The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ell Sarah's Flips, 2019-12-14 11:44:26

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2020

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH 2020

SENARAI PENYELARAS BILIK KHAS

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN RUGADING, TUARAN TAHUN 2020

SENARAI NAMA GURU PENYELARAS BILIK-BILIK KHAS

ARAS BAWAH PENYELARAS
NO. NAMA BILIK KHAS ALIN MADLASIM
1 UNIT DISIPLIN ZULKARNAEN NAWAWI
2 RUANG PA SISTEM ZULKARNAEN NAWAWI
3 BILIK MUZIK ASRAH SETAN @ HUSSIEN
4 BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP RBT BENETHA NORLEN JOIMER
5 KLINIK KESIHATAN MAJRIN SUMAR
6 BILIK KESELAMATAN MD ASMI ABD KAHAR
7 BILIK PENGURUSAN SUKAN RONNY DANI
8 BILIK PERSALINAN HASMAH MD ANSAR
9 BILIK KOKUM BASILIUS NG
10 BILIK ELEKTRIK & HOS BOMBA

ARAS SATU

NO. NAMA BILIK KHAS PENYELARAS
1 PEJABAT PENTADBIRAN RUAMIN DULATIP
AHMAD ZAMZURIE MOHAMED
STOR KELAB KEBAJIKAN GURU
2 BILIK GURU NOORHAIDAH MADIN
4 BILIK KAUNSELING NORSAHADAH ANING
5 BILIK MESYUARAT VELZEN WILLIAM
6 UNIT PEPERIKSAAN MASNIAH AG DAMIT
7 BILIK PEMULIHAN NURHASNI SALIN
8 BILIK FAIL

ARAS DUA

NO. NAMA BILIK KHAS PENYELARAS
1 MAKMAL SAINS 1 ROSNEH ROBERT
2 MAKMAL SAINS 2 ROSNEH ROBERT
3 BILIK HAFAZAN | TASMIK CHE HASIN CHE LAH
4 BILIK SENI LUKISAN FADZILAH PATMAN
5 BILIK BUKU TEKS ASRAH SETAN @ HUSSIEN

ARAS TIGA PENYELARAS
NO. NAMA BILIK KHAS HELDAH PILANG
1 BILIK TAYANGAN DAN RAKAMAN HELDAH PILANG
2 PERPUSTAKAAN HELDAH PILANG
3 BILIK MULTIMEDIA -
4 BILIK SAL ANIMAH HJ SILUI
5 MAKMAL KOMPUTER NORIMAH LAN
6 KOPERASI

51 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

GAMBAR KORPORAT KAKITANGAN SKRT 2020

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN RUGADING, TUARAN TAHUN 2020

GAMBAR KORPORAT GURU DAN STAF SEKOLAH KEBANGSAAN RUGADING TUARAN

HADAPAN DARI KANAN
ALIN MADLASIM, MD AZMI SARMON, MAJRIN SUMAR, ZULKARNAEN NAWAWI, BASILIUS NG (PK PENTADBIRAN),
EKE ANDREAS JR (GURU BESAR), JUMINI USIN (PK HEM), AHIMA SALIM (PK KOKUM), SUZALI KASTAMI (PK
PETANG), AB TALIB AB RAHMAN, CHE HASSIN CHE LAH, RUAMIN DULATIP, FELIX JALAWAN.
TENGAH DARI KANAN
ASLIZAL OMAR, RONNY DANI, MASNIAH AG DAMIT, ZAINAWAN JIPIN, NOOR FATEHAH MD NOOR, NURHASNI SALIN,
MAHANI ABDUL MALEK, NORANIZAH ABDUL RAHMAN, HJH MURNI MADRAN, JUNIZA JASNI, HASMAH MOHD
ANSAR, SITI MARYAM ZULKIFLI WONG, NUR HASLINAH IDRIS, ASRAH HJ HUSSIEN, ANIMAH SILUI,
NOORHAIDAHMADIN, NUR FARAHIYAH NORDIN.
BELAKANG DARI KANAN
VELZEN @ VINCENT WILLIAM, NAZARUDDIN JANTAN, AG USIN AG APOK, NUR MAHIRAH KUPRI, ROSNEH ROBERT,
HELDAH BINTI PILANG, JULINAH MOHD YUSOF, HASIMAH YON MOHD ZAIN, YELNEY LEN APOK, NOR EZUANI MOHD
YUNUS, NORSAHADAH ANING, SHAHRIZA DERIN, AMY ANASTASIA MOO REJOS, CECELIA SAPPOW, SITI ARINAH
MOHD ADNAN, BENETHA NORLEN JOIMER, NORIMAH LAN, PEULIANA TOISIN, AHMAD ZAMZURIE MOHAMED.

