HSM3023 MALAYSIA ABAD KE-19
Perkembangan
Ekonomi di Perak
Pada Abad ke-19
NAMA: NUR AYESA SAFIA BINTI MOHD SAPAWI
NO. MATRIK: D20202096819
PENSYARAH: DR. WAN NOORLIZAWATI BINTI MAT ALI
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
2.0 PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH
2-5
3.0 PENANAMAN GETAH 6-8
4.0 PENANAMAN TEBU 9
5.0 PENANAMAN KELAPA SAWIT 10 - 11
6.0 KESIMPULAN 12
7.0 BIBLIOGRAFI 13 - 14
1.0 PENGENALAN
Negeri Perak berasal daripada Sungai Perak yang mana pada waktu dahulu ada segelintir pendapat penduduk mengatakan bahawa terdapat
satu 'kilatan ikan dalam air' yang berkilau seperti Perak malah ada juga yang beranggapan bahawa nama negeri Perak ini diambil sempena
dengan nama Bendahara Tun Perak dari Melaka. Namun begitu, pengenalan dari negeri Perak ini jelas memberi bayangan tentang khazanah
yang terkandung di buminya. Negeri Perak merupakan negeri Melayu telah lama wujud kerana mempunyai satu bentuk sistem pentadbiran
dan kemasyarakatan yang boleh dikatakan kukuh.[1] Kerajaan Perak diasaskan di Hilir Perak bermulanya kuasa British yang mula
mewujudkan pentadbiran di Perak. Terdapat dua bentuk ekonomi utama yang diamalkan di Tanah Melayu iaitu sistem ekonomi sara diri dan
sistem ekonomi komersial. Sebelum berlakunya campur tangan British di Tanah Melayu pada tahun 1874, ekonomi masyarakat Melayu yang
diamalkan di Tanah Melayu secara umumnya berbentuk tradisional iaitu ekonomi sara diri.[2]
Antara sistem ekonomi sara diri ialah pertanian, penternakan, perikanan, serta memungut hasil hutan. Tujuan utama sistem ekonomi sara
diri ini dijalankan untuk dijadikan sebagai keperluan asas dan digunakan untuk keperluan harian keluarga sahaja. Ekonomi sara diri ini
berlaku sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu. Selepas British bertapak di Tanah Melayu, sistem ekonomi komersial mula
diperkenalkan untuk merancakkan lagi aktiviti ekonomi yang sedia ada menjadi sistem ekonomi komersial seperti perlombongan bijih timah
serta perdagangan antarabangsa yang melibatkan eksport dan import[3]
Peta 1: Daerah Negeri Perak
Sumber: Portal Rasmi Perak
[1]Sejarah Awal Mengenai Negeri Perak, Haji Buyung Adil, Sejarah Perak, DBP, Kuala Lumpur, 1972, h. 1-8.
[2] A. Azmi Khalid. (1996). Ekonomi Melayu Kurun ke-19: Sara Diri atau Komersial?, dalam Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif oleh Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 224.
[3]A. Azmi Khalid. (1996). Ekonomi Melayu Kurun ke-19: Sara Diri atau Komersial?, dalam Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif oleh Badriyah Haji Salleh & Tan Liok Ee, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 224.
1
Peta 2: Kawasan Perlombongan Bijih Timah di 2.0 PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH
Perak Pada Abad ke-19
Sumber: Arkib Negara Malaysia Ekonomi di Perak pada zaman dahulu berfokuskan kepada bijih timah kerana ia merupakan eksport utama di negeri tersebut dan
merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi sejarah Perak.[4] Perniagaan bijih timah bermula dari Pulau Pinang iaitu pada tahun
1786 semasa Pulau Pinang dibuka.[5] Pada ketika itu juga Pulau Pinang menjalinkan hubungan perniagaan bijih timah di Kedah, Patani,
Perak dan Jong Salang yang mana kesemua ini merupakan wilayah taklukan Thailand. Antara wilayah taklukan Thailand yang
pengeluar terbesar bijih timah di negeri Melayu pada waktu itu ialah Jong Salang. Oleh itu, ramai kuasa luar yang ingin dan turut
menjalinkan hubungan dengan wilayah taklukan Thailand kerana perusahaan bijih timah yang diusahakan oleh kesemua wilayah ini
terlalu banyak. Pada masa yang sama hubungan perdagangan juga terkenal dan meningkat hasil daripada perusahaan bijih timah
tersebut.[6]
Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pihak British terhadap sektor ekonomi, yang berkembang itu. British juga
berharap agar Jong Salang tidak lagi menjadi tempat pelabuhan yang mengenakan cukai yang tinggi kepada kapal eksport dan import.
