The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN TAHUNAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 2020 MEMAPARKAN SEGALA AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LAPORAN TAHUNAN & E-BOOK KOLEJ KOMUNITI KUANTAN, 2021-04-25 22:11:05

LAPORAN TAHUNAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 020

LAPORAN TAHUNAN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 2020 MEMAPARKAN SEGALA AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN DI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN SEPANJANG TAHUN 2020

Keywords: LAPORAN TAHUNAN KOLEJ KOMUNITI,KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

AJK KEUSAHAWANAN & Unit Pengurusan
KOPERASI
AJK LATIHAN INDUSTRI AJK PENGESANAN
1. ASRI BIN ABDULLAH GRADUAN
2. SAIFUDIN B MASAH 1. AZSYANTI BINTI IBRAHIM
3. TG. NUR-WINA BINTI TUAN 2. NOORDIYANA BINTI 1. MOHAMED HADRY BIN
ABU BAKAR
ABU BAKAR ABDUL RAHIM
4. ROHANA BINTI MOHD. 3. NORHADI BIN MOHD 2. AZMIRA BINTI MUSA
3. MAIMUNAH BINTI ISMAIL
NOR NOOR 4. TENGKU NOR AZURA BINTI
5. JAMIL BIN SHARIPUDDIN 4. ABDULLAH BIN HAMAT
6. ABDULLAH BIN HAMAT 5. AHMAD ZAIRI BIN MOHD TUAN PA
7. LIZAWATI BINTI ZAINUDIN
8. SHARIFAH SAFIAH BINTI ZAIN AJK ALUMNI

SYED AB. GHANI AJK KOLABORATIF 1. AZSYANTI BINTI IBRAHIM
9. NOR FAUZANI BINTI 2. NURUL AINA
1. SITI MARIAM BT MOHD
JUMODI AMIN ULMARDHIAH BT ZAINAL
10. MUHAMAD HAFIZ BIN ABIDIN
2. AZSYANTI BINTI IBRAHIM 3. HAJI MOHD RADUAN BIN
ABD RAZAK 3. HAJI MOHD RADUAN BIN AMRAN
11. SAIFUDIN BIN MASAH 4. MOHAMED HADRY BIN
12. NOR MOHD SYAMSI BIN AMRAN ABU BAKAR
4. MAIMUNAH BINTI ISMAIL
ABD MALEK 5. ABDULLAH BIN HAMAT
13. NOOR RAHIMI BINTI IDIRIS
14. ASMAWI BIN MUDA @

OTHMAN
15. TG. NUR-WINA BINTI TUAN

ABU BAKAR

MOHD HISBUL HADI B. MAT HASSAN
PEGAWAI PERHUBUNGAN INDUSTRI DAN ALUMNI

NOR AZIMAH BT ISMAIL MOHAMAD KHIR JOHARI
PEGAWAI ALUMNI
B. JAMALUDIN
SHAHRIZAL BIN M. YASIN PEGAWAI KOLABORATIF
PEGAWAI KEUSAHAWANAN
NOR FAZLINA BT HARUN
PEG. PENGESANAN GRADUAN

Unit Pengurusan
UNIT KOLABORASI & KEUSAHAWANAN

PENGENALAN

Peranan Unit Kolaborasi dan Keusahawanan Kolej Komuniti Kuantan telah diperluaskan selaras dengan
Pelan Transformasi Kerajaan, Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara dan Pelan Transformasi Politeknik.
Key of Indicators (KPI) di dalam Pelan Tranformasi Politeknik dan Kolej Komuniti yang turut mensasarkan
Kolej Komuniti Malaysia diiktiraf sebagai peneraju pendidikan dan latihan teknik dan vokasional pada
peringkat serantau, 90 peratus graduat Kolej Komuniti bekerja (termasuk melanjutkan pelajaran) dalam
tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian dan 50 peratus lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang
layak, memilih Kolej Komuniti sebagai pilihan pertama jelas memperlihatkan kepentingan peranan Unit
Kolaborasi dan Keusahawanan di Kolej Komuniti.

FUNGSI

Menyediakan perkhidmatan dan maklumbalas terhadap keperluan industri terutama yang melibatkan :
1) Unit Perhubungan dan Latihan Industri
2) Jawatankuasa Kolaborasi Industri
3) UnitPengesanan Graduan
4) Unit Alumni
5) Unit Keusahawanan
6) Kolaborasi dan penempatan kerja graduan.
7) Memudahkan jaringan dan kolaborasi di antara Kolej Komuniti dan Industri.
8) Meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan kerja graduan Kolej Komuniti.
9) Meningkatkan kadar bekerja graduan Kolej Komuniti.
10) Menyediakan khidmat penasihatan kerjaya, perancangan dan persediaan graduan ke alam
pekerjaan.

CARTA ORGANISASI
UNIT KOLABORASI DAN KEUSAHAWANAN

KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 2020

Unit Pengurusan

PENGENALAN UNIT KOLABORASI & KEUSAHAWANAN
Unit Perhubungan dan Latihan Industri

Unit Perhubungan dan Latihan Industri bertanggungjawab merancang, mengurus dan menyelaras hal-
hal berkaitan dengan latihan industri pelajar, jaringan dan hubungan industri, pengesanan graduan,
kebolehpasaran graduan dan pembangunan alumni seiring matlamat kolej komuniti mengikut masa dan
kualiti yang ditetapkan.

Latihan Industri merupakan satu kursus penting di dalam kurikulum pengajian di Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Malaysia. Secara amnya tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan pelajar
kepada alam pekerjaan sebenar terutamanya dari aspek aplikasi pengetahuan yang dipelajari di kolej,
perhubungan kemanusiaan dan etika serta amalan keselamatan di tempat kerja.

Pelaksanaan kursus ini memerlukan pelajar ditempatkan di syarikat atau jabatan kerajaan yang
bersesuaian untuk tempoh 1 semester.
Pelajar perlu lulus Latihan Industri ini sebelum layak diperakukan untuk penganugerahan Sijil Kolej
Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Objektif Latihan Industri adalah untuk membolehkan pelajar:-
i) Mendapat pendedahan kepada alam pekerjaan sebenar;
ii) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran;
iii) Memahami perkaitan di antara pengetahuan yang dipelajari di bilik kuliah dengan amalan praktik di
tempat latihan;
iv) Menghayati semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik dengan pekerja di tempat latihan;
v) Menghayati sifat jujur, amanah, berdisiplin, dan bertanggungjawab;
vi) Mengamalkan peraturan keselamatan dan amalan baik di tempat latihan;
vii) Mengukuhkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi

BENGKEL PEMBANGUNAN KURIKULUM
KURSUS MATA PELAJARAN PENGAJIAN
UMUM DAN KURSUS LATIHAN INDUSTRI
KOLEJ KOMUNITI

Tarikh : 28 - 30 Sept 2020

Tempat : Resort Espira Kinrara, Puchong, Selangor

Peserta : Penggubal Kurikulum

Anjuran : Bahagian Kurikulum, Jabatan Pengajian
Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK)

Bengkel Pembangunan Kurikulum Kursus Mata
Pelajaran Umum dan Kursus Latihan Industri Kolej
Komuniti telah diadakan pada 28 sehingga 30
Sept 2020. Para penggubal kurikulum terdiri para
pensyarah Pengajian Umum serta Ketua Wilayah
Pegawai Perhubungan Industri (PPIA) Kolej
Komuniti dan pihak JPPKK sebagai urusetia
program. Encik Mohd Hisbul Hadi bin Mat Hassan,
PPIA Kolej Komuniti Kuantan selaku Ketua Wilayah
Pahang, Kelantan dan Terengganu mewakili panel
penggubal kurikulum Kolej Komuniti Wilayah Timur.
Bengkel ini bertujuan untuk menambahbaik
kurikulum program yang ditawarkan agar sentiasa
fleksibel, dinamik dan relevan dalam mengekalkan
Kolej Komuniti sebagai antara peneraju utama
bidang TVET Negara.

