The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

(GGGB5433 K2 KB7) KUMPULAN 10 - PENGURUSAN GRAFIK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ****, 2024-05-13 19:47:48

(GGGB5433 K2 KB7) KUMPULAN 10 - PENGURUSAN GRAFIK

(GGGB5433 K2 KB7) KUMPULAN 10 - PENGURUSAN GRAFIK

GGGB5433: KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM PENDIDIKAN TAJUK: PENGURUSAN GRAFIK NAMA PENSYARAH: PROF. DR. SAEMAH BINTI RAHMAN NAMA PELAJAR NO MATRIK NURSAKYLA BINTI ABDUL MANAN P129212 FATIN ALEEYA BINTI SHALAHHUDIN P129215 NURSHAFIQAH BT ADAM P129213 MOHD FAIRUS BIN ABU BAKAR P129208 MOHAMAD FATHUL BAHRI BIN ZULKIPLI P129205 TARIKH HANTAR: 23 DISEMBER 2023


ISI KANDUNGAN BIL KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN DAN DEFINISI 1 2.0 TUJUAN PENGURUSAN GRAFIK 3 3.0 JENIS-JENIS PENGURUSAN GRAFIK 4 3.1 Pengurusan Grafik Membanding dan Membeza. 4 3.2 Pengurusan Grafik Membuat Kategori. 4 3.3 Pengurusan Grafik Meneliti Bahagian Kecil dan Keseluruhan. 5 3.4 Pengurusan Grafik Meramal Kesan dan Akibat. 5 3.5 Pengurusan Grafik Periksa Andaian. 5 3.6 Pengurusan Grafik Menerangkan Sebab. 6 3.7 Pengurusan Grafik Menjana Idea. 6 3.8 Pengurusan Grafik Menyelesaikan Masalah. 6 4.0 KEPENTINGAN PENGURUSAN GRAFIK 7 5.0 LANGKAH PENGGUNAAN PENGURUSAN GRAFIK 8 6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN GRAFIK 9 7.0 KESIMPULAN 10 8.0 RUJUKAN 11 9.0 LAMPIRAN (A) 12


1 1.0 PENGENALAN DAN DEFINISI PENGURUSAN GRAFIK Membaca adalah satu aktiviti yang sangat penting dalam kehidupan. Membaca merupakan proses minda yang aktif. Ia melibatkan interaksi antara pembaca dengan teks yang dibaca. Aktiviti membaca dapat memupuk pembangunan intelektual, rohani dan emosi seseorang individu. Proses membaca tidak hanya melibatkan penglihatan huruf-huruf atau perkataan-perkataan di atas kertas atau skrin, tetapi juga melibatkan pemahaman, penilaian, analisis, dan pencerapan. Proses membuat nota adalah satu kaedah yang berkesan dalam meningkatkan pemahaman dan pemikiran kritis pelajar. Ini kerana aktiviti membuat nota melibatkan pelajar secara aktif dalam merefleksikan, meninjau semula, dan merangkumi maklumat yang mereka pelajari. Dalam era globalisasi, penggunaan alat-alat berfikir yang sesuai memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Alat-alat berfikir ini membantu pelajar untuk mengembangkan kemahiran berfikir kritis, kreatif, dan analitikal. Beberapa alat berfikir yang penting termasuk Pengurusan Grafik, Peta Minda, Pemetaan i-THINK, Teknik menyoal aras tinggi, Alat cort 1 dan Alat cort IV ( pemikiran kreatif) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Penggunaan alat berfikir membawa pelbagai faedah yang penting dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beberapa daripada faedah-faedah ini termasuk meningkatkan kemahiran berfikir, memudahkan penyampaian idea, memperkukuhkan kemahiran komunikasi, meningkatkan ingatan dan pemahaman, memudahkan penyelesaian masalah dan memupuk kreativiti dan pemikiran lateral. Penggunaan alat-alat berfikir yang sesuai boleh membantu dalam memperbaiki dan meningkatkan kemahiran berfikir pelajar dengan lebih berkesan. Alat-alat berfikir ini membantu dalam memandu pelajar menggunakan minda mereka secara teratur dan sistematik. Ketika pemikiran dilakukan dengan teratur dan teliti, ia membantu dalam pembuatan keputusan yang lebih bijak, merangsang kreativiti, dan memastikan pendekatan yang lebih holistik terhadap sesuatu isu atau masalah. Alat berfikir perlu digunakan dengan bijak semasa membuat nota dan perlu bersesuaian dengan topik, tujuan dan bersesuaian dengan cara mereka mengingati nota tersebut. Pengurusan grafik adalah satu alat berfikir yang berfokus pada visual. Ia berupaya menyusun idea dan maklumat dalam format grafik yang mudah difahami dan menarik. Bagi mereka yang mementingkan visual dalam nota mereka, pengurusan grafik merupakan salah satu daripada


2 alat-alat berfikir yang boleh digunakan ketika membuat nota kerana ia dikatakan mampu merangsang pelajar berfikir melalui bacaan visual. Pengurusan grafik merupakan alat berfikir yang digunakan dalam menterjemahkan perkara yang difikirkan di dalam minda supaya proses berfikir dapat dilihat secara eksplisit iaitu dinilai dan diukur. Pengurusan grafik atau Graphic Organizer (GO) merupakan pemetaan atau pola penyusunan yang mewakili perhubungan antara maklumat-maklumat tentang sesuatu idea. Pengurusan grafik merupakan ilustrasi bergambar atau grafik yang mewakili sesuatu pernyataan. Mengikut Som dan Mohd Dahalan (1998) dalam buku OUM, pengurusan grafik ialah satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan sama ada untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea atau pemikiran dengan cara yang lebih jelas sistematik, dan berkesan. Manakala menurut kajian oleh Kiong et. al (2011) pengurusan grafik adalah satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang digunakan dengan tujuan untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan sesuatu idea pemikiran yang lebih sistematik, jelas dan berkesan. Melalui pengurusan grafik ini, sesuatu idea yang hendak disampaikan itu akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami. Pengurusan grafik merujuk kepada teknik atau kaedah untuk menyusun maklumat, konsep, atau idea dalam bentuk visual yang sistematik dan mudah difahami. Ini termasuklah penggunaan carta, peta minda, peta konsep, gambar rajah, imej, dan simbol untuk merangkumkan, menghubungkan, atau mengilustrasikan konsep-konsep yang berkaitan. Pengurusan grafik ini melibatkan maklumat untuk idea tetapi tersusun dan direka bentuk dengan ilustrasi. Sesuatu idea boleh dilihat dengan pemikiran yang lebih berkaedah, tepat dan produktif apabila pengurusan grafik diterapkan. Secara umumnya, penggunaan pengurusan grafik dalam pembelajaran akan memudahkan seseorang pelajar untuk lebih memahami dan mengingati sesuatu dalam mata pelajaran yang dipelajarinya. Pelajar boleh membangunkan corak pemikiran yang lebih teratur, cekap dan inovatif dengan menggunakan pengurusan grafik. Pengurusan grafik memberi peluang kepada guru dan pelajar untuk memvisualisasikan cara mereka memahami dan menghubungkan konsep-konsep dalam bidang kajian tertentu. Ia merupakan alat yang berguna dalam menyusun dan menggambarkan hubungan antara ideaidea atau konsep-konsep yang berbeza. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, pengurusan grafik membantu dengan beberapa cara iaitu visualisasi konsep, menghubungkan


