The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Brown Beige Aesthetic Blob Company Profile Presentation

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur syamimi, 2023-04-03 10:13:00

Brown Beige Aesthetic Blob Company Profile Presentation

Brown Beige Aesthetic Blob Company Profile Presentation

Nur Syamimi binti Halim


Keterampilan ketika berkomunikasi dengan orang lain merupakan salah satu aspek yang penting ketika berbicara. Keterampilan ketika berbahasa menunjukkan identiti kita sebagai masyarakat Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, komunikasi adalah perhubungan secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dan lain-lain. Jadi, secara amnya, komunikasi adalah suatu proses yang melibatkan pengirim, penerima dan pemahaman mesej. Menurut Haslina Halim (2018), ramai menganggap bahawa komunikasi adalah sesuatu yang mudah dilakukan hakikatnya proses komunikasi merupakan sesuatu yang amat sukar. Hal ini disebabkan penguasaan kesantunan dan keterampilan dalam berbahasa yang tidak diapikasikan dalam kehidupan kita. Oleh itu, keupayaan dalam berkomunikasi penting bagi mengelakkan sebarang masalah dalam menjalani kehidupan seharian.


Maklum balas Komunikasi sehala Penyampaian menerusi saluran kedua Komunikasi bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam kehidupan seseorang kerana kita memerlukan interaksi dengan orang lain bagi mengetahui atau membincangkan tentang sesuatu perkara. Namun, terdapat beberapa halangan yang membataskan seseorang untuk menguasai kemahiran berkomunikasi dengan baik Gangguan emosi Gangguan luaran


Maklum balas merupakan tindak balas yang berlaku apabila penerima bertindak balas terhadap maklumat yang disampaikan oleh sumber. Dalam komunikasi antara individu, maklum balas adalah spontan. Dalam konteks maklum balas, jika penerima tidak memberi maklum balas terhadap mesej yang disampaikan oleh penghantar, penghantar tidak akan mengetahui sama ada penerima telah menerima mesej tersebut ataupun tidak Penerima mungkin menghadapi masalah dalam memahami mesej penghantar. Oleh itu, jika penerima tidak memberi maklum balas, penghantar tidak akan mengetahui masalah yang dihadapi oleh penerima itu. Hal ini akan menyebabkan berlakunya komunikasi satu hala.


Penghantar menyampaikan mesej kepada penerima tanpa menerima maklum balas daripadanya. Memerlukan tindakan secara terus oleh penerima Contoh : komunikasi di televisyen, radio, pengumuman penting di media-media cetak seperti surat khabar dan majalah


Saluran - penghantar akan memilih saluran yang sesuai untuk menyampaikan mesej tersebut kepada penerima. Saluran media yang digunakan boleh terdiri daripada gabungan antara audio, visual dan bertulis. Gangguan saluran komunikasi ialah kesilapan semasa menaip seperti kesalahan ejaan. Mesej mungkin disampaikan melalui komputer, telefon bimbit, surat, memo, gambar, fax dan sebagainya.


Gangguan adalah segala sesuatu yang mengganggu komunikasi, termasuk sikap dan emosi penerima dan penyampai mesej. Stres, cemas, sikap-sikap negatif dan motivasi rendah merupakan faktor yang mempengaruhi gangguan. Gangguan emosi pula dikatakan sebagai gangguan dalaman yang disebabkan oleh keadaan psikologi penerima atau pengirim yang tidak stabil dan tergangu. Sekiranya emosi salah seorang daripada elemen komunikasi ini terganggu, proses komunikasi juga tidak berkesan. Kesukaran mengawal emosi dengan baik seringkali menjadi punca berlakunya perselisihan faham antara satu sama lain.


Gangguan luaran merupakan gangguan yang didapati secara fizikal seperti bunyi yang terlalu bising akan menghalang penerima daripada mendengar dengan jelas. Gangguan luaran berlaku apabila sumber gangguan berpunca daripada persekitaran atau keadaan sekeliling. Contohnya, semasa pensyarah mengajar di dalam dewan kuliah, gangguan bunyi kenderaan dari luar menghalang pensyarah menyampaikan maklumat dengan jelas. Hal ini akan menjejaskan tumpuan pelajar terhadap apa yang disampaikan oleh pensyarah.


Isu Bahasa Isu Budaya Isu Media Sosial


Kecelaruan bahasa : Kecacatan dari segi pemahaman/penggunaan bahasa dalam bentuk pertuturan, penulisan dan simbol. Kecelaruan bahasa yang dialami seseorang adalah disebabkan oleh penggunaan bahasa yang banyak. Hal ini kerana, di Malaysia, hampir semua individu menguasai tiga atau lebih bahasa dan disebabkan itu berlakunya kecelaruan kerana kebelbagaian kaum di Malaysia. Adakalanya seseorang itu perlu berfikir sejenak semasa berkomunikasi kerana mengalami kecelaruan.


Kebudayaan Barat, kadang-kadang disamakan dengan tamadun Barat atau tamadun Eropah, memaksudkan kebudayaan yang berasal dari Eropah. Istilah budaya dalam budaya Barat digunakan secara umumnya untuk memaksudkan warisan norma sosial, nilai-nilai etika, adat resam, kepercayaan agama, sistem politik, dan artifak-artifak dan teknologi-teknologi tertentu. (Wikipedia, 2021) Pengaruh budaya Barat menjadi salah satu isu dalam keterampilan berbahasa kerana individu masa kini banyak menggunakan bahasabahasa yang dicampur-adukkan dengan bahasa Inggeris atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak. Hal ini menyebabkan keberkesanan komunikasi tidak dapat dijamin kerana mengalami kebingungan dalam komunikasi.


Media sosial merupakan sejenis media yang digunakan terus secara dalam talian yang membolehkan para pengguna menyertai, berkongsi, dan berkomunikasi dengan masyarakat dari seluruh dunia. Penggunaan bahasa lucah di media sosial dilihat semakin membimbangkan kerana ianya menjadi penyumbang terhadap pencemaran bahasa Melayu yang dikenali sebagai bahasa yang indah dan penuh dengan kesantunan. Bahasa slanga juga digunakan dengan begitu meluas di media sosial. Perkembangan bahasa ini mencemarkan kebakuan bahasa Melayu standard.


Anwar, M. S. bin. (2023, February 1). Bahasa dalam Komunikasi. Dewan Bahasa. https://dewanbahasa.jendeladbp.my/2023/02/01/7056/ Hariyati Ariffin. (2019, November 18). Bahasa kurang sopan ubah cara komunikasi remaja masa kini. Sinarharian. https://www.sinarharian.com.my/article/57798/KHAS/Pendapat/Bahasa-kurangsopan-ubah-cara-komunikasi-remaja-masa-kini pubhtml5.com. (2023). BMMB 1134 Tugasan 3. Pubhtml5. https://pubhtml5.com/rhyq/edkv/


Click to View FlipBook Version