The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sjktarumugampillaisp, 2022-04-03 20:55:43

Buku Panduan_MP_PJPK

Buku Panduan_MP_PJPK

3.4 PENERAPAN ELEMEN DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

3.4.1 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) merupakan unsur nilai
tambah yang diterapkan dalam proses PdP selain yang
ditetapkan dalam Standard Kandungan dan Standard
Pentaksiran. Elemen ini bertujuan mengukuhkan kemahiran dan
keterampilan modal insan yang dapat menangani cabaran
semasa dan masa hadapan. Elemen dalam EMK adalah seperti
berikut:

a. Bahasa
Penggunaan bahasa pengantar yang betul dititikberatkan
semasa PdP. Aspek sebutan, struktur ayat, tatabahasa,
istilah dan laras bahasa diberi penekanan bagi membantu
murid menyusun idea dan berkomunikasi secara berkesan.

b. Kelestarian Alam Sekitar
Kesedaran mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam
jiwa murid dipupuk melalui PdP. Pengetahuan dan
kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar ini membantu
membentuk etika murid bagi menghargai alam.

c. Nilai Murni
Nilai murni diberi penekanan supaya murid sedar akan
kepentingan dan mengamalkannya. Nilai murni ini
merangkumi aspek kerohanian, kemanusiaan dan
kewarganegaraan yang menjadi amalan dalam kehidupan
harian.

41

d. Sains dan Teknologi
Menambahkan minat terhadap sains dan teknologi serta
meningkatkan literasi sains serta teknologi dalam kalangan
murid. Penggunaan teknologi dalam pengajaran boleh
menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan
berkesan. Pengintegrasian Sains dan Teknologi dalam PdP
merangkumi empat perkara iaitu:

i. Pengetahuan sains dan teknologi (fakta, prinsip,
konsep yang berkaitan dengan sains danteknologi);

ii. Kemahiran saintifik (proses pemikiran dan kemahiran
manipulatif tertentu);

iii. Sikap saintifik (seperti ketepatan, kejujuran,
keselamatan); dan

iv. Penggunaan teknologi dalam aktiviti PdP.

e. Patriotisme
Semangat patriotik dapat dipupuk melalui aktiviti PdP.
Semangat patriotik dapat melahirkan murid yang mempunyai
semangat cintakan negara dan berperasaan bangga sebagai
rakyat Malaysia.

f. Kreativiti dan Inovasi
Elemen kreativiti dan inovasi boleh diintegrasikan dalam
PdP. Kreativiti adalah kebolehan menggunakan imaginasi
untuk mengumpul, mencerna dan menjana idea atau
mencipta sesuatu yang baharu atau asli melalui ilham atau
gabungan idea yang ada. Inovasi merupakan pengaplikasian
kreativiti melalui ubah suaian, membaiki dan mempraktikkan
idea. Kreativiti dan inovasi saling bergandingan dan perlu
untuk memastikan pembangunan modal insan mampu
menghadapi cabaran abad ke-21.

42

g. Keusahawanan
Penerapan elemen keusahawanan dalam PdP bertujuan
membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga
menjadi satu budaya dalam kalangan murid. Ciri
keusahawanan boleh diterapkan dalam PdP melalui aktiviti
yang mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan
bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan
inovatif untuk memacu idea ke pasaran.

h. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Penerapan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) dalam PdP memastikan murid dapat mengaplikasi
dan mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas TMK
yang dipelajari. Pengaplikasian TMK bukan sahaja
mendorong murid menjadi kreatif malah menjadikan PdP
lebih menarik dan menyeronokkan serta meningkatkan
kualiti pembelajaran. TMK diintegrasikan mengikut
kesesuaian topik yang hendak diajar dan sebagai pengupaya
bagi meningkatkan lagi kefahaman murid terhadap
kandungan mata pelajaran.

i. Kelestarian Global
Elemen Kelestarian Global bermatlamat melahirkan murid
berdaya fikir lestari yang bersikap responsif terhadap
persekitaran dalam kehidupan harian dengan mengaplikasi
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperolehi melalui
elemen Penggunaan dan Pengeluaran Lestari,
Kewarganegaraan Global dan Perpaduan. Elemen
Kelestarian Global penting dalam menyediakan murid bagi
menghadapi cabaran dan isu semasa di peringkat tempatan,

43

negara dan global. Elemen ini diajar secara langsung dan
secara sisipan.

j. Pendidikan Kewangan
Penerapan elemen Pendidikan Kewangan bertujuan
membentuk generasi masa hadapan yang berkeupayaan
membuat keputusan kewangan yang bijak, mengamalkan
pengurusan kewangan yang beretika serta berkemahiran
menguruskan hal ehwal kewangan secara
bertanggungjawab. Elemen Pendidikan Kewangan boleh
diterapkan dalam PdP secara langsung ataupun secara
sisipan. Penerapan secara langsung adalah melalui tajuk-
tajuk seperti Wang yang mengandungi elemen kewangan
secara eksplisit seperti pengiraan faedah mudah dan faedah
kompaun. Penerapan secara sisipan pula diintegrasikan
melalui tajuk-tajuk lain merentas kurikulum. Pendedahan
kepada pengurusan kewangan dalam kehidupan sebenar
adalah penting bagi menyediakan murid dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dapat diaplikasikan
secara berkesan dan bermakna.

3.5 PEMBELAJARAN ABAD KE-21
Satu daripada hasrat KSSM/KSSR adalah untuk melahirkan murid yang
mempunyai kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dengan
memberi fokus kepada kemahiran berfikir serta kemahiran hidup dan
kerjaya yang berteraskan amalan nilai murni. PAK21 bermatlamat untuk
melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan dalam profil
murid seperti dalam Jadual 5 supaya berupaya bersaing di peringkat
global. Penguasaan Standard Kandungan (SK) dan Standard
Pembelajaran (SP) dalam kurikulum PJPK menyumbang kepada
pemerolehan PAK21 dalam kalangan murid. Kandungan KSSM/KSSR
PJPK juga digubal bagi melahirkan murid yang berdaya tahan, mahir

44

berkomunikasi, pemikir, kerja sepasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermatlamat, penyayang atau prihatin dan patriotik. Penerangan adalah
berdasarkan Panduan Pelaksanaan Kit Pembelajaran PAK21.

PROFIL MURID Jadual 5: Profil Murid
PENERANGAN

Berdaya Tahan Murid mampu menghadapi dan mengatasi kesukaran,
mengatasi cabaran dengan kebijaksanaan, keyakinan,
Bermaklumat toleransi dan empati.

Berprinsip Murid mendapatkan pengetahuan dan membentuk
pemahaman yang luas dan seimbang merentasi pelbagai
Bersifat Ingin Tahu disiplin pengetahuan. Murid meneroka pengetahuan dengan
cekap dan berkesan dalam konteks isu tempatan dan
Kerja global. Murid memahami isu-isu etika/undang-undang
Sepasukan berkaitan maklumat yang diperoleh.

Mahir Murid berintegriti dan jujur, kesamarataan, adil dan
Berkomunikasi menghormati maruah individu, kumpulan dan komuniti.
Murid bertanggungjawab atas tindakan, akibat tindakan
Patriotik serta keputusan murid.
Pemikir
Murid membangunkan rasa ingin tahu semula jadi untuk
meneroka strategi dan idea baharu. Murid mempelajari
kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan inkuiri dan
penyelidikan, serta menunjukkan sifat berdikari dalam
pembelajaran. Murid menikmati pengalaman pembelajaran
secara berterusan.

Murid boleh bekerjasama secara berkesan dan harmoni
dengan orang lain. Murid menggalas tanggungjawab
bersama serta menghormati dan menghargai sumbangan
yang diberikan oleh setiap ahli pasukan. Murid memperoleh
kemahiran interpersonal melalui aktiviti kolaboratif, dan ini
menjadikan mereka pemimpin dan ahli pasukan yang lebih
baik.

Murid menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan
maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan
bertulis, menggunakan pelbagai media dan teknologi.

Murid mempamerkan kasih sayang, sokongan dan rasa
hormat terhadap negara.

Murid berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif;mampu
untuk menangani masalah yang kompleks dan membuat
keputusan yang beretika. Murid berfikir tentang
pembelajaran dan diri mereka sebagai pelajar. Murid

45

Penyayang/ Prihatin menjana soalan dan bersifat terbuka kepada perspektif, nilai
dan tradisi individu dan masyarakat lain. Murid berkeyakinan
dan kreatif dalam menangani bidang pembelajaran yang
baharu.

Murid menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa
hormat terhadap keperluan dan perasaan orang lain.
Murid mempunyai komitmen untuk berkhidmat kepada
masyarakat dan memastikan kelestarian alam sekitar.

3.6 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
KBAT dinyatakan dalam kurikulum secara eksplisit supaya dapat
diterjemahkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran PJPK bertujuan
merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid.
Penerangan KBAT adalah berfokus kepada empat tahap pemikiran
seperti Jadual 6.

