The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-51
SK PANJANG SARI 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-90029482, 2024-06-05 06:59:33

BUKU PROGRAM DIGITAL

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-51
SK PANJANG SARI 2024

9 JUN 2024 AHAD 2.00 PETANG DEWAN INSPIRA, SKPS 9 JUN 2024 AHAD 2.00 PETANG DEWAN INSPIRA, SKPS KALI KE-51 BUKU PROGRAM DIGITAL DIRASMIKAN OLEH E N . R O S L I B I N SHA’ BA N E N . R O S L I B I N SHA’ BA N KOLEJ VOKASIONAL PAGOH SK PANJANG SARI PAGOH MUAR JOHOR SK PANJANG SARI PAGOH MUAR JOHOR PENGARAH


Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera Kepada warga PIBG SK Panjang Sari Sebagai pembuka kata, marilah kita bersama- sama mengucapkan syukur kita kehadrat Allah SWT atas limpah kurniaNya segala perancangan dan usaha yang jitu maka mesyurat Agung Tahunan PIBG ke-51 dapat diterjemahkan pada hari ini. Di kesempatan ini, diharapkan kita semua dapat menjana idea-idea yang bernas dalam merealisasikan visi dan misi sekolah ini dari masa ke semasa supaya SK Panjang Sari menjadi sebuah sekolah yang gemilang. Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, Persatuan Ibu Bapa Guru menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengorak langkah membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak- anak kita. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu amat sukar bagi kita mencapai kejayaan-kejayaan yang diharapkan. Saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. PN. ZARINA BINTI ISMAIL Guru Besar SK Panjang Sari 2 Kita semua mengharapkan peningkatan di dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Hanya dengan kerjasama semua pihak secara berterusan maka anak- anak didik sekolah ini dapat terbina menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik serta kokurikulum. Akhir kata semoga Allah memberkati kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anak- anak kita menjadi insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan Negara Malaysia. Semoga segala perkongsian ilmiah yang dibincangkan akan membawa SK Panjang Sari ke suatu tahap yang membanggakan. Sekian, Terima kasih.


Assalamualaikum w.b.t & salam sejahtera Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat berjumpa dan berkumpul lagi pada hari ini bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Panjang Sari kali ke-51. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada Tuan Perasmi yang sudi datang dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini . Semoga kehadiran ke majlis ini akan menambahkan seri lagi majlis kami. Terima kasih juga kepada ibu bapa atau penjaga yang dapat melapangkan masa untuk hadir bagi menunaikan tanggungjawab yang sewajarnya untuk persatuan. Kehadiran tuan/puan pada pagi ini juga memberi peranan kepada ibu bapa mengetahui perancangan pihak sekolah dan PIBG untuk memajukan anak-anak kita dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Oleh itu ibu bapa perlulah membantu dan sentiasa memberikan kerjasama dan menjaga hubungan baik dengan pihak sekolah untuk memajukan anak-anak dalam bidang sahsiah, akedamik dan kokurikulum kerana anak-anak kita adalah aset yang amat bernilai di dalam mengejar arus pembangunan negara. Janganlah kita wujudkan sikap negatif dan saling menyalahkan antara satu sama lain, kerana perkara itu mungkin akan menjejaskan hubungan baik dan merugikan antara dua pihak dan juga anak-anak kita sendiri. EN. NOR AZMI BIN SAFAR YDP PIBG SK PANJANG SARI 3 Jutaan terima kasih diucapkan juga kepada pihak sekolah & guru yang sentiasa memberi kerjasama kepada PIBG untuk melaksanakan program yang dirancang. Semoga hubungan yang terjalin ini berpanjangan dan seterusnya dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang timbul dengan cara baik dan bijaksana. Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua dermawan yang memberikan sumbangan dan semua pihak yang menjayakan majlis ini. Semoga Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 akan lebih mantap dan berwibawa selaras suasana di alaf baru.. Semoga persidangan pada pagi ini akan mengumpul pelbagai idea yang lebih bernas. Sekian, Terima kasih.


PENDAFTARAN IBU BAPA/ PENJAGA DAN GURU DI DEWAN INSPIRA, SKPS 2.00 petang A H A D ATUR CARA PROGRAM 4 2.30 petang KETIBAAN PERASMI UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS BACAAN DOA (UST. ABDUL ILLAH BIN MAHMUD) PERSEMBAHAN MURID UCAPAN GURU BESAR (PN. ZARINA BINTI ISMAIL) UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG (EN. NOR AZMI BIN SAFAR) UCAPAN PERASMIAN (EN. ROSLI BIN SHA’BAN) SIMBOLIK PERASMIAN CABUTAN BERTUAH PENYAMPAIAN HADIAH PENYUMBANG TERBANYAK JAMUAN VIP/ REHAT TAKLIMAT BULI OLEH PEGAWAI PPD MUAR 3.15 petang MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-50 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG MEMBENTANG DAN MENERIMA CADANGAN SUMBANGAN PIBG 2024 MEMBENTANG DAN MEMBINCANGKAN USUL & CADANGAN CADANGAN MENGEKALKAN AJK PIBG CABUTAN BERTUAH MAJLIS BERSURAI 09 JUN 2024 MA J LI S P E R A SMI A N ME S Y U A R A T A G U N G T A H U N A N P I B G P E N D A FT A R A N


: Pn. Zarina binti Ismail (Guru Besar) : En. Nor Azmi bin Safar (Yang Dipertua PIBG) : En. Mohd Ihwan bin Lingan (Naib Yang Dipertua PIBG) : En. Mohd Zamri bin Abdullah (GPK Pentadbiran) : Pn. Haida binti Mohd Jayapal (GPK HEM) : Pn. Asmahani binti Marsam@Dollah (GPK Kokurikulum) : En. Mohamad Shahfiq bin Mohd Azmi Yohahnadin : Pn. Saidahnafisah binti Mohamed Yasin : Pn. Malawati@Anida binti Adnan : En. Azizi bin Mansor : En. Ahmad Dalimi bin Kaser : En. Jamaludin bin Daud : Pn. Zalifah binti Hj. Ibrahim : Pn. Noorlinda binti Hj. Ahmad : Pn. Zaliha binti Abd Hamid : En. Rafidi bin Sadikin : En. Mohd Faizal bin Abd Razak : Pn. Erni Rahayu binti Katerun : Pn. Aniza binti Mohd Ali : Pn. Nurul Nabila binti Barudin : Pn. Noorayu binti Musa 5 JAWATANKUASA INDUK Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 3 Setiausaha Naib Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa Pemeriksa Kira-Kira


AJK Penyambut Tetamu JAWATANKUASA PELAKSANA AJK Jemputan & Borang Usul En. Mohd Shahfiq bin Mohd Azmi (K) Pn. Malawati@Anida binti Adnan (PK) AJK Pengacara Majlis Pn. Radhiatulainaa binti Abd Karim (K) Pn. Nabilah binti Md Said (PK) En. Mohamad Shahfiq bin Mohd Azmi Yohahnadin AJK Makanan Ibu Bapa Pn. Nurul Nabila binti Barudin (K) Pn. Noorayu binti Musa (PK) Pn. Aniza binti Mohd Ali AJK Pendaftaran Pn. Nabilah binti Md Said (K) Pn. Nur Haniffa binti A Gafa (PK) AJK Teknikal & Siaraya En. Azizi bin Mansor (K) En. Zallani Bin Mohd Adam (PK) En. Ahmad Dalimi bin Kaser En. Jamaludin bin Daud En. Khairunanuar bin Mat Sani En. Puvaniswaran a/l Muruga Pekerja Pembersihan AJK Hiasan Pentas & Tirai Latar En. Rafidi bin Sadikin (K) En. Mohd Shafie bin Zakaria (PK) Pn. Erni Rahayu binti Katerun Pn. Malawati@Anida binti Adnan Pn. Ajrah binti Ahmad Pekerja Pembersihan AJK Cenderamata & Hadiah Cabutan Bertuah Pn. Nor Alfishah binti Abd Raman (K) Pn. Amrah binti Ibrahim (PK) Pn. Zaliha binti Abd Hamid AJK Pencatat Minit Mesyuarat En. Azizan bin Ibrahim (K) En. Mohd Faizal bin Abd Razak (PK) AJK Bacaan Doa Pn. Aniza binti Mohd Ali (K) Pn. Noorlinda binti Hj. Ahmad (PK) Pn. Zalifah binti Hj. Ibrahim AJK Buku Program/ Kain Rentang Pn. Malawati binti Adnan (K) Pn. Nurfasihah binti Mohd Hashim (PK) Pn. Nur Haniffa binti A Gafa En. Mohamad Shahfiq bin Mohd Azmi Yohahnadin 6 Pn. Zarina binti Ismail (GB) En. Mohd Zamri Bin Abdullah (GPK1) En. Nor Azmi bin Safar (YDP PIBG) En. Mohd Ihwan Bin Lingan (NYDP PIBG) AJK Protokol & Sambutan Pn. Asmahani binti Marsam@Dollah (K) Pn. Haida binti Mohd Jayapal (PK) En. Puvaniswaran a/l Muruga En. Abdul Ilah bin Mahmud AJK Persiapan Tempat AJK Jamuan VIP Pn. Nurfasihah binti Mohd Hashim (K) En. Abdul Ilah binti Mahmud (PK) En. Hanafie bin Rosmin AJK Jurukamera AJK Laporan & Dokumentasi


01 03 04 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 51 UCAPAN PENGERUSI YANG DIPERTUA PIBG SK PANJANG SARI 02 MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-50 MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG 05 06 UCAPAN PENANGGUHAN PELANTIKAN AJK PIBG PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI PIBG 7 PERKARA BERBANGKIT MEMBENTANG DAN MENERIMA CADANGAN SUMBANGAN PIBG 2024 MEMBENTANG DAN MEMBINCANGKAN USUL DAN CADANGAN HAL-HAL LAIN 07 08 09 10


1. Ucapan Aluan Penasihat PIBG MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-50 SEKOLAH KEBANGSAAN PANJANG SARI 1.1 Encik Mohd Zamri mewakili pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian ibu bapa dan penjaga murid-murid SK Panjang Sari menghadiri Mesyuarat Agung PIBG yang diadakan setahun sekali ini iaitu kali ke-50. Beliau juga mengalu-alukan kehadiran dan mengucakpan jutaan terima kasih kepada Encik Mohd Zaid bin A Rahman kerana sudi merasmikan majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-50 1.2 Beliau juga memaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir bahawa beberapa pasukan akan mewakili sekolah dalam beberapa pertandingan. Oleh itu, beliau berharap sekiranya ada dalam kalangan ibu bapa dan penjaga yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi guru-guru yang berkenaan. Antara pertandingan atau kejohanan yang bakal disertai ialah : 1.2.1 : Kejohanan Bola Sepak 1.2.2 : Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah(MQSS) 1.2.3 : Karnival Panitia Bahasa Inggeris 1.2.4 : Kejohanan Hoki 1.2.5 : Ujian Kenaikan Pangkat Lans Koperal TKRS 1.3 Sebelum mengakhiri ucapan, beliau sekali lagi mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir pada hari ini. Beliau juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa PIBG yang bakal dipilih dan dilantik sebentar nanti. Beliau berharap supaya Mesyuarat Agung PIBG SK Panjang Sari kali ke-50 ini akan berjalan lancar dan teratur. Tarikh : 16 Jun 2023 (Jumaat) Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan Inspira SK Panjang Sari Perasmi : Encik Mohd Zaid bin A Rahman, Focal Person PIBKS Muar Kehadiran : 114 orang 2. Ucapan Yang Dipertua PIBG 8 2.1 YDP PIBG mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang dihormati, Encik Mohd Zaid bin A Rahman, Focal Person Ibu Bapa, Komuniti & Swasta (PIBKS) Daerah Muar yang sudi meluang masa untuk hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sekolah pada kali ini. Encik Mohd Ihwan juga mengucapkan terima kasih juga kepada ibu bapa atau penjaga yang dapat melapangkan masa untuk hadir bagi menunaikan tanggungjawab yang sewajarnya untuk persatuan ini. 2.2 YDP berharap semoga Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2025 yang bakal dilantik akan lebih mantap dan berwibawa serta membantu dan memberi kerjasama yang baik kepada pihak sekolah dalam segala aktiviti yang dirancang.


3. Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG 3.1 Encik Mohd Zaid bin A Rahman mengucapkan ribuan terima kasih kepada PIBG SK Panjang Sari kerana sudi menjemput beliau untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Panjang Sari Kali Ke-50 dan beliau memaklumkan bahawa beliau telah dilantik oleh pihak Pejabat Pendidikan Daerah Muar sebagai Focal Person PIBKS Muar iaitu orang tumpuan atau penggerak kepada ibu bapa dan swasta. 3.2 Beliau memaklumkan bahawa anak-anak di kawasan Pagoh ini mempunyai kelebihan tersendiri kerana dikelilingi oleh gedung-gedung pendidikan yang baik seperti Giatmara, IKTBN dan lain-lain. Di sinilah tanggungjawab pihak komuniti dan swasta untuk memastikan anak-anak dapat menyambung pelajaran mereka. 3.3 Encik Mohd Zaid memaklumkan bahawa kewangan bukanlah penghalang kepada perjalanan kecemerlangan seseorang pada zaman sekarang. Terdapat banyak ruang dan peluang seperti pinjaman dan biasiswa yang disediakan kepada murid yang cemerlang. Bagi murid yang kurang cemerlang pula, terdapat tempat-tempat yang menanti kehadiran mereka seperti IKM, Giatmara dan sebagainya. 3.4 Diakhir ucapan, beliau suka mengingatkan terdapat beberapa faktor dalam menentukan kejayaan seseorang. Antara yang utama ialah tidak tinggal solat. Jadi, beliau berharap ibu bapa dan penjaga dapat bersama-sama dalam memastikan faktor ini sentiasa menjadi pegangan anak-anak kerana faktor ini juga merupakan perkara wajib bagi umat Islam. 3.5 Encik Mohd Zaid merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Panjang Sari Kali Ke-50 dengan jayanya. Agenda 1 - Ucapan Pengerusi YDP PIBG SK Panjang Sari Agenda 2 - Pembentangan Minit Mesyuarat Kali Ke-49 Agenda 3 - Perkara-perkara berbangkit Agenda 4 - Pembentangan Penyata Perjalanan PIBG 2021/2022 Agenda 5 - Pembentangan Penyata Akaun Kewangan PIBG Agenda 6 - Pembentangan Usul Agenda 7 - Pembubaran & Pelantikan Jawatankuasa Baharu 2023/2025 Agenda 8 - Hal-Hal Lain Agenda 9 - Penangguhan Mesyuarat 9 AGENDA MESYUARAT


Agenda 1 : Ucapan Pengerusi YDP PIBG SK Panjang Sari 1.1 YDP mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga serta barisan guru yang setia menanti sehingga Mesyuarat Agung Tahunan selepas majlis perasmian pada sebelah pagi. 1.2 Beliau juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah dan guru-guru yang telah berusaha dan bersusah payah dalam mendidik anak-anak di sekolah ini menjadi insan-insan yang berjaya dan berakhlak mulia. 1.3 YDP juga menyatakan harapan beliau agar para ibu bapa dapat memberikan bantuan dan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah dalam memastikan kebajikan muridmurid di sekolah ini terjaga. Makluman : Semua ibu bapa dan guru 3.1 Program Infak Smart TV 3.1.1 Encik Mohd Azmi bin Safar mengemukakan soalan berkaitan Program Infak Smart TV di mana beliau dan ahli mesyuarat ingin mengetahui perkembangan semasa program tersebut memandangkan program tersebut merupakan satu program yang sangat baik. 3.1.2 Perkara berbangkit ini telah dijawab oleh Encik Mohd Zamri bin Abdullah selaku Guru Penolong Kanan Pentadbiran merangkap Pemangku Guru Besar iaitu program ini masih berjalan dan sedang dalam fasa menunggu maklum balas daripada beberapa pihak terutama Telekom Malaysia. 3.1.3 Beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah perlu bersedia dengan pelbagai perkara seperti penyediaan internet yang kuat bagi memastikan setiap kelas mendapat akses internet yang mencukupi dalam penggunaan Smart TV. 3.1.4 Encik Mohd Zamri juga meminta ahli mesyuarat untuk menguar-uarkan berkaitan program baik ini kepada saudara-mara dan komuniti agar program ini dapat direalisasikan dalam masa terdekat. Makluman : Semua ibu bapa dan guru 10 Agenda 2 : Pembentangan & Pengesahan Minit Mesyuarat Agung kali ke-49 2.1 Encik Khairunanuar bin Mat Sani selaku Setiausaha PIBG SK Panjang Sari membentangkan Minit Mesyuarat Kali Ke-49. 2.2 Ahli mesyuarat diminta untuk merujuk minit mesyuarat yang dilampirkan di dalam buku program dan jika tiada sebarang pindaan, setiausaha meminta jasa baik dua orang ahli mesyuarat untuk mencadangkan dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Panjang Sari Kali Ke-49. 2.2.1 Dicadangkan untuk disahkan oleh Puan Azlina binti Shahidan. Disokong untuk pengesahan oleh Puan Nurul Nabila binti Barudin. Agenda 3 : Perkara-Perkara Berbangkit


