The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masitahamalina, 2021-04-26 06:57:42

ASAS TANAMAN TING 1 PK

ASAS TANAMAN TING 1 PK

3 Celupkan bahagian bawah lai daun 4 Buat lubang pada permukaan
dengan hormon pengakaran. medium semaian menggunakan
sudip tangan.

7 Siram menggunakan tong 8 Bersihkan kawasan kerja.
penyiram dan letakkan di tempat
yang teduh.

Nota Guru • Beritahu murid supaya menggunakan alatan yang sesuai dengan jenis
kerja untuk mengelakkan kemalangan. Berhati-hati ketika menggunakan
alatan seperti sekateur dan pisau yang tajam. 4.7

95

Jenis Tanaman yang Sesuai Dibiak Tahukah anda?
Menggunakan Pembahagian Rumpun
Kaedah pembiakan
• Pembiakan menggunakan pembahagian secara pembahagian
rumpun dilakukan ke atas tumbuhan yang rumpun adalah antara
hidup berumpun dan mempunyai rizom, stolon kaedah pembiakan yang
atau ubi yang berakar. mudah dilakukan. Anak
rumpun dibiak terus ke
• Contoh tanaman yang dibiak menggunakan tapak semaian.
kaedah ini ialah:

Calathea sp Pokok serai wangi

Pembahagian Rumpun

Pokok lidah jin Chlorophytum sp

Nota Guru • Terangkan kepada murid maksud tumbuhan hidup berumpun. Beritahu

96 murid contoh-contoh tumbuhan yang hidup berumpun yang biasa 4.8
ditanam di sekeliling rumah.

Menyemai Bahan Tanaman Menggunakan Pokok hiasan
Pembahagian Rumpun yang dipilih ialah
Chlorophytum sp.
Menyediakan Bahan Tanaman untuk Penyemaian

1 Pilih rumpun pokok yang sihat dan
bebas daripada penyakit.

2 Keluarkan rumpun pokok daripada
bekas tanaman menggunakan
sudip tangan.

3 Bahagikan rumpun pokok kepada
beberapa bahagian dengan
menggunakan tangan.

Nota Guru

• Rumpun pokok yang besar boleh dibelah menggunakan serampang 4.9
tangan, pisau atau parang.

97

Langkah-langkah Menyemai Bahan Tanaman

1 Sediakan alatan dan bahan. 2 Masukkan medium semaian ke
(Sudip tangan, tong penyiram, beg dalam beg politena sehingga
politena, medium semaian dan 3/4 penuh.
bahan tanaman Chlorophytum sp)

5 Padatkan medium di sekeliling 6 Siram medium hingga cukup
pangkal bahan tanaman. basah dan letakkan di tempat
yang teduh.

98

3 Masukkan bahan tanaman ke 4 Tambah medium semaian
dalam beg politena. sehingga hampir penuh.

7 Bersihkan kawasan kerja dan Tahukah anda?
alatan yang telah digunakan.
Air yang keluar melalui
lubang-lubang beg
politena ketika penyiraman
menunjukkan medium
telah cukup basah.

Nota Guru

• Sentiasa ingatkan murid cara-cara menggunakan alatan dengan betul. 4.9
• Terapkan amalan menjaga kebersihan. Kawasan kerja hendaklah
99
dibersihkan setiap kali selesai melakukan aktiviti menyemai.

Menanam Tanaman ke dalam Bekas Penanaman

Jenis Bekas
Penanaman

Pasu tanah liat Pasu plastik Pasu seramik

Tayar terpakai Beg politena

Aktiviti Tahukah anda?

• Senaraikan beberapa contoh bekas • Cuci bersih bekas penanaman kitar
penanaman hiasan daripada bahan semula sebelum digunakan.
kitar semula selain tayar terpakai.
• Pasu tanah liat dapat
• Kumpulkan bekas penanaman membekalkan kelembapan yang
hiasan yang disenaraikan untuk berpanjangan berbanding bekas
aktiviti menyemai. penanaman lain.

100 4.10

Pemilihan Bekas Penanaman
Terdapat beberapa panduan untuk memilih bekas penanaman yang sesuai.

Antaranya:

Saiz sesuai dengan
tanaman

Ringan dan mudah Panduan Cantik dan menarik
dialihkan Pemilihan Mudah dibersihkan

Tahan lasak dan tidak Bekas Mudah didapati
mudah pecah Penanaman

Mempunyai lubang
saliran

Harga berpatutan

Aktiviti Tahukah anda?

