The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shasharasujairii, 2023-11-22 00:07:48

measured drawing

PAHANG

RUMAH PERKAMPUNGAN TRADISIONAL KAMPUNG PADANG. NO. 84 LORONG SHAMSUDIN KAMPUNG PADANG 25200 ,KUANTAN,PAHANG


S Y A F I Q A H B I N T I A Z M I ( 0 2 D S B 2 1 F 1 0 1 5 ) N U R F A T H I A H B I N T I M D F A I S A L ( 0 2 D S B 2 1 F 1 0 0 3 ) N U R A Q I S Y A B A L Q I S B I N T I E L I A S ( 0 2 D S B 2 1 F 1 0 3 7 ) J U L I E Y A N A N A T A S H A A M Y R A B I N T I A B D U L H A L I M ( 0 2 D S B 2 1 F 1 0 0 7 ) N U R A L I A H B I N T I M O H D N I Z A M ( 0 2 D S B 2 1 F 1 0 4 1 ) N U R A I N A A M A L I N B I N T I A Z L A N ( 0 2 D S B 2 1 F 1 0 0 4 ) S H A S H A R A N U R A T H I R A H B I N T I S U J A I R I ( 0 2 D S B 2 1 F 1 0 3 0 ) M U H A M M A D A M R I E I M A N B I N M O H D A F E N D I ( 0 2 D S B 2 1 F 1 0 4 9 ) M U H A M M A D A M I R U L A I M A N B I N S Y A I F U L H A S M E I Z A ( 0 2 D S B 2 1 F 1 0 3 5 ) G R O U P M E M B E R S RUMAH PERKAMPUNGAN TRADISIONAL KAMPUNG PADANG. NO. 84 LORONG SHAMSUDIN KAMPUNG PADANG 25200 ,KUANTAN,PAHANG


Mengikut cerita orang terdahulu, Sungai Pahang yang bertentangan dengan kampung kembahang, terdapat sebatang pokok kayu mahang yang besar rebah melintang menyeberangi sungai itu. dari pokok mahang kononnya berasal nama negeri pahang darul makmur itu. Negeri Pahang Darul Makmur ini dikenali sebangai Inderapura pada masa dahulu , dan disebut sebagai Pahang Inderapura. Pada masa itu, Pekan merupakan ibu negeri Pahang dan merupakan Bandar diraja. Pekan terkenal sehingga kini. Negeri Pahang merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia . Ia terletak berhampiran dengan negeri Terengganu dan Johor. Pahang terbahagi kepada sebelas daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Temerloh, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highland dan Bera. Negeri Pahang Darul Makmur ialah sebuah negeri yang terbesar di semenanjung tanah melayu dengan keluasan 35,515 kilometer persegi. kemasyhuran dan kehebatan namanya pada masa dahulu menjadi rebutan kerajaan yang ada di sekelilingnya. manakala penduduknya pula terdiri dari berbagai kaum dan bangsa. PAHANG


Kuantan ialah ibu negeri Pahang dan juga sebuah daerah, Negeri ini merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia dan ketiga terbesar di Malaysia dengan keluasan lebih kurang 36,000 km . Penduduk Kuantan terdiri daripada 50% orang Melayu, 37% orang Cina, 10% orang India dan 1% merupakan kaum - kaum lain .Kuantan terletak berhampiran Sungai Kuantan menghadap ke Laut China Selatan. Pusat Pentadbiran negeri Pahang telah berpindah ke Kuantan dari Kuala Lipis sejak tahun 1976. KUANTAN Kuantan dipercayai telah wujud semenjak awal tahun 1850-an lagi. Kewujudan Kuantan pada kurun ke-19 adalah bermula sebagai penempatan. Hal kewujudan Kuantan ini telah pun disentuh oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun 1851. Pada abad ke-19, pendatang dari Sumantera (Indonesia) dipercayai telah membuka penempatan di tebing Sungai Kuantan, khusunya di sekitar Teruntum yang terletak berdekatan Hospital Tengku Ampuan Afzan pada hari ini.