3 konsep, merangkum idea-idea, mengilhamkan kreativiti dan memudahkan pengajaran dan pembelajaran. 2.0 TUJUAN PENGURUSAN GRAFIK Tujuan utama pengurusan grafik adalah untuk memudahkan proses pembelajaran, pemikiran dengan menggambarkan hubungan antara konsep-konsep yang berbeza dan membantu pangajaran dan pembelajaran kearah kaedah yang lebih berkesan. Ia membantu dalam merangkumkan maklumat kompleks menjadi bentuk yang lebih ringkas dan mudah diingati. Dengan menggunakan pengurusan grafik, maklumat yang disampaikan oleh guru dapat disusun secara sistematik dan perkaitan antara konsep menjadi jelas. Pengurusan grafik bukan sahaja merangkumkan maklumat yang dipelajari, tetapi juga merangsang pemikiran pelajar dari pelbagai perspektif. Ia boleh membantu dalam memperlihatkan konsep-konsep secara visual, membolehkan pelajar untuk melihat konsep dari perspektif yang berbeza, menggalakkan pembelajaran aktif dan meningkatkan kebolehan menyusun maklumat. Pengurusan grafik dapat merancang dan menyusun idea pelajar yang ingin membuat persembahan dalam sesuatu pembelajaran, misalnya pelajar yang ingin membuat persembahan sesuatu projek secara berkumpulan dalam pembelajaran didalam kelas. Pelajar boleh menggunakan pengurusan grafik secara bertulis untuk menerangkan idea secara tersusun dan sistematik. Pengurusan grafik dapat meningkatkan kemahiran komunikasi seseorang seperti guru yang menyampaikan isi pelajaran di dalam kelas dan murid yang memberi maklum balas tentang isi pelajaran yang diterima daripada guru. Pengurusan grafik memainkan peranan penting dalam membantu memahami, menyampaikan, dan memvisualisasikan maklumat dalam pelbagai bidang, menjadikan proses pembelajaran dan penyampaian maklumat lebih mudah difahami dan menarik. Penggunaan pengurusan grafik boleh dilihat dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, perniagaan, sains, komunikasi, dan banyak lagi, sebagai alat yang berkesan untuk menyampaikan maklumat dengan lebih efektif dan menyeronokkan.


4 3.0 JENIS-JENIS PENGURUSAN GRAFIK Alat pengurusan grafik ialah alat bantu visual untuk membantu pelajar berfikir. Ini kerana kebanyakan mata pelajaran memerlukan bacaan. Tidak semua idea yang disampaikan oleh penulis dapat difahami dan diterima oleh pelajar melalui penulisan yang panjang. Oleh itu, dengan menggunakan pengurusan grafik sesuatu maklumat itu akan menjadi lebih menarik dan mudah difahami kerana terdapat gambar-gambar atau simbol-simbol sebagai gambaran yang dapat dibayangkan dalam fikiran pelajar. Berdasarkan kajian oleh Kiong et. al (2011) terdapat lapan jenis pengurusan grafik iaitu: 3.1 Pengurusan Grafik Membanding Dan Membeza Dalam konteks pendidikan, pengurusan grafik membanding dan membeza dapat menjadi strategi yang efektif untuk meningkatkan pemahaman dan kejelasan dalam memahami konsep-konsep yang kompleks. Pengurusan grafik membanding dan membeza ini digunakan untuk mendapatkan kejelasan dan pemahaman untuk konsep yang sukar dan mengelirukan. Pengurusan grafik ini juga boleh digunakan untuk semua mata pelajaran bagi melihat persamaan dan perbezaan antara dua konsep atau tajuk. Pengurusan grafik ini boleh digunakan dalam pengajaran cerpen, drama dan novel khususnya dalam pengajaran watak dan perwatakan. Contohnya dalam novel Erti Sebuah Pengorbanan, pelajar dapat membandingkan dua watak iaitu watak Pei Wen dan Linda dengan mencari persamaan dan perbezaan kedua-dua watak tersebut seperti rajah 3.1 (Rujuk lampiran A). 3.2 Pengurusan Grafik Membuat Kategori Pengurusan grafik ialah menguruskan grafik untuk mencipta kategori, analisis dan klasifikasi boleh menjadi alat yang sangat berguna untuk mempersembahkan dan menerangkan hubungan antara objek atau item dalam konteks tertentu. Pengurusan grafik membuat kategori Ini boleh menganalisis dan mengelas serta menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item untuk menunjukkan hubung kait antara objek –objek dalam kelas yang sama. Pengurusan grafik membuat kategori digunakan untuk mengelompokkan sebilangan perkara ke dalam kategori yang berlainan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Pengurusan