Hasilkan satu reka bentuk taman • Menanam tanaman di dalam bekas
mini yang menarik menggunakan penanaman seperti pasu tanah liat
bekas penanaman daripada bahan memerlukan medium yang ringan supaya
kitar semula. pasu tidak menjadi terlalu berat.

• Disaran menggunakan medium yang
lebih ringan seperti coco-peat, peat-moss
dengan kompos.

Nota Guru

• Tujuan memilih bekas penanaman yang sesuai adalah untuk 4.10
memudahkan aktiviti pengurusan dan penyenggaraan tumbuhan.
101

Menyediakan Bekas Penanaman

• Terdapat pelbagai bekas penanaman yang digunakan untuk menanam
tanaman hiasan.

• Sebelum menanam tanaman hiasan, kita perlu menyediakan bekas
penanaman yang sesuai.

Pasu Tanah Liat

Jenis Pasu Pasu Baharu Pasu Terpakai

Kaedah Pasu tanah liat perlu Bersihkan daripada kekotoran
Penyediaan direndam di dalam dan rendam semalaman di dalam

air semalaman. larutan formalin.

Tujuan Supaya air dapat meresap Untuk membasmi kuman.
dan memenuhi liang
rongga pasu.

Aktiviti

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Bincangkan kebaikan dan keburukan
menggunakan pasu baharu dan pasu terpakai. Catatkan hasil perbincangan dan buat
pembentangan menggunakan peta pemikiran i –THINK.

Not a Guru 4.10

• Tunjukkan kepada murid contoh pasu yang baharu dan pasu yang
telah digunakan.

102

Langkah-langkah Menyediakan Bekas Penanaman Bekas
penanaman yang
dipilih ialah pasu

tanah liat.

1 Sediakan pasu tanah liat yang 2 Pasu direndam semalaman.
mempunyai lubang saliran.

3 Tutup lubang saliran menggunakan 4 Sediakan medium penanaman 3:2:1
serpihan pasu. (3 bahagian tanah loam: 2 bahagian
bahan organik: 1 bahagian pasir
sungai) atau 7:3:2 (7 bahagian tanah
loam: 3 bahagian bahan organik:
2 bahagian pasir).

5 Masukkan medium penanaman ke Tahukah anda?
dalam pasu menggunakan sudip tangan
sehingga 1/3 memenuhi ruang pasu. Lubang saliran ditutup dengan
serpihan pasu bertujuan
untuk mengelakkan medium
penanaman terkeluar sewaktu
penyiraman.

4.10

103

Langkah-langkah Menanam Tanaman Hiasan
ke dalam Bekas Penanaman

1 Sediakan alatan dan bahan. (Sudip 2 Potong bahagian bawah beg
tangan, pisau pemotong, tong politena dengan pisau pemotong.
penyiram, pasu berisi medium
penanaman dan anak pokok)

5 Keluarkan beg politena dari 6 Padatkan medium penanaman di
anak pokok. sekeliling anak pokok.

104

3 Letak anak pokok di tengah pasu. 4 Tambah medium penanaman
sehingga 2-3 cm dari
permukaan pasu.

7 Siram anak pokok yang telah 8 Letakkan di tempat yang teduh
ditanam sehingga cukup basah selama beberapa hari sebelum
(air keluar dari pasu). dipindahkan ke lokasi sebenar.
Kemaskan kawasan kerja.

Nota Guru • Guru mengingatkan murid supaya berhati-hati semasa memotong beg
politena agar tidak mencederakan akar anak pokok.
4.10
• Amalkan langkah-langkah keselamatan untuk mengelakkan kecederaan.
105

Menjaga Tanaman Hiasan

Anak benih yang telah ditanam memerlukan penjagaan yang betul dan
berterusan untuk menghasilkan pokok yang subur. Penjagaan tanaman hiasan
termasuklah menyiram, membaja, mengawal perosak dan penyakit, mengawal
rumpai, menggembur dan memangkas.

Menyiram
• Dilakukan dua kali sehari atau mengikut

keperluan pada waktu pagi dan petang.
• Tujuan:

1. Membekalkan air kepada tanaman.
2. Mengekalkan kelembapan medium.
3. Melarutkan nutrien supaya mudah diserap

oleh akar.

Membaja
• Dilakukan dua atau empat minggu selepas

mengubah anak pokok mengikut jenis
tumbuhan.
• Tujuan:
1. Membekalkan nutrien yang diperlukan

oleh tumbuhan.
2. Mengekalkan kesuburan tumbuhan.
• Boleh menggunakan baja organik ataupun
baja kimia.

