The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Ums Kampus Sandakan, 2022-10-09 00:26:12

BUKU PROGRAM MSM 2022

BUKU PROGRAM MSM 2022

Takwim

AKADEMIK
2022/2023

SEMESTER 1 SESI 2022/2023

TARIKH (Date)

PERKARA (Description) TEMPOH
(Duration)

MULA (Start) TAMAT (End)

Pendaftaran Pelajar Baharu 10 Oktober 11 oktober 2022 2 Hari
(New Student Registration) 2022 (2 Days)

Minggu Suai Mesra 12 Oktober 16 Oktober 2022 5 Hari
(Orientation Weeks) 2022 (5 Days)

Pengesahan Pendaftaran Kursus 17 Oktober 23 Oktober 2022 1 Minggu
(Conformation of course Registration) 2022 (1 Week)

Kuliah (Lecture) 17 Oktober 4 Disember 7 Minggu
2022 2022 (7 Weeks)

Cuti Pertengahan Semester (Mid - 5 Disember 11 Disember 1 Minggu
Semester Break) 2022 2022 (1 Week)

Kuliah (Lecture) 12 Disember 29 Januari 2023 7 Minggu
2022 (7 Weeks)

Cuti Ulangkaji 30 Januari 5 Februari 2023 1 Minggu
(Study break) 2023 (1 Week)

Peperiksaan akhir (Final exam) 6 Februari 2023 26 Februari 3 Minggu
2023 (3 Weeks)

Cuti Semester 27 Februari 26 Mac 2023 4 Minggu
(Semester Break) 2023 (4 Weeks)

BAGI SEMUA PROGRAM PENGAJIAN PRASISWAZAH KECUALI PROGRAM DOKTOR PERUBATAN
(For all undergraduate program except for Medical Doctors Program)

48

Takwim

AKADEMIK
2022/2023

SEMESTER 2 SESI 2022/2023

TARIKH (Date)

PERKARA (Description) TEMPOH
(Duration)
MULA (Start) TAMAT (End)
1 Minggu
Pengesahan Pendaftaran Kursus 27 Mac 2023 2 April 2023 (1 Week)
(Conformation of course Registration)
9 Minggu
Kuliah (Lecture) 27 Mac 2023 28 Mei 2023 (9 Weeks)

Cuti Pertengahan Semester (Mid - Semester 29 Mei 2023 4 Jun 2023 1 Minggu
Break) 5 Jun 2023 9 Julai 2023 (1 Week)

Kuliah (Lecture) 5 Minggu
(5 Weeks)
Cuti Ulangkaji 10 Julai 2023 16 Julai 2023
(Study break) 17 Julai 2023 6 Ogos 2023 1 Minggu
(1 Week)
Peperiksaan akhir (Final exam)
3 Minggu
Cuti Semester 7 Ogos 2023 1 Oktober 2023 (3 Weeks)
(Semester Break)
8 Minggu
(8 Weeks)

1. Jumlah minggu - Pengajian Ijazah Sarjana Muda

Kuliah 28 minggu
Peperiksaan Akhir 6 minggu

49

Jadual Kuliah
SEMESTER 1
50

51

52

53

54

Etika Pakaian Pelajar

1. Pakaian mestilah KEMAS, BERSIH dan SESUAI dengan amalan biasa
masyarakat Malaysia.

2. Amalkan PAKAIAN BERSOPAN (baju kemeja biasa, baju T Berkolar,
berkasut, berseluar panjang di bawah paras lutut) terutamanya dikhalayak
ramai seperti di dewan kuliah, perpustakaan, pejabat,
kafeteria/kantin.

3. Pemakaian TALI LEHER adalah DIWAJIBKAN kepada pelajar lelaki pada
setiap hari ISNIN, RABU, KHAMIS dan juga semasa menghadiri majlis
rasmi. Pelajar wanita DIKEHENDAKI berbaju kurung atau pakaian lain yang
sopan dengan berskirt panjang atau seluar panjang yang longgar. Pada hari
tersebut, pelajar juga dikehendaki menggunakan Bahasa Inggeris semasa
berkomunikasi secara lisan.