Unit Pengurusan

UNIT KOLABORASI & KEUSAHAWANAN
Unit Perhubungan dan Latihan Industri

BENGKEL PEMBANGUNAN SERTA
SEMAKAN KURIKULUM DAN GARIS
PANDUAN LATIHAN INDUSTRI KOLEJ
KOMUNITI

Tempat : Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak

Anjuran : Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti (JPPKK)

Peserta : Ketua-Ketua Wilayah PPIA Kolej Komuniti

Bengkel Pembangunan Kurikulum serta Semakan
Garis Panduan Latihan Industri Kolej Komuniti di
Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh, Perak.

Bengkel dihadiri oleh para pegawai JPPKK dan
Ketua-Ketua Wilayah PPIA Kolej Komuniti mewakili
102 Kolej Komuniti di seluruh Malaysia dalam
memperkasakan perlaksanaan Latihan Industri
selaras dengan peranan Kolej Komuniti sebagai
antara pemacu utama dalam bidang TVET.

Encik Mohd Hisbul Hadi bin Mat Hassan, PPIA Kolej
Komuniti Kuantan selaku Ketua Wilayah Pahang,
Kelantan dan Terengganu mewakili panel
penggubal kurikulum Kolej Komuniti Wilayah Timur.

PEMANTAUAN PENSYARAH BAGI LATIHAN INDUSTRI PELAJAR SIJIL OPERASI PERHOTELAN
SESI OGOS 2020

Sesi pemantauan pensyarah bagi Latihan Industri pelajar Sijil Operasi Perhotelan telah dijalankan di hotel
seperti di Swiss-Belhotel dan Hotel Bersatu. Semua pelajar menunjukkan sikap dan potensi yang baik
sepanjang tempoh latihan praktikal.

Hasil usaha kolaborasi berterusan antara pihak Kolej Komuniti Kuantan serta pihak industri telah
menghasilkan keperihatinan yang terbaik terhadap semua keperluan dan kebajikan pelajar sepanjang
tempoh latihan industri dijalankan.

Unit Pengurusan

UNIT KOLABORASI & KEUSAHAWANAN
Unit Perhubungan dan Latihan Industri

PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI PELAJAR SIJIL OPERASI PERHOTELAN KOLEJ KOMUNITI
KUANTAN

Pensyarah Operasi Perhotelan telah mengadakan pemantauan latihan industri pelajar Sijil Operasi
Perhotelan, Kolej Komuniti Kuantan di Hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre pada Isnin, 5 Oktober 2020.

Pelajar yang berada di sana, Chut Nyak Raimi dan Mohd Ridhuan menceritakan keterujaan mereka
mengeksplorasi dunia pekerjaan sebenar di hotel tersebut.

Tahniah kepada para pelajar yang sentiasa menunjukkan prestasi cemerlang. Semoga setiap
pengalaman yang telah ditempuhi sepanjang menjalani latihan industri dapat dimanfaatkan sebaiknya di
alam pekerjaan kelak. Jutaan terima kasih kepada pihak industri kerana memberi peluang kepada para
pelajar daripada Kolej Komuniti Kuantan menempuhi pengalaman sebenar alam pekerjaan.



Unit Pengurusan

PENGENALAN UNIT KOLABORASI & KEUSAHAWANAN
Unit Pengesanan Graduan

Keberkesanan dan kerelevanan sistem pengajian tinggi dalam memenuhi keperluan modal insan
negara merupakan satu isu besar yang semakin mendapat perhatian setiap lapisan masyarakat. Ia juga
merupakan satu isu yang akan menentukan maju mundurnya sesebuah negara pada masa hadapan.

Menyedari hakikat ini pihak KPT telah mengambil beberapa langkah strategik bagi memastikan graduan
yang dilahirkan oleh IPT negara mempunyai kualiti dan ciri ciri yang diperlukan oleh pasaran kerja. Dalam
masa yang sama pihak KP T juga memandang adalah perlu diwujudkan satu sistem pengukuran yang
bersesuaian dan versatil bagi meninjau secara berterusan tahap penerimaan sebenar para graduan
dalam pasaran kerja dan juga bagi mendapat maklum balas yang berharga dari para graduan
mengenai program pengajian yang telah dilalui dan tentang hubungkaitnya dengan pekerjaan mereka.

Unit Pengesanan Graduan adalah merupakan suatu jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan segala urusan dan aktiviti pengesanan graduan . Unit ini diketuai oleh Pegawai
Pengesanan Graduan dan dibantu oleh Penyelaras bagi setiap program.

Objektif utama kajian ialah khususnya untuk
mendapat gambaran yang lebih jelas
tentang status pekerjaan dan tahap
kebolehdapatan kerja graduan yang tamat
pengajian dan umumnya bagi mendaftar
dan mendapat gambaran tentang graduan
yang sedang aktif mencari pekerjaan

i. mendapat data berkaitan status
pekerjaan terkini graduan yang sudah tamat
pengajian melebihi enam bulan;

ii. mengumpul data mengenai guna tenaga
graduan, butiran berkaitan
pekerjaan,pengalaman kerja dan majikan
mereka;

iii. mengenal pasti dengan lebih mendalam
profil graduan menganggur dan yang
melanjutkan pengajian;

iv. memahami hubung kait program Latihan
Industri (LI) dan aktiviti kokurikulum (Ko-K)
dengan kebolehdapatan kerja;

v. meninjau persepsi graduan terhadap
pekerjaan semasa;

Unit Pengurusan

UNIT KOLABORASI & KEUSAHAWANAN

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGESANAN GRADUAN, Unit Pengesanan Graduan
KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

Unit Pengesanan Graduan Kolej Komuniti Kuantan merupakan jawatankuasa penting bertanggungjawab
untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti pengesanan graduan dalam menilai peratusan
kebolehpasaran "market value" graduan Kolej Komuniti Kuantan. Unit ini diketuai oleh Pegawai
Pengesanan Graduan dan dibantu oleh Penyelaras bagi setiap program.

Objektif utama Unit Pengesanan Graduan ialah untuk mendapat gambaran yang lebih jelas tentang
status pekerjaan dan tahap kebolehpasaran kerja graduan yang tamat pengajian dengan menjalankan
Kajian Pengesanan Graduan melibatkan:

i. Mendapat data berkaitan status pekerjaan terkini graduan yang sudah tamat pengajian melebihi enam
bulan.

ii. Mengumpul data mengenai guna tenaga graduan, butiran berkaitan pekerjaan,pengalaman kerja dan
majikan mereka.

iii. Mengenal pasti dengan lebih mendalam profil graduan menganggur dan yang melanjutkan
pengajian;

iv. Memahami hubung kait program Latihan Industri (LI) dan aktiviti kokurikulum (Ko-K) dengan
kebolehdapatan kerja.

v. Meninjau persepsi graduan terhadap pekerjaan semasa.

Unit Pengurusan

UNIT KOLABORASI & KEUSAHAWANAN
Unit Pengesanan Graduan

LAPORAN PENGESANAN GRADUAN 2019

Laporan Pengesan Graduan 2019 mencatatkan kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti Kuantan
mencatatkan 100 % kebolehpasaran.
Maklumat untuk Laporan KPI 1 : Peratus kebolehpasaran graduan pada tahun konvokesyen.
Kadar Kebolehpasaran : Bekerja (95.8%) + Melanjutkan Pengajian (4.2%) + Meningkatkan
Kemahiran (0%) + Menunggu Penempatan Pekerjaan (0%) = 100.0%

Unit Pengurusan

UNIT KOLABORASI & KEUSAHAWANAN

Unit Kolaborasi

MISI

Membentuk jalinan hubungan di antara industri dengan
Kolej Komuniti Kuantan dalam meningkatkan
kebolehpasaran pelajar.

OBJEKTIF

i) Memudahkan jaringan dan kolaborasi di antara
Komuniti Kuantan dengan Industri.
ii) Menyediakan perkhidmatan dan maklumbalas
terhadap keperluan industri terutama yang melibatkan
kolaborasi dan penempatan kerja graduan Komuniti
Kuantan.
iii) Meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehdapatan
kerja graduan Komuniti Kuantan.
iv) Menyediakan khidmat penasihatan kerjaya,
perancangan dan persediaan graduan Komuniti
Kuantan ke alam pekerjaan.
v)Menyelaras penempatan latihan pelajar PTSN ke
industri.
vi) Menyelaras kajian pengesanan graduan dan alumni
Komuniti Kuantan .

