The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI NUBAILAH BINTI AMAT RAMLAN KPM-Guru, 2024-03-06 16:58:50

Manual Pengurusan PSS 2024

MANUAL PSS 2024

nbb [Grab your reader’s attention with a great quote from the document or use this space to emphasize a key point. To place this text box anywhere on the page, just drag it.] PUSAT SUMBER SEKOLAH SK TUNKU BESAR TAMPIN MANUAL PENGURUSAN PSS 2024/25 NBB 5019 SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU BESAR TAMPIN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN KM 2, JALAN SEREMBAN 73000 TAMPIN N. SEMBILAN DK TEL: 064411348


KANDUNGAN 1. 0 VISI, MISI & MOTTO 2. 0 PIAGAM & MATLAMAT 3. 0 LATAR BELAKANG PSS 4. 0 ORGANISASI PUSAT SUMBER 2024 5. 0 AGIHAN TUGAS DAN PERANAN AJK PSS 2024 6. 0 AGIHAN TUGAS PAMERAN BERTEMA TAHUN 2024 7. 0 JADUAL BERTUGAS GURU DI PSS SK TUNKU BESAR TAMPIN 2024 8. 0 SENARAI AGIHAN KUNCI PSS UNTUK KEGUNAAN 9. 0 RANCANGAN TAHUNAN PROGRAM PSS 2024 10.0 PENUTUP


VISI Membudayakan Teknologi Pendidikan Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan MISI Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat MOTTO PSS peneraju pendidikan Abad ke 21


PIAGAM 1. Membantu meningkatkan kualiti pendidikan di SK Tunku Besar Tampin 2. Mengintegrasikan penggunaan PSS dalam kurikulum dan kokurikulum 3. Membentuk generasi yang gemar membaca dan berilmu pengetahuan. 4. Menyediakan pelbagai perkhidmatan dan penyaluran maklumat kepada warga SK Tunku Besar Tampin MATLAMAT 1. Meningkatkan mutu pendidikan 2. Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam membangunkan negara, bangsa, dan agama. 3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membentuk sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif. 4. Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer , internet dan pelbagai media 5. Melahirkan pelajar yang berdaya saing , yakin , berinovasi dan cemerlang 2.0 PIAGAM DAN MATLAMAT


1. Pusat Sumber SK.Tunku Besar Tampin berada di bawah pengurusan akademik yang ditadbir oleh Penolong Kanan Pentadbiran (GPK 1) 2. Pusat Sumber SK.Tunku Besar Tampin diuruskan oleh Puan Siti Nubailah Bt Amat Ramlan selaku Guru Perpustakaan dan Media (GPM). 3. Terdapat 16 orang guru unit pusat sumber dan dibantu oleh 49 orang pustakawan dari Tahun 3 hingga tahun 6 4. Ruang / bilik di bawah seliaan pusat sumber ialah: a) Perpustakaan –Library Alive b) Makmal Komputer c) Ruang NILAM d) Pusat Akses e) Studio PSSTV f) Bilik SALC g) Galeri Sekolah h) Galeri Sejarah i) Bilik Seni j) Bilik SPBT k) Bilik BBM l) Bilik Kaunseling m) Bilik PPDA n) Surau / Bilik JQAF 5. Waktu Operasi : Pusat sumber dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat setiap minggu. Waktu pengoperasian ialah dari jam 8.30 pagi hingga hingga 3.00 petang setiap hari. Waktu cuti sekolah mengikut keperluan dan jadual 6. Pusat sumber boleh memuatkan 30 orang dengan selesa pada satu-satu masa 7. Setiap pelajar dibenarkan meminjam 2 buah buku dalam satu-satu masa dalam tempoh seminggu manakala guru 4 buah buku dalam tempoh dua minggu 8. Denda kelewatan satu hari bagi sebuah buku ialah RM 0.50 3.0 LATAR BELAKANG PSS SK TUNKU BESAR TAMPIN