Jadual 6: Aras Pemikiran KBAT

TAHAP PEMIKIRAN PENERANGAN

Mencipta Menghasilkan idea, produk atau kaedah yang kreatif dan
Menilai inovatif.
Menganalisis
Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan
pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan nilai serta
memberi justifikasi.

Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk
memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara
bahagian berkenaan.

Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam
situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara.

KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta

46

sesuatu. KBAT merangkumi kemahiran berfikir kritis, kreatif dan
menaakul serta strategi berfikir.

a. Kemahiran berfikir kritis adalah kebolehan untuk menilai sesuatu
idea secara logik dan rasional untuk membuat pertimbangan yang
wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

b. Kemahiran berfikir kreatif adalah kemampuan untuk
menghasilkan atau mencipta sesuatu yang baharu dan bernilai
dengan menggunakan daya imaginasi secara asli serta berfikir
tidak mengikut kelaziman.

c. Kemahiran menaakul adalah keupayaan individu membuat
pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional.

d. Strategi berfikir merupakan cara berfikir yang berstruktur dan
berfokus untuk menyelesaikan masalah.

KBAT boleh diaplikasi dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk
menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru
dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran dan
peta minda serta penyoalan aras tinggi untuk menggalakkan murid
berfikir.

3.7 PENDEKATAN MODULAR
Standard Kurikulum PJPK distrukturkan menggunakan Pendekatan
Modular untuk memastikan penguasaan pengetahuan dan kemahiran
dapat dilaksanakan dengan baik serta berkesan. Dengan menggunakan
modul yang disediakan, PdP dapat difokuskan kepada penguasaan dan
kemahiran tertentu melalui aktiviti bermakna.

Pendekatan modular tetap menekankan penggabungjalinan disiplin ilmu
yang terdapat dalam PJPK. Strategi penggabungjalinan kemahiran ini
adalah untuk mengukuhkan kemahiran tertentu sebagaimana yang
ditetapkan dalam Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

47

Mata pelajaran ini memberi tumpuan terhadap pembelajaran secara
amali. Penggabungjalinan antara teori dan amali, aktiviti dalam dan luar
bilik darjah dan kesepaduan pelbagai disiplin ilmu dititikberatkan.
Kandungan kurikulum PJPK merangkumi Bidang Kemahiran, Bidang
Kecergasan, Pendidikan Kesihtan Reproduktif dan Sosial (PEERS),
Pemakanan dan Pertolongan Cemas.

Elemen Kreativiti dan Inovasi menjadi satu perkara penting dalam PdP
yang mana daya imaginasi dan kreativiti murid perlu dijana dan
diperkembangkan.

Contoh kreativiti dan inovasi yang diberi tumpuan dalam mata pelajaran
PJPK seperti :
a. Mereka bentuk dan membina projek seperti projek berbentuk rutin

pergerakan gimnastik asas, rutin pergerakan berirama mengikut
muzik, permainan kecil dan perancangan pelan keceragasan latihan
fizikal.
b. Menjana idea untuk mereka bentuk dan membina projek seperti
kajian kes, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran malah dapat memupuk semangat bekerjasama.
c. Membuat keputusan memilih idea reka bentuk, kaedah pembinaan
projek, peralatan, dan bahan yang sesuai.
d. Menilai kualiti projek yang telah siap bersesuaian dengan hasil yang
dihasratkan
e. Mempersembahkan reka bentuk atau projek bagi tujuan
mendapatkan maklum balas daripada orang lain untuk
penambahbaikan.

Elemen keusahawanan bertujuan untuk membentuk ciri-ciri dan amalan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.
Ciri keusahawan boleh diterapkan dalam PdP melalui aktiviti yang

48

mampu memupuk sikap seperti rajin, jujur, amanah dan
bertanggungjawab serta membangunkan minda kreatif dan inovatif
untuk memacu idea ke pasaran.

Kemahiran Interpersonal seperti berkomunikasi dengan baik,
menghargai pendapat dan usaha orang lain, bersedia membina kritikan
membina, memberi dorongan, menjalin persahabatan, belajar secara
koperatif, bekerja secara kumpulan dan memupuk semangat kerjasama
dengan rakan sebaya diterapkan semasa aktiviti PdP. Kemahiran ini
boleh dipupuk semasa murid membuat pembentangan projek masing-
masing.

Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang relevan harus
merentasi aktiviti yang dijalankan. Dengan cara ini, nilai murni dan sikap
positif seperti berusaha mencapai kecemerlangan, berfikiran terbuka,
bersedia menimbangkan pelbagai faktor dan berhati-hati menggunakan
sumber dapat dipupuk supaya menjadi kebiasaan dalam pengendalian
dan urusan hidup murid.

3.8 PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) mengandungi secara ringkas isi
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan DSK dan DSKP yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Guru PJPK perlu
berperanan sebagai perancang dengan menyediakan Rancangan
Pelajaran Tahunan (RPT) yang lengkap, mengikut tahun semasa,
berasaskan takwim persekolahan dan mematuhi peraturan yang
berkuatkuasa (Contoh: SPI Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran). Penyediaan RPT perlu berpandukan
DSKP PJPK terkini serta mengambil kira faktor agihan masa dan bidang
seperti dalam Jadual 7.

49

Jadual 7: Cadangan Agihan Masa PJPK

BIL KATEGORI MATA PELAJARAN BIDANG BIL. JAM
SETAHUN
Pendidikan Jasmani Kemahiran
Kecergasan 24
8
Pendidikan
Kesihatan 13
1 Sekolah Reproduktif Dan
Rendah Pendidikan Kesihatan Sosial (Peers) 2
1
Pemakanan 48
36
Pertolongan 12
Cemas
13
JUMLAH JAM SETAHUN
2
Pendidikan Jasmani Kemahiran 1
Kecergasan 64

Pendidikan
Kesihatan
2 Sekolah Reproduktif Dan
Menengah
Pendidikan Kesihatan Sosial (Peers)
Pemakanan

Pertolongan
Cemas

JUMLAH JAM SETAHUN

Sumber Rujukan: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, 2017

3.9 PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Pelajaran Harian (RPH) PJPK merupakan terjemahan RPT
yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara
bagaimana hendak mencapai objektif (aktiviti) dan kenyataan sejauh
mana objektif itu tercapai (refleksi). Maklumat lain seperti Elemen
Merentas Kurikulum, Pentaksiran, sumber pendidikan dan TMK boleh
dicatat mengikut cadangan pihak berkepentingan.

Bagi merancang objektif dalam RPH PJ, guru perlu merujuk Kelompok
Bidang Kemahiran dan Bidang Kecergasan. Bagi tujuan pengajaran
Bidang Kemahiran, Kelompok yang terdiri daripada Aspek 1, 2 dan 5
secara serentak. Manakala bagi pengajaran Bidang Kecergasan

50

kelompoknya adalah Aspek 3, 4 dan 5 juga dikelompokkan secara
serentak. Contoh pengelompokkan adalah seperti di Jadual 2 dan 3.

Guru PJPK boleh menyediakan RPT dan RPH dalam apa jua bentuk
yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. la haruslah
diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta
apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain
yang berkaitan dengan penyediaan RPT dan RPH seperti dokumen-
dokumen kurikulum juga perlu diurus dengan baik dan dapat
dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang
diberi kuasa.

3.9.1 Persediaan Guru
Selain menyediakan perancangan tahunan dan harian, guru
hendaklah:

a. Mempunyai pengetahuan serta kemahiran terhadap topik
atau tajuk pelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai.

b. Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kognitif
murid.

c. Menggunakan pelbagai sumber pendidikan yang sesuai
dengan tajuk yang dipelajari.

d. Sentiasa peka dan memahami tentang keperluan dan
masalah murid seterusnya memilih tempat yang sesuai untuk
pengajaran.

e. Merancang dan merekod hasil pentaksiran formatif atau
sumatif untuk mengukur prestasi pencapaian murid dari
semasa ke semasa.

3.9.2 Persediaan Murid
Dalam proses pembelajaran, murid seharusnya bersedia dengan
bahan yang akan digunakan dalam proses pembelajaran seperti

51

buku teks, buku dan alat tulis serta membuat pembacaan dan
rujukan sebelum sesi pelajaran.

3.9.3 Latihan dan Hasil Kerja Murid
Hasil kerja murid yang berkualiti dapat mengukuhkan
pembelajaran. Sehubungan dengan itu, setiap guru PJPK perlu
memberi perhatian terhadap keupayaan murid menghasilkan
tugasan atau latihan. Hasil kerja murid juga perlu kemas serta
mematuhi format dan prosedur.

Guru perlu memastikan murid menyiapkan semua tugasan atau
latihan dalam jangka masa yang ditetapkan dan menepati
piawaian sebenar berdasarkan tahap kognitif murid.