PERANAN UNIT KOLABORASI KOMUNITI
KUANTAN

1) Kolaborasi Industri
Meningkatkan jaringan dan KOLABORASI dengan
industri, IPTA/IPTS dan agensi luar yang ada kaitan
dengan teknologi. Tumpuan kolaborasi mencakupi
bidang kurikulum, latihan, penyelidikan,
pengajaran dan pembelajaran.

2) Kebolehpasaran Graduan
Menyelaras data graduan, aktiviti dan program
bagi meningkatkan kadar kebolehpasaran
graduan yang berfokus pada pensijilan profesional
atau Sijil Industri. Juga menjadi pusat sehenti bagi
mengumpulkan maklumat bakal majikan serta
melaksanakan kajian pengesanan graduan.

3) Latihan Industri
Menyelaras latihan industri pelajar, data profil
industri dan pelajar yang menghadiri latihan
industri.

4) Kerjaya
Membantu merancang, mengurus, memantau
dan melaksanakan program–program kerjaya
graduan seperti Karnival Kerjaya dan profiling test
program. Memberi khidmat Kaunseling Kerjaya
dalam perancangan dan persediaan ke alam
pekerjaan.

Unit Pengurusan

UNIT KOLABORASI & KEUSAHAWANAN
Unit Kolaborasi

TAJAAN KURSUS PERSIJILAN PROFESIONAL PERAKUAN KEKOMPETENAN PENDAWAI
DENGAN ENDORSAN PENGUJIAN (PW 2) KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 2020 OLEH SYARIKAT
MEGALITE SDN. BHD.

Syarikat Kejuruteraan Megalite telah berbesar hati menaja 2 orang pelajar Sijil Teknologi Elektrik (STE)
semester 4 sesi Dis 2020 yang baru menamatkan latihan industri di syarikat tersebut bagi mengambil Kursus
Persijilan Profesional Perakuan Kekompetenan Pendawai dengan Endorsan Pengujian (PW 2) di bawah
kelolaan Suruhanjaya Tenaga.

Kursus Persijilan Profesional Perakuan Kekompetenan Pendawai dengan Endorsan Pengujian (PW 2)
merupakan sijil profesional yang di iktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Tugas PW 2 adalah menjalankan
kerja-kerja pendawaian atau pengujian pada pepasangan Fasa Tunggal atau Fasa mengikut kategori
perakuan kekompetenannya. Di Kolej Komuniti Kuantan, pelajar semester 4 Sijil Teknologi Elektrik akan
digalakkan mengambil kursus tersebut bagi menambah nilai kebolehpasaran pelajar.

Kursus ini di kelola sepenuhnya oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) bertempat di Kolej Komuniti Kuantan. Nama
pelajar STE yang telah ditaja oleh syarikat Megalite Sdn. Bhd. ialah :

i) Iman Fahmi Bin Abu Samah

ii) Muhammad Idham Bin Abdul Rahman.

Para pelajar ini merupakan pelajar pratikal di syarikat Kejuruteraan Megalite sebelum ini. Pihak syarikat
bebesar hati menaja dua orang pelajar ini kerana menunjukkan prestasi yang cemerlang ketika latihan
industri di syarikat tersebut pada sesi Jun 2019.

Syarikat Kejuruteraan Megalite Sdn. Bhd. Juga merupakan salah satu Penasihat Program bagi Sijil Teknologi
Elektrik (Pemasangan & Perkhidmatan) di Kolej Komuniti Kuantan.

Unit Pengurusan

UNIT KOLABORASI & KEUSAHAWANAN
Unit Alumni

FUNGSI UNIT ALUMNI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

i) Menyelaras dan mengemaskini pengkalan data Alumni melalui Sistem Maklumat Alumni.

ii) Merancang, menyelaras dan melaksana program-program Alumni sama ada yang
berbentuk ilmiah/santai.

iii) Memantau pengemaskinian maklumat berkaitan alumni melalui media sosial tentang
hebahan berkaitan dengan peluang kerjaya dan program-program Alumni.

iv)Merancang, menyelaras dan melaksanakan cadangan penerbitan majalah Alumni.

v) Memikirkan kaedah berkesan dalam menerapkan semangat sayang akan Kolej Komuniti di
kalangan Bakal Alumni, Alumni Muda dan Alumni.

v) Matang

vi) Meneruskan usaha dalam mengukuhkan elemen peradaban yang tinggi di kalangan alumni

vii) Membangunkan draf perancangan penubuhan Tabung Alumni.

PROGRAM BICARA USAHAWAN ALUMNI
KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 2020

Nama Alumni Terlibat : Luqmanul Hakim bin
Kamarudin

Pada hari Khamis, 12 Mac 2020, telah berlangsung
Program Bicara Usahawan Alumni Kolej Komuniti
Kuantan 2020 bersama Pelajar Kolej Komuniti
Kuantan bertempat di Dewan Besar, Kolej Komuniti
Kuantan, Pahang. Program Bicara Usahawan
Alumni Kolej Komuniti Kuantan 2020 adalah satu
program pembudayaan keusahawanan kepada
pelajar yang akan tamat pengajian. Ianya sebagai
sumber inspirasi untuk pelajar – pelajar Kolej
Komuniti Kuantan bagi pengalaman dan ilmu
keusahawanan. Program Bicara Usahawan Alumni
Kolej Komuniti Kuantan 2020 adalah bertujuan
memberi penekanan aspek pembangunan dan
pengukuhan persatuan alumni bersama pelajar
dimana hasrat utama program ini adalah untuk
berkongsi ilmu usahawan mencapai kestabilan
dalam menjalankan setiap apa yang dirancang
untuk manfaat warga alumni. Tenaga pengajar
alumni Kolej Komuniti Kuantan yang merupakan
seorang usahawan telah dijemput untuk mengajar
ilmu keusahawanan kepada para pelajar.

Unit Pengurusan

UNIT KOLABORASI & KEUSAHAWANAN
Unit Alumni

FUNGSI UNIT ALUMNI KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

i) Menyelaras dan mengemaskini pengkalan data Alumni melalui Sistem Maklumat Alumni.
ii) Merancang, menyelaras dan melaksana program-program Alumni sama ada yang berbentuk
ilmiah/santai.
iii) Memantau pengemaskinian maklumat berkaitan alumni melalui media sosial tentang hebahan
berkaitan dengan peluang kerjaya dan program-program Alumni.
iv)Merancang, menyelaras dan melaksanakan cadangan penerbitan majalah Alumni.
v) Memikirkan kaedah berkesan dalam menerapkan semangat sayang akan Kolej Komuniti di kalangan
Bakal Alumni, Alumni Muda dan Alumni.
v) Matang
vi) Meneruskan usaha dalam mengukuhkan elemen peradaban yang tinggi di kalangan alumni
vii) Membangunkan draf perancangan penubuhan Tabung Alumni.

Unit Pengurusan

UNIT KOLABORASI & KEUSAHAWANAN
Unit Alumni

KURSUS ASAS PENDAWAIAN ELEKTRIK

Pada hari Selasa, 14 Julai 2020 , Unit Teknologi Elektrik telah menganjurkan Kursus Asas Pendawaian Elektrik
bertempat di dewan besar Kolej Komuniti Kuantan. Unit Teknologi Elektrik telah menjemput dua orang
alumni pelajar Program Sijil Teknologi Elektrik (STE) sebagai pembantu tenaga pengajar dalam
mengendalikan kursus Kursus Asas Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal. Encik Khairul Fadly Ikram bin Khyrul
Hafiza dan Encik Muhammad Amirul bin Kamarazaman merupakan alumni Sijil Teknologi Elektrik Kolej
Komuniti Kuantan dan masing-masing telah memiliki syarikat perniagaan sendiri.

