The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perniagaan_Mengubah_Hidup_Pelajar_Kisah_Usahawan_Pelajar_KKKL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KKKL & KKKLCSG BUKU DIGITIAL, 2023-04-04 19:52:43

Perniagaan_Mengubah_Hidup_Pelajar_Kisah_Usahawan_Pelajar_KKKL

Perniagaan_Mengubah_Hidup_Pelajar_Kisah_Usahawan_Pelajar_KKKL

PERNIAGAAN MENGUBAH HIDUP PELAJAR : KISAH USAHAWAN KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT


PERNIAGAAN MENGUBAH HIDUP PELAJAR : KISAH USAHAWAN KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT Diterbitkan di Malaysia Cetakan Pertama, 2023 Hakcipta Kolej Komuniti Kuala Langat 2023 Hakcipta Terpelihara Setiap bahagian terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan ke bentuk lain sama ada dengan cara elektronik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Kolej Komuniti Kuala Langat. Perpustakaan Negara Malaysia Data Mengkatalog Dalam Penerbitan Diterbitkan Oleh : Kolej Komuniti Kuala Langat Jalan Sultan Suleiman Shah, Jugra 42700 Banting, Selangor Tel : 03-31202030 Faks : 03-31202020 Laman web : https://kkkualalangat.mypolycc.edu.my PENULIS : PN. MARINA BINTI MOHAMED ZAHIDI ( TOPIK 1 & 2) PN. ROHAYATI BINTI YUSOF (TOPIK 3 & 4) PN SYERIE NOER HIDAYATY BINTI MUHAMAD BASIR (TOPIK 5) PN. AZILA BINTI BAHARUDDIN (TOPIK 6) Hakcipta Terpelihara @2023


PRAKATA Kemahiran keusahawanan merupakan salah satu kemahiran yang digalakkan bagi pelajar untuk kuasai dengan baik dalam tempoh pengajian mereka. Ini kerana kemahiran ini boleh memupuk sifat berdikari dalam menguruskan kewangan dalam diri seseorang. Individu yang mempunyai kemahiran ini mestilah mempunyai daya kreativiti dan minat yang tinggi dalam bidang usahawan. Mereka hendaklah menghayati prinsip usahawan, perjuangan pada masa akan datang. Kolej Komuniti Kuala Langat sangat menggalakkan pelajarnya menceburi bidang keusahawanan bagi memupuk bakat keusahawanan sejak usia muda lagi. Setiap pelajar akan mempelajari Kursus Keusahawanan dalam pengajian mereka. Buku ini diterbitkan khas bagi memperkenalkan dan memberi inspirasi kepada pelajar di luar tentang kehebatan, kekuatan serta semangat seorang bekas pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat (Alumni KKKL) dalam mengharungi dunia perniagaan semasa dan selepas tamat pengajian. Diharapkan ianya dapat memberi inspirasi dan suntikan semangat serta manfaat kepada usahawan pelajar dan masyarakat. Sekian, terima kasih


