INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT, JOHOR TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN PSVK1114 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI VISUAL NAMA PELAJAR : RENO MAXVIANLY RONI ANGKA GILIRAN : 2023292310070 NOMBOR KAD PENGENALAN : 050707120993 KUMPULAN/ UNIT : PPISMP/ PSV KOD DAN NAMA KURSUS : PSVK1124 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI NAMA PENSYARAH : ENCIK ZAHIDI BIN KHAMIS TARIKH HANTAR : TUGASAN 1 : Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa pentaksiran berterusn ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tanda tangan Pelajar : Tarikh :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT BORANG MAKLUM BALAS PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PPISMP) Nama : RENO MAXVIANLY RONI Angka Giliran Pelajar : 2023292310070 ● Apresiasi Secara Membanding Beza Pendekatan, Kaedah Dan Bahasa Seni Visual Terhadap 2 Dimensi Dan 3 Dimensi tokoh tempatan. Penulisan hendaklah 1500 patah perkataan. Pensyarah : Encik Zahidi Bin Khamis Subjek / Kursus : PSVK1124 Apresiasi dan Kritikan Seni Visual Tarikh Hantar : Tarikh Diterima (Diisi oleh Pensyarah) : Pengakuan Pelajar Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : ____________________________ Tarikh :_____________________________ ( RENO MAXVIANLY RONI ) Perincian Maklum Balas Tugasan Pemeriksa :ENCIK ZAHIDI BIN KHAMIS Moderator : Kekuatan : Kekuatan : Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki : Tandatangan : Tarikh : Tandatangan : Tarikh : Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum Balas yang Diberikan Pensyarah Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami. Tandatangan Pelajar : Tarikh :
PENGHARGAAN Saya bersyukur kepada Tuhan atas limpahan rahmat dan nikmat masa yang diberikan dapat saya menyelesaikan tugas ini dengan jayanya. Saya ingin memulakan dengan mengucapkan terima kasih kepada pensyarah tercinta saya, Encik Zahidi Bin Khamis, yang telah membimbing dan mengajar saya untuk menyiapkan tugasan ini tanpa mengeluh. Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya, yang telah memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberi saya sokongan moral yang tidak terhingga dan memberi saya semua yang saya perlukan untuk berjaya.
Apresiasi Secara Membanding Beza Pendekatan, Kaedah Dan Bahasa Seni Visual Terhadap 2 Dimensi Dan 3 Dimensi. Oleh: Reno Maxvianly Roni 2023292310070 PENDAHULUAN Apabila seseorang mempunyai keupayaan atau sikap untuk mengenali, menilai, dan memahami karya seni serta nilai yang terkandung di dalamnya, mereka dikenali sebagai pereka seni. Ini melibatkan penghargaan terhadap teknik, estetika, dan pesan yang disampaikan oleh karya seni, sama ada visual, muzik, sastra, atau jenis seni lain. Penafsiran dan pemikiran tentang pengalaman estetika yang diperoleh apabila berinteraksi dengan karya seni adalah sebahagian daripada proses apresiasi seni (Sobandi et. al, 2019) . Melalui pengalaman seni, ini membolehkan seseorang memperluaskan pemahaman dan perspektif mereka tentang budaya, dunia dan diri mereka sendiri. Kegiatan apresiasi tidak boleh dipisahkan dari kehidupan kita. Setiap saat kita selalu melihat dan mengamati hasil-hasil karya orang lain yang diwujudkan dalam berbagai bentuk, jenis, dan media yang sangat beragam. Penciptaan benda-benda tersebut diusahakan oleh penciptanya untuk memenuhi tuntutan audien agar dinikmati dan dihargai sebagai produk budaya. Kegiatan apresiasi seni dalam konteks pendidikan dapat dilakukan dalam kegiatan pembelajaran di kelas atau di luar kelas (A’ yunni et.al, 2021). Kegiatan apresiasi terhadap karya seni di dalam kelas dapat dilakukan dengan membahas karya seni baik secara lisan atau tulisan. Sedangkan kegiatan kegiatan apresiasi di luar sekolah, para siswa diajak untuk menonton film proses berkesenian, mengunjungi pameran atau pertunjukan seni, kunjungan ke museum, kunjungan ke pasar seni, dan lain-lain yang ada di sekitar lingkungan sekolah. Kegiatan ini bertujuan untuk menanamkan sikap dan kebiasaan kritis dan saling menghargai antara sesama (Yastuti et.al 2019). Apresiasi merupakan kegiatan mental individu dalam proses penilaian. Pandangan lain mengenai istilah ini ditujukkan kepada khalayak sebagai proses pertukaran pemikiran yang berhubungan untuk mengagumi suatu nilai. Bahkan pada saat ini apresiasi sering digunakan pada istilah ekonomi (dari bahasa Latin, price atau prex yang berarti harga). Hal ini tentunya tidak hanya digunakan pada konteks penghargaan terhadap orang tapi pada sesuatu benda atau peristiwa yang telah, sedang, dan yang akan terjadi (Abdillah et.al, 2023).
