The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ARVINDARAJ A/L SHANGAR
(26DAT20F2014)

KAVISHA A/P RAJA SEKAR
(26DAT20F2017)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kkavisha89, 2021-12-21 04:28:22

JENAYAH SIBER DAN MENANGANINYA [E-FOLIO]

ARVINDARAJ A/L SHANGAR
(26DAT20F2014)

KAVISHA A/P RAJA SEKAR
(26DAT20F2017)

JABATAN PERDAGANGAN
MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA

TUGASAN E-FOLIO
TAJUK : JENAYAH SIBER DAN MENANGANINYA

MATRIK NO. DISEDIAKAN OLEH: KELAS
26DAT20F2014 NAMA DAT2A
26DAT20F2017 DAT2A
ARVINDARAJ A/L SHANGAR
KAVISHA A/P RAJA SEKAR

DISEMAK OLEH : PUAN DINA BT ABDUL KHALIK

1

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT
1
2 Penghargaan 3
3
4 Pengenalan 4
5
6 Objektif jenayah siber 5

7 Definisi jenayah Siber 6
8
9 Jenis - jenis jenayah siber 6-7
10
Jenayah siber merosakan masyarakat Malaysia. 8-10
11
12 - Langkah-langkah mengatasi menyah siber.
13
Faktor yang menyumbang kepada jenayah siber. 11-12

Statistik untuk jenayah siber. 13

Data terkini 14

Kesan-kesan yang menyumbang kepada jenayah 15
siber.

Kesimpulan 16

Rujukan sumber 17

Lampiran 18-21

2

Penghargaan
Pertama sekali, kami Arvindaraj serta Kavisha ingin merakamkan ribuan terima kasih dan
penghargaan kepada puan Dina bt Abdul Khalik kerana memberi segala sokongan dan galakan
kepada kami sepanjang kami membuat kerja kursus ini. Puan sentiasa membuat semakan dan
membuat pembetulan kesalahan yang terdapat dalam kerja kursus kami dan juga puan sentiasa
ajar kami tentang cara-cara untuk buat E-folio ini untuk mendapatkan markah yang terbaik. Dan
akhirnya kami dapat menyiapkan E-folio ini dengan harapan tidak akan jumpa apa-apa kesalahan
yang boleh mengurangkan markah kami. Sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih
kepada puan Dina bt Abdul Khalik

.
3

Pengenalan
Jenayah siber bermaksudnya, jenayah yang dilakukan dengan menggunakan sistem komputer
untuk mencuri maklumat peribadi atau duit. Jenayah siber ini bukan jenayah yang sering berlaku,
tetapi jenayah ini membawa impak yang terbesar dan berbahaya. Selain itu, jenayah siber ini
perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Pada zaman teknologi kini gejala siber mewujudkan
pelbagai impak di antara masyarakat kini. Jenayah siber ialah salah satu jenayah yang
memudratkan keharmonian setiap negara. Jenayah ini memainkan peranan ia melalui internet
dan memberi impak yang terbesar kepada netizen. Setiap pihak perluhah menggambil berat
masalah ini sebelum berlaku kemudratan kepada setiap individu di muka bumi ini.

4

Objektif
 Menerangkan bahawa internet ialah menjadi “platform” untuk melakukan jenayah siber.
 Mengawasi diri daripada kemudratan yang berlaku dalam jenayah siber.
 Menguasai ilmu untuk menghapuskan jenayah siber tersebut.
 Mengelakkan perkongsian maklumat peribadi dalam internet supaya tidak akan berlaku
penggodaman.
 Memberi kesedaraan untuk mengelakan diri daripada penipuan yang berlaku oleh pihak
yang menjalankan jenayah siber.

5

Definisi Jenayah Siber.

Menurut kamus dewan (2001), siber bermaksud sesuatu yang dikaitkan dengan komputer dan
internet. Kini, istilah ini digunakan secara meluas untuk menggambarkan sesuatu yang berkaitan
dengan komputer, teknologi maklumat, internet dan pelbagai budaya internet yang merujuk
kepada dunia atas talian sebagai media komunikasi. Internet mejadi suatu kemestian dalam
kehidupan masyarakat moden. Pelbagai faedah boleh diperoleh daripada penggunaan internet.
Sebagai contoh, pelbagai maklumat, informasi dan berita dapat diperoleh dengan melayari
internet. Sesuatu maklumat itu bukan sahaja boleh diperoleh dalam beberapa saat sahaja malah
hanya dengan sekali klik. Bagaimanapun, disebalik manfaat internet ini masih terdapat
sesetengah pihak menjadikan internet sebagai medan untuk melakukan jenayah. Perbuatan ini
dikenali sebagai jenayah siber.

