The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR SAKINAH SYAHIRAH BINTI NORDIN (HSIS), 2024-01-31 19:29:32

KANSER MULUT

KANSER MULUT UNIT PATOLOGI MULUT & PERUBATAN MULUT HOSPITAL SULTAN IDRIS SHAH SERDANG


APA ITU KANSER MULUT 01 / LESI MULUT 02 / FAKTOR RISIKO 03 / GEJALA 04 / ISI KANDUNGAN RAWATAN 05 / PROGNOSIS & KOMPLIKASI 06/ PENCEGAHAN 07/


Kanser Mulut adalah sejenis ketumbuhan merbahaya yang boleh terjadi di mana-mana bahagian mulut seperti lidah, bibir, gusi, lantai mulut, pipi dan lelangit. APA ITU KANSER MULUT?


FAKTA KANSER MULUT 2 Tempat ke-16 daripada 33 jenis kanser yang paling kerap terjadi di dunia. 3 4 5 1 NISBAH 3 : 1 Lebih kerap terjadi pada kaum India serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Kira-kira 2 individu didiagnosa dengan kanser mulut setiap hari. Kebanyakan pesakit kanser mulut di Malaysia dikesan pada tahap III dan IV. Pesakit kanser mulut tahap awal (I dan II) berpeluang sembuh sekiranya mendapatkan rawatan segera.


LESI MULUT SEL ATAU TISU YANG TIDAK NORMAL PADA KAWASAN MULUT. BAHAGIAN YANG TERLIBAT MENGALAMI KELAINAN SEPERTI BENGKAK, ULSER DAN PERUBAHAN WARNA. Melibatkan bahagian bibir, lidah, gusi, bahagian dalam pipi, lelangit dan lantai mulut. Lesi boleh tumbuh dan membentuk ketumbuhan benign (bukan kanser) atau malignan (kanser). LESI BENIGN (BUKAN KANSER): Ketumbuhan yang tidak berbahaya dan tidak merebak ke bahagian mulut lain. LESI MALIGNAN (KANSER): Ketumbuhan berbahaya dan boleh merebak ke bahagian mulut lain. Perlu pengesanan SEGERA! 1 2 3 4


LESI PUTIH


LESI TOMPOK MERAH


LESI LAIN-LAIN


FAKTOR RISIKO Penggunaan tembakau seperti rokok, cerut, paip atau bidi. Berhenti dari merokok selama 3 tahun boleh mengurangkan risiko kanser mulut sebanyak 50%. Pengambilan alkohol secara berlebihan. Mengunyah sirih bersama pinang. Pengambilan sogek dan mengunyah tembakau yang lain meningkatkan risiko kanser pada bahagian pipi, gusi dan lantai mulut.


FAKTOR RISIKO Infeksi berkaitan dengan virus (Human Papilloma Virus) adalah salah satu penyebab kepada terjadinya keadaan ini. Lapisan tisu mulut boleh mendapat jangkitan melalui seks mulut dan selalu bertukar pasangan. Terdedah kepada cahaya matahari secara berlebihan. Kurang pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan meningkatkan risiko kanser mulut.


GEJALA Bengkak atau ketulan dalam mulut. Ulser/ luka dalam mulut yang tidak sembuh lebih dari 2 minggu. Tompokan putih atau merah yang tidak hilang. Kesukaran menelan atau mengunyah. Kesukaran menggerakkan lidah atau rahang. Kebas atau sakit tanpa sebab pada mulut/rahang.