Mengawal rumpai
• Cabut rumpai bersama akarnya menggunakan

tangan.
• Tujuan:

1. Mengelak persaingan dari segi mendapatkan
air, nutrien, ruang dan cahaya dengan pokok
yang ditanam.

2. Memusnahkan tempat tinggal perosak.

4.11

106

Mengawal perosak dan penyakit

• Perosak tumbuhan ialah ulat daun, siput babi,
belalang, lintah bulan dan kumbang.

• Penyakit tanaman hiasan biasanya berpunca
daripada serangan kulat, virus dan bakteria.

• Tujuan:
1. Mendapatkan pokok yang sihat dan cantik.
2. Mengelakkan pokok rosak dan cacat.

Tahukah anda?

Jadual 4.1 Jenis-jenis organisma Tahukah anda?

Jenis Contoh serangan Cara Baja terdiri daripada
organisma kawalan pelbagai bentuk seperti
butir, cecair, serbuk dan
garam.

Virus Sanitasi

Bakteria Sanitasi TMK
Kulat Racun
Gunakan enjin carian
untuk mendapatkan
maklumat tentang
amalan sanitasi.

Serangga Racun
Rumpai
Cabut
menggunakan

tangan

4.11

107

Menggembur
• Dilakukan untuk melonggarkan medium dalam

pasu supaya tidak keras dan padat.
• Tujuan:

1. Membaiki pengudaraan medium.
2. Memperbaik sistem pengaliran air.
3. Memudahkan akar menembusi medium.
4. Mengikat nutrient dalam medium.

Memangkas
• Membuang sebahagian daun, ranting dan dahan

yang tidak diperlukan.
• Tujuan:

1. Membuang bahagian yang rosak dan
berpenyakit.

2. Menggalakkan pertumbuhan tunas baharu.
3. Membuang tunas baharu atau ranting yang

tidak diperlukan.
4. Mengawal saiz atau membentuk pokok kepada

bentuk struktur rangka yang dikehendaki.
5. Menggalakkan pengeluaran bunga dan buah.

Aktiviti

1. Bincangkan masalah yang akan timbul sekiranya aktiviti penyenggaraan tanaman
hiasan tidak dilakukan dengan menggunakan alatan dan cara yang betul.

2. Senaraikan kebaikan aktiviti penyenggaraan tanaman hiasan.

Tahukah anda?

Sekateur ialah alat yang digunakan untuk memangkas dahan dan ranting yang kecil.
Gunting pemangkas atau mesin pemangkas digunakan untuk memangkas dahan yang
besar dan membentuk pokok menjadi bentuk yang dikehendaki.

4.11

108

Jadual 4.2: Jadual penyenggaraan tanaman hiasan

Nama pokok:
Nama kumpulan:
Tarikh menanam anak benih:

Bil. Aktiviti Minggu
1. Menyiram 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

2. Membaja

3. Mengawal rumpai

4. Mengawal perosak
dan penyakit

5. Menggembur

6. Memangkas

Aktiviti

Lakukan aktiviti secara berkumpulan:
1. Senaraikan semua alatan yang digunakan semasa melakukan aktiviti

penyenggaraan tanaman hiasan.

2. Tandakan (3) pada jadual jika telah melaksanakan aktiviti penyenggaraan.

4.11

109

Kos Pengeluaran

Kos bahan Kos upah Kos overhed Kos
pengeluaran

Pengiraan Kos Pengeluaran 100 Beg Politena Pokok Bunga Zinnia

Kos Bahan

Bil. Bahan Kuantiti Harga seunit (RM) Jumlah (RM)

1. Biji benih 5 paket/10 g 3.00 15.00

2. Beg politena 2 kg 7.50 15.00

3. Tanah loam 30 beg 3.00 90.00

4. Bahan organik 20 beg 3.00 60.00

5. Pasir sungai 10 beg 3.00 30.00

Jumlah RM 210.00

Jumlah kos bahan secara keseluruhan yang digunakan untuk mengeluarkan
100 unit tanaman hiasan ialah RM 210.00.

Kos Upah

Bil. Perkara Jumlah

1. Bilangan pekerja 2 orang

2. Jam bekerja 48 jam

3. Kadar sejam RM 5.00

Kos upah =  Bilangan pekerja  x  jam bekerja  x  kadar sejam
=  2 orang  x  48 jam  x  RM 5.00
=  RM 480.00

a GuruNot 4.12

• Guru meminta murid mengamalkan sikap jujur dan amanah semasa
mengira kos.

