The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-11360400, 2021-11-07 03:57:29

Buku Skrap Digital Kelab Bola Jaring SK St. Columba 2021

BUKU SKRAP DIGITAL
2021

NAMA:Valentina Luhong Apoi
KELAS:5Love
NAMA SEKOLAH :Sk Saint Columba
TAJUK:~BOLA JARING~



1.Lebih kawasan: Tidak boleh di hantar lebih daripada kawasan tanpa disentuh atau ditangkap
oleh pemain.
2.Gerak kaki: Pemain tidak dibenarkan mengheret atau menggunakan kaki mendarat.
3.Hantaran ke dalam di beri kepada pasukan lawan jika bola keluar gelanggang.
4.Hantaran tengah di ambil secara bergilir gilir selepas setiap jaringan gol.
5.Permainan dimulakan dengan hantaran tengah.
6.Memulakan permainan.
7.Pengadil diadili oleh 2 orang pengadil.
8.Pasukan akan tukar kawasan gol pada separuh masa.
9.Bilangan pemain: Setiap pasukan terdiri daripada 7 orang pemain dan 5 orang pemain simpanan
10.Off side:  Pemain dengan bola atau tanpa bola dianggap keluar kawasan jika memasuki mana
mana kawasan selain daripada   kawasannya.
11.Halangan: Pemain tidak dibenarkan menghalang pihak lawan yang memegang bola kurang
daripada 0.9 meter (3 kaki). Jarak dikira daripada kaki mendarat.
12.Sentuhan:  Pemain tidak dibenarkan melakukan sentuhan dengan pemain lawan   sama ada
sengaja atau tidak.

Bagi permainan bola jaring terkini, masa permainan ialah terbahagi kepada 4
suku masa. Setiap suku masa mempunyai 15 minit permainan. Setiap suku
mempunyai masa rehat 4 minit antara suku 1 ke 2 dan suku 3 ke 4. Manakala
bagi suku 2 ke 3 adalah dikira separuh masa dan diberi masa rehat selamat 12
minit. 
Setiap pasukan mesti menukar posisi gelanggang setiap kali memasuki suku
baru. Setiap permainan perlu dilakukan sepanjang tempoh masa permainan
sahaja. Kecuali, jika suatu pasukan tersebut diberikan penalti pas di dalam
bulatan gol. Pengadil akan meniup wisel penamat setelah pemain tersebut
selesai melakukan penalti pas.

HANTARAN
A. HANTARAN ARAS BAHU
Hantaran ini dapat dilakukan kerana bola hantaran paras bahu dapat
dilontar dengan lebih tinggi dan jauh.
TEKNIK HANTARAN BOLA PADA ARAS BAHU
•Pegang bola di atas tapak tangan kanan.
•Kaki kiri melangkah ke hadapan bertindak sebagai [aksi pergerakan
kaki kanan.
•Berat badan berada di atas kaki kanan.
•Bawa bola ke belakang kepala dengan kedudukan siku dibengkokkan.
•Pindahkan berat badan dari kaki kanan ke kaki kiri semasa membuat
hantaran.
•Tolak bola dengan kuat dan terus ke hadapan atau flick.
•Tangan dan jari ikut lajak arah bola di hantar.
•Bagi hantaran jarak jauh gunakan pergerakan ‘whip’pergelangan tangan.

B. HANTARAN BOLA ARAS DADA
Hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat, cepat
dan jarak yang tidak begitu jauh.
TEKNIK HANTARAN BOLA ARAS DADA
•Jari tangan pemain dibuka untuk mencekap bola.
•Bola berdekatan badan iaitu pada aras dada. Tangan
dibengkokkan dan suku dalam keadaan seimbang.
•Pemain dalam kedudukan seimbang dan kaki kiri ke
hadapan.
•Pemain hendaklah mengambil satu langkah ke hadapan.
•Siku dan kesemua jari hendaklah diluruskan dan tangan
ditolak ke hadapan serentak dengan kekuatan bola.