PROFILE PENULIS MARINA BINTI MOHAMED ZAHIDI Beliau merupakan pensyarah Bahasa Inggeris di Kolej Komuniti Kuala Langat. Beliau telah terlibat dalam pelbagai program keusahawanan setelah menjadi penyelaras Unit Keusahawanan KKKL sejak tahun 2019. Mempunyai pengalaman dalam menjalankan kursus dan program keusahawanan di peringkat kolej dan jabatan. Selain itu beliau juga membantu dan membimbing pelajar-pelajar dalam menyertai pertandingan keusahawanan. SYERIE NOER HIDAYATY BINTI MUHAMAD BASIR Beliau merupakan pensyarah Sijil Pengoperasian Perniagaan. Sering terlibat dalam pelbagai program keusahawanan dan pementoran perniagaan pelajar di peringkat Kolej Komuniti dan Jabatan Mempunyai pengalaman dalam pengurusan keusahawanan selama 7 tahun ketika berkhidmat sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Pendidikan Polteknik dan Kolej Komunti (JPPKK) ROHAYATI BINTI YUSOF Merupakan pensyarah Sijil Teknologi Elektrik dan pensyarah kursus Keusahawanan. Beliau terlibat dalam pengurusan di Unit Keusahawanan di peringkat Kolej Komuniti Kuala langat sejak tahun 2016. Mempunyai pengalaman dalam menguruskan kursus dan program keusahawanan di peringkat Kolej dan Jabatan serta membimbing pelajar dan menjadi mentor kepada usahawan pelajar. PUAN AZILA BINTI BAHARUDDIN Berkelulusan Sarjana Muda Sains Komputer . Beliau sekarang berkhidmat sebagai Pensyarah di Kolej Komuniti Kuala Langat . Beliau mempunyai sijil professional dalam Certified Trainer for Digital Entrepreneurship (ABE) 2015 dan sijil professional dalam Social Innovation and Social Entrepreneurship Trainer Certification Programme (SESI) 2021. Beliau mempunyai pengalaman mengajar selama 19 tahun dalam bidang Komputer dan Keusahawanan dan beliau juga merupakan Ketua Unit Keusahawanan di Kolej Komuniti Kuala Langat dari tahun 2012 sehingga 2021. Mempunyai pengalaman dalam menguruskan program keusahawanan, serta membimbing pelajar dan sebagai mentor kepada usahawan pelajar . Penglibatan beliau juga sebagai penceramah luar dalam bidang keusahawanan dan online media social.“Never stop learning, because life never stops teaching”


PERKARA MUKA SURAT ABSTRAK 1 1.0 PENGENALAN 2 1.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT 3 1.2 MISI DAN VISI SYARIKAT 4 1.3 CARTA ORGANISASI 4 1.4 KEJAYAAN PERNIAGAAN 6 2.0 INOVASI DAN TAWARAN NILAI 7 2.1 ISU DAN CABARAN 7 2.2 IDEA PRODUK 8 2.3 INOVASI PRODUK 8 2.4 INOVASI QALYMA GLOBAL DALAM INDUSTRI 4.0 10 3.0 MODEL PERNIAGAAN YANG LESTARI 12 3.1 BUSINESS MODEL CANVAS QALYMA GLOBAL 12 4.0 KADAR KEBOLEHPASARAN (PELABURAN) DAN KEBERHASILAN DALAM ASPEK KEWANGAN 13 4.1 POTENSI PERNIAGAAN 14 4.2 RISIKO PERNIAGAAN 16 5.0 POTENSI PASARAN DAN STRATEGI 17 5.1 POTENSI PASARAN 17 5.2 KAJIAN PASARAN 18 5.3 STRATEGI PEMASARAN DAN JUALAN 20 5.4 PERKONGSIAN STRATEGIK 30 5.5 ANALISIS PERNIAGAAN 31 5.6 PENCAPAIAN JUALAN 33 6.0 KEBERHASILAN TERHADAP INDIVIDU DAN PERNIAGAAN 34 6.1 KEBERHASILAN TERHADAP INDIVIDU 34 6.2 KEBERHASILAN TERHADAP PERNIAGAAN 42 6.3 KESIMPULAN 43


