The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nblhnjw, 2021-12-29 23:04:12

SASTERA PANJI

SASTERA PANJI

HIKAYAT
PANJI

SEMIRANG

NAMA AHLI-AHLI
KUMPULAN

NUR NABILAH ANIS AFIFAH CAROL RACHEL EZRI AFIZUL
NAJWA BINTI BINTI MOHD SOMUIN RURAN BIN RAMLI
SOLOMON
NAZRI ZAKUAN
D20211098482
D20211098526 D20211098499

D20211098510 D20211098501

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan

kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah kami, Profesor Madya Dr. Norazimah Binti
Zakaria kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa kami yang memberi kami pemudah cara untuk
menyiapkan tugasan ini. Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan sokongan moral sehingga kami berjaya menghabiskan

tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami

telah alpa. Mereka membantu kami dengan menjawab setiap pertanyaan yang kami utarakan kepada mereka.
Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan

tugasan ini.
Sekian, Terima kasih.

ISI KANDUNGAN HIKAYAT PANJI
SEMIRANG
APA ITU PROSA
TRADISIONAL ? Tema dan persoalan
Plot cerita
Watak dan
perwatakan
Nilai dan pengajaran

APA ITU PROSA TRADISIONAL ?

Prosa tradisional merujuk kepada hasil kesusasteraan ditulis dalam gaya ayat-ayat biasa dengan
menggunakan tatabahasa yang mudah pada zaman dahulu (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Susunan ayat dalam

sastera jenis prosa tradisional disusun dalam bentuk karangan. Prosa tradisional ialah satu bentuk
kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi. Contoh karangan prosa tradisional

ialah mitos, legenda, cerita rakyat. Prosa merupakan satu karya yang bercorak naratif. Karya naratif
merupakan hasil sastera yang mengandungi perkembangan plot yang menceritakan sesuatu peristiwa.
Kebiasaannya, karya berbentuk naratif mengandungi elemen-elemen seperti watak dan perwatakan, latar,
sudut pandangan pencerita, tema dan gaya bahasa. Namun demikian, karya-karya prosa tidak terbatas
kepada cerita naratif sahaja tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita naratif. Prosa tradisional
juga terbahagi kepada dua iaitu sastera lisan dengan sastera tulisan. Sastera lisan dikenali sebagai sastera

rakyat manakala sastera tulisan dikenali sebagai sastera istana.



TEMA HIKAYAT PANJI
SEMIRANG

Tema Hikayat Panji Semirang mengenai pengembaraan Panji (Raden Inu
Kertapati) mencari kekasihnya Raden Galuh Candera Kirana. Ia melibatkan

kisah pengembaraan, penyamaran, percintaan dan peperangan dalam
usaha menjalin semula hubungan mereka yang terhalang. Halangan
tersebut mungkin disebabkan oleh fitnah, irihati, konflik dalaman dan

sebagainya. Hikayat ini berakhir dengan pertemuan semula pasangan
kekasih tersebut dan hidup bahagia memerintah kerajaan.

PERSOALAN

KESETIAAN DALAM PERNIKAHAHAN YANG
PERCINTAAN MEMBAWA KEMAKMURAN

Pengembaraan Raden Inu DALAM NEGERI
Kertapati mencari kekasihnya
Pernikahan antara Raden Inu
dan menghadapi pelbagai Katarparti dan Galuh Candra
cabaran hanya untuk
Kirana telah membawa
menemukan cintanya semula. kemakmuran kepada negeri


Daha dan Kauripan.

PLOT PENCERITAAN

PERMULAAN

Hikayat ini dimulakan dengan mengisahkan kerajaan Ratu Daha yang menpunyai
dua orang puteri yang bernama Tuan Puteri Galuh Cendera Kirana dan Galuh

Ajeng. Tuan Puteri Galuh Cendera Kirana merupakan anak daripada permaisuri
manakala Galuh Ajeng merupakan anak daripada gundik iaitu Paduka Liku. Galuh
Cendera Kirana digambarkan sebagai seorang yang sangat cantik jelita dan baik

hati manakala Galuh Ajeng pula digambarkan sebagai seorang yang pendengki
dan Galuh Cendera Kirana sering menjadi mangsa sifat dengkinya itu

PLOT PENCERITAAN

PERKEMBANGAN


Galuh Cendera Kirana telah difitnah atas kematian ibu kandungnya yang

keracunan akibat dituduh oleh Galuh Ajeng yang cemburu akan kemesraan Galuh
Cendera Kirana dengan Raden Inu.Selepas peristiwa tersebut, Galuh Cendera
Kirana sering didera dan diseksa oleh ibu tirinya kerana Galuh Cendera Kirana
boleh mendapatkan cinta Raden Inu bukanlah anaknya Galuh Ajeng. Galuh

Cendera Kirana membiarkan ayahandanya sendiri memotong rambutnya kerana
enggan menyerahkan patung emas pemberian Raden Inu.

PLOT PENCERITAAN

KEMUNCAK


Galuh Cendera Kirana nekad untuk melarikan diri dan telah mendirikan

kerajaannya sendiri. Galuh Cendera Kirana telah mendirikan kerajaannya sendiri

yang terletak di antara sempadan antara Kerajaan Daha dan Kauripan dan
menamainya sebagai Asmarantaka. Beliau telah mengubah penampilan daripada

seorang wanita kepada seorang lelaki dan Namanya dari Galuh Cendera Kirana
kepada Panji Semirang Asmarantaka. Beliau telah membina reputasinya sebagai
seorang pahlawan yang unggul dengan menawan beberapa kerajaan yang lain.

PLOT PENCERITAAN

PELERAIAN


Panji Semirang telah mendapat khabar bahawa Raden Inu akan dikahwinkan dengan adiknya Galuh
Ajeng. Berita tersebut telah membuatkan Panji Semirang berasa dikhianati dan patah hati. Panji


Semirang sekali lagi membawa diri daripada kerajaannya dan mula mengembara dari satu kerajaan ke

satu kerajaan sebagai sekumpulan penghibur jalanan bersama-sama beberapa pengikutnya yang lain
serta menukar namanya kepada Wargo Asmoro. Kumpulan mereka telah diundang untuk membuat

persembahan di sebuah kerajaan. Raden Inu turut dijemput ke kerajaan yang sama sebagai wakil
kerajaan ayahandanya. Sewaktu Raden Inu sampai di kerajaan tersebut, Raden Inu telah ternampak
Galuh Cendera Kirana dan kumpulannya membuat persembahan dan berjaya mengenali Wargo Asmoro
merupakan cinta hatinya iaitu Raden Galuh Cendera Kirana. Raden Inu menerangkan apa yang telah
berlaku tentang peristiwa pembatalan perkahwinan dirinya dengan Galuh Anjeng kepada Galuh Cendera
Kirana. Galuh Cendera Kirana yang mendengar tentang peristiwa pembatalan majlis perkahwinan Raden

Inu berasa amat gembira dan memutuskan untuk hidup bahagia bersama Raden Inu dan mereka
berjanji untuk kekal bersama sehingga hujung hayat.

WATAK

PERWATAKAN

Galuh Cendera
Kirana

Anak kepada Raja Daha
dengan Permaisuri
Menjadi kesayangan
seisi istana
Bertunang dengan
Raden Inu Kertapati
(sepupunya sendiri)

Raden Inu Kertapati
(Raden Inu Panji Daeng

Kesuma)

Anak kepada Raja
Kauripan
Sudah bertunang
dengan Geluh Cendera
Kirana
Seorang yang kacak,
budiman, dan perkasa

Galuh Ajeng

Anak perempuan
kepada Sang Nata
dengan Paduka Liku
Adik tiri kepada Galuh
Cendera Kirana

Paduka Liku

Isteri ketiga Raja Daha,
Sang Nata
- Mempunyai seorang
anak perempuan iaitu
Galuh Ajeng
- Seorang yang dengki
kepada permaisuri

NILAI

BERDIKARI KASIH SAYANG

Setelah perlakuan buruk yang telah diterima oleh Mahadewi sangat menyayangi Galuh Candra
Panji Semirang, ia membuat keputusan untuk Kirana sehingga sanggup membawa lari Galuh
meninggalkan kerajaan. Panji Semirang
meninggalkan kerajaan tanpa mengandalkan Cendera Kirana bersama pengawal kerana
bantuan dari ayahnya yang merupakan seorang raja Mahadewi tahu Galuh Candra Kirana telah

Raden Inu Kertapati setia mencari difitnah oleh Dewi Liku dan Galuh Ajeng.
tunangnya, Galuh Candra Kirana

sehingga mereka dapat berkahwin
dan hidup bahagia selama-lamanya.

KESETIAAN

PENGAJARAN

Kita hendaklah memiliki
sikap yang mandiri.

Panji Semirang meninggalkan kerajaan
tanpa mengandalkan bantuan dari
ayahnya dan memulai lansung apa
yang perlu ia bangunkan.

Kita mestilah menjadi seorang

yang sanggup berkorban untuk

kebaikan.

Galuh Cendera Kirana sanggup

berkorban menghadapi halangan dan

penyeksaan daripada tindakan kejam

Ratu Daha demi mempertahankan

haknya iaitu cinta sucinya terhadap

Raden Inu Kertapati.

RUMUSAN

Hingga ke hari ini, karya ini mampu menyampaikan mesej tersendiri dan boleh menjadi
suatu bahan kajian kepada generasi masa kini untuk dijadikan sebagai pengajaran dan teladan. Hal
ini kerana karya sastera ini mengandungi pelbagai masalah atau konflik yang dapat memberikan

pengajaran kepada diri seseorang dalam menghadapi masalah dalam kehidupan. Konflik yang
timbul dalam karya sastera diatas banyak memberikan mesej secara jelas kepada kita tentang
penting semangat atau sifat kesetiaan dan kepecayaan dalam sesebuah hubungan samadaa dalam

kalangan ahli keluarga dan orang yang tersayang.
Justeru, karya-karya sastera lama ini sebenarnya memiliki nilai estetiknya yang tersendiri
dan mampu merangkumkan segala tatacara hidup bermasyarakat, pembelajaran berkenaan
keagamaan, kerajaan dan nilai murni. Penulisan karya ini secara tidak langsung memberikan

pelajaran dan pengajaran kepada pembacanya secara berterusan hingga hari ini.

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version