA MOLEKUL NOVEL
Pembelajaran Secara Holistik dan Visual
Kajian novel negeri Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan

Putrajaya

Pertempuran sengit antara askar Zahid tidak mempercayai bahawa
Melayu dan Jepun berlaku di Izzati ialah anak kandungnya.

Bukit Candu. Adnan tidak mahu Waheeda telah melakukan ujian
menyerah kalah walaupun ramai DNA dan menyerahkan
askarnya mati. Malah, Adnan juga
keputusan ujian DNA kepada
cedera tetapi masih enggan Zahid bagi membuktikan bahawa
berundur. Akhirnya Adnan
dibunuh dengan kejam di bawah Izzati anak kepada Zahid.
pokok ceri dengan menggunakan Namun, Zahid tidak

bayonet. mempercayainya dan langsung
tidak membuka sampul surat

yang berisi keputusan ujian DNA
itu.

LEFTENAN TINGKATAN 4 TIRANI
ADNAN TINGKATAN 5
WIRA
BANGSA

Pak Saidi telah ditahan oleh askar Waheeda mengalami selesema
Jepun di rumahnya di Sungai yang teruk dan berterusan.
Ramal. Semasa di halaman
rumahnya, Pak Saidi sempat Pemeriksaan menunjukkan tulang
membunuh dua orang askar hidungnya telah runtuh dan
Jepun dengan menggunakan
memerlukan pembedahan hidung
kerisnya walaupun askar Jepun semula. Pada waktu yang sama
memegang senapang pada waktu
majlis pertunangannya akan
itu. Akhirnya, askar Jepun telah berlangsung. Akhirnya, dia tidak
menembak Pak Saidi sehingga
dapat hadir ke majlis
mati. pertunangannya.

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 63 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

PRAKTIS 3

Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan
Tingkatan 5.

Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Apa khabar?” Rosman menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Lelaki itu
menyambut tangan Rosman dengan senyum lebar.

“Khabar baik, jemput masuk.” Dia mempersilakan mereka bertiga ke dalam.
Lelaki itu kemudiannya mempersilakan mereka untuk duduk di beberapa buah
kerusi rotan yang disusun menyerong di ruang tamu.
Farisha dan Rosman memerhati sekeliling. Dinding ruang menunggu itu dihias
dengan beberapa buah lukisan abstrak. Tiada pendingin hawa yang terpasang di situ
tetapi udaranya nyaman, seperti ada bayu bukit yang menerobos masuk. Apabila
mereka mendongak memerhati siling, jelas kelihatan rumah itu dipasang atap
membran yang mampu membebaskan udara panas keluar dan menyejukkan ruang di
dalam rumah. Farisha dan Rosman duduk bersandar manakala Aqram berdiri tegak di
sebelah lelaki yang menyambut mereka tadi.

Dipetik daripada
Di Sebalik Dinara,
Karya Dayang Noor,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

i) Nyatakan gambaran rumah agam Karl seperti yang dilihat oleh Farisha dan Rosman.
[4 markah]

ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
(b) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(c) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(d) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(e) Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(f) Tirani karya Beb Sabariah
(g) Silir Daksina karya Nizar Parman
(h) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan peristiwa-peristiwa yang

menyentuh perasaan anda apabila membacanya. [6 markah]

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 67 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

TOPIK 6: RUMUSAN
Infografik Format SPM Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 69 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

PRAKTIS 4

Baca dan telti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula
jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar juga boleh dipanggil flora
dan fauna. Alam umpama makmal kehidupan. Demikianlah bandingan yang sering digambarkan
oleh saintis dan penyelidik alam sekitar tentang kepentingannya kepada semua benda hidup. Oleh
sebab itu, tindakan yang dijalankan untuk memulihara dan melestarikan warisan yang berharga
ini termasuklah menerusi Program Penghutanan Semula yang digiatkan dari semasa ke semasa.
Pemuliharaan alam sekitar semakin menjadi agenda penting rakyat di negara ini termasuklah
syarikat swasta untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat.