RAWATAN Penyiasatan: RADIOTERAPI: Terapi tambahan untuk membantu memusnahkan sel-sel kanser mikro yang mungkin terlepas. Kadang-kala digunakan untuk mengecutkan kanser besar sebelum pembedahan. KEMOTERAPI: Penggunaan ubat anti-kanser untuk memusnahkan sel kanser secara sistemik. Kemoterapi boleh menyebabkan pedih mulut, lemah badan, keguguran rambut dan lain-lain. 1 2 3 PEMBEDAHAN: Bergantung pada saiz dan lokasi lesi. Pakar akan membuang lesi sahaja, atau lesi bersama-sama tulang dan nodus limpa. Biopsi perlu dilakukan diikuti dengan siri pengimejan seperti CT Scan untuk menentukan tahap penyakit tersebut. Sebelum apa-apa rawatan diputuskan, perbincangan melibatkan pakar bedah, pakar kanser, doktor gigi, pakar bius dan pihak lain yang menyumbang bersama terhadap rawatan tersebut.


PROGNOSIS Prognosis untuk kanser mulut bergantung kepada beberapa faktor, iaitu: Lokasi. (Kanser pada bahagian bibir mempunyai prognosis yang lebih baik berbanding pada bahagian lidah). Saiz. (Kanser berskala kecil mempunyai prognosis yang lebih baik). Tahap kanser. (Kanser tahap 1 mempunyai prognosis yang lebih baik berbanding tahap 4). Tahap kedalaman pencerobohan sel kanser ke dalam tisu badan. (Prognosis menjadi lebih buruk bila kedalaman penceronohan meningkat). Prognosis menjadi lebih buruk bila sel-sel kanser telah merebak ke bahagian lain tubuh. Prognosis juga bertambah buruk bila terjadi pada pesakit yang telah berumur lanjut.


KOMPLIKASI Kecacatan struktur mulut dan muka. Hilang selera makan. Sakit. Kesukaran menelan. Kesukaran bercakap. Bukaan mulut terhad. Kehilangan berat badan. Tekanan perasaan. Sel-sel kanser boleh merebak ke bahagian lain tubuh (metastasis) Boleh membawa kepada kematian.


PENCEGAHAN Tidak merokok dan tidak minum minuman beralkohol secara berlebihan Tidak mengunyah tembakau / pinang Pengamalan gaya hidup sihat. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan pendedahan terhadap cahaya matahari Memakai krim pelindung cahaya matahari (sunblock) Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala di Klinik Pergigian & Lakukan Pemeriksaan Mulut Sendiri di rumah.


Berdiri di hadapan cermin di bawah cahaya yang terang. Tanggalkan gigi palsu, sekiranya ada. Periksa muka dan leher anda untuk mengesan tanda bengkak, luka atau perubahan warna. Tekan bahagian leher untuk mengesan tanda sakit atau benjolan. Periksa bibir anda dengan teliti untuk mengesan sebarang perubahan warna, tekstur dan kelainan permukaan tisu. Tarik bibir atas dan periksa untuk mengesan ulser atau perubahan warna. Ulangi untuk bibir bawah. Tarik pipi kanan dan periksa bahagian dalam pipi dengan menyeluruh. Dengan menggunakan jari telunjuk di bahagian dalam pipi dan ibu jari di luar pipi, picit perlahan-lahan untuk mengesan sebarang kelainan. Ulangi untuk pipi kiri Dongak kepala, buka mulut dan periksa bahagian lelangit. Perhatikan sebarang perubahan atau benjolan. Letakkan hujung lidah di lelangit. Periksa lantai mulut dan bahagian bawah lidah. Keluarkan lidah dan perhatikan sebarang perubahan warna dan tekstur di bahagian lidah.Periksa dan picit bahagian tepi kanan, tepi kiri dan hujung lidah untuk mengesan sebarang benjolan. PENGESANAN AWAL DAPAT: 1. MENGECAM LESI PADA TAHAP AWAL DAN DAPAT MENCEGAH DARI MENJADI LEBIH TERUK. KANSER MULUT YANG DAPAT DIKENAL PASTI PADA TAHAP I DAN II BERPELUANG SEMBUH SEKIRANYA DIRAWAT DENGAN SEGERA. 2. LAKUKAN 6 LANGKAH PEMERIKSAAN MULUT SENDIRI DI RUMAH: 1 2 6 3 4 5


Click to View FlipBook Version