Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jawatankuasa Majlis Anugerah Cemerlang, Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan khasnya kepada Ustazah Gamarofizan Binti Zainal Abidin selaku pengetua sekolah kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SMA MAIWP pada kali ini. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya mengadakan program seumpama ini demi menghargai kejayaan dan pencapaian murid-murid dalam bidang akademik. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua murid yang cemerlang di sekolah ini. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Pada hari ini, kita dapat melihat peranan pendidikan telah berubah dengan jelas iaitu murid bukan sahaja ke sekolah untuk belajar malah dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia. Hal ini bertepatan dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia yang mahu melahirkan generasi Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC). Konsep ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Konsep ‘Anak Baik Lagi Cerdik ini juga selari dengan 7 teras utama yang menjadi tunjang KPM, iaitu aspek “Karamah Insaniah” melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti dalam diri seseorang murid. Justeru, kita perlu bersedia melakukan pembaharuan dalam sistem pendidikan melalui dasar dan strategi yang berterusan khususnya ketika negara bakal melangkah ke arah Revolusi Industri (I.R) 4.0. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Anak-anak muda yang ada pada masa kini perlu terhindar daripada terjerumus dengan ideologi yang sempit dan merosakkan minda. Mereka perlu dilahirkan dengan pemikiran yang berdaya saing serta sentiasa berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Dalam hal ini murid-murid haruslah bijak membuat perancangan dan hala tuju mengenai laluan akademik serta kerjaya pada masa akan datang. Insya Allah dengan kebijaksanaan dalam membuat pilihan ketika ini akan mencorakkan masa hadapan yang unggul. Hadirin sekalian, Saya percaya Majlis Anugerah Cemerlang pada hari ini adalah selari dengan matlamat memberi dorongan, memotivasikan murid-murid agar terus berusaha dan melakar kecemerlangan dalam semua aspek yang diceburi. Saya berharap semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bukan sahaja untuk murid yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada peningkatan atau kemajuan. Saya juga mewakili PIBG mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada MAIWP kerana banyak sumbangan yang telah diperuntukkan untuk kejayaan anak-anak SMA MAIWP. Hal ini boleh dilihat melalui peruntukkan perbelanjaan majlis anugerah cemerlang pihak MAIWP telah memperuntukkan sebanyak RM 17,735.00. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung tahniah kepada muridmurid yang akan menerima hadiah nanti atas pencapaian mereka dan diharapkan pencapaian cemerlang tersebut tidak berakhir di sini sahaja. Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bilabila. Segala kejayaan ini tidak seharusnya melekakan kita bahkan memberikan semangat kepada kita untuk terus cemerlang. Para hadirin yang dikasihi sekalian. Saya percaya murid-murid yang mendapat anugerah pada hari yang bermakna ini merupakan mereka yang rajin berusaha dan konsisten dalam usaha kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Saya berharap agar murid yang berjaya ini dapat dijadikan contoh dan ‘role model’ kepada murid-murid yang lain. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua guru kerana berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Cemerlang pada tahun ini. Dengan lafaz BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM saya MERASMIKAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN. Saya akhiri ucapan dengan Wabillahitaufik wahidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih. DR. NUR HAKIMIN BIN NORDIN YDP PIBG SMA MAIWP UCAPAN PERASMI
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, saya ingin menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi yang indah ini bagi meraikan kejayaan anak-anak SMA MAIWP dalam Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Pertamanya bagi pihak sekolah, saya ingin mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr. Nur Hakimin Bin Nordin, Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana sudi merasmikan majlis anugerah cemerlang pada hari ini. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan puan melapangkan masa bersama-sama agar dapat meraikan kejayaan anakanak kita. Saya pasti detik ini akan mereka ingati sampai bila-bila terutamanya dengan kehadiran insan mereka sayangi. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Majlis Anugerah Cemerlang ini merupakan kemuncak pengiktirafan pihak sekolah kepada pencapaian murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum. Pihak sekolah tidak pernah melupakan penghargaan kepada murid-murid yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Kita sedari bahawa majlis seumpama ini wajar diadakan untuk memberikan semangat kepada anak-anak SMA MAIWP untuk terus melakar kejayaan. Setinggi-tinggi tahniah ustazah ucapkan kepada semua penerima hadiah. Ustazah berharap dengan penerimaan anugerah ini akan menjadi pembakar semangat anak-anak untuk terus cemerlang dalam bidang pendidikan. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Tidak dinafian di sebalik kejayaan anak-anak ini sudah tentu adanya insan yang bergelar guru yang sentiasa berusaha sedaya mungkin untuk memastikan anak murid mereka berjaya. Guru-guru inilah insan yang paling gembira dan bangga melihat anak UCAPAN PENGETUA didik mereka berjaya memperoleh kecemerlangan. Seolah-olah semua kerja keras dan pengorbanan mereka sudah terbalas. Saya sangat berbangga dengan barisan guru SMA MAIWP kerana telah memberikan komitmen yang tinggi dalam mendidik anak-anak ini. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan mereka hanya Allah yang mampu membalasnya. Sesungguhnya, kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak kejayaan sebenarnya banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi bersama. Oleh itu, para hadirin sekalian, marilah sama-sama kita berganding bahu menggembleng tenaga bagai aur dengan tebing untuk melakar kejayaan yang cemerlang dalam bidang pendidikan. Hal ini bagi memastikan nama SMA MAIWP sentiasa menjadi buah mulut dalam kalangan masyarakat yang berjaya melahirkan murid-murid yang bukan sahaja celik dari segi akademik tetapi merangkumi sahsiah dan jati diri. Para hadirin yang dirahmati sekalian, Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima anugerah cemerlang dan berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin bagi murid lain dalam mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Anugerah yang diberikan ini merupakan simbolik penghargaan pihak sekolah kepada muridmurid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran mereka. Saya berharap pencapaian yang diperoleh anak-anak ini boleh dijadikan contoh serta ikutan kepada murid lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa akan datang. Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih tidak terhingga kepada jawatankuasa Majlis Anugerah Cemerlang yang berjaya menganjurkan majlis ini dengan lancar dan jayanya. Saya akhiri ucapan dengan Wabillahitaufik wahidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih. PUAN GAMAROFIZAN BINTI ZAINAL ABIDIN PENGETUA SMA MAIWP
PENGENALAN Majlis Anugerah Cemerlang merupakan program yang mengiktiraf kejayaan murid dalam bidang kurikulum. Pengiktirafan ini akan menjadi galakan kepada semua murid untuk berusaha dengan gigih bagi mencapai kejayaan dalam pembelajaran. Majlis ini juga memberi motivasi kepada ibu bapa untuk terus membantu anak-anak mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. OBJEKTIF ❑ Menghargai potensi murid dalam pelbagai bidang ❑ Mengenal pasti murid yang cemerlang ❑ Membentuk keyakinan diri murid dalam pelbagai bidang ❑ Mempamerkan contoh murid cemerlang kepada murid lain ❑ Memberi galakan kepada ibu bapa dalam membantu pihak sekolah meningkatkan prestasi murid dalam pembelajaran. ❑ Membina perasaan Muhibbah antara guru-guru, ibu bapa dan warga SMA MAIWP.
