Bête Noire
Puisi Bernaratif
Aliff Jasmine
Kasihnya Pada Dunia,
Menempa Sebuah Malapetaka..
1
Bête Noire
Bête Noire adalah sebuah cerpen naratif yang
disampaikan dalam bentuk puisi moden (sajak).
Mengisahkan tentang empat orang remaja yang
bermati-matian melawan jiwa mereka yang inginkan
sebuah kehidupan fana. Setiap daripada mereka
mempunyai permasalahan dan cara penyelesaian
tersendiri namun mereka berempat tetap berkait
antara satu sama lain. Bernadakan melankolik,
penulis cuba menyampaikan rasa yang dialami oleh
setiap watak secara diskrit. Setiap sajak adalah
bersambungan dan berkait rapat dengan sajak
sebelum dan selepas yang disampaikan sendiri oleh
setiap watak. Selamat mendalami maksud sajak-sajak
ini!
Persona
Hadi Jubilan
Karma Ateaf
Uzair Indrawani
Junianto Yusoff
2
"Jika Bukan Cinta,
Mahu Apa Hati?"
3
Sajak Satu
Suku Hidup, Selebihnya Telah Mati
Penulis : Karma Ateaf
Soalnya Harus Bagaimana Lagi,
Untukku Gambarkan Kepedihan Ini,
Seolah Menghiris Kulit Hati,
Umpama Menikam Perut Jiwa.
Sesuku Aku Seakan Hidup,
Selebihnya Aku Seakan Mati,
Dan Kerana Engkau Sahaja,
Daku Meneruskan Kehidupan Ini.
Usahlah Pergi Wahai Taulan,
Bukankah Janji Pernah Termeterai?
Percayalah Secebis Nafas Ini Pun,
Hanyalah Buat Kamu Selamanya.
4
"Nikmat Sembuh Tidak Pernah Ada
Untuk Orang Yang Pernah Merasa
Kehilangan"
5
Sajak Dua
Dalam Diam Aku Sengsara
Penulis : Uzair Indrawani
Bukanlah Kerana Tidak Sayang,
Bukan Juga Kerana Benci,
Namun Ketahuilah Wahai Kamu,
Aku Jua Sengsara Dalam Diam.
Hari Ini Berganti Esok,
Esok Berganti Lusa Pula,
Namun Hari-hari Itu,
Hanyalah Harimu Sahaja.
Dimanakah Letaknya Perasaan Aku,
Terhadap Dirimu Yang Bertuah,
Hanya Kamu Yang Paling Tersakiti,
Di Sekelilingmu Hanya Menyakiti.
6
"Disaat Sudah Melakukan Yang
Terbaik, Tetapi Masih Merasakan
Tidak Berguna"
7
Sajak Tiga
Nafas Ini Adalah Kepunyaanmu
Penulis : Hadi Jubilan
Setiap Detik Masaku Dan,
Setiap Nafas Yang Dihembus,
Aku Tetap Sentiasa Bersamamu,
Jadi Mengapa Dia Yang Ditunggu?
Dia Yang Kamu Sayang,
Dia Yang Kamu Dambakan,
Dia Juga Kamu Disakiti,
Masih Dia Kamu Tunggu.
Aku Yang Dibelakangmu,
Seolah Dinding Tiada Hati,
Sedia Menyambutmu dikala Jatuh,
Namun Tetap Dia Kamu Tertunggu-tunggu.
8
"Memahami Kerana Sudah
Mengalami"
9
Sajak Empat
Sudah Ku Khabar Permainan Itu
Penulis : Junianto Yusoff
Seandainya Dirimu Itu Bermaruah,
Maka Hentikanlah Permainan Itu,
Dunia Kejam Sedang Menghukummu,
Atas Tipu Daya Kejimu.
Usah Lagi Gelarnya Taulanmu,
Sesungguhnya Dia Milikku selamanya,
Andai Tiada Nasihat Didengar,
Maka Siap Siaga Hadapi Kekejaman.
Tidakkah Kau Lihat Sekeliling?
Betapa Ramai Yang Tinggalkanmu?
Kerana Permainan Busukmu Itu?
Lantas Tunggu Apa Lagi Kamu?
10
"Hati Mencintai Sambil Jiwa
Tersakiti"
11
Sajak Lima
Antara Kasih Dan Cinta
Penulis : Karma Ateaf
Nun Jauh Di Sana,
Ku Beri Kasih Sayang,
Atas Dasar Sahabat Semati,
Tiada Lebih Dari Itu.
Di Sini Dekat Denganku,
Memberiku Lebih Kasih Sayang,
Atas Dasar Cinta Terdurhaka,
Lebih Dari Apa Yang Kupinta.
Lalu Atas Dasar Apa Lagi,
Untukku Memilih Dirimu,
Daripada Yang Seharusnya Itu,
Walau Hilang Dimata Ini.
12
"Lelah Mencintai Dia Yang Telah
Dianggap Sempurna"
13
Sajak Enam
Biar Demi Sayang
Penulis : Uzair Indrawani
Sekalipun Teruk Mana Ia,
Sekalipun Kejam Mana Ia,
Biarlah Daku Yang Merasa,
Andai Begitu Takdir Penyudah.
Walhal Secebis Zarah Langsung,
Ia Tiada Kaitan Denganmu,
Usahlah Membatu Di Dalam Api,
Niat Tiada Menjernihkan Apa-apa.
Biarkan Dia Biarlah Begitu,
Sungguh Itu Jalan Yang Dipilih,
Walau Hati Masih Menyayanginya,
Namun Ini Adalah Yang Terbaik.
14
"Mahu Atau Tidak, Takdir Akan
Tetap Terjadi"
15
Sajak Tujuh
Jiwamu Dan Jiwaku Berirama
Penulis : Hadi Jubilan
Fasal Hati Yang Memaksa,
Untuk Menyayanginya Lebih Dari,
Segala Yang Termuat Didunia,
Lalu Merontalah Sambil Bergundah.
Andai Jiwamu Serirama Denganku,
Pasti Jua Kamu Mengerti,
Bagaimana Rasa Sakitnya Apabila,
Mencintai Tetapi Tidak Memiliki.
Jika Dunia Tidak Menghukumku,
Dengan Sebegini Rupa Perasaan,
Mungkin Dapatlah Merasa Erti,
Kebahagiaan Yang Tidak Pernah.
16
"Biarlah Hati Ini Terus Menanti"
17
Sajak Lapan
Bertepuk Dengan Angin
Penulis : Junianto Yusoff
Benarlah Kata Suara Hati,
Ruang Kosong Ini Untukmu,
Namun Dikunci Adat Dunia,
Lalu Dibenci Isi Perutnya.
Andai Sayang Yang Dimaksudkan,
Adalah Terhadap Dia Tercinta,
Maka Kembalilah Kepadanya Lalu,
Usahlah Jadikanku Rumah Singgahmu.
Andai Bayang Sendiri Yang Layak,
Mencintai Dan Dicintai Diri Ini,
Maka Akanku Akur Dengan Ketetapan,
Dari Menderita Jiwa Lara.
18
"Di Saat Luka, Kau Tak Ada"
19
Sajak Sembilan
Catatan Tiada Bernoktah
Penulis : Karma Ateaf
Kucoret Sebuah Tulisan Terakhir,
Tiada Bernoktah Untuk Engkau,
Bukanlah Penghujung Cerita Duka,
Tetapi Adalah Penamat Hidupku.
Cerita Bakal Terus Bersambung,
Bersama Kenangan Sebagai Inti,
Ditokok Tambah Dengan Khabar,
Menyedapkan Lagi Cerita Ini.
Andai Ketika Ini Aku,
Sudah Berada Di Alam Fana,
Bukanlah Keranamu Sahabatku,
Tetapi Kerana Jiwa Yang Telah Dimamah.
20
"Merinduimu Tetapi Apabila
Disisimu Terasa Amat Menyakitkan"
21
Sajak Sepuluh
Duka Terakhir
Penulis : Uzair Indrawani
Perginya Dia Kusangkakan Pergilah,
Sebuah Duka Yang Terakhir,
Sebaliknya Menambah Sebuah Sepi,
Yang Seolah Tiada Berpenghujung.
Lalu Datanglah Sebuah Penyesalan,
Namun Apakan Daya Aku,
Seorang Manusia Yang Lemah,
Lagikan Jahil Di Mata Dunia.
Namun Tergamaknya Aku Ini,
Memperlakukan Diriku Sebegitu Rupa,
Meratapi Pemergian Yang Tiada Kembali,
Lalu Dikesal Akan Perkara Berlalu.
22
"Tinggal Cinta, Kutip Duka"
23
Sajak Sebelas
Surat Bertongkatkan Dendam, Berpayungkan Suram
Penulis : Hadi Jubilan
Surat Ini Aku Tulis Bersama,
Jiwaku Yang Dihentam Amarah,
Terhadapmu Seolah Dendam Kesumat,
Kerana Angkuh Hilanglah Nyawa.
Setiap Harinya Menantikan Kepulanganmu,
Sedangkan Jiwa Ini Sentiasa Bersamanya,
Namun Sosokmu Juga Diharapkan,
Mana Letaknya Belas Kasihanmu?
Andai Nyawa Dapat Dibalas Seumpama,
Maka Relalah Engkau Menggadainya,
Jikalau Tidak Mahu Sebegitu,
Biarlah Aku Yang Menguruskannya.
24
"Dan Akhirnya Cinta Itu Tidak Boleh
Dipaksa"
25
Sajak Dua Belas
Erti Sayang Dan Bayang
Penulis : Junianto Yusoff
Sayangmu Seolah Mengejar Bayang,
Yang Tidak Pernah Tercapai,
Walaupun Sentiasa Setia Bersama,
Setelahnya Menyiksa Dirimu Sendiri.
Lepaskanlah Dia Daripada Genggaman,
Jiwamu Yang Berombak Api-apian,
Supaya Tenangnya Dia Disana,
Untuk Surutkan Gelora Kesakitan.
Biarlah Dunia Yang Menghakimi,
Biarlah Langit Yang Menyaksi,
Kekejaman Manusia Tiada Tertandingi,
Bukan Hak Kita Untuk Mengadili.
26
-TAMAT-
27