PENGENALAN TOKOH Awang Damit Ahmad dilahirkan di Kuala Penyu, Sabah pada tahun 1956. Beliau mendapat pendidikan seni halus di UITM (School of Art and Design of ITM) dan dipilih sebagai pelajar terbaik pada tahun 1983. Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang seni lukis di Catholic University of America di Washington DC pada tahun 1988 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam Seni Halus pada tahun 1990.Awang kini mengajar seni halus di UITM. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Kurator Balai Seni Lukis dan Ketua Jabatan Seni Halus sebelum dilantik sebagai Profesor Madya pada tahun 2000. Awang Damit Ahmad dilihat sebagai salah seorang pelukis kontemporari Malaysia yang paling konsisten dalam berkarya dari sudut objektif, falsafah, stail dan subjek, khususnya dalam memberi penekanan terhadap identiti dan ikonograf setempat dan serantau. Sejak bergiat aktif dalam seni lukis pada sekitar akhir tahun 1970-an, fokus utamanya adalah kepada tema alam, budaya dan kemanusiaan yang berhubungan dengan nilai-nilai murni dan keislaman. Karya-karyanya juga mencerminkan refeksi diri terhadap perjalanan hidupnya daripada kehidupan seorang anak petani dan nelayan sehingga menjadi seorang seniman. Secara konsisten, karya-karya Awang Damit selanjutnya bersifat abstrak dan semi-abstrak, dengan merujuk kepada tema alam dan kemanusiaan yang dikutip daripada pengalaman hidupnya dan lingkaran budaya persekitaran. Gambar Foto 1: Seniman negara Awang Damit Ahmad. Sumber: hhttps://moderncontemporaryartacade my.blogspot.com/p/awang-damitahmad.htmlart-highest-at-auction.
Gambar Foto 1: Seniman negara Awang Damit Ahmad. Sumber: hhttps://moderncontemporaryartacademy.bl ogspot.com/p/awang-damit-ahmad.htmlarthighest-at-auction. Bayu Ottomo Radjikin dilahirkan pada tahun 1969 di Tawau,Sabah Malaysia. Beliau merupakan graduan lulusan Universiti Teknologi Mara (UITM), Shah Alam pada tahun 1991 dalam bidang seni ukir. Sepanjang dua puluh tahun yang lalu, beliau telah mengadakan 9 pameran solo dan menyertai banyak pameran kumpulan. Beliau adalah salah seorang pengasas MATAHATI iaitu sebuah kolektif seni yang dibentuk pada tahun 1989. Kerjasama itu bermula dari House Of Matahati (HOM) dan berkembang menjadi ruang seni yang aktif. Selepas itu dia mengasaskan Kelab F apabila beliau berada di London. Bukan hanya terikat kepada satu bahagian seni iaitu arca sahaja,lukisan figura beliau juga merupakan antara karya yang dikenali dalam pentas seni kontemporari Malaysia. Hasil seni beliau lebih memfokuskan keperibadian diri, kritikan sosial dan juga ketegangan politik antarabangsa. Karya lukisan beliau sering berkaitan dengan emosi manusia, sisipan anggota badan atau wajah yang mewakili 1,000 kata menerusi strok berus dan teknik melukis.
MEMBANDING BEZA KARYA 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI KARYA 3 DIMENSI KARYA 2 DIMENSI Pilatong- Essence of Culture Series Bujang Berani l 1991 l 55cm l 1992 l 76cm x 57cm l Akrilik atas kertas x 100cm x 100cm l Media Sumber : https://www.hl-lifestyle.com campuran l Sumber : https: 2023 www.ampproject.my. 2021 Karya di atas merupakan hasil karya 2 dimensi dan 3 dimensi yang masing-masing telah dihasilkan oleh Awang Damit Ahmad dan Bayu Ottomo Radjikin. Kedua karya ini terkenal dengan penyampaian mesej dan keunikannya yang memberikan kesan kepada masyarakat. Bagi karya 2 dimensi iaitu catan yang bertajuk “Pilatong”, yang berukuran 76cm x 57cm menggunakan akrilik atas kertas pada tahun 1992. Dapat dilihat karya ini sukar untuk dikenal pasti tetapi beliau sebenarnya menggunakan pilatong atau perangkap haiwan sebagai subjek matter beliau. Audien akan dapat mengapresiasikan bahawa karya beliau terlihat sangat emosional, sama seperti karya-karyanya yang lain. Dalam karya ini menunjukkan imej yang abstrak dan sukar untuk diterjemahkan secara sekikilas pandang. Hal ini yang menjadikan karyanya lebih menarik. Karya beliau seolah-olah bercerita kepada penonton dan membuatkan mereka merasakan kesedihan, kemarahan, kepahitan atau semuanya digabungkan apabila melihat karya beliau. Audien yang melihat karyanya akan mendapati bahawa karya beliau memfokuskan emosi dan seolah-olah audien yang memikul beban di bahu dalam bentuk visual. Warna yang berani dan bersemangat, mungkin menakutkan audien, tetapi kelamaan dapat difahami secara mendalam. Karya Awang Damit boleh dianggap sebagai satu jenis perjalanan intelektual, kerana berkembang daripada kisah hidupnya. Manakala karya 3 dimensi yang bertajuk “Bujang Berani” berukuran 55cm x 100cm
x 100cm menggunakan media besi campuran dan Plaster of Paris, yang mempamerkan bentuk figura sebagai subjek matter dan berwatak seorang pahlawan pada zaman dahulu di negeri Sabah. Figura ini juga mengenakan pakaian seakan pahlawan iaitu baju besi bagi menggambarkan luahan rasa pengarca terhadap penindasan ketika berlakunya peperangan. Persamaan yang paling ketara dalam bagi kedua karya agung ini adalah penggunaan gaya iaitu ekspresionisme dalam menghasilkan karya. Hal ini kerana karya “Pilatong” dan “ Bujang Berani” ini jelas mengekspresingan perasaan dan luahan pengkarya alam karya mereka masing-masing. Bagi karya 2 dimensi, karya beliau seolah-olah bercerita kepada penonton dan membuatkan mereka merasakan kesedihan, kemarahan, kepahitan atau semuanya digabungkan apabila melihatnya. Audien yang mendalami penyampaian karyanya akan mendapati bahawa karya beliau memfokuskan emosi dan seolah-olah audien yang memikul beban di bahu dalam bentuk visual. Warna yang berani dan bersemangat, mungkin menakutkan audien, tetapi kelamaan dapat difahami secara mendalam. Karya Awang Damit boleh dianggap sebagai satu jenis perjalanan intelektual, kerana berkembang daripada kisah hidupnya. Dalam karya Pilatong juga meceritakan sebuah perasaan atau ekspresi terhadap pilatong yang merupakan perangkap untuk membunuh haiwan yang mengganggu hasil tanaman-tanaman. Tambahan pula, jelas terlihat karya ini dapat menarik perhatian audien kerana sangat unik dari aspek pengaplikasian unsur dan prinsip seni secara tersendiri. Seperti, unsur garisan yang disampaikan dengan pelbagai menunjukkan ekspresi atau perasaan dalam karya. Bagi karya 3 dimensi, “Bujang Berani” menunjukkan figura dengan ekspresi seakan mendada dengan beraninya sebagai seorang pahlawan yang gagah dan berani, di tambah lagi penggunaan media besi