Melalui penceritaan daripada Encik Mohd Nasrudin Bin Abdul Manaf atau lebih dikenali sebagai Pak Andak, sebelum tahun 1968. Penempatan asal penduduk di Kampung Padang adalah di kawasan sungai dan sawah padi yang dipanggil Kampung Padang Pantai. Pada tahun 1968, kawasan Kampung Padang kerap terjadinya banjir maka para penduduk telah membuat keputusan untuk memindahkan barang barang dan sebahagian rumah mereka ke kawasan yang agak jauh daripada sungai dan sawah. Pemindahan tersebut telah mengambil masa yang agak lama sehinggakan mereka tidak boleh pergi secara balik hari atas faktor jarak dan barangbarang yang terlalu besar dan banyak. Oleh itu, sejurus tiba di kawasan yang sesuai untuk membuat penempatan baru mereka telah membina sebuah pondok (dibahagian dapur rumah sekarang) berfungsi sebagai tempat rehat dan memasak. Mereka juga menanam pelbagai pokok buah-buahan seperti rambutan, durian, tebu dan sebagainya untuk kelangsungan hidup pada masa akan datang. LATAR BELAKANG


DINDING Dinding merupakan satu struktur yang berfungsi sebagai sempadan bangunan serta struktur yang boleh menyokong dan menstabilkan beban. Disamping itu, dinding juga merupakan struktur yang memisahkan ruang dalam bangunan kepada bilik serta melindungi kawasan yang terbuka. Hampir keseluruhan dinding rumah Tradisional Kampung Padang menggunakan jenis tindih kasih .Selain itu, terdapat juga sesetengah ruang yang menggunakan material seperti konkrit iaitu dapur dan tandas. Dinding playwood digunakan pada setiap ruang bilik. Hampir kesemua dinding dalam rumah menggunakan playwood bagi membahagikan ruang


STRUKTUR LANTAI Lantai kayu ialah susunan struktur yang menggabungkan gelegar, papan lantai dan rasuk yang berfungsi sebagai membezakan diantara bahagian luar dan dalam rumah. Ia juga berfungsi sebagai pelapik untuk dipijak dan dapat memberikan pengudaraan melalui bahagian bawah rumah. Lantai kayu yang ringkas dan praktikal menggunakan reka bentuk yang sama dan seragam. Papan lantai dipaku atau diikat antara satu sama lain di atas gelegar lantai yang diletakkan dengan bertentangan. Gelegar - gelegar tersebut dilekatkan pada rasuk yang menampung beban dan disebarkan pada tiang. Tidak mempunyai apa-apa hiasan pada lantai kerana fungsinya dan kedudukannya. Struktur lantai bangunan rumah ini menggunakan bahan daripada kayu cengal yang dipotong mengikut saiz keperluan, dipaku atau ditanggampada gelegar lantai yang bertujuan menyokong papan lantai tersebut.


Tiang yang terdapat pada rumah ini adalah sebanyak 2 jenis yang diperbuat daripada batu konkrit dan kayu. Tiang batu konkrit merupakan tiang yang dibuat menggunakan acuan segiempat dan perbezaan jenis tiang ini hanya terletak pada keberadaan tiang tersebut serta saiznya. Jumlah tiang batu konkrit yang terdapat pada tingkat bawah bangunan rumah ini adalah sebanyak 38 batang manakala terdapat 4 batang tiang kayu di depan bangunan rumah ini. Kebanyakkan tiang-tiang ini terletak di bahagian bawah bangunan, sekeliling bangunan rumah dan di bahagian bilik bilik dalam rumah tersebut. Susunan tiang konkrit ini mempunyai hiasan yang ringkas pada badan tiang batu konkrit serta berbentuk segi empat. Ukiran pada tiang ini juga ringkas dengan hanya sedikit bentuk melengkung. Tiangnya tidak terlalu tinggi hanya 1200mm serta kedudukan satu sama lain boleh diletakkan berdekatan mahupun berjauhan antara satu sama lain. Di bahagian tingkat atas pula terdapat 28 batang tiang konkrit manakala bagi tiang kayu adalah sebanyak 10 batang. Tiang ini kebanyakkan adalah selari antara satu sama lain PINTU DAN TINGKAP


