Tugasan 2: Isu Kesalahan Kata dari Sudut Morfologi dalam Pelbagai Sumber Nama: Wan Muhammad Izzat Faris Bin Wan Nazli Kumpulan: PT1S2-7 Nama Pensyarah: Dr. Amat Tarop Bin Sumo
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang dinamik dan sering mengikut pereddaran masa bagi memastikan bahasa ini mampu memenuhi keperluan pada era globalisasi ini. Persembahan kosa kata daripada kata pinjaman mahupun kata serapan merupakan contoh jelas yang dapat diteliti dan dikenal pasti sama ada dari segi lisan atau penulisan. Pembentukan kata baharu dalam dunia bahasa mampu menyumbang kepada keaktifan sesuatu bahasa dengan perkembangan yang tersusun dan terancang. PENGENALAN
Tangkap layar daripada aplikasi Instagram di sebelah menunjukkan kesalahan kata pinjaman bahasa Arab iaitu ‘ramadhan’. Ejaan ‘ramadhan’ digunakan dengan meluas. Hal sedemikian terjadi kerana pengaruh sebutan bahasa Arab. Tidak salah sekiranya dibunyikan seperti sebutan asal, namun demikian, ejaan sedemikian tidak wujud dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang diguna pakai semenjak 16 Ogos 1972. Ejaan sedemikian tidak dianggap salah sebelum tarikh tersebut kerana peraturan baharu ejaan Rumi bahasa Melayu belum dimuktamadkan. Padanan bunyi untuk ejaan bagi dh dalam bahasa Melayu ialah d. Penetapan ini dibuat dengan berdasarkan hakikat bahawa dalam bahasa Melayu tiada bunyi berkenaan. Dengan sebab tiada bunyi itu, maka huruf (lambang bagi bunyi dalam tulisan) juga tidak wujud. Maka, semua perkataan daripada bahasa Arab yang mempunyai bunyi dh hendaklah diejakan dengan d. Oleh itu, perkataan ‘ramadhan’ dalam tangkap layar di sebelah hendaklah ditukarkan kepada ‘ramadan’ mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu Malaysia. ISU KESALAHAN EJAAN KATA PINJAMAN BAHASA ARAB
Percampuran kod merupakan kebolehan individu itu berbahasa lebih daripada satu bahasa seperti di negara kita, rakyat Malaysia menggunakan campuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Percampuran ini disebabkan oleh faktor budaya dan persekitaran kehidupannya. Berdasarkan gambar tangkap layar yang ditunjukkan melalui aplikasi Instagram itu, peniaga dalam talian seperti akaun bulanbintanghq menulis kapsyen menggunakan percampuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris iaitu join (sertai) dan thank you (terima kasih). Menormalisasikan bahasa percampuran ini akan mengelirukan sesetengah pihak dan menjatuhkan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Hal ini demikian boleh timbulkan salah faham dalam kalangan pengguna Instagram untuk memahami mesej yang ingin disampaikan. PERCAMPURAN KOD DALAMIKLAN DI INSTAGRAMPENIAGA DALAMTALIAN
Rajah di sebelah yang dipetik daripada perutusan khas YAB Perdana Menteri mengenai Covid-19. menunjukkan kesalahan tanda baca yang melibatkan penggunaan huruf besar bagi kata nama am. Kata ‘Kerajaan’ merupakan kesalahan tanda baca yang melibatkan penggunaan huruf besar bagi kata nama am. Nik Safiah Karim et al. (2015) mentakrifkan kata nama am sebagai kata nama yang merujuk sesuatu benda, perkara, orang atau konsep yang bersifat umum. Lazimnya, kata nama yang bersifat umum perlu dieja dengan huruf kecil. Sehubungan dengan perkara itu, ejaan yang tepat ialah ‘kerajaan’ , bukan ‘Kerajaan’. ISU KESALAHAN KATA NAMA AM
Dialek merupakan bahasa yang digunakan oleh suatu kelompok daerah atau masyarakat yang berbeza daripada bahasa standard (Kamus dewan, 2005). Berdasarkan gambar tangkap layar yang ditunjukkan melalui aplikasi TikTok itu, pengguna TikTok menulis kapsyen menggunakan bahasa dialek Kelantan iaitu “Dh oghe x brehi ko kito gak bia. Kito bereh blako.” Ayat tersebut membawa maksud “Sudah kalau orang tidak suka kepada kita biarlah. Kita baik-baik sahaja.” apabila ditukarkan kepada bahasa Melayu standard. Perbezaan bahasa ini menyebabkan pengguna sosial media lain tidak dapat memahami mesej yang ingin disampaikan dan membawa kepada kekeliruan kepada pembaca. ISU PENGGUNAAN DIALEK
Gambar di sebelah menunjukkan kesalahan kata ‘betul’ dalam ayat berkenaan untuk menerangkan situasi iaitu suruhan atau perintah. Sepatutnya, kata yang paling sesuai digunakan dalam konteks ayat ini ialah kata ‘betulkan’. Hal ini kerana akhiran - kan membentuk kata kerja transitif. Kata kerja yang menerima akhiran -kan tanpa awalan, wujud dalam jenis ayat suruhan. Justeru, ayat yang betul ialah “betulkan saf anda” yang menerangkan suruhan untuk individu-individu membetulkan saf sebelum solat berjemaah. ISU KESALAHAN IMBUHAN AKHIRAN KATA KERJA
Media cetak di sebelah menunjukkan kesalahan penggunaan kata ‘baru’ seperti “Sistem baru lif Jade Tower menggunakan jenis butang LED lembut”. Perkataan ‘baru’ ialah kata bantu aspek yang menimbulkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa lampau, masa kini, atau masa hadapan. Kata ini tidak sesuai dengan ayat tersebut yang menerangkan sifat lif yang baharu. Kata ‘baru’ perlu ditukarkan kepada kata ‘baharu’ yang membawa maksud sesuatu yang tidak buruk, tidak lama, belum pernah atau belum lama terpakai kerana dijaga atau dipelihara dengan baik. ISU KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ADJEKTIF
Penggunaan kata ‘pada’ dalam rajah adalah salah. Kata sendi nama ‘pada’ digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Kata nama ‘pada’ tidak boleh digunakan di hadapan kata nama yang membawa maksud sasaran, seperti “program Mentoring pada minggu ini iaitu pada 29 Mac 2024 ialah Tutorial Peribadi yang dipertanggungjawabkan pada semua.” Seharusnya kata yang paling sesuai digunakan dalam konteks ayat ini ialah kata ‘kepada’ kerana situasi dalam ayat ini menyatakan sasaran yang merujuk manusia. ISU KESALAHAN KATA SENDI NAMA
Berdasarkan rajah tersebut penggunaan kata ‘merasa’ adalah salah. Kata ‘merasa’ merupakan penambahan imbuhan awalan me- pada kata dasar ‘rasa’. Penggunaan kata imbuhan awalan me- tidak sesuai dan seharusnya digantikan dengan kata imbuhan awalan be-. Hal ini demikian kerana kata ‘merasa’ merujuk tindakan mengecap untuk mengetahui rasa makanan atau minuman dengan lidah manakala kata ‘berasa’ merujuk keadaan mempunyai atau beroleh rasa yang dialami oleh badan. Justeru, kata yang paling sesuai digunakan dalam konteks ayat ini ialah kata ‘berasa’ kerana situasi dalam ayat ini merujuk perasaan tertekan iaitu perasaan yang dialami oleh badan. ISU KESALAHAN PENGGUNAAN KATA IMBUHAN AWALAN
Rajah di sebelah diambil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) daripada kenyataan akhbar. Kenyataan akhbar yang bertarikh 22 Februari 2021 dapat dikesan terdapat dua kesalahan penggunaan kata pemeri ‘adalah’. Petikan ayat pertama, “Jumlah kumulatif kes Demam Denggi sehingga kini adalah sebanyak 3,877 kes ...” Jika diteliti “...sebanyak 3,877 kes ...” merupakan frasa nama, oleh itu penggunaan kata pemeri ‘adalah’ tidak sesuai dan perlu digantikan dengan kata pemeri ‘ialah’. Contoh petikan ayat yang telah dibetulkan berbunyi “Jumlah kumulatif kes Demam Denggi sehingga kini ialah sebanyak 3,877 kes ...” Petikan ayat kedua, “... jumlah kumulatif kematian adalah sebanyak 3 kematian ...”. Penggunaan kata pemeri bagi petikan ayat ini serupa dengan petikan ayat pertama, iaitu “... jumlah kumulatif kematian ialah sebanyak 3 kematian ...”. Hal ini demikian kerana “... sebanyak 3 kematian ...” merupakan frasa nama. Oleh itu, petikan ayat tersebut perlu diganti dengan kata pemeri ‘ialah’ , menjadi “... jumlah kumulatif kematian ialah sebanyak 3 kematian ...” ISU KESALAHAN KATA PEMERI
Kesalahan kata sendi nama juga turut boleh dikenal pasti pada teks perutusan khas YAB Perdana Menteri Malaysia yang bertarikh 10 April 2020, iaitu kesalahan kata sendi nama ‘di’. Kesalahan ini berlaku kerana frasa “awal ucapan ini” merujuk masa ucapan tersebut disampaikan. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2015), kata sendi nama ‘di’ hanya digunakan di hadapan kata atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Sehubungan dengan perkara itu, frasa “awal ucapan ini” lebih sesuai digandingkan dengan kata sendi nama ‘pada’ untuk menerangkan masa penyampaian ucapan tersebut. ISU KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA
KIni, teknologi ICT yang semakin berkembang, banyak perkataan baru yang muncul. Kebanyakan perkataan baru ini adalah daripada bahasa Inggeris, bahasa Arab dan lain-lain. OLeh itu, bahasa Melayu juga perlu berinteraksi dengan perkembangan teknologi, perdagangan dan kegiatan ekonomi yang bersifat global ini. Kesimpulannya, penggunaan dan penguasaan tatbahasa Melayu akan menjadi lemah jika kerajaan tidak melaksanakan peranannya sebagai penguat kuasa. Setiap kementerian dan agensi kerajaan perlu menunjukkan contoh yang baik dengan usahah memastikan penggunaan bahasa Melayu secara menyeluruh dan betul dalam semua urusan rasmi pentadbiran, sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Maka, jelaslah bahawa semua pihak perlulah memainkan peranan dalam memartabtakan bahasa kebangsaan kita. KESIMPULAN
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pabiyah Toklubok & Che Radiah Mezah. (2011). Penggunaan kata pinjam Arab dalam bahasa Melayu dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Jurnal Linguistik, 13. file:///C:/Users/HP/Downloads/127-Article%20Text-217-1-10-20200828.pdf PERUTUSAN KHAS YAB PERDANA MENTERI MENGENAI COVID-19. (n.d.). https://www.pmo.gov.my/wpcontent/uploads/2020/03/PERUTUSAN-KHAS-YAB-PM-16032020-final.pdf.pdf Nik Safiah Karim, Farid M. Onn & Hashim Musa. (2015). Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mustapha. (2021, January 31). Terfikir bunuh diri kerana hilang kerja. Kosmo Digital. https://www.kosmo.com.my/2021/01/31/terfikir-bunuh-diri-kerana-hilang-kerja/ TEKS PERUTUSAN KHAS YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN PERDANA MENTERI MALAYSIA 10 APRIL 2020. https://www.mof.gov.my/portal/arkib/ucapan/2020/Perutusan-Khas-YAB-PM.pdf RUJUKAN
TERIMA KASIH