The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurdianahsyahmina, 2024-02-12 08:01:20

BMMB 1124: TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

E-PEMBELAJARAN (M3)

BMMB1124 LITERASI BAHASA E-PEMBELAJARAN (M3) TEORI PEMEROLEHAN BAHASA NURDIANAH SYAHMINA BINTI SAMSUL BAHARI PPISMP C1


TEORI BEHAVIOURISME Dipelopori oleh Bloomfield dalam bukunya Language (1933).Teori Behaviourisme mengkaji tentang tingkah laku individu yang boleh diperhatikan atau diukur, bukan kejadian andaian yang berlaku dalam diri individu.Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan dan bukan semata-mata ilmu.Pendapat ini melahirkan aliran yang mengganggap PdP bahasa adalah proses mekanikal untuk membentuk tabiat dan melalui latihan pengulangan.Kajian saintifik menyatakan bahasa teori ini memberi fokus kepada tingkah laku baharu yang diulang sehingga menjadi tingkah laku yang lazim.Teori ini percaya bahawa pembelajaran terjadi apabila berlaku perubahan tingkah laku hasil daripada proses pembelajaran.


PRINSIP TEORI BEHAVIOURISME Bahasa yang diutamakan ialah lisan.Tulisan kedua penting Latihan bahasa perlu diperkukuhkan Bahasa adalah tabiat atau kebiasaan. Pengukuhan penting dalam PdP. Model-model bahasa yang terbaik perlu diutamakan Wujudkan unsur ransangan dan tindak balas dalam PdP.


3 JENIS TEORI BEHAVIOURISME Pelaziman klasik Ivan Pavlov (1849-193 Pelaziman operan Skinner Hukum kesan Edward Thorndike


Dipelopori oleh Jean Piaget.Teori Kognitif merupakan sebuah teorI yang menegaskan bahawa pembelajaran adalah sebuah fenomena mental.Aliran atau teori ini sebenarnya bersifat mentalis.Menurut teori ini, bahasa dianggap sebagai pengetahuanyang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf.Proses ini berlaku setelah otak menerima bahan dalam bentuk rangsanggan daripada pancaindera. Teori kognitif berkait rapat dengan perkembangan mental dengan memandang pembelajaran bahasa sebagai satu kebolehan khas manusia secara semula jadi (Abd. Aziz Talib, 2000).Kognitif adalah semua proses mental yang terlibat dalam pemerolehan, penghasilan, pengetahuan, penggunaan pengetahuan dan pengawalan prose mental (Resnick, 1987 & John, 1997) TEORI KOGNITIF KONSEP DEFINISI


EMPAT PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF Peringkat deria motor (umur 0-2 tahun) Peringkat praoperasi (umur 2 - 7 tahun) Peringkat operasi konkrit ( umur 7 - 11 tahun) Peringkat operasi formal ( umur 11 tahun ke atas )


TEORI MENTALIS Dipelopori oleh Noam Chomsky.Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif (Chomsky).Mendokong istilah generatif (menghasilkan sesuatu kebolehan menggunakan pengetahuan), kreatif, eksplisit (tersurat), kegramatisan dan transformasi. Berandaian teori kod kognitif bahawa PdP bahasa sebagai satu proses kognitif.Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental.N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD.


Proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama. 4 PERKARA MENGENAI LAD Proses pemerolehan bahasa tidak ada kaitan dengan kecerdasan. Proses pemerolehan bahasa tidak dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak. Tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.


HUBUNGAN TEORI MENTALIS DALAM PDP Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi. Pendekatan analisis. Prinsip undang-undang bahasa ditekankan. Tulisan dan bacaan diutamakan. Kaedah yang digunakan ialah kod-kognitif. Teknik yang digunakan ialah hafalan.


TEORI INTERAKSIONALIS Teori interaksionalis juga dikenali sebagai teori Halliday kerana ahli pemikiran yang memperkenalkan teori ini bernama Mark Halliday. Selain Halliday, ahli pemikiran lain terdiri daripada Bloom, Bowemen, dan Schlesinger. Teori ini melihat pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistik. Berdasarkan teori ini, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya mereka dapat mempelajari cara-cara menggambarkan makna dalam bentuk linguistik yang jelas dan tepat.


PRINSIP TEORI INTERAKSIONALIS Dalam komunikasi,penyampaian bermakna lebih diutamakan. Mementingkan kedua-dua unsur iaitu unsur makna dan struktur bahasa. Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumuan terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna.


Melibatkan proses mental dan linguistik Mementingkan peraturan bahasa Penyampaian makna penting Aktiviti yang bermakna Interaksi sosial harian TEORI INTERAKSIONALIS CIRI-CIRI KEPENTINGAN Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi. Kanak-kanak menguasai bahasa melalui interaksi. Teori ini menekankan kepentingan proses pembentukan mental dan linguistik Teori ini menyarankan guru memberikan latihan kepada murid.


Bertitik tolak daripada pandangan kognitivisme, maka lahirlah satu pandangan baharu tentang cara manusia belajar bahasa, iaitu teori konstruktivisme. Berdasarkan teori ini, pengetahuan kanak-kanak atau individu dibina secara aktif melalui daya pemikirannya. Kanak-kanak tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya, tetapi akan menyesuaikan segala maklumat baharu dalam mindanya. TEORI KONSTRUKTIVISME


CIRI-CIRI PEMBELAJARAN TEORI KONSTRUKTIVISME Pembelajaran koperatif Membina pengetahuan baharu Proses inkuiri Menggalakkan bersoal jawab


TEORI PSIKOLINGUISTIK Teori psikolinguistik merujuk kepada kebolehan manusia memperoleh, menggunakan, dan memahami bahasa yang melibatkan proses kognitif untuk menghasilkan ayat yang bermakna. Psikolinguistik merupakan gabungan antara perkataan psikologi dan linguistik. Psikologi bermaksud ilmu untuk mempelajari tingkah laku dan cara manusia berfikir.


TEORI PSIKOLINGUISTIK (NOAM CHOMSKY) Teori ini dianggap sebagai teori moden yang berdasarkan hasil kajian terbaharu tentang kognitif manusia. Alat ini membolehkan individu menjana ayat gramatis yang sejagat. Beliau berpendapat bahawa otak manusia diprogramkan oleh mekanisme kognitif yang disebut sebgai Peranti Pemerolehan Bahasa. Kognitif terlibat dalam proses pembelajaran dan tanpa kognitif perkembanagan bahasa terbatas.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version