4. Elakkan daripada BERPAKAIAN TIDAK SOPAN dan yang TERLALU
MENDEDAHKAN TUBUH DAN MENJOLOK MATA seperti berikut di
khalayak ramai;
i. Berselipar
ii. Berseluar pendek atau berskirt di atas paras lulut
iii. Berbaju T tanpa kolar bagi pelajar lelaki
iv. Berseluar terlalu ketat
v. Berbaju ketat dan tanpa lengan bagi pelajar perempuan

5. Pakaian yang menutup sebahagian muka (BERPURDAH) juga TIDAK
DIBENARKAN kerana menyukarkan pihak berkuasa Universiti mengenali
mereka.

6. Untuk aktiviti makmal, sukan dan kebudayaan, pelajar hendaklah mematuhi
amalan pakaian yang telah dikuatkuasakan.

7. Pelajar lelaki dilarang berambut panjang dan berekor. Rambut hendaklah
tidak mencecah kolar bahu.

8. Pelajar dilarang sama sekali mewarnakan rambut kecuali hitam dan putih.

9. Pelajar DIWAJIBKAN memakai Kad Pelajar semasa berurusan di Pejabat
HEP/ Kolej.
55

Peraturan Umum
KESELAMATAN MAKMAL

Berikut adalah peraturan asas makmal, berkuatkuasa di semua makmal Fakulti Pertanian
Lestari. Peraturan ini perlu dipatuhi untuk menjamin keselamatan anda, keselamatan
pengguna lain, dan keberkesanan pengajaran di makmal.

Peraturan ini MESTI dipatuhi pada setiap masa.

1. Pengguna makmal yang tidak berkasut dan kaki terdedah, atau kasut yang
terbuka (contohnya selipar) adalah ditegah daripada memasuki kawasan
makmal.
Pelajar perlu menggunakan kasut yang bertutup dengan tapak yang ketat
untuk melindungi daripada kejutan elektrik, lantai licin dan objek jatuh.

2. Pelajar serta pengguna makmal diwajibkan untuk memakai kot makmal (lab
coat) pada setiap masa semasa menjalankan amali atau penyelidikan dalam
makmal.
Kot makmal adalah berfungsi sebagai lapisan penutup pertama sekiranya
berlaku tumpahan / percikan bahan kimia atau api. Langkah pertama
sekiranya berlaku kemalangan adalah untuk menanggalkan kot makmal serta
merta.

3. Pengguna makmal juga perlu memakai alat perlindungan (Personal Protective
Equipment) sekiranya mengendalikan bahan atau hazard berisiko.

4. Makanan dan minuman tidak boleh dibawa ke dalam makmal.
Tujuan ini adalah untuk mengelakkan kontaminasi mikroorganisme, kulat dan
bahan kimia pada makanan dan minuman. Tumpahan sisa makanan atau
minuman boleh menyebabkan litar pintas dan juga infektasi makhluk perosak.

5. Pengguna makmal juga tidak digalakkan untuk menggunakan telefon bimbit
semasa menjalankan uji kaji kerana akan mengganggu tumpuan fokus serta
kecuaian.

56

Peraturan Umum
KESELAMATAN MAKMAL

6. Pelajar perlu meletakkan beg di atas rak yang disediakan pada setiap masa.
Permukaan meja perlu lapang daripada beg supaya ruang untuk bekerja lebih
luas, dan untuk mengelakkan berlaku sentuhan dengan peralatan
amali/eksperimen dan elektrik seperti kabel dan radas. Lorong antara meja
juga perlu dikosongkan supaya tidak menghalang laluan.

7. Pelajar jugu perlu meneliti manual amali serta memberi tumpuan kepada

penerangan pensyarah atau pembantu makmal sebelum menjalankan

eksperimen. Manual amali adalah panduan penting semasa menjalankan

eksperimen. Ia mengandungi senarai keperluan bahan kimia serta radas,

tatacara pengendalian bahan kimia serta peralatan makmal, dan juga kaedah

menginterpretasi data. Sekiranya panduan ini tidak dipatuhi, pelajar akan

berdepan dengan risiko kemalangan dan juga keputusan eksperimen yang

tidak jitu.

8. Pelajar perlu membersihkan meja selepas selesai menjalankan amali atau
eksperimen dan mengembalikan peralatan sebelum meninggalkan makmal.
Keadaan sekitaran perlu bersih agar pengguna berikutnya akan menggunakan
makmal dalam keadaan bersih dan kemas.