Sikap British yang berat sebelah itu dapat dilihat apabila British tidak mengenakan sebarang cukai terhadap kapal-kapal British yang
memasuki kawasan Barat Semenanjung Tanah Melayu. Pelbagai cara atau usaha yang telah dilakukan oleh British untuk mendapatkan
perusahaan bijih timah namun ianya gagal. Tetapi British tidak putus asa sehinggalah British mula mengenakan idea kolonialisme ke
Tanah Melayu yang mana pada tahun 1850, Che Long Jaafar berjaya menguasai Larut kerana beliau merupakan orang pertama yang
mengetahui akan kepentingan bijih timah.[7] Long Jaafar dan anaknya Ngah Ibrahim memajukan perlombongan bijih timah di Klian
Pauh dan Klian Baru dengan membawa masuk pelombong Cina. Ngah Ibrahim menjadikan Kuala Sepetang sebagai pelabuhan untuk
mengangkut bijih timah dari Perak ke Pulau Pinang.
[4]Barbara Watson Andaya, Perak: The Abode of Grace. A Study of an Eighteenth Century Malay State Kuala Lumpur, 1979.
[5]Victor Purcell, 1975, The Chinese In Malaya, Oxford University Press, hlm 39.
[6]Megat Zulrushdi Fahimudin, Mohd Samsudin, Suffian Mansor, Jurnal of Social Science and Humanities: Perak Sebagai Pusat Perdagangan Di Alam Melayu Sehingga Abad Ke-19, Universiti Kebangsaan Malaysia, e-Bangi, 2020, hlm
248.
[7]C.S Wong, 1963, A Gallery of Chinese Kapitans, Dewan Bahasa dan Kebangsaan, Ministry of Culture, Singapore, hlm 70.
2
Rajah 1: Aktiviti Mendulang Bijih Timah Dengan ini bermulalah perlombongan bijih timah secara besar-besaran di Larut apabila orang-orang Cina memasuki
Sumber: Koleksi Nadir Terpilih kawasan tersebut.[8] Aktiviti melombong bijih timah ini dilakukan sejak berkurun-kurun lamanya oleh kaum atau
masyarakat Melayu tetapi bilangan orang Melayu yang terlibat dalam kegiatan perlombongan ini adalah terhad. Tambahan
pula, masyarakat Melayu terdahulu tidak mahir dalam teknologi malah mereka turut menggunakan kaedah tradisional
untuk melombong bijih timah iaitu dengan cara melampan atau mendulang.[9] Kaedah tradisional ini kurang efektif dan
menyebabkan pengeluaran bijih timah menjadi terhad. Aktiviti mendulang ini dijalankan di sungai atau dimana bekas
kawasan lombong. Tanah yang ada didalam dulang akan diayak untuk mengasingkan bijih timah daripada bahan lain yang
tidak diperlukan dan setelah itu bijih timah akan tertinggal didalam dulang setelah diayak.