5 grafik ini boleh digunakan dalam pengajaran tatabahasa seperti di dalam rajah 3.2 (Rujuk lampiran A). 3.3 Pengurusan Grafik Meneliti Bahagian-Bahagian Kecil Dan Keseluruhan Pengurusan grafik ini adalah untuk meneliti bahagian kecil dan keseluruhan yang memainkan peranan penting dalam memahami struktur dan fungsi suatu benda, organisme, atau sistem. Ini boleh memberikan gambaran visual yang jelas tentang kerumitan dan hubungan antara bahagian yang berbeza. Kemahiran ini juga dapat membantu kita melihat dengan jelas bahagian kecil dalam sesuatu benda atau organisme atau sistem dan fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu dengan keseluruhan. Manakala setiap bahagian kecil ini menyumbang kepada keseluruhan dan bagaimana setiap bahagian berfungsi, kemudian ia akan membantu kita memahami dengan lebih jelas akan dunia di sekeliling kita. Contoh pengurusan grafik meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan dalam Rajah 3.3 (Rujuk lampiran A). 3.4 Pengurusan Grafik Meramal Kesan dan Akibat Pengurusan grafik meramal kesan akibat melibatkan analisis dan visualisasi data untuk memahami dan meramalkan impak sesuatu kejadian atau tindakan. Pelajar akan terbiasa membuat ramalan yang bijak, berdasarkan bukti sokongan yang kukuh. Kemahiran berfikir membuat ramalan boleh digunakan untuk isu-isu tertentu bagi semua mata pelajaran. Ia juga sering digunakan dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, kewangan, sains, dan kejuruteraan untuk membuat keputusan yang lebih baik berdasarkan ramalan masa depan. Contoh pengurusan grafik meramal kesan dan akibat ditunjukkan dalam Rajah 3.4 (Rujuk lampiran A). 3.5 Pengurusan Grafik Membuat Periksa Andaian Pengurusan grafik mengusulkan periksa andaian melibatkan penggunaan grafik atau visualisasi data untuk menyokong atau memeriksa sesuatu andaian yang dibuat sebelum membuat keputusan atau meramal. Ini membantu pengurus atau pembuat keputusan untuk memahami secara lebih mendalam impak sesuatu andaian terhadap hasil yang dijangkakan. Pengurusan grafik ini bertujuan untuk mengelakkan daripada membuat keputusan yang merugikan. Kemahiran ini boleh dilakukan dengan cara pengurusan lisan atau pengurusan


6 grafik. .Contoh pengurusan grafik membuat periksa andaian ditunjukkan di Rajah 3.5 (Rujuk lampiran A). 3.6 Pengurusan Grafik Menerangkan Sebab Pengurusan grafik menerangkan sebab sesuai digunakan di dalam pengajaran karangan dengan menggunakan teknik Pengurusan Grafik (PG) untuk menerangkan sebab dapat membantu pelajar memahami hubungan sebab-akibat dan menyusun idea dengan lebih sistematik. Berikut merupakan contoh penerapan pengurusan grafik menerangkan sebab dalam pengajaran karangan yang memfokuskan pada punca-punca yang mengakibatkan pencemaran sungai. Contoh pengurusan grafik menerangkan sebab ditunjukkan dalam Rajah 3.6 (Rujuk lampiran A). 3.7 Pengurusan Grafik Menjana Idea Pengurusan grafik menjana idea adalah alat yang akan membantu pelajar menjana idea apabila mereka menghadapi masalah untuk menyelesaikan masalah. Berikut adalah contoh pengurusan grafik menjana idea ditunjukkan pada rajah 3.7 (Rujuk lampiran A). 3.8 Pengurusan Grafik Menyelesaikan Masalah Pengurusan grafik ini dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah mengikut cara yang ditulis di dalam grafik. Pendekatan pengurusan grafik dalam menyelesaikan masalah membawa pelbagai kelebihan. Dengan merencanakan dan menghasilkan grafik untuk menyelesaikan masalah, pelajar dapat membina kemahiran pemecahan masalah yang efektif dan memahami dengan lebih mendalam tentang konsep yang terlibat. Ini adalah satu pendekatan yang praktikal dan bermanfaat dalam pembelajaran. Contoh pengurusan grafik menjana idea ditunjukkan dalam Rajah 3.8 (Rujuk lampiran A).