ABSTRAK Muhammad Qais Amiri bin Jamalludin adalah pengasas syarikat Halisco Global dan Qalyma Global dengan produk utamanya radio al-Quran dan al-Quran terjemahan. Syarikat telah menerima pengiktirafan di bawah program SSM Bizgrant, Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan jemputan ke Program Latihan Khas bersama Facebook Singapura. Visi syarikat adalah menjadi pelopor utama dalam industri penerbitan al-Quran di Malaysia dan mengeksport alQuran ke Asia Tenggara. Jumlah jualan bagi tahun 2019 dan 2020 mencecah RM 640,000.00 dengan peningkatan jualan sebanyak 51.3%. Beliau merupakan penjana pekerjaan dengan 60 agen dropship dan 16 orang pekerja. Kini, Qalyma Global merupakan pembayar cukai LHDN, zakat perniagaan dan pencarum KWSP. Memenangi persaingan dengan penawaran nilai tambah dan mengetengahkan keunikan produk. Beliau menawarkan perkhidmatan ukiran nama untuk al-Quran terjemahan yang disiapkan dalam masa 24 jam dengan keuntungan sehingga 60%. Business Model Canvas (BMC) digunakan sebagai panduan pengoperasian syarikat. Kaedah promosi mengutamakan penggunaan platfrom media sosial dan platform jualan menggunakan Whatsapp dan Shopee. Qalyma Global dikenali di mata pelanggan dengan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan pantas. Pengasas syarikat ini mempunyai karisma dalam kepimpinan dengan menjawat 12 jawatan penting semasa dalam pengajian di Kolej Komuniti Kuala Langat. Beliau sentiasa cemerlang dalam akademik dan sukan selain aktif dengan aktiviti keusahawanan. Ketokohan dalam perniagaan dapat dilihat menerusi perkongsian ilmu sebagai tenaga pengajar dan mentor perniagaan serta berbakti kepada masyarakat sebagai Bilal di Masjid Bandar Baru Sungai Buloh. Mempunyai sifat mencintai ilmu membawa beliau kepada beberapa siri program bimbingan perniagaan bersama pakar dan kini menjadi ikon kepada mentor Hasbul Brothers. 1


Surah An -Nisa’ ayat 82 1.0 P


Surah An-Nisa’ ayat 82 1.0 PENGENALAN Menyedari keperluan memahami dan menghayati ayat-ayat al-Quran di kalangan penduduk Malaysia yang rata-ratanya kurang berkemahiran di dalam terjemahan daripada Bahasa Arab, telah mendorong Muhammad Qais Amiri bin Jamalludin (21 tahun) menceburkan diri di dalam perniagaan berasaskan al-Quran. Bermula dengan syarikat Halisco Global (2018) yang menjual radio al-Quran, perniagaan dikembangkan lagi dengan penubuhan Qalyma Global pada Mei 2020 yang bukan sahaja memasarkan produk terjemahan al-Quran, malah dilengkapi dengan ciriciri inovasi tambahan seperti penandaan doa-doa amalan berdasarkan ayat al-Quran, ayat-ayat motivasi dan penerangan hukum tajwid, serta didatangkan dengan rekabentuk dan saiz yang boleh dipilih mengikut kesesuaian pelanggan. Menerima pengiktirafan di bawah program SSM BizGrant (Lampiran 1) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Lampiran 2), dengan slogan “Qalyma Quran Lekat Di Hati”, syarikat terus melebarkan jualan sehingga mencecah RM 640,000.00. Membuka peluang pekerjaan kepada 16 orang di bawah syarikatnya, Muhammad Qais Amiri berhasrat agar Qalyma Global menjadi pelopor utama dalam industri penerbitan al-Quran terjemahan di Malaysia dan seterusnya mengeskport al-Quran terbitan syarikat ke Asia Tenggara di samping mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada komuniti. 2


1.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT Jadual 1.1: Maklumat Perniagaan Rajah 1.1: Pengasas Halisco Global dan Qalyma Global bersama produk keluaran 3


1.2 VISI & MISI SYARIKAT Visi Qalyma Global adalah untuk menjadi pelopor utama dalam industri penerbitan al-Quran di Malaysia dan seterusnya mengeskport al-Quran terbitan syarikat ke Asia Tenggara. Selain itu, menyediakan peluang pekerjaan kepada komuniti melalui industri berasaskan penerbitan al-Quran menjadi misi Qalyma Global. 1.3 CARTA ORGANISASI Rajah 1.2: Carta Organisasi Qalyma Global 4


1.3.1 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB Jadual 1.2: Senarai Tugas dan Peranan Pekerja 5