Perusahaan bijih timah ini diteruskan lagi dan semakin berkembang sehingga abad ke -17 yang mana pada abad ini
perlombongan bijih timah sudah mula tertumpu di Sungai Perak, Kuala Kangsar, Manjong, Beruas dan Kelian Intan. Perak
secara tidak langsung menjadi pelabuhan utama yang menghasilkan bijih timah kerana sejak zaman kesultanan Melayu
Melaka lagi daerah Beruas antara yang membekalkan bijih timah kepada perdagangan di Melaka. Perkara ini jelas dilihat
apabila Melaka berjaya menarik perhatian para pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Melaka terutamanya pedagang
dari Portugis.[10] Sebuah pos perdagangan telah didirikan di Perak hasil kerjasama daripada Pegawai Portugis di Melaka
yang turut serta dalam perdagangan bijih timah di Perak. Daerah Beruas pula sejak dahulu lagi dijadikan sebagai
pelabuhan perdagangan yang utama di Melaka kerana disitu merupakan tempat yang mengendalikan kapal-kapal Gujerat
yang datang dari Siam dan Kedah untuk memperoleh bijih timah. Apabila berlakunya kejatuhan Melaka, wujudnya kuasa
Acheh yang telah memonopoli kawasan pelabuhan-pelabuhan utama yang menjadi tumpuan para pedagang Islam dan
Alam Melayu yang telah dikuasai oleh Portugis. Maka dengan ini Perak terus menjadi pembekal utama bijih timah untuk
perdagangan antarabangsa Acheh dan secara tidak langsung Perak dianggap sebagai negeri naungan Acheh kerana
memiliki kemakmuran dan kekayaannya yang tersendiri. Oleh yang demikian, Perak menjadikan bijih timah bahan untuk
mendapatkan perlindungan Portugis bagi membebaskan Perak daripada Acheh kerana Acheh menakluki Perak bukan
sekadar memperkuatkan kedudukan tetapi untuk mengawasi perairan yang lain.
[8]Khoo Kay Kim, 1972, The Western Malay States 1850-1873: The Effects of Commercial Development of Malay Politics, Oxford University Press, hlm 209.
[9]T. J. Newbold, Political and Statistical Account of The British Settlement in The Straits of Malacca, hlm. 43-45.
[10]Megat Zulrushdi Fahimudin, Mohd Samsudin, Suffian Mansor, Jurnal of Social Science and Humanities: Perak Sebagai Pusat Perdagangan Di Alam Melayu Sehingga Abad Ke-19, Universiti Kebangsaan Malaysia, e-Bangi, 2020, hlm 249.
3
Rajah 2: Kawasan Lombong Dedah Pelbagai cabaran yang dihadapi oleh Perak supaya Perak mengalami kemerosotan dari segi perkembangan perdagangan
Sumber: Orang Perak bijih timah. Perkara ini dapat dilihat apabila berlakunya aktiviti penyeludupan bijih timah untuk dijual kepada pedagang
British di Pulau Pinang, Belanda pula menggunakan Pelabuhan Telok Anson sebagai jalan masuk melalui muara Sungai
Perak untuk memonopoli perdagangan dengan Perak.[11] Permintaan bijih timah dalam perdagangan luar sangat tinggi
kerana bijih timah mampu menjadikan ekonomi di perak berkembang maju. Dalam pada itu, aktiviti perlombongan bijih
timah juga beralih kepada kaedah yang paling afektif dan perlu menggunakan kerahan tenaga pekerja yang ramai. Antara
kaedah yang digunakan untuk melombong bijih timah ialah dengan menggunakan kaedah lombong dedah yang
diperkenalkan oleh orang cina[12] Lombong dedah merupakan salah satu kaedah yang selamat dan murah serta
menggunakan peralatan seperti pam kerikil, kapal wap dan sebagainya.
Selain lombong dedah, terdapat juga kaedah lain yang digunakan untuk memudahkan kegiatan perlombongan bijih timah
iaitu dengan menggunakan Kapal Korek yang diperkenalkan oleh Syarikat Eropah pada awal kurun ke-20. Proses kapal
korek ini sangat senang kerana dapat membantu percepatkan aktiviti perlombongan bijih timah berbanding dengan
menggunakan kaedah tradisional. Malah, penggunaan kapal korek ini digalakkan dikawasan yang mendatar terutamanya
kawasan di pesisir pantai kerana pencedok yang ada pada kapal tersebut akan mengaut tanah yang mengandungi bijih timah
dan mengangkutnya ke satu tempat tinggi yang ada pada kapal korek tersebut.[13]
[11]Iskandar Zulkarnain, Kewujudan Pelabuhan Teluk Anson yang Semakin Dilupakan. Dipetik daripada blogsejarah https://www.orangperak.com/kewujudan-pelabuhan-teluk-anson-yang-semakin-dilupakan.html. Diakses pada 15
Disember 2021.