Program Penghutanan Semula dilaksanakan adalah untuk memastikan alam sekitar tetap
terpelihara. Hasrat penganjuran program berkenaan adalah untuk mengubah tanggapan
masyarakat yang bersikap sambalewa terhadap kemusnahan alam. Penebangan hutan secara tidak
terkawal akan menyebabkan berlakunya pencemaran. Program ini dilebarkan kepada komuniti
setempat supaya timbul kesedaran tentang kepentingan alam sekitar kepada mereka. Usaha
tersebut menunjukkan keprihatinan pihak terlibat dalam memulihkan alam sekitar yang musnah
akibat pembangunan tidak terkawal khususnya di kawasan percutian serta pantai.

Kita harus sedar bahawa keindahan alam semula jadi yang wujud kini adalah hasil
daripada keprihatinan generasi terdahulu. Jadi, kita hendaklah mengikis sikap memusnahkan
alam untuk mengaut keuntungan jangka pendek yang labanya mengalir ke dalam kantung
beberapa orang sahaja sedangkan banyak pihak yang terpaksa berputih mata. Oleh sebab itu,
pihak berkuasa mestilah bertindak dengan berkesan untuk mewujudkan piawaian perniagaan
mesra alam agar penyangak-penyangak yang mementingkan diri tidak rakus memusnahkan alam
sekitar. Dalam hal ini, pihak berkuasa perlu menyegerakan perancangan pembangunan mesra
alam demi kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara yang mapan.

Dipetik dan diubah suai .
daripada Tutor Skor SPM-Kempen Hijau UMW,

Utusan Malaysia, Edisi 34.

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 78 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

Bahan 2

Bahan 3

Seloka Alam Sekitar

Sungguhlah sejuknya mata
Alam luas indah terbentang
Pohon hijau melambai-lambai
Air jernih kilau kemilau.

Alahai apakan daya
Sedih hati dirundung duka
Banjir kilat sering melanda
Musnah harta dan segalanya.

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 79 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

Infografik Ujian Lisan Bertutur Bahagian A - Taksiran Individu

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 81 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

PRAKTIS 3 - NASKHAH PENTAKSIR
1103/3 - BAHASA MELAYU KERTAS 3 (UJIAN BERTUTUR)
BAHAGIAN A: INDIVIDU (40 Markah)
Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang
dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

KEK LAPIS SARAWAK

Pada masa ini, kek lapis Sarawak telah menjadi sebahagian daripada ikon pelancongan Bumi
Kenyalang. Juadah ini menjadi pilihan pelancong sebagai cenderamata untuk diberikan kepada
sanak saudara dan sahabat handai. Kek lapis ini perlu dibakar di dalam ketuhar pada suhu tinggi
secara berlapis dan dibakar berasingan mengikut ketebalan yang diingini. Adunan menggunakan
mentega, marjerin atau minyak sayuran, telur, tepung gandum, dan gula. Kek lapis Sarawak
mendapat permintaan yang tinggi bukan sahaja pada hari perayaan, malahan pada hari biasa.
Permintaan tinggi menjadikan pembuatan kek lapis ini sebagai satu industri besar di Sarawak,
khususnya yang diusahakan oleh golongan wanita. Masyarakat tempatan mengambil peluang
perniagaan dalam penghasilan kek lapis apabila menyedari potensinya yang memberikan pulangan
lumayan.

SOALAN RANGSANGAN PENTAKSIR

1. Mengapakah juadah kek lapis Sarawak menjadi pilihan pelancong?
2. Apakah kesan perkembangan industri pembuatan kek lapis Sarawak kepada masyarakat?
3. Seandainya anda diberi peluang untuk memulakan perniagaan kek Sarawak, apakah

persediaan yang perlu anda lakukan untuk memulakan perniagaan tersebut?
4. Pelbagai usaha perlu dilaksanakan untuk meningkatkan Industri Kecil dan Sederhana

(IKS). Ulaskan.