7 4.0 KEPENTINGAN PENGURUSAN GRAFIK Pengurusan grafik memainkan peranan penting dalam membantu pengajaran dan pembelajaran di kelas lebih berkesan. Dengan menggunakan kaedah pengurusan grafik ini, maklumat yang disampaikan oleh guru dapat disusun secara sistematik dan hubungan antara konsep juga akan menjadi lebih jelas (Rusli NFM et al, 2021). Hal ini kerana, bahan pengajaran visual ini bukan sahaja memudahkan pelajar mengingati idea-idea penting tetapi juga memudahkan pelajar menerangkannya. Jadi, jelaslah melalui pengurusan grafik ini semua nota kuliah dapat dihasilkan secara tersusun dan mudah disimpan serta boleh dilakukan dengan cepat dan berkesan seterusnya dapat membantu pelajar mentafsirkan maklumat yang disampaikan oleh guru dengan lebih jelas dan mudah. Selain itu, dengan penggunaan pengurusan grafik juga, pelajar dapat mengenalpasti proses pemikiran kendiri mereka. Sekiranya ia dilakukan dalam pembelajaran, pelajar dapat melakar sendiri ke semua idea yang difikirkan secara jelas serta bersistematik. Ini disokong oleh kajian daripada Isa et al, (2018), pengurusan grafik dapat menggalakkan pelajar lemah untuk berfikir, membuat analisis, konsep dan idea yang sukar dijelaskan melalui teks serta pertuturan. Ini kerana, pelajar memerlukan kemahiran untuk mentafsir sesuatu objek secara visual sebelum menerjemahkannya dalam bentuk lisan atau grafik. Jadi, dengan adanya pengurusan grafik ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat berlaku dengan lebih mudah kerana kaedah ini dapat membantu pelajar untuk berfikir dan memproses maklumat secara aktif dalam membuat analisis. Seterusnya, pengurusan grafik ini juga boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan di kelas. Kaedah ini selalunya digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran mereka iaitu disediakan terlebih dahulu kemudian diedarkan kepada pelajar atau dipaparkan pada papan tulis. Selain itu, guru juga boleh meminta pelajar menyediakan pengurusan grafik atau meminta mereka berbincang dalam kumpulan untuk menghasilkan pengurusan grafik yang sesuai. Kaedah ini juga dapat membantu guru menyampaikan idea dengan bahan bantu mengajar yang menarik bagi memotivasikan minat dan mewujudkan daya tarikan dalam proses pembelajaran kurikulum pendidikan selain menjadikan pelajar lebih aktif kerana kaedah pembelajaran yang menyeronokkan serta membantu meningkatkan pemahaman kandungan pelajaran yang diajar oleh guru (Rusli NFM et al, 2021). Akhir sekali, sekiranya kaedah ini dipraktikkan dalam pembelajaran, ia dapat meningkatkan prestasi akademik dan pencapaian pelajar. Namun begitu kajian oleh Atoh, N.


8 (2020) menyatakan bahawa kaedah ini bukan sahaja terbukti memberi kesan positif bukan sahaja kepada pencapaian pelajar, malah tetapi juga kepada pengajaran guru. Hal ini demikian kerana, guru akan lebih mudah mengembangkan aplikasi dan lebih cekap membuat penutup pembelajaran serta lebih terlatih dalam mencipta suasana pembelajaran yang kondusif. Selain itu, kaedah ini juga memerlukan guru melakukan anjakan menyampaikan pengajaran dalam pelbagai pendekatan agar pelajar lebih kreatif dan aktif seterusnya menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah lebih menyeronokkan. 5.0 LANGKAH PENGGUNAAN PENGURUSAN GRAFIK Menurut Kiong et. al (2011) penggunaan pengurusan grafik (PG) digunakan untuk membantu seseorang itu mengurus dan menyusun pemikirannya supaya menjadi lebih sistematik dan berkesan. Walaupun PG ini disediakan dengan contoh-contoh tertentu, kita boleh mereka cipta PG itu sendiri atau mengubah suai PG yang sedia ada mengikut keperluan dan peringkat pembelajaran pelajar. Bagi memahirkan menggunakan PG, pelajar haruslah sentiasa berlatih menggunakan PG bagi setiap kemahiran yang berkaitan. Ini bukan sahaja dapat membantu menguruskan pemikiran pelajar dengan berkesan, malah juga sesuatu proses pemikiran itu dapat menjadi mudah dalam memahami dengan lebih baik. Berdasarkan kajian PDST (2015), menguruskan grafik tidak semudah yang kita sangka kerana memerlukan perhatian, mengumpul data, menganalisis data dan akhirnya membuat rumusan berkenaan tajuk yang diberikan. Dalam penulisan ini, terdapat beberapa langkah pengurusan grafik yang perlu diambil untuk mengurus grafik dengan berkesan. Selain itu, menurut Bahagian Pembangunan Akademik (2016a), langkah penggunaan pengurusan grafik ini penting dalam menentukan tujuan menggunakan pengurusan grafik tersebut. Ia juga perlu jelas dan selari dengan objektif pembelajaran agar pemilihan grafik itu sesuai dengan jenis maklumat yang diingini. Langkah pengurusan grafik yang pertama ialah pemilihan tajuk yang sesuai. Pemilihan tajuk merupakan langkah yang penting dalam merancang dan menyusun maklumat dengan sistematik agar mudah difahami. Ia mestilah berkaitan dengan bahan pembelajaran yang ingin disampaikan. Setiap tajuk yang dipilih harus jelas merangkumi elemen utama proses pembelajaran dalam kursus. Selain itu, tajuk juga perlu mencerminkan objektif dan struktur


9 pembelajaran yang dikehendaki. Hal ini kerana, ia dapat membantu pelajar untuk memahami dengan cepat pembelajaran yang diajar serta dapat memahami isi dalam pembelajaran dengan efektif. Seterusnya, langkah kedua adalah dengan mengenal pasti kehendak soalan. Langkah ini juga penting agar isi yang akan dikemukakan nanti tidak terkeluar daripada tajuk soalan yang telah diberikan. Jadi, langkah ini perlu diambil berat oleh pelajar sekiranya ingin memastikan mereka berada di jalan yang betul. Sebagai contoh, pelajar boleh gariskan kehendak soalan serta mengeluarkan kata kunci sebelum membuat nota. Ini dapat membantu pelajar agar lebih mudah dan fokus dalam membuat pemilihan pengurusan grafik. Jadi, jelaslah bahawa dengan mengenal pasti kehendak soalan penting untuk memastikan maklumat yang diberikan tepat dan memenuhi tujuan yang diinginkan. Akhir sekali, langkah yang ketiga iaitu pelajar perlu mengumpul maklumat sebelum membuat pengurusan grafik. Menurut Jasmi K.A (2021), mengumpul data merupakan satu proses yang sistematik untuk mendapatkan maklumat, membuat pertimbangan dan seterusnya membolehkan seseorang itu membuat keputusan. Maklumat yang dikumpulkan itu dipanggil data dan data yang dikumpul mestilah mempunyai struktur yang jelas dan mudah difahami. 6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN GRAFIK Semua pelajar perlu didedahkan dengan pengetahuan tentang cara menggunakan pelbagai jenis alat berfikir dalam pembelajaran. Hal ini demikian kerana, dengan menguasai penggunaan alat berfikir ini, mereka boleh menggunakannya bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran, malah dalam situasi seharian. Namun begitu, tidak semua pelajar mempunyai kemahiran menggunakan pengurusan grafik sebagai alat berfikir sepenuhnya. Jadi, terdapat beberapa cadangan yang boleh digunakan agar pelajar dapat mempraktikkan pengurusan grafik ini dalam pembelajaran seharian. Cadangan pertama, guru perlu sentiasa mengaplikasikan pengurusan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran (PnP) di kelas. Berdasarkan kajian oleh (Lewandowski & Soares, 2008), kaedah ini dapat merangsang kreativiti dan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah serta menggalakkan penglibatan dan pemahaman yang aktif dalam bilik darjah. Ini kerana, sekiranya pelajar mempunyai kemahiran dalam pengurusan grafik ini, mereka dapat