9. Terdapat 20 buah rak buku bagi menempatkan bahan bacaan, buku rujukan dan buku fiksyen yang masih boleh digunakan di perpustakaan. Terdapat juga 3 almari kaca yang menempatkan bahan bacaan redspot, rujukan guru dan bahan permainan akademik. 10.Terdapat ruang /sudut di PSS iaitu: - Sudut Bacaan Kendiri - Ruang Bacaan Terbuka - Ruang Bacaan Red Spot - Ruang santai / Rekreasi - Ruang Pameran bertema - Ruang SAL (self excess learning) - Ruang Akses Internet - Ruang Read Aloud - Ruang Kreatif - Ruang Mini Library Tbs 11.Rangkaian Pusat Sumber SK.Tunku Besar Tampin termasuklah: - Bilik-Bilik Darjah - Makmal Sains - Bilik-Bilik Khas - Taman Herba - Surau - Kantin - Laluan Menanti - Taman Bahasa - Laluan PPDA - Bilik Pengakap - Laluan Matematik 12.Penggunaan Perpustakaan dan Bilik-bilik Khas tertakluk kepada jadual dan permohonan. 13. Rekod penggunaan ,pinjaman dan pulang buku menggunakan system Otomasi PSS Tarantula menggunakan ID ; 810926055000 dan PASWORD : 999 14.Setiap Bilik –bilik khas diletakkan QR CODE bagi merekod kehadiran pengguna .Guru perlu merekod penggunaan setip kali membawa murid ke dalam perpustakaan dan bilikbilik khas samada secara on-line atau secara manual .


SENARAI TUGAS PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH TINDAKAN : Pn.Siti Nubailah Bt Amat Ramlan Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa pengurusan Pusat Sumber Sekolah.. 1. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana program literasi maklumat dan literasi teknologi pendidikan. 2. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksana sepenuh masa pengurusan Pusat Sumber Sekolah 3. Merancang dan melaksana dasar, program jangka panjang dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah. 4. Merancang pemerolehan, pembinaan dan pengurusan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini. 5. Merancang, menyelaras dan melaksana akses kepada koleksi Pusat Sumber Sekolah melalui satu sistem pengesanan maklumat yang cekap dan berkesan melalui penggunaan carian maklumat secara berkomputer. 6. Merancang, menyelaras dan membantu murid dalam mengenal pasti, mengesan dan menginterpretasi maklumat yang terdapat di dalam dan luar Pusat Sumber Sekolah. 7. Merancang dan melaksana perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong Tindakan pengajaran dan pembelajaran. 8. Merancang, menyelaras dan melaksana program pembangunan staf berkaitan pengurusan dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah. 9. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam menggunakan pelbagai kaedah instruksional berasaskan sumber dan teknologi pendidikan yang berkesan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. 10. Bekerjasama dengan panitia mata pelajaran dalam pentaksiran, penilaian dan penyampaian maklumat serta penghasilan media. .


11. Bekerjasama dengan Guru ICT dalam memberi bantuan penggunaan teknologi pendidikan, teknologi baru, undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan penggunaan maklumat dan penghasilan pelbagai media. 12. Merancang, mengurus dan melaksana program dan aktiviti promosi berkaitan bahan, peralatan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan maklumat warga sekolah. 13. Mengurus dan melaksana Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber Sekolah. 14. Menilai keberkesanan tindakan program, perkhidmatan dan penggunaan Pusat Sumber Sekolah. 15. Melaksana tugas semakan stok dan inventori koleksi dan peralatan Pusat Sumber Sekolah. 16. Menyediakan laporan serta analisis Tindakan pembangunan PSS 17. Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian, Pusat Kegiatan Guru dan agensi berkaitan untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah. 18. Melaporkan Tindakan program Pusat Sumber Sekolah UTP PPD /JPNS 19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/Pengetua/GPK 1


SENARAI TUGAS SETIAUSAHA DAN NAIB SETIAUSAHA TINDAKAN : Pn Ainurahmatulasmak bt Ahmad 1. Membantu dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan 2. Mentadbir, menyelaras perkhidmatan PSS 3. Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan PSS 4. Merancang skim latihan untuk guru-guru PSS, guru-guru lain PSS dan Pengawas PSS 5. Menyediakan Bibliografi untuk kegunaan guru dan pelajar 6. Menyediakan laporan, taklimat dan memaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan mengenai perkhidmatan PSS 7. Menguruskan mesyuarat-mesyuarat J/Kuasa Induk dan Kerja PSS 8. Menyediakan perancangan dalam penggunaan dan pembangunan PSS dan mengemukakannya kepada J/Kuasa Induk pentadbiran PSS 9. Menjadi Setiausaha J/Kuasa pentadbiran PSS 10. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/Pengetua/GPK 1


