The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ira_abha, 2021-04-06 10:12:08

MINIT MESYUARAT GURU BIL 1 2021_ SK SEAFIELD

MINIT MESYUARAT GURU BIL 1 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN SEAFIELD
JALAN USJ 6/3, 47610 SUBANG JAYA

MINIT MESYUARAT GURU
BILANGAN 1 TAHUN 2021

Tarikh : 12 Januari 2021

Masa : 9.00 pagi hingga 11.45 pagi.

Tempat : Kediaman Masing-masing

Kehadiran : 46 orang

Bil Nama Jawatan
1. Haji Ismail bin Supandi Guru Besar
2. Pn Hjh Saudah binti Osman PK Pentadbiran
3. En Mohd Baghwi b Mohamed Zin PK HEM
4. Pn Rahimah binti Shahran PK Kokurikulum
5. Pn Siti Aidah binti Alias
6. En Mohd Riduan bin Aziz
7. Pn Lim Geok Chew
8. Cik Geetha A/P Narayanan Nair
9. Pn Wan Rosmuhaizan binti Wan Ab Rahman
10. Pn Maizan binti Ahmad
11. Pn Wan Rahana binti Wan Hamat
12. Pn Yusliha binti Yaakob
13. Pn Norhaida binti Mohd Nor
14. Pn Nur Asheena binti Amir Hamzah
15. Pn Suhaili binti Osman
16. Pn Nurul Waheedah binti Yaacob
17. Pn Ranjit Kaur A/P Sarjan Singh
18. Pn Norizan binti Muhamad
19. En Mohd Fadhil bin Hassan
20. En Muhammad Shahrulnizam bin Ramli
21. Pn Nor Azizah binti Mohamat Salim
22. Pn Muniroh binti Md Said
23. Pn Nor Khafizah binti Soib
24. Pn Aishah binti Sulong
25. Pn Arizah binti Mohd Zawawi

1

26. En Tuan Mohd Hazmeer bin Tuan Mohd Isa
27. Cik Nur Amira binti Shaukat Ali
28. En Tan Eik Ter
29. Pn Kavita A/P Naranasamy
30. Pn Siti Zaliha binti Abu Bakar
31. Pn Tamilselvi A/P Saladorai
32. Pn Zamzura binti Wagiron
33. Pn Syazwani binti Omar
34. En Muhammad ’Ifwat bin Sharipuddin
35. En Khairul Zaini bin Che Din
36. Pn Nor Afidah binti Othman
37. Pn Siti Nur Hani binti Suhaimy
38. Pn Malathi A/P Ramachandaram
39. Pn Aidawati binti Adzmal
40. Pn Suryati binti Suman
41. Pn Norazizah binti Mohd Rais
42. Pn Noor Azimah binti Md Noor
43. Pn Nur Syakira binti Azhari
44. Pn Nur Nadhirah bt Ab. Hamid
45. Pn Hanisah bt Misbahkhul Munir

Turut Hadir Setiausaha
-
Tidak Hadir (Bersebab)
1. En. Tan Eik Ter
Urus Setia Mesyuarat :
1. Pn Nur Nadhirah bt Ab. Hamid

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua
guru yang hadir ke Mesyuarat Guru Bilangan 1 untuk tahun 2021.

1.2 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan doa, Nyanyian Lagu Negaraku,
Nyanyian Guru Malaysia, Ikrar Perkhidmatan Awam dan akhir sekali Ikrar Rukun
Negara.

1.3 Pengerusi mengingatkan tentang dasar yang perlu dipatuhi bagi ketetapan seperti
yang tercatat dalam Buku Panduan Pengurusan 2021-unit kurikulum, hal ehwal
murid dan kokurikulum.

2

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Encik Riduan mencadangkan Minit Mesyuarat Kurikulum dan Guru Bil 4 2020
disahkan dan telah disokong oleh Puan Ranjit.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Pertukaran Guru

4.1.1 GPK 1 SK Seafield, Pn.Hjh. Adilah binti Abu Yazid telah berpindah ke
SK Bukit Jelutong (SBT) dan telah diganti dengan Pn. Hjh. Saudah binti
Osman ke SK Seafield mulai 3 Januari 2021.

Makluman

4.1.2 Ucapan terima kasih kepada semua AJK Buku Pengurusan 2021 kerana
telah berjaya menyiapkan buku tersebut. Semua guru perlu mengambil
Buku pengurusan dan dokumen lain yang akan diserahkan selepas
mesyuarat kerana dikhuatiri akan berlakunya Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).

Makluman

4.2 Pesanan Tuan Abu Mansor bin Sathri Ketua PPD Petaling Perdana

4.2.1 Persiapan pembukaan sekolah dibuat sepertimana lazimnya mengikut
garis panduan (FAQ) yang telah ditetapkan (di musim Covid-19) tanpa
menunggu arahan @ mesyuarat dari PPD/Jabatan Pendidikan Selangor.

Makluman

4.2.2 Tidak boleh mengadakan perjumpaan/perhimpunan dengan pelajar, ibu
bapa & guru-guru sebelum 20.1.21 seperti Hari orientasi Tahun 1 @
mesyuarat guru sekolah secara bersemuka.

Makluman

3

4.2.3 Dibenarkan sebahagian guru (cth guru kelas) hadir ke sekolah untuk kerja-
kerja persiapan kelas(sanitize) dan persiapan kelas peperiksaan PKSK
(jika sekolah terlibat).

Makluman

4.2.4 PGB mesti bersedia memulakan sesi pembukaan sekolah pada hari Rabu
bersamaan 20 Januari 2021 sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
KPM. Jangan mendengar sebarang khabar angin atau andaian bahawa
penutupan sekolah akan dilanjutkan.

Makluman

4.3 Perkongsian MGB Selangor

4.3.1 MGB Selangor telah berkongsi mengenai isu dan cabaran persekolahan
Tahun 2021. Semua guru perlu membuat persediaan sehingga
PENJAJARAN KURIKULUM BPK 2.0 dikeluarkan.

Makluman

4.3.2 Semua guru perlu merujuk Kalendar Persekolahan yang dikeluarkan oleh
KPM.

Makluman

4.3.3 Semua guru perlu menetapkan Minggu Akademik mengikut jumlah jam
minimum bagi setiap mata pelajaran dari SPI KPM Bil 8/2016.

Makluman

4.3.4 Semua guru perlu menetapkan tempoh pelaksanaan kurikulum 2020 (yang
tidak dapat dihabiskan) sama ada Jan - April atau sepanjang tahun
bergantung kpd kesesuaian murid-murid sekolah tersebut.

Makluman

4.3.5 RPT & Jadual Waktu hanya boleh disediakan setelah sekolah telah
menetapkan Bil Minggu Akademik.

Makluman

4

4.4 Sidang Media Menteri Pendidikan (8 November 2020)
4.4.1 Tarikh pembukaan penggal pertama persekolahan bagi Tahun 2021
adalah pada 20 Januari 2021.
Makluman

4.5 Garis Panduan Pengurusan Dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma
Baharu
4.5.1 Paparan Jadual Cuti dan Sesi Persekolahan Tahun 2021

Makluman

5

4.5.2 Paparan Analisis Bilangan Hari PdPR sepanjang tahun 2020

Makluman

4.5.3 Ucapan terima kasih kepada semua GURU atas komitmen yang sangat
baik dalam pelaksanaan PdPR sepanjang 2020. Sepanjang 2020 beberapa
aktiviti besar sekolah telah berjaya dijalankan secara atas talian antarannya
(Sambutan Hari Guru, Ihya Ramadan, RIMUP Hari Raya, RIMUP
Deepavali ). Program taklimat dan mesyuarat guru juga dibuat secara
talian serta info Pembukaan Sekolah Prasekolah Jun 2020 yang lalu.

Makluman

4.6 Dialog Prestasi & Mesyuarat Guru 2020

4.6.1 Sekolah hanya dapat menjalankan tiga Dialog Prestasi dalam skop bidang
berkaitan :

- Dialog Prestasi Kehadiran Murid ( Sekali)

- Dialog Prestasi Pentaksiran Bilik Darjah ( 2 kali )

Makluman

6

4.6.2 Sekolah telah mengadakan sebaran maklumat melalui Mesyuarat Guru dan
info-info terkini kepada semua guru dan kakitangan untuk memastikan
semua warga sekolah mendapat maklumat terkini.

- Mesyuarat/perbincangan pengurusan ( 8 kali )

- Mesyuarat Guru ( 4 kali )

- Mesyuarat Kewangan ( 4 kali )

- Mesyuarat Semua Panitia ( 4 kali )

Makluman

4.7 Kedudukan Guru/Kakitangan Sokongan 2021

Makluman
7

4.8 Kedudukan Kelas Beroperasi 2020/2021

Makluman
4.9 Analisis Kehadiran Guru 2020

4.9.1 Analisis kehadiran guru tidak dikemaskini akibat Covid-19 dan bekerja
dari rumah ( BDR ).
Makluman

4.10 Analisis Kehadiran Murid 2020
4.10.1 Analisis kehadiran murid tidak konsisten akibat Covid-19 dan penutupan
sekolah.
Makluman

4.11 Sesi dan Jadual Persekolahan 2021

8

Makluman

4.12 Bidang Tugas 2021

4.12.1 Perlantikan mengambil kira kekananan, pengalaman dan kepakaran.
Ketua-ketua unit bertanggungjawab membantu merangka dan memastikan
program sekolah dilaksanakan mengikut jadual KPM, JPS, PPD dan
sekolah.

Makluman

4.12.2 Tiada isu pilih kasih dan dibincangkan dengan teliti dalam pemilihan
ketua-ketua unit. Ketua-ketua unit perlu membantu rakan guru dan peka
kepada perkara baharu dan memberi maklumat kepada pihak pentadbir.

Makluman

4.13 HRMIS

4.13.1 Semua guru perlu menyemak rekod peribadi dan profil perkhidmatan
supaya sentiasa dikemaskini.

Makluman

4.13.2 Guru-guru yang ingin memohon cuti perlu memohon melalui HRMIS.
Begitu juga guru yang akan bersara perlu pastikan rekod cuti telah
dikemaskini.

Makluman

9

4.13.3 Laporan salah laku kakitangan juga akan dibuat setelah tindakan secara
pentadbiran diambil oleh pihak sekolah.
Makluman

4.13.4 Kes-kes melibatkan prosiding mahkamah perlu dikemukakan kepada
pihak jabatan dan sekolah untuk mendapatkan maklumat perbicaraan.
Makluman

4.13.5 Semua guru perlu membuat pengisytiharan harta melalui HRMIS.
Makluman

4.14 LADAP
4.14.1 Semua guru telah diedarkan surat penurunan kuasa menjalankan PLC,
LADAP, bimbingan dan pementoran dengan menggunakan no rujukan
surat semasa mengisi dalam SPL KPM.
Makluman
4.14.2 Guru-guru perlu mencapai lima hari berkursus dalam setahun. Semua guru
perlu menyempurnakan Lima hari berkursus sebelum Bulan JUN. Dua hari
berkursus akan diberi untuk Hari Perancangan Strategik, dua hari untuk
Hari pemantapan ICT dan satu hari untuk lain-lain.
Makluman
4.14.3 Penetapan KPI sekolah 55 mata CPD pada tahun 2021 dalam Borang
Keberhasilan).
Makluman
4.14.4 Laporan pembelajaran kendiri perlu disahkan oleh Guru Besar sebelum
diberi kepada SU LADAP.
Makluman

10

4.15 Kajian Tindakan, Kursus dan Guru Cemerlang

4.15.1 Semua guru diwajibkan untuk menyediakan Kajian Tindakan masing-
masing dan dikira sebagai KPI untuk keberhasilan tahun 2021.

Makluman

4.15.2 Guru yang berkursus/ taklimat/ bengkel / mesyuarat hendaklah
menyediakan minit curai dan menyerahkan kepada pentadbir unit masing-
masing dan sesalinan dalam fail unit masing-masing.

Makluman

4.15.3 Semua guru diwajibkan menyediakan bahan untuk Pdpc menggunakan
pelbagai keadah dan teknologi.

Makluman

4.15.4 Kursus /bengkel kemahiran ICT akan diteruskan.

Makluman

4.15.5 PLC perlu diselesaikan awal. Setiap pegawai/guru mesti ada rekod
penglibatam PLC.

Makluman

4.16 Guru Hebat Guru Cemerlang Guru Terbilang
4.16.1 Etika pakaian yang lengkap perlu dipatuhi oleh semua guru. Waktu pdpc –
pakaian yang lengkap dan tanda nama, waktu PJK dan hari Kokurikulum –
kemeja-T berkolar dan tanda nama.

Makluman

4.16.2 Guru juga perlu mempunyai kad kehadiran matrik dan menanda
kedatangan dalam buku kehadiran. Buku pergerakan guru juga perlu diisi
apabila guru-guru keluar dari sekolah semasa sesi persekolahan berjalan.

Makluman

4.16.3 Kelas relif yang diberi perlu dijalankan. Kompelin pelanggan juga perlu
ditangani dengan berhemah. Fail-fail SPSK perlu dikemaskini dari semasa
ke semasa.

Makluman

11

4.17 Badan NGO yang wajar disertai di bawah JPS / KPM
4.17.1 Guru-guru digalakkan menyertai PSKPP, PEKDIS (Pendidikan Islam),
Badan Ihsan Negeri Selangor, PIBG Sk Seafield, KKGK Sk Seafield dan
LADAP-5 hari.
Makluman

4.18 Penyelaras & Setiausaha 2021

Makluman
4.19 Pelan Sekolah

4.11.1 Pelan sekolah dan pelan kebakaran telah diedarkan ke kelas-kelas. Kelas-
kelas yang tidak mempunyai kedua-dua plan, boleh berhubungan dengan
PK HEM.
Makluman

12

4.20 Perhimpunan Pagi
4.20.1 Perhimpunan dijalankan dalam masa 30 minit sebagai waktu rasmi.
Bermula masa persediaan 7.20 pagi dan perhimpunan bermula 7.30 pagi.
Makluman
4.20.2 Guru bertugas perlu datang awal sebelum 7.00 pagi. Rancang persiapan
(bendera / lagu / buku panduan / tempat duduk guru / meja hadiah / murid
bertugas / guru dan pentadbir berucap). Pintu pagar dibuka pada waktu
pagi dan balik. Guru bertugas perlu berada di pintu pagar seawal 7:00
pagi.
Makluman
4.20.3 Semasa perhimpunan semua guru berada di atas pentas. Pastikan barisan
hadapan dipenuhi oleh guru lelaki dan penyelaras tahun. Semua guru perlu
berpakaian rasmi. Tiada aktiviti sampingan berbual-bual dan contoh yang
tidak elok kepada murid. Rekod laporan perhimpunan dicatat dan boleh
dirujuk.
Makluman

4.21 Jadual Waktu
4.21.1 Agihan sama rata dan tiada isu siapa lebih dan kurang. Agihan
mengutamakan keperluan murid dan sekolah daripada kepentingan
peribadi. Semua guru mengajar dalam opsyen utama dan boleh mengajar
pada semua tahap dan tahun.
Makluman
4.21.2 Minggu pertama sebagai jadual percubaan dan berkemungkinan berlaku
perubahan bergantung jumlah guru yang ada. Jadual perlu dipamerkan dan
mudah dilihat khasnya Jadual Waktu Kelas. Jadual perlu ditandatangani
dan disahkan oleh Guru besar.
Makluman

13

4.22 Kehadiran Bertugas

4.22.1 Tahniah kepada semua guru yang sangat bertanggungjawab pada arahan
waktu bertugas. Waktu hadir dan balik mesti direkodkan. Penggunaan Kad
Matrik dan manual kehadiran perlu dipatuhi. Rekod kehadiran akan
dihantar ke PPD pada setiap minggu.

Makluman

4.22.2 Penggunaan Sistem Keberadaan Guru memastikan prosedur waktu
bertugas lebih sistematik dan boleh dilihat dalam Papan Pemuka sekolah
PPD/JPS/KPM dan digunakan pada tahun 2021. Pelaksanaan sistem
berkuatkuasa mulai 4.1.2016 hingga kini. Kehadiran guru akan disahkan
oleh GB dan GPK dengan dibantu Pembantu Tadbir.

Makluman

4.23 Buku Persediaan Mengajar (RPT & RPH)

4.23.1 Merupakan buku rasmi hak kerajaan Malaysia. Guru-guru perlu mencatat
semua butiran berkaitan atau fotostat perkara penting (failkan). Baca,
fahami semua kandungan dan pekeliling dan tandatangan (initial).

Makluman

4.23.2 Persediaan mengajar perlu dihantar pada setiap hari Jumaat atau sebelum
jam 12.00 tengah hari atau selewat-lewatnya awal pagi Isnin. Hantar buku
persediaan minggu kedua pada 29.1.2021 (Jumaat) untuk minggu pertama.
Semua persediaan mengajar akan ditandatangani oleh GB dan penurunan
kuasa menandatangani kepada semua GPK.

Makluman

4.23.3 Pengajaran hari pertama (20.1.2021) mesti ditulis mengikut format. Pada
akhir pengajaran mesti tulis refleksi dan TIDAK dibenarkan menulis awal
(contoh-dua hari lebih awal). Buku dan fail akan dinilai berdasarkan
semua aspek sepanjang tahun.

Makluman

4.23.4 Menyediakan RPT mengikut minggu persekolahan dan takwim yang telah
diedarkan dalam Buku Panduan Pengurusan. Tiada penulisan RPH pada
minggu peperiksaan sahaja. (Rujuk rekod penghantaran BRM/FRPP).

Makluman

14

4.23.5 RPT hendaklah dihantar kepada pentadbir masing-masing untuk disemak
sebelum atau pada 29 Januari 2021. Markah dan ujian perlu direkodkan
dalam BRM/FRPP. Guru -guru perlu menanda tangani rekod
penghantaran RPH menggunakan buku yang disediakan. Guru-guru perlu
membuat catatan rekod perbincangan profesional apabila berjumpa
dengan Guru besar dan barisan pentadbir.
Makluman

4.24 Buku Kerja/Lembaran Kerja
4.24.1 Penggunaan buku kerja mesti praktikal. Buku kerja ialah pilihan bukan
wajib. Jangan simpan buku kerja terlalu lama. Tiada isu buku yang diguna
tidak ditanda atau tanda lewat.
Makluman
4.24.2 Tahap satu tiada pembelian buku kerja. Semua murid menggunakan buku
BLA bekalan KPM.
Makluman
4.24.3 Gunakan lambang/kredit peneguhan kepada hasil kerja murid.
Makluman
4.24.4 Penggunaan lembaran kerja (bercetak) MESTI dengan kebenaran
pentadbir.
Makluman

4.24.5 Buku kerja yang terdapat dalam senarai buku telah dicadangkan oleh
panitia masing-masing.
Makluman

4.24.6 Gunakan pen merah sahaja untuk semakan. Elak menanda (?) atau (x)
bersaiz besar.
Makluman

15

4.25 Penggunaan Bilik-Bilik Khas
4.25.1 Penggunaan bilik-bilik khas adalah seperti berikut:
BIL CIRI-CIRI DAN PENGGUNAAN
1 Semua bilik khas diistilahkan sebagai bilik bukan STOR
2 Diurus dengan perancangan dan peraturan.
3 Penggunaan mengikut prosedur.
4 Lawatan nazir meliputi kekerapan dan keberkesanan penggunaan BBM di
bilik khas.
5 Sediakan carta organisasi, prosedur penggunaan, susunan dan sentiasa
bersih, ceria dan berfungsi.
6 Bilik khas termasuk BOSS, Klinik,J Qaf dan sebagainya.
7 Ada cogan kata memperlihatkan kefungsian bilik.
8 Bilik Kebitaraan Sains dan Robotik mesti memenuhi standard /
berinformasi .
9 Semua bilik khas perlu ada buku Rekod Penggunaan

Makluman
4.26 SKPMg2

4.26.1 SKPMg2 akan diteruskan bagi tahun 2021 dan merupakan instrumen
penilaian panduan pengoperasian sekolah.
Makluman

16

4.26.2 Semua unit Kurikulum, HEM dan Kokurikulum melaksanakan SKPMg2
supaya dapat membantu meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah serta kemenjadian murid yang
menyeluruh.
Makluman

4.26.3 Pasukan Pelaksana Standard yang telah dilantik akan mengisi skor dalam
borang edaran Pasukan Pelaksana Standard dan akan dibincang bersama
pentadbir untuk disahkan.
Makluman

4.26.4 Pengisian portal SKPMg2 akan dilaksanakan 2 kali setahun iaitu bulan
Mac dan bulan akhir bulan oktober 2021.
Tindakan: Guru Data

4.27 Rumusan Pencerapan
4.27.1 Pencerapan PdP untuk semua guru dijalankan 2 kali setahun menggunakan
instrumen SKPMg2 Standard 4. Guru Besar dan semua GPK terlibat
melakukan pencerapan. Ketua Panitia boleh membantu dan penurunan
kuasa akan diberikan.
Makluman
4.27.2 Pencerapan pada April hingga Julai dan Ogos hingga November.
Makluman
4.27.3 Tarikh akhir penghantaran pencerapan kendiri standard 4 PdPc pada Bulan
Mac 2021.
Makluman
4.27.4 Semua guru hendaklah mengikut garis panduan standard 4 PdPc semasa
menjalankan pengajaran dalam kelas.
Makluman

17

4.27.5 Tahniah kepada semua guru kerana peningkatan skor iaitu 91.63 pada
fasa 3.

Makluman

4.28 Pemantauan

BIL. WAKTU ASPEK PEMANTAUAN
PEMANTAUAN

1 Pemantauan Awal Pagi Pastikan pergerakan murid dan sesi PdPc
mengikut waktu yang ditetapkan.

2 Pemantauan Waktu Rehat Pastikan murid manfaatkan waktu rehat,
elakkan aktiviti berisiko dan tiada murid
berada di dalam kelas pada waktu rehat.

3 Pemantauan Waktu Balik Memastikan murid keluar mengikut jadual,
kelas tersusun rapi serta memantau
pergerakan murid meninggalkan kelas.

Makluman

4.28.2 GB dan semua GPK terlibat dan memastikan semua blok dan kawasan
memenuhi aspek seperti di atas pada setiap masa.

Makluman

18

5 Unit Kurikulum

5.1 Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017

5.1.1 Guru-guru telah menghadiri kursus untuk semakan KSSR 2017.

Makluman

5.1.2 Mata pelajaran Pendidikan Kesenian telah diganti kepada Pendidikan Seni
Visual dan Pendidikan Muzik (semakan KSSR 2017).