GK - Goal Keeper POSISI KAWASAN
GS 4,5
3,4,5
GD - Goal Defend GA 1,2
1,2,3
GS - Goal Shooter GK 3,4
2,3,4
WD - Wing Defend GD 2,3

WA - Wing Attack WA

GA - Goal Attack C

C - Center WD

A.  PENJARING GOL (GS)
•GS bertugas sebagai penjaring gol
•mesti mahir membuat jaringan
•bermain di kawasan masing masing
•tidak bebas bergerak
B.  PERTAHANAN GOL / PERTAHANAN DALAM (GD)
•GD boleh menerima bola dari hantaran tengah
•pasukan pihak lawan di kawasan tengah,kawasan gol atau dalam jaringan
•menjaga dan mengawal gerakan penyerang gol (GA)
C.  PENJAGA GOL (GK)
•menjaga penjaring gol (GS) pasukan lawan di dalam kawasan mahupun luar
kawasan
•menjaga kawasan jaring dan menghalang penyerang dalam kawasan jaring
•GK bekerjasama dengan GD
 

D.  PENYERANG  SAYAP (WA)
•menyerang dan tugas utamanya menghantar bola dari tengah ke kawasan jaring
•WA biasanya menghantar bola kepada   penjaring dan penyerang gol dengan kerjasama
pemain tengah
E. PENYERANG GOL (GA)
•ditugaskan sebagai penjaring
•bekerjasama dengan pemain tengah,penyerang sayap dan penjaring gol
•menerima hantaran tengah dan bertidak sebagai peyerang
F. PENYERANG SAYAP (WD)
•menghalang gerak geri dan hantaran yang ditujukan kepada penyerang sayap (WA)
pasukan lawan.



Strategi I}Perhatikan rajah kedudukan pemain di bawah. Latihan strategi
seperti ini bermula dari pemain tengah C. Pemain C membaling bola kepada
WD untuk hantaran pertama sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel. WD
pula akan cuba menghantar bola kepada WA yang sedang berada dalam
kawasan lawan. WA menghantar bola kepada GS untuk hantaran ketiga, dan
akhir sekali GS membuat hantaran keempat kepada GA yang sudah pun
berada dalam kawasan jaringan. Dengan demikian GA berpeluang membuat
jaringan gol.

Strategi ini bertujuan untuk menyerang dan juga bertahan. Ini bergantung
kepada pasukan mana yang sedang menguasai bola. Apabila bola
dikeluarkan oleh pasukan lawan melepasi kawasan belakang pasukan
pertama, bola akan dilontar masuk oleh pasukan pertama. Di sinilah
strategi pertama hantaran ke dalam bermula. Ini bererti pasukan yang
bertahan akan bertindak sebagai penyerang untuk melaksanakan strategi
ini. Kita dapat lihat bagaimana strategi ini dilaksanakan. Pemain GK akan
memulakan gerakan dengan menghantar masuk bola kepada pemain GD.
Kedudukan awal pemain GD, kini berubah kepada kedudukan GD2
(gerakan ini hendaklah pantas). Ini bererti pemain GD sudah melarikan
diri daripada kawalan atau kedudukan awalnya. Pemain WD juga akan
bergerak pantas dari WD1 ke WD2 untuk menerima hantaran daripada
pemain GD. Apabila gerakan bola tiba kepada WD2, pasukan ini yang
pada mulanya berada pada kedudukan bertahan akan bertukar sebagai
pasukan menyerang.

Pertahanan juga memerlukan strategi supaya setiap serangan pasukan
lawan dapat dipatahkan dan setiap percubaan membuat jaringan dapat
digagalkan. Ia juga bertujuan merampas bola sekali gus menukar
kedudukan daripada posisi bertahan kepada menyerang. Bertahan
bererti mengawal pasukan lawan. Pemain yang berpengalaman akan
memilih bermacam-macam cara untuk membuat pertahanan yang baik,
kerana jika pertahanan lemah atau tidak teratur, pihak lawan dengan
mudahnya dapat membolosi barisan pertahanan untuk membuat
serangan.


Click to View FlipBook Version