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 84 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

Infografik Ujian Lisan Bertutur Bahagian B - Taksiran Kumpulan

PRAKTIS 1
BAHAGIAN B: TAKSIRAN KUMPULAN
TEMA: PERPADUAN

Peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni hendaklah dijadikan amalan dalam kalangan
masyarakat bagi memastikan perpaduan terus utuh di negara ini.
Ulaskan pernyataan tersebut.

PRAKTIS 2
TEMA: SUKAN DAN REKREASI

Aktiviti sukan berbasikal dalam kalangan anggota masyarakat mempunyai banyak faedah.
Bincangkan.

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 88 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

TOPIK 8: UJIAN LISAN MENDENGAR
Infografik Format SPM Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

PANDUAN PELAKSANAAN LATIHAN UJIAN MENDENGAR
⮚ Praktis ini merupakan sebahagian contoh item ujian mendengar.
⮚ Sesuai dilaksanakan semasa pdp untuk memantapkan dan mengukuhkan

kemahiran mendengar.
⮚ Ujian mendengar ini dipersembahkan dalam pelbagai bahan dan pelbagai sumber.

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 90 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

PRAKTIS 1

1103/4 - BAHASA MELAYU KERTAS 4 (UJIAN MENDENGAR)
CONTOH BAHAN AUDIO

• Calon membaca soalan kali pertama selama satu minit.
• Rakaman petikan diperdengarkan kali pertama.
• Calon diberi masa 30 saat untuk menyemak jawapan.
• Calon membaca soalan kali kedua selama satu minit.
• Rakaman petikan diperdengarkan kali kedua.
• Calon diberi masa 30 saat untuk menyemak jawapan.

Arahan: Anda diberi masa satu minit untuk membaca soalan.
Dengar petikan yang berikutnya dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Rencana Keladi Tikus Rawat Barah

Pesakit kanser kini boleh menarik nafas lega berikutan penemuan satu
kaedah baharu merawat kanser melalui kajian yang dijalankan oleh pensyarah
Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof
Christopher Teo Khen kepada keladi tikus atau ‘Typhonium’.

Teo berkata, pesakit menunjukkan kesan positif selepas memakan
tumbuhan berkenaan, bahkan pesakit akan berasa lebih baik, tidak letih dan
mempunyai selera makan.

“Tumbuhan ini sesuai untuk merawat kebanyakan penyakit kanser.
Kaedah menggunakan keladi tikus adalah murah dan tidak mempunyai kesan
sampingan,” katanya.

Setakat ini beliau sudah berjaya membantu kira-kira 80 pesakit tempatan
dan luar negara seperti Amerika Syarikat, Australia, India dan Indonesia
menggunakan kaedah keladi tikus.

“Walau bagaimanapun, keladi tikus agak sukar diperoleh. Awalnya
tumbuhan ini didapati di kawasan terbiar, berpaya dan saliran air. Kami
memerlukan keladi tikus yang banyak. Oleh itu, kami tidak boleh bergantung
kepada alam semula jadi”.

SILA IMBAS

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 91 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan yang diperdengarkan.

1. Nyatakan penyumbang terbesar berlakunya pencemaran alam sekitar di bandar?
a )……………………………………………………………………………..
b)…………………………………………………………………………………
[2 markah]

2. Namakan bahan kimia yang menyebabkan berlakunya pencemaran udara yang serius.
Jawapan anda BETUL atau SALAH.

1. Karbon Monoksida
2. Magnesium Trisilicate
3. Oksida Sulfur

[3 markah]

3. Kemerosotan kualiti air yang disumbangkan oleh sektor perladangan dan penternakan
disebabkan oleh perkara berikut KECUALI

a ) pembuangan sisa baja kimia
b) tumpahan minyak
c) racun rumpai
d) najis haiwan

[1 markah]

4. Padankan bandar dan negeri yang mempunyai kualiti udara yang tidak sihat berdasarkan
laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Kuching Pulau Pinang
Kuantan Senai
Bayan Lepas Sarawak
Pahang
Senai

[4 markah]

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 94 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

SKEMA JAWAPAN
BAHAGIAN A - [30 markah]