Tingkap dan pintu memainkan peranan yang penting dalam pengudaraan dan pencahayaan. Terdapat beberapa jenis pintu yang digunakan. Bahan pintu yang digunakan kebanyakkannya berpanel kayu. PINTU DAN TINGKAP Kebanyakkan pintu yang digunakan mempunyai satu panel sahaja .Hanya pintu utama rumah menggunakan jenis kayu yang mempunyai dua panel . Terdapat beberapa jenis tingkap yang terdapat di rumah ini . Contohnya seperti tingkap yang mempunyai 2 panel , 3 panel dan 4 panel.


BUMBUNG Pada keseluruhan rumah ini terdapat dua jenis bumbung iaitu berbentuk tebar layar dan bumbung layang. Pada bahagian hadapan bangunan, bumbung yang digunakan adalah bumbung tebar layar manakala bumbung di bahagian dapur sebelah luar dan tandas menggunakan bumbung layang. Bumbung tebar layarnya mempunyai bukaan untuk tujuan pencahayaan semulajadi terutama di dapur. Bumbung merupakan elemen yang penting bagi sesuatu bangunan. Bumbung merupakan struktur paling atas yang dibina untuk melindungi bangunan daripada kesan cuaca seperti panas, hujan, angin dan habuk. Bumbung dapat membawa nilai kecantikan estetika pada bangunan itu sendiri. Jika bangunan tanpa bumbung atau bumbung rata, ia akan kelihatan tidak begitu manarik. Rekabentuk bumbung banyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran, faktor tradisional dan sosial.


PERINCIAN Ukiran tulisan khat yang digunakan pada pintu masuk utama rumah, dipasang setelah rumah itu selesai disiapkan . Awan larat Balustrade


Rumah Tradisional Kampung Padang dan Rumah Tradisional Kampung Baru mempunyai persamaan pada bahagian kerawang yang berada depan bumbung . kedua-dua kerawang ini berbentuk sama tetapi berlainan corak . kerawang Rumah Tradisional Kampung Baru diperbuat daripada kayu manakal Rumah Tradisional Kampung Padang diperbuat daripada besi berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat. KERAWANG


Persamaan pada tangga batu Rumah Kampung Padang dan Rumah Tradisional Kampung Baru dapat dilihat daripada jenis tangga yang digunakan. Rumah Tradisional Kampung Padang menggunakan tangga batu yang kelihatan menarik iaitu berbentuk melengkung dan mengembang manakala Rumah Tradisional kampung baru juga menggunakan tangga batu tetapi rekabentuknya terlihat biasa dan tegak. Kedua-dua tangga batu ini dapat dilihat di hadapan rumah yang menghubungkan tanah dan beranda rumah. TANGGA BATU Rumah tradisional Melayu memerlukan tangga untuk sampai ke kawasan pedalaman tinggi. Biasanya tangga disambungkan pada bahagian depan tanah dari rumah untuk serambi (anjung atau ruai). Tangga tambahan mungkin ditemui di belakang rumah. Tangga boleh dibuat daripada kayu atau bata struktur ditutup dengan jubin yang cantik dan menarik. Di rumah ini terdapat sebuah tangga di bahagian hadapan pintu masuk rumah. Tidak ada banyak perbezaan di antara tangga pada bangunan rumah ini dengan tangga kediaman yang lain. Tangga ini diperbuat daripada batu konkrit dan dipasang jubin bercorak abstrak berwarna hijau, ia juga mempunyai bentuk melengkung dan mengembang. Selain itu, warna tangga yang bersesuaian menambahkan lagi seri pada tangga tersebut.