Para peserta adalah terdiri daripada para kakitangan Kolej Komuniti Kuantan. Di dalam bengkel ini, para
alumni turut berkongsi kepakaran dalam teknologi terkini yang digunakan di dalam alam pekerjaan
sebenar.

• Encik Khairul Fadly Ikram bin Khyrul Hafiza (memiliki sebuah syarikat pendawaian elektrik).

• Encik Muhammad Amirul bin Kamarazaman (bekerja sebarang seorang Chargeman dengan syarikat
yang beribu pejabat di Port Dicksons).

Unit Pengurusan

UNIT KOLABORASI & KEUSAHAWANAN
Unit Alumni

PENGLIBATAN ALUMNI DALAM JAWATANKUASA PENASIHAT PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI
ELEKTRIK ( PEMASANGAN DAN PERKHIDMATAN ) KOLEJ KOMUNITI KUANTAN 2020

Pada hari Isnin, 21 September 2020, Unit Teknologi Elektrik telah menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa
Penasihat Program Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan dan Perkhidmatan) Kolej Komuniti Kuantan. Tujuan
Mesyuarat ini adalah untuk mendapatkan maklum balas berkaitan program Sijil Teknologi Elektrik yang di
tawarkan kepada pelajar lepasan SPM serta berkongsi idea untuk penambahbaikan program STE dari
semasa ke semasa.

Ahli Mesyuarat yang dijemput hadir ialah wakil kolej terdiri daripada Pengarah ( pengerusi ), Timbalan
Pengarah Akademik , Ketua Program serta semua pensyarah Program Sijil Teknologi Elektrik (STE).

Pihak kolej turut menjemput wakil industri, wakil akademik dan wakil Alumni iaitu Encik Raja Muhammad
Naqiuddin bin Raja Alias bagi bersama-sama memberi pandangan dan idea untuk penambahbaikan
program Sijil Teknologi Elektrik.

Dalam jawatankuasa ini, wakil alumni memainkan peranan penting dalam memberikan maklumbalas
terhadap aspek seperti kurikulum program.

Encik Raja Muhammad Naqiuddin kini bertugas sebagai juruteknik di Universiti Malaysia Pahang (UMP) serta
turut mempunyai banyak pengalaman dalam bidang industri.

Unit Pengurusan

UNIT KOLABORASI & KEUSAHAWANAN

Unit Keusahawanan

PENGENALAN

Program keusahawanan di Kolej Komuniti Kuantan
telah diamanahkan kepada Unit e-Tech Centre KK
Kuantan sejak tahun 2010. Tujuan utama penubuhan
unit ini adalah untuk mewujudkan budaya dan minat
keusahawanan serta memberi pendedahan awal
dalam bidang keusahawanan disamping memberi
pengalaman sebenar pengurusan perniagaan. Unit ini
telah berjaya mencipta sejarah dengan menganjurkan
pelbagai program pembudayaan keusahawanan yang
berimpak tinggi. Program yang dianjurkan sebagai satu
langkah kepada pelajar-pelajar memperlengkapkan
diri untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya
disamping itu pelajar akan lebih produktif dalam
menghasilkan produk-produk yang boleh dipasarkan
keluar.

MATLAMAT

Matlamat utamat penubuhan unit ini adalah untuk
mendedahkan dan membudayakan keusahawanan
kepada pelajar Kolej Komuniti Kuantan dimana para
pelajar akan diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti
melibatkan urusan perniagaan dan pengetahuan
berkaitan dalam bidang ini.

OBJEKTIF

Objektif utama dalam pengurusan Unit Keusahawanan
adalah:
- Melatih dan memberi pendedahan kepada pelajar
untuk menambah pengetahuan dan pengalaman
dalam bidang perniagaan.
- Melatih pelajar dalam aspek strategi pemasaran
(marketing strategy) khususnya dalam aspek promosi
yang berkesan serta efektif.
- Memberi peluang kepada pelajar untuk
mempamerkan bakat kepimpinan dalam bidang
keusahawanan.
- Menjadikan bidang keusahawanan sebagai salah
satu pilihan kerjaya oleh pelajar sebaik tamat pengajian
di Kolej Komuniti Kuantan, Kementerian Pengajian
Tinggi.
- Memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk
mendekati komuniti melalui aktiviti jualan yang akan
dilaksanakan serta memberi nilai tambah kepada Kolej
Komuniti Kuantan supaya menjadi salah satu institusi
pengajian tinggi pilihan pelajar dan komuniti dalam
meningkatkan ilmu dan kerjaya.

Unit Pengurusan

UNIT KOLABORASI & KEUSAHAWANAN
Unit Keusahawanan

DIARI AKTIVITI KEUSAHAWANAN

Tarikh Aktiviti Tempat Catatan
29 Februari Youngpreneur @ KK Blok B, Kolej Komuniti
Ditangguhkan
2020 Kuantan 2020 Kuantan (PKP)
Bicara Usahawan Dewan Kolej Komuniti
12 Mac 2020 Bersama Alumni Aktiviti GUK 2020
Kuantan menggunakan
25 & 26 Mac CIMB BeSMART Dewan Kolej Komuniti pendekatan
2020 “Online”
Kenali Usahawan Kita Kuantan
25 Ogos 2020 Program Kolej Komuniti Kuantan

9 September Keusahawanan Dewan Kolej Komuniti
2020 Bersama Redone Kuantan
Bengkel Pemantapan
23-25 Kolej Komuniti Kuantan
September Inkubator
Keusahawanan –
2020 Batik Art Picture

Frame

25 September Gerak Usahawan Seluruh politeknik dan
– 27 Oktober Kampus (Anjuran Kolej Komuniti

2020 JPPKK)

6 Oktober 2020 Jom Niaga @ KK Kolej Komuniti Kuantan
Kuantan Kolej Komuniti
14-16 Oktober Selayang /
2020 Lawatan Penanda
Aras Unit Kolej Komuniti Kota
21-23 Oktober Melaka /
2020 Keusahawanan
Kolej Komuniti Bukit
4-5 November Bengkel Pemantapan Beruang /
2020 Inkubator
Halal Hub, Melaka
Keusahawanan –
Mobile Mocktail Kolej Komuniti Kuantan
Kursus Pemantapan
Kolej Komuniti Kuantan
Pengurusan
Perniagaan SE@C

Unit Pengurusan

UNIT KOLABORASI & KEUSAHAWANAN

Program : Youngpreneur @ KK Kuantan Unit Keusahawanan

Tarikh : 29 Februari 2020

Tempat : Kolej Komuniti Kuantan

Unit Keusahawanan Kolej Komuniti Kuantan telah menganjurkan program Youngpreneur @ KK Kuantan
2020 dimana pelajar menjalankan perniagaan bagi memenuhi kriteria pemarkahan modul kursus MPU
1222 Keusahawanan dimana para pelajar perlu menjalani simulasi perniagaan sebenar. Seramai 91 orang
pelajar dengan 21 kumpulan berentap dalam merebut gelaran gerai terbaik dan hasil jualan tertinggi.
Selain aktiviti jualan, turut diadakan program Pertandingan Catur Peringkat Kolej Komuniti serta pelbagai
kursus pendek, pameran agensi luardan cabutan bertuah. Majlis perasmian penutup program telah
disempurnakan oleh Pengarah Kolej Komuniti Kuantan, En. Mohd Yusof bin Zakaria.

