SMK KOTA MARUDU Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu (SMKKM) telah memulakan khidmat bakti dalam menaikkan taraf pendidikan anak-anak Daerah Kota Marudu mulai 13 Januari 1968 sehingga kini. Pada peringkat awal, sekolah ini lebih dikenali sebagai “Government Junior Secondry School of Bandau”. Namun, pada tahun 1974, ia telah ditukar nama dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Marudu. Pada tahun 2012, SMK Kota Marudu telah dipilih di antara sekolah-sekolah di seluruh Malaysia sebagai Sekolah Rintis i-Think. i-Think merupakan satu alat pembelajaran berkesan yang diperkenalkan dengan usahasama Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 2013, SMK Kota Marudu dilantik sebagai Sekolah Showcase i-Think oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap tahun sekolah ini telah mencipta rekod baru dalam pencapaian para pelajarnya sama ada dalam bidang akademik atau kokurikulum sehingga ke peringkat kebangsaan. Komitmen dan daya usaha pihak pentadbir serta sokongan padu tenaga pengajar telah membuktikan bahawa sekolah ini mampu melahirkan generasi muda yang berkualiti serta berdaya saing seperti yang tercatat dalam Falsafah Pendidikan Negara. Pengenalan Sekolah Showcase i-THINK AJK i-THINK SMK Kota Marudu Misi Sekolah Memberikan pendidikan berkesan ke arah melahirkan modal insan unggul abad ke –21 berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Visi Sekolah SMK Kota Marudu Cemerlang 2016 Pemandu i-THINK Faridah Binti Raimin Dayang Khursiah Datu Kadir Jenny Gai (Penyelaras i-THINK) Jaisin Gopori Petronella Albert Jawatankuasa i-THINK Sekolah Mazreen Tikusan (KB Teknik dan Vokasional) Yusniza Binti Azali (KB Sains dan Matematik) Vanessa Satoh (KB Kemanusiaan) Arni Binti Majohn (KB Bahasa) Richard Samie Kiou (GPK Pra-U) Soo Yong Huat (GPK HEM) Jeson Majimal (GPK Petang) Banius Kangau (Guru Cemerlang) Kutily @ Sylvia Gilong (Guru Cemerlang) Salmiza Binti Mat Zanggi (Guru Cemerlang) Mohd Rizal Lakim (Guru Cemerlang) SMK Kota Marudu Peti Surat 11, 89107, Kota Marudu, SABAH Tel : 088-661346 Faks : 088-663907 Email : [email protected] https://www.facebook.com/SmkKotaMaruduphotopage https://www.facebook.com/pages/Sekolah-Menengah-Kebangsaan -Kota-Marudu-iThinkers Kejayaan Pasti Tercapai Edisi kedua
Piagam Pelanggan SMK Kota Marudu Kecemerlangan Akademik Sentiasa berusaha memberi ilmu pengetahuan dengan secukupnya dan berkualiti ke arah melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Disiplin Pelajar Berusaha melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin, amanah, bertanggungjawab, berakhlak mulia, prihatin dan berdaya saing untuk menterjemahkan matlamat pendidikan Negara ke arah prestasi pelajar berketrampilan, kreatif, inovatif, imaginatif dan cemerlang. Kemudahan Pembelajaran Memberi penekanan yang serius di dalam penyediaan kelengkapan pembelajaran, demi meningkatkan pencapaian akademik pelajar Keceriaan Sekolah Berusaha menceriakan suasana persekitaran kawasan sekolah dan bilik darjah agar kelihatan cantik dan menarik ke arah mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan Profesionalisme Guru Berusaha meningkatkan profesionalisme keguruan agar dapat memberi perkhidmatan pendidikan yang bermutu Layanan Pelanggan Sentiasa menitikberatkan aspirasi pelanggan di dalam usaha membina semangat muhibah dan muafakat demi kemajuan sekolah Kejayaan– Kejayaan Sekolah Terkini Pencapaian PT3 2015 (GPS : 3.98) Pencapaian SPM 2015 (GPS : 5.74 , % lulus : 88.34 %) Pencapaian STPM 2015 (GPS : 2.66 , % Lulus : 99.28 %) Sejarah Perjalanan Perlaksanaan i-THINK di SMK Kota Marudu Lawatan kerja i-THINK 8-16 Okt 2011 United Kingdom Kursus i-THINK pasukan pemandu 14-18 Nov 2011 Kuala Lumpur Kursus i-THINK guru-guru SMKKM 5-9 Dis 2011 Le Meridien KK Pengenalan 8 peta pemikiran kepada semua pelajar Jan 2012 Perlaksanaan Sekolah Rintis iTHINK Jan-Jun 2012 Pelancaran Program i-THINK oleh Perdana Menteri 14 Mac 2012 Kursus Pengukuhan i-THINK Pasukan Pemandu 15-16 Mac 2012 Perlaksanaan Program i-THINK Jan - Dis 2012 Sekolah Showcase i-THINK Jan 2013 - Kini Mencapai status “THINKING SCHOOL” 2016