KUMPULAN PUISI
CINTA &
PLATIPUS
ALIFF JASMINE
Pengenalan
KENAPA CINTA & PLATIPUS? APA KAITAN HAIWAN
ITU DENGAN CINTA? SEBENARNYA, BUKU INI
ADALAH HIMPUNAN PUISI CINTA DAN JUGA PUISI
YANG TAK BERKAITAN DENGAN CINTA. JADI, SEBAB
ITULAH NAMA BUKU INI CINTA & PLATIPUS, IAITU
CINTA DAN TIADA KAITAN DENGAN CINTA.
TAMBAHAN, PLATIPUS KAN COMEL.
Didedikasikan Kepada;
MAKTOK, KELUARGA TERCINTA, PUAN ROSNI,
PENSYARAH PUSPA TERSAYANG, NUR SUHAILY
AHMAD SUKI DAN MANUSIA YANG PERNAH
KUGELAR SAHABAT.
Kandungan
1. Pengenalan
2. Dedikasi
3. Kandungan
4. Paranoia awan hitam
5. Su-ha-i-ly
6. terbakar kampung kelihatan asap, terbakar hati siapa yang tahu.
7. Umpama bunga, sedap dipakai, layu dibuang.
8. sepuluh bintang yang berterabur, tidaklah sama dengan bulan yang satu
9. Pada suatu hari...di hipotalamus
10. demi cinta pada konstantinopel
11. umpama samah dalam pandora
12. sayangku, taulan
13. mati puyuh hendakkan ekor
14. merantaulah si penetap masa silam
15. aku manusia paling tuhan gemarkan
16. pemustahak duniawi
17. dunia realiti berantonim
18. tutup tingkap
19. Lirik 1
20. Lirik 2
21.Lirik 3
22.Tentang penulis
PARANOIA AWAN HITAM
ADA AWAN YANG SEDANG MENANGIS,
SAMBIL MELIHAT SI FULAN FULANAH BERLARI MENUTUPI DIRI,
SAMBIL MENDENGAR KATA BERUPA CACIAN,
HITAMNYA TAK SEINDAH PUTIH BERPASANGAN BIRU,
DISAMBUT TIDAK, DIHARAP PERGI.
TIDAKLAH AKU MENANGIS,
JIKALAU DENTUMAN INI DAPAT KU KAWAL,
YANG SEAKAN PANAHAN MAUT,
SUPAYA MEREKA SENANG USAH KHAWATIR.
TIDAKLAH AKU MENANGIS,
JIKALAU AIR MATA YANG JATUH INI DAPAT KU KAWAL,
YANG MEMBASAHI SETIAP PELUSUK,
MEMAKSA MEREKA UNTUK HILANG.
TIDAKLAH AKU MENANGIS,
JIKALAU HITAM AKU INI MASIH DISAYANGI,
SEPERTIMANA PUTIH AKU DAHULU,
DITATAP DARI BAWAH SEOLAH DIHARGAI.
Ditulis oleh
ALIFF JASMINE
Su-Ha-I-Ly
Tidaklah Dikau Hadir Ketika Suka,
Namun Tetaplah Setia Ketika Lara,
Walau Hati Sendiri Terluka,
Padahal Sanubari Sudah Serah Segalanya,
Seakan Nyawa Dikongsi Bersama,
Asalkan Mereka Bahagia,
Suhaily, Namanya.
~ Aliff Jasmine ~
Terbakar kampung kelihatan asap,
Terbakar hati Siapa yang tahu.
DEMIMU WAHAI RATNA PAKAJA,
JIWA RAGA RELA DIPERHAMBA,
TATKALA HATI TIDAK LAGI PADA YANG ESA,
MESKI PALING AGUNG ADALAH CINTANYA,
MAKA SAKITLAH MENANGGUNG DERITA,
DIBAKAR ASMARALOKA YANG HINA.
DITULIS OLEH
ALIFF JASMINE
Umpama Bunga,
SEDAP DIPAKAI, LAYU DIBUANG
Cinta bagimu seakan santapan,
Gelojoh meratah sisa dimuntahkan,
Usai lalu tinggal kotoran.
Habis kering ia dinodai,
Seakan tiada harga lagi,
Manakan mahu bekas keji.
Aliff Jasmine
SEPULUH BINTANG YANG BERTERABUR
Wajahmu Ditatap Dari Jauh,
Berjalan Pergi Tidak Kembali,
Walhal Aku Terkaku Menanti,
Berharap Langkah Itu Berhenti,
Dan Bersama Aku Lagi.
Akhirnya Dirimu Hilang Jua,
Tapi Aku Tetap Menanti,
Masih Mengharap Suatu Keajaiban,
Bahawa Dirimu Milikku Semula,
Kerana Bulan Aku Adalah Dirimu,
Tak Akan Ada Yang Mengganti.