110

Kos Overhed

Bil. Perkara Jumlah (RM)

1. Bil elektrik RM 25.00

2. Bil air RM 5.00

Kos overhed = Bil elektrik  +  bil air
= RM 25.00  +  RM 5.00
= RM 30.00

Kos pengeluaran (100 beg politena)

Kos pengeluaran =  Kos bahan  +  kos upah  +  kos overhed
=  RM 210.00  +  RM 480.00  +  RM 30.00
=  RM 720.00

Kos pengeluaran (satu beg politena)

Kos pengeluaran =  Kos pengeluaran 100 beg politena

100

=  RM 720.00

100

=  RM 7.20

Encik Chong perlu membekalkan 150 pokok bunga marigold yang ditanam di dalam
beg politena ke sebuah kedai nurseri tumbuhan. Jumlah kos pengeluaran yang
ditanggung oleh Encik Chong ialah RM 1200.00.
Hitungkan :
(a) Kos pengeluaran bagi satu pokok bunga marigold.
(b) Harga jualan satu pokok bunga marigold yang perlu ditetapkan untuk

mendapatkan keuntungan sebanyak 50%.
(c) Berdasarkan jawapan soalan di atas, hitungkan jumlah pokok bunga marigold

yang perlu disediakan jika Encik Chong ingin memperoleh pendapatan sebanyak
RM 7800.00.

4.12

111

Rumusan

Kumpulan
Tanaman Hiasan

Sebelas kumpulan: 7 Orkid
1 Pokok naungan
2 Palma 8 Akuatik
3 Renek
4 Penutup bumi 9 Menjalar dan
5 Turf memanjat
6 Semusim
10 Lendair

11 Kaktus

Tanaman Hiasan

Penjagaan
Tanaman Hiasan

Menyiram Mengawal perosak Menggembur
dan penyakit

Membaja Mengawal rumpai Memangkas

112

Organ Jenis organ tumbuhan: Menyemai
tumbuhan 1 Rizom rizom
2 Stolon
3 Bebawang
4 Ubi

Kaedah Keratan Jenis keratan daun: Menyemai
Pembiakan daun 1 Keratan lai daun keratan
Tanaman lai daun
2 Keratan urat daun
Hiasan
3 Keratan lai dan
tangkai daun

4 Keratan tunas daun

Pembahagian Menyemai
rumpun rumpun pokok

Cantuman

Keratan
batang

Tut

Mengira Kos Kos = Kos + Kos upah + Kos
Pengeluaran pengeluaran bahan overhed

113

Aktiviti

Aktiviti 1

• Lakukan aktiviti menyemai keratan lai daun secara berkumpulan. Letakkan label pada
bekas semaian dengan butiran berikut:
i. Tarikh menyemai
ii. Nama tumbuhan
iii. Nama kumpulan

• Pindahkan anak pokok yang berakar serta mempunyai 4-5 helai daun ke dalam beg
politena atau pasu.

Aktiviti 2

Aktiviti berkumpulan: ’Buku Skrap Tanaman Hiasan‘
1. Kumpul lima jenis tumbuhan hiasan yang dipilih.
2. Keringkan bahagian tumbuhan seperti daun dan bunga.
(Cara: Susun bahagian tumbuhan di celah-celah helaian surat khabar dan tindihkan

dengan benda berat selama tiga hingga lapan minggu)
3. Tampal bahagian tumbuhan yang telah kering di atas kertas.
4. Tuliskan maklumat berikut:

i. Nama tanaman
ii. Kegunaan
iii. Tarikh

Aktiviti 3

Aktiviti berkumpulan:
Hasilkan satu landskap taman mini yang menarik di luar bangunan kelas kamu.
Gunakan sekurang-kurangnya tiga kumpulan tanaman hiasan yang dipelajari.

Aktiviti 4

Aktiviti berpasangan:
Bina peta pemikiran mengenai cara menjaga tanaman hiasan yang telah anda
pelajari. Bentangkan di dalam kelas.

Aktiviti 5

Murid digalakkan melawat ke nurseri atau ke tapak semaian untuk membuat
perbandingan harga tanaman hiasan.

114

Latihan
1. Lengkapkan rajah berikut dengan menamakan kumpulan tanaman hiasan.

1.