4.1 Encik Khairunanuar bin Mat Sani selaku Setiausaha PIBG SK Panjang Sari membentangkan Penyata Perjalanan Aktiviti PIBG 2021/2022. 4.1.1 Kerjasama bersama pihak sekolah dalam Program Keceriaan dan Hiasan Bilik Darjah atau Bilik-Bilik Khas. 4.1.2 Kerjasama bersama pihak sekolah dalam Sambutan Hari Guru SK Panjang Sari 4.1.3 Seterusnya setiausaha memaklumkan bahawa PIBG telah membantu pihak sekolah dalam menyelesaikan masalah najis burung di dewan dengan pembelian set penghalau burung yang telah diletakkan di Dewan Inspira. Makluman : Semua ibu bapa dan guru 5.1 Encik Mohd Zallani bin Adam selaku Bendahari PIBG SK Panjang Sari membentangkan Laporan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir sehingga 31 Mei 2023 sebanyak RM3864.30 dan beliau meminta jasa baik dua orang ahli mesyuarat untuk mencadangkan dan mengesahkan Laporan Penyata Kewangan PIBG yang berakhir sehingga 31 Mei 2023. 5.1.1 Dicadangkan untuk disahkan oleh Puan Kamariah binti Boiman. Disokong untuk pengesahan oleh Encik Nor Azmi bin Safar. 5.2 Encik Zallani juga memaklumkan kepada semua ahli mesyuarat untuk memaklumkan kepada beliau atau guru kelas jika ada membuat sebarang sumbangan melalui pindahan bank secara atas talian bagi memudahkan catatan penyata kewangan PIBG. Makluman : Semua ibu bapa dan guru 11 Agenda 4: Pembentangan Penyata Perjalanan PIBG 2021/2022 Agenda 5 : Pembentangan & Pengesahan Penyata Akaun Kewangan PIBG 6.1 Pembawa usul pertama : Encik Mohd Fridaus bin Mohamad 6.1.1 Beliau mengusulkan berkaitan penambahbaikan kebersihan tandas murid di sekolah. 6.1.2 Encik Mohd Zamri memaklumkan bahawa tandas murid sentiasa dalam keadaan bersih. Hal ini kerana pekerja pembersihan mempunyai jadual yang telah ditetapkan untuk membersihkan tandas murid iaitu pada waktu petang. Laporan berkaitan tandas juga telah dihantar. Pihak sekolah sedang menunggu maklum balas daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berkaitan laporan tersebut. Tindakan : Unit Hal Ehwal Murid Agenda 6 : Pembentangan Usul