AHLI JAWATANKUASA INDUK PENGERUSI USTAZAH GAMAROFIZAN BINTI ZAINAL ABIDIN PENGETUA TIMBALAN PENGERUSI EN TUAN ZAIDI BIN RAJA ISMAIL PK PENTADBIRAN NAIB PENGERUSI I EN SAHARUDDIN BIN YUSOF PK HAL EHWAL MURID NAIB PENGERUSI II PN ANIDA BINTI SHAMSURI PK KOKURIKULUM NAIB PENGERUSI III PN MASTURA BINTI MANSOR PK TINGKATAN 6 PENYELARAS PROGRAM EN AMIR HAMZAH BIN AB WAHAB SETIAUSAHA KURIKULUM
AHLI JAWATANKUASA KERJA PENYELARAS I : PN FADLIHAYATI BT A. RASHID Pengurusan Majlis En Amir Hamzah bin Ab Wahab (K) Jemputan (Tetamu khas, penerima anugerah, guru dan ibu bapa) Pn Syukriah binti Yusof (K) Pn Nur Fatin Athirah binti Zaini Pn Marlina binti Ab Rashid Pn Nur Harwana binti Abd Wahid Buku Program Pn Nur Zakirah binti Mohd Sutan (K) Pn Siti Syakirah binti Yaacob PENYELARAS II : CIK NURUL AFRAH BINTI ABD RASHID Penerima Sijil & Anugerah Pn Nur Ashekin binti Che At (K) Pn Nor Hairani binti Hazil Pazilah Pn Nabilah binti Mustapa Pn Umi Kalsum binti Tajuddin Pn Halimatun Saadiah binti Jusoh Hadiah & Cenderamata Pn Siti Nortasnim binti Md Shukri (K) Pn Nurul Hasfarina bt Abdul Rahman Pn Siti Noor Akma binti Mat Ripin Pn Asma Hamizah bt Mohamad Ghazali Pn Ayuna bt Ahmad Pn Nur Atiqah binti Mat Lazim Pn Anis Suraya binti Ahmad Penyediaan Sijil-sijil Pn Nadiah binti Hadri (K) Pn Norwahidayah binti Ramli Pengurus Penerima Anugerah Pn Wardina Racheale binti Harry (K) Pn Shaheliza binti Amran En Mohd Firdaus bin Abdul Wahab Cik Norhazami binti Hashim Pn Nurul Syafinas binti Mazlan Pn Syazana binti Mohd Salahudin Abdul Razak
AHLI JAWATANKUASA KERJA PENYELARAS III: PN ROSNANI Perhiasan Pentas, Persiapan Tempat & Kebersihan Pn Muniyuslita binti Mat Yusof (K) Cik Roslizawani binti Mohd Noor Pn Nor Azlima Binti Kostor En Mohammad Zulkarnaen Bin Kamarudin En Muhammad Habib bin Mustapha En Mohd Shahrul Bin Abd Razak En Muhammad Luqman Hakim bin Mohamad ‘Asri Pn Siti Aishah binti Abdul Aziz Pn Siti Mardhiyah Syahida bt Mohd Hamdan Pn Izyan Nadhirah bt Mohammad Izani Pn Nur Syuhada binti Zaini Pn Amirah binti Ahmad Azmil Pn Amirah Mariah bt Abdullah Pn Siti Zaitun bt Mohd Yusof Promosi & Hebahan En Mohd Farhan bin Mat Isa (K) En Zulkifly bin Che Husin En Muhammad Zulfaisal bin Omar Teknikal & Siaraya En Muhammad Norfadhli bin Mohd Arif (K) En Mohd Rafiuddin bin Mazlan En Ahmad Nabil Fikri bin Amran PENYELARAS UNIT IV: PN SURIANI BT KOMENG Juruacara Majlis En Mohd Azni bin Abu Hassan (K) Pn Fatin Nabilah binti Saiman Pembaca Doa En Mohd Tarmizi bin Abdullah Teks Ucapan Perasmi dan Pengetua Pn Nurul Aklima binti Razali Jamuan Pn Noor Suriati binti Mohamad (K) Pn Salina binti Md Salleh
AHLI JAWATANKUASA KERJA PENYELARAS V: PN HANIZAH BINTI KAMARUDIN Disiplin, Keselamatan dan Lalu Lintas En Kashful Anuar bin Ahmad (K) En Muhammad Zulfaisal bin Omar Pn Khadijah binti Alang Abdul Shuker Pn Nur Hidayah binti Mohd Yusof Dokumentasi / Mengurus Pengambilan Gambar Penerima Anugerah Pn Siti Aishah binti Zainudin (K) En Dzulhilmi bin Roslan Sidang Redaksi Persembahan En Mohd Aimi Syakir bin Mohd Sukeri (K) En Mohd Firdaus bin Mazani Pn Noor Hazwani binti Adam En Mohd Tarmizi bin Abdullah
ATUR CARA 7.30 pagi Pendaftaran Penerima Anugerah dan ibubapa 8.00 pagi Ketibaan Tetamu VIP 8.30 Pagi Asma Ul Husna, Nyanyian Negaraku & Lagu Sekolah Kata Alu-aluan Pengacara Majlis Bacaan Doa Ucapan Pengetua Ucapan Perasmi Penyampaian Hadiah 1 Ujian Akhir Sesi Akademik Peperiksaan Akhir Sesi Akademik Persembahan 1 : Laungan Azan Penyampaian Hadiah 2 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Persembahan 2 : Nyanyian Nasyid Penyampaian Hadiah Mata Pelajaran Peningkatan GPMP STAM Peningkatan GPMP SPM Anugerah Emas SPM GPMP di bawah 1.0 Penyampaian Anugerah Tokoh STAM Terbaik Penyampaian Anugerah Tokoh SpM Terbaik 12.30 Tengah Hari Majlis Bersurai
ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2023 TINGKATAN 1 1 FIRDAUS : 1. AHMAD ADAM SYAHMI BIN AHMAD SUHAIMI 2. MUHAMMAD AIMAN AKIF BIN MOHD SUFFIAN 3. MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHD FAIRUS 1 NAEEM : 1. AININ SOFEA BINTI MOHD FAIZAL 2. IFFAH MARDHIAH BINTI LIM ANN THIAM 3. AHMAD FAIZ ZIKRI BIN AMILIN 1 MA‘WA : 1. AIDA HADIRAH BINTI AHMAD ROSLI 2. ADAM HAIQAL BIN MOHD HAIRIL 3. AMIRA FATINI BINTI SUBARDI 1 ADNI : 1. NUHA KASYIFAH BINTI ROZLAN 2. NUR NISRINA AFIQAH BINTI AHMAD SYAKIR 3. NUR ZARA SOFEA BINTI NUR HAKIMIN 1 RAYYAN : 1. NURIN ZAHIRAH BINTI MOHAMMAD FAIRUS 2. NUR DALILAH FATHIAH BINTI ABDULLAH 3. FARRA NURSYAQEERA BINTI NOOR SAFARUDDIN TINGKATAN 2 2 FIRDAUS : 1. YASMIN ALESYA BINTI SAZARIN 2. NUR ALYA BATRISYIA BINTI MOHD FAIZ 3. MUHAMMAD AR RAYYAN BIN RAZDAN 2 NAEEM : 1. IRFAN MUQRI BIN MOHD HEZRI 2. MUHAMMAD AIMAN BIN NUR ALAM 3. MUHAMMAD DARWISH BIN MUHAMMAD AZHARI 2 MA‘WA : 1. NUR AIN SYUHADA BINTI ZAR‘AI 2. UMAIRA AQEELAH BINTI IZAM 3. MUHAMMAD SYAMIL MUAZ BIN MOHD SHAMSUDDIN 2 ADNI : 1. MUHAMMAD AHNAF DANISH BIN ZA MOHD ZAIN 2. NUWAIR ANIQ BIN MUHAMMAD NORHAFIZ 3. ANIS ALEESYA BINTI ANIF HAFIZAL 2 RAYYAN : 1. SYAFI HANA BINTI SAIFUL AZRUL 2. NUR DANIA FATIHAH BINTI ABDULLAH 3. NUR ZULAIHA BINTI MOHD ZULKIFLI
ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK 2023 PEPERIKSAAN AKHIR SESI AKADEMIK 2023 TINGKATAN 3 3 FIRDAUS : 1. WAN NUR DAMIA BINTI WAN MOHD FAKHZAN 2. HADIF SAFWAN BIN ZULKARNAIN 3. NURLIYANA SAKINAH BINTI MUHAMAD ZAINI 3 NAEEM : 1. KHALIF AKHYAR BIN KAMAL AMIR 2. ALYA AFIQAH BINTI SHAWAL 2. NUR HAJAR SOFFIYAH BINTI MOHAMMAD RADZI 3 MA‘WA : 1. NUR ANIM SHANIZA BINTI MOHAMAD MISRI 2. ALYA MAISARAH BINTI ABD RAHMAN 3. NURULHUSNA BINTI MOHD FAIRUS 3 ADNI : 1. AKIF MUQRI BIN MOHD HADAFI 2. ANISA QASRINA BINTI MAHAPIZ 3. FARZANA MAISARAH BINTI JAAFAR 3 RAYYAN : 1. NUR HADIRAH ALYA BINTI MOHD AZLAN 2. AHMAD SAFWAN BIN ALIASAK 3. ZAHIRUL IZZUDDIN BIN ZAINARUL IZWAN TINGKATAN 4 4 FIRDAUS : 1. SITI NURFARWIZAH SAFIYAH BINTI MOHD FADZLE 2. AISYA SAFIA BINTI HASRUL AZRE 3. NUR AIN HUSNA BINTI ZAINULIZAM 4 NAEEM : 1. DHIYA' FAHMI BIN MOHD KHAIRI 2. MUHAMMAD DZAFRAN BIN MOHD HARIS 3. SITI ADRIANA BINTI MAHMUD 4 MA‘WA : 1. HUSNA BINTI FAISAL 2. MOHAMAD ADAM HAKIMI BIN MOHAMAD NAJMI 3. SARAH ALYSHA BINTI EZLY AMER 4 ADNI : 1. AHMAD WAFI BIN ABDUL RAHMAN 2. ADIB IRFAN BIN RAZI 3. SYAHIERA BINTI SHAMSUL HAKIM 4 RAYYAN : 1. MUHAMMAD AQEEF HAKIMI BIN AHMAD HAMDAN 2. AKIF NUKMAN BIN AZNAM 3. MUHAMMAD SALAHUDDIN BIN MOHD MAHADI
ANUGERAH MURID PENCAPAIAN TERBAIK KESELURUHAN TINGKATAN 1 : AHMAD ADAM SYAHMI BIN AHMAD SUHAIMI - 1 FIRDAUS ANUGERAH MURID PENCAPAIAN TERBAIK KESELURUHAN TINGKATAN 2 : YASMIN ALESYA BINTI SAZARIN - 2 FIRDAUS ANUGERAH MURID PENCAPAIAN TERBAIK KESELURUHAN TINGKATAN 3 : WAN NUR DAMIA BINTI WAN MOHD FAKHZAN - 3 FIRDAUS ANUGERAH MURID PENCAPAIAN TERBAIK KESELURUHAN TINGKATAN 4 : DHIYA' FAHMI BIN MOHD KHAIRI – 4 NAEEM
ANUGERAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN AWAM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) SPM 7A SPM 8A NUR SHAFIQAH AQILAH BINTI SYAHRUL ZAMRI DAIM FIRNAS BIN SUHAR NUR YASMIN HANNANI BINTI SHAHRIL LIA NATASHA BINTI ZULKEFLEE MUHAMMAD AMIRUL UMAR BIN KHAIRULNIZAM NUR IRDINA SAFIAH BINTI SUPARDI MUHAMMAD KHAIZURAN DARWIS BIN MOHD EARMY NUR KHAYRIN BINTI AZMAN MUHAMMAD IEYMAN HAKIEM BIN ZULKIFLI NUR IRDINA MADIHA BINTI ABD SAMAD MUHAMMAD LUQMAN SHAH BIN RADZMIN SHAH MUHAMMAD WAZIF IRFAN BIN MOHAMAD RAZLAN AISYAH NURAINI BINTI MUHAMMAD FAUZAN NUR FARAH DIANA BINTI MOHD FAUZI NURIN MAISARAH BINTI BURHANUDDIN MUHAMMAD AMMAR RAFAEL BIN RIZALMAN MOHAMAD DANISH BIN MOHD NORDIN NURIN FAQIHA BINTI AHMAD KHALID AHMAD NUR ILMAN BIN MOHD YUSMAN MUHAMMAD IZZUDIN AMIN BIN MOHD NAJIB NURMYSA BINTI NORAIRUS ADLINA BINTI MOHAMAD DIN NUR NABIELA BALQIS BINTI ARWIN AISYAH NAJATUL IESYA BINTI MD NASIR NOORAZAN SHAZREENA BINTI SUHYMEE NURUL QYSTINA MAISARAH BINTI MOHD PAUZI NAYLI BINTI SURYADI FARAH ZAKIAH HUSNA BINTI ZAINUL RIJAL ZARIF DANISH BIN KHAIRIL EFFENDY MUHAMMAD NAQIB AFDHAL BIN MUHAMMAD NAUFAL AFFANDI AHMAD HAKIMIE BIN FAZULI SALADIN BIN HASSANURI MOHAMMAD HAZIQ HAIKAL BIN HAMIZI
ANUGERAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN AWAM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) SPM 9A SPM 10A NURIN AISYAH BINTI ZULHAJIZI AMIRUL LUQMAN BIN EZLY AMER HIDAYAH AISYAH BINTI HASSAN TERMIZI MUHAMAD IRFAN SAFWAN BIN MD ISHAK MUHAMMAD AHNAF AIMAN BIN ZA MOHD ZAIN MUHAMMAD ADAM HARITH BIN SHAHRULNIZAM MOHAMAD AQIL SALIHIN BIN MOHD SULAIMAN PUTERI NUR AREEFA AQEELA BINTI ROSLAN MUHAMMAD DANISH ARMAN BIN MANSOR NUR IMAN BATRISYIA BINTI BAHRIN SITI NUR AIDA BINTI MOHD IDZHAM NURUL HUSNINA BINTI JAMALUDIN SAHIL AMIN BIN SUDASI NUR SYAKIRAH BINTI MOHD SYAROL SYAMSOL NUR AQILAH BALQIS BINTI ZULKIFLEE SAIDATUL SAKURA BINTI ABD. RASHID SYAFIQAH AMIRAH BINTI SURIADI SITI IZZAH HAZIQAH BINTI AMILIN MUHAMMAD ASFAH HAZIEM BIN MOHD NASIR NUR AZWA SAFRINA BINTI MUHAMAD FAIZAL AHMAD SYAMIL BIN MAHMUD AMIERA FILZA SYAHIRAH BINTI MOHD SAHIR
ANUGERAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN AWAM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) SPM 11A MUHAMMAD IMAN SOLIHIN BIN MOHD BADRI DIYANA AFIQAH BINTI NORHAFIZAN SYAZA ZUHAIRA BINTI AHMAD RADZI MUHAMMAD ADAM BIN MOHD NAZARUDIN SHAM INTISAR BINTI MOHAMAD ZAIDIR MAIZATUL EIYYNA ARIF BINTI ARIFAI MUHAMMAD AIMAN DANIAL BIN MOHD AMIR AUFA NABILA BINTI ASHRAF MUHAMMAD SAFWAN BIN MARZUKI IZZUL MIRZA BIN MOHD KHALIL AZMI AIN WAFIYYAH BINTI MOHD AJIB WAN MUHAMMAD AZHAD BIN WAN SUHAIMI
ANUGERAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN AWAM SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) JAYYID JIDDAN MUMTAZ NURIN MUSFIRAH BINTI MAHADI NUR AMNI AFRINA BINTI YOSDI MUHAMMAD HARITH BIN SYAHRUDIN MUHAMMAD FAIZ ASYRAAF BIN MOHAMED FAIZAL ABDUL MUHAIMIN BIN MUHAMAD SHAMSUDIN BATRISYIA NUR KAMILIA BINTI AHMAD NAJIB NAJAA AMALYN BINTI RASHAHAR SYAZMIR IRFAN BIN SYOFIAN ANUGERAH TOKOH PELAJAR TERBAIK STAM 2023 : BATRISYIA NUR KAMILIA BINTI AHMAD NAJIB ANUGERAH TOKOH MURID TERBAIK SPM 2023 : MUHAMMAD IMAN SOLIHIN BIN MOHD BADRI
ANUGERAH PENINGKATAN GRED PURATA MATA PELAJARAN (GPMP) SPM TAHUN 2023 NUR ASHEKIN BINTI CHE ‘AT MATEMATIK NORHAZAMI BINTI HASHIM MATEMATIK NOOR HAZWANI BINTI ADAM MATEMATIK HANIZAH BINTI KAMARUDIN MATEMATIK MARLINA BINTI AB RASHID BAHASA INGGERIS NURUL AFRAH BINTI ABD RASHID BAHASA INGGERIS STAM TAHUN 2023 MOHD SHAHRUL BIN ABD RAZAK TAUHID DAN MANTIQ MUHAMMAD HABIB BIN MUSTAPHA HADITH DAN MUSTOLAH SITI AISHAH BINTI ABDUL AZIZ ADAB DAN NUSUS SITI HALIMAH BINTI SIDEK ADAB DAN NUSUS SITI MARDHIYAH SYAHIDA BINTI MOHD HAMDAN HIFZ QURAN WA TAJWID NUR HIDAYAH BINTI MOHD YUSOFF BALAGHAH MASTURA BINTI MANSOR INSYA DAN MUTALAAH
ANUGERAH EMAS SPM TAHUN 2023 (GPMP BAWAH 1.0) HANIZAH BINTI KAMARUDIN SAINS HALIMATUN SAADIAH BINTI JUSOH SAINS NUR ASHEKIN BINTI CHE ‘AT MATEMATIK NORHAZAMI BINTI HASHIM MATEMATIK NOOR HAZWANI BINTI ADAM MATEMATIK
SIJIL PENGHARGAAN SPM TAHUN 2023 MOHD FIRDAUS BIN MAZANI AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH MASTURA BINTI MANSOR AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH SURIANI BINTI KOMENG AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH NURUL SYAFINAS BINTI MAZLAN AL-LUGHAH AL-ARABIAH AL-MUASIRAH SITI AISHAH BINTI ZAINUDIN BAHASA MELAYU SAHARRUDIN BIN YUSOF BAHASA MELAYU ROSLINA BINTI MOHAMAD BAHASA MELAYU FADLIHAYATI BINTI A. RASHID SEJARAH NUR HARWANA BINTI ABD WAHID SEJARAH SITI ZAITUN BINTI MOHD YUSOF SEJARAH MOHD TARMIZI BIN ABDULLAH SYARIAH AMIR HAMZAH BIN AB WAHAB SYARIAH DZULHILMI BIN ROSLAN SYARIAH KASHFUL ANUAR BIN AHMAD USULUDDIN NUR HIDAYAH BINTI ABD RAZAK USULUDDIN SITI NOOR AKMA BINTI MAT RIPIN USULUDDIN MOHD FARHAN BIN MAT ISA ADAB WA BALAGHAH FAUZIAH BINTI MD ISA BIOLOGI UMI KALSUM BINTI TAJUDDIN BIOLOGI ROSNANI BINTI RUSLAN EKONOMI SITI SYAKIRAH BINTI YAACOB FIZIK FATIN NABILAH BINTI SAIMAN KIMIA NOR HAIRANI BINTI HAZIL PAZILAH KIMIA MUHAMMAD ZUL-FAISAL BIN OMAR MANAHIJ ULUM AL-ISLAMIAH MOHD FIRDAUS BIN ABDUL WAHAB MATEMATIK TAMBAHAN NOOR SURIATI BINTI MOHAMAD PRINSIP PERAKAUNAN SALINA BINTI MD SALLEH PRINSIP PERAKAUNAN
SIJIL PENGHARGAAN STAM TAHUN 2023 ZULKIFLY BIN CHE HUSIN NAHU SARF NABILAH BINTI MUSTAPA ARUDH DAN QAFIYAH NURUL HASFARINA BINTI ABDUL RAHMAN TAFSIR DAN ULUMUHU MUHAMMAD HAFIZ BIN SULIMAN FIQH MARLINA BINTI AB RASHID MUET
SEKALUNG PENGHARGAAN Seluruh warga SMAMAIWP mengucapkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Tahun 2024.