Unit Pengurusan

UNIT KOLABORASI & KEUSAHAWANAN

Program : Bicara Usahawan Unit Keusahawanan

Tarikh : 12 Mac 2020

Tempat : Kolej Komuniti Kuantan

Nama penceramah: Luqmanul Hakim bin Kamarudin

Pada hari Khamis, 12 Mac 2020, telah berlangsung Program Bicara Usahawan Alumni Kolej Komuniti
Kuantan 2020 bersama Pelajar Kolej Komuniti Kuantan bertempat di Dewan Besar, Kolej Komuniti Kuantan,
Pahang. Program Bicara Usahawan Alumni Kolej Komuniti Kuantan 2020 adalah satu program
pembudayaan keusahawanan kepada pelajar yang akan tamat pengajian. Ianya sebagai sumber
inspirasi untuk pelajar – pelajar Kolej Komuniti Kuantan bagi pengalaman dan ilmu keusahawanan.
Program Bicara Usahawan Alumni Kolej Komuniti Kuantan 2020 adalah bertujuan memberi penekanan
aspek pembangunan dan pengukuhan persatuan alumni bersama pelajar dimana hasrat utama program
ini adalah untuk berkongsi ilmu usahawan mencapai kestabilan dalam menjalankan setiap apa yang
dirancang untuk manfaat warga alumni. Tenaga pengajar alumni Kolej Komuniti Kuantan yang
merupakan seorang usahawan telah dijemput untuk mengajar ilmu keusahawanan kepada para pelajar.
Pelajar Kolej Komuniti Kuantan yang terlibat diberikan pendedahan daripada Alumni yang dijemput
mengajar berkenaan dengan ilmu usahawan yang telah dipelajari oleh beliau. Mereka juga berpeluang
untuk bertanya dalam program ini dimana ia lebih kepada perkongsian idea dan aktiviti yang dapat
menarik minat bekas –bekas pelajar agar menyertai setiap segala program mahupun aktiviti yang
dijalankan oleh persatuan alumni. Dari situ, pegawai alumni dan persatuan boleh merencana dan
mencambah idea bagi merancang aktiviti engagement alumni masing-masing. Di akhir program ini,
pelajar dapat mengetahui dengan jelas bagaimana mereka akan menjalankan kehidupan sebagai
seorang bekas pelajar Kolej Komuniti Kuantan. Setiap peserta dapat memahami titik permulaan dalam
mengurus persatuan alumni masing-masing dan lebih utama bagaimana mahu mengurangkan jurang
antara alumni dan pihak institusi melalui perancangan yang teratur, mudah dilaksanakan dan menarik
minat alumni berpersatuan.

Unit Pengurusan

Program : Kenali Usahawan Kita UNIT KOLABORASI & KEUSAHAWANAN
Unit Keusahawanan

Tarikh : 25 Ogos 2020

Tempat : Kolej Komuniti Kuantan

Unit Keusahawanan bersama dengan pensyarah Unit Pengajian Am, Kolej Komuniti Kuantan telah
menganjurkan program Kenali Usahawan Kita yang berbentuk pertandingan pembentangan mengenai
profil usahawan-usahawan yang berjaya di Malaysia. Para pelajar dikehendaki mencari maklumat
berkaitan usahawan dan mengaplikasi ciri-ciri keusahawanan yang terdapat dalam diri usahawan pilihan
mereka. Para pelajar diminta untuk membentangkan hasil carian mereka secara berkumpulan. Pensyarah
modul MPU 1222 – Keusahawanan membuat penilaian berdasarkan kreativiti dan idea pembentangan
yang bernas dari setiap pelajar yang menyertai pertandingan ini.

Program : Online Business Courses
Siswapreneur sempena Gerak Usahawan
Kampus 2020 (GUK 2020)

Tarikh : 25-27 September 2020

Tempat : Kolej Komuniti Kuantan

Bersempena dengan Gerak Usahawan Kampus 2020
anjuran Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi,
Kolej Komuniti Kuantan telah menyertai program
Online Business Courses dimana peserta bagi
program ini adalah dari pelajar CCIC Mobile Mocktail
Kolej Komuniti Kuantan. Pelajar didedahkan mengenai
pengurusan perniagaan atas talian melibatkan
Shopee dan Lazada. Program ini dilaksanakan
sepenuhnya menggunakan kaedah webinar dimana
para pelajar akan didedahkan mengenai peluang-
peluang dalam perniagaan atas talian dan cara yang
efektif dalam menguruskannya. Melalui program ini,
pelajar dapat mendalami dan mengamalkan ilmu yang
telah dikongsi bersama untuk kegunaan pada masa
hadapan.

Unit Pengurusan

UNIT KOLABORASI & KEUSAHAWANAN
Unit Keusahawanan

Program : Program Pemasaran dan Keusahawanan Bersama Redone

Tarikh : 09 September 2020

Tempat : Kolej Komuniti Kuantan

Syarikat telekomunikasi, Redone bersama Unit Keusahawanan Kolej Komuniti Kuantan telah menganjurkan
program Pemasaran dan Keusahawanan Bersama Redone dimana program ini merupakan satu program
bual bicara bersama industri dimana pihak industry akan berkongsi kepada pelajar mengenai teknik
pemasaran dan keusahawanan yang berkesan setelah pelajar tamat pengajian di Kolej Komuniti Kuantan
kelak. Program ini telah melibatkan semua pelajar dari Sijil Operasi Perhotelan semester 3, Sijil Teknologi
Senibina 3 dan Sijil Teknologi Pembuatan 3. Diakhir program pelajar juga diberi peluang untuk
mendapatkan pendapatan sampingan melalui kaedah kerja separuh masa yang ditawarkan oleh
Redone.

AJK KOMUNIKASI & Unit Pengurusan
HUBUNGAN KORPORAT
PENGENALAN
1. ROSLINDA BINTI MD
ASPAN Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat
(UKK) berperanan dalam merancang dan
2. TAJUL AZMI BIN ABDUL mengurus bahan-bahan penerbitan
GHANI jabatan sebagai sumber maklumat seperti
risalah/poster dan lain-lain bentuk
3. LIZAWATI BINTI penerbitan bagi tujuan mempromosikan
ZAINUDIN Kolej Komuniti Kuantan;merancang dan
mengurus imej Kolej Komuniti Kuantan dan
4. ABDULLAH BIN HAMAT melaksanakan promosi melalui strategi
5. ASRI BIN ABDULLAH perhubungan awam yang
6. AMIZAH BINTI teratur;merancang dan mengurus aktiviti
promosi dan publisiti program pengajian di
MOHAMED Kolej Komuniti Kuantan;mengurus
7. AZLILAWATI BT ISHAK perhubungan awam dan media dengan
merancang strategi media dalam
penyebaran maklumat menerusi liputan
media/sidang media (press release),
menyediakan kenyataan akhbar (press
conference), siaran media dan temu bual
khas media cetak dan elektronik; dan
mengurus maklumbalas pelanggan, kaji
selidik dan memantau liputan berita bagi
meningkatkan imej jabatan dan
membetulkan salah tanggapan.

N M AKMAR IRDAWATY BT ZULKIFLI
PEGAWAI PENERANGAN

Unit Pengurusan
KOMUNIKASI & HUBUNGAN KORPORAT

DIARI AKTIVITI KUALITI

AKTIVITI TARIKH TEMPAT
15.02.2020
KARNIVAL EKSPLORASI PENDIDIKAN 22.02.2020 KOLEJ PROFESIONAL
DAN KERJAYA 23.02.2020 MARA
PROMOSI KOLEJ - SLOT TAKLIMAT IBU 05.03.2020 SMK TANJUNG LUMPUR
BAPA 05.03.2020
KARNIVAL JOM MASUK IPT ZON UNIVERSITI MALAYSIA
PAHANG 30.03.2020 PAHANG
PROGRAM TRANSFORMASI MINDA – PENJARA PENOR
“DARI TIRAI BESI” 12.04.2020
PROMOSI SEMPENA KEPUTUSAN SPM SEKOLAH MENENGAH
2019 25.08.2020 SEKITAR KUANTAN,
05.09.2020 TERENGGANU DAN
PROJEK CSR – SUMBANGAN KELANTAN
MAKANAN KEPADA FRONTLINERS KLINIK KESIHATAN (KK)
PERMATANG BADAK, KK
TEMUBUAL EKSKLUSIF PROGRAM CSR KURNIA, KK PAYA BESAR
SUMBANGAN MAKANAN KEPADA & KK JAYA GADING
FRONTLINERS RADIO PAHANG FM
INFO ON WHEELS (IOW)
KOLEJ KOMUNITI
PROGRAM ASPIRASI MERDEKA IM KUANTAN
MALAYSIA KOMPLEKS DAGANGAN
MAHKOTA

KARNIVAL JOM MASUK IPT Unit Pengurusan
ZON PAHANG KOMUNIKASI & HUBUNGAN KORPORAT

Program Jom Masuk IPT Zon

Pahang atau dahulunya

dikenali dengan Karnival

Pendidikan Tinggi Negara (KPTN)

merupakan program anjuran

Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT),

Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM). Program ini

telah berlangsung pada 22-23

Februari 2020, bertempat di

Universiti Malaysia Pahang

(UMP). Objektif program ini

dilaksanakan adalah untuk

membekalkan informasi terkini

dan tepat mengenai program-

program yang ditawarkan di

Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

Malaysia.

