The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 665-18-auni, 2023-07-01 08:55:25

BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA

TUGASAN 2

KESANTUNAN BERBAHASA BMMB1144 TUGASAN 2 NAMA: AUNI HUSNA BINTI ZAMRI UNIT: BM1 PENSYARAH: DR. ROSMAWATI BINTI MOHAMED


SOALAN


ISI KANDUNGAN Binaan Kata Binaan Ayat Sebutan dan Intonasi Ejaan dan Tanda Baca Kesantunan Berbahsa Dalam Sistem Bahasa Bahasa Terbalik Bahasa Kiasan Peribahasa Bahasa Sapaan Pengurusan Air Muka Gaya Kesantunan Berbahasa Isu Bahasa Isu Budaya Isu Sosial Isu Kesantunan Berbahasa


Pengenalan Kesantunan ialah kesopanan dan kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dalam bahasa lisan atau tulisan. Hamka (2002) menyatakan bahawa kesantunan meliputi kata-kata yang lemah lembut dan beradab serta mampu melembutkan hati seseorang. Kesantunan berbahasa bukan sahaja melibatkan perlakuan linguistik, namun ia juga melibatkan perlakuan bukan linguistik. Perlakuan linguisti ialah penggunaan dan pemilihan kata, frasa, ayat dan ungkapan dalam pernualan. Manakala, perlakuan bukan linguitik bermaksud mimik muka dan gaya gerakan anggota badan semasa perbualan (Beden & Zahid, 2014).


Bahasa Terbalik Bahasa Kiasan Peribahasa Bahasa Sapaan Pengurusan Air Muka GAYA KESANTUNAN BERBAHASA


Digunakan dengan menyatakan maksud tersirat atau berlawanan dengan apa yang berlaku dan apa yang ingin dikatakan. Namun, orang dapat memahami maksud sebenarnya Bahasa Terbalik Contoh situasi bahasa terbalik "Lain kali, bawak la laju lagi motor tu, "kata Pak Ali kepada anaknya yang telah mengalami kemalangan. "Bangun je lambat lagi, " kata ibu kepada adik yang telah lewat untuk ke sekolah. "Haa, panjat la lagi pokok tu, " kata ayah kepada abang yang jatuh dari pokok itu.


Bahasa Kiasan Susunan kata atau bentuk bahasa yang memperkatakan sesuatu dengan mengelaskannya kepada perkara yang lain, sama ada dengan menyebutkan bandingannya atau tidak (Mansor & M Jalaluddin, 2016). engelakkan sesuatu perkara yang tidak manis disebut secara terus terang. Fungsi Menguatkan maksud yang diperkatakan agar dapat menarik perhatian pendengar. Menambahkan kejelasan sesuatu perkara yang dikatakan. Jenis-jenis Bahasa Kiasan Kiasan asal Kiasan permanusiaan Kiasan sandar Kiasan terus Kiasan berbunga


kiasan asal kiasan permanusiaan Menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan sesuatu yang lain sebagai perbandingan. Pahit bagai hempedu. Contohnya: 1. 2. Matanya merah seperti biji saga. Bagai Macam Seperti Laksana Bentuk bahasa yang memberikan sifat atau perlakuan yang lazimnya hanya dimiliki atau dilakukan oleh manusia kepada objek yang tidak bernyawa. Angin menampar pipiku. Ombak memukul pantai. Contohnya: 1. 2.


kiasan sandar kiasan terus Susunan kata yang mengaitkan sesuatu perkara, misalnya perlakuan individu kepada benda lain yang mempunyai persamaan dengan perkara yang hendak dikiaskan. Misalnya: Amar tidur-tidur ayam. (Mengaitkan cara Amar tidur seperti cara ayam tidur, iaitu tidur tetapi tidak nyenyak. Susunan kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perkara dengan dikaitkan terus kepada benda lain tetapi mempunyai makna yang berbeza daripada makna asal perkataan itu sendiri. Ramli merupakan ayam tambatan pasukan bola sepak sekolahnya Ramli dikiaskan sebagai ayam tambatan kerana Ramli merupakan orang harapan pasukan bola sepak sekolahnya. Contohnya: 1.


kiasan sandar Susunan kata yang menggambarkan sesuatu maksud dengan menggunakan perkataan yang berbunga-bunga atau indah, seolaholah seesorang itu sedang melihat lukisan yang cantik. Contohnya: Selimut kemalasan Api peperangan Canai fikiran 1. 2. 3.


Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Kata-kata hikmat Perumpamaan Simpulan Bahasa Perbandingan Pepatah Bidalan Peribahasa Jenis-jenis peribahasa


08 1.Kata-kata hikmat Goals 1 Merupakan jenis peribahasa yang membandingkan sesuatu dengan yang lain. Biasanya, ia menggunakan kata-kata bandingan seperti bagai, laksana, seperti dan sebagainya untuk mengiaskan sesuatu secara perbandingan. Contoh: Bagai pinang dibelah dua Bagai menatang minyak yang penuh 1. 2. Ungkapan yang mengandungi pengertian, pengajaran atau falsafah yang berguna. Biasanya, ringkas tetapi bernas dan mudah disebut. Digunakan sebagai cogan kata atau kiasan dalam pertuturan dan penulisan. Contoh: Masa itu emas. Kita tidak boleh membuang masa kerana masa itu emas. 2. Perumpamaan


BIDALAN Peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan maksud sesuatu pengucapan dengan maksud yang mendalam. Contoh: ada hati yang bermaksud ada kemahuan, alas perut pula bermaksud makanan yang dimakan sedikit supaya tidak lapar. Sejenis peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran yang bebar. Biasanya, ia merupakan ungkapan pendek yang melekat di mulut orang. Contoh: Ada udang di sebalik batu (Melakukan sesuatu tetapi ada tujuan lain di sebaliknya) SIMPULAN BAHASA


PERBANDINGAN Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. (Perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya) Peribahasa yang berangkap biasanya terdapat pengulangan kata yang berperanan sebagai penegasan atau sebagai unsur-unsur pengajaran yang hendak disampaikan. Contoh: 1. Alim seperti ulama Anggun seperti ratu Bijak seperti pendeta Sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan. Contoh: 1. 2. 3. PEPATAH


Bahasa Sapaan Kesantunan berbahasa banyak bergantung pada pemilihan kata sapaan atau panggilan hormat yang tepat. Sistem sapaan bermaksud kaedah yang digunakan oleh masyarakat atau bangsa untuk menegur atau menyapa seseorang, baik dalam konteks rasmi mahupun tidak rasmi (Beden, 2019). Bahasa sapaan mesti digunakan dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi supaya menjaga air muka orang lain serta tidak menyinggung perasaan orang lain. Status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa sapaan. Dalam pergaulan seharian, terdapat sekatan-sekatan sosial tertentu antara ahli masyarakat.


Contohnya, sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial. Dalam bentuk sapaan yang berdasarkan pangkat atau status seseorang itu, pembahagian dibuat seperti yang berikut: Gelaran pergaulan formal Gelaran warisan Gelaran kurniaan kerajaan Gelaran kurniaan ikhtisas Gelaran keagamaan


Gelaran Pergaulan Formal Pergaulan formal ialah pergaulan yang menunjukkan adanya sekatan sosial tertentu sama ada sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial, atau sekatan sosial disebabkan si penyapa tidak begitu kenal antara satu sama lain. Tuan Encik Cik Saudari


Gelaran Warisan Merupakan gelaran yang diwarisi oleh seseorang sejak kelahirannya seperti: Raja: Tengku, Engku, Tuanku Bangsawan: En. Megat, Tn. Syed, Wan, Nik


Tun Gelaran Kurniaan Kerajaan Gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa kepada individu yang dianggap berjasa. Contoh Toh Puan Tan Sri Datin Paduka


Doktor Gelaran Kurniaan Ikhtisas Gelaran dikurniakan kerana kejayaan seseorang dalam bidang akademik atau ikhtisas, juga dikenali sebagai gelaran profesional. Contoh Profesor Cikgu Ustazah


Tuan Haji Puan Hajah Pak Lebai Kadut Gelaran Keagamaan Dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam, terdapat beberapa gelaran bersesuaian dengan kedudukan mereka dalam hal keagamaan. Contoh


Bahasa Sapaan Berdasarkan Kedudukan Dalam Keluarga Penggunaan bahasa sapaan antara ahli keluarga mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan. Kata ganti nama diri dalam sesebuah keluarga ditentukan melalui pertalian darah keluarga asas, keluarga suku/perut dan keluarga turun temurun. Kak Ngah Ayah Mak Long Ibu Opah


Penutur menjaga mimik muka sewaktu bertutur demi menjaga perasaan orang yang mendengar di samping memelihara maruah diri sendiri (Kiram & Ariffin, 2012). Muka dikaitkan dengan maruah dir kerana apa yang tersirat di hati, tersurat di wajah. Pengurusan Air Muka Talam dua muka Tebal muka Muka tembok Penggunaan simpulan bahasa berkaitan air muka; 1. 2. 3.


Binaan kata Binaan ayat Sebutan dan intonasi Ejaan dan tanda baca KESANTUNAN BERBAHASA DALAM SISTEM BAHASA


Definisi Sistem Bahasa Sistem Bahasa merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Fokus dalam sistem bahasa ialah pada pengejaran dan pembelajaran tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa (Jamaluddin, 2023).