Antara jenayah siber seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala aktiviti yang melibatkan
perlanggaran undang-undang yang sedia ada dengan menggunakan kemudahan komputer dan
internet di ruangan siber. Dalam memperkatakan hal ini, Donn B. Parker (1998)
menyatakan bahawa jenayah komputer adalah mana-mana perlakuan yang mempunyai niat dan
dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh
menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan.

Jenayah siber dan cara menanganinya

Jenis-jenis jenayah siber

Jenayah siber ini diklasifikasikan dalam beberapa bentuk. Setiap individu mestilah mengadakan
kesedaraan tentang setiap peringkat jenayah siber ini. Iaitu

1. Penipuan
2. Pengintipan
3. Skim cepat kaya
4. Pornografi
5. Judi siber
6. Penggodam

6

7. Kecurian maklumat
8. Menyalin perisian secara tidak sah
9. Penyebaran virus
10. Capaian secara tidak sah ke atas sistem
dan sebagainya. Jenis-jenis jenayah siber di atas cuma contoh bagi ilmu kita.

7

Jenayah siber merosakan masyarakat Malaysia

Jenayah siber ini sentiasa menghapuskan keharmonian negara. Tujuan utama untuk menjalankan
jenayah siber oleh pihak tertentu ialah, untuk mendapatkan duit. Sebagai contahnya, penggodam
mengunakan untuk mencuri maklumat dan menjual maklumat tersebut kepada pihak lain atas
kepentingan tertentu. Disebabkan ini mangsa atau pemilik maklumat tersebut akan menyebabkan
tekanan dan akhirnya mangsa tersebut terpaksa untuk bunuh diri. Ada juga isu-isu mencuri
gambar peribadi tanpa kebenaran dan menyunting gambar tersebut sebagai pornografi. Akhirnya
mangsa tersebut juga akan bunuh diri disebabkan kehilangan maruah. Jenayah siber ini sukar
untuk dikesan oleh pihak berkuasa dan juga masyarakat Malaysia jarang untuk membuat laporan
disebabkan mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka juga sebenarnya ditipu oleh
pemangsa.

Langkah-langkah mengatasi menyah siber

1. Memberi kesedaraan.
 Setiap maklumat yang berkaitan jenayah siber mestilah memaparkan melalui
media masa, disebabkan jenerasi sekarang sentiasa melibatkan diri sepenuh
masanya dalam media massa. Seterusnya jika setiap individu sering membaca
atau melihat tentang kesan-kesannya, sudah tentulah mereka boleh menguasai diri
untuk menyelamatkan diri daripada jenyah ini.
 Sebagai contonya, setiap sekolah haruslah mengadakan kempen kesadaraan
jenayah siber dari kecil. Seterunya pihak bekuasa boleh memuat naik maklumat
jenayah siber di dalam facebook, twitter atau instagram.

2. Mewujudkan undang-undang.
 Pihak berkuasa perlulah membincang masalah ini dalam parliment disebabkan
jenayah ini juga boleh menghapuskan keharmonian negara. Pemimpin negara ini
haruslah melebelkan perkara ini sebagai jenayah yang berbahaya. Kerajaan
Malaysia perlulah mewujudkan unit khas untuk menghapuskan masalah ini.
Setiap ahli dalam unit mestilah menguasai ilmu dalam bidang ICT dan juda

8

pakar-pakar ict perlulah melibatkan diri dalam unit ini. Tambahan pula pihak
berkuasa hendaklah mewujudkan undang-undag yang tegas kepada pemangsa.
 Contohnya, perlulah memberi hukuman yang keras seperti penjara kepada pihak
yang melakukan jenayah siber ini.

3. Negara Malaysia perlulah berkerjasama dengan negara lain.
 Negara Malaysia haruslah mengikut langkah yang terbaik yang dilakukan oleh
negara lain untuk menangani masalah ini. Seterusnya, negara kita perlulah
mencontohi negara lain. Berkerjasama ialah langkah yang terbaik untuk
mencegah masalah yang selain daraipada jenayah siber. Dengan pertolongan
negara lain, nagara kita boleh mencipta sistem yang canggih untuk mengawal
jenayah ini.


4. Ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka.
 Ibu bapa perlulah mendidik anak-anak mereka agar tidak melibatkan diri dalam
jenayah siber ini. Ibu bapa perlulah mengajar anak mereka perkara-perkara yang
baik. Seterusnya mereka sentiasa memberi kesedaran kepada anak mereka tentang
kesan-kesan buruk yang boleh mewujud daripada jenayah ini. Pada masa yang
sama ibu bapa perlulah ajar langkah-langkah untuk mengatasi jenayah siber
tersebut.
 Sebai contohnya,ibu bapa perlulah menberi didikan agama dan moral kepada anak
sejak kecil.

9

Internet menjadi alat komunikasi yang terkini telah menyebabkan berlakunya kes jenayah siber
yang semakin berleluasa. Terdapat beberapa langkah-langkah mengatasi jenayah siber dari
pelbagai aspek :

1. Peranan kerajaan

 Pihak kerajaan juga perlu bersedia berdepan pelbagai ancaman jenayah siber yang merebak
ketika ini dengan mengadakan dan menentukan prasarana ICT yang selamat dengan
melaksanakan polisi-polisi yang efektif, terkini dan praktikal.

 Satu unit khas yang celik komputer dan berpengetahuan tinggi dalam dunia siber haruslah
ditubuhkan untuk menangani penularan jenayah siber dengan lebih berkesan.

 Kerajaan perlu menaik taraf kompetensi pengamal keselamatan siber sedia ada, selain
memupuk golongan profesional keselamatan siber berwibawa yang baharu serta
meningkatkan daya saing dalam mempertahankan keselamatan siber negara.

 Kerajaan juga perlu menyediakan lebih banyak kursus komputer kepada semua pengawai
kerajaan ataupun pekerja yang terlibat dalam transaksi di internet supaya mereka boleh
tingkatkan keselamatan di alam siber.

2. Peranan pihak swasta

 Syarikat yang ingin memulakan e-dagang perlu melakukan langkah-langkah keselamatan
dengan meningkatkan keupayaan mereka dalam mengekang pencerobohan penjenayah siber.

 Memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan dengan syarikat dan pengguna komputer.
 Meningkatkan keupayaan dalam menghadapi serengan penjenayah siber.

10

Faktor - faktor yang menyumbang kepada jenayah siber.
Antara faktor berlakunya jenayah siber, antaranya:
 Semua orang boleh mengakses internet dan penggunaannya meluas di seluruh dunia.

Jenayah siber bukan hanya melibatkan rakyat malaysia malah turut melibatkan rakyat dan
negara lain. Sebagai contoh, kecurian identiti boleh berlaku di mana - mana sahaja
terutamanya bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan di kafe - kafe siber. Situasi ini
akan menyebabkan individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mencuri
identiti pengguna yang lain untuk mengaut keuntungan. Maka, pengguna internet yang tidak
bermoral ini akan meningkatkan kadar jenayah siber di negara kita.

 Keinginan sesetengah pihak untuk menjadi kaya melalui jalan pintas. Oleh itu, ada di antara
mereka sanggup melakukan penipuan atas talian terhadap orang ramai. Sebagai contoh,
mereka menyamar sebagai pengawai pemugut cukai yang menjadikan golongan tertentu
sebagai sasaran. Penipu akan merancang dan menyamar dengan begitu teliti untuk
memastikan penipuan mereka berjaya dilaksanakan serta memperolehi wang yang banayak.
Jelaslah bahawa, segelintir individu yang berkeinginan menjadi kaya dalam sekelip mata
merupakan salah satu punca peninkatan jenayah siber.

 Jenayah siber dilakukan untuk mengaburi mata pihak yang tertentu. Pada kebiasaannya,
penipuan dilakukan secara licik oleh golongan profesional. Golongan ini bijak menyusun
strategi dalam melakukan jenayah siber agar tidak dapat dikesan. Misalnya, mereka
menjalankan urusan jual beli sesuatu produk di atas talian dengan tawaran harga yang jauh
lebih murah daripada harga pasaran. Hal ini mengakibatkan banyak pelanggan yang
mengalami kerugian yang besar akibat tertipu dengan janji-janji manis penjual.
Kesudahannya, jenayah siber tersebut terus menular dan berlaku di mana - mana tanpa
kawalan.

11

 Jenayah siber boleh berlaku disebabkan pengguna tidak memasang sekuriti atau kata laluan
dalam proses transaksi pembayaran secara atas talian. Laman web yang tidak rasmi dalam
proses perbankan atas talian secara tidak langsung boleh mendedahkan kata laluan kepada
penjenyah siber. Hal ini memudahkan penjenayah siber untuk menggodam atau mencuri
maklumat perbankan pengguna.