GURU PERPUSTAKAAN TINDAKAN : 1. Pn Siti Nubailah bt Amat Ramlan 2. Pn Sarina bt Ithnin 3. Pn . Norzaitol Akmar bt Ahmad 4. Pn. Ainurahmatulasmak bt Ahmad 1. Membantu Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS 2. Menyediakan análisis penggunaan perpustakaan dan rekod pinjaman bahan perpustakaan. 3. Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan 4. Menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan menghapuskira koleksi/bahan perpustakaan 5. Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar menggunakan perpustakaan 6. Menyediakan perancangan dan melakukan promosi aktiviti perpustakaan yang bersesuaian dengan objektif PSS 7. Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk makluman guru dan pelajar 8. Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di sekolah 9. Melatih dan menyelia Kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk membantu menguruskan perpustakaan 10. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan. 11. Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog daripada penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli. 12. Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan pelajar mengikut keperluan. 13. Membantu Guru Perpustakaan & Media Sekolah memilih dan melatih Pengawas PSS. 14. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun


SENARAI TUGAS GURU NILAM TINDAKAN 1. Pn.Sharmala A/P Verasingam 2. Pn Suraya bt Abu 3. Pn.Siti Rahimah bt Othman 4. Pn.Rusnaniayu bt Mat Yusop 5. Pn Salwa Azura bt Mohd Nasir 6. Pn. Faizahtul Zuraimee bt. Hj.Ali 7. Pn. Salliza Binti Hj Ujang 8. Pn. Norliza bt Md Yusuf 1. Memberi taklimat NILAM 2. Melancarkan Program NILAM peringkat sekolah. 3. Mengagih buku secara pinjaman kelompok 4. Merancang dan melaksana aktiviti NILAM 5. Memilih, menyedia dan mengedar rekod pembacaan 6. Mendapat data daripada kelas untuk analisis 7. Mengesah dan menandatangani rekod pembacaan pelajar. 8. Menganalisis data NILAM. 9. Mengenalpasti pemenang NILAM peringkat sekolah. 10. Mengenalpasti tokoh NILAM untuk dibawa ke peringkat daerah, negeri dan 11. Melaksanakan program galakkan membaca bersama panitia. 12. Menyediakan laporan NILAM.


SENARAI TUGAS GURU UNIT BBM / BAHAN BANTU MENGAJAR TINDAKAN : 1. Pn. Zukhirni bt Mohtar 2. Pn. Fatimah Binti Hj. Adam 3. Pn Noor Hamiza bt Mustapa 4. Pn Suhidah bt Mohd Yasin 5. En Muhammad Sufian bin Mili 1. Memastikan alat BBM yang berkuasa elektrik dan bahan softwore / hardware sentiasa dalam keadaan baik. 2. Mengemaskini rekod bahan BBM yang ada secara berterusan 3. Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan. 4. Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan. 5. Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM dan di pamerkan. 6. Mempamerkan carta organisasi Unit BBM. 7. Menguruskan penggunaan BBM secara berterusan. 8. Memastikan keselamatan BBM 9. Membantu dalam urusan pemilihan, sebut harga alat alat BBM/ Ketua Panitia 10. Menggalakkan penggunaan alat BBM dalam pengajarandan direkodkan dengan kemas. 11. Memastikan bilik BBM sentiasa kemas, selamat dan ceria. 12. Membantu Guru Perpustakaan & Media Sekolah memilih dan melatih Pengawas PSS. 13. Menyediakan Laporan Tahunan BBM/APD


SENARAI TUGAS GURU PUSAT AKSES Tindakan : 1. Pn. Rusnah bt Abu Bakar 2. Pn. Indra a/p Thamilarasan 3. Pn Russinar bt Mohd Ali 1. Menentukan dasar pentadbiran, pembelian alat dan penggunaan audio visual (AV). 2. Membantu Guru Perpustakaan & Media Sekolah memilih dan melatih Pengawas PSS. 3. Membuat pengurusan stok dan inventori AV. 4. Menjamin ruang/ bilik tayangan diuruskan dengan baik dan teratur. 5. Menyediakan jadual dan peraturan penggunaan bilik/ ruang unit AV. 6. Menentukan pengguna membuat catatan tentang penggunaan bilik AV dalam rekod penggunaan. 7. Mengada dan menyimpan buku rekod peminjaman dan rekod penggunaan unit AV. 8. Mengadakan sesi tunjuk ajar kepada murid dan guru cara menggunakan kemudahan di bilik tayangan. 9. Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan. 10. Mengurus tempahan, pinjaman dan pemulangan bilik tayangan. 11. Membuat penilaian (dalam bentuk statistik/data dan laporan bertulis) terhadap perkhidmatan dan pengunaan unit AV. 12. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Perpustakaan & Media Sekolah, Penolong Kanan atau pengetua. 13. Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan bahan, perabot dan peralatan Unit AV kepada Guru Perpustakaan & Media Sekolah. 14. Melaksana aktiviti dalam talian dan bahn digital 15. Melatih pelajar mesra IT 16. Membuat laporan dan perancangan kewangan


GURU KETUA PANITIA MATAPELAJARAN 1. Memproses pembelian bahan buku dan bahan bukan buku panitia yang dibeli dengan wang PCG. 2. Merancang dan melaksanakan program panitia bersama unit PSS. 3. Membantu PSS memilih dan mendapatkan alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan pelajar 4. Membantu PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang dibeli atau dihasilkan sendiri 5. Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran. 6. Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru. 7. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Guru Besar.


