The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by razzwhuut, 2024-01-07 08:31:54

CERITA RAKYAT SEMPORNA

enjoy it <3

RAZMAN SASTERA RAKYAT SABAH


ISI KANDUNGAN 1. OMBAK TIGA BERSAUDARA 2. KISAH PULAU KUCING


SEMUA KANDUNGAN BUKU INI DILINDUNGI OLEH HAK CIPTA. TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENGGANDAKAN, MENYIMPAN DALAM SISTEM PENGAMBILAN GAMBAR, ATAU MENYAMPAIKAN SEBAHAGIAN ATAU SELURUH ISI BUKU INI DALAM APA CARA SEKALIPUN TANPA KEBENARAN TERTULIS DARIPADA PEMEGANG HAK CIPTA. KECUALI UNTUK TUJUAN KUTIPAN ATAU ULASAN, YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, TANPA MENGUBAH ATAU MENYUNTING ISI, DAN DENGAN MENYEBUTKAN SUMBERNYA, ADALAH TIDAK DIBENARKAN UNTUK MELAKUKAN INI. SETIAP PELANGGARAN HAK CIPTA INI AKAN DIKENAKAN TINDAKAN YANG SESUAI DENGAN UNDANG-UNDANG.


DENGAN RENDAH HATI , SAYA BERSYUKUR KEPADA TUHAN KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA-NYA, SAYA DAPAT MENYIAPKAN SEBUAH BUKU YANG TELAH DIUSAHAKAN SELAMA INI. RIBUAN TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN MISS FATIN NAJLA OMAR DAN PROFESOR MADYA DR.ZAIRUL ANUAR BIN MD.DAWAM KERANA MEMBIMBING SAYA DALAM PROSES MEMBUAT BUKU CERITA RAKYAT INI. SETERUSNYA , SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA SAYA KERANA SELALU MEMBERIKAN SOKONGAN DAN DORONGAN KEPADA SAYA SEPANJANG BUKU CERITA INI DISIAPKAN. TIDAK LUPA JUGA KEPADA RAKANRAKAN SEPERJUANGAN YANG SELALU MEMBANTU DARI SEGI INFORMASI DALAM MENYIAPKAN BUKU CERITA RAKYAT INI.


KEDUA-DUA CERITA RAKYAT INI MERUPAKAN CERITA LAGENDA DAN MITOS DI DAERAH SEMPORNA. CERITA INI BANYAK MEMBERI TELADAN KEPADA MASYARAKAT DI SEMPORNA.


O M B A K T I G A B E R S A U D A R AC E R I T A P E R T A M A


KISAH INI BERLAKU PADA ZAMAN DAHULU DI PULAU DINAWAN, SALAH SATU PULAU TERKENAL DI DAERAH SEMPORNA. PASIR PUTIH PULAU INI MEMUKAU DAN KEINDAHAN ALAM SEMULA JADINYA MENJADIKANNYA SEMPURNA.


ORANG TUA-TUA MENGATAKAN BAHAWA SATU KELUARGA PERNAH TINGGAL DI PULAU DINAWAN. SEPASANG PASANGAN SUAMI ISTERI DAN SEORANG ANAK LELAKI MEREKA MEMBENTUK KELUARGA INI. KELUARGA INI DIKATAKAN SANGAT WARAK DAN BERKETURUNAN SYARIF.


PADA SAUTU MALAM , KELUARGA INI MEMBUAT JAMUAN DI SEKITAR RUMAH MEREKA YANG DIBINA BERDEKATAN DENGAN LAUT ITU. LELAKI KETURUNAN SYARIF YANG BERGELAR AYAH DALAM KELUARGA ITU MENYURUH ANAK LELAKINYA SUPAYA MEMBUAT TEMPAT MEMBAKAR IKAN DAN DAGING BINATANG BURUAN DI HALAMAN RUMAH MEREKA.


"PERGILAH KAMU MEMBUAT TEMPAT MEMBAKAR IKAN DAN DAGING BINATANG BURUAN DI HALAMAN RUMAH KITA , " KATA SI AYAH KEPADA ANAKNYA. "GUNAKAN KAYU YANG KITA AMBIL DARI HUTAN TADI ITU SEBAGAI BAHAN BAKARNYA. MALAM INI KITA AKAN MAKAN DAGING PANGGANG DAN IKAN BAKAR YANG ENAK , "


"BAIKLAH AYAH, " JAWAB SI ANAK MENGIKUT SAHAJA APA YANG AYAHNYA KATAKAN. ANAKNYA KEMUDIANNYA PERGI KE HALAMAN RUMAH UNTUK MEMBUAT TEMPAT UNTUK MEMBAKAR DAGING DAN IKAN YANG DIINGINI AYAHNYA. PADA MASA ITU, IBUNYA SEDANG MENYIANG IKAN DAN DAGING BURUAN DI DAPUR RUMAH MEREKA.