campuran yang berkait rapat dengan keberanian dan kekuatan seorang pahlawan. Figura ini adalah luahan rasa kepada peperangan yang tidak pernah berakhir baik pada zaman sebelum negara mencapai kemerdekaan hinggalah pada waktu semasa arca ini dibuat iaitu pada tahun 1991 apabila tercetusnya Perang Teluk di Iraq. Intrepetasi bagi karya ini juga masing-masing menyampaikan perasaan yang berbeza berdasarkan peristiwa yang berlaku kepada pengkarya. Karya “Pilatong”, Awang Damit memaparkan curahan hati secara bebas dan mengungkapkan objek yang timbul dari batin, imaginasi dan perasaan. Pilatong atau perangkap haiwan dilukis dengan gaya semi abtrak dan pengaplikasian garisan-garisan yang penuh dengan ekspresi menunjukkan bahawa karya beliau sebenarnya menyampaikan adat masyarakat tempatan demi melindungi hasil pertanian seperti padi dan kawasan dusun daripada haiwan-haiwan yang memudaratkan. Tambahan pula beliau ingin mengekspresikan situasi tersebut iaitu apabila pilatong berjaya membunuh haiwan seperti tupai atau tikus yaang merosakkan hasil tanaman masyarakat dalam karyanya. Manakala karya “Bujang Berani” boleh ditafsir sebagai seorang lelaki yang
terbatas menyuarakan hasratnya sendiri. Ini kerana golongan lelaki sinonim dengan kekuatan fizikal mereka namun arca ini tidak mempunyai kaki dan tangan malah hanya kepalanya saja yang mendongak ke atas kelihatan sedang menjerit. Kekurangan yang ada pada tubuh badan jelas menunjukkan figura ini tidak berdaya secara fizikal namun masih mampu menyampaikan segala yang terpendam dalam dirinya dengan menjerit seperti yang dizahirkan melalui ekspresi wajah arca Bujang Berani. Secara keseluruhannya, karya ini berjaya menyampaikan mesej kepada audien. Dalam karya Awang Damit dan Bayu Utomo menceritakan kisah hidup dan pengalaman realiti secara lebih dramatik dalam penghasilan karya mereka. Tambahan memberikan kesedaran kepada semua golongan masyarakat untuk menghargai warisan budaya dan adat di negara kita serta masyarakat akan terdetik hati untuk mencintai dan menghargai kesenian dalam kehidupan. PENUTUP Kesimpulannya, apresiasi dan kritikan seni yang dikarang ini adalah bertujuan untuk mengangkat nama baik karya dan pengkarya-pengkarya tersohor dalam negara kita. Melalui, penulisan ini dapat kita sedari bahawa penghasilankarya yang berkualiti dan dianggap berjaya apabila kerya mampu menarik audien atau semua golongan masyarakat untuk memahami penyampaian mesej tidak kira positif atau negatid yang mampu memberikan pengalaman dalam bahasa seni visual kepada audien. Harapan penulis adalah pengkaryaan dan apresiasi seni terus berkembang dan dididik kepada semua masyarakat khususnya golongan muda agar intelektual dan pandangan manusia terhadap seni dapat diperluaskan kerana kesenian amat penting berkembang seiring kemajuan dunia terutama dalam menghargai warisan turun temurun negara kita.
RUJUKAN Sobandi, B. Konsep Pembelajaran Apresiasi Seni. dalam Artikel lepas,(Tt), 1-28. (2019) A’yunni binti Muhamad, N., Bakar, S. A. S. A., & Tahir, A. (2021). Asas Apresiasi Seni Dari Perspektif Formalistik, Rupa Dan Makna: The Basics Of Art Appreciation From A Formalistic Perspective, Appearance And Meaning. Jurnal Gendang Alam (GA), 11(2), 97-112. Abdillah, N. F., & Dahliani, D. (2023). Gedung Apresiasi Seni Anak Berkebutuhan Khusus di Balikpapan. JURNAL TUGAS AKHIR MAHASISWA LANTING, 12(1), 108-118. Yastuti, N. P. (2019). Pengembangan Model Pembelajaran Kreasi dan Apresiasi Seni Musik untuk Pembelajaran Seni Budaya di Sekolah Menengah Pertama (Doctoral dissertation, Universitas Negeri Padang).
LAMPIRAN