9. Pengguna makmal perlu mengisi kad log penggunaan peralatan makmal
setiap kali peralatan dipasang dan diguna. Peraturan ini dikuatkuasakan untuk
memupuk amalan baik makmal di samping mewujudkan rasa tanggungjawab
atau akauntabiliti di kalangan pengguna makmal.

10. Laporkan peralatan yang rosak/radas yang pecah kepada kakitangan makmal
dengan segera. Peralatan yang rosak atau cacat / radas pecah boleh
mendatangkan bahaya kepada pengguna. Keadaan ini boleh menyebabkan
kecederaan kepada pengguna atau merosakkan peralatan lain.

11. Semua peralatan perlu digunakan dalam makmal penempatan asal alat
tersebut. Pelajar yang ingin meminjam alat untuk dibawa keluar dari makmal
tersebut haruslah mengisi borang khas. Ini bagi mengelakkan alat tersebut
hilang.

57

Peraturan Umum
KESELAMATAN MAKMAL

12. Memindahkan peralatan makmal tanpa kebenaran adalah dilarang.
Perpindahan peralatan makmal boleh menyebabkan kerosakan kepada alat
atau kecederaan kepada pengguna sendiri.

13. Pelajar yang ingin menggunakan instrumen saintifik khusus (seperti contoh:

HPLC atau Atomic Absorption Spectrometer) perlu mendapatkan khidmat

pengoperasian daripada pembantu makmal / kakitangan bertauliah yang arif

menggunakan instrumen tersebut.

Kebanyakan instrumen saintifik ini adalah sensitif dan memerlukan

pengawalan rapi. Apabila keberkesanan instrumen terjejas atau rosak, ia

sekaligus menjejaskan aktiviti penyelidikan di sekolah dan memakan kos /

masa untuk memperbaikinya.

14. Pelajar perlu menjaga ketenteraman sepanjang berada di dalam makmal.

Makmal adalah tempat pengajaran/menjalani amali. Bunyi bising serta

bergurau senda boleh mengganggu tumpuan pengguna makmal yang lain

terhadap kerja yang sedang dilakukan.

15. Kerja yang tidak berkaitan secara langsung dengan sesi amali hanya boleh

dilakukan selepas mendapat kebenaran daripada staf makmal. Sila

maklumkan kepada staf makmal jika pelajar ingin menjalankan kerja

berkaitan kursus lain, terutama jika melibatkan penggunaan peralatan

makmal. Kerja hanya boleh dijalankan di bawah penyeliaan pembantu

makmal yang menjaga makmal tersebut.

16. Orang luar yang tidak berkenaan adalah dilarang memasuki kawasan makmal
kecuali mempunyai urusan rasmi ataupun telah mendapat kebenaran Dekan.

17. Pelajar adalah dilarang sama sekali untuk menyalin kunci-kunci makmal.
Tujuan ini adalah untuk mengelakkan penyalahgunaan makmal, kecurian
peralatan atau bahan kimia, dan juga insiden yang tidak diingini.

58

Peraturan Umum
KESELAMATAN MAKMAL

18. Pengguna makmal adalah dilarang menjalankan amali atau penyelidikan

secara bersendirian. Pengguna hanya dibenarkan menjalankan ujikaji di

dalam makmal dengan kehadiran sekurang-kurangnya seorang pembantu

makmal ataupun rakan sekerja.

19. Pelajar atau pengguna makmal yang perlu menjalankan kerja ujikaji atau
penyelidikan selepas waktu bekerja, hujung minggu atau cuti am perlu
mengisi borang yang disediakan dan dimaklumkan lebih awal kepada
pembantu makmal / penyelia.

20. Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan boleh diarahkan

untuk meninggalkan makmal atau dikenakan tindakan tatatertib bergantung

kepada keseriusan kes.

Ini adalah perlu bagi memastikan disiplin dipatuhi oleh pelajar dan pengguna

makmal apabila berada di dalam makmal

59

Peraturan Umum

KESELAMATAN LADANG PERTANIAN

Setiap pengguna perlu mematuhi setiap peraturan seperti yang disenaraikan bagi
menjamin keselamatan, mengelakkan sebarang kerosakan dan mengekalkan fungsi plot
/ struktur ladang / jentera.