Rajah 1.3: Ringkasan Kejayaan 1.4 KEJAYAAN PERNIAGAAN 6


2.0 INOVASI DAN TAWARAN NILAI


Perniagaan ini mempunyai tawaran nilai kepada 20.6 juta rakyat Malaysia yang beragama Islam ini menawarkan produk berkualiti tinggi dengan perkhidmatan jualan mesra pelanggan. Kaedah pemasaran secara dalam talian, inovasi kepada produk keluaran syarikat seperti ukiran nama khas pelanggan, penggunaan bahan yang berkualiti selain mewujudkan elemen-elemen eksplorasi kepada al-Quran melalui penandaan ayat-ayat, doa serta hukum tajwid akan memudahkan proses pembacaan dan pemahaman serta menarik minat untuk terus menjadikan al-Quran lekat di hati. 2.1 ISU DAN CABARAN Antara cabaran yang dikenalpasti telah mencetuskan idea pengeluaran produk radio al-Quran serta al-Quran terjemahan adalah : Jadual 2.1: Isu yang dikenalpasti 7


2.2 IDEA PRODUK Idea untuk menceburi industri perniagaan al-Quran tercetus setelah melihat permintaan terhadap produk radio al-Quran sangat tinggi dalam pasaran. Bagi menarik minat pelanggan, Qalyma Global menawarkan nilai tambah bagi pengisian radio al-Quran yang mengandungi bacaan ayat al-Quran juga ceramah-ceramah agama khusus dan umum, terjemahan bacaan, panduan solat fardhu 5 waktu dan doa-doa pendek. Melihat potensi yang besar ini, Qalyma Global mula menjual al-Quran terjemahan yang menawarkan nilai tambah seperti penandaan ayat-ayat al-Quran serta perkhidmatan ukiran nama mengikut permintaan pelanggan. Produk disediakan dalam masa 24jam daripada tempahan diterima. 2.3 INOVASI PRODUK 2.3.1 KEUNIKAN PRODUK Rajah 2.1: Keunikan Produk 8


2.3.2 PENYELESAIAN ISU MENERUSI INOVASI PRODUK Jadual 2.2: Strategi Inovasi 9


2.4 INOVASI QALYMA GLOBAL DALAM INDUSTRI 4.0 Qalyma Global telah mengasimilasikan industri 4.0 dalam perniagaan menerusi beberapa aspek: Rajah 2.2: Penerapan Elemen Industri 4.0 Dalam Operasi perniagaan 10 00


Selain itu, syarikat juga mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pengurusan syarikat dengan menggunakan aplikasi NIAGAWAN. Rajah 2.3 : Kebaikan Menggunakan Aplikasi NIAGAWAN


3.0 MODEL PERNIAGAAN YANG LESTARI 3.1 BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) 11 00


3.0 MODEL PERNIAGAAN YANG LESTARI 3.1 BUSINESS MODEL CANVAS (BMC) Strategi perniagaan dijelmakan di dalam BMC sebagai panduan pengoperasian syarikat. Rajah 3.1: Business Model Canvas Qalyma Global 12 00


4.0 KADAR KEBOLEHPASARAN (PELABURAN) DAN KEBERHASILAN DALAM ASPEK KEWANGAN


Qalyma Global mempunyai perkembangan perniagaan yang positif dengan jumlah jualan sebanyak RM639,826.95 bagi tahun 2019 dan 2020. Peningkatan peratusan jualan sangat memberangsangkan iaitu sebanyak 51.3% . Jadual 4.1 : Ringkasan Modal Perniagaan dan Hasil Pelaburan 209,620.85 430,206.10 0.00 50,000.00 100,000.00 150,000.00 200,000.00 250,000.00 300,000.00 350,000.00 400,000.00 450,000.00 500,000.00 Tahun 2019 2019 2020 51.3% Rajah 4.1 : Jumlah Jualan Tahunan Qalyma Global bagi Tahun 2019 dan 2020 13 00


4.1 POTENSI PERNIAGAAN Mempunyai potensi pasaran rakyat Malaysia yang beragama Islam seramai 20.6juta, syarikat berpotensi besar untuk terus berkembang. Penilaian potensi dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan kelestarian syarikat dalam pasaran. Rajah 4.2 : Penilaian Potensi Perniagaan Qalyma Global 14 00