PENDIDIKAN SENI VISUAL DAN KSSR SEMAKAN 2017.
(rujuk lampiran)

Makluman

5.1.3 Sekolah dikehendaki menggunakan DSKP bagi semua mata pelajaran
KSSR (Semakan 2017) termasuk Pendidikan Khas yang disediakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Makluman

5.2 Pelaksanaan Waktu PdPc

5.2.1 Waktu PdPc bagi semua mata pelajaran arus perdana mengikut jam
setahun berbanding minit sebelum ini. Butiran seperti berikut:

BIL PERKARA TEMPOH MASA/TAHAP

1 Jumlah Minggu PdPc 42 minggu setahun (52 minggu penuh/cuti)

2 Jumlah PdPc 42 minggu setahun (tahap 1)

3 Jumlah PdPc 40 minggu setahun (tahap 2)

4 Baki 02 minggu (Peperiksaan Pertengahan Tahun dan
Akhir Tahun)

5 RPT mengambil kira 40 dan 42 minggu untuk
tamatkan silibus.

Makluman

5.3 MBM MBI – Dual Language Program (DLP)

5.3.1 Pemilihan murid DLP melalui pentaksiran PBD sepanjang tempoh
program transisi.

Tindakan Guru Tahun 1

19

5.3.2 Borang diedarkan untuk persetujuan daripada ibu bapa mengikuti kelas
DLP diedar pada Hari Orentasi.
Makluman

5.3.3 Kedudukan kelas sebenar akan dimaklumkan pada akhir minggu ketiga
dan pelaksanan pada minggu keempat.
Makluman

5.4 Pengajaran Bahasa Arab dan Bahasa Cina
5.4.1 Tahun 2021 sekolah meneruskan kedua-dua kelas. Tahun 2020 Tawaran
kelas Bahasa Tamil (POL ) dengan jumlah murid mencukupi 15 dan tidak
dapat dilaksanakan atas faktor Covid 19 / Pdpr .
Makluman
5.4.2 Murid beragama Islam mengikuti kelas Bahasa Arab dan murid bukan
Islam mengikuti kelas Bahasa Cina. Pelaksanaan berdasarkan kesediaan
sekolah untuk melaksanakan mata pelajaran ini di peringkat sekolah.
Makluman

5.4.3 Syarat pelaksanaan seperti yang telah digariskan oleh JPS dengan jumlah
murid lebih 15 orang dan mempunyai tenaga pengajar.
Makluman

5.4.4 Surat kebenaran diedarkan kepada semua ibu bapa khasnya Tahun Satu.
Makluman

5.5 Pemansuhan Amalan Peperiksaan Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3)
5.5.1 Tahap Satu 2019: Tiada peperiksaan untuk semua murid Tahun 1,2 dan 3.
Pekeliling Pemansuhan Peperiksaan. (Rujuk Lampiran)
Makluman

20

5.5.2 Tidak dibenarkan mengadakan sebarang ujian /saringan diagnostik untuk
murid-murid Tahun Satu dan lain-lain bentuk peperiksaan.
Makluman

5.5.3 Tidak boleh mempamerkan kedudukan murid dalam aliran untuk rujukan
ibu bapa / penjaga.
Makluman

5.5.4 Sekolah akan mengadakan Hari Terbuka untuk perbincangan bersama ibu
bapa berhubung tahap kemenjadian murid / anak. (Rujuk Buku Panduan
Pengurusan 2021).
Makluman

5.6 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
5.6.1 PBD merupakan kaedah pentaksiran yang holistik yang lebih berfokus
kepada perkembangan dan pembelajaran murid yang bukan lagi
berorientasikan peperiksaan.
Makluman
5.6.2 Guru merekodkan tahap penguasaan (TP) murid sebagai catatan sebelum
mengisi dalam borang Pelaporan PBD. TP ditentukan oleh pertimbangan
profesional guru berasaskan setiap standard.
Makluman

5.7 Pendidikan Sivik
5.7.1 Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bil 7 Tahun 2019
Pelaksanaan Pendidikan Sivik di Prasekolah, Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Makluman
5.7.2 Nilai teras dalam Pendidikan Sivik ada 4 iaitu kasih sayang, hormat
menghormati, tanggungjawab dan kegembiraan.
Makluman

21

5.7.3 Mata pelajaran BM, BI, Sejarah, Pend Islam dan Pend Moral yang terlibat
dengan sisipan Pendidikan Sivik dalam bilik darjah.

Makluman

5.7.4 Tema Penerapan nilai murni :

Jan - Kasih sayang Julai - Bertanggungjawab

Feb - Hormat menghormati Ogos - Kegembiraan

Mac - Bertanggungjawab Sept - Kasih sayang

April - Kegembiraan Okt - Hormat menghormati

Mei - Kasih sayang Nov - Bertanggungjawab

Jun - Hormat menghormati

Makluman

5.8 Peperiksaan
5.8.1 Analisis pencapaian UPSR 2017 -2020

Makluman
5.8.2 Tiada Peperiksaan Akhir Tahun Tahap Satu dan Dua pada tahun 2020

akibat covid-19.
Makluman

22

5.8.3 Penilaian dan peperiksaan 2021

Makluman

5.9 Modul Latihan Akhir Tahun (Tahun 6 /2020(MGBS)

Makluman
23

6 Unit Hal Ehwal Murid
6.1 Orentasi Prasekolah dan Pendaftaran Tahun Satu 20201– 18 Januari 2021 melalui
kaedah Google Meet.

Makluman
6.2 Program Transisi Tahun Satu bermula pada 20/1/2021 – 26/3/2021.

Tindakan : Guru Tahun 1
6.3 Uniform murid (kasut) 2021 – kasut hitam dan stoking hitam atau kasut putih

dan stoking putih.
Makluman

6.4 Pakaian PraSekolah KPM adalah kemeja T-Putih berkolar, tudung putih (bagi yang
bertudung), lencana sekolah, track bottom biru gelap serta kasut kanvas putih dan
berstoking putih ( kasut kanvas hitam dibenarkan).
Makluman

6.5 Program Maju Diri akan dibincangkan dengan lebih lanjut.

Tindakan: Guru Tahap 2

6.6 Program Motivasi untuk Tahun 2021 yang melibatkan pengawas, pengawas PSS,
Ketua dan Penolong Kelas bergantung pada perkembangan semasa situasi Covid 19.
Makluman

6.7 Permuafakatan Tahun Enam Calon UPSR yang melibatkan murid dan ibu bapa
Tahun Enam – -Sabtu (23 Januari 2021) Minggu kedua.

Makluman
6.8 Pengurusan Kantin – memastikan pengusaha kantin mematuhi terma-terma dalam

kontrak dan Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat.

Tindakan : Pengusaha Kantin

6.9 Bimbingan Dan Kaunseling - merancang mengadakan program berkaitan
pembangunan manusia.

6.10 Hari pertama persekolahan pada 20 Januari 2021 bermulanya PdPR di rumah
disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.

Makluman

24

7 Unit Kokurikulum
7.1 KPI sekolah – sekurang-kurangnya memenangi acara di peringkat Zon dan MSSD,
kebangsaan dan antarabangsa.
Makluman
7.2 Tahun 2020 penglibatan di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa-
pemarkahan dimasukkan ke dalam SKPMg2
Makluman

8 HAL-HAL LAIN
8.1 Sarana Ibu Bapa ( PIBG). Penglibatan ibu bapa dalam program-program sekolah
amat dialu-alukan. Mesyuarat Agung PIBG 2021 akan diadakan pada 27 Februari
2021 melalui Google Meet.
Makluman
8.2 Program Jaringan & Jalinan bersama Institusi & Agensi Luar 2020 sangat membantu
dalam pelbagai program sekolah dan bermanfaat untuk murid-murid dan
kecemerlangan sekolah
Makluman

9 PENUTUP
Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru yang hadir. Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 11.45 pagi.
Urus Setia
Mesyuarat Guru
SK Seafield
Tarikh : 19 Januari 2021

25


Click to View FlipBook Version