SI AYAH LAGI, SEPARUH MELAUNG DI ATAS RUMAH, BERKATA, "KALAU SIAP NANTI BERITAHU AYAH DAN IBU KAMU, SUPAYA KITA BOLEH MULA MEMBAKAR IKAN DAN DAGING." SI ANAK DENGAN TEKUN MELAKSANAKAN PERINTAH AYAHNYA DAN BERKATA, "BAIKLAH, AYAH."


SI AYAH KEMUDIAN PERGI MELIHAT ISTERINYA YANG SEDANG MEMBERSIHKAN IKAN DAN DAGING BURUAN DI DAPUR. "SUDAHKAH KAMU SIAP MEMBERSIHKAN IKAN DAN DAGING BINATANG BURUAN ITU. ANAK KITA SEDANG MEMBUAT TEMPAT MEMBAKARNYA DI HALAMAN RUMAH , " KATA AYAH KEPADA ISTERINYA. ISTERINYA TERUS MEMBERSIHKAN DAGING BURUAN DAN IKAN DAN BERKATA, "SEKEJAP LAGI SIAPLAH."


SETELAH SIAP PASANGAN ITU PUN TURUNLAH KEHALAMAN RUMAH. SI SUAMI MEMBAWA IKAN DAN DAGING YANG DILETAKKAN DI SESUATU BEKAS , SEMENTARA ITU SI ISTERI PULA MEBAWA PELITA UNTUK MENYALAKAN KAYU. KETIKA ITU ANAK LELAKI MEREKA SUDAH PUN MENYEDIAKAN TEMPAT MEMBAKAR IKAN DAN DAGING. " NAH , AMBIL PELITA INI DAN NYALAKAN KAYU SUPAYA KITA BOLEH MULA MEMBAKAR IKAN DAN DAGING INI ." KATA IBUNYA.


TIDAK LAMA KEMUDIAN API ITU PUN MENYALA DAN MEREKA PUN MULALAH MEMBAKAR IKAN DAN DAGING BURUAN ITU DI ATAS API. KETIKA ITU , KETIGA-TIGA BERANAK ITU MERASA SUNGGU GEMBIRA DAN SENANG HATI. " MALAM INI DAPATLAH KITA MERASA DAGING PANGGANG YANG ENAK DAN IKAN BAKAR YANG SEDAP, "KATA SI AYAH KEPADA KELUARGANYA DENGAN SENYUMAN PUAS YANG TERSERLAH DI WAJAHNYA SAMBIL MEMEGANG BAHU ANAK LELAKINYA.


"PEHA DAGING BINATANG BURUAN ITU UNTUK KAMU, " KATA SI AYAH SAMBIL BERKALIH KEPADA ANAK LELAKINYA. "KAMU MESTI MAKAN BANYAK DAGING SUPAYA CEPAT MEMBESAR DAN MENJADI LELAKI YANG KUAT DAN GAGAH, " KATANYA LAGI SAMBIL MEMEGANG BAHU ANAK LELAKINYA AGAK KUAT DARIPADA SEBELUMNYA.


ANAK LELAKINYA ITU TURUT BERKALIH KEPADA AYAHNYA DAN TERSENYUM. "SAYA MAHU MENJADI LELAKI YANG KUAT DAN GAGAH SEPERTI AYAH, "KATA ANAKNYA PULA. AYAHNYA MERASA BANGGA DENGAN KATA-KATA YANG DIUCAPKAN ANAKNYA ITU.


SETELAH API MEMBAKAR IKAN DAN DAGING BURUAN ITU HAMPIR MALAP DAN TINGGAL BARA, MAKA ANAK LELAKI SYARIF ITU PUN MENGUIS-NGUIS API ITU SERTA MENIUPNYA SUPAYA MENYALA SEMULA.


TIBA-TIBA KETIKA MENGUIS-NGUIS BARA API ITU , SATU PERCIKAN APAI TERKENA BADAN AYAHNYA. AYAHNYA TERKEJUT DAN TANPA DISEDARINYA TELAH MENYEPAK ANAK LELAKINYA ITU HINGGA TERPELANTING DAN TERCAMPAK KE DALAM LAUT.


ANAKNYA YANG TERCAMPAK KE LAUT ITU TERUS TENGGELAM. SI AYAH SUNGGUH MENYESAL. DIA PUN TERJUN KE LAUT UNTUK MENCARI ANAK LELAKINYA. IBUNYA JUGA TURUT TERJUN KE LAUT MENCARI ANAK YANG DISAYANGINYA ITU. MALANGNYA KETIGA-TIGA BERANAK ITU TERUS TENGGELAM DAN TIDAK TIMBUL - TIMBUL HINGGA KE HARI INI. KERANA MEREKA BERKETURUNAN SYARIF MAKA KONONNYA MEREKA BERTUKAR MENJADI OMBAK YANG BESAR.


OMBAK INI MUNCUL SECARA BERMUSIM DAN SANGAT BESAR. SEBESAR RUMAH TIGA TINGKAT. APABILA IA MUNCUL IA AKAN BERGULUNG-GULUNG DAN BERURUTAN BERBENTUK TIGA OMBAK YANG BESAR. SESIAPA SAHAJA YANG TERPERANGKAP DI TENGAH OMBAK INI TIDAK AKAN TERSELAMAT.


SEHINGGA HARI INI , PENDUDUK DI SEKITAR DAERAH SEMPORNA PERCAYA TERHADAP KEWUJUDAN OMBAK TIGA BERSAUDARA INI. ADA DI ANTARA PENDUDUK YANG PERNAH MELIHATNYA. TETAPI BAGI PENDUDUK DI PULAU DINAWAN YANG KINI MENJADI SALAH SEBUAH PULAU YANG TERKENAL DAN MENJADI TUMPUAN PELANCONG DI DAERAH SEMPORNA. SETIAP KALI ADA TANDA-TANDA OMBAK INI AKAN MELANDA, MAKA MEREKA PUN SUDAH BERSEDIA UNTUK TIDAK TURUN KE LAUT AGAR TIDAK MENJADI MANGSA BESAR TIGA BERSAUDARA ITU.


PENGAJARAN 1.KITA MESTILAH TOLONGMENOLONG ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN. 2.KITA MESTILAH MENGHORMATI ORANG TUA 3.KITA MESTILAH SAYANGMENYAYANGI ANTARA SATU SAMA LAIN


PULAU KUCINGCERITA KEDUA


Cerita ini berlaku pada zaman dahulu kala. Pulau Kucing ialah sebuah pulau yang terletak di daerah Semporna. Kini pulau berkenaan boleh dikunjungi melalui bot dalam perjalanan melalui laut yang mengambil masa tujuh minit dari Pekan Semporna. 18


Pada zaman dahulu , pulau itu kononnya hanyalah sebuah pulau yang dipenuhi oleh hutan tebal. Walau bagaimanapun pulau berkenaan dikatakan mempunyai pantai yang landai dengan pasir yang memutih. Tetapi ketika itu tidak ada sesiapa pun yang tinggal di pulau tersebut 19


Pulau itu pada mulanya tidak terkenal sehinggalah suatu hari ada pasangan suami isteri yang sering bergaduh kerana kucing yang terlalu banyak di dalam rumah mereka. Kucing-kucing itu terlalu cepat membiak. Setiap bulan ada sahaja induk kucing yang melahirkan anak kucing yang banyak. 20


Maka hari demi hari jumlah kucing di dalam rumah itu semakin bertambah banyak. Hampir ratusan jumlahnya. Oleh sebab jumlah kucing itu semakin bertambah , maka mereka tidak berkeupayaan menjaga semua kucing tersebut. 21


"Apa akal kita untuk mengurangkan jumlah kucing yang ada di dalamm rumah kita ini. Semakin banyak kucing , semakin banyak pula yang timbul, "kata si suami kepada isterinya. "Yalah bang. Aku pun tidak lagi larat hendak menjaganya, "jawab isterinya pula. 22


Pada suatu hari, si suami itu pun mendapat satu akal. "Esok kita buang beberapa ekor kucing itu ke dalam tebing sungai. Nescaya berkuranglah kucing di dalam rumah kita ini. " Isterinya menjawab , "Yalah. " 23


Keesokan harinya setelah mereka bersiap dan membawa bekalan seadanya , pasangan suami isteri itu pun pergilah ke sebuah sungai yang sangat jauh dari rumah mereka dan membawa bersama kesemua kucing. 24


Setelah beberapa hari dalam perjalanan maka sampailah mereka di tepi sungai yang dituju. Maka mereka pun melepaskan kesemua kucing itu. 25


Setelah itu mereka pun berjalanlah semula untuk pulang ke rumah. Apabila mereka sampai ke rumah , waktu pun hampir malam. Maka berkatalah si suami kepada isterinya, " Nah , malam ini masaklah makanan yang sedapsedap , kita tidak akan lagi diganggu oleh kucing-kucing itu. 26


Isterinya pun pergilah memasak di dapur. Sebaik-baik sahaja makanan sudah masak dan ketika hendak menghidangkan makanan itu , tiba-tiba kedengaran pula suara kucing yang riuh di halaman rumah. Pada mulanya pasangan suami isteri itu memikirkan suara kucing itu adalah suara kucing dari rumah-rumah yang berdekatan. 27


Tetapi apabila mereka keluar rumah , barulah mereka menyedari bahawa suara kucing yang riuh itu sebenarnya adalah suara kucing yang telah mereka buang ke tepi sungai. 28


Pasangan suami isteri itu pun amat terkejut. 29


Mereka pun turun ke tangga rumah dan melihat kesemua kucing itu. "Kalau begitu , " kaata si suami kepada isterinya , "Terpaksalah kita mencari tempat lain untuk membuang kucing-kucing ini, "suaranya lemah dan hampir putus asa. “Yalah. ”Kata isterinya. 30


"Esok sediakan bekalan seadanya, kita akan masuk ke dalam hutan tebal di hujung kampung kita ini dan disitulah kita akan membuang kesemua kucing yang ada dalam rumah ini, " "Baiklah , " kata si isteri. 31


Keesokan harinya, maka pasangan suami isteri itu pun pergilah ke dalam hutan yang tebal di hujung kampung dan membawa kesemua kucing. Hutan tebal itu sangat jauh dan setelah tujuh hari dan tujuh malam lamanya berjalan barulah mereka sampai ke tempat yang dituju itu. 32


Mereka pun berehatlah seketika dan makan bekalan yang mereka bekalkan dari rumah. Setelah selesai mereka pun meninggalkan kesemua kucing di dalam hutan itu dan cepatcepat mereka pun meninggalkan hutan itu supaya kucing itu tidak mengikuti mereka. 33


Ketika mereka sampai di rumah , mereka pun menoleh ke belakang dan apabila mendapati tiada seekor pun kucing yang mengekori mereka , maka pasangan suami isteri itu pun merasa sungguh gembira. 34


"Maka berkatalah si suami kepada isterinya, " Nah , malam ini masaklah makanan yang sedap-sedap , kita tidak akan diganggu oleh kucing-kucing itu lagi. Isterinya menjawab , " Baiklah. " 35


Isterinya pun pergilah memasak di dapur. 36


Tetapi sekali lagi , sebaik-baik sahaja makanan sudah masak dan kita hendak menghidangkan makanan itu, tiba-tiba kedengaran pula bunyi kucing yang riuh di halaman rumah. Apabila mereka keluar rumah , mereka pun menyedari bahawa suara kucing yang riuh-rendah itu adalah suara kucing yang mereka buang ke dalam hutan tebal pada itu hari. 37


Apalah lagi akal kita hendak membuang kucing-kucing di rumah kita ini?. Hendak dibunuh tidak sampai hati, "kata suami pada isterinya. "Kalau begitu, "si isteri pula mencadangkan sesuatu , "Apa kata kita buang kucing-kucing ini di pulau yang tidak jauh dari kampung kita ini. " "Bagus juga cadangan kamu , " jawab si suami. " Kalau begitu malam ini sediakan bekalan yang secukupnya , esok kita akan bawa kucing-kucing ini ke pulau yang kelihatan berbalam dari kampung kita ini. 38


Keesokan hari , mereka pun menaiki perahu untuk pergi ke pulau yang ingin dituju itu. Penuhlah perahu mereka dengan kucing yang hendak dibuang itu. Sebaik sahaja mereka sampai di pulau itu maka mereka pun meninggalkan kesemua kucing itu. 39


Setelah itu pasangan suami isteri pun naiklah semula ke perahu mereka dan berkayuhlah semula untuk pulang ke rumah. 40


Setelah beberapa hari , maka mereka pun pulang dengan amat gembira kerana kucingkucing itu tidak lagi datang ke rumah. 41


Lalu diceritakan oleh orang-orang tua bahawa pada mulanya kucing-kucing itu hanya mengiau-ngiau seperti orang yang menangis kerana tidak dapat pergi kemana-mana dari pulau itu. Tetapi lama-kelamaan suara kucing itu semakin hilang dan akhirnya lenyap begitu sahaja. Tidak lama kemudian ada orang-orang tua kononnya pernah melihat pulau itu seolah-olah berubah bentuknya menyerupai seekor kucing besar. 42


1.Kita mestilah bekerjasama dalam melaksana sesuatu kerja 2.Kita mestilah sayang - menyayangi antara keluarga. 3.Kita mestilah berani mengambil risiko dalam sesuatu hal. PENGAJARAN 43


Click to View FlipBook Version