1. Memakai pakaian yang sesuai mengikut kesesuaian kerja-kerja ladang yang
dilakukan (Memakai baju t-shirt, seluar panjang / Tracksuit, berkasut dll).

2. Pelajar diwajibkan memakai kasut yang bertutup sepenuhnya semasa
menjalankan amali ataupun kerja-kerja di kawasan ladang.

3. Menggunakan PPE (Personal Protective Equipment), seperti google, hand
glove, boots dan kelengkapan lain jika mengendalikan bahan kimia seperti
pesticides, herbicides dan kerja ladang yang lain mengikut kesesuaian kerja.

4. Pelajar adalah bertanggungjawab ke atas keselamatan, kebersihan dan

kekemasan plot dan peralatan yang digunakan/dipinjam. Sebarang sisa

pertanian hendaklah dibersihkan dan dibuang ke tempat pembuangan

sampah yang ditetapkan.

5. Jentera / traktor tidak dibenarkan sama sekali dikendalikan oleh pemohon,

kecuali mempunyai lesen kenderaan yang berkaitan. Permohonan

perkhidmatan jentera / traktor beserta pemandu boleh dilakukan dengan

mengisi Borang Permohonan Jentera.

6. Pelajar juga adalah dilarang sama sekali mengendalikan peralatan bermotor
yang lain tanpa permohonan serta seliaan dari kakitangan Bahagian Ladang.

7. Sebarang aktiviti di ladang atau fasiliti-fasiliti ladang diluar waktu pejabat /
hujung minggu hendaklah melalui permohonan rasmi kepada Pejabat
Pentadbiran Ladang dan disarankan dijalankan secara berkumpulan. Pelajar
sama sekali di larang bersendirian di kawasan ladang.

60

Peraturan Umum

KESELAMATAN LADANG PERTANIAN

8. Pelajar / staf perlu mengisi borang permohonan / buku log yang terdapat di
Pejabat Pentadbiran Ladang untuk memohon peminjaman peralatan, bahan,
tanaman, ternakan, plot, jentera dan peminjaman lain.

9. Pelajar wajib menjaga keselamatan peralatan yang dipinjam sebaik mungkin
bagi mengelakkan kes-kes kehilangan. Peralatan yang dipinjam juga mesti
dibersihkan sebelum dikembalikan dan diperakui oleh Pegawai Stor / wakil.
Pemulangan mesti dilakukan dalam tempoh yang telah ditetapkan, jika tidak
denda lewat pemulangan akan dikenakan.

10. Peralatan yang dipinjam harus disimpan ditempat-tempat yang ditetapkan
seperti Stor di asrama pelajar dan tidak boleh disimpan di dalam bilik pelajar.

11. Pelajar haruslah terlebih dahulu merujuk kepada pensyarah / penyelia
masing-masing sebelum menggunakan bahan kimia untuk mendapatkan jenis
dan sukatan yang betul.

12. Peralatan / bahan atau keperluan lain yang hendak digunakan pada hujung
minggu hendaklah dipohon selewat-lewatnya 3 hari sebelum ianya digunakan.

13. Kerosakan / kehilangan peralatan harus dilaporkan serta-merta dengan
memberi alasan yang munasabah kepada Pegawai Stor dan mengisi borang
yang disediakan.

14. Racun kimia, baja dan barangan pakai habis yang tidak digunakan hendaklah
dipulangkan ke stor melalui Pegawai Stor / wakil yang bertugas (dilarang
sama sekali membuangnya).

15. Pelajar yang didapati melanggar mana-mana peraturan boleh dihalang
daripada melakukan kerja ladang atau dibatalkan permohonan.