Binaan Kata Kata ialah unit tatabahasa yang terkecil dan bebas serta mempunyai makna. kata dibina melalui proses morfologi iaitu proses pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan pengakroniman. Dalam Bahasa Melayu, kata atau perkataan hendaklah digunakan mengikut kesantunan berbahasa yang betul supaya tidak menimbulkan salah faham atau ketidaksopanan. KONSEP KATA


Binaan Ayat Ayat yang terdiri daripada satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat Ayat Tunggal Ayat Majmuk Ayat yang terdiri daripada dua klausa atau lebih Dibina dengan mencantumkan dua atau lebih klausa bebas atau gabungan beberapa ayat tunggal.


Kesantunan Berbahasa dalam Binaan Ayat Aku nak berbini Kami nak berkahwin Contoh: Pak Abu terkena penyakit cacar Pak Abu terkena penyakit orang baik Amir sudah mati seminggu yang lalu Amir sudah pulang ke Rahmatullah seminggu yang lalu


Sebutan dan Intonasi berasaskan sistem sebutan baku yang bermaksud standard atau piawai. sistem baku bermaksud perkataan perlu dibunyikan seperti mana ia dieja. Bagaimana sesuatu perkataan itu dieja, begitulah cara ia disebutkan. Contoh: bela (pelihara) - bela (mempertahankan) Sebutan


Nada naik turun dalam sesuatu ayat. Intonasi berbeza-beza mengikut jenis ayat. Intonasi yang betul boleh membezakan maksud dan objek Sebutan dan Intonasi Intonasi Ayat penyata Ayat tanya Ayat perintah Ayat seruan Intonasi pengucapan dengan jelas dapat dilihat melalui ayatayat berikut: 1. 2. 3. 4. Dalam bahasa penulisan, intonasi digambarkan dengan penggunaan tanda baca, tanya (?), seruan (!) atau kedua-duanya sekali.


Fungsi Emosional Fungsi Gramatis PERANAN INTONASI Digunakan untuk menyatakan pelbagai makna, sikap seperti kegembiraan, kebosanan, ketakutan dan ratusan sikap yang lain. Digunakan untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran, sama ada sesuatu kalusa atau ayat berupa pertanyaan dan lainlain.


Fungsi Tekstual Fungsi Struktur Informasi PERANAN INTONASI Digunakan untuk membentuk nada dan gaya suara turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain. Digunakan untuk memberi sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumkan di dalam sebuah ujaran, iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut.


Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat pernyataan tentang sesuatu hal. Ayat penyata berakhir dengan tanda noktah (.). Nada rendah digunakan dalam ayat penyata yang bermaksud tiada penegasan nada tinggi . Contoh: Abang saya sedang makan. Ayat yang digunakan untuk bertanyakan sesuatu yang disertai dengan tanda tanya (?). Contoh: Siapakah lelaki yang memakai topi itu? Ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan yang bertujuan untuk melahirkan gambaran tentang perasaan seperti takut, amrah geram dan seumpamanya. Intonasi seruan digambarkan dengan tanda baca seruan (!) pada hujung ayat. Contoh: Syabas, kita berjaya! Ayat Penyata Ayat Tanya Ayat Seruan INTONASI DARI SEGI PENGUCAPAN


Ayat yang digunakan untuk menyuruh atau memerintah seseorang supaya melakukan sesuatu. Ayat perintah mempunyai nada tinggi dan tegas bergantung kepada jenis ayat perintah berkenaan. Ayat Tanya Ayat Perintah INTONASI DARI SEGI PENGUCAPAN


Sistem Ejaan dan Tanda Baca Dalam sistem ejaan Rumi, terdapat aturan keselarasan vokal, kekecualiannya, pengejaan kata sendi nama dan awalan di dan ke, pengejaan kata terbitan, kata ganda dan kata majmuk. Pengguna bahasa perlu menguasai aturan tersebut dengan merujuk kepada kamus dan daftar ejaan (Hassan et al., 2020). Sistem Ejaan


CONTOH Pola keselarasan Vokal aleh - alih kampong - kampung olih - oleh suloh - suluh eluk - elok beneh - benih Pola Kekecualian Vokal aneh awet perabot pamer lapor lakon


Isu Bahasa Isu Budaya Isu Sosial ISU KESANTUNAN BERBAHASA


ISU BAHASA Berbicara dengan bahasa kurang santun dan tidak sopan seperti menghina sehingga boleh membuatkan pihak lain tersinggung Oleh itu, semua individu perlulah berbicara dengan menggunakan perkataan yang sopan di mana-mana sahaja, bukan hanya di sekolah, bahkan di rumah sekalipun. Pelu berbicara dengan sopan kepada semua orang tanpa mengira faktor umur dan usia. 1. Contoh: bodoh, lembab, gemuk Contoh: - perlu menggunakan bahasa yang sopan apabila berbicara dengan guru, namun menggunakan bahasa yang kasar kepada pekerja pembersihan sekolah.