12 6.2 Pembawa usul kedua : Puan Aezryn Shazrina bini Sukor 6.2.1 Puan Aezryn Shazrina mengusulkan berkaitan ruang menunggu murid ketika balik sekolah dibesarkan bagi keselesaan lalu lintas. 6.2.2 Encik Mohd Zamri memaklumkan bahawa ruang menunggu tersebut merupakan laluan di antara dewan dan pagar sekolah. Jadi kebarangkalian untuk dibesarkan memang mustahil. Oleh itu, beliau berharap agar semua ibu bapa dan penjaga yang mengambil anak ketika waktu balik tidak menunggu dilaluan tersebut dan memanfaatkan ruangan yang luas di sebelah dewan sebagai tempat menunggu. Kerjasama daripada semua amat diharapkan. Makluman : Semua ibu bapa dan guru 6.3 Pembawa usul ketiga : Ahli Jawatankuasa PIBG 6.3.1 Barisan AJK PIBG mengusulkan supaya pihak sekolah dapat mengadakan Program Sedekah Subuh dengan menyediakan tabung derma dan meminta murid sekolah menderma sebanyak RM0.10 setiap hari. 6.3.2 Encik Mohd Zamri dan pihak sekolah menyambut baik usul ini dan akan dibawa ke Mesyuarat AJK PIBG pada masa akan datang untuk memperincikan usul ini agar dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. 6.3.3 Encik Mohd Azmi bin Safar juga bersetuju sepenuhnya dengan usul yang murni ini tetapi beliau berharap pihak yang akan menguruskan program ini dapat memperincikan sumbangan tersebut dengan baik agar semua pihak jelas akan keberadaan duit Program Sedekah Subuh ini. Tindakan : AJK PIBG Agenda 7 : Pembubaran & Pelantikan Jawatankuasa Baharu 2023/2025 7.1 Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2019/2023 7.1.1 Encik Mohd Ihwan bin Lingan, YDP PIBG SK Panjang sari mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Jawatankuasa PIBG atas kerjasama yang sangat cemerlang sepanjang menjawat jawatan yang telah diamanahkan. Beliau meminta jasa baik dua orang ahli mesyuarat untuk mencadangkan agar Jawatankuasa PIBG 2019/2023 dibubarkan. 7.1.1.1 Dicadangkan untuk dibubarkan oleh Puan Ajrah binti Ahmad. Disokong untuk dibubarkan oleh Encik Azizan bin Ibrahim. 7.1.2 Encik Puvaniswaran a/l Muruga mencadangkan Encik Mohd Zamri bin Abdullah sebagai pengerusi sementara sebelum Jawatankuasa PIBG 2023/2025 dibentuk. Ahli mesyuarat menyokong sebulat suara.


7.2 Pelantikan Jawatankuasa PIBG 2023/2025 7.2.1 Encik Mohd Zamri membacakan senarai Jawatankuasa PIBG dalam kalangan guru terlebih dahulu sebelum pelantikan jawatankuasa dalam kalangan ibu bapa. 7.2.1.1 Setiausaha : Encik Mohamad Shahfiq bin Mohd Azmi Yohahnadin 7.2.1.2 Naib Setiausaha : Puan Saidahnafisah binti Mohamed Yasin 7.2.1.3 Bendahari : Puan Malawati binti Adnan 7.2.1.4 AJK Guru : Puan Nor Alfishah binti Abd Raman : Puan Aniza binti Ali : Puan Erni Rahayu binti Katerun : Encik Rafidi bin Sadikin : Encik Mohd Faizal bin Abd Razak : Encik Mohd Shafie bin Zakaria 7.2.2 Pelantikan Jawatankuasa PIBG dalam kalangan ibu bapa beserta pemeriksa kira-kira dijalankan dengan baik dan lancar. Encik Nor Azmi bin Safar mendapat jumlah undian yang tertinggi seterusnya diangkat menjawat jawatan Yang Dipertua PIBG SK Panjang Sari bagi penggal 2023/2024. 7.2.3 Jawatankuasa-jawatankuasa dalam kalangan ibu bapa yang lain ialah : 7.2.3.1 Yang Dipertua : Encik Nor Azmi bin Safar 7.2.3.2 Naib Yang Dipertua : Encik Mohd Ihwan bin Lingan 7.2.3.3 AJK Ibu Bapa : Encik Ahmad Dalimi bin Kaser : Encik Azizi bin Mansor : Encik Jamaludin bin Daud : Puan Zalifah binti Hj. Ibrahim : Puan Noorlinda binti Hj. Ahmad : Puan Zaliha binti Abd Hamid 7.2.3.4 Pemeriksa Kira-Kira : Puan Nurul Nabila binti Barudin : Puan Noorayu binti Musa 13 Agenda 8 : Hal-Hal Lain 8.1 YDP 2023/2025, Encik Nor Azmi bin Safar membuka cadangan berkaitan sumbangan PIBG bagi tahun 2023 sama ada dikekalkan, diturunkan atau dinaikkan. Sumbangan sebelum ini ialah sebanyak RM50.00 bagi satu keluarga. 8.2 Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju bahawa sumbangan PIBG bagi tahun 2023 dikekalkan bagi memastikan semua program yang bakal disusun dapat dijalankan dengan baik. 8.3 Puan Normala Abd Wahad mengajukan pertanyaan berkaitan waktu balik muridmurid SK Panjang Sari sama ada boleh diawalkan sedikit bagi memberi laluan kepada murid-murid bersedia sebelum ke sekolah agama.