11. 2.

10. 3.

Kumpulan

9. Tanaman 4.

Hiasan

8. 5.

7. 6.

Nota Guru

• Guru meminta murid menjawab soalan di dalam buku latihan.

115

2. Susun langkah-langkah menyemai bahan tanaman menggunakan rumpun
mengikut urutan dengan menulis 1, 2, 5, 6 dan 7 di petak yang disediakan.
Urutan 3 dan 4 telah diberikan.

Bil. Langkah-langkah menyemai rumpun Urutan

1. Masukkan bahan tanaman ke dalam beg politena. 3

2. Masukkan medium semaian ke dalam beg politena
sehingga 3/4 penuh.

3. Sediakan alatan dan bahan.

4. Siram medium hingga cukup basah dan letakkan di tempat
yang teduh.

5. Padatkan medium di sekeliling pangkal bahan tanaman.

6. Bersihkan kawasan kerja dan alatan yang telah digunakan.

7. Tambah medium semaian sehingga hampir penuh. 4

3. Senaraikan alatan dan bahan yang digunakan untuk membiakkan
tumbuhan hiasan menggunakan organ tumbuhan berdasarkan pilihan
jawapan yang diberi.

Sudip tangan Bahan organik Sekateur Rizom

Alatan Bahan

(a)   (a)  
(b)  (b) 

Not a Guru

• Guru meminta murid menjawab soalan di dalam buku latihan.

116

4. Pilih organ tumbuhan yang boleh dibiakkan dan lengkapkan rajah.

Rizom Ubi Bebawang
Baja
Pucuk Stolon

Organ Tumbuhan

5. Tanda (3) pada pernyataan yang betul dan (7) pada pernyataan yang salah.
(a) Pokok pinang Manila ialah pokok hiasan jenis naungan.
(b) Tanaman hiasan berfungsi untuk memberi perlindungan
dan teduhan.
(c) Beg politena boleh digunakan untuk menanam pokok
hiasan.
(d) Bekas penanaman yang dipilih tidak perlu mempunyai
lubang saliran.
(e) Pasu plastik perlu direndam untuk mengekalkan
kelembapan medium.

117

20 19

TAHNIAH! Sebutkan satu cara
Anda berjaya. menjaga tanaman
hiasan yang anda tahu.

Main permainan ini. 11 12

Panduan bermain: Sebutkan dua organ Lai daun yang hendak
1 Bina satu kumpulan tumbuhan hiasan. disemai perlu dikerat
menggunakan _______.
yang terdiri daripada 10
3-5 orang. (gunting/sekateur)
Hilang satu
2 Sediakan sebiji dadu. giliran. 9

3 Setiap pemain perlu Berapakah kaedah
membaling dadu pembiakan tanaman
sebelum memulakan
permainan bagi hiasan?
menentukan giliran.
2
4 Setiap kali tiba giliran
anda, baling dadu dan Sebutkan dua jenis
gerakkan buah mengikut tanaman hiasan yang
kiraan pada dadu.
anda tahu.
5 Main sehingga
anda menang.

1

MULA

118

18 17 16

Bakteria antara jenis Pokok lidah jin Terus ke petak 18.
organisma yang biasanya dibiakkan dengan cara

menyerang tanaman. keratan ____ daun.
Betul atau salah? (urat/lai)

13 14 15

Apakah organ tumbuhan Undur ke petak 12. Pokok sepit udang ditanam
yang menyerupai bawang? menggunakan______.
(ubi/rizom)

8 7 6

Berikan satu kegunaan Sebutkan satu nama Tumbuhan akuatik
tanaman hiasan. tanaman hiasan yang hidup di ______.

anda tahu. (tanah/air)

3 4 5

Pokok renek Terus ke petak 8. Rumput turf ialah
berbatang kayu dan rumput yang ditanam
banyak cabang. Betul
dan _______.
atau salah? (dibiarkan/dijaga rapi)

119

GLOSARI

Bahan sungkupan bahan-bahan organik yang digunakan untuk menutup
permukaan tanah di sekeliling anak pokok bagi mengekalkan
kelembapan tanah.

Baja organik baja yang diperbuat daripada najis binatang atau
tumbuh-tumbuhan yang telah reput.

Baja bahan untuk menyuburkan tumbuhan.
Batas tempat menanam tumbuhan.
Beg politena plastik berbentuk segi empat dan fungsinya sebagai bekas

semaian.
Bercambah mula tumbuh.