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA – “DARI TIRAI BESI”

Program Transformasi Minda- “ Dari Tirai Besi” anjuran bersama Unit
Komunikasi Hubungan Korporat (UKK) dan Unit Pembangunan Pelajar dengan kerjasama
Penjara Penor telah diadakan pada 5 Mac 2020. Program ini dirangka bertujuan untuk
memberi kesedaran kepada para pelajar Kolej Komuniti Kuantan khususnya tentang
masalah gejala sosial dan penyalahgunaan dadah.

Unit Pengurusan
KOMUNIKASI & HUBUNGAN KORPORAT

INFO ON WHEELS (IOW) MERDEKA

Program Info On Wheels (IOW) Merdeka telah berlangsung dengan jayanya pada
25 Ogos 2020. Program anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Kuantan dan Kolej Komuniti
Kuantan melalui Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat (UKK) serta Unit Pembangunan Pelajar. Program
ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan lagi sambutan bulan Kemerdekaan negara dengan
agihan cupcake merdeka ke agensi-agensi kerajaan terpilih sekitar daerah Kuantan.

PROGRAM ASPIRASI MERDEKA IM MALAYSIA

Program Aspirasi Merdeka IM Malaysia anjuran Jabatan Penyiaran Negeri Pahang
telah berlangsung pada 5 September 2020 bertempat di Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan.
Kolej Komuniti Kuantan turut terlibat dalam Jerayawara IPT iaitu booth demo dan pameran yang
disertai oleh Pensyarah dan pelajar Program Operasi Perhotelan, Program Teknologi Senibina dan juga
Pegawai Penerangan. Selain daripada pameran, wakil Kolej Komuniti Kuantan juga diberi peluang
untuk mempromosikan Kolej Komuniti Kuantan melalui temubual bersama radio PahangFM.

Cuit Cuit

AJK PEMBANGUNAN Unit Pengurusan

1. MOHD NAZAN BIN ISMAIL AJK ASET & STOR AJK KESELAMATAN
2. SIRULHAIZAM BIN
1. ZAINAL AZMAN BIN ZAINAL 1. MOHD NAZAN BIN ISMAIL
SIBAWAIHI
ABIDIN 2. SIRULHAIZAM BIN
AJK KEBERSIHAN 2. MOHD SAIFUL FAHMI BIN SIBAWAIHI

1. NORHISHAN BIN AB AZIZ MOHD SALLEH 3. MOHD FAIZAL AMRY BIN
2. MARHAINI BINTI 3. SYAIZURA HANI BINTI ABD MOHD HARAMIN

MARHAMIN SAMAT 4. NORHISHAN BIN AB AZIZ
3. NOORNAJMI IDAYU BT
4. MOHD FAHMI BIN 5. AMOZAH BINTI
MAZLAN
4. ROSEROHANA BT MOHD KAMARUDDIN MOHAMED

NOR 5. SITI MARIAM BT MOHD 6. MUHAMMAD SYAFIQ BIN
5. MUHAMAD HAFIZ BIN
AMIN MOHAMED SAHAR
ABD RAZAK 6. MOHD NAZAN BIN ISMAIL 7. NORHADI BIN MOHD
6. ROSLINDA BT MD ASPAN 7. AZLILAWATI BT ISHAK
7. AHMAD FAROZ ASWANDI 8. SUFIAN BIN MASTOR NIOR
8. MOHD FAHMI BIN
BIN AHMAD RAZALI
9. ROSEDI BIN IBRAHIM KAMARUDDIN

10. AHMAD ZAIRI BIN MOHD 9. ROSLINDA BT MD ASPAN

ZAIN 10. TUAN SYED IDROS BIN

11. MOHD AZMI BIN MOHD SYED HUSIN

SUKOR

12. SAIFUDIN BIN MASAH

13. SIRULHAIZAM BIN SIBAWAIHI

14. TG. NOR AZURA BT TUAN

PA

15. ASRI BIN ABDULLAH

16. MOHD AZLAN BIN ABD AZIZ

17. FARIDAH HANIM BT MOHD

HUSSAIN

ZAINAL AZMAN B ZAINAL ABIDIN

PENOLONG PEGAWAI TADBIR

NUR UMIRA BT MUSTAPHA
PENYELARAS KEBERSIHAN

NORHISHAN B AB AZIZ
PENOLONG PEGAWAI TADBIR

MOHD NAZAN B ISMAIL MOHAMED HADRY MUHAMAD HAFIZ B ABD RAZAK
PENOLONG JURUTERA B ABU BAKAR PENYELARAS KESELAMATAN
PENYELARAS ASET MOHD AZMI B SUKOR
PEGAWAI PEMBANGUNAN

PENGENALAN Unit Pengurusan

Unit Pentadbiran adalah sebuah unit yang UNIT PENTADBIRAN & KEWANGAN
bertanggungjawab menjadi peneraju penggerak
kepada aktiviti kolej komuniti serta penjana OBJEKTIF UNIT PENTADBIRAN
kepada semua aktiviti pentadbiran yang
merangkumi perkhidmatan, perjawatan dan Menentukan pengurusan pentadbiran dilaksanakan
pentadbiranam. dengan lebih cemerlang dan berterusan mengikut
peraturandan arahan-arahan yang sedang
berkuatkuasa

VISI UNIT PENTADBIRAN

Menjadikan Bahagian Pengurusan pentadbiran
sebagai pengerak utama pengurusan Kolej
Komuniti Kuantan dengan menyediakan
perkhidmatan yang cekap, sistematik dan
berkesan.

MISI UNIT PENTADBIRAN

Menyediakan keperluan dan perkhidmatan
sokongan di Kolej Komuniti Kuantan bagi
meningkatkan kualiti pengurusan serta
membudayakan Tadbir Urus yang baik.

Unit Pengurusan

PERJAWATAN UNIT PENTADBIRAN & KEWANGAN

Bahagian Pentadbiran dan kewangan KK Kuantan terdiri dari 20 kakitangan sokongan
melibatkan pelbagai bidang tugas dan tanggungjawab. Jadual 1 ini menunjukkan bilangan
kakitangan KK Kuantan.

BIL JAWATAN BILANGAN
KAKITANGAN
1 PENGURUSAN
2 PENSYARAH AKADEMI K : 10
2.1 PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRI K
2.2 PROGRAM TEKNOLOGI SENI BI NA 8
2.3 PROGRAM TEKNOLOGI PEMBUATAN 10
2.4 PROGRAM KULI NARI (KSG-1) 7
2.5 PROGRAM OPERASI PERHOTELAN 9
2.6 PROGRAM PENGAJI AN AM (KSG-1) 8
2.7 PENGAJI AN SEPANJANG HAYAT (KSG-1) 10
3 PENTADBI RAN : 2
3.1 BAHAGI AN PENGURUSAN SUMBER MANUSI A
3.2 BAHAGI AN KEWANGAN DAN AKAUN 5
3.3 BAHAGI AN PEMBANGUNAN 3
3.4 BAHAGI AN TEKNOLOGI MAKLUMAT 2
3.5 BAHAGI AN AM 4
6
*KSG=KEKOSONGAN **LBH=LEBIHAN 84

Jadual 1 : Bilangan Kakitangan KK Kuantan (23.12.2020)