12

Statistik untuk jenayah siber

Pihak Siber Sekuriti Malaysia telah mengeluarkan laporan statistik kes jenayah siber mengikut
jenis bagi tahun 2020 setakat bulan Oktober. Berdasarkan laporan tersebut, sebanyak 9,042
insiden keselamatan siber dicatatkan.
Daripada keseluruhan kes jenayah siber bagi tempoh itu, insiden yang melibatkan kes penipuan
(Fraud) adalah paling tinggi dengan mencatatkan sebanyak 6,459 kes (71%) daripada
keseluruhan kes.
Diikuti oleh kes pencerobohan (Intrusion) yang mencatatkan 1,101 insiden (12%).
Selain itu, laporan yang melibatkan kes jenayah pengkodan jahat (Malicious Codes) iaitu
sebanyak 502 kes (6%) dan gangguan siber (Cyber Harassment) juga meningkat mendadak di
mana sebanyak 499 kes (6%) setakut bulan Oktober tahun 2020.
Ini menunjukkan pandemik COVID-19 menyebabkan lebih ramai pengguna bergantung kepada
teknologi Internet dan lebih mudah terdedah kepada risiko serangan siber seperti penipuan siber.
Oleh sebab itu, para pembaca hendaklah berhati-hati apabila menggunakan teknologi Internet
dan tidak mudah mempercayai maklumat yang tidak disahkan oleh pihak berkuasa.

13

Data terkini
Kajian Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati trend kes penipuan cinta atau

'Love Scam' menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan
ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk
Zainuddin Yaacob, berkata sebanyak 1,535 kes penipuan love scam dilaporkan
pada tahun 2019 membabitkan kerugian RM79.11 juta.

Lebih 3,075 aktiviti jenayah siber dilaporkan dalam tempoh 18 Mac sehingga
31 Julai lalu, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi
Zainul Abidin. Beliau berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan lebih
109.04 peratus bagi tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu sebanyak 1,471 kes.
Katanya, peningkatan itu agak membimbangkan berikutan jenayah siber adalah
jenayah tidak mengenal mangsa, peringkat umur dan latar belakang. "Antara
kes yang sering dilaporkan kepada pihak polis adalah membabitkan penipuan,
pencerobohan data, gangguan siber dan jenayah berkaitan kod berbahaya serta
berkaitan kandungan.

14

Kesan-kesan yang menyumbang kepada jenayah siber.

Terdapat pelbagai kesan yang boleh membawa kepada jenayah siber. Sekiranya tiada
keselamatan atau keselamatan dalam proses transaksi pembayaran dalam talian, permohonan
dalam talian akan memberi kesan buruk kepada pengguna. Laman web tidak rasmi dalam proses
perbankan dalam talian boleh membahayakan pengguna, iaitu, mereka sebenarnya telah
memberikan kata laluan mereka kepada penjenayah siber tanpa disedari. Ini akan memudahkan
penjenayah siber untuk menceroboh atau mencuri maklumat perbankan pengguna, dengan
matlamat untuk mencuri atau memindahkan dana pengguna ke akaun penjenayah siber. Selain
pengguna, organisasi atau laman web yang menggunakan aplikasi dalam talian ini juga akan
diancam dan diganggu oleh penjenayah siber, yang menggunakan maklumat sulit organisasi
untuk menghalang operasi organisasi. Pada tahun 2007, pengguna Maybank menggunakan laman
web tidak rasmi untuk pemindahan akaun, dan jenayah siber tersebut berlaku dalam perniagaan
perbankan Maybank. Malangnya, apabila maklumat transaksi bank mudah diakses oleh
penggodam, pengguna ini kehilangan sejumlah wang. Kes ini telah membuka mata banyak
institusi dan pengguna yang menggunakan perbankan dalam talian, pemindahan atau aplikasi
pembayaran dengan berhati-hati.

Di samping itu, pelbagai maklumat tidak kira sama ada benar atau salah, idea, ideologi,
propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Dengan hanya satu
klik, pengguna boleh menyerahkan dan menerima maklumat secara bebas tanpa menapis
kebenaran mereka, yang akan menggalakkan jenayah siber. Contohnya, dalam kes penyebaran
maklumat palsu yang tidak bertanggungjawab mengenai kematian Ketua Polis Diraja Malaysia
Tan Sri Ismail. Maklumat palsu ini telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat dan
kakitangan pengurusan di dalam dan luar negara. Jadi jika dilihat dari kes ini, jelaslah bahawa
maklumat yang tidak ditapis dan penghantaran serta penerimaan maklumat akan menyebabkan
gejala jenayah siber.

15

Kesimpulan
Kesimpulannya, teknologi hari ini semakin kompleks, tetapi pada masa yang sama terdapat

kekurangannya, iaitu jenayah siber juga semakin kompleks. Kebanyakan penjenayah siber tidak
dapat ditangkap kerana mereka sukar untuk dikesan. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa
berwaspada sepanjang masa. Sediakan payung sebelum hujan. Kita mesti melindungi sistem
komputer kita dengan perisian dan berhati-hati semasa menggunakan Internet.

Jenayah siber juga merupakan masalah sosial kerana ia berkaitan dengan tingkah laku
manusia. Namun, kerana sukar untuk mengenal pasti pelakunya, tingkah laku ini sukar
dibendung. Masalah siber jenayah yang semakin membimbangkan dan pelbagai langkah tertentu
perlu diambil untuk mengawalnya. Namun begitu, usaha kerajaan untuk membendung amalan ini
dapat dilihat melalui penguatkuasaan undang-undang seperti Akta Percetakan, Akhbar, dan
Penerbitan 1984.

Akhirnya, kita perlulah memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan dengan syarikat dan
pengguna komputer. Syarikat yang ingin memulakan e-dagang perlu melakukan langkah-langkah
keselamatan dengn meningkatkan keupayaan mereka dalam mengekang pencerobohan
penjenayah siber. Syarikat juga hendaklah berkongsi masalah pencerobohan dan penggodaman
dengan kerajaan. Pengguna internet boleh berkongsi pengetahuan dan memberi cadangan kepada
kerajaan untuk meningkatkan tahap forensik komputer kerajaan, swasta dan komputer
persendirian daripada digodam.

16

Rujukan sumber :
1. Buku :

 Masitah Mohd Ali, Siti Noryanie Yusoff dan Kamsani Md Saad. Buku teks Nilai
Masyarakat Malaysia (2016). Ofps Siri Politeknik : Oxford Fajar

 Sahizan Sagi. Buku Awas! Jenayah siber (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka di
Malaysia.

 Hazira Hanapi. Buku 5 Kisah Kaji Jenayah Siber (2018). Blank book : Blank publishing.
 Mohd Safar Hasim. Buku mengenali undang-undang media dan siber (2002). Utusan

Publications and Distributors Sdb Bhd di Kuala Lumpur.
 Azianura Hani Shaari, Yeap Yoke Peng dan Mohammad Rahim Kamaluddin. Buku

Jenayah Cinta Siber (2018). Ukm Press.
 Acp (b) Mohd. Reduan Aslie. Buku jenayah (2009). Dewan Bahasa dan Pustaka di

Malaysia.
 Rizal Rahman & Ramalinggam Rajamanickam. Buku Jenayah Perundangan dan

Penguatkuasaan (2019). Penerbit UKM

2. Internet :
 https://www.scribd.com/document/235672347/Jenayah-siber
 https://www.sinarharian.com.my/article/159727/BERITA/Semasa/Penggunaan-media-
sosial-tinggi-punca-jenayah-siber-meningkat
 https://ms.eyewated.com/jenayah-siber-apa-itu/
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Jenayah_Komputer_1997
 https://kristinajustina.blogspot.com/2021/06/langkah-langkah-mengatasi-jenayah-
siber.html

17

 Lampiran

 Jenayah siber ini termasuk penipuan dalam talian, penipuan kad kredit, kecurian identiti dan
pencerobohan data, ia adalah ancaman serius kepada rakyat kerana penipuan ini
mengakibatkan kehilangan ratusan ribu ringgit yang menjadi hasil titik peluh mangsa.

 Penipuan siber

18

 Aplikasi atas talian akan memberi impak buruk kepada pengguna jika tiada sekuriti atau
keselamatan dalam proses transaksi pembayaran online.

19

 Remaja perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan mengenai jenayah siber yang semakin
berleluasa.

20

 Penggodam juga merupakan jenayah siber yang sangat terkenal dalam kalangan pengguna
internet. Menggodam adalah memasuki sesuatu sistem tanpa melalui kod keselamatan.

21


Click to View FlipBook Version