61

Fasiliti
MAKMAL

Makmal Umum Makmal Penyelidikan Khas

Bomb Calorimeter Texture Analyser
AA Auto Analyser Gel Imager

Liquid Chromatography Mass Gas Chromatography Mass 62
Spectrometry Spectrometry

Fasiliti
LADANG

Rumah Persekitaran Terkawal Bangsal Kompos Fasiliti Pemprosesan Pasca-Tuai

Insectarium Rumah Pengeringan Fasiliti Penyelidikan
Cendawan

Alat Jentera Ladang Fasiliti Unit Tenusu Fasiliti Penyelidikan Ayam Itik

Perlindungan Hujan Rumah Jaring Fasiliti Penternakan Ayam
Hibrid

Galeri Pelanjutan dan Fasiliti Pengurusan Sisa Fasiliti Penternakan 63
Maklumat Pertanian Pepejal Kambing

Pegawai P rosedur Didapati
Insiden (PI) terdapat
mengesan KECEMASAN KEBAKARAN penghuni yang
tempat terperangkap
kebakaran dan MULA dalam
mengarahkan bangunan.
Fire Rescue Penggera Kebakaran Diaktifkan.
Team (FRS) Anda boleh mengaktifkan panggera
memadamkan kebakaran/kecemasan sekiranya anda mendapati
api. terdapat kebakaran dalam bangunan.

PI Keluarkan Semua Penghuni Bangunan
menghubungi - Jangan panik dengan situasi kebakaran.
Bahagian - Tinggalkan bangunan dengan tenang, berhati-hati serta
Keselamatan berjalan secara bergilir dan teratur.
FPL dan - Ikuti Pelan Laluan Kecemasan ketika keluar dari
BOMBA bangunan dan menuju ke ‘Assembly Point’ (A.P).

Berkumpul ke ’Assembly Point’ (A.P).
Proses mengira dan mengenalpasti penghuni yang tiada
dalam kumpulan akan dilakukan oleh Pengawal Insiden.

Pastikan Semua Penghuni Bangunan Berada di A.P
- Laporkan kepada pengawal insiden jika anda mendapati
ada penghuni yang tidak berada di AP.
- Jangan tinggalkan bangunan sebelum pengumuman
pengesahan bangunan adalah selamat untuk diduduki
semula oleh PI.

PIHAK YANG Pihak BOMBA Mengawal Kebakaran
TERLIBAT
Pengumuman Pengesahan Bangunan Selamat
Ahli Diduduki
Jawatankuasa Penghuni dibenarkan untuk kembali ke bangunan.
Keselamatan
TAMAT
BOMBA

64

Pelan

LOKASI SANDAKAN

65

Pelan

FAKULTI PERTANIAN LESTARI

66

Alamat

KLINIK PANEL DAN HOTLINE

KLINIK PANEL

KLINIK RAWATAN WARGA
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Waktu Beroperasi:
Isnin – Khamis : 8am-1pm, 2pm-5pm

Jumaat : 8am-11.30am, 2pm-5pm
Sabtu, Ahad & Cuti Umum Tutup

HOTLINE

BAHAGIAN KESELAMATAN FAKULTI PERTANIAN LESTARI
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Beg Berkunci No. 3,
90509 Sandakan, Sabah.
Tel : 089-248100/ ext: 8174/8118
Fax : 089-220703

HOSPITAL DUCHESS OF KENT
KM 3.2 Jalan Utara, 90000 Sandakan, Sabah.

Talian Kecemasan : 089-225022
Tel : 248600

Faks : 089-213607
Email : [email protected]

IBU PEJABAT POLIS DAERAH SANDAKAN
POLIS DIRAJA MALAYSIA

Peti Surat No. 37, 90700 Sandakan, Sabah.
Tel : 089-211222
Faks : 089-212068

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA ZON SANDAKAN
Batu 3, Jalan Utara,

Peti Surat 1465, 90008 Sandakan, Sabah.
Tel : 089-214444/089-272501
Faks : 089-213196

Email : [email protected]

67

Jawatankuasa

MINGGU SUAI MESRA 2022/2023

PENASIHAT
YBrs. Prof. Madya Dr. Azwan Awang

PENGERUSI
Dr. Mohd Rakib bin Mohd Rashid

TIMB. PENGERUSI
Dr. Roslan bin Hj. Gimba

SETIAUSAHA & PROTOKOL
En. Syahrian bin Hassan

URUSETIA
En. Joseph Jose

BENDAHARI
Pn. Badariah Abd Bool

PENEMPATAN ASRAMA
Pn. Nurul Nuraliya binti Shahrai

En. Wilson@Azahari Majin
Pn. Rahamayana binti Roslan

En. Jasley Hamzah

SUKAN & RIADAH
En. Andrew Weddy Majanggim@Mohd. Adam M. Abdullah

TEKNIKAL & LOGISTIK
En. Addy Laminit
En. Rusiadi Karim

En. Mohd Shafiq Zainal

68

Jawatankuasa

MINGGU SUAI MESRA 2022/2023

KESELAMATAN
En. Jelson Ationg
PENGANGKUTAN
En. Suhaili Saibu
AUDIO VISUAL & MULTIMEDIA
En. Anuar Nurung
En. Rudy d. Ginso
En. Nooraswan Sainuddin