8.4 Encik Mohd Zamri memaklumkan bahawa penentuan waktu balik adalah berdasarkan jumlah pilihan minggu PdPc oleh pihak sekolah dan berdasarkan kiraan jumlah jam kredit minimum bagi setiap mata pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Walaubagaimanapun, beliau dan AJK Jadual Waktu Sekolah akan berbincang semula dalam penyusunan jadual yang baharu dalam memastikan semua kriteria dipenuhi dan murid dapat balik lebih awal sedikit. Tindakan : GPK Pentadbiran dan AJK Jadual 9.1 Encik Nor Azmi bin Safar selalu YDP baharu mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatakuasa PIBG 2019/2023 kerana telah menjalankan tugas dengan cemerlang. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir dan menunggu sehingga mesyuarat selesai. Beliau berharap agar semua pihak dapat berganding bahu bersama Jawatankuasa PIBG 2023/2025 agar semua aktiviti yang bakal dijalankan mendapat kerjasama demi kemenjadian murid dan kecemerlangan sekolah. Makluman : Semua ibu bapa dan guru Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari. Disediakan oleh, (MOHAMAD SHAHFIQ BIN MOHD AZMI YOHAHNADIN) Setiausaha Persatuan Ibu Bapa Guru SK Panjang Sari Tarikh : 2 Julai 2023 Agenda 9 : Ucapan Penangguhan 14 Disemak oleh, (NOR AZMI BIN SAFAR) Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Guru SK Panjang Sari Tarikh : 2 Julai 2023


usul mesyuarat agung pibg PN. NURULHUDA BINTI HASHIM NAMA ANAK: NUR ALYA NATASHA BINTI AZWAN (6 AMANAH) Saya bersetuju dengan pendekatan guru menggunakan rotan sebagai bentuk hukuman salahlaku pelajar 15 JAWAPAN : Pihak Sekolah terikat dengan pekeliling KPM PN. NOOR JAMAYAH BINTI HOSSEN NAMA ANAK: NUR BALQIS BT MOHD ISKANDAR (4 BESTARI) Saya mencadangkan pihak sekolah mengadakan kelas tambahan JAWAPAN : Pihak sekolah akan berbincang dan melaksanakan sekiranya ada keperluan. Setakat ini pihak sekolah menumpukan sepenuhnya pada PdPc sedia ada dalam sesi persekolahan Mohon sediakan laci dalam kelas. Anak-anak bawa beg berat ke sekolah. Ini untuk anak-anak darjah 1,2 dan 3. Mohon guna sumbangan PIBG (RM50) seperti yang diminta tempoh hari. Terima kasih MOHD AIROL ASWAD BIN HUSIN NAMA ANAK: MUHAMMAD AKID AJWAD (4 AMANAH) MUHAMMAD ARYAN AZIM (2 AMANAH) JAWAPAN :


LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG 16


17 LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG


Disediakan oleh : .......................................................... (MALAWATI@ANIDA BINTI ADNAN) Bendahari PIBG SK Panjang Sari Disahkan oleh : ..................................... (NOR AZMI BIN SAFAR) Yang Dipertua PIBG SK Panjang Sari 18 LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG Disahkan oleh : .......................................................... (NURUL NABILA BINTI BARUDIN) Pemerika Kira-Kira PIBG SK Panjang Sari


P E N G H A R G A A N 4149 Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Panjang Sari kali ke – 51 khasnya kepada : Encik Rosli bin Sha’ban ( Pengarah Kolej Vokasional Pagoh) Pn. Zarina binti Ismail (Guru Besar SK Panjang Sari) En. Nor Azmi bin Safar ( Yang DiPertua PIBG ) Barisan Guru Penolong Kanan SKPS Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 Guru-guru dan Kakitangan SKPS Para Ibu bapa/ Penjaga Murid SKPS Dan semua hadirin yang sama-sama menjayakan majlis pada hari ini.


Click to View FlipBook Version