ALIFF JASMINE
PADA SUATU
HARI...
DI HIPOTALAMUS
Atma Ini Serasa Rapsodi,
Seakan Hedonis Berkeliaran Pula,
Berseloroh Tiada Hari Esok,
Rancak Jasad Seakan Radikal.
Atma Ini Serasa Melankoli,
Seakan Nihilis Terpuruk Terdiam,
Berteriak Tiada harapan Lagi,
Lemas Jasad Seakan Mati.
Aliff Jasmine
Demi Cinta Pada
KONSTANTINOPEL
Cahaya Mata Ini Bakal Menjadi Pemimpin,
Pimpinannya Bakal Menghancurkan Empayar Bizantium,
Sepertimana Yang Pernah Dikatakan Oleh Al-Amin,
Kota Itu Akan Menjadi Milik Orang Islam.
Dididik Sejak Kecil Untuk Hidup Susah,
Dibimbing Ke Medan Perang Bersama-sama,
Didisiplin Dengan Keras Menahan Hawa Nafsu,
Menjadi Pemuda Berjiwa Kuat Dan Tahan Lasak.
Demi Menepati Janji Yang Maha Pencipta,
Raja Yang Menakluk Adalah Sebaik-baik Raja,
Dan tenteranya Adalah Sebaik-baik Tentera,
Maka Ditabalkanlah Menjadi Sultan Diusia 19 Tahun.
Surat Damai Mengajak Untuk Memeluk Islam,
Tetapi Pemimpinnya Menolak Dengan Keras,
Maka Perang Menjadi Pilihan Terakhir,
Ego Dan Kesombongan Membawa Kehancuran Jua.
Mulalah Semangat Jihad Dikobarkan,
Gema Takbir terus Membahang,
Seiring Kuatnya Serangan Dilancarkan,
Pertempuran Hebat Akhirnya Meletus.
250,000 Akhirnya Berjaya Mendiamkan,
Senjata Diangkat selama 53 Hari,
1453 Menjadi Tahun Bersejarah,
Penghubung Antara Dua Benua Berjaya Dikuasai.
Aliff Jasmine
Umpama Samah
Dalam Pandora
Aku adalah entiti bernyawa,
Akal Aku hanyalah kosong selain erotik,
Tutur Aku hanyalah kosong selain carutan,
Badan Aku hanyalah kosong selain mesin pemuas,
Pancaindera Aku hanyalah kosong selain Durjana,
Diri Aku hanyalah kosong selain menyembah hawa nafsu,
Maruah Aku hanyalah kosong selain di bawah telapak kaki.
Maka Aku adalah entiti bernyawa,
Yang menuruti jiwa,
Jiwa yang memberontak,
Seakan mentuhankan dunia,
Yang akhirnya dihukum dengan kealpaan,
Keseronokan yang kononnya tiada penghujung.
ALIFF J A
S M I N E
Sayangku, Taulan
Coretan Ini Untuk Kamu,
Wahai Engkau Yang Pernah Ku Gelar Sahabat;
Sungguh Tidak Ku Jangka Kehadiranmu,
Memberi Ku Detik-detik Manis Kehidupan,
Terus Tersemat Dalam Memori Abadi.
Sungguh Tidak Pula Ku Jangka Pemergianmu,
Memberi Ku Detik-detik Hitam Kehidupan,
Seakan Memori Itu Racun Yang Abadi .
Aliff Jasmine
Mati
Puyuh Hendakkan Ekor
Pujaan Hatinya Itu Nahi,
Relanya Menunggu Walau Mati,
Terdesaknya Demi Cinta Berahi,
Teresaknya Bila Pergi Tak Kembali,
Terdiamnya Pabila Hidup Melankoli,
Terimanya Tidak Dengan Takdir Ilahi,
Maka Sengsaralah Hidup Seakan Abadi.
Aliff Jasmine
Aliff Jasmine
AKU MANUSIA
Paling
TUHAN GEMARKAN
PADA SAAT INI AKU SEDAR ,
AKU ADALAH MANUSIA YANG DIRINYA,
ADALAH PALING REBUTAN,
ADALAH PALING TERHAD,
ADALAH PALING BAIK,
ADALAH PALING SUCI,
ADALAH PALING KUAT,
ADALAH PALING HEBAT,
TIADA PERASAAN DI MUKA BUMI INI AKU PENTINGKAN.
DUNIA INI KEJAM BUKAN KERANA AKU.
MUNGKIN KERANA KAMU,DIA ATAU MEREKA DAN BUKAN AKU.
AKU SENTIASA BETUL , MEREKA SENTIASA SALAH.
BARANGKALI MEREKA MAHU MENJADI SEPERTI AKU ?
BARANGKALI MEREKA TERINGIN MENJADI SESEMPURNA AKU ?