10 menyampaikan informasi dengan lebih efektif, membuat presentasi lebih menarik, dan memudahkan pemahaman data yang kompleks dalam pelbagai subjek. Seterusnya, pelajar perlu sentiasa membuat latih tubi. Strategi pembelajaran teknik latih tubi adalah dengan membuat aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Kaedah ini bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada pelajar tentang sesuatu pembelajaran yang spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian (Masturah, 2019). Selain itu juga, guru juga boleh menggunakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam kumpulan atau individu. Contoh pertandingan yang boleh dilakukan adalah seperti mengeluarkan isi-isi kerangka karangan dan diaplikasikan dalam pelbagai jenis pengurusan grafik. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat meningkatkan lagi minat pelajar namun dapat juga menambahkan lagi kemahiran dan ilmu pengetahuan pelajar dalam pengurusan grafik. 7.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, pengurusan grafik bukan sahaja dapat menarik minat pelajar untuk terus aktif belajar di dalam kelas, malah pelajar juga akan lebih fokus dan lebih memahami kandungan mata pelajaran yang dipelajari apabila guru menggunakan elemen grafik berbanding dengan penggunaan teks deskriptif semata-mata (Rusli NFM et al, 2021). Kajian oleh Krupiah, M., & Kannadasan, S. (2021) menyatakan bahawa penggunaan kaedah ini juga boleh diaplikasikan dalam semua jenis mata pelajaran yang diajar di sekolah yang bertujuan untuk melahirkan pelajar bukan sahaja berpengetahuan tinggi, malah pada masa yang sama dapat meningkatkan daya berfikir seseorang pelajar itu sendiri dimana ia sangat diperlukan pada zaman globalisasi ini. Natijahnya, pembelajaran di sekolah harus disesuaikan dengan peredaran zaman dengan mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21 yang lebih mapan. Guru perlu memanfaatkan dan mengaplikasikan kaedah pengurusan grafik ini dalam sesi pembelajaran di sekolah agar pembelajaran lebih menarik dan kondusif. Perkara ini perlu diutamakan oleh guru dalam menjamin kelancaran proses pengajaran supaya dapat membantu pelajar untuk lebih mengingati ilmu dalam jangka masa yang lama. Namun begitu, pelajar juga perlu mempersiapkan diri mereka supaya tidak berada di takuk yang lama untuk menghadapi perubahan teknologi dan globalisasi pada masa akan datang.


11 8.0 RUJUKAN Atoh, N. 2020. Keberkesanan Peta Minda dalam Pengajaran Kesusasteraan Arab untuk Pelajar Program Bahasa Arab, UPSI: The Effectiveness of Mind Maps in Teaching Arabic Literature for Student of Arabic Language Program, UPSI. ‘Abqari Journal, 23(1), 70- 83. Bahagian Pembangunan Akademik. 2016a. Ringkasan maklumat kursus BMM1064: Sintaksis bahasa Melayu. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru Malaysia. Isa, N. S., & Ma'arof, N. N. M. I. 2018. Keberkesanan penggunaan grafik berkomputer sebagai alat bahan bantu mengajar dalam kalangan pelajar reka bentuk dan teknologi. Sains Humanika, 10(3-3). Jasmi, K. A. 2012. Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif dalam Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012, Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Elemen KBAT Dalam Pedagogi. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Krupiah, M., & Kannadasan, S. 2021. Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pemudahcaraan bahasa Tamil [Infusion of higher order thinking skills on teaching & learning Tamil language]. Muallim Journal of Social Sciences and Humanities, 202-209. Masturah, Z. 2019. Pembelajaran berasaskan aplikasi android menggunakan kaedah permainan bagi kursus asas grafik - UTHM Institutional Repository. PDST. 2015. Graphic Organisers and other Literacy, Numeracy and AfL Strategies in Teaching and Learning, Dublin. https://www.scoilnet.ie/uploads/resources/16536/16212.pdf Rusli, N. F. M., Ibrahim, N. F. S. C., Raâ, M., & Nallaluthan, K. 2021. Persepsi Pelajar terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke21: Students' Perceptions of Interactive Multimedia Applications in the 21st Century Teaching and Learning Process. Online journal for tvet practitioners, 6(1), 15-24. Tee. T. K., Jailani, M, Y., Baharom, M., Widad, O., Heong, Y, M. 2011. Kepentingan peta minda sebagai alat berfikir dalam mengambil nota kuliah. Retrived 16 September 2011, from https://core.ac.uk/download/pdf/12005865.pdf


12 9.0 LAMPIRAN A Rajah 3.1: Pengurusan Grafik Membanding Beza Rajah 3.2: Pengurusan Grafik Membuat Kategori


13 Rajah 3.3: Pengurusan Grafik Meneliti Bahagian-Bahagian Kecil dan keseluruhan Rajah 3.4: Pengurusan Grafik Meramal Kesan dan Akibat


14 Rajah 3.5: Pengurusan Grafik Membuat Periksa Andaian Rajah 3.6: Pengurusan Grafik menerangkan sebab


15 Rajah 3.7: Pengurusan Grafik Menjana Idea Rajah 3.8: Pengurusan Grafik Menjana Idea


Click to View FlipBook Version