The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TING 2 PK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masitahamalina, 2021-04-27 03:25:56

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TING 2 PK

PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TING 2 PK

Jenis Penyakit Tidak Berjangkit

Penyakit: Hipertensi atau tekanan darah tinggi.
Punca: Gaya hidup tidak sihat dan stres.HUMAN BODY SYSTEMS
Kesan:

Otak: Strok Mata:

Saluran darah: Pendarahan dan kerosakan pada
Menjadi tersumbat (atherosclerosis) kawasan sensitif cahaya dalam mata

Buah pinggang: SKELETON SYSTEM Jantung:
Kegagalan fungsi ginjal Kegagalan fungsi jantung, serangan
jantungRESPIRATORY SYSTEM dan kematian

Penyakit: Penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.
Punca: Terjadi apabila otot jantung tidak dapat mengepam dan mengedarkan
darah ke seluruh tubuh.
Kesan: H U M ADNIGBEOSTDIYVESSYYSSTTEEMM S
REPRODUCTOR SYSTEM

Dada: Sakit pada bahagian dada Jantung:
Kegagalan jantung berfungsi

SKELETON SYSTEM RESPIRATORY SYSTEM

Penyakit: Penyakit respiratori kronik.
Punca: Radang saluran pernafasan dan kerosakan tisu paru-paru.

Kesan: HUMAN BODY SYSTEMS

Paru-paru: JanDgIGEkSTiItVaE SnYSTpEMenyakit REPRODUCTOR SYSTEM Saluran pernafasan:
Badan: Pengurangan berat Kegagalan sistem pernafasan
badan

SKELETON SYSTEM RESPIRATORY SYSTEM

Penyakit: Diabetes atau kencing manis.
Punca: Tubuh kurang mengeluarkan hormon insulin yang berfungsi untuk
mengawal kandungan gula dalam darah.
HUMAN BODY SYSTEMS

Kesan: Mata:
PenglihataRnEPRmODeUCnTOjRaSdYSTiEkM abur
DIGESTIVE SYSTEM

Kulit: Luka lambat sembuh SKELETON SYSTEM RESPIRATORY SYSTEM

S.P 143

6.1.1

Cara Mencegah Penyakit Tidak Berjangkit

Makan makanan seimbang
Makan makanan yang mengandungi
karbohidrat, vitamin dan galian, protein serta
lemak mengikut kadar yang betul.

Bersenam dan bersukan
Mengamalkan senaman dengan kekerapan
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu bagi
tempoh masa 30 minit setiap sesi senaman.

Memeriksa kesihatan secara berkala
dan tetap
Pemeriksaan kesihatan secara berkala
dan tetap perlu dilakukan sekali atau
dua kali setahun. Maklumat kesihatan
perlu disimpan untuk dinilai tahap
perkembangan.

Bijak mengurus stres S.P
Beriadah bersama-sama keluarga
dan mengadakan perbincangan 6.1.2, 6.1.3
sekiranya timbul masalah.

144

Latihan Pengukuhan

Susun semula huruf di bawah menjadi perkataan berkaitan dengan
penyakit tidak berjangkit.

iaeteDbs iHetepirsn

rvaalKdiaoskur r i r e p o a t R i s

Nota • Perbanyakan halaman ini untuk diedarkan kepada murid. 145
Guru

Rumusan

Penyakit Tidak Punca
Berjangkit

Hipertensi Gaya hidup tidak sihat dan stres.

Kardiovaskular Otot jantung tidak dapat mengepam
dan mengedarkan darah ke seluruh tubuh.

Respiratori Radang saluran pernafasan dan
Kronik kerosakan tisu paru-paru.

Diabetes Tubuh kurang mengeluarkan hormon insulin yang
berfungsi untuk mengawal kandungan gula
dalam darah.

1 Makan makanan seimbang.

Cara mencegah 2 Bersenam dan bersukan.
penyakit tidak 3 Memeriksa kesihatan secara berkala.

berjangkit

4 Bijak mengurus stres.

146

1 PENDIDIKAN KESIHATAN
REPRODUKTIF DAN SOSIAL (peers)

1.7 Keselamatan

Standard Pembelajaran

7.1.1 Menyatakan maksud gangguan seksual dan penderaan seksual.
7.1.2 Menyenaraikan contoh-contoh gangguan seksual dan penderaan seksual.
7.1.3 Menjelaskan tindakan yang perlu diambil untuk menangani gangguan seksual dan

penderaan seksual.