PRAKTIS 1

FORMAT SURAT KIRIMAN RASMI Cadangan isi

ALAMAT GARIS PANJANG TARIKH 1. Objektif lawatan Pesta Buku Antarabangsa
PENGIRIM MELINTANG Ditulis di sebelah kanan surat Kuala Lumpur (PBAKL)
Ditulis di sebelah kiri di dan sebaris dengan baris akhir - Memupuk budaya membaca dalam
bahagian atas surat Dibuat di bawah alamat pengirim kalangan murid - Membaca Jambatan
alamat penerima Ilmu
pengiring - Memberi peluang kepada murid
memilih buku kegemaran mereka -
NAMA DAN Sudut Bacaan SPM Menuju Jaya, tempat yang sempurna dan strategik
ALAMAT bagi pencinta buku mendapatkan
SMK Rembang Panas, pelbagai buku sama ada terbitan lama
PENERIMA mahupun baru.
Ditulis di bawah 72500, Kuala Pilah,
garis melintang 2. Keistimewaan Pesta Buku Antarabangsa
Negeri Sembilan. Kuala Lumpur (PBAKL)
PANGGILAN - PBAKL merupakan acara utama dalam
HORMAT __________________________________________________________________ kalendar global penerbitan bagi setiap
PENERIMA tahun dua bermula tahun pertama iaitu
Koperasi, pada tahun 1981, PBAKL berjaya
Di tulis di bawah mencatatkan lebih daripada 2 juta
alamat penerima SMK Rembang Panas, bilangan pengunjung sehingga kini.
dan diletakkan
72500, Kuala Pilah, 3. Tarikh – 4 Jun 2022
koma (,) di 4. Masa – 8.00 hingga 11.30 pagi
hujungnya Negeri Sembilan. 14 FEBRUARI 2022 5. Tempat - Pusat Dagangan Dunia Kuala

PERKARA Tuan, Lumpur (WTCKL)
Ditulis selepas 6. Bilangan guru dan murid yang menyertai
panggilan hormat Permohonan Peruntukan Kewangan Pembelian Buku
penerima dan lawatan
digarisi. Huruf besar Merujuk kepada perkara di atas, saya Hazmi bin Halim selaku pengurus projek Sudut
pada setiap awal Bacaan SPM Menuju Jaya ingin membeli buku-buku rujukan untuk persediaan murid
perkataan dan tiada menghadapi SPM .
tanda noktah (.) di
2. Objektif mewujudkan Sudut Bacaan SPM Menuju Jaya adalah untuk
hujungnya memberikan pendedahan kepada semua murid yang akan mengambil SPM pada
tahun ini tentang cara menjawab soalan SPM dengan betul dan tepat melalui buku-
ISI-ISI buku yang dihasilkan oleh penulis yang berpengalaman.
Perenggan pertama
3. Buku tersebut ialah buku rujukan Bahasa Melayu dan Sejarah. Buku mata
dan akhir tidak pelajaran Bahasa Melayu telah dihasilkan daripada gabungan idea Guru Cemerlang,
diletakkan nombor Jurulatih Utama KSSM dan guru berpengalaman luas dalam bidang pendidikan.
dan ditulis dari tepi Buku ini mengandungi enam set lengkap latihan berformat KSSM dan sebagai bonus
terdapat soalan ujian mendengar dan bertutur. Buku ini merupakan buku rujukan
surat. Hanya Bahasa Melayu paling laris di pasaran.
perenggan kedua
dan seterusnya di Pertimbangan dan kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai. Sekian.
letakkan nombor Terima kasih.
dan ditulis jarak
sedikit dari nombor Yang benar, PENGAKUAN DAN TANDA
Hazmi TANGAN PENGIRIM
........................................
Ditulis di sebelah kiri bawah surat

( HAZMI BIN HALIM )

Pengurus Projek Sudut Bacaan SPM Menuju Jaya

NAMA DAN JAWATAN PENGIRIM
Nama ditulis dengan huruf besar selepas tanda tangan

dan diletakkan kurungan

Sumber: CIKIBOM – Koleksi Karangan Cemerlang SPM

PRAKTIS 2

Bahan 1 - Keistimewaan tempat pelancongan
● Makanan – masakan utara
● Riadah – aktiviti mencabar

Bahan 2 - kebaikan melancong dan sebab melancong

● Melancong bersama keluarga dapat mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga
● Melapangkan fikiran
● Bebanan kerja

Bahan 3 - Contoh tempat pelancongan

PRAKTIS 3

Amalan menabung merupakan amalan yang mulia dan mempunyai banyak kebaikan.
Isi – Kebaikan amalan menabung

● Bahan 1 – digunakan untuk menyambung pelajaran - menyara kos pembayaran yuran dan pembelian buku.
● Bahan 2 – kegunaan pada masa hadapan - dapat digunakan ketika memerlukannya - untuk membeli rumah - untuk kegunaan

anak-anak dan keluarga - menambah jumlah simpanan - sikit-sikit lama-lama jadi bukit - membantu ketika hadapi kecemasan

/masalah - sediakan payung sebelum hujan. Contoh untuk mendapatkan rawatan di hospital - ketika sakit, dapat

menyelamatkan nyawa - dapat menyambung pelajaran.

Amalan menabung perlu diamalkan sejak kecil kerana melentur buluh biar dari rebungnya.

PRAKTIS 4

Program ini telah lama dijalankan - menjadi trend pembelajaran zaman ini - pelajar cemerlang dihantar untuk belajar budaya negara

lain dan mengambil contoh yang baik untuk dipraktikkan di negara kita - pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Isi – Faedah pertukaran pelajar

● Bertukar pengalaman dan idea baharu – pelajar boleh berinteraksi dan bertukar pengalaman dan idea - berfikiran lebih luas -

penternak kecil terperangkap dalam jerat syarikat besar

● harga syarikat besar tentukan
● menanggung hutang

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 124 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

BIJAK FIKIR KEBABOM

1. B 13. A 25. A 37. A 49. A 61. B 73. A 85. A 97. B 109. A
2. A 14. B 26. A 38. A 50. B 62. A 74. B 86. B 98. A 110. A
3. A 15. B 27. A 39. B 51. B 63. B 75. A 87. A 99. A 111. B
4. B 16. B 28. A 40. A 52. A 64. B 76. A 88. A 100. B 112. A
5. A 17. A 29. B 41. B 53. B 65. A 77. A 89. B 101. B 113. B
6. B 18. A 30. B 42. B 54. A 66. A 78. B 90. B 102. A 114. B
7. B 19. B 31. B 43. A 55. B 67. B 79. A 91. A 103. A 115. A
8. A 20. B 32. A 44. A 56. A 68. B 80. A 92. B 104. A 116. A
9. A 21. A 33. A 45. A 57. B 69. A 81. B 93. B 105. B 117. B
10. A 22. B 34. B 46. B 58. B 70. B 82. A 94. B 106. B 118. A
11. B 23. A 35. A 47. A 59. B 71. A 83. B 95. A 107. A 119. A
12. A 24. B 36. B 48. B 60. A 72. B 84. B 96. A 108. B 120. B

BAHASA MELAYU STANDARD

PRAKTIS 1

i) Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka.

ii) Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka bersama anak dan isterinya.

iii) Orang Kelang mengangkat sembah kepada Sultan, “Ya tuanku, seluruh teluk rantau lain membawa lelaki sahaja, manakala

Tun Perak turut membawa kaum perempuan sekali.” [6 markah]

PRAKTIS 2

i) Laksamana telah membahagikan harta itu kepada tiga bahagian dan Laksamana mengambil satu bahagian.

ii) Yang sebahagian lagi dibahagikan pula kepada tiga; satu bahagian diberikan kepada fakir miskin, satu bahagian diberikan

kepada pegawai yang tidak mempunyai kuasa dan satu bahagian lagi diberikan kepada orang bawahannya.

iii) Segala harta itu telah habis diberikan kepada semua orang dan tiada yang diambil oleh Laksamana. [6 markah]

PRAKTIS 3

i) Baginda menitahkan bentara Seri Amerta, menyuruh Tun Perak datang menghadapnya.

ii) Tun Perak datang menghadap baginda.

iii) Seri Amerta telah berkata kepada Tun Perak, “Orang ini telah mengadu kepada Duli Yang Dipertuan bahawa dia telah dianiaya

oleh Tun Perak.” [6 markah]

PRAKTIS 4

i) Setelah Baginda mendengar sembah daripada orang itu, lalu baginda berasa terkejut sambil menampar-nampar pahanya.
ii) Baginda bertitah, “Wah, malapetaka telah melanda negeriku!
iii) Alangkah baiknya ada Laksamana; jika Laksamana dihantar ke negeri lain, sudah tentu akan binasalah negeri ini.”

[6 marka

PERIBAHASA

PRAKTIS 1 PRAKTIS 2
i) Usaha tangga kejayaan i) Ikan pulang ke lubuk / belut pulang ke lumpur / gagak
ii) Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
iii) Malu bertanya sesat jalan pulang ke benua / sireh pulang ke gagang
iv) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. ii) Retak menanti belah
iii) Habis madu, sepah dibuang
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
[6 markah] [6 markah]

PRAKTIS 3 PRAKTIS 4
i) Sediakan payung sebelum hujan i) Melentur buluh biarlah dari rebungnya
ii) Sudah jatuh ditimpa tangga ii) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
iii) Bagai aur dengan tebing iii) Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis
iv) Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-
[6 markah]
masing
[6 markah]

BAHAGIAN B: PEMAHAMAN [35 markah]
PETIKAN UMUM

PRAKTIS 1 [2 markah]
i) dianggap remeh – dikira tidak penting / tidak mustahak [3 markah]
ii) Persamaan Bahan 1 dan Bahan 2 – Tangan hendaklah dibasuh dan mengupas kulit buah-buhan

iii) Faedah yang diperoleh apabila seseorang itu menjaga kebersihan diri:
● Seseorang tidak dijangkiti penyakit berjangkit

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 131 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM

● kolek bagai buih kecil terapung di air [4 markah]
● menjaring sedikit rezeki

i) kebaikan menceburi bidang pertanian kepada negara ialah: [3 markah]
● negara dapat memanfaatkan sumber yang dimiliki
● negara dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat
● negara dapat meningkatkan eksport ke negara luar
● negara dapat melahirkan imej yang baik kepada negara lain

ii) Sebagai seorang sahabat yang prihatin, saya akan membantu rakan untuk mengatasi masalah dengan cara: [4 markah]
● membantu menyediakan profil projek [4 markah]
● membantu menyediakan resume
● menyediakan surat atau sijil kursus teknikal yang berkaitan dengan projek
● membantu mengadakan pratemuduga untuk menambah keyakinan diri
● membantu membentuk penampilan imej yang sesuai
● membantu persediaan fizikal / emosi / mental
● membantu pengetahuan dalam diri / dalami bidang projek / peka terhadap isu semasa dan pengetahuan am

Soalan 8 – Novel
i) Kebaikan yang diperoleh oleh ibu Geetha selepas menjalani rawatan tradisional dengan datuk Lili;
● Penyakit ibu Geetha semakin sembuh.
● Herba yang digunakan bebas daripada bahan kimia.
● Ibu Geetha lebih konsisten dalam pengambilan herba untuk rawatan penyakitnya.
● Ibu Geetha tidak lagi bertukar-tukar ubat yang mengakibatkan penyakitnya semakin mudarat.

ii) Peristiwa-peristiwa yang mengejutkan pembaca. [6 markah]
Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
Tirani karya Beb Sabariah

Peristiwa yang mengejutkan ialah peristiwa pertempuran Peristiwa yang mengejutkan ialah peristiwa Zahid tidak
sengit antara askar Melayu dan Jepun berlaku di Bukit mempercayai bahawa Izzati ialah anak kandungnya.
Candu. Adnan tidak mahu menyerah kalah walaupun ramai Waheeda telah melakukan ujian DNA dan menyerahkan
askarnya mati. Malah, Adnan juga cedera tetapi masih keputusan ujian DNA kepada Zahid bagi membuktikan
enggan berundur. Peristiwa ini menimbulkan kejutan kerana bahawa Izzati anak kepada Zahid. Peristiwa ini
pembaca terkejut apabila Adnan telah dibunuh dengan menimbulkan kejutan kerana Zahid tidak mempercayainya
kejam di bawah pokok ceri dengan menggunakan bayonet. dan langsung tidak membuka sampul surat yang berisi
keputusan ujian DNA itu. Pembaca berasa amat simpati
Peristiwa yang mengejutkan ialah peristiwa Pak Saidi telah dengan Waheeda.
ditahan oleh askar Jepun di rumahnya di Sungai Ramal.
Semasa di halalman rumahnya, Pak Saidi sempat membunuh Peristiwa yang mengejutkan ialah peristiwa Waheeda
dua orang askar Jepun dengan menggunakan kerisnya. mengalami selesema yang teruk dan berterusan. Peristiwa
Peristiwa ini menimbulkan kejutan kerana walaupun askar ini menimbulkan kejutan kerana pemeriksaan
Jepun memegang senapang pada waktu itu Pak Saidi bijak menunjukkan tulang hidungnya telah runtuh dan
merebut peluang membunuh askar Jepun yang bersenjata itu memerlukan pembedahan hidung semula. Pada waktu yang
sama majlis pertunangannya akan berlangsung..
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Silir Daksina karya Nizar Parman

Peristiwa yang mengejutkan ialah peristiwa penanaman Peristiwa yang mengejutkan ialah peristiwa Umi telah
implan dan mikrocip pada tubuh Farisha yang masih bayi berterus terang kepada Haiqal yang ketika itu baru berumur
oleh Karl untuk menjadikan Farisha seorang yang genius tujuh tahun bahawa Abdul Fatah (Walid) bukan merupakan
atau bijak. Peristiwa ini menimbulkan kejutan kerana bapanya yang sebenar. Peristiwa ini menimbulkan unsur
pembaca terkejut kerana Karl seorang bapa sanggup kejutan kerana pembaca beranggapan bahawa Haiqal ialah
menanam implan dan mikrocip pada tubuh Farisha yang anak kandung Walid. Kepentingannya peristiwa ini ialah
masih bayi. menimbulkan rasa simpati kepada pembaca kerana Haikal
berasa sangat sedih apabila mendapat tahu perkara sebenar.
Peristiwa yang mengejutkan ialah peristiwa Azraai
memberitahu Farisha perkara yang sebenar bahawa dia Peristiwa yang mengejutkan ialah peristiwa Haiqal
hanya merupakan anak angkat dalam keluarganya. Azraai berhasrat untuk pergi ke Kampung Seri Purnama bagi
telah menyimpan rahsia ini sekian lama seperti yang menjejaki kisah hidup ayahnya Abdullah bin Kayan.
diamanahkan oleh ibu bapanya. Peristiwa ini menimbulkan Walaupun dilarang oleh Uminya tetapi dia tetap bertegas
kejutan kerana pembaca selama ini beranggapan bahawa dengan keputusannya itu. Peristiwa ini menimbulkan
Farisha ialah adik kandung Azraai. kejutan kerana dia begitu berani untuk pergi walaupun
tidak mempunyai kenalan atau saudara mara di sana.

Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop Pantai Kasih karya Azmah Nordin

Peristiwa yang mengejutkan ialah peristiwa kunjungan Peristiwa yang mengejutkan ialah peristiwa Dr.Sadiz tidak
pelajar Jepun di Balai Cerap Sultan Salahudin seramai 15 mahu Dr. Raiha melahirkan anak mereka kerana didapati