[12]Muhamad Taqiuddin Omar, Rahilah Omar, Perkembangan Perlombongan Bijih Timah di Negeri Sembilan, 1910-1929, Universiti Kebangsaan Malaysia, JURNAL WACANA SARJANA, 2020, hlm 6.
[13]AlongMurni, TT5 : MUZIUM WARISAN KAPAL KOREK. Dipetik daripada blogspot https://alongmurni.blogspot.com/2018/01/tt5-muzium-warisan-kapal-korek.html. Diakses pada 15 Disember 2021.
4
Rajah 3: Kapal Korek
Sumber: Tanjung Tualang Tin Dredge No5
5
3.0 PENANAMAN GETAH
Penaklukan British di Perak bukan sahaja berfokuskan kepada sistem pentadbiran dan ingin memonopoli kawasan perdagangan bijih timah semata-mata malah wujud juga pembangunan pertanian dan perladangan
yang diperkenalkan oleh British terutamanya di kawasan Hilir Perak.[14] Sektor pertanian dan perladangan di Tanah Melayu telah bermula sejak British mula datang ke Pulau Pinang namun sektor ini semakin
berkembang apabila British mewujudkan pentadbirannya di Perak dan mula bertapak di sana pada tahun 1874.[15] Walaupun Perak dikatakan sebagai negeri yang kaya dengan bijih timah namun pihak British tidak
mengabaikan sektor pertanian dan perladangan yang boleh mendatangkan hasil lumayan serta boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri.
Sektor pertanian dan perladangan yang diusahakan oleh British mendapat sambutan daripada negara luar terutamanya dari negara Barat.[16] Oleh itu, secara tidak langsung British juga menggalakkan penyertaan
dari negara Barat untuk melabur dalam sektor yang diusahakan oleh British sama ada dari segi pertanian ataupun perladangan. Perladangan komersial ini terletak di Hilir Perak dan segala aktiviti pertanian akan
dipantau dengan lebih teliti serta sistematik oleh Jabatan Pertanian atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai Agricultural Department. Tujuan Jabatan Pertanian ini ditubuhkan adalah untuk memantau dan
mengawal segala aktiviti pertanian supaya tidak mengalami sebarang kerosakan terutamanya daripada hasil tanaman yang dikeluarkan nanti. Daerah Hilir Perak yang menggiatkan aktiviti pertanian ialah Teluk
Anson, Bagan Datoh, Simpang Tiga, Rangkup, Sungai Sumun, Chikus, Changkat Jong, Labu Kubong, Langkap, Selekoh dan Sungai Manik.[17] Tanaman yang di Hilir Perak bukannya tertumpukan kepada satu
jenis tanaman sahaja malah ia juga mempunyai tanaman seperti getah, tebu, kelapa sawit dan koko.
Tanaman getah merupakan sejenis tanaman yang dapat mencetuskan perkembangan dan telah banyak bertapak di Tanah Melayu. Hal ini dikatakan demikian apabila tanaman getah mampu memulihkan ekonomi
setelah tanaman kopi yang diperkenalkan di Malaya mengalami kejatuhan harga kopi di pasaran dunia.[18] Pada awalnya getah ini berasal dari Brazil dan dibawa ke England oleh Henry Wickham pada tahun 1876
untuk disemai di Kew Garden, England. Kemudian pada tahun 1877, sebanyak 22 batang anak getah dibawa ke Singapura dan ditanam di Botanical Garden. Setelah itu, Kuala Kangsar menerima beberapa batang
anak getah dari Singapura untuk ditanam di kediaman Residen Perak. Tanaman getah di Tanah Melayu dipertanggungjawabkan oleh H. N. Ridley iaitu pengarah Botanical Garden Singapura kerana beliau sangat
menggalakkan penanaman getah ini di Tanah Melayu.
