The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irhamsyafi, 2022-03-15 11:35:30

Bentuk Pantun

Bentuk Pantun

BENTUK PANTUN

Muhammad Irham Syafi bin Syadiron

PANTUN BERKAIT

Berkait dari serangkap ke serangkap yang lain
berturut- turut dengan cara diulang balik
pembayang dan maksud akhir setiap rangkap.
Contoh:
Bunga dikarang di dalam kebun,
Permainan raja di Jedah,
Sahaya tidak tahu berpantun,
Memohon ampun barang yang salah.

Pantun dua kerat

Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam

Pantun empat kerat
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Pantun enam kerat

Ambil galah jolok kedondong,
Galah pendek buluh sumpitan,
Buluh bersisip tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
Sudah takdir sudah suratan,
Sudah nasib jadi begini.

PANTUN LAPAN KERAT

Sarang merbah di celah dahan,
Tempat punai bermain di situ,
Bekejar-kejaran anak rusa,
Tampak dari tanah seberang;
Bersyukur aku kepada Tuhan,
Kalau nasib memang begitu,
Akan merana sepanjang masa,
Harap pada kasihan orang.

Pantun sepuluh kerat

Sakit kepala rasa pening,
Dalam hati ubatnya habis,
Mahu diminta pada siapa,
hanya dinding di kanan kiri,
Bila jatuh diri berseorang:
Apabila hati semakin kering,
Payah sekali mahu menangis,
Bersabar serta bertimbang rasa,
Hanya mementing diri sendiri,
Semakin jauh tersimpang jalan.

PANTUN DUA
BELAS KERAT

Rotan sepatah dua patah,
Tarik kerakap batang padi,
Dibawa sultan dari judah,
Padi yang jangan digemparkan,
Kalau gempar jadi gugur,
Bila gugur masuk perigi,
Tuan di mekah di madinah,
Naik akhirat naik haji,
Tegak berdiri Rasulullah,
Kami yang jangan dilupa,
Kalau lupa antara tidur,
Dalam tidur menjadi mimpi.

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version