Guru perlu memastikan amalan membuat pembetulan hasil kerja
dibudayakan. Perkara ini boleh dilaksanakan melalui bimbingan
secara individu atau berkumpulan dalam atau luar bilik darjah.

Jumlah dan kekerapan latihan perlu diberi perhatian untuk
memastikan tugasan yang diberi merangkumi keseluruhan topik
dan bersesuaian dengan tahap keupayaan murid seperti
ketetapan yang dibuat oleh panitia.

Guru PJPK juga perlu memberi perhatian kepada hasil kerja
murid yang berkualiti dan boleh dijadikan contoh. Sehubungan
dengan itu, penyediaan sudut mata pelajaran atau sudut
pameran dalam kelas perlu disediakan. Hal ini bertujuan memberi
pengiktirafan dan motivasi terhadap hasil kerja murid serta boleh
digunakan sebagai rujukan.

52

BAB 4

PENTAKSIRAN

4.1 PENDAHULUAN

Pentaksiran dalam pendidikan ialah integrasi proses mengumpul
maklumat tentang pembelajaran murid, memberi nilai kepada maklumat,
menginterpretasi maklumat, membuat inferens, dan membuat
keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan terhadap murid untuk
memperbaiki proses pembelajaran. Proses pengajaran, pembelajaran,
dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan bersepadu. Hal ini
bermakna seseorang guru membuat pentaksiran untuk mengetahui
tahap penguasaan murid ketika mengajar. Di samping itu, guru akan
menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang bersifat holistik
semasa proses tersebut berjalan. Proses pengumpulan maklumat
pembelajaran murid dilakukan dengan pelbagai cara sama ada secara
formal atau tidak formal dengan menggunakan instrumen pentaksiran
seperti ujian, soal selidik, amali, kerja kursus dan pemerhatian.
Maklumat yang dikumpulkan akan dinilai dan diinterpretasikan supaya
keputusan dapat dibuat tentang kebolehan seseorang murid dalam
pembelajaran.

4.2 PEPERIKSAAN AWAM

Peperiksaan awam yang ditadbirkan oleh Lembaga Peperiksaan ialah
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah
(sehingga tahun 2013), Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Pelajaran Malaysia
(Ulangan), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia. Peperiksaan Awam atau
Peperiksaan Pusat ialah peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga
Peperiksaan sepenuhnya. Peperiksaan ini bermula daripada
pendaftaran calon, penyediaan item dan pembinaan instrumen
pentaksiran, pengendalian peperiksaan di pusat-pusat peperiksaan
yang ditetapkan, pemeriksaan skrip jawapan calon dan penskoran,
pengeluaran keputusan serta pensijilan.

53

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah diperkenalkan mulai tahun 1987 dan
merupakan peperiksaan awam/pusat peringkat kebangsaan yang
diduduki oleh murid Tahun 6. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur tahap penguasaan calon
dalam kemahiran 3M iaitu, membaca, menulis, dan mengira. Di samping
itu, murid diberi peluang untuk membangunkan potensi diri agar menjadi
insan yang seimbang seperti yang dihasratkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Keputusan UPSR bukan merujuk kepada lulus
atau gagal tetapi merujuk kepada tahap pencapaian minimum murid
pada akhir persekolahan rendah.

Sijil Pelajaran Malaysia ialah sistem peperiksaan yang bertujuan untuk
pensijilan. Selaras dengan usaha untuk memastikan peperiksaan yang
dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mendapat
pengiktirafan antarabangsa, kerjasama Lembaga Peperiksaan dengan
Cambridge International Examinations, United Kingdom telah memberi
peluang kepada calon yang menduduki Bahasa Inggeris 1119 SPM
untuk mendapat sijil Cambridge International Examinations O-Level bagi
mata pelajaran berkenaan. Lembaga Peperiksaan juga bekerjasama
dengan Education Development International, United Kingdom untuk
memberi peluang kepada calon yang menduduki Prinsip Perakaunan
SPM mendapat sijil LCCI Level 2 Book Keeping and Account.

4.3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Lembaga Peperiksaan telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) bagi sekolah rendah mulai tahun 2011 dan menengah
rendah mulai tahun 2012. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 berkaitan pembelajaran murid, pengajaran dan
pembelajaran perlu menyepadukan kurikulum dan pentaksiran
berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi melahirkan murid yang
berkemahiran serta mampu bersaing di peringkat global. Sistem

54

penilaian yang berorientasikan peperiksaan (examination orientation)
perlu mengalami penambahbaikan bagi memastikan hala tuju
pendidikan yang berteraskan assessment of learning, assessment for
learning, dan assessment as learning serta bertunjangkan kemenjadian
murid secara holistik dapat direalisasikan.

PBS merupakan kaedah pentaksiran yang mencorakkan hala tuju sistem
pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek),
afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terarah kepada proses
pembentukan personaliti murid secara menyeluruh, berterusan,
fleksibel, autentik, dan pelbagai situasi. PBS dibangunkan untuk
memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan menilai
potensi individu secara menyeluruh dari awal hingga tamat persekolahan
dan tidak tertumpu kepada perkembangan intelek sahaja. PBS bersifat
holistik iaitu bukan sahaja mentaksir kebolehan kognitif individu tetapi
menjurus kepada pembinaan sahsiah, motivasi diri, dan sosial individu
yang dipupuk bersama dengan aspek kecemerlangan diri dan akademik
individu. PBS berupaya menyumbang kepada pembentukan modal
insan yang berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan
masalah, berdaya mencipta peluang baharu, mempunyai ketahanan,
dan kebolehan berhadapan dengan persekitaran dunia global yang
sering berubah-ubah.

Mekanisme penjaminan kualiti pelaksanaan PBS yang merangkumi
komponen pementoran, pemantauan, penyelarasan dan pengesanan
diwujudkan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kementerian bagi
memastikan pelaksanaan PBS seperti yang dihasratkan. Pementoran
merupakan bimbingan dan panduan yang diberikan kepada guru untuk
melaksanakan pentaksiran di sekolah. Pemantauan dijalankan untuk
memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Penyelarasan pula dilaksanakan untuk memastikan keseragaman
tugasan dan penskoran bagi menjamin kebolehpercayaan dalam

55

perekodan dan pelaporan prestasi murid. Pengesanan pula
dilaksanakan untuk melihat keberkesanan dan ketepatan instrumen
yang digunakan dalam pentaksiran.

Komponen PBS terdiri daripada bidang akademik dan bukan akademik.
Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran
Pusat, manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran
Psikometrik (PPsi) seperti yang dinyatakan dalam Surat Siaran
Lembaga Peperiksaan Bil.3 Tahun 2011: Pemakluman PBS di
Sekolah Rendah dan Menengah Rendah (KP.LP.003.07.14.05(1))
bertarikh 29 Julai 2011.

4.3.1 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

Pentaksiran Sekolah (PS) dikenali sebagai Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) mulai hujung tahun 2016. PBD mengekalkan
semua konsep PS dan melibatkan penentuan tahap penguasaan
murid dalam setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan murid ini
dinyatakan dalam Standard Prestasi (SPi) seperti terdapat dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). SPi
merupakan suatu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-
tahap penguasaan yang perlu murid pamerkan sebagai tanda
bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai oleh murid.
Penerangan PBD dalam bab ini adalah berdasarkan Buku
Panduan Pentaksiran Bilik Darjah, BPK, KPM.

a. Konsep Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
 PBD merupakan proses yang berterusan dalam sesi
PdP bagi mendapatkan maklumat, perkembangan,

56

kemajuan, kebolehan dan penguasaan murid terhadap
matlamat kurikulum yang dihasratkan.
 PBD melibatkan proses mengumpul dan menganalisis
maklumat serta membuat refleksi yang berterusan
terhadap PdP.
 Pelaksanaan PBD yang betul akan memberi gambaran
yang jelas tentang penguasaan murid terhadap
Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam
kurikulum.
 Membantu pihak sekolah dan ibu bapa merancang
tindakan susulan kearah menambah baik penguasaan
dan pencapaian murid dalam pembelajaran.

PBD bertujuan menambah baik pembelajaran murid melalui:

i. Pentaksiran formatif
 Pentaksiran Untuk Pembelajaran (Assessment
for learning) yang juga dikenali sebagai
pentaksiran diagnostik. Maklumat yang diperoleh
daripada pentaksiran ini boleh digunakan untuk
merancang strategik atau langkah seterusnya
dalam pengajaran kearah meningkatkan
pembelajaran murid dan tahap penguasaan
mereka.

 Pentaksiran Sebagai Pembelajaran

(Assessment as learning) berlaku apabila murid

membuat refleksi dan menilai perkembangan

pembelajaran masing-masing yang terdiri

daripada pentaksiran kendiri dan pentaksiran

rakan sebaya. Maklumat dari pentaksiran ini

57

memberi petunjuk kepada murid tentang tahap
penguasaan mereka dalam pembelajaran.

ii. Pentaksiran sumatif
 Pentaksiran Tentang Pembelajaran (Assessment of

learning) berlaku pada akhir sesuatu tempoh, tajuk
atau bidang pembelajaran. Lazimnya pentaksiran
tersebut berlaku dalam bentuk ujian sumatif serta
boleh dalam bentuk pembentangan hasil projek.
Maklumat dan data dari pentaksiran sumatif ini boleh
dijadikan petunjuk asas kepada pendapaian murid
terhadap sesuatu tajuk sebelum beralih kepada tajuk
atau pelajaran seterusnya.

b. Ciri Utama PBD
i. Dirancang oleh guru – menilai muridnya sendiri.
ii. Bersistem – Merancang PdP, menentukan instrumen,
melaksanakan PdP dan pentaksiran, merekod,
menganalisis, mengambil tindakan susulan dan
melapor.
iii. Formatif dan Sumatif – Dijalankan secara berterusan
serta mengesan perkembangan, kemajuan dan
penguasaan murid.
iv. Pelbagai kaedah – Pemerhatian, lisan dan penulisan.
v. Berasaskan kriteria – Menilai penguasaan
berdasarkan Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran, Standard Prestasi dan Tahap
Penguasaan yang ditetapkan.
vi. Menekankan Perkembangan Individu – Berdasarkan
kemampuan individu dan bukan untuk perbandingan
antara individu.

58

vii. Mengesan Perkembangan Pembelajaran Secara
Menyeluruh – Jasmani, emosi, rohani dan intelek serta
Kognitif, psikomotor dan afektif murid.

viii. Membolehkan Tindakan Susulan – Mengatasi
kelemahan pembelajaran dan mempertingkatkan
kekuatan pembelajaran.

ix. Menggalakkan Pentaksiran Kendiri dan Pentaksiran
Rakan Sebaya – Melatih murid mentaksir kemajuan
secara berterusan serta guru mendapat maklumat
tambahan.

c. Tahap Penguasaan (TP) dan Standard Prestasi (SPi)
Pelaksanaan PBD dalam KSSR dan KSSM melibatkan
penentuan Tahap Penguasaan bagi setiap murid dengan
merujuk Standard Prestasi. TP dinyatakan secara eksplisit
di dalam DSKP setiap mata pelajaran yang merupakan satu
bentuk pernyataan pencapaian yang menunjukkan
perkembangan pembelajaran murid. Guru hendaklah
menentukan TP murid berdasarkan pengetahuan,
pengalaman, tanggungjawab profesionalisme guru melalui
pertimbangan professional guru secara berterusan di
sepanjang proses pembelajaran dalam Jadual 8.

59

Tahap Tafsiran
Penguasaan
Tahu Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan
1 kemahiran asas atau memberi respons
2 terhadap perkara yang asas
3
4 Tahu dan faham Murid menunjukkan kefahaman dengan
menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari
5 dalam bentuk komunikasi

6 Tahu, faham dan Murid menggunakan pengetahuan untuk
boleh buat melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu
situasi

Tahu, faham dan Murid menggunakan pengetahuan dan
boleh buat dengan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan
beradab iaitu mengikut prosedur atau secara
beradab analitik dan sistematik

Tahu, faham dan Murid menggunakan pengetahuan dan
boleh buat dengan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi
baharu dengan mengikut prosedur atau secara
beradab terpuji analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap
positif

Tahu, faham dan Murid berupaya menggunakan pengetahuan da
boleh buat dengan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada
situasi baharu secara analitik, sistematik,
beradab mithali bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam
penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi

Jadual 8: Pernyataan Tahap Penguasaan

Sumber Rujukan: Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018

DSKP bagi setiap mata pelajaran mengandungi lajur Standard Kandungan,
Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi dalam Jadual 9.

60

Jadual 9: Tafsiran Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan

Standard Prestasi

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi

Pernyataan spesifik tentang Suatu penetapan Suatu set kriteria umum
perkara yang murid patut kriteria atau indikatir yang menunjukkan tahap-
ketahui dan boleh lakukan kualiti pembelajaran tahap penguasaan yang
dalam suatu tempoh dan pencapaian yang perlu murid pamerkan
bolej diukur bagi setiap sebagai tanda bahawa
persekolahan merangkumi standard kandungan. sesuatu perkara itu telah
aspek pengetahuan, dikuasai murid.
kemahiran dan nilai.

d. Templat Pelaporan PBD
i. Disediakan dalam bentuk Microsoft Excel, digunakan
oleh guru secara luar talian (off-line) dan boleh dicapai
di portal BPK (bpk.moe.gov.my).
ii. Terdiri daripada lima halaman (sheet tab) iaitu
Panduan, Rekod Prestasi Murid, Laporan Murid
(Individu), Data Pernyataan Penguasaan dan Graf
Pelaporan.
iii. Guru bebas menggunakan kaedah lain yang difikirkan
lebih baik dan sesuai dengan keadaan di sekolah
masing-masing.
iv. Laporan Murid (Individu) memaparkan laporan Tahap
Penguasaan murid mengikut maklumat yang direkod
oleh guru di halaman Rekod Prestasi Murid, mengikut
bidang atau kelompok yang ditetapkan oleh mata
pelajaran.
v. Guru boleh memberi ulasan tambahan jika perlu.
vi. Boleh dicetak dan diedarkan kepada murid dan ibu
bapa bagi memaklumkan tahap penguasaan murid
dalam sesuatu mata pelajaran.

61

vii. Tujuan laporan ini membolehkan guru, murid dan ibu
bapa mengambil tindakan susulan sewajarnya bagi
menambah baik PdP.

e. Templat Pelaporan PBD Kelas (Gabungan Mata
Pelajaran)
i. Dibangunkan khusus untuk membantu guru
melaporkan Tahap Penguasaan PBD murid bagi
semua mata pelajaran mengikut kelas yang
mengandungi semua mata pelajaran yang diambil oleh
setiap murid.
ii. Templat ini membantu guru membuat pelaporan
kepada semua pihak yang berkepentingan seperti
pentadbir sekolah, ibu bapa, Pejabat Pendidikan
Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri apabila
diperlukan.

f. Pelaksanaan Pentaksiran Dalam Bilik Darjah (PBD)
PBD dilaksana berdasarkan carta alir dalam rajah 7 di
bawah.

62

PEMULIHAN/ MULA
PENAMBAHBAIKAN TP
MERANCANG PdP & KAEDAH PENTAKSIRAN

MENYEDIAKAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN

MELAKSANAKAN PdP & PENTAKSIRAN

MENTAKSIR, MENETAPKAN TP MURID,
MEREKOD DAN MENGANALISIS TP MURID

BERDASARKAN REKOD/CATATAN

MERANCANG DAN PERLU
MELAKSANAKAN TINGKATKAN
TINDAKAN SUSULAN
TP?

YA TIDAK

MELAPOR TP MURID

TAMAT

Rajah 7: Carta Alir Pelaksanaan PBD

63

i. Merancang PdP dan Kaedah Pentaksiran
 Meneliti dan memahami kandungan setiap tajuk
dalam DSKP.
 Menentukan objektif pembelajaran selari dengan
Standard Kandungan (SK) dan Standard
Pembelajaran (SP).
 Mengenal pasti kaedah pentaksiran yang sesuai
(pemerhatian, lisan dan penulisan) secara
berasingan atau digabungkan.
 Menentukan instrumen pentaksiran berdasarkan
aktiviti PdP dan kaedah pentaksiran yang dipilih.

ii. Melaksanakan PdP dan Pentaksiran
 Melaksanakan Pentaksiran secara berterusan
dalam PdP dengan menggunakan kaedah lisan,
bertulis dan pemerhatian.
 Tahap Penguasaan (TP) murid dapat dikesan dan
ditentukan dengan melihat kefahaman, kemajuan
dan pencapaian murid di sepanjang PdP dan
aktiviti yang dijalankan.

iii. Merekod dan Menganalisis Penguasaan Murid
 Merekod ialah aktivti mencatat maklumat secara
sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan,
kemajuan dan penguasaan murid.
 Boleh dibuat dalam bentuk pernyataan, menanda
simbol, beri markah/ gred.
 Perekodan boleh dilakukan dalam rekod
mengajar/ buku catatan guru/ senarai semak; dan
kemudian dipindahkan ke templat pelaporan
(Excel).

64

 Maklumat dalam rekod perlu dikemas kini,
disimpan dan dijaga dengan baik untuk
memudahkan guru membuat rujukan tentang
pembelajaran murid, dianalisis dan ditafsir untuk
tujuan tindakan susulan dan pelaporan.

iv. Tindakan Susulan
 Semasa menjalankan pentaksiran guru boleh
mengenal pasti murid yang belum atau telah
menguasai perkara yang telah dipelajari.
 Seterusnya guru boleh menjalankan tindakan
susulan yang sesuai dengan meningkatkan tahap
penguasaan setiap murid secara serta-merta atau
secara terancang.

v. Melaporkan Tahap Penguasaan Murid
 Proses penyampaian maklumat pentaksiran dari
semasa ke semasa tentang kemajuan dan
pemerolehan pengetahuan, penguasaan
kemahiran, penerapan nilai, pembangunan sikap
dan pencapaian murid yang dikemukakan kepada
pihak berkepentingan terutamanya ibu bapa.
 Dilaporkan secara lisan dan bertulis merangkumi
tahap penguasaan murid, penyataan tentang
minda, sikap dan perlakuan murid serta cadangan
tindakan susulan untuk meningkatkan potensi
murid oleh guru mata pelajaran dan guru kelas.
 Pelaporan ini dilakukan dua kali setahun.
 Dijana melalui laporan individu dalam templat
pelaporan MS Excel yang disediakan setelah guru
menetapkan Tahap Penguasaan murid dalam
Rekod Prestasi Murid.

65

g. Penjaminan Kualiti PBD di Sekolah
i. Bertujuan untuk memastikan kelancaran dan
ketepatan pelaksanaan PBD di peringkat sekolah.
ii. Dilakukan oleh Pengetua/ Guru Besar, Penolong
Kanan Pentadbiran, Guru Kanan Mata Pelajaran
(GKMP)/ Ketua Bidang, Ketua Panitia, Guru dilantik
PGB/ JKK/ JKPBS.
iii. Penjaminan kualiti PBD melibatkan pementoran,
pengesanan, pemantauan dan penyelarasan.

h. Tanggungjawab Pihak Sekolah Dalam Pelaksanaan
PBD
i. Tanggungjawab Pengetua/ Guru Besar/ Penolong
Kanan Pentadbiran
 Memahami konsep pelaksanaan dan kepentingan
PBD.
 Memimpin dan membimbing guru dalam
melaksanakan PBD
 Mengeluarkan arahan di peringkat sekolah bagi
melaksanakan PBD
 Mempengerusikan mesyuarat penyelarasan PBD
 Memantau pelaksanaan PBD dalam kalangan
guru
 Mengeluarkan arahan pelaporan pelaksanaan
PBD
 Mengeluarkan arahan membuat intervensi
sebagai tindakan susulan ke atas murid (jika ada)

ii. Tanggungjawab Guru Kanan Mata Pelajaran
(GKMP) dan Ketua Panitia

66

 Memahami konsep, pelaksanaan dan kepentingan
PBD

 Memimpin dan membimbing pelaksanaan PBD
 Memastikan arahan pelaksanaan dipatuhi
 Mengadakan mesyuarat pelarasan PBD
 Memantau pelaksanaan PBD mengikut mata

pelajaran
 Mengaturkan Komuniti Pembelajaran Profesional

(PLC)
 Memantau intervensi dalam tindakan susulan

untuk meningkatkan Tahap Penguasaan murid

iii. Tanggungjawab Guru Mata Pelajaran
 Merupakan pelaksana dan memainkan peranan
utama dalam PBD.
 Memahami konsep, pelaksanaan dan kepentingan
PBD
 Melaksanakan PBD seperti yang dirancang dan
mematuhi dokumen kurikulum
 Menghadiri sesi Komuniti Pembelajaran
Professional (PLC) dengan rakan guru untuk
mendapat input dan perkongsian profesional
tentang PdP
 Merekod dan membuat catatan PBD
 Membuat pentaksiran secara adil dan saksama
kepada semua murid
 Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran
sesuai dengan aras keupayaan murid
 Memaklumkan kepada murid aspek yang hendak
ditaksir

67

 Memaklumkan kepada murid Tahap Penguasaan
yang diperoleh dan memberi peluang kepada
murid yang ingin ditaksir semula

 Membuat penilaian kendiri bagi menambah baik
kualiti pengajaran dan pentaksiran dari masa ke
semasa.

4.3.2 Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Pusat merupakan satu daripada komponen akademik
dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu murid ditaksir bagi
melihat penguasaan dan keupayaan intelek mereka di akhir satu
program pembelajaran. Lembaga Peperiksaan menyediakan
instrumen pentaksiran dan panduan penskoran manakala
pentadbiran, pemeriksaan skrip jawapan, perekodan skor/ markah
dan pelaporan dikendalikan oleh pihak sekolah. Pentaksiran Pusat
merupakan pelengkap kepada Pentaksiran Sekolah dan
pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran ditaksir secara
sumatif.

Pentaksiran Tingkatan 3 ialah pentaksiran pusat yang
dikendalikan kepada murid pada akhir peringkat menengah
rendah, iaitu di Tingkatan 3. Tugasan dalam instrumen
pentaksiran PT3 dibangunkan dalam skop sukatan pelajaran
tingkatan satu hingga tingkatan tiga berdasarkan matlamat,
objektif dan kandungan mata pelajaran tersebut. Elemen yang
mengukur KBAT turut diserapkan dalam tugasan Pentaksiran
Tingkatan 3. Instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris akan menggunakan instrumen
pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Mata pelajaran Sains,
Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu,
Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban, Bahasa

68

Kadazandusun, dan Bahasa Punjabi menggunakan instrument
pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan
Geografi pula ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti
tugasan bertulis (assignment), projek, kajian lapangan (field study)
atau kajian kes (case study).

4.3.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan
kesihatan serta mengukur penyertaan, penglibatan dan
pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan
ekstra kurikulum. PAJSK memerlukan murid melibatkan diri
dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik
darjah mengikut keupayaan murid.

PAJSK merangkumi tiga komponen; Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan dan BMI, Kokurikulum dan Ekstra kurikulum.
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan dalam PAJSK
merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk
mengukur kecergasan berdasarkan kepada Ujian Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor
mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks
skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. Ujian
SEGAK terdiri daripada empat aktiviti mengikut urutan iaitu naik
turun bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa dan jangkauan
melunjur. Body Mass Index (BMI) tertumpu kepada mengukur
berat badan dan ketinggian seseorang murid menggunakan
piawaian ukuran BMI.

Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum adalah untuk mengukur
aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia. Aktiviti sukan merangkumi aktiviti

69

permainan dan pertandingan di peringkat sekolah, zon, daerah,
bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Aktiviti
kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam Sukan dan
Permainan, Kelab dan Persatuan, Badan Beruniform dan
Koakademik di peringkat sekolah, zon, daerah atau bahagian,
negeri, kebangsaan, antarabangsa dan ekstra kokurikulum.

Pentaksiran Aktiviti Ekstra Kurikulum merupakan satu usaha
untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan memberi
skor untuk aktiviti bermanfaat yang dijalankan sama ada di
sekolah atau di luar waktu persekolahan dan mendapat
kebenaran ibu bapa/penjaga dan pengesahan pihak sekolah.
Aktiviti ekstra kurikulum merupakan aktiviti yang boleh
membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang
baik, mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan
masyarakat setempat dan umum.

Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum ditadbir,
direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan
pencapaian murid dalam Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan, BMI, aktiviti sukan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti
ekstra kurikulum.

4.3.4 Pentaksiran Psikometrik

Melalui Pentaksiran Psikometrik (PPsi), maklumat tentang
kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir,
kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan,
sikap, dan personaliti murid dapat membantu guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Instrumen yang digunakan dalam
Pentaksiran Psikometrik ialah Ujian Aptitud Khusus dan Ujian
Personaliti.

70

Ujian Aptitud Khusus bertujuan mendapatkan maklumat khusus
tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan
murid. Maklumat yang diperoleh membantu murid mengenal
potensi diri serta membantu guru mengenal pasti strategi, kaedah
dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang berkesan.

Ujian Personaliti pula ialah instrumen yang digunakan untuk
mengumpul maklumat tentang sahsiah untuk setiap murid melalui
maklumat inventori tret personaliti dan inventori minat kerjaya.

4.4 PENTAKSIRAN PJPK

4.4.1 Pengenalan
Pentaksiran PJPK adalah untuk menaksir dua kelompok bidang
utama PJ iaitu Bidang Kemahiran dan Bidang Kecergasan.
Manakala pentaksiran PK pula berfokus kepada tiga komponen
utama iaitu Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial
(PEERS), Pemakanan dan Pertolongan Cemas. Justeru itu,
pentaksiran bagi mata pelajaran PJPK dilaksanakan sepenuhnya
dalam PBS iaitu melalui PBD dan PAJSK (Ujian SEGAK).

Elemen pentaksiran merupakan transformasi kurikulum KSSR
dan KSSM. Mata pelajaran PJPK ditaksir melalui pembelajaran
murid secara berterusan. Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) digunakan sebagai dokumen rasmi bagi
menaksir PJPK bagi memastikan standard KSSR dan KSSM
mematuhi ekuiti dan kualiti kerana semua murid perlu diberi
pendidikan yang sama dan pendidikan yang berkualiti.
Akauntabiliti pentadbir dan guru dapat dinilai bagi memastikan
murid melepasi piawaian standard yang ditetapkan. Penyataan
Tahap Penguasaan Umum Kurikulum Pendidikan Jasmani

71

Sekolah Rendah dan Menengah dijelaskan dalam Jadual 10 dan
Jadual 11 di bawah.

72

Jadual 10: Penyataan Umum Tahap Penguasaan Kurikulum
Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah

TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN

Meniru atau Melakukan Perkara Asas
1 Murid boleh meniru atau melakukan kemahiran pergerakan dan senaman

kecergasan fizikal atau tahu perkara asas tentang sesuatu kemahiran yang akan
dilakukan.
Memahami dan Melakukan Kemahiran atau Aktiviti
Murid boleh melakukan kemahiran pergerakan dan senaman kecergasan fizikal
2 serta menyatakan dengan ringkas atau menterjemahkan pengetahuan berkaitan
kemahiran atau senaman tersebut dalam bentuk penerangan atau pergerakan.

Mengaplikasikan dan Melakukan Kemahiran atau Aktiviti
Murid boleh mengaplikasikan pengetahuan berkaitan konsep, prinsip dan
strategi pergerakan bagi Bidang Kemahiran dan mengaplikasikan pengetahuan
3 konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan bagi
Bidang Kecergasan semasa melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti
kecergasan.

Mengaplikasikan dan Melakukan Kemahiran atau Aktiviti dengan Betul
Murid boleh mengaplikasikan pengetahuan tentang konsep pergerakan, prinsip
dan strategi dalam kemahiran dan kercergasan semasa melakukan kemahiran
4 pergerakan dan senaman kecergasan fizikal dengan lakuan yang betul, turuutan
yang betul atau mengikut prosedur yang sistematik.

Mengaplikasikan dan Melakukan dalam Situasi Baharu atau Aktiviti yang
Lebih Kompleks
5 Murid boleh mengaplikasikan pengetahuan tentang konsep pergerakan, prinsip
dan strategi dalam kemahiran dan kecergasan ke dalam situasi baharu secara
positif dengan melakukannya mengikut prosedur yang sistematik, lakuan yang
betul dan tekal serta mempamerkan amalan kesukanan.

Menghasilkan Idea Kreatif dan dan Melakukan Kemahiran Ke Arah Gaya
Hidup Sihat

6 Murid boleh menghasilkan idea kreatif dan inovatif, melaksanakan idea tersebut
dalam kemahiran pergerakan dan kecergasan, boleh menunjukcara sesuatu
kemahiran secara tekal, mempamerkan amalan kesukanan dan boleh
berkomunikasi tentang kemahiran tersebut serta boleh mempraktikkan
kemahiran tersebut kea rah gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.

Sumber Rujukan: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018

73

Jadual 11: Penyataan Umum Tahap Penguasaan Kurikulum
Pendidikan Jasmani Sekolah Menengah

TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN

Meniru atau Melakukan Perkara Asas
1 Murid boleh meniru atau melakukan kemahiran asas, kemahiran pergerakan

atau aktiviti kecergasan fizikal yang ditunjukkan atau tahu perkara asas
tentang sesuatu kemahiran yang akan dilakukan.

Memahami dan Melakukan Kemahiran atau Aktiviti
Murid boleh melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti kecergasan fizikal
2 serta menyatakan pengetahuan berkaitan fakta, konsep, dan prosedur bagi

sesuatu kemahiran atau aktiviti kecergasan.

Mengaplikasikan dan Melakukan Kemahiran atau Aktiviti
Murid boleh mengingat semula dan mengaplikasikan pengetahuan berkaitan
3 fakta, konsep, prinsip, prosedur, strategi, teknik, dan maklumat semasa

melakukan sesuatu kemahiran atau aktiviti kecergasan.

4 Mengaplikasikan dan Melakukan Kemahiran atau Aktiviti dengan Betul
5 Murid boleh mengaplikasikan pengetahuan berkaitan fakta, konsep, prinsip,
6 prosedur, strategi, teknik dan maklumat semasa melakukan sesuatu
kemahiran atau aktiviti kecergasan dengan turutan yang betul atau mengikut
prosedur yang sistematik.

Merancang untuk Meningkatkan Prestasi
Murid boleh merancang sesuatu aktiviti yang baharu atau mengimprovisasi
berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari untuk meningkatkan
penguasaan kemahiran dan tahap kecergasan fizikal, melakukan aktiviti
tersebut secara tekal, dan mempamerkan kemahiran interpersonal (kemahiran
insaniah).

Membuat Refleksi untuk Meningkatkan Prestasi dan Amalan Gaya Hidup
Sihat
Murid boleh membuat justifikasi berdasarkan strategi untuk meningkatkan
prestasi dalam kemahiran, kecergasan dan mempamerkan kemahiran
interpersonal serta boleh mempraktikkan kemahiran tersebut ke arah gaya
hidup sihat untuk kesejahteraan.

Sumber Rujukan: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018

74

Penyataan umum tahap penguasaan Pendidikan Kesihatan
berdasarkan rubrik yang dijadikan sebagai panduan kepada guru
untuk menilai prestasi murid seperti dalam Jadual 12.

Jadual 12: Pernyataan Umum Tahap Penguasaan Kurikulum
Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN

1 Mengetahui asas kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran.

2 Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran.

3 Mengaplikasikan kemahiran mengurus kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial,
persekitaran dan keselamatan diri.

4 Menganalisis aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial, persekitaran dan
keselamatan diri serta keluarga.

5 Menilai cara mengurus kesihatan ke arah kehidupan yang positif dan sihat
melalui kemahiran kecekapan psikososial.

6 Menjana idea untuk mengadaptasi permintaan dan cabaran kehidupan harian,
meningkatkan literasi kesihatan, serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Sumber Rujukan: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran,
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018.

4.4.2 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK) – Ujian SEGAK

Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah
Malaysia (Ujian SEGAK) adalah satu bateri ujian standard
kecergasan fizikal bagi mengukur tahap kecergasan fizikal murid
berdasarkan kesihatan. Punca kuasa pelaksanaan SEGAK
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah ialah Surat Pekeliling
Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 2 Tahun
2016; Standard Kecergasan Fizikal untuk Murid Sekolah
Malaysia (SEGAK) bertarikh 17 Februari 2016 dan Buku
Panduan Ujian SEGAK 2016.

75

Ujian SEGAK yang dijalankan secara sistematik wajib dijalankan
dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos. Matlamat SEGAK
adalah untuk memastikan murid sentiasa peka, berpengetahuan
dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan
mengekalkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan
yang optimum.

a. Objektif Ujian SEGAK adalah untuk:
i. mengukur dan merekodkan tahap kecergasan fizikal
kendiri,
ii. menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri,
iii. mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri,
iv. merancang dan melaksanakan tindakan susulan bagi
meningkatkan tahap kecergasan fizikal, dan
v. mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk
mencapai tahap kecergasan fizikal berdasarkan
kesihatan yang optimum.

b. Instrumen Ujian SEGAK
i. Bateri Ujian Kecergasan Fizikal Berdasarkan
Kesihatan yang terdapat dalam Ujian SEGAK adalah
seperti berikut:
 Pengiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI)
berdasarkan ukuran tinggi dan berat,
 Naik Turun Bangku 3 Minit,
 Tekan Tubi untuk murid lelaki dan Tekan Tubi
Ubah Suai untuk murid perempuan,
 Ringkuk Tubi separa, dan
 Jangkauan Melunjur.

76

c. Pelaksanaan Ujian SEGAK berdasarkan Buku Panduan
SEGAK
i. Semua murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5 yang
berumur 10 tahun hingga 17 tahun wajib menjalani
Ujian Kecergasan Fizikal yang dicadangkan dalam
Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Untuk
Murid Sekolah Malaysia. (Bagi murid yang pernah
menduduki kelas peralihan tidak perlu melakukan
Ujian SEGAK semasa di Tingkatan 5 kerana faktor
umur melebihi 17 tahun. Norma SEGAK yang
disediakan sehingga murid berumur 17 tahun).
ii. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut
jantina, keupayaan murid dan mengambil kira
peralatan serta tempat ujian dijalankan.
iii. Umur murid dikira pada 31 Disember tahun semasa
untuk rujukan norma.
iv. Ujian SEGAK bagi setiap murid mesti dilengkapkan
pada hari yang sama. Ujian ini boleh dijalankan
semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan
Jasmani bergantung kepada bilangan murid dan
peralatan.
v. Murid digalakkan membuat latihan Ujian SEGAK
secara individu, bersama-sama rakan atau keluarga
mereka.
vi. Bateri Ujian SEGAK harus mengikut urutan seperti
berikut:
 Indeks Jisim Tubuh (BMI) berdasarkan ukuran
tinggi dan berat,
 Naik Turu Bangku 3 Minit,
 Tekan Tubi untuk murid lelaki dan Tekan Tubi
Suaian untuk murid perempuan,
 Ringkuk Tubi separa, dan

77

 Jangkauan Melunjur.
vii. Ukuran Indeks Jisim Tubuh (BMI) perlu dibuat

sebelum melakukan ujian lain.
viii. Ujian SEGAK mesti dilaksanakan mengikut urutan

secara berterusan oleh murid yang sama.
ix. Ujian SEGAK perlu dilaksanakan sebanyak dua kali

setahun iaitu pada bulan Mac dan Ogos.
x. Bagi murid yang tidak sihat, ujian SEGAK boleh

dilakukan pada hari lain dalam bulan yang sama.
xi. Bagi murid berkeperluan khas tidak perlu menjalani

ujian SEGAK kerana ujian ini adalah khusus untuk
murid-murid normal.

d. Langkah-langkah Pelaksanaan Ujian SEGAK
i. Guru memberi taklimat Ujian SEGAK kepada murid.
ii. Guru atau murid mengukur dan mencatat tinggi dan
berat untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan.
iii. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan dengan
regangan dinamik selepas melakukan Ukuran Indeks
Jisim Tubuh.
iv. Murid melaksanakan Ujian SEGAK mengikut urutan
dan mencatat skor.
v. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan dengan
regangan statik selepas tamat ujian Jangkauan
Melunjur.
vi. Guru membimbing murid merujuk norma setiap item
Ujian SEGAK untuk mendapatkan skor setiap ujian
dan gred.
vii. Guru melengkapkan Borang SEGAK Sekolah Rendah
(BSSR) atau Borang SEGAK Sekolah Menengah
(BSSM).

78

viii. Guru dan murid merancang serta melaksanakan
aktiviti intervensi berdasarkan keputusan Ujian
SEGAK.

ix. Guru merekodkan dapatan dalam Sistem Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

x. Guru menyerahkan laporan SEGAK kepada murid
dan penjaga.

xi. Guru menganalisis dapatan SEGAK untuk tujuan
penambahbaikan (intervensi).

e. Panitia PJPK perlu mengambil tindakan dan usaha
menjayakan Ujian SEGAK dengan;
i. Menubuhkan Jawatankuasa Kecil Ujian SEGAK
ii. Merancang pelaksanaan Ujian SEGAK dalam
Takwim program Ujian SEGAK sekolah
iii. Melatih dan melantik guru sebagai penguji
iv. Ujian SEGAK di urus tadbir dengan sistematik
v. Merekodkan laporan Ujian SEGAK murid ke dalam
PAJSK
vi. Menyediakan analisis dapatan Ujian SEGAK
mengikut umur dan kategori
vii. Melaporkan dapatan Ujian SEGAK dan analisis
dapatan kepada Pentadbir
viii. Menyediakan cadangan aktiviti intervensi untuk
tujuan penambahbaikan.

f. Pihak sekolah mengamalkan keselamatan pengendalian
Ujian SEGAK mengikut ketetapan yang ditetapkan iaitu;
i. Pengecualian Ujian SEGAK terhadap murid
berkeperluan khas
ii. Menyediakan peralatan Ujian SEGAK yang sesuai,
cukup dan selamat digunakan

79

iii. Memastikan ruang ujian Ujian SEGAK kondusif dan
boleh digunakan dalam apa jua situasi

iv. Memastikan murid memakai pakaian dan kasut yang
sesuai untuk menduduki Ujian SEGAK

v. Guru perlu mengawasi murid sepanjang Ujian
SEGAK berjalan agar perkara yang tidak diingini yang
menjejaskan perjalanan Ujian SEGAK tidak berlaku.

g. Tindakan Susulan / Intervensi Ujian SEGAK
i. Ujian SEGAK wajib dilaksanakan secara terancang
dan sistematik mengikut kehendak SPI. Bil. 2/2016.
ii. Data ujian perlu direkodkan secara berintergriti dan
berakauntibiliti oleh guru mata pelajaran selepas ujian
tersebut dilaksanakan.
iii. Penataran Ujian SEGAK perlu dibuat oleh Ketua
Panitia PJPK kepada semua ahli panitia agar Standard
Operation Prosedure (SOP) Ujian SEGAK dipatuhi
sepenuhnya.
iv. Data Ujian SEGAK perlu diisi di dalam Lampiran
C/dokumen/buku rekod Ujian SEGAK yang telah
ditetapkan oleh sekolah/PPD/JPN/BPK.
v. Data Ujian SEGAK perlu dianalisis berdasarkan
komponen ujian, status pencapaian murid, jantina, dan
kelas/tingkatan.
vi. Analisis Ujian SEGAK perlu dipamerkan di sudut mata
pelajaran PJPK untuk makluman murid.

vii. Status pencapaian Ujian SEGAK murid secara individu
perlu disebarluas/dikongsi bersama murid dan waris
sebagai satu maklumat keberhasilan contohnya,
semasa dialog prestasi bersama waris maklumat ini
disampaikan dengan menerangkan kesan impak
dalam kerjaya/kecergasan murid di masa depan.

80

viii. Guru mata pelajaran PJPK perlu membincangkan
penambahbaikan status pencapaian murid
berdasarkan Uijan SEGAK yang telah dilaksanakan
contohnya, mencadangan program diet/intervensi dan
intensiti latihan kecergasan kepada murid-murid yang
obesiti dan kurang cergas.

ix. Sijil/Slip Pencapaian Ujian SEGAK perlu dicetak dan
diserahkan kepada murid dan disimpan satu salinan di
dalam fail panitia mata pelajaran untuk rujukan.

81

BAB 5

PENYELIAAN

5.1 PENDAHULUAN
Penyeliaan yang baik melibatkan aktiviti memberi bimbingan, mengarah
dan memberitahu apa yang patut dibuat, bukannya mencari kesalahan
guru. Glickman, Gordon dan Gordon (1995) telah meletakkan penyeliaan
sebagai tulang belakang keberkesanan sesebuah sekolah. Penyeliaan
yang berkesan memerlukan perancangan yang baik dan dilaksanakan
secara berterusan untuk memastikan matlamat dan objektif pengajaran
yang dijalankan oleh seseorang guru itu tercapai. Penyeliaan pengajaran
yang sistematik dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
pengajaran guru.

Pentadbir Sekolah perlu melaksanakan penyeliaan mengikut
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987: Penyeliaan Pengajaran-
Pembelajaran di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah
terhadap guru-guru di sekolah masing-masing. Pelaksanaan kurikulum
dijalankan melalui proses dan aktiviti PdP oleh guru dan keberkesanan
pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan yang rapi dan
sistematik daripada pihak pengetua dan guru besar. Penyeliaan
pelaksanaan kurikulum meliputi aspek pengurusan mata pelajaran, PdP
serta menjadi perkara utama dalam senarai tugas dan tanggungjawab
pentadbir sekolah.

5.2 TUJUAN PENYELIAAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987: Penyeliaan Pengajaran-
Pembelajaran Di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar sekolah
menggariskan empat tujuan utama PdP dengan jelas. Keempat-empat
tujuan ini digambarkan seperti Rajah 8 di bawah:

82

Rajah 8: Tujuan Penyeliaan Guru

Antara tujuan penyeliaan adalah seperti berikut:

a. Mempertingkatkan daya profesionalisme Pengetua atau Guru Besar
dan guru dalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses
PdP sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem
pendidikan negara.

b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber
maklumat kepada Pengetua atau Guru Besar untuk memperbaiki
proses PdP di sekolahnya. Sumber maklumat ini juga boleh
digunakan oleh pengetua atau guru besar sebagai asas untuk
menilai seseorang guru bagi tujuan tertentu.

c. Memupuk, memelihara dan memperkukuh hubungan
profesionalisme dan interaksi yang positif antara pengetua atau guru
besar dengan guru, guru dengan guru dan antara guru dengan
murid.

d. Membantu menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan
membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif.

83

5.3 BIDANG PENYELIAAN

Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) hendaklah ditumpukan
kepada dua bidang iaitu bidang organisasi dan bidang pembelajaran dan
pengajaran.

5.3.1 Bidang Organisasi

Ciri-ciri organisasi dalam kelas yang perlu diberi perhatian
adalah:

a. Organisasi kelas
b. Kawalan murid
c. Komunikasi
d. Motivasi
e. Sikap murid
f. Kebersihan dan keceriaan
g. Penyeliaan aktiviti/gerak kerja
h. Penilaian prestasi
i. Profil murid
j. Pengurusan panitia mata pelajaran

5.3.2 Bidang Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
Proses PdP adalah aspek paling penting bagi membentuk
kemenjadian murid. Domain Psikomotor, Kognitif, dan Afektif
perlu menjadi asas dalam merancang, melaksana, dan mentaksir
PdP.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

a. Penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)

b. Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
 Objektif pembelajaran dan pengajaran
 Aktiviti pembelajaran dan pengajaran

84

 Refleksi pembelajaran dan pengajaran
c. Persediaan sumber pendidikan
d. Penyampaian isi pelajaran
e. Teknik penyoalan
f. Interaksi guru dan murid
g. Pentaksiran murid
h. Pengurusan masa
Penyeliaan mata pelajaran PJPK hendaklah menitikberatkan aspek
pengurusan yang teratur dan sistematik melibatkan aspek perancangan,
pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan penambahbaikan dan
pendokumentasian.

5.4 PRINSIP PENYELIAAN

Prinsip pelaksanaan penyeliaan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
a. Penyeliaan pembelajaran dan pengajaran hendaklah dijalankan

oleh Pengetua atau Guru Besar ke atas semua guru.
b. Rekod Penyeliaan PdP hendaklah dicatat dengan ringkas dan

tepat.
c. Penyeliaan PdP hendaklah dirancang dengan seimbang dari segi

masa, mata pelajaran, tingkatan/ tahun dan guru.
d. Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan Penolong

Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Petang, Guru Kanan atau
Ketua Panitia. Walau bagaimanapun, tanggungjawab sepenuhnya
terletak pada Pengetua atau Guru Besar. Penyeliaan PdP
hendaklah dijalankan secara sistematik (Standard 4 SKPMg2) dan
profesional dengan guru. Pengetua atau Guru Besar
membincangkan hasil penyeliaan dan memberi bimbingan untuk
meningkatkan prestasi PdP.
e. Pengetua atau Guru Besar perlu menggunakan Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) iaitu Standard 4:
Pembelajaran dan Pengajaran, bagi memastikan PdP yang
berkesan dalam kalangan guru.

85

5.5 PERINGKAT PENYELIAAN
Peringkat penyeliaan pembelajaran dan pengajaran merangkumi tiga
peringkat seperti Rajah 9 di bawah;

Peringkat Penyeliaan
Prapenyeliaan
Penyeliaan

Pascapenyeliaan

Rajah 9: Peringkat Penyeliaan

5.5.1 Prapenyeliaan
Tujuan mengadakan Prapenyeliaan oleh Pengetua atau Guru
Besar dengan guru adalah untuk:
a. Mewujudkan perhubungan yang lebih mesra antara guru
dengan Pengetua atau Guru Besar.
b. Membincangkan secara mendalam mengenai objektif yang
hendak dicapai serta kaedah PdP yang akan dilaksanakan.
c. Memaklumkan guru tentang aspek-aspek tertentu yang
perlu diberi perhatian khusus contohnya dalam aspek
keselamatan.
d. Penetapan hari dan waktu untuk menjalankan penyeliaan.

86

5.5.2 Penyeliaan

a. Penyeliaan PdP boleh dilaksanakan pada tarikh dan waktu
yang telah dipersetujui. Penyeliaan PdP perlu dibuat secara
sepenuh masa bagi setiap PdP guru yang dinilai. Guru perlu
dimaklumkan sekiranya pihak Pengetua atau Guru Besar
tidak dapat melaksanakan penyeliaan. Guru Penolong
Kanan/Guru Kanan/Ketua Panitia boleh mengambil alih
tugas penyeliaan tersebut dengan arahan/persetujuan
Pengetua atau Guru Besar.

b. Pengetua atau Guru Besar hendaklah memberi fokus
kepada pencapaian objektif serta kaedah PdP yang telah
dibincangkan ketika prapenyeliaan.

c. Ulasan yang lengkap berkaitan kekuatan dan kelemahan
mengenai setiap aspek yang diselia hendaklah dicatatkan
oleh Pengetua atau Guru Besar sebagai persediaan pasca
penyeliaan.

5.5.3 Pascapenyeliaan

Sesi perbincangan selepas penyeliaan perlu diadakan selepas
proses penyeliaan. Sesi tersebut merupakan perbincangan dua
hala meliputi kekuatan dan kelemahan PdP. Status PdP perlu
dimaklumkan kepada guru yang diselia oleh Pengetua/Guru
Besar/Penolong Kanan/Guru Kanan/Ketua Panitia secara
berhemah dan bijaksana. Maklum balas adalah bertujuan untuk
tindakan penambahbaikan PdP prestasi guru berkenaan.

87

5.6 TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN
Pengetua atau Guru Besar perlu memastikan guru yang diselia
melaksanakan tindakan penambahbaikan terhadap semua aspek bagi
meningkatkan keberkesanan PdP selepas penyeliaan.

Proses pementoran berterusan terhadap guru yang diselia sewajarnya
dijadikan budaya sekolah bagi memastikan PdP yang berkesan dapat
dikekalkan.

Pengajaran mikro sesama rakan sejawat atau semakan kendiri (peer-
check) dan `role model’ dalam komuniti pembelajaran profesional (PLC)
boleh dijadikan salah satu medium tindakan penambahbaikan selepas
penyeliaan.

Membudayakan amalan merungkai kurikulum (unpacking the
curriculum) menerusi perkongsian amalan terbaik perlu diamalkan di
peringkat semua ahli panitia.

Melaksanakan program intervensi secara dalaman atau luaran bagi
meningkatkan lagi kualiti PdP ahli panitia perlu dirancang dan
dilaksanakan secara konsisten samada dalam bentuk bimbingan
individu atau kumpulan.

88

Rujukan

1. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-peraturan Terpilih. 2003.
Undang-Undang Malaysia: International Law Book Services, Kuala
Lumpur.

2. Biggs, J.B and Telfer, R. (1987). The Process of Learning, Prentice Hall,
Sydney.

3. Brady, L. (1985). Model and Methods of Technology, Prentice Hall
Sydney.

4. Butler, K.A. (1998). Learning and Teaching Style, The Learner
Dimension, Merrill Publishing, Columbus.

5. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(2019). Garis Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Tahap 1

6. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(2018). Garis Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah.

7. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
KPM (2018), Kurikulum Standard Sekolah Rendah dan Menengah.

8. Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM (2018), Slide Rasmi
Pentaksiran Bilik Darjah: Taklimat Kursus Orientasi 2018.

9. Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM (2018). Slide Rasmi Kursus
Orientasi KSSM Tingkatan 3 PJPK (Komponen PJ), Bengkel
Kecergasan-Pengurusan Kecergasan Fizikal Ujian SEGAK.

10. Buku Panduan Ujian SEGAK 2016, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

11. Doyle, W. (1986). Classroom Organization and Management, Mac
Millan, New York.

12. Emmer, E.T, Evertson, C.M. and Clements, B.S. (1994). Classroom
Management for Secondary Teachers, Simon & Schuster, Inc. New
Jersey.

13. English, T. and English, J. (1997). Creative Management in School.
Ashgate Publishing United, Hants, England.

89

14. Gardner, H. (2000). Intelligence Reframed: Multiple Intelligences for the
21st Century, Basic Books, New York.

15. Glickman, C. D., Gordon, S. P., & Gordon, J. M. (1995). Supervision of
instruction: A developmental approach (3rd.ed.). Boston: Allyn & Bacon.

16. Marrison, K. And Ridley. K. (1988). Curriculum Planning and the Primary
School, Paul Chapman, London.

17. Marsh, C. (1996). Handbook For Beginning Teacher, Longman,
Melbourne, Australia.

18. Mohd Dom, Alimuddin. (2006). Kepimpinan Instructional: Peranan
Pengetua dan Guru Besar Dalam Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan
pembelajaran di Bilik Darjah, JNS, Putrajaya, Malaysia.

19. Mok Soon Sang. (2006). Pengurusan Pengajaran-Pembelajaran,
Multimedia-ES Resources Sdn. Bhd., Puchong, Malaysia.

20. JNJK, KPM. (2012). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010, JNJK,
Putrajaya, Malaysia.

21. JNSP, KPM. (1991) Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah
Rendah, JNSP, Kuala Lumpur, Malaysia.

22. JNSP, KPM. (1991). Buku Panduan Pengurusan Profesional Sekolah
Menengah, JNSP, Kuala Lumpur, Malaysia.

23. Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (2014). Panduan Pengurusan
Panitia Sekolah, One ED Enterprise, Alor Setar, Malaysia.

24. Kementerian Pendidikan Malaysia (2009). Himpunan Surat Pekeliling
Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia 1969-2009 Kurikulum dan
Kokurikulum, Putrajaya: Majlis Buku Malaysia.

25. Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi Aplikasi Di Sekolah (ms.3-10). Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum.

26. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2018). Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia 2018.

27. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia 2018.

28. Lembaga Peperiksaan, KPM. (2013) Panduan Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah, Lembaga Peperiksaan, Putrajaya, Malaysia,

90


Click to View FlipBook Version