The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sharenivy7, 2023-04-16 10:11:37

flipbook ivy sharenna BC22160204

flipbook ivy sharenna BC22160204

NAMA : IVY SHARENNA KASSIM NO IC : 020616-12-0210 NO MATRIKS : BC22160204 EMAIL : [email protected] TUGASAN CV10602 : PENERBITAN GRAFIK FOTO DIGITAL II


Tugasan semester 1


SERAMIK PENGENALAN Seramik adalah barangan yang dihasilkan daripada Tanah yang mempunyai sifat plastik, lalu dilembutkan dengan air, dan dikeringkan dengan angin serta dikeraskan dengan api untuk menghasilkan sebuah seramik yang sempurna. Setiap barangan yang Bernama seramik harus dibakar. Perkataan seramik diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu “CERAMIC” yang berasal daripada Greek iaitu “keramos” yang mempunyai makna barangan yang bersifat keras dan rapuh diperbuat daripada tanah liat. 4 L A K A R A N


. Karya yang dihasilkan bertajuk “ Culture and Nature of Borneo” adalah Arca yang bertemahkan Borneo. Dalam karya ini terdapat Gunung Kinabalu yang dikenali sebagai Gunung tertinggi di Sabah dan ianya adalah satu kebanggaan orang sabah. Seterusnya dalam karya ini terdapat bunga Refflisia . Bunga ini adalah Bunga yang terbesar di sabah. Selain itu, terdapat Gong . gong ini adalah alat muzik yang dibunakan oleh bangsa dan budaya sabah seperti dalam majlis keramaian seperti perkahwinan Serta digabungkan juga dengan Tajau juga adalah seramik yang digunakan untuk dijadikan alat hantaran dan tempat minuman tradisional budaya Dusun, Murut, dan kadazan. Penggabungan daripada budaya dan alam sekitar membuat pengkarya menamakan tajuk karyanya “Culture and Nature of Borneo”. Warna yang digunakan pada papan adalah warna coklat. Pengkarya menggunakan warn aitu adalah untuk menunjukkan semua Budaya dan alam sekitar yang berada di atas Tanah Air Sabah. Tujuan pengkarya ini membuat karya ini adalah untuk mengingatkan budaya yang ada di sabah agar tidak ditelan zaman. Dalam Proses pembuatan karya ini, pengkarya dapat mengeksplor lagi tentang budaya dan alam sekitar yang ada di Sabah. Teknik ini dilakukan dengan cara mengikut garis yang sudah ditetapkan. Selepas itu disambungkan kepada bahagian-bahagian yang suda dibentukkan. Tanah liat ini dipotong menggunakan pemotong. Dalam mempelajari kursus seramik ini dapat menambah ilmu dalam mengenali seramik.


Dalam tugasan ini kami ditugaskan untuk menghasilkan tugasan berkaitan dengan grafik seperti Brochur dan portfolio tenatng Galeri Azman Hashim seperti di bawah : CV10902 PENERBITAN GRAFIK FOTO DIGITAL


DALAM MENGHASILKAN KARYA DIGITAL SEPERTI INI DAPAT MEMPROMOSIKAN LAGI GALERI


2 BUKU PROFAIL 2023 Galeri Azman Hashim


“jika seseorang itu menggemari kerja yang dilakukan, dia tidak akan ada perasaan tidak senang hati” Pengarah Galeri Azman Hashim Dr. Mohammad Puad bin Bebit OBJEKTIF PENUBUHAN Sebuah Pusat sehenti (one-stop-center) bagi pameran karyawan tempatan atau luar negara, pemuliharaan, penyelidikan, Pendidikan, jualan produk pelancongan dan kesenian yang berkonsepkan komersial dan ilmiah. Menampung keperluan ruang pengajaran dan pembelajaran bagi Program Teknologi Seni Visual, Akadeni Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF). Menjalankan pelbagai program yang berkonsepkan komersial dan pendidikan selaras dengan fungsi bidang seni atau industri kreatif yang terdapat di UMS. Melaksanakan operasi harian GAH yang berorientasikan pengurusan acara melalui penganjuran projek/aktiviti pendidikan dan komersial bagi memastikan pengunjung/pelancong tertarik untuk melawat GAH seperti yang dilaksanakan oleh galerigaleri seni lain di dunia