147

Kenali Gangguan Seksual dan Penderaan Seksual

Gangguan seksual boleh berpunca daripada ungkapan, gerak tubuh dan
perlakuan berunsur seksual yang sengaja. Gangguan seksual sememangnya
sesuatu yang tidak dikehendaki, diundang atau diminta. Perbuatan ini boleh
mengganggu emosi, fizikal dan maruah individu lain.

Penderaan seksual ialah gangguan terhadap seseorang dengan niat untuk
mendapat kepuasan seksual. Contohnya, pendedahan kepada kelakuan
yang tidak senonoh dan tidak sopan seperti meraba. Bincangkan situasi
di bawah.

Nyatakan contoh lain gangguan seksual dan penderaan seksual yang anda tahu.
Bincangkan di dalam kelas bersama dengan guru.

S.P

148 7.1.1

Contoh-contoh Gangguan Seksual dan
Penderaan Seksual

Lisan Sentuhan Emosi

Bercakap lucah Memegang Menghantar
dan mengejek anggota badan gambar-gambar
berkaitan tubuh tanpa kerelaan.
badan seseorang. lucah dan
membuat aksi.

Situasi

Swee Ling telah didera secara seksual oleh bapa tirinya semenjak
6 bulan yang lalu. Swee Ling takut untuk memberitahu ibunya
kerana khuatir dia akan dipersalahkan atau ibu bapanya akan
berpisah. Swee Ling berasa sangat sedih dan terperangkap tetapi
tidak tahu apa perlu dilakukan.

Nyatakan tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya mengalami situasi
seperti Swee Ling.

Info

Penderaan seksual boleh berlaku di:
• Rumah – Perbuatan ini dilakukan oleh ahli keluarga atau saudara mara.
• Luar rumah – Perbuatan ini dilakukan oleh jiran, penjaga, orang yang diberi

tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak atau remaja tersebut atau orang
yang tidak dikenali.
(Sumber: http://www.myhealth.gov.my/penderaan-seksual)

S.P

7.1.1 149

Ayuh Tangani

Saya harus Saya tidak
bijak memilih menyalahgunakan alat
rakan sebaya. elektronik seperti telefon
Saya berani bimbit yang disediakan
mengatakan “TIDAK”
sekiranya berasa oleh ibu bapa.
tidak selesa. Saya mesti
berpakaian
sopan.

Saya mesti Saya tidak
memberitahu mengizinkan orang
kepada ibu bapa lain menyentuh tubuh
sekiranya diganggu. saya sesuka hati.

S.P

150 7.1.3

Cara Mengatasi Gangguan dan Penderaan Seksual

Sempena Kempen Perangi Gangguan dan Penderaan Seksual, Sekolah
Menengah Kebangsaan Sri Ramunia telah mengadakan forum. Forum
berkenaan membincangkan tentang cara mengatasi gangguan dan
penderaan seksual.

1 2 3 4

Pada pusingan Langkah Ibu bapa perlu Langkah seterusnya
ini, setiap panel pertama ialah peka akan ialah masyarakat
akan berkongsi memakai perubahan yang perlu bekerjasama.
cara-cara pakaian berlaku. Beri Kerajaan perlu
mengatasi yang sopan. pendedahan awal mengadakan kempen
gangguan dan Hindari tempat tentang pendidikan kesedaran selain
penderaan yang berisiko seksualiti kepada menguatkuasakan
seksual. berlakunya anak-anak. undang-undang.
gangguan. Kes-kes yang berlaku
perlu dilaporkan
dengan segera.

Sila Imbas

Layari laman sesawang http://arasmega.com/qr-link/video-rang-undang-
undang-kesalahan-kesalahan-seksual-tehadap-kanak-kanak-2017/ untuk
menonton video “Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual
Tehadap Kanak-kanak 2017”. (Dicapai pada 18 Jun 2017)

S.P

7.1.3 151

Latihan Pengukuhan

1. Berdasarkan gambar yang diberi, tandakan (7) pada gangguan atau
penderaan seksual.

152 Nota • Perbanyakan halaman ini untuk diedarkan kepada murid.
Guru

2. Secara berkumpulan, hasilkan poster bertajuk “Jaga Keselamatan Diri
Anda”. Bentangkan di hadapan kelas.

3. Pilih dan tulis semula cara-cara menangani gangguan seksual dan
penderaan seksual pada carta di bawah.

Memakai pakaian yang sopan. Hindari tempat yang berisiko.

Pergi membeli-belah. Mengadakan kempen kesedaran.