Perkembangan prestasi syarikat dibuktikan dengan Qalyma Global sebagai pembayar zakat perniagaan (Lampiran 3) dan cukai perniagaan (Lampiran 4). Selain itu Qalyma Global juga menjaga kebajikan pekerja dengan mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (Lampiran 5). Rajah 4.3: Resit Pengesahan Pembayaran Cukai LHDN Rajah 4.4: Resit Pengesahan Bayaran Zakat Rajah 4.5: Caruman KWSP 15 00


4.2 RISIKO PERNIAGAAN Antara risiko yang dihadapi serta strategi perniagaan agar pelanggan diberikan perkhidmatan terbaik : Jadual 4.2 : Risiko perniagaan dan strategi yang digunakan 16 00


5.0 POTENSI PASARAN DAN STRATEGI 5.1 POTENSI PASARAN POTENSI PASARAN DAN STRATEGI


Dua segmentasi pasaran dikenalpasti iaitu: 5.1.1 Segmentasi Geografi Fokus kepada 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan dengan keluasan 330,803 kilometer persegi. Lokasi Qalyma Global sangat strategik iaitu di kawasan Sungai Buloh, Selangor yang mempunyai kawalan logistik yang lancar dan berdekatan dengan kawasan industri. 5.1.2 Segmentasi Demografi Anggaran penduduk Malaysia seramai 32.7juta orang dengan majoriti penduduk beragama Islam adalah seramai 20.6juta orang. Di mana populasi yang berumur antara 15 – 64 tahun bagi lelaki adalah 16.8juta dan perempuan sebanyak 15.9juta. Rajah 5.1 : Segmentasi Geografi Qalyma Global 17 00


Pecahan mengikut jantina dan umur digunakan bagi strategi mengenali pelanggan dan sasaran utama yang mempunyai kuasa membeli. 5.2 KAJIAN PASARAN Kajian pasaran dilaksanakan bagi memahami produk dan melihat potensi perniagaan. 5.2.1 Penyelidikan Sekunder Kaedah ini mengumpulkan maklumat berkenaan penggunaan dan kadar literasi al- Quran di Malaysia serta memahami keperluan pelanggan (Rajah 13). Segala maklumat dikumpul berdasarkan pembacaan ilmiah, analisis di Facebook dan lain-lain sumber digital. Rajah 5.2 : Pecahan Penduduk Mengikut Jantina dan Kumpulan Umur. Sumber:Jabatan Perangkaan Malaysia,2021 18 00


Rajah 5.3 : Kajian Sekunder Bagi Memahami Pasaran al-Quran 19 00


5.3 STRATEGI PEMASARAN DAN JUALAN Strategi pemasaran dan jualan yang digunakan adalah: 5.3.1 Memastikan produk yang berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik. Jadual 5.1 : Jenis penawaran nilai produk dan perkhidmatan Qalyma Global 20 00


Rajah 5.4: Senarai 913 Pengisian di Dalam Radio al-Quran Qalyma Rajah 5.5 : Penawaran Pelbagai Saiz dan Penandaan Pada al-Quran Terjemahan 21 00


5.3.2 Promosi Menggunakan kaedah pemasaran dalam talian dan luar talian: www.qalyma.com Rajah 5.6: Laman Sesawang Qalyma Global Jumlah follower sebanyak 48.3K Rajah 5.7: Instagram Qalyma Global Jadual 5.2: Promosi dalam talian dan luar talian 22 00


Rajah 5.8: Facebook Page Qalyma Global Rajah 5.9: Contoh Poster Iklan Dalam Talian Rajah 5.10: Email jemputan FB Coaching Rajah 5.11: Contoh Baucer Bagi Promosi Di Luar Talian 23 00


Pemasaran dalam talian Menyediakan peruntukan khusus untuk promosi dalam talian (Facebook dan Instagram) seperti Jadual 9. Jadual 5.3: Perbelanjaan promosi bagi tahun 2019 dan 2020 24 00