PERNYATAAN MISI “azman Hashim UMS Galleri menyediakan ruang kepada karyawan seni dalam mempamer, mempromosi, persembahan dan menjual karya yang berkaitaan kesenian, serta meningkatkan penetahuan baharu masyarakat dalam pelbagai bidang melalui program berkonsepkan ilmiah” VISI “menjadi pusat sehenti pameran,promosi dan jualan produk seni bagi perkembangan ilmu dan pelancong” KONSEP GAH Keunikan struktur galeri adalah hasil dari pandangan Tan Sri Azman Hashim sendiri sebagai penyumbang besar, khususnya apabila beliau mencadangakan reka bentuk berkonsepkan ‘popular design and do-able’ serta ‘typical of Sabah’, sesuai dengan niat TanSri untuk menjadikan galeri sebagai bangunan iconic myang terdapat di kampus induk UMS. Konsep berdasarkan belahan kayu balak yang sinonim dengan sumber ekonomi negeri Sabah. Manakala sebuah nemara yang berasaskan alat harian perangkap ikan yang dikenali sebagai bubu atau lukah. Beliau Bersama designed team telah menyempurnakan pembinaan galeri dengan penyediaan ruang pameran koleksi peribadi, ruang pameran karyawan dalam dan luar negara serta ruang pameran mahasiswa. Kehendak beliau mewujudkan galeri ini adalah memperkasakan bidang seni yang akan memberi manafaat dalam aspek Pendidikan dan komersial kepada masyarakat.


BERDIRINYA GAH Pada 07 Ogos 2014, Prof Madya Dr. Zairul Md Dawam (Pensyarah FKSW) telah menyediakan kertas cadangan bertajuk “program Biasiswa Pembangunan Bakat Seni Luar Bandar Negeri Sabah” diajukan kepada Pengarah Seksyen Endowmen UMS tujuan permohonan sumbangan berbentuk bangunan galeri Seni dan dipersetujui oleh Timbalan Naib Canselor Prof. Dr Shahril Yusof. Pihak Ambank telah memberi cadangan kepada pihak UMS untuk memohon sebuah Galeri Seni untuk memperkasakan lagi kegiatan akademik dan program-program kesenian yang menekankan perkembangan ilmu dan Pendidikan.


PRODUK DAN PERKHIDMATAN Pihak pengurusan Galeri Seni Azman Hashim UMS juga bercadang untuk menyediakan platform jualan produkproduk seni secara online melalui platform sedia ada seperti AliBaba Express, Lazada, Shoppe dan lain-lain lagi bagi memastikan produk-produk seni galeri dapat dipasarkan lebih meluas ke luar negara. Malah bentuk seni persembahan seperti persembahan langsung (live performance) seperti teater dan tarian yang berkaitan dengan kesenian Borneo serta tayangan filem juga akan dilakukan bagi menarik minat pengunjung. Malah dari masa ke semasa penganjuran pelbagai bentuk pameran akan diadakan bagi memastikan pengunjung untuk sentiasa mengunjungi Galeri Azman Hashim UMS. TAMU TAMU adalah membawa maksud "bertemu". Tamu sangat sinonim dengan masyarakat negeri Sabah yang bermaksud tempat pertemuan bagi pendudukpenduduk kampong di sekitar bagi menjual hasil-hasil kampung bertemu rakan-rakan dan bertukar-tukar cerita. Tamu ialah pasar yang diadakan secara mingguan di Sabah, Labuan dan juga Brunei yang menjual barangan tani dan keluaran tempatan. Ruang Tamu di Geleri ini adalah sebuah tempat yang menjual produk kraf, hasil karya seni pelajar, buku hasil penulisan pensyarah, baju dan barangan cenderamata dengan harga mampu milik kepada pengunjung.


GAMBAR DI SEKITAR KAWASAN GALERI RUANG BERIU Bagi Ruang Terbuka Atas Bumbung Beriu (1713 sqm), dengan ciri di atas bumbung yang mempunyai ketinggian 7 meter (21 kaki), terbuka dan menghadap laut akan menarik pelbagai pihak untuk menyewa. Dengan kapasiti 300 – 500 orang pada satu-satu masa, Ruang Terbuka Atas Bumbung ini boleh digunakan untuk penganjuran mini konsert (Sunset Love Concerts) atau pelbagai aktiviti lain. Dengan kedudukannya yang mengadap matahari terbenam dan mempunyai lampu limpah, ruang ini sesuai untuk majlis perkahwinan berkonsepkan Sunset Wedding yang boleh dilakukan sehingga waktu malam.


RUANG DALAMAN/RUANG TERBUKA Ruang Auditorium Sekafi, Bilik Seminar Rumambai, Konservasi Suling, Ruang Kedai Tamu, Ruang Pameran Kalimaran, Ruang Pameran Kaamatan, Anjung Tinjau, Ruang Tengah Galeri (taman) Soliwan, Ruang Terbuka Bumbung Beriu, Menara Beriu, Ruang Magavol, Parking dan Bilik VIP Pantaran.


P PANDANGAN GALERI PADA WAKTU SIANG DAN MALAM


Tugasan asas lukisan DEFINI LUKISAN Lukisan • Merupakan hasil kerja seni yang dihasilkan di atas permukaan yang rata • Untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau warna paling sedikit • Lima jenis lukisan iaitu ilustrasi,figurative, fesyen, perspektif dan non-figuratif Apakah fungsi lukisan? Fungsi lukisan Menyampaik an maklumat Meluahkan perasaan dan emosi melalui karya yang dihasilkan Alat untuk berkomunikasi Menjadi Bahasa visual kepada semua orang


Tugasan literasi seni visual


Click to View FlipBook Version