Susun atur pelan lantai Rumah tradisional kampung padang Pada tahun 1970 ini berbentuk segi empat tepat dan dibina menggunakan kayu tetapi ada bahagian yang dibina menggunakan konkrit iaitu pada bahagian belakang dapur dan tempat basuh baju rumah ini mempunyai 38 kolum yang berfungsi sebagai struktur untuk menyokong beban struktur rumah. SUSUN ATUR PELAN LANTAI RUANG TAMU UTAMA RUANG UTAMA RUANG SOLAT RUANG UTAMA RUANG UTAMA 2 BILIK TIDUR UTAMA BILIK TIDUR 1 BILIK TIDUR 2 BILIK TIDUR 3 BILIK TIDUR 4 BILIK TIDUR 5 DAPUR TEMPAT BASUH PAKAIAN LEGEND


Ruang tamu di rumah yang menjadi tempat berehat untuk ahli keluarga dan tempat tetamu datang RUANG TAMU LEGEND RUANG TAMU UTAMA RUANG TAMU RUANG SOLAT


BILIK TIDUR BILIK TIDUR UTAMA BILIK TIDUR 1 BILIK TIDUR 2 BILIK TIDUR 3 BILIK TIDUR 4 BILIK TIDUR 5 LEGEND


DAPUR & RUANG MAKAN DAPUR RUANG MAKAN LEGEND


Berdasarkan kajian yang telah para pelajar jalankan terhadap Rumah Tradisional Kampung Padang, Perkampungan Tradisional Kampung Padang, Kuantan, Pahang dapatlah disimpulkan di sini bahawa rumah tersebut adalah sebuah rumah tradisional dan mempunyai nilai-nilai warisan yang tinggi. Nilai-nilai warisan yang terdapat pada rumah ini harus dijaga dan dipelihara dengan baik bagi mengekalkan reka bentuk tradisional tersebut supaya dapat dihayati oleh generasi-generasi yang akan datang. Selain daripada itu, dengan mendokumentasikan laporan ini juga akan turut membantu dalam proses mengekalkan serta memelihara keaslian Rumah Tradisional Kampung Padang, dan diharapkan agar laporan ini akan menjadi antara bahan rujukan kepada masyarakat untuk masa akan dating mengenai rumah tradisional yang terdapat di Malaysia. KESIMPULAN


RUJUKAN 1) Temu Bual • En. Nordin Bin Abdul Manaf - Merupakan tuan bagi rumah yang dipilih untuk melakukan kerja mengukur - Telah menetap sejak rumah itu dibina selama 48 tahun. 2) Melawat Tempat Kajian • Rumah Tradisional Kampung Padang, Perkampungan Tradisional Kampung Padang.


Diusahakan di bawah: Program Diploma Seni Bina Sesi 1 2023/2024 AHLI-AHLI: SYAFIQAH BINTI AZMI NUR FATIHAH BINTI MD FAIZAL NUR AINA AMALIN BINTI AZLAN JULIEYANA NATASHA AMYRA BINTI ABD HALIM SHASHARA NUR ATIRAH BINTI SUJAIRI MUHAMMAD AMIRUL AIMAN BINTI SYAIFUL HASMEIZA NUR AQISYA BALQIS BINTI ELIAS NUR ALIAH BINTI MOHD NIZAM MUHAMMAD AMRI EIMAN BIN MOHD AFFENDI 02DSB21F1015 02DSB21F1003 02DSB21F1004 02DSB21F1007 02DSB21F1030 02DSB21F1035 02DSB21F1037 02DSB21F1041 02DSB21F1049 EN.HALIM BIN BAHARUDIN PN.NOOR AZIDAH BINTI ABDULLAH PN.NURFARIHAH BINTI MOHD ROZI PN ROSMIZA BINTI WIRA PENSYARAH:


SINOPSIS Rumah ini terletak di Perkampung Tradisional Kampung Padang Kuantan, Pahang . Bangunan ini berusia 48 tahun dan telah dihuni oleh dua penghuni . Rumah ini telah direka dan dibina sepenuhnya daripada penghuni asal rumah ini iaitu Abdul Manaf. Buku ini menceritakan tentang ruang dalam, struktur bangunan dan reka bentuknya.


Click to View FlipBook Version