Unit Pengurusan
UNIT PENTADBIRAN & KEWANGAN

BIL BIL. YANG NAMA JAWATAN GRED NAMA PEGAWAI
DILULUSK

AN

12 Pen. Jurutera JA29 MOHD NAZAN BIN ISMAIL
SIRULHAIZAM BIN SIBAWAIHI
21 Penolong S29 ROZIEHANA BINTI ABDUL KADIR
31 Pustakawan N29
Pen Peg Tadbir NORHISHAN BIN AB AZIZ

4 1 Pen Peg Teknologi FA29 (KUP) MOHD FAIZAL AMRY BIN MOHD
Maklumat HARAMIN

5 1 Juruteknik Komputer FT19 MOHD AZLAN BIN ABD AZIZ

N19 FARIDAH HANIM BINTI MOHD
HUSSAIN

64 Pembantu Tadbir N22 (TBBK) NOR FAZIRA ERMA BINTI IBRAHIM
(Perkeranian&

Operasi) N19 SITI FAEZAH BINTI MD DESA

N19 ZAINAL AZMAN BIN ZAINAL ABIDIN

7 1 Pembantu Tadbir W22 (TBBK) MASITAH BINTI JUSOH
Kewangan

8 1 Penolong Akauntan W29 MOHD RAZUAN BIN MAJID
S19
91 Pembantu H11 MARLINA BINTI MOHD AFFANDI
Pustakawan R3 SAADON BIN MAT

10 3 Pemandu NAZRUL ISHSAM BIN ABD MALIK
WAN SHAMSUDIN BIN WAN ISMAIL

HASFANIZAM BINTI MAT HUSSIN

11 3 Pembantu Operasi N11 AHMAD FAROZ ASWADI BIN AHMAD
RAZALI

NORASARIAH BINTI ZOLKIFLEE

12 1 Pegawai Khidmat N19 ROSLINDA BINTI MD ASPAN
Pelanggan

Jadual 2 : Bilangan Kakitangan Pentadbiran

Unit Pengurusan

UNIT PENTADBIRAN & KEWANGAN

BENGKEL PELUPUSAN DOKUMEN KERAJAAN DENGAN
KELULUSAN ARKIB NEGARA
( 13.9.2019 – 17.9.2019)
( 16 – 18.10.2020)

PENCAPAIAN

PRESTASI BAYARAN BIL BAWAH 7 HARI BAGI 2020

TEMPOH BIL / INVOIS HARI BILANGAN %
DIDAFTARKAN

652 < 7 652 100
8-14 0 0
1.1.2020 - > 14 0 0
15.12.2020

SUMBER : LAPORAN PRESTASI PROSES PEMBAYARAN BIL / INVOIS SEMPURNA BAGI TARIKH
TERIMA BIL / INVOIS DARI 01.01.2020 SEHINGGA 23.12.2020( LAPORAN APRPT-035 PADA
15.12.2020 )

PRESTASI PERBELANJAAN LEBIH 98.99% BAGI 2020

SUMBER : LAPORAN KEDUDUKAN VOT / DANA PERBELANJAAN MENGURUS KPM B63/62330136 & KPT
B62/63330136 PADA 15.12.2020

PENCAPAIAN 100% PENGISTIHARAN HARTA MELALUI HRMIS TAHUN 2020
SUMBER : LAPORAN PENGISYTIHARAN HARTA PEMILIK KOMPETENSI HRMIS PADA 23.12.2020

AHLI JAWATANKUASA Unit Pengurusan

EKSA PENGENALAN

1. NOR FAUZANI BINTI JUMODI Unit EKSA Kolej Komuniti Kuantan digerakkan
2. SYAIZURA HANI BINTI ABDUL oleh 43 bilangan ahli jawatankuasa. Sejak
dilancarkan pada April 2016, dan mendapat
SAMAT persijilan Cemerlang dari pihak MAMPU unit EKSA
3. ROSLINDA BINTI MD ASPAN kini bergerak aktif memastikan warga kolej terus
4. N M AKMAR IRDAWATY BT mengamalkan EKSA dalam menyediakan
persekitaran yang kondusif kepada para pelajar
ZULKIFLI dan seluruh warga Kolej Komuniti Kuantan.
5. AZLIZA BINTI YUSOP
6. SITI NORLEE BINTI MD NASIR
7. ASMAWI BIN MUDA @ OTHMAN
8. NORHADI BIN MOHD NOR
9. JAMIL BIN SHARIPUDDIN
10. NORASIAH BINTI ABD RAZAK
11. ROSEDI BIN IBRAHIM
12. LIZAWATI BINTI ZAINUDIN
13. KHAIRIAH BINTI KHAIRUDIN
14. MARHAINI BINTI MARHAMIN
15. MUHAMAD HAFIZ BIN ABD

RAZAK
16. ZAINAL AZMAN BIN ZAINAL

ABIDIN
17. MUHAMMAD SYAFIQ BIN

MOHAMED SAHAR
18. NURUL AINA ULMARDHIAH BINTI

ZAINAL ABIDIN
19. SITI NORAINI BINTI DERAMAN
20. NUR UMIRA BINTI MUSTAPHA
21. MOHD AZMI BIN SUKOR
22. AHMAD ZAIRI BIN MOHD ZAIN
23. NOR AZIMAH BINTI ISMAIL
24. AZHARINA BINTI AZMAN
25. ABDULLAH BIN HAMAT
26. AMIZAH BINTI MOHAMAD
27. CIK SITI NOR SUHAILA BINTI CHE

AMAT
28. ROZILAWATI BT MAT NOR
29. MARLINA BINTI MOHD AFFANDI
30. NORHISHAN BIN AB. AZIZ

NURULKHAZIMAH BT ABD RAHMAN
PENYELARAS EKSA

Unit Pengurusan
UNIT EKSA

DIARI AKTIVITI KUALITI TARIKH TEMPAT
29 JANUARI 2020 KK KUANTAN
AKTIVITI
5 – 6 FEBRUARI 2020 KK KUANTAN
MESYUARAT JAWATANKUASA
PASUKAN AUDIT DALAMAN EKSA BIL 28 JANUARI 2020 KK KUANTAN
1/2020
AUDIT DALAMAN EKSA BIL 1/2020 1 JULAI 2020 KK KUANTAN

GOTONG ROYONG BIL 1/2020 1 OKTOBER 2020 KK KUANTAN

GOTONG ROYONG PELAKSANAAN
SOP PENCEGAHAN COVID 19
LAWATAN PENANDA ARAS EKSA

AUDIT DALAMAN BIL.1/ 2020
BERSAMA JURUAUDIT LUARAN
DARI KOLEJ KOMUNITI PAYA
BESAR

Pada 5 hingga 6 Februari 2020 Kolej
Komuniti Kuantan telah
melaksanakan audit EKSA buat
julung kali untuk tahun 2020. Audit
EKSA pada kali ini telah berlangsung
selama dua hari dengan kehadiran
lima (5) orang juruaudit luaran dari
Kolej Komuniti Paya Besar. Tujuan
audit ini adalah untuk
memperkukuhkan lagi pelaksanaan
EKSA di Kolej Komuniti Kuantan bagi
tahun 2020 sekaligus dapat
menjalinkan hubungan baik serta
KOLABORASI EKSA antara kedua-
dua kolej.

Unit Pengurusan

PROGRAM GOTONG ROYONG UNIT EKSA

Program Gotong Royong EKSA yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan pada tahun 2020 telah
dijalankan sebanyak 2 kali. Program Gotong Royong kali pertama dianjurkan pada 28 Januari 2020
bertujuan sebagai persediaan bagi menghadapi Audit Dalaman EKSA Bil 1/2020. Seluruh warga kolej
bekerjasama memastikan amalan EKSA dilaksanakan di kawasan masing-masing. Aktiviti yang dijalankan
adalah mengemaskini tempat seliaan masing-masing iaitu bilik-bilik, ruang pejabat, mencuci tempat-
tempat yang berhabuk, melengkapkan semua label-label yang tercabut, mengemaskini fail-fail dengan
tersusun, kemaskini laci ditempat masing-masing dan mengemaskini papan kenyataan dengan informasi
terkini.