Contoh Isu Bahasa Penggunaan Bahasa Rojak Penggunaan bahasa rojak sangat meluas . Kebanyakan individu yang menggunakan bahasa rojak adalah dalam kalangan remaja kerana mereka berpendapat penggunaan bahasa Inggeris menunjukkan kecerdikan dan kepandaian individu tersebut. Ini menunjukkan sikap pentingkan diri sendiri kerana masing-masing ingin menunjukkan kehebatan diri sehingga sanggup menepikan bahasa bangsa sendiri (Ramli et al., n.d.).


Contoh Isu Bahasa Bahasa Sistem Pesanan Ringkas (SMS) Penggunaan SMS bukanlah sesuatu yang baru untuk dibicarakan keranan baik orang tua mahupun orang muda telah kerap menggunakannya. Ini akan menyebabkan kerancuan bahasa berlaku dalam laman sosial. Penggunaan sistem itu akan menyebabkan hilangnya penggunaan bahasa yang betul dan seterusnya menyebabkan seseorang itu kurang mahir dalam Bahasa Melayu.


ISU BUDAYA Negara kita mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Oleh itu, kita perlu memahami agama dan budaya kaum lain bagi menghindari menyentuh sensitiviti kaum lain seterusnya dapat mengekalkan perpaduan antara kaum. Contohnya, apabila sedang berbual dengan rakan yang berlainan kaum atau bangsa, cuba untuk tidak menyentuh perihal keagamaan dan kebudayaan mereka. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira kaum dan bangsa.


Contoh Isu Budaya Percakapan yang kurang sopan Masyarakat sekarang kurang sensitif semasa berkomunikasi dengan orang lain. Asalnya, masyarakat Melayu dikenali dengan bahasa yang sopan dan berlapik apabila berbicara dengan orang lain. Contohnya, masyarakat dahulu akan bercakap dengan sopan apabila menegur kesalahan seseorang supaya pihak lain tidak tersinggung dan terasa hati. Namun, masyarakat sekarang lebih cenderung untuk bercakap terus tanpa berlapik walaupun tindakan tersebut munkin akan menyebabkan orang lain kurang selesa dan terasa hati (Azma Zainon Hamzah et al., n.d.) .


Contoh Isu Budaya Modenisasi dalam perkahwinan Cara berpakaian serta upacar perkahwinan semakin berbeza dengan budaya dan adat tradisional. Sebahagian lebih cenderung untuk memilih gaya moden dan kebanyakan mengandungi unsur barat. Contohnya, lokasi majlis perkahwinan: taman dengan menjemput orang tertentu sahaja hotel mewah di atas kapal mewah 1. 2. 3.


ISU SOSIAL Kemunculan jaringan sosial seperti Facebook, Twitter dan seumpamanya menyebabkan kesantunan berbahasa semakin terjejas. Penggunaan kata-kata yang kasar dan kurang sopan kini menjadi kebiasaan dalam kalangan pengguna media sosial. Contohnya: mereka membahasakan orang yang lebih tua atau lebih berpangkat daripada mereka dengan kata ganti " awak" , " engkau " dan banyak lagi. Mereka sepatutnya menggunakan kata ganti nama yang sopan dan halus seperti " pak cik" , "tuan " dan " anda " dalam perbualan seharian sama ada dalam alam maya mahupun perbualan di alam realiti.


Penggunaan panggilan hormat dan kurang sesuai kepada pihak tertentu dianggap kurang sopan. Ini kerana gelaran merupakan panggilan hormat yang menunjukkan taraf dan darjat seseorang yang mesti digunakan dengan betul kepada orang yang memilikinya. Contohnya: kata panggilan guru merupakan gelaran yang mesti digunakan untuk merujuk kepada seseorang itu. Contoh Isu sosial Panggilan Hormat


LANGK A H MENANGANI I SU Perlulah menunjukkan teladan yang baik kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Mendidik anak sejak umur setahun jagung lagi tentang keperibadian dan kesantunan bahasa dalam hidup. Mengawal aktiviti anak-anak Peranan Ibu Bapa Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat supaya mereka dapat menyedari kepentingan pengamalan budi bahasa. Menguatkuasakan undangundang dalam mengatasi masalah yang berlaku secara alam maya atau alam realiti. Peranan Kerajaan Mengiklankan seribu satu kemaslahatan kesantunan berbahasa yang dapat diperolehi oleh golongan anak muda di luar sana. Ini kerana video dan iklan mampu mempengaruhi dan merubah sikap seseorang. Peranan Media massa


Rujukan


Click to View FlipBook Version