The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F9. MUHAMMAD ZUL FARIZ (PENULISAN AKADEMIK)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zulfariz144, 2022-05-16 11:25:02

F9. MUHAMMAD ZUL FARIZ (PENULISAN AKADEMIK)

F9. MUHAMMAD ZUL FARIZ (PENULISAN AKADEMIK)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 4)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

NAMA PELAJAR : MUHAMMAD ZUL FARIZ BIN WAHID
: 2020192340170
ANGKA GILIRAN : 011119050501
: PISMP F9
NO KAD PENGENALAN : DR SITI HALIMAH BINTI MD YASSIN
: PENULISAN AKADEMIK
KUMPULAN : 12 MEI 2022
:
NAMA PENSYARAH

TAJUK TUGASAN

TARIKH HANTAR

TARIKH MENERIMA MAKLUM
BALAS
DARIPADA PENSYARAH

SENARAI ISI KANDUNGAN Muka Surat
1
Isi Kandungan 1-3
Penghargaan
1.0 Pengenalan 3
2.0 Langkah-langkah Pengurusa Bilik Darjah Mesra Budaya 4
2.1 Aspek Fizikal
2.2 Aspek Sosial dan Sosiolinguistik
2.3 Aspek Emosi
3.0 Kesimpulan
Rujukan

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmannirrahim,
Alhamdulillah, rasa syukur dirafakkan ke hadrat Ilahi atas rahmat nyawa, masa dan tenaga

kerana dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Syukur dipanjatkan kerana
pada mulanya terdapat sedikit kerumitan dan cabaran dihadapi namun berkat pertolongan pihak-
pihak berikut dapat juga saya menyiapkan amanah yang diberikan ini dalam tempoh yang
ditetapkan.

Pertama kalinya, suka untuk saya dedikasikan sekalung penghargaan kepada pensyarah
saya, Dr. Siti Salimah binti Md Yassin atas tunjuk ajar serta bimbingannya yang secara tidak
langsung membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini.

Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya kerana tidak berhenti
memberikan sokongan moral dan motivasi serta kemudahan yang diperlukan bagi saya
menyiapkan amanah ini.

Sekalung penghargaan juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang memberi dorongan
dan sokongan moral. Terima kasih kerana menjawab pertanyaan-pertanyaan yang saya telah
utarakan kepada mereka selama proses penyiapan tugasan ini.

Akhir kalam, kepada semua yang terlibat dalam proses penyiapan tugasan ini sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung, saya ingin mengucapkan terima kasih dan saya hargai
segala bentuk pengajaran serta pembelajaran yang diberikan.

1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum.
Menurut Haminah (2010), aspek perpaduan kaum perlu diberi perhatian serius dan
penekanan yang menyeluruh oleh semua pihak. Oleh yang demikian, kerajaan menjadikan
sektor pendidikan sebagai medium untuk memupuk perpaduan dan integrasi yang kuat dia
antara kaum di Malaysia. Pembentukan bilik darjah mesra budaya merupakan salah satu
usaha untuk merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
yang memberi fokus terhadap perpaduan sebagai salah satu aspirasi sistem pendidikan
negara. Memandangkan dasar pendidikan negara adalah sebegini, ia telah memberikan
cabaran dan tugas yang besar bagi guru untuk mengajar, menyampaikan ilmu pengetahuan,
serta mendidik anak-anak muridnya yang terdiri daripada latar belakang sosiobudaya yang
berbeza.

Menurut Noriati, Boon, Sharifah, dan Zuraidah (2011), bakal-bakal guru harus
mendapatkan pendidikan dan latihan yang menghala ke penguasaan pengetahuan dan
kemahiran demi memastikan guru mampu menganalisis isu berhubung etnik, budaya dan
amalan etnik-etnik secara kritikal serta mengenal pasti pendekatan yang paling berkesan
untuk memberikan pengalaman yang bermakna kepada murid. Guru perlu memastikan
setiap murid tidak tertinggal dalam pelajaran mereka dengan mengambil kira kepelbagaian
aspek budaya murid. Dalam konteks ini, pengetahuan mengenai pedagogi releven budaya
menjadi amat penting dan harus diketahui dan dimiliki oleh setiap pendidik negara demi
membina ilmu pengetahuan yang bermakna kepada murid di samping memudahkan tugas
pengajaran dan pembelajaran mereka.

2.0 LANGKAH – LANGKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Menurut Kilgour (2006), bilik seni yang ideal perlulah mematuhi tiga komponen utama iaitu
persekitaran pembelajaran perlulah merangkumi aspek fizikal, sosial dan emosi. Maka
langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya adalah seperti berikut:

2.1 Aspek Fizikal
Penyusunan susun atur perabot adalah amat penting kerana ianya akan mempengaruhi
ruang yang ada di dalam bilik darjah (Ahmad Sobri Shuib, 2011). Contohnya meja murid

yang diletakkan diruang tengah dan meja guru yang diletakkan dihadapan dapat
memudahkan penyampaian isi pengajaran. Melalui susunan perabot yang strategik ini,
murid-murid dapat melihat guru dengan mudah dan memberikan penglibatan secara
aktif melalui susunan meja secara berkumpulan. Secara tidak langsung, susunan meja
secara berkumpulan ini juga melibatkan aspek sosial apabila murid-murid boleh
bekerjasama, berkomunikasi dan berkongsi pelbagai pendapat dengan teratur dan
selesa (Haliza & Joy, 2009). Guru juga hendaklah menyusun kerusi dan meja murid yang
terdiri daripada pelbagai kaum secara berkumpulan. Menurut Najeemah (2009), guru
seharusnya menyusun murid dalam satu kumpulan yang mana setiap kumpulan
mempunyai taburan kaum yang sama dengan kumpulan yang lain. Hal ini secara tidak
langsung dapat mewujudkan persefahaman antara murid yang berlainan kaum menerusi
aktiviti perbincangan secara dalam kumpulan yang dilakukan. Susunan kerusi dan meja
yang sedemikian juga bertepatan dengan pembelajaran abad ke21 yang mana
menekankan aktiviti pembelajaran secara koperatif.

2.2Aspek Sosial dan Sosiolinguistik
Antara langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya yang boleh dilakukan dari aspek
sosial dan sosiolinguistik oleh guru ialah dengan memilih sumber PdP yang
menyeronokkan dan bermakna. Ianya bersesuaian dengan pembelajaran abad ke- 21
yang menekankan penggunaaan pelbagai sumber semasa sesi PdP. Menurut Noriati A.
Rashid (2017), pemilihan sumber untuk aktiviti PdP memainkan peranan yang penting
untuk memastikan murid dari pelbagai kaum dapat belajar dalam suasana sosial yang
gembira dan selesa. Guru seharusnya mempelbagaikan sumber PdP mengikut
kepelbagaian latar belakang muridnya. Hal disokong oleh Wong Kiet Wah et al. (2016),
yang menyatakan bahawa kepelbagai sumber pelbagai, kaedah dan teknik pengajaran
akan dapat meningkatkan perkembangan pengetahuan kanak-kanak dengan cepat dan
berkesan. Sebagai contoh, guru boleh memilih sumber bahan pembelajaran yang
mengandungi ciri-ciri budaya sesuatuetnik bagi memupuk persefahaman dan perkongsian
nilai budaya.
Kepelbagaian sumber yang berlatar belakangkan budaya dan amalan hidup yang
berbeza mampu menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran tanpa rasa bosan.
Murid juga dapat melihat persamaan dan perbezaan yang wujud dalam kalangan
masyarakat yang ada di Malaysia ini. Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013- 2025), Kementerian Pendidikan Malaysia menuntut agar setiap murid menghayati

dan menerima perbezaan sesama kaum. Jadi, jelaslah disini bahawa pemilihan sumber
PdP yang menyeronokkan dan bermakna sangat penting untuk mewujudkan
persefahaman suasana bilik darjah yang mesra budaya.

2.3 Aspek Emosi
Akhir sekali ialah guru perlu memastikan persekitaran sosioemosi murid berada dalam
keadaan yang baik. Persekitaran sosioemosi yang baik di dalam kelas dapat mewujudkan
minat dalam diri murid untuk belajar (Norzaini & Mohammed, 2007). Guru perlu
membimbing murid secara sama rata tanpa mengira perbezaan latar belakang atau
prestasi pencapaian akademik mereka. Hal ini supaya murid berasa gembira dan tidak
berasa tersisih semasa berada dalam bilik darjah. Tambahan lagi, guru mestilah sentiasa
memberi galakan dan pujian kepada murid apabila mereka berjaya membuat sesuatu
perkara agar mereka rasa dihargai dan disayangi. Menurut Gallagher et al. (2013),
seseorang murid akan membentuk hubungan dengan individu dewasa yang cukup
prihatin terhadap diri mereka dan secara tidak langsung individu dewasa itu dapat
membantu murid-murid untuk membina idea tentang diri mereka sendiri. Akan tetapi,
selain membina hubungan yang baik dengan guru, murid juga perlu membina hubungan
yang baik dengan rakan sebaya. Dengan cara ini, hubungan yang erat antara murid dapat
dibentukdan mereka akan saling mengenali serta memahami tentang kepelbagaian
budaya yang ada dalam kalangan mereka.

3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Siti Zahrina (2008), menyatakan sebagai seorang guru kita perlu merancang
kaedah yang terbaik untuk mewujudkan iklim yang boleh tingkatkan motivasi murid untuk
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti PdP serta mewujudkan bilik darjah yang mesra
budaya. Suasana bilik darjah yang mesra budaya sememangnya merupakan suatu medium
yang terbaik yang perlu disediakan kepada murid-murid agar mereka boleh memaksimumkan
penglibatan semasa PdP. Tambahan, guru perlulah proaktif untuk memastikan konsep bilik
darjah mesra budaya boleh dicapai. Oleh itu, Sharifah Alawiyah Alsagoof (1990) menyatakan,
untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu mengetahui
peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu.

RUJUKAN

Ahmad Sobri Shuib. (2011). Teknik Susun Atur Peralatan dan Perabot. Shah Alam: Sasbadi Sdn.
Bhd.

Gallagher, K.C, Kain, K., Vernon-Feagans, L & White, K.M. (2013). Development of
studentteacher relationship in Rural Early Elementary Classrooms. Early Childhood
Research Quarterly. 520-528.

Haliza Hamzah & Samuel, J.N. (2009). Siri Pendidikan Guru: Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Hamimi. (2022). 3 Kemahiran Yang Perlu Dikuasai Pelajar Abad ke-21. Diakses melalui
https://ustazahamimi.blogspot.com/2018/04/3-kemahiran-yang-perlu-
dikuasaipelajar.html

Haminah Haji Suhaibo. (2010). Pemupukan Petriotisme Dalam Pendidikan Sejarah Tingkatan
Satu. Jurnal Penyelidikan IPG KBL. 20-40.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kilgour, P.W. (2006). Student, teacher and parent perceptions of classroomenvironments in
streamed and unstreamed mathematics classrooms. Thesis PhD. Curtain University of
Technology Australia. Kim.

Najeemah. (2009). Konsep Pendidikan. Batu Caves: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid, Boon, P. Y. Boon, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2017).
Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Norzaini Azman & Mohammed Sani Ibrahim. (2007). Profesion Perguruan. Penerbitan Fakulti
Pendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sharifah Alawiyah Alsagoof (1990). Ilmu pendidikan Psikologi. Kuala Lumpur: Heinemann
Education Book (ASIA) Ltd.

Siti Zahrina Hasnan (2008). Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah. Tesis Ijazah Sarjana.

Skudai: Universiti Teknologi Malaysia

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2010). Budaya dan Pembelajaran.

Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis & Rafidah Ruhani. (2016). Perkembangan Kanak-Kanak.

Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.


Click to View FlipBook Version