Program Gotong Royong kali ke-2 dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Latihan dan Jawatankuasa
Keseragaman pada 1 Julai 2020. Program kali ke-2 ini adalah bertujuan bagi memastikan semua tanda
SOP bagi membendung wabak covid di pasang sebagai persediaan operasi penuh kolej. Melalui
program ini, semua kakitangan dan pelajar kolej dilibatkan bersama bagi melahirkan masyarakat yang
memahami cara dan kaedah amalan EKSA yang berterusan agar pelaksanaan amalan EKSA terus
menjadi amalan dikalangan kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti Kuantan

LAPORAN PENANDA ARAS EKSA

Pada 1 Oktober 2020, Kolej Komuniti Kuantan menerima kunjungan daripada Kolej Komuniti Rembau dan
Politeknik METrO Tasek Gelugor bagi lawatan penanda aras EKSA. Lawatan ini bertujuan untuk
mendapatkan inspirasi dan idea untuk pelaksanaan EKSA di institusi masing-masing.
Seluruh warga kolej mengucapkan terima kasih diatas kesudian pihak Politeknik METrO Tasek Gelugor dan
Kolej Komuniti Rembau kerana memilih Kolej Komuniti Kuantan untuk lawatan benchmarking ini. Kami
mengucapkan selamat maju jaya dalam perlaksanaan EKSA di institusi masing-masing.

Unit Pengurusan

UNIT PERPUSTAKAAN

PENGENALAN

Unit Perpustakaan Kolej Komuniti Kuantan
ditubuhkan adalah bertujuan untuk
memberikan perkhidmatan pembacaan yang
berkualiti, memberi perkhidmatan kaunter yang
cekap, mesra pelanggan serta memberi
komitmen yang tinggi terhadap aktiviti
membaca. Selain itu, ia juga menjadi satu
saluran komunikasi media dengan menyalurkan
buletin-buletin dari dalam dan luar negara
berkenaan dengan isu semasa.

MARLINA BT MOHD AFFANDI ROZIEHANA BT ABDUL KADIR
PEMBANTU PUSTAKAWAN PENOLONG PEGAWAI PERPUSTAKAAN

DIARI AKTIVITI UNIT Unit Pengurusan
PERPUSTAKAAN UNIT PERPUSTAKAAN

AKTIVITI TARIKH TEMPAT

Pertandingan Teka Berat Buku dan 25 Februari 2020 Perpustakaan KK
Pertandingan Catur 03 Mac 2020 Kuantan
Lawatan ke Big Bad Wolf Book Sales 23 April 2020 UMP Gambang
07 Ogos 2020
Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Kediaman Peserta
(Staff & Pelajar)
Taklimat Perpustakaan Kepada Dewan Besar, KK
Pelajar Baru Kuantan

PERTANDINGAN TEKA BERAT PROGRAM JOM BACA BERSAMA
BUKU DAN PERTANDINGAN UNTUK 10 MINIT
CATUR
Program ini bertujuan
Program ini dilaksanakan adalah mendorong rakyat Malaysia
untuk meningkatkan minat dan membaca, dimulai dengan
semangat warga Kolej untuk ke langkah awal selama 10 minit.
Perpustakaan khasnya pelajar; Sebagai tanda komitmen semua
melatih warga kolej untuk pihak terhadap kepentingan
berinteraksi dengan lebih yakin membaca dalam kehidupan.
dan berdaya saing di antara
satu sama lain dan mempromosi Dimusim PKP Fasa 3, mari kita
peranan dan kemudahan yang seluruh warga Malaysia
disediakan oleh Perpustakaan gerakkan diri kita semua untuk
Kolej Kumuniti Kuantan membaca tidak kira di mana
anda berada

Unit Pengurusan
UNIT PERPUSTAKAAN

LAWATAN KE BIG BAD WOLF BOOK SALES DI UMP
Objektif lawatan ini bukan sekadar pertemuan pencinta buku sahaja, malah ianya juga
berperanan besar dalam memupuk semangat membaca, merangsang naluri cintakan
buku yang membawa kepada peningkatan ilmu. Ini sejajar dengan hasrat Menteri
Pendidikan Malaysia ke arah melahirkan generasi minat membaca atau
#MalaysiaMembaca serta kempen Dekad Membaca Kebangsaan yang telah dirasmikan
oleh Perdana Menteri Malaysia pada 13 Februari 2020 yang lalu.
Para pelajar dan kakitangan mempunyai peluang membeli buku–buku menarik dan terkini
dengan harga yang lebih murah. Sebanyak 500 ribu buah buku pelbagai jenis genre boleh
didapati antaranya buku kanak-kanak, dewasa muda, romantik, thriller, jenayah, buku
masakan, perniagaan, reka bentuk,seni dan banyak lagi. Jualan buku seperti ini merupakan
prasarana penting kepada usaha atau inisiatif yang bukan sahaja menyediakan bahan
bacaan peringkat tinggi untuk golongan cendekiawan, tetapi juga bahan bacaan yang
memenuhi hobi remaja dan selera bacaan kanak–kanak

TAKLIMAT PERPUSTAKAAN KEPADA PELAJAR BARU
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar baru mengenai
Perkhidmatan dan Kemudahan yang disediakan di Perpustakaan seperti pendaftaran keahlian,
proses pinjaman dan pemulangan dan lain-lain.

KEMPEN KESEDARAN COVID 19 Unit Pengurusan
UNIT EKSA

KEMPEN KESEDARAN EKSA

Jawatankuasa Promosi EKSA Kolej Komuniti Kuanta giat melancarkan kempen bulanan kesedaran EKSA
kepada seluruh warga kolej. Setiap bulan, kempen kesedaran yang berlainan akan diwar-warkan
kepada seluruh warga kolej. Jawatankuasa ini juga sentiasa memastikan informasi EKSA di muat naik di
sudut maya EKSA Kolej Komuniti Kuantan

JAN
FEB

MAC
APRIL

MEI
JUN

JULAI

OGOS

SEP
OKT

NOV
DIS

LAPORAN TAHUNAN

KOLEJ KOMUNITI KUANTAN

2020

SIDANG REDAKSI

PENASIHAT
TN. HAJI MOHD. YUSOF BIN ZAKARIA

PENGERUSI
CHE ARIZA BINTI CHE KASIM

TIMBALAN PENGERUSI
MAULUD BIN TAWANG

KETUA
NOOR RAHIMI BT IDIRIS

PENULIS
AZSYANTI BINTI IBRAHIM
LIZAWATI BINTI ZAINUDIN
ASMAWI BIN MUDA@OTHMAN
SITI MARIAM BINTI MOHD AMIN @ ABDUL AZIZ
SHAHRIZAL BIN M. YASIN

AZLIZA BINTI YUSOP
NUR FATIHAH BT CHE RUZLAN
MOHD HISBUL HADI BIN MAT HASSAN
N M AKMAR IRDAWATY BT ZULKIFLI
CIK SITI NOR SUHAILA BT CHE AMAT

FARHANA BINTI ANASPEKRI
NURULKHAZIMAH BINTI ABD RAHMAN

NOR FAUZANI BT JUMODI
KHAIRIAH BINTI KHAIRUDIN
ROZILAWATI BINTI MAT NOR
MOHD. SAIFUL FAHMI BIN MOHD. SALLEH
ROZIEHANA BT ABD KADIR
NURUL AINA ULMARDHIAH BINTI ZAINAL ABIDIN
SH. SAFIAH BINTI SY. AB. GHANI
TENGKU NOR AZURA BINTI TUAN PA
NORHISHAN BINTI AB AZIZ

PEREKA GRAFIK
MAULUD BIN TAWANG

EDITOR
MAULUD BIN TAWANG
NOOR RAHIMI BT IDIRIS
SYAIZURA HANI BT ABD SAMAT

KOLEJ KOMUNITI KUANTAN
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK
DAN KOLEJ KOMUNITI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
B-24, JALAN IM 3/13,
BANDAR INDERA MAHKOTA,
25200 KUANTAN
PAHANG
TEL : 09-572 1313
FAX : 09-573 5000
EMAIL : [email protected]

ISSN 1985-6393


Click to View FlipBook Version