[14]KHOO KAY KIM Ph.D, Sejarah Pembentukan Masyarakat Majmuk di Taiping, Universiti Malaya, Persatuan Sejarah Malaysia, hlm 48.
[15]K.T. Joseph, 2008, Agricultural History of Peninsular Malaysia: Contribution From Indonesia, Journal of Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society, Vol 81 (1). Hlm 7.
[16]Azrai Abdullah, Izdihar Baharin & Rizal Yaacop, 2012, The Transformation of Perak’s Political And Economic Structure In The British Colonial Period In Malaya (1874-1957), JEBAT: Journal of History, Politics and Strategy. Bil 39, No 2. Hlm 69.
[17]Perak Secretariat 3277/1948, “Name of Town And Village in Perak”.
[18]K.T. Joseph, 2008, Agricultural History of Peninsular Malaysia: Contribution From Indonesia, Journal of Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society, Vol 81 (1). Hlm 11.
6
Rajah 4: H. N. Ridley
Sumber: Global Plants Initiative
H. N. Ridley bukan sahaja bertanggungjawab untuk memberi galakan kepada aktiviti penanaman getah malah beliau juga bertanggungjawab dalam memastikan kualiti dan kuantiti getah
terjamin. Dengan ini, beliau telah memperkenalkan kaedah menoreh mengikut sistem ‘ibedem’ atau sistem tulang ikan herring yang mana kaedah torehan ini mampu meningkatkan pengeluaran
susu getah.
7
Rajah 5: Torehan Sistem Tulang Ikan Herring Penggunaan torehan sistem tulang ikan herring menyebabkan industri penanaman getah meningkat dan
Sumber: Anim Agro Technology melambung tinggi di pasaran dunia. Pengeluaran getah yang berkualiti tinggi menyebabkan syarikat
motokar di Eropah dan Amerika Syarikat juga semakin berkembang kerana getah diperlukan untuk
membuat tayar kenderaan, kasut penebat eletrik dan lain-lain yang menggunakan getah. Disebabkan
penanaman getah mempunyai permintaan yang tinggi maka ladang getah diperluaskan lagi dan pada masa
yang sama penanaman tebu menurun kerana kurang permintaan malah kawasan tebu dijadikan sebagai
tanah untuk menanam pokok getah.
Perusahaan penanaman getah meningkat dari masa ke masa sehingga banyak peruntukan Dana Pinjaman
Peladang yang telah diperkenalkan oleh Kolonial British kepada pengusaha ladang getah.[19] Tetapi
pada tahun 1920-1930 berlakunya zaman kemerosotan ekonomi dunia yang mengakibatkan harga getah
jatuh dan memberi kesan kepada pengusaha getah terutamanya yang tinggal di kawasan kampung. Namun
setelah ekonomi getah kembali stabil pada tahun 1947, wujud pula pengeluaran getah tiruan yang
diperkenalkan oleh Amerika Syarikat selepas berlakunya Perang Dunia II. Maka secara tidak langsung ia
menjadi pesaing kepada getah asli. Walaubagaimanapun, masalah ini dapat diatasi kerana getah asli yang
dihasilkan di Tanah Melayu sangat bermutu tinggi dan getah-getah tiruan yang lain tidak mampu untuk
mengambil tempat dalam pasaran dunia.
[19]Mohd Shazwan Mokhtar, Muhamad Aslah Akmal Azmi & Mohd Samsudin, 2017, Perkembangan Sistem Perdagangan Merkantilisme Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (1909-1913), JEBAT: Malaysian Journal of History,
Politics & Strategic Studies, Bil 44, No.2, hlm 11.