KECEMASAN
Pn. Jumiati Syamsir
KULIAH SUBUH, BACAAN YASIN/KEROHANIAN
Ust. Nazrie bin Petir
En. Bernard Tzing Ziang Vui
PENGARAH PELAJAR

Sdr. Mark Wong
BUKU PROGRAM
En. Muhammad Syafaruddin Mahali@Farie
Dr. Lakshmipriya A/P Thaigarajan

69

Lagu
Negeri Sabah

“SABAH TANAH AIRKU”
SABAH TANAH AIRKU,

NEGERI KITA YANG TERCINTA,
PEMUDA-PEMUDI SEMUA MARILAH,

BANGUNLAH BERSATU SEMUA.
MARILAH BERSAMA SERTA MAJU JAYA,

MERDEKA SEPANJANG MASA,
BERSATU SEGALA BANGSA SENTOSA,

SABAH NEGERI MERDEKA.

70

Lagu
Universiti Malaysia Sabah

“BERTEKAD CEMERLANG”

UMS LAMBANG PUNCAK JAYA
PANCARAN PERJUANGAN SEMANGAT WAJA

PEMBENTUK CITRA PELINDUNG BUDAYA
MEMANDU BANGSA MEMAJU NEGARA

DI SINI DICANAI SEGALA FIKIRAN
DI SINI DIKAJI SEGALA WAWASAN

ILMU IMAN SUMBER PEDOMAN
BAKTI CURAH KASIH BUDIMAN

BAYU BERTIUP NAFASMU SEJATI
BUMI TERHAMPAR TUBUHMU ABADI
SAMUDERA BIRU WAJAHMU BERSERI
SURIA MENYINAR TENAGAMU MURNI

KAULAH HARAPAN NUSA BANGSA
KAULAH JAMBATAN NUSA BERSATU
BERDIRI MEGAH GAGAH BERMUTU

MENUJU ARAH BAKAL DITUJU

UMS KAULAH TUNGGAK NEGARA
WARISAN SEJATI MALAYSIA TERCINTA
BERTEKAD CEMERLANG MENJADI BUDAYA

SEMOGA UNGGUL DAN SEJAHTERA

71

Lagu
Fakulti Pertanian Lestari

“UMS GEMILANG”

MELANGKAH KE HADAPAN, MENUJU WAWASAN
BERTEKAD DAN BERUSAHA, MEMBANGUNKAN NEGARA

FPL (FAKULTI PERTANIAN LESTARI) KINI REALITI,
MENGGALAS KUALITI TANI UNTUK KEMAKMURAN SEMUA

UMS GEMILANG, TERBILANG
MENUJU GAGASAN

UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA
MEMBINA KOTA ILMU

BERTARAF DUNIA
UMS BERGERAK MAJU
BERSAMA ARUS PERDANA
DISINILAH BERMULANYA

SATU TEKAD SATU CITA
MENJANA EKONOMI BANGSA
UMS GEMILANG, TERBILANG

MENUJU GAGASAN

UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA
FPL KINI REALITI

MENGGALAS KUALITI TANI
UNTUK KEMAKMURAN SEMUA

DISINILAH BERMULANYA
SATU TEKAD SATU CITA
MENJANA EKONOMI BANGSA
UMS GEMILANG, TERBILANG

MENUJU GAGASAN
UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA

72

Sekalung Penghargaan

Seluruh Jawatankuasa dan AJK
Pelaksana Minggu Suai Mesra Fakulti

Pertanian Lestari Sesi 2022/2023
dengan sukacita dan ikhlasnya
merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan program ini.
Sesungguhnya sumbangan yang
diberikan amat bermakna dan

mudah-mudahan diberkati Allah S.W.T


Click to View FlipBook Version