Menguatkuasakan undang-undang. Memakai pakaian yang ketat.

1.

2.

3.

4.

Nota • Perbanyakan halaman ini untuk diedarkan kepada murid. 153
Guru

Rumusan

Gangguan seksual dan penderaan seksual ialah perbuatan yang memaksa,
memperdaya dan mengugut orang lain untuk mendapatkan kepuasan
seksual.

Contoh Perlakuan Gangguan Seksual dan Penderaan Seksual

Lawak jenaka Pemaksaan Menunjukkan
yang berunsurkan terhadap gambar-gambar
individu untuk
elemen lucah. melakukan seks. dan membuat
aksi lucah.

Berani
mengatakan
“TIDAK” kepada

sebarang
gangguan.

Laporkan Tindakan bagi Menjauhkan
kepada orang Menangani diri daripada
Gangguan orang yang
dewasa Seksual dan tidak dikenali.
sekiranya Penderaan
diganggu. Seksual

Berpakaian Mengetahui
sopan. bahagian

tubuh
badan yang
tidak boleh

disentuh.

154

2 PEMAKANAN

Standard Pembelajaran

8.1.1 Menjelaskan tentang keselamatan makanan dan kualiti makanan.
8.1.2 Menghuraikan cara memilih makanan yang selamat dan berkualiti untuk mengelak

keracunan dalam pemakanan harian.

155

Keselamatan dan Kualiti Makanan

Menjaga keselamatan dan kualiti makanan amat penting untuk
mengelakkan diri kita daripada sebarang penyakit. Antara punca
keselamatan dan kualiti makanan tidak terjamin ialah ketidakcekapan
pengendalian makanan. Berikut merupakan cara-cara mengekalkan
keselamatan dan kualiti makanan yang perlu diamalkan:

Cara-cara Mengekalkan
Keselamatan dan Kualiti Makanan

Menggunakan Memastikan ruang Memastikan
peralatan penyediaan makanan makanan tidak
melebihi tarikh luput.
yang bersih. dan premis bersih
daripada kotoran.

Pengendali makanan perlu Bahan mentah mestilah
mempunyai pengetahuan bersih, segar dan berkualiti
berkenaan cara keselamatan
sebelum digunakan.
dan kualiti makanan.

Menggunakan kaedah penyediaan dan
penyimpanan makanan yang betul.

Info

Makanan proses ialah terdiri daripada bahan campuran, bahan proses tiruan dan
pewarna tiruan.

156 S.P
8.1.1, 8.1.2

Pemilihan Makanan Sihat dan Berkualiti

Pemakanan yang selamat, sihat dan berkualiti menjamin kesihatan yang
lebih baik. Berikut merupakan contoh cara memilih makanan yang selamat
dan berkualiti:

Segar. Melihat tarikh luput makanan
sebagai panduan.

Makan di tempat yang bersih. Elakkan membeli makanan
dalam tin yang kemik.

Pilih makanan yang tidak R SUSU ULA
berkulat dan rosak. Beli makanan proses yang
masih dalam keadaan
S.P tertutup sempurna.

8.1.2 157

Cara-cara Menyimpan Makanan

Teknik penyimpanan yang betul dapat menjadikan makanan tersebut
menjadi tahan lebih lama. Selain itu, cara penyimpanan yang betul
dapat mengurangkan kadar pembaziran makanan kerana telah disimpan
dengan baik.

Jenis Makanan Kaedah Penyimpanan

Simpanan Kering • Elakkan simpan makanan
bersama dengan racun
dan bahan kimia.

Roti • Elakkan simpan makanan
dalam bekas kimia.

Makanan tin • Elakkan membiar makanan
Simpanan Sejuk yang telah dibuka
Sejuk Beku (Ikan, Ayam) terdedah terlalu lama.

Ruang Sejuk • Makanan sejuk beku seperti daging dan
ikan hendaklah disimpan dalam ruang
beku secepat mungkin selepas dibeli
supaya tidak rosak.

• Makanan hendaklah disimpan dalam
bahagian-bahagian yang kecil.

Ruang Penyegar S.P
(Sayur, Buah)
8.1.2
158

Kepentingan Pengambilan Makanan Berdasarkan
Keselamatan dan Kualiti Makanan

Pengambilan makanan yang berkhasiat merupakan jaminan untuk tubuh
badan yang cergas dan otak yang cerdas. Kepentingan pengambilan
makanan berdasarkan keselamatan dan kualiti makanan ialah:

Menjamin kesihatan Mengurangkan risiko
tubuh badan. penyakit berbahaya.

Mengelakkan makanan Membantu tumbesaran
daripada rosak. bagi kanak-kanak.

Azmir, berdasarkan pelajaran Keselamatan makanan bermaksud
1 tadi, apakah yang kamu faham
tentang keselamatan makanan? makanan itu bersih daripada kuman
2 berbahaya, racun, toksin, najis dan

bahan buangan yang lain cikgu.

Kualiti makanan ialah 3 Bolehkah cikgu jelaskan
4 makanan tersebut tentang kualiti makanan?

mencapai standard bersih
dan selamat dimakan.

5 Oh, baru saya faham.
Terima kasih cikgu.

S.P 159

8.1.1

Latihan Pengukuhan

1. Nyatakan jenis tempat penyimpanan makanan di bawah. Nyatakan sebabnya.
SEJUK BEKU TEMPAT KERING SEJUK SEGAR TEMPAT KERING

160 Nota • Perbanyakan halaman ini untuk diedarkan kepada murid.
Guru

2. Isikan cara-cara mengekalkan keselamatan dan kualiti makanan pada
jadual di bawah.

Cara-cara Mengekalkan Keselamatan
dan Kualiti Makanan

Nota • Perbanyakan halaman ini untuk diedarkan kepada murid. 161
Guru

Rumusan

Keselamatan makanan Kualiti makanan
Makanan bersih daripada Makanan mencapai
kuman berbahaya, racun, standard bersih dan
selamat dimakan.
toksin, najis dan bahan
buangan yang lain.

Makanan Segar Makanan
proses masih Ciri-ciri tidak
berbungkus makanan
yang berkulat
sempurna selamat Belum
Tin tidak Makan di tamat
kemek tempat tarikh luput
yang bersih

162

3 PERTOLONGAN CEMAS

Standard Pembelajaran

9.1.1 Menyatakan prinsip dan prosedur T.O.T.A.P.S.
9.1.2 Menerangkan prinsip dan prosedur T.O.T.A.P.S.
9.1.3 Menghuraikan tindakan yang diambil semasa melaksanakan prosedur T.O.T.A.P.S.

163

Prinsip dan Prosedur T.O.T.A.P.S.

T.O.T.A.P.S. adalah salah satu kaedah bantu mula dalam merawat mangsa.
Semua kecederaan sukan yang dialami semasa bertanding atau latihan
mestilah diuruskan dengan berkesan.

Talk Observe Touch Active
(Bercakap) (Pantau Keadaan) (Sentuhan) (Aktif)

Passive Skill
(Pasif) (Kemahiran)

Segera Bantu

Kumar dan Andrew anak Bujang sedang melakukan latihan acara lompat
jauh. Tiba-tiba, Andrew terjatuh semasa membuat fasa lari landas.

Talk-Bercakap 1 Awak okey,
Andrew?

2 Aduh, sakitnya!

Observe-Memantau Pergelangan kaki
saya terasa sakit.
Awak sakit di
bahagian mana? S.P
164
9.1.1, 9.1.2
9.1.3

Touch-Sentuhan

Mari saya periksa Mungkin awak
kaki awak. Saya tergelecek ketika
bimbang mungkin berlari. Mari saya
ada kecederaan yang bantu awak berdiri.
serius di bahagian
kaki awak. 2 Baiklah Kumar.

Active-Aktif
Passive-Pasif

1 Sekarang cuba
awak gerakkan

kaki pula.

1 Rasanya kecederaan
saya tidaklah serius.

Saya masih boleh

2 Sama-sama Andrew. berjalan lagi. Terima
Nampaknya selepas
kasih Kumar.

ini awak perlu lebih

berhati-hati ketika

berlari.

Skill-Kemahiran Mari kita
teruskan latihan.

S.P Jom Kumar!
165
9.1.3

Latihan Pengukuhan

Jawab teka silang kata berikut berdasarkan prosedur T.O.T.A.P.S.

MELINTANG

4. Kemahiran
5. Aktif

3P 1 K 2T
L
5 B

4

C 6

T

V

H
E

MENEGAK

1. Lihat
2. Bercakap
3. Pasif
6. Sentuhan

166 Nota • Perbanyakan halaman ini untuk diedarkan kepada murid.
Guru

T Rumusan

(Talk-Bercakap) Tanya bahagian yang sakit.

O Perhatikan kecederaan pada anggota
badan mangsa.
(Observe-Lihat
keadaan) Sentuh anggota badan mangsa untuk
mengetahui keadaan dengan berhati-hati.
T
Minta mangsa menggerakkan anggota yang
(Touch-Sentuhan) cedera untuk mengetahui tahap kecederaan.

A Bantu pesakit menggerakkan bahagian
yang sakit.
(Active-Aktif)
Lakukan pergerakan asas pada bahagian
P yang mengalami kecederaan.
• Jika sakit, bawa mangsa ke hospital untuk
(Passive-Pasif)
rawatan.
S • Jika tidak mengalami cedera yang teruk,

(Skill-Kemahiran) mangsa boleh meneruskan aktiviti atau
latihan yang dilakukan.

167

RUJUKAN

Azizi Yahaya dan Tan Soo Yin. (2007). Kesihatan Mental. Kuala Lumpur:
Minda Cemerlang.

Baumgatner, T.A & Jackson, A.S. (1996). Measurement for Evaluation in Physical
Education. Dubuque, Iowa: Wm.C.Brown.

Buschner, C.A. (1999). Teaching Children Movement Concepts and Skills Champaign,
IL: Human Kinetic. US: BIS Publisher.

Charles E. Schaefer. (2015). Volume Two Handbook of Play Therapy: Advance and
Innovations. New Jersey: Fairleigh Dickinson University Hackensack.

Dawn Penney, Gill Clarke, Mandy Quill & Gary D. Kinchin. (2010). Sport Education
in Physical Education: Research Based Practice. Amsterdam: Laurence Publishing.

Kamus Dewan. (Edisi Keempat). (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kevin J.O’Connor. (2014). Handbook of Play Therapy: Advance and Innovations.

California School of Professional Psychology. California: Heinemann.
Malaysia, Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran. (2012). Modul Latihan Sukan Untuk

Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah: Bola Baling Sekolah Menengah. Putrajaya.
Malaysia, Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran. (2012). Modul Latihan Sukan Untuk

Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah: Kriket Sekolah Menengah. Putrajaya.
Malaysia, Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran. (2012). Modul Latihan Sukan Untuk

Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah: Ragbi. Putrajaya.
Malaysia, Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran. (2012). Modul Latihan Sukan Untuk

Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah: Sepak Takraw. Putrajaya.
Michael Gourley. (2003). The Psycholigal Edge In Rugby: Leadership and Motivation

in Coaching Team Sport. London: NZ Ltd.
Mohd Yusuf Abdullah. (1992). Teknik Kegiatan Luar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.
Paul Beasbel & John Taylor. (2004). Advanced Studies in Physical Education and Sport.

USA: Thomas Nelson and son Ltd.
Thomas J.R. Lee, A.M, Thomas, K.T. (2000). Physical Education for Children: Concept Into

Practice. Champaign. IL: Human Kinetics.
Worsnop & Simon. (2011). Rugby Games & Drills. London: Cataloging Publication.

168

A INDEKS
aerobik 94,95
apit kiri 44, 52 L
apit kanan 44, 52 lokomotor 14
B lonjak 2, 4, 14, 73
bergerak 14,15,16,49,97 layangan 73
biseksual 107 lompat 72
bola baling 23, 24 lembing 75
F
F.I.T.T 95 M
fleksi 4, 5, 30, 37 mak inang 12
Formula Karvonen 95 melombol 2, 4
G momentum 78
gimnastik 1, 2 mengacah 29
H mengadang 28
hambur 2, 3, 4, 5 menangkap bola 26, 36
helmet 55, 64 P
Heteroseksual 107 peti lombol 2
Homoseksual 107 R
J ragam 15
jaringan 30, 31, 40 respiratori 143
jurang generasi 130 reproduktif 104
K S
kekeluargaan 123 spesifik 111
konflik 122 simpulan 84
kondusif 123 servis 46, 47, 48
kriket 54, 55 setempat 13
sepak takraw 44
T
tarian inang 11, 12
try 37
tandut 55
T.O.T.A.P.S 164

169

KEMENTERIAN 170
PENDIDIKAN
MALAYSIA

Dengan ini, SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini
dengan baik dan bertanggungjawab atas kehilangannya,

serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada
tarikh yang ditetapkan.

Skim Pinjaman Buku Teks
Sekolah _______________________________________

Tahun Tingkatan Nama Penerima Tarikh
Terima

Nombor Perolehan: _______________________________
Tarikh Penerimaan: _______________________________

BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL

RM35.15

ISBN 978-967-0520-94-0

9 789670 520940

FTK122001


Click to View FlipBook Version