8
Rajah 6: Tanah Alluvial 4.0 PENANAMAN TEBU
Sumber: Landasan Teori
Tanaman tebu mula diperkenalkan di daerah Krian Perak sebelum ia mula dikomersialkan di Hilir Perak. Tetapi sebelum
tebu dikomersialkan ia dieksport terlebih dahulu dari Pulau Pinang pada awal tahun 1805 dengan kadar yang terhad
kerana pada masa tersebut Kolonial British tidak begitu menonjolkan tanaman ini. Pada tahun 1830-an Seberang Perai
merupakan pusat pengeluar utama di negeri-negeri selat. Tidak lama daripada itu, Perak muncul sebagai pusat pengeluar
gula terbesar di Tanah Melayu iaitu pada tahun 1900. Hal ini jelas dilihat apabila tebu yang dibawa masuk itu ditanam di
Hilir Perak secara besar-besaran pada tahun 1901. Penanaman tebu mampu meningkatkan ekonomi tempatan kerana
permintaan terhadap gula meningkat di pasaran dunia.[20] Oleh itu, banyak ladang tebu yang telah dibuka di Seberang
Perai dan juga Perak.
Penanaman tebu sangat sesuai ditanam di Hilir Perak kerana mempunyai bentuk muka bumi yang bagus malah sistem
perairan yang boleh mendatangkan kesan baik kepada tanah alluvial. Penanaman tebu tidak boleh ditanam di merata-rata
tempat kerana tanah yang sesuai untuk aktiviti penanaman tebu ialah tanah alluvial yang mana ianya berwarna kelabu
serta mempunyai tekstur liat dan mempunyai water run off yang lambat selaras dengan pertumbuhan pokok tebu tersebut.
Syarikat perladangan khususnya dalam sektor penanaman tebu telah diluluskan permohonannya oleh Negeri-negeri
Melayu Bersekutu. Kelulusan yang dibuat dapat memberi kemudahan kepada peladang tebu bagi memperluaskan sektor
penanaman ladang tebu mereka.[21] Penghasilan tebu yang berkualiti tinggi menyebabkan permintaan gula di pasaran
juga meningkat. Di Hilir Perak terdapat sebuah ladang tebu terawal yang mampu menghasilkan banyak tanaman tebu
yang berkualiti tinggi iaitu The Gedung Estate. The Gedung Estate ini dikategorikan sebagai sebuah ladang komersial
yang terbaik kerana mempunyai keluasan tanah yang luas serta ianya dipantau oleh syarikat The Straits Sugar Company.
[20]Selangor Secretariat 5459/1920, Land For Sugar Cultivation.
[21]J.C Pasqual. 1962. Sugar Cane In Malaya. Peneng Gazette Press Limited. Hlm 1.
9
5.0 PENANAMAN KELAPA SAWIT
Selain daripada tanaman pokok tebu, getah dan perlombongan bijih timah, Perak juga terkenal dengan tanaman komersial iaitu kelapa sawit. Tanaman ini diperkenalkan sejak 1920-an secara
ladang di Selangor, Perak dan Johor. Perkara ini jelas dilihat melalui satu kenyataan iaitu ‘Perak adalah tapak kelapa sawit, dan menghasilkan kelapa sawit yang tidak ternilai, kebanyakan
bahagian Perak yang mempunyai nilai komersialnya’.[22] Kelapa sawit diklasifikasikan sebagai palm tropika yang mana kuantiti minyak yang terkandung dalam kelapa sawit tersebut
merupakan makanan asal yang telah digunakan lebih 5000 tahun dahulu. Pada asalnya kelapa sawit ini juga diperkenalkan di luar negara iaitu Afrika, Asia Tenggara serta Afrika Latin pada
abad ke-15 lagi namun telah diperkenalkan sebagai “ornamental plant” pada tahun 1870. British turut memperkenalkan beberapa jenis tanaman baru untuk mengukuhkan ekonomi di Tanah
Melayu kerana menjelang kurun ke-20, kebanyakan tanaman dagangan tradisional menjadi kurang penting kerana harganya tidak stabil di pasaran dunia. Disebabkan masalah ini, British
telah memilih tempat yang strategik untuk menjalankan aktiviti dagangan kelapa sawit.