Agen jualan dan dropship Menggunakan seramai 60 orang agen dalam memasarkan produk Al-Quran Radio (Rajah 21) melibatkan pelajar kolej komuniti dan juga masyarakat setempat. Rajah 5.12: Senarai Agen Dropship Radio al-Quran 25 00


Penjenamaan Nama Qalyma merupakan gabungan nama pengasas iaitu QA merujuk kepada Qais Amiri, manakala lyma merujuk kepada anak ke-lima. Warna korporat hijau turquoise melambangkan kelembutan, ketenangan dan kesucian. Selain itu, jenama besar yang menggunakan warna ini tidak banyak di Malaysia seperti Petronas dan BSN. Jadi warna ini senang dikenali dan diingati oleh pelanggan. Tagline syarikat adalah #Qalyma Quran Lekat Di Hati. Penghantaran Menawarkan penghantaran percuma dan cepat kepada pengguna bagi memastikan produk dapat sampai lebih cepat dan dapat digunakan segera. Syarikat menggunakan perkhidmatan Poslaju kerana mereka menitikberatkan penjagaan Al-Quran dan menghormatinya dengan menyediakan tempat khas agar kehormatan dan kesucian Al-Quran terpelihara. Pemasaran daripada mulut ke mulut Teknik ini juga berkesan dalam memperkenalkan jenama dan produk kepada pengguna. Justeru, syarikat aktif mendapatkan maklumbalas pengguna dan terdapat juga pengguna berulang dan memperkenalkan produk kepada penggguna lain. Ini menunjukan kepuasan pelanggan yang tinggi dan yakin dengan produk Qalyma Global. Rajah 5.13: Logo Qalyma Global 26 00


Testimoni pelanggan Mendapatkan testimoni daripada pelanggan dan membuat hebahan secara aktif di laman sosial. Testimoni sangat penting dalam meningkatkan keyakinan dan kepercayaan pelanggan kepada jenama dan produk yang dipasarkan. Selain itu, maklumbalas ini juga boleh digunakan untuk menambahbaik perniagaan. Rajah 5.14: Contoh Testimoni Radio al-Quran 27 00


Rajah 5.15: Contoh Testimoni al-Quran Terjemahan 28 00


5.3.3 Harga Harga yang ditetapkan adalah bersesuaian dengan kualiti produk. Terdapat pelbagai perincian harga bergantung kepada permintaan pelanggan seperti berikut: 5.3.4 Tempat Konsep perniagaan adalah outletless iaitu tiada premis untuk pelanggan datang kerana semua urusan jual beli dilaksanakan secara dalam talian menggunakan platform Facebook, Instagram, Whatsapp dan Shopee. Proses operasi bagi penandaan al-Quran terjemahan dilaksanakan di rumah pekerja sendiri dan proses lain seperti pembungkusan, ukiran nama, pengumpulan dan lain-lain yang berkaitan dibuat di pejabat Qalyma Global. Rajah 5.16: Contoh Berdasarkan Saiz, Penandaan dan Ukiran Nama Jadual 5.4: Harga produk dan perkhidmatan Qalyma Global 29 00


5.4 PERKONGSIAN STRATEGIK Membina hubungan baik dengan rakan kongsi strategik terutamanya pembekal utama produk al-Quran: Rajah 5.17: Premis Operasi Qalyma Global Jadual 5.5: Senarai rakan kongsi strategik Qalyma Global 2020 30 00


5.5 ANALISIS PERNIAGAAN 5.5.1 Analisis SWOT: Rajah 5.18: Analisis SWOT Qalyma Global 31 00


5.5.2 Analisis Pesaing 5.5.3 Strategi Tawaran Nilai Qalyma Global Qalyma berjaya memenangi hati pelanggan dengan penawaran nilai yang berbeza daripada pesaing iaitu: Rajah 5.19: Analisis Pesaing Qalyma Global Rajah 5.20: Penawaran Nilai Qalyma Global 32 00