52 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

GAMBAR INDIVIDU GURU, STAF DAN PIBG

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN RUGADING, TUARAN TAHUN 2020

EKE ANDREAS JR BASILIUS NG
GURU BESAR PENOLONG KANAN

PENTADBIRAN

JUMINI USIN AHIMA SALIM SUZALI KASTAMI
PENOLONG KANAN PENOLONG KANAN PENOLONG KANAN
HAL EHWAL MURID
KO KURIKULUM PETANG

AB TALIB AB RAHMAN AG HUSSIN AG APONG ALIN MADLASIM AMY ANASTASIA MOO REJOSS
GURU AGAMA GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK
BIASA BIASA
BIASA

ASLIZAL OMAR ASRAH HUSSIEN ANIMAH SILUI BENETHA NORLEN JOIMER
GURU PEMULIHAN GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK GURU AKADEMIK
BIASA
53 BIASA BIASA

SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

GAMBAR KORPORAT GURU | STAF | PIBG

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN RUGADING, TUARAN TAHUN 2020

CECELIA SAPOW CHE HASIN CHE LAH FADZILAH PATMAN FELIX JALAWAN
GURU AKADEMIK BIASA GURU AGAMA
GURU AKADEMIK BIASA GURU AKADEMIK BIASA

HASIMAH YON MD ZAIN HASMAH MD ANSAR HELDAH PILANG JUNIZA JASNI
GURU AKADEMIK BIASA GURU AKADEMIK BIASA GURU PERPUSTAKAAN GURU AKADEMIK BIASA

& MEDIA

MAHANI MALIK MAJRIN SUMAR MASNIAH AG DAMIT MD ASMI ABD KAHAR
GURU AKADEMIK BIASA GURU AKADEMIK BIASA
GURU AKADEMIK BIASA GURU AKADEMIK BIASA

MD AZMI SARMON MURNI MADRAN NOORHAIDAH MADIN NOOR FATEHAH MD NOOR
GURU AKADEMIK BIASA GURU AGAMA
GURU AKADEMIK BIASA GURU AKADEMIK BIASA

54 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

GAMBAR KORPORAT GURU | STAF | PIBG

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN RUGADING, TUARAN TAHUN 2020

NOR EZUANI MOHD YUNUS NORANIZAH ABDUL RAHMAN NUR AIN SYAHIRAH AZLI NUR FARAHIYAH NORDIN
GURU AKADEMIK BIASA GURU INTERIM GURU AGAMA
GURU AKADEMIK BIASA

NUR HASLINA IDRIS NUR MAHIRAH KUPRI NURHASNI SALIN PEULIANA TOISIN
GURU AGAMA GURU AGAMA GURU AGAMA GURU AKADEMIK BIASA

RONNY DANI ROSNEH ROBERT SHAHRIZA DERIN SITI ARINA MOHD ADNAN
GURU AKADEMIK BIASA GURU AKADEMIK BIASA GURU INTERIM GURU AKADEMIK BIASA

SITI MARYAM ZULKIFLI WONG YELNEY LENN APOK ZAINAWAN JIPIN
GURU AGAMA GURU AKADEMIK BIASA GURU AKADEMIK BIASA

55 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

GAMBAR KORPORAT GURU | STAF | PIBG

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN RUGADING, TUARAN TAHUN 2020

ZULKARNAEN NAWAWI VELZEN @ VINCENT WILLIAM RUAMIN DULATIP
GURU AKADEMIK BIASA GURU AKADEMIK BIASA PEMBANTU TADBIR

NORIMAH LAN NORSAHADAH ANING JULINAH MOHD YUSOF AHMAD ZAMZURIE MOHAMED
KETUA PEMBANTU TADBIR PEMBANTU PEMBANTU
AM PEJABAT
PEMBANTU TADBIR KEWANGAN PENGURUSAN MURID

NORKIZAN DURUDIN REBECCA @ NUR RAHMAH MAIAL
YANG DIPERTUA PIBG TIMBALAN YANG DIPERTUA PIBG

SUMARNI BINTI IRWAN AGUSTINA @ NOR HAYANIH BINTI
SUSIYANTI SELIANG AMINUDIN
AZILLAH BINTI JOINI AJKT AJKT
AJKT
AJKT SYITTI NAZEDAH SUKASDI

AJKT

MERNIH BINTI DERIN HASRAH BINTI MAIDEL SELIAH BINTI TUN MOHD KADIL BIN TAAT WAN SARDINNY BIN
AJKT AJKT AJKT AJKT WAN KASSIM
AJKT

56 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

PROGRAM KECEMERLANGAN SEKOLAH

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN RUGADING, TUARAN TAHUN 2020

PERLAKSANAAN PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

PROGRAM UTAMA
Program utama ialah berdasarkan kaedah PdPc di dalam bilik darjah. PdPc merupakan core business guru.
Sekiranya di dalam bilik darjah diurus dengan baik, terancang dan berkesan, maka peningkatan prestasi
akademik akan menjulang.

Antara program-program utama adalah meliputi aktiviti-aktiviti berikut:
1. Perancangan sekolah
2. Pengajaran dan Pembelajaran
3. Penilaian / Pemantauan / Pencerapan
4. Pemulihan / Pengkayaan
5. Kursus Dalaman untuk meningkatkan prestasi guru

PROGRAM KHAS
Program khas adalah merupakan aktivti yang lebih khusus dan istimewa kepada murid-murid UPSR. Antara
program yang telah dirancangkan ialah:

1. Kelas tambahan / bimbingan bermula dari bulan Februari hingga Ogos kepada calon-calon UPSR.
2. Kelas Tuisyen Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh guru sekolah dan luar

yang berpengalaman.
3. Klinik UPSR kepad murid-muridyang telah dikenalpasti lemah dalam peperiksaan dalