PERMAINAN
PING PONG
NAMA : ADAM RAYYAN BIN MUHAMMAD NAIM
KELAS : 4 OMAR
TAHUN 2021
SEJARAH PING PONG
• Ping Pong juga dipanggil tenis meja merupakan sejenis
sukan yang popular. Pemain akan memukul bola berulang-alik
di atas sebuah meja yang mempunyai jaring di tengahnya
dengan menggunakan pemukul atau bet.
• Permainan ping pong adalah permainan indoor yang sangat
terkenal di Eropah dan dikalangan pelajar universiti Britain
sekitar 1890.
• Istilah ‘ping pong’ diambil bersempena dengan bunyi ‘ping’ yang
dihasilkan apabila bertembung dengan raket, dan ‘pong’ apabila
bola melantun di atas meja.
PERKEMBANGAN PING PONG DI MALAYSIA
• Permainan ini diperkenalkan ke negara ini selepas Perang Dunia
Pertama. Askar-askar yang bertugas di negara ini adalah
mereka yang bertanggungjawab memperkenalkan pingpong
kepada penduduk di Malaysia, khususnya di beberapa Bandar
utama.
• Pada peringkat Asia, negara kita merupakan salah sebuah
Negara pengasas ke arah penubuhan Asian Table Tennis Union.
Sejak itu negara kita sering memainkan peranan penting dalam
perkembangan serta kemajuan pingpong di Asia. Malaysia turut
menjadi tuan rumah bagi beberapa kejohanan dunia seperti
Piala Dunia Kedua ( 1981 ), Piala Dunia Kelima ( 1984 ) dan
Piala Dunia Ke-12 ( 1991 ).
• 1958 - Persatuan Pingpong Malaya ditubuhkan
• 1964 - Persatuan Pingpong Malaysia ditubuhkan
PERATURAN PING PONG
• Bola yang hendak dipukul semasa servis mesti berehat atas tapak tangan bebas dan jelas
kelihatannya.
• Bola servis hendaklah dilambung tegak ke atas (vertically) dan hanya dipukul semasa ia menurun.
• Bola dari servis yang menyentuh bahagian atas jaring dan lepas ke sebelah pihak lawan disebut
'let' dan servis itu dibuat semula.
• Bola mesti melantun sekali sebelum dipukul oleh pemain semasa permainan. Jika bola melantun
dua kali berturutan sebelum dipukul ini disebut 'double’.
• Adalah salah jika seorang pemain itu menyentuh permukaan meja dengan tangan bebasnya.
• Bola yang dipukul ke sebelah pihak lawan masuk melalui sisi tiang jaring dan juga bawah aras
jaring adalah pukulan yang sah.
• Bola yang menyentuh bahagian atau permukaan tepi meja adalah dikira bola keluar.
• Tiada menjadi satu kesalahan jika bola menyentuh jari - jari tangan yang memegang raket semasa
pukulan dibuat
• Sesuatu set permainan itu tamat apabila satu pihak itu memperoleh 21 mata atau selepas
kedudukan 20 - 20 memperoleh kelebihan 2 mata.
PERALATAN PING PONG
1. Meja Ping Pong 2. Raket
3. Bola
KEMAHIRAN ASAS PING PONG
1. Cara Memegang Bet 2. Servis
3. Pukulan Deras Hadapan
(Forehand drive)
Kong LingHui Liu Guoliang
Zhang Jike
PEMAIN TERBAIK DUNIA
Jan-Ove Waldner Ma Long
GAMBAR-GAMBAR
PERTANDINGAN