Urusan awam (PENGAWAS PSS) a. Mengawal perpustakaan semasa dibuka b. Mengaturkan buku-buku yang telah dipulangkan di atas rak-rak c. Menjaga kebersihan perpustakaan Pinjaman (GURU PERPUSTAKAAN) a. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pinjaman b. Menyemak buku-buku yang dipulangkan c. Mengirimkan notis peringatan kepada peminjam-peminjam yang belum memulangkan buku d. Menyediakan perangkaan mengenai pinjaman Pembelian (GPM) a. Menjalan kerja perkeranian mengenai pembelian seperti menyediakan senarai pesanan, menaipkan surat dan menyemak bahan-bahan yang baru dibeli Memproseskan buku-buku (GURU PERPUSTAKAAN) a. Menyediakan senarai rak b. Menulis nombor panggilan di atas tiap-tiap buku c. Menyediakan kocek dan slip tarikh bagi setiap buku d. Menyediakan kad-kad katalog serta lain-lain kerja berkaitan dengan memproses buku, majalah dan sebagainya Memperbaiki dan melupuskan buku rosak (GURU PERPUSTAKAAN) a. membaikpulih buku-buku yang rosak atau koyak b. menjilid majalah dan lain-lain yang perlu Memproses bahan-bahan yang bukan berbentuk buku (GURU BBM) a. Menyediakan bahan-bahan yang bukan berbentuk buku seperti gambargambar, guntingan akhbar dan sebagainya


Rekod (GPM) a. Merekod dan menyimpan mengenai bahan-bahan dan kewangan PSS b. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan 'Stock Checking'/Penyemakan Stok c. Menyusun Kad-kad Katalog Seranta (GPM, PENGAWAS PSS DAN GURU PERPUSTAKAAN) a. Menyediakan Pameran Buku, Papan Kenyataan dan sebagainya Lain-lain tugas a. Menolong guru-guru PSS dalam pentadbiran am dan sebagainya b. Menjalankan tugas-tugas lain mengenai PSS yang diarahkan oleh Guru-guru PSS, Penyelaras PSS (GKP 1) dan Guru Besar.


KUMP GURU TERLIBAT BULAN TEMA 1 PUSAT SUMBER APRIL JAN 2025 HARI RAYA AIDILFITRI SUMBER AKHBAR DIGITAL 2 PANITIA BAHASA MELAYU JULAI SEJARAH SEKOLAH 3 PANITIA SEJARAH OGOS - SEPTEMBER TOKOH KEMERDEKAAN KENALI NEGARAKU 4 PANITIA BAHASA INGGERIS OKTOBER - NOVEMBER 3R 5 PANITIA PENDIDIKAN ISLAM MAC JUN NUZUL AL QURAN HARI RAYA AIDILADHA 6 MORAL DAN BAHASA CINA JANUARI 2025 TAHUN BARU CINA 7 PANITIA BAHASA TAMIL DAN MORAL OKTOBER DEEPAVALI 6.0 AGIHAN TUGAS PAMERAN BERTEMA 2024


Hari Sesi pagi Selepas Rehat Isnin Pn .Siti Nubailah bt Amat Ramlan (GPM) Pn .Ainurahmatulasmak bt Ahmad (Guru Perpustakaan ) Selasa Pn .Siti Nubailah bt Amat Ramlan (GPM) Pn Suraya bt Abu Rabu Pn .Sarina bt Ithnin Pn .Siti Nubailah bt Amat Ramlan (GPM) khamis Pn .Siti Nubailah bt Amat Ramlan (GPM) Pn Sarina bt Ithnin Jumaat Pn .Siti Nubailah bt Amat Ramlan (GPM) Pn Norzaitol Akmar bt Ahmad * tugas guru bertugas adalah untuk memastikan : 1. Peralatan Pusat Sumber dan pintu dikunci sebelum tamat sesi persekolahan 2. Pengawas Pusat Sumber bertugas mengikut giliran yang telah ditetapkan 3. Keadaan bilik dan perpustakaan dalam keadaan yang baik selepas digunakan Sebarang perubahan hari bertugas maklumkan kepada GPM dan Guru Perpustakaan BIL KUNCI NAMA 1 Perpustakaan (mangga kunci menggunakan password) -nombor password telah dimaklumkan kepada pejabat 2 Kunci bilik-bilik Khas Semua Ketua Bilik Khas 7.0 JADUAL BERTUGAS GURU DI PSS / PERPUSTAKAAN 8.0 SENARAI AGIHAN KUNCI PSS UNTUK KEGUNAAN


RANCANGAN AKTIVITI PUSAT SUMBER SK.TUNKU BESAR TAMPIN 2024/2025 Bil Program Strategi Pelaksanaan Tempoh Tindakan 1. PROGRAM KPM 1. NILAM Sepanjang tahun 2. Dekad Membaca Kebangsaan Bulan Ogos 3. 10 minit membaca Bulan Mei Mac hingga Februari 2025 Guru Media Guru NILAM Guru Pusat Sumber Pengawas Pusat Sumber 2. MEMANFAATKKAN FUNGSI PUSAT SUMBER 1. Menambah bilangan bahan bacaan Mencukupkan nisbah buku per pelajar 1:15 Buku mengikut keperluan pengguna 2. Menambah kemudahan Pusat Sumber Ruang bacaan lantai (bersila) Kipas dinding Meja bacaan individu 3. Mengimarahkan Pusat Sumber Promosi Pelbagaikan aktiviti Ganjaran Buku rujukan terkini Mac 2024 hingga Februari 2025 Guru Media Penyelaras ICT Guru Pusat Sumber Pengawas Pusat Sumber 3. MEMPERKASAKAN NILAM 1. Anugerah NILAM Iktiraf pelajar capai bintang – beri sijil di di majlis Anugerah kecemerlangan tahunan Iktiraf NILAM murid dengan memberi sijil dan trofi setiap bulan secara individu dan kelas. 2. Program Transisi Tahun 1 /Pra sekolah PPSS tahun 2024 Bacaan pagi 3. Pelancaran Nilam 4. Aktiviti bersama penulis 5. Bacaan di kelas 7. Aktiviti on-line Mac 2024 hingga Februari 2025 Guru Media Guru NILAM Guru Pusat Sumber Pengawas Pusat Sumber 4. MEMPERKASAKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 1. Sahsiah PPSS Kem Pemimpin Muda Pengawas PSS 2024 Mei 2024 hingga Januari 2025 Guru Media Guru NILAM Guru Pusat Sumber 9.0 RANCANGAN TAHUNAN PROGRAM 2024/2025


2. Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Tempoh percubaan Anugerah pengawas terbaik bulanan Ketua Pengawas Pusat Sumber 3. Bengkel Pengurusan PSS Kursus (peminjaman dan pemulangan buku, proses buku baru – system dewey, susun buku) 4. Penubuhan Kelab Pencinta Buku (Persatuan PPSS) 5. Lawatan sambil belajar ke Pusat Sumber Cemerlang /Perpustakaan Negeri 6. Ketrampilan Pengawas PSS Pakaian seragam – warna biru Kad Kuasa / Badge Pengawas Pusat Sumber 5. PROGRAM KOLABORASI 1. Panitia Pameran Bertema Karnival Akademik 2. Lawatan maya Youtube Channel Mac 2024 hingga Februari 2025 Guru Media Guru NILAM Guru Pusat Sumber Pengawas Pusat Sumber 6. Menjana Pendapatan PSS 1. Denda 2. Fotostat 3. Printing 4. Laminating 5. Jualan (sampul raya dan sebagainya) 6. Projek Inovasi Mac 2024 hingga Februari 2025 Guru Media Guru NILAM Guru Pusat Sumber Pengawas Pusat Sumber


Pusat Sumber SK.Tunku Besar Tampin sentiasa mengalami perubahan yang positif dari segi bilangan buku, peralatan, perabot, kepelbagaian aktiviti dan imej . Ianya bertujuan untuk menjadikan Pusat Sumber SK.Tunku Besar Tampin sebagai pusat informasi yang terunggul bagi memudahkan warga SK.Tunku Besar Tampin untuk menggunakannya dan mengaplikasikannya dalam pembelajaran. Tempat yang akan dirindui oleh pelajar dan guru serta berkongsi kejayaan serta maklumat .Semoga segala usaha dan kerjasama daripada semua pihak yang melaksanakan aktiviti ini akan sentiasa beroleh keberkatan daripada Allah SWT serta kejayaan yang cemerlang. 10.0 PENUTUP


Click to View FlipBook Version