Terdapat banyak kawasan di Hilir Perak yang dikhususkan untuk menjalankan kegiatan pengeluaran kelapa sawit berikutan dengan permintaan yang tinggi terhadap kelapa sawit di
pasaran dunia.[23] Baka kelapa sawit yang biasa diguna pakai adalah berasal dari Afrika dan namanya ialah Elaeis Guineensis.[24] Pengusahaan kelapa sawit ini dapat membangunkan
ekonomi di negeri Perak kerana ia dapat memberikan sumbangan dari segi penjanaan pendapatan negara yang mana hasil kelapa sawit dieksport dalam bentuk minyak mentah dan minyak
yang telah diproses. Bagi memastikan kualiti kelapa sawit ini terjamin, sebuah penyelidikan telah dibuat bagi memastikan baka kelapa sawit yang ditanam di Perak ini menjadi subur
sebagaimana ia ditanam di Afrika. Department of Agriculture Federated Malay State telah menyelidik perkara ini secara terperinci dari segi kesuburan tanah dan sebagainya.[25] Oleh yang
demikian, baka Elaeis Guineensis ini boleh diusahakan di Perak terutamanya di daerah Hilir Perak.
[22] Isabella L. Bird. 1953. The Golden Chersonese, Travel in Malaya 1879, Singapore: Oxford University Press.
[23] Federated Malay States, Perak Administration Report 1920, hlm 3.
[24] Abdul Aziz bin Hussin, 1970, PERANGKAAN KELAPA SAWIT, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm 17.
[25] Abdul Aziz bin Hussin, 1970, PERANGKAAN KELAPA SAWIT, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hlm 18.
10
Rajah 7: Pokok sawit Elaeis guineensis Rajah 8: Buah tandan segar Elaeis guineensis
Sumber: The Malaysian Palm Oil Board (MPOB) Sumber: The Malaysian Palm Oil Board (MPOB)
11
6.0 KESIMPULAN
Pada abad ke-19 jelas menunjukkan bahawa peranan British lebih tertumpu kepada sektor perlombongan memandangkan ia lebih mudah diurus oleh kerajaan tanpa melibatkan mana-mana
pihak luar. Hal ini kita dapat lihat melalui usaha British dalam membangunkan dan mengembangkan sektor perlombongan yang terkenal sejak beliau bertapak di Tanah Melayu. Sungguhpun
begitu, penduduk di Tanah Melayu misalnya di Perak sebelum kedatangan British telah pun menjalankan kegiatan pertanian secara kecil-kecilan dan aktiviti lombong bijih timah ini tidak
terlalu menonjol kerana penduduk di Tanah Melayu pada waktu itu masih lagi menggiatkan ekonomi sara diri yang mana hasil pertanian yang mereka perolehi untuk keperluan keluarga
sahaja dan bukannya untuk dijual. Oleh itu, kegiatan perlombongan tidak berlaku kerana kekurangan pakar dalam mengendalikan kegiatan pencarian atau perlombongan tersebut. Apabila
British datang ke Tanah Melayu, Perak berubah menjadi sebuah negeri yang kaya dengan bahan mentah yang dapat meningkatkan ekonomi negeri tersebut kerana bijih timah menarik
perhatian pedagang luar untuk mendapatkan bijih timah di Perak. Perubahan ini berlaku apabila pihak British banyak menggunakan teknologi yang canggih untuk membantu memudahkan
proses perlombongan tersebut malah kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu juga aktif pada waktu itu. Maka, daripada ekonomi sara diri berubah menjadi ekonomi komersial kerana adanya
pekerja yang ramai dan faktor tanah menyebabkan British mampu menjalankan ekonomi komersial seperti pertanian tebu, kelapa sawit, getah, bijih timah dan banyak lagi. Jelaslah bahawa
perkembangan ekonomi di Perak sangat aktif apabila munculnya kuasa luar yang memperkenalkan teknologi-teknologi yang canggih dan wujud pula kepakaran manusia dalam
mengendalikan sektor dagangan supaya ia berkembang dengan pesat.
12
7.0 BIBLIOGRAFI
13
7.0 BIBLIOGRAFI
14
SEKIAN,
TERIMA KASIH