murid dan tiga pengiring untuk melihat buruj Orion bayi dalam kandungan sindrom down. Peristiwa ini
(Belantik). Peristiwa ini menimbulkan kejutan kerana buruj menimbulkan kejutan kerana dia telah memaksa Dr. Raiha
Orion gagal dilihat kerana langit terlalu cerah. menggugurkan kandungannya. Namun, Dr Raiha tidak
mahu menggugurkannya.
Peristiwa yang mengejutkan ialah peristiwa yang berlaku di
Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Taufik telah menghadiahkan Peristiwa yang mengejutkan ialah peristiwa Felicia
selendang hitam berhias manik kristal kepada Nurul Hafsa menangis dan meminta maaf kepada Dr Raiha di garaj
serta melamarnya. Peristiwa itu mengejutkan kerana kereta Pusat Rawatan Pantai Kasih. Peristiwa ini
pembaca tidak menyangka Taufik berani meluahkan menimbulkan kejutan kerana dia mengaku bersubahat
perasaannya dan hubungan antara mereka begitu serius. dengan kes kematian Rohayu. Dr Raiha reda dengan
perkara yang terjadi dan memaafkan kesalahan Felicia.
Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip

Peristiwa yang mengejutkan ialah peristiwa Rafiq dan Haziq Peristiwa yang mengejutkan ialah peristiwa Dahlia terjun
telah dikejar oleh penduduk kampung kerana mencuri. ke sungai untuk menyelamatkan Said daripada mati lemas.
Peristiwa ini menimbulkan kejutan kerana Rafiq dan Haziq Dahlia dengan beraninya terjun ke dalam sungai yang deras
telah menculik Lili ketika Lili dan Danel balik dari pekan. airnya dan berkeladak. Dia sedaya upaya cuba
Lili telah dijadikan tebusan dan telah dibawa oleh Rafiq dan menyelamatkan Said. Peristiwa ini menimbulkan kejutan
Haziq ke sebuah pondok usang. kerana Said tidak dapat diselamatkan kerana dia telah
tenggelam ke dasar sungai.
Peristiwa yang mengejutkan ialah peristiwa kubah yang
hilang kerana telah dicuri oleh seseorang. Peristiwa ini Peristiwa yang mengejutkan ialah peristiwa semasa banjir
menimbulkan kejutan kerana pembaca terkejut apabila besar berlaku di Kampung Parit Haji Rais. Rumah Embong
Seman sanggup menuduh anaknya iaitu Rafiq dan Haziq musnah sama sekali semasa banjir besar melanda.
mencuri kubah itu. Sebenarnya kubah itu telah dicuri oleh Peristiwa ini menimbukan kejutan kerana pembaca tidak
Seman.. menyangka banjir besar akan berlaku hingga
memusnahkan banyak harta benda penduduk kampung.

BAHAGIAN C: RUMUSAN - [30 markah]
Pendahuluan :
Rumusan membincangkan punca rasuah dalam kalangan masyaraka dan langkah-langkah mengatasinya.
BAHAN 1: Petikan Umum
Fokus 1: Punca rasuah
P1 - kurangnya didikan agama dan moral.
P2 - senang terpengaruh dengan kebendaan dan sering mengejar kekayaan
Fokus 2: Langkah
L1 - undang-undang negara kita tidak akan memandang enteng amalan rasuah
L2 - ibu bapa dan guru perlu menanamkan nilai murni dalam jiwa setiap anak tentang keburukan rasuah.
L3 - ibu bapa sendiri perlulah bersikap jujur kepada diri sendiri dengan menjauhi amalan rasuah.
L4 - pihak guru juga boleh berkongsi maklumat terkini tentang gejala rasuah ini kepada pelajar-pelajarnya sebagai pengetahuan

juga sebagai teladan dalam kehidupan seharian.
L5 - semua pihak bersatu dan menggembleng tenaga memastikan gejala yang berjangkit itu dapat di atasi
BAHAN 2 - Grafik
Fokus 1: Punca rasuah
P3 - kegagalan pentadbiran
P4 - konflik kepentingan
P5 - kelemahan kawalan dalaman dan ketidakpatuhan
P6 - kurang ketelusan
Kesimpulan:
Kesimpulannya, amalan rasuah hendaklah diatasi dengan segera agar keamanan negara terpelihara.

Modul KeBaBoM KSSM BM SPM l 152 l DILARANG FOTOSTAT - HARAM






Click to View FlipBook Version