Qalyma Global bercadang membuka sistem agen dan dropship untuk al-Quran terjemahan pada masa akan datang. Buat masa ini, Strategi Qalyma Global lebih berfokus kepada mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan tanpa melalui agen. 5.6 PENCAPAIAN JUALAN Berdasarkan strategi yang telah dilaksanakan, prestasi jualan menunjukkan peningkatan daripada tahun 2019 sebanyak RM 209,620.85 kepada RM430,206.10 dengan kadar peningkatan melebihi 50 % daripada tahun sebelumnya. Jadual 5.6: Unjuran jualan Qalyma Global bagi tahun 2019 dan 2020 33 00


6.0 KEBERHASILAN TERHADAP INDIVIDU DAN PERNIAGAAN Pengasas Qalyma Global merupakan seorang yang peramah, ringan tulang dan berkarisma menyebabkan beliau menjadi harapan dan kesayangan semua pensyarah dan rakan-rakan. Ketokohan dalam kepimpinan jelas dilihat dengan kemampuan memegang beberapa jawatan penting sepanjang tempoh pengajian (Jadual 13). Beliau menjadi inspirasi kepada pelajar kolej komuniti dengan konsep “Doing Business While Study” sepanjang tempoh pengajian. 6.1 KEBERHASILAN TERHADAP INDIVIDU DAN PERNIAGAAN 6.1 KEBERHASILAN TERHADAP INDIVIDU 6.1.1 Ciri kepimpinan: Jadual 6.1: Kepimpinan Pengasas Qalyma Global bagi tahun 2019 - 34 00


6.1.2 Tenaga pengajar dan mentor perniagaan Beliau bijak dalam perancangan perniagaan juga hebat dalam mendidik dan memotivasikan rakan sebaya beliau untuk jadi lebih baik. Pengalaman dalam perniagaan diterjemahkan menerusi sesi bimbingan (coaching) dalam program Kelab Keusahawanan KKKL. Kini beliau menjadi mentor dan penasihat kepada perniagaan pelajar dan juga seorang usahawan komuniti yang ingin mengembangkan perniagaan secara digital.Berikut adalah program yang dilaksanakan (Jadual 14) Rajah 6.2: Memberi Penerangan Kepada Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah JPPKK Pada Tahun 2019 Jadual 6.2: Senarai Program Pembangunan Keusahawanan Rajah 6.3: Sesi Program Pembangunan Keusahawanan 35


6.1.3 Aktif dalam bidang ko-kurikulum Merupakan pelajar yang aktif dalam sukan petanque dan woodball serta turut memenangi beberapa acara sukan tersebut. Jadual 6.3: Penglibatan dalam acara sukan Rajah 6.4: Penyertaan di Dalam Pertandingan Petanque Kejohanan Petanque & Woodball Institut Pendidikan Malaysia 2021 36 00


6.1.4 Keseimbangan prestasi akademik dan perniagaan Walaupun aktif menjalankan perniagaan semasa dalam pengajian, beliau akan memastikan bahan copy writing di media sosial, melayan pertanyaan pelanggan dan menguruskan pengeposan barang kepada pelanggan dilaksanakan tanpa menganggu tugas beliau sebagai pelajar. Beliau bijak membahagikan masa dalam mengurus perniagaan dan pembelajaran di kolej komuniti. Beliau menjadi Ikon Keusahawanan Pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat pada tahun 2019 berdasarkan kepakaran dalam perniagaan, ketekunan dan kemampuan memberi perkongsian secara efektif kepada rakan sebaya. Jadual 6.5: Pencapaian akademik 37 00


6.1.5 Sentiasa memperbaiki dan meningkatkan potensi diri Tidak pernah meletakkan keselesaan pada pencapaian yang diperolehi, beliau sentiasa berusaha memperbaiki potensi diri dan perniagaan melalui penyertaan program pembangunan keusahawanan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Pertandingan dan Program Keusahawanan : Jadual 6.6: Penyertaan dalam program pembangunan keusahawanan 38 00


Click to View FlipBook Version