Jerami padi batang padi yang telah kering.

Kitar semula kaedah atau teknik memproses bahan seperti plastik, kaca dan
aluminium yang telah digunakan supaya dapat diguna semula.

Lai daun sehelai daun.
Landskap seni taman yang menggambarkan ciri-ciri pemandangan alam.

Maksimum yang paling banyak atau paling tinggi jumlahnya.
Medium bahan yang menjadi tempat tumbuh pokok.
Memangkas memotong hujung tumbuhan atau mencantas.
Membasmi menghapuskan, membanteras atau memerangi.
Menggembur mencangkul tanah supaya gembur.
Menggred membahagi-bahagikan mengikut mutu.
Menyemai menanam atau menabur biji benih di tempat tertentu sebelum

dialihkan ke tempat lain.
Merumpai merumput, mencabut atau membuang rumput.

Nutrien zat atau bahan berkhasiat.

Proses cara atau kaedah tertentu yang diikut untuk membuat sesuatu.

Renek pendek atau rendah.
Rizom batang tanaman seperti halia dan kunyit yang tumbuh mendatar

dalam tanah dan menjadi organ penyimpanan makanan.

120

Rumput turf jenis tanaman berfungsi untuk menutup bumi.
Sanitasi sistem kawalan kebersihan awam, termasuklah bekalan air bersih,

pembuangan sampah dan pembuangan najis.
Sekateur gunting pemangkas tumbuhan.
Stolon jenis batang kecil yang tumbuh menjalar di atas tanah dan

mengeluarkan pucuk atau akar pada bahagian hujung atau batang.
Teknologi aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk

tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan
lain-lain.
Tekstur jalinan atau susunan bahagian-bahagian halus yang membentuk
sesuatu benda.
Testa kulit biji benih.
Tut mencantumkan tunas daripada satu pokok pada pokok lain yang sama
jenisnya supaya pokok menjadi lebih baik.
Umbisi akar yang menjadi gemuk dan berisi seperti ubi, kentang dan keladi.
Usahawan orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha.

121

SENARAI RUJUKAN

Abd Karim Daud, Mohd Rahim Mohd Sharif, Faizah Ismail. 2014. Reka Bentuk Teknologi
Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Bakar Mat Daud. 2010. Variasi Tanaman Berpasu. Shah Alam: Alaf 21.

Boo Shin Min, Kartini Omar- Hor, Ou –Yang Chow Lin, Ng Cheow Kheng. 2006. 1001 Garden
Plants in Singapore. Singapore: National Parks Publication.

Darmawati Tamam, Unie Soedjatmiko. 2006. Taman Hiasan Mini. Kuala Lumpur: Synergy
Media.

EndroSaptono, SS, Drs. Agus Andoko. 2006. Penanaman Sayur-sayuran Organik di
Perkarangan Rumah. Kuala Lumpur: Synergy Media.

Hajjah Badrain Ibrahim. 1992. Media Tumbuhan dan Pemasuan. Panduan Asas Hortikultur
Landskap. Serdang: Universiti Pertanian Malaysia.

Hajjah Badrain Ibrahim. 1992. Pembiakan Tumbuhan. Panduan Asas Hortikultur Landskap.
Serdang: Universiti Pertanian Malaysia.

Hajjah Badrain Ibrahim. 1992. Penanaman. Panduan Asas Hortikultur Landskap. Serdang:
Universiti Pertanian Malaysia.

Hajjah Badrain Ibrahim. 1992. Tanaman Hiasan. Panduan Asas Hortikultur Landskap.
Serdang: Universiti Pertanian Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

n.a. 1986. Pertanian di Malaysia. Ipoh: Pustaka Budi.

n.a. 2006. Penghasilan Baja Kompos. Kuala Lumpur: Synergy Media.

Nasnan Jajuli. 2016. Siri Usahawan Tani: Pembiakan Tanaman. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Siti Amnah Sahran, Rosiah Nawi, Farid Hassan, Johari A. Aziz. 2010. Kemahiran Hidup
Bersepadu Tingkatan 3. Melaka: Percetakan Surya.

Tai Lung Aik, 2002. Sains Pertanian Tingkatan 4. Batu Caves: Percetakan Warni Sdn. Bhd.

Zulkifli Mohd Salleh, Zainal Abd Rahim, Tuslah Abdan. 2003. Kemahiran Hidup Bersepadu
KBSM Tingkatan 1. Shah Alam: Cerdik Publication.

122


Click to View FlipBook Version