Pertandingan Melukis Poster Antidadah TAHUN 2022
TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN MELUKIS POSTER
ANTIDADAH PERINGKAT SEMADAH 2022
A. MAKLUMAT PERTANDINGAN
Pertandingan Melukis Poster Kempen Anti Dadah 2022 adalah anjuran Unit
Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama JK PPDa SEMADAH. Pertandingan
ini dibuka dari 26 Jun hingga 12 Ogos 2022.
B. KELAYAKAN PERTANDINGAN
Pertandingan Melukis Poster Kempen Anti Dadah 2022 terbuka kepada para
pelajar SEMADAH dari Tingkatan 1 hingga 5.
C. TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN
1. Penyertaan adalah percuma.
2. Penyertaan adalah secara individu sahaja.
3. Peserta boleh menghantar satu lukisan sahaja.
4. Tema pertandingan adalah ”JAUHI DADAH, PEROSAK MINDA,
PEMUSNAH NEGARA”.
5. Peserta boleh memilih salah satu mesej (atau slogan) yang hendak
disampaikan melalui poster ini iaitu:
5.1. Dadah Cegah Sebelum parah, ATAU
5.2. Dadah pemusnah kehidupan, ATAU
5.3. Bersama kita benteras dadah.
6. Peserta wajib menuliskan mesej atau slogan ke dalam poster.
7. Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Malaysia sahaja.
8. Poster yang dilukis hendaklah tidak mengandungi unsur-unsur perkauman,
politik dan juga isu-isu yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.
1
Pertandingan Melukis Poster Antidadah TAHUN 2022
9. Idea dan lukisan poster mestilah hasil ciptaan sendiri dan tidak pernah
disiarkan dalam media cetak mahupun internet. Plagiat adalah tidak
dibenarkan sama sekali. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya terdapat
unsur-unsur plagiat.
10. Poster hendaklah dilukis di atas kertas berukuran saiz A3 (saiz kertas
lukisan biasa).
11. Poster hendaklah dilukis menggunakan medium Pensil Warna / Warna Air /
Warna Poster / Krayon / Magic Color / Marker
12. Nama murid & kelas hendaklah ditulis di belakang kertas lukisan poster.
D. TUNTUTAN HAK CIPTA
1. Semua karya poster akan menjadi hak milik Unit Bimbingan & Kaunseling
SEMADAH sepenuhnya.
2. Unit Bimbingan & Kaunseling SEMADAH berhak menggunakan karya poster
untuk Program Promosi Pencegahan dan Kawalan Dadah dan dalam semua
bentuk promosi kesihatan.
E. HADIAH DAN KEPUTUSAN PERTANDINGAN
1. Setiap penyertaan akan menerima sijil. Pemenang tempat pertama hingga
ke-10 akan menerima hadiah dan sijil, mengikut kategori menengah atas
dan menengah rendah.
2. Setiap karya akan dinilai keaslian, konsep dan kreativiti oleh panel juri yang
dilantik oleh pihak penganjur.
3. Pemenang pertandingan akan diumumkan pada majlis khas yang akan
diadakan kelak.
4. Keputusan panel juri adalah muktamad. Sebarang rayuan dan bantahan
tidak akan dipertimbangkan.
F. TEMPOH PERTANDINGAN
1. Tarikh tutup pertandingan adalah pada 12 Ogos 2022 (Jumaat) jam 12:00
tengah hari.
2
Pertandingan Melukis Poster Antidadah TAHUN 2022
2. Setiap penyertaan hendaklah dihantar melalui guru kelas atau hantar sendiri
kepada Unit Bimbingan & Kaunseling selewat lewatnya pada 12 ogos
2022 (Jumaat) sebelum jam 12:00 tengah hari.
3. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap dan
penyertaan yang tiba lewat dari tarikh tutup. Untuk pertanyaan / keterangan
lanjut, sila hubungi:
En. Mohd Zuraidi bin Abu Bakar
Setiausaha PPDa
SEMADAH
Atau;
Pn. Siti Suria binti Bahrudin
Kaunselor
Unit Bimbingan & Kaunseling
SEMADAH
Contoh Poster Antidadah:
3