PEMUSTAHAK
DUNIAWI
Aku Bangun Pada Waktu Subuh,
Mula Belajar Dengan Penuh Tekun,
Tekun Sehingga Matahari Terbit,
Untuk Mengejar Cita-citaku,
Hidup Dengan Senang Dan Mewah.
Aku Pasti Berjaya.
Pintu Bilik Aku Kunci Rapat,
Lagu Aku Pasang Dengan Kuat,
Tiada Lagi Gangguan Ketika Aku Sedang Tekun,
Tiada Lagi Ketukan-Ketukan Pintu Didengari,
Mereka Harus Tahu Yang Aku Tengah Tekun,
Aku Pasti Berjaya.
Aku Berpura-pura Tidak Tahu,
Soalan Yang Ditanyakan Oleh Rakan Sekelasku,
Berusahalah Sendiri, Aku juga Berusaha sendiri.
Usaha Aku, Maka Hasilnya Untuk Aku,
Masaku Terlalu Terhad Untuk Bazirkan Kepada Mereka,
Aku Pasti Berjaya.
Latihan Guru Aku Abaikan,
Terlalu Senang Sesuai Untuk Kelas Belakang,
Aku Lebih Gemari Untuk Lakukan Soalan Sendiri,
Yang Lebih Susah Dan Mencabar,
Supaya Otak Aku Lebih Baik Dari Orang Lain,
Aku Pasti Berjaya.
Senja Hingga Larut Malam Aku Masih Belajar,
Ceramah Malam Jumaat Sedikit Mengganggu Tumpuanku,
Maka, Aku Pasang Lagu Kegemaranku Dengan Kuat,
Tumpuanku Kembali Semula,
Aku Pasti Berjaya.
Monolog Aku Mengenangkan Zaman Silam,
Sambil Melihat Jururawat Mencuci Nanah Di Kaki Tunggalku.
Aliff Jasmine
Dunia Realiti Berantonim
Khayalanku bahagia,
Tersenyum disayangi, Bersedih dipujuk.
Khayalanku bersama jejaka itu,
Si tampan perkasa, tidur dalam dakapannya.
Khayalanku bagai bulan dipagari bintang,
Memukau manusia, bahkan cermin turut merebut.
Realitiku Sengsara,
Muram dibenci, menangis dipujuk diri sendiri.
Realitiku Keseorangan,
Perasaan yang haram lagi dimurka, tidur dalam penghinaan.
Realitiku bagai sampah hanyut,
Dikeji manusia, Dihiris dengan sembilu
Aliff Jasmine
TUTUP TINGKAP
MARI SINI AKU TUTUPKAN TINGKAP ITU,
USAHLAH DEKATINYA LAGI,
SUDAH MALAM PAGI ESOK AKU BUKA SEMULA.
MARI SINI TABLET PUTIH ITU,
USAHLAH KUMPULNYA LAGI,
SUDAH SIHAT SAKIT ESOK AKU BERI SEMULA.
MARI SINI PISAU CUKUR ITU,
USAHLAH PATAHKANNYA LAGI,
SUDAH BERSIH KUMIS ESOK AKU SERAH SEMULA.
MARI SINI DIRIMU ITU,
USAHLAH MERATAPI LAGI,
SUDAH HUJAN NANTI ADA PELANGI.
ALIFF JASMINE
patah sayap ku patah,
tak mampu terbang lagi,
bila tanpa cintamu,
hidupku tak bererti.
dipetik dari lirik lagu Patah Sayap nyanyian Nadia Aqilah
Kasih Aku Hanyalah Untuk Mu,
Tak Pernah Goyah,
Tak Pernah jemu,
Takkan terpadam, Dalam Hatiku,
ia Milikmu...
Percayalah
DIPETIK DARI LIRIK LAGU LARA LAGI NYANYIAN ADIRA SUHAMI
Bukan Ku Tak Punya Harga Diri,
Tapi Dirimu Begitu Bererti,
Kaulah Nafasku,
Engkau Harga Diriku,
Mengerti Aku.
Dipetik dari lirik lagu Harga Diriku Nyanyian Wali Band
TENTANG PENULIS
Muhamad Nabil Aliff Bin Jasmin dilahirkan di Pulau Pinang pada
2003. Dia mula meminati bidang sastera sejak di bangku
sekolah lagi.
Aliff mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Teluk
Bahang. Kemudian melanjutkan ke peringkat menengah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang.
Selepas mendapat keputusan yang cemerlang pada
peperiksaan SPM, Aliff melanjutkan pengajian di Universiti
Sultan Zainal Abidin dalam bidang Asasi Sains Dan Perubatan
di bawah Pusat Asasi Sains Dan Perubatan (PUSPA). Walaupun
meminati bidang sastera, Aliff juga meminati bidang sains dan
matematik dan cita-citanya lebih tertumpu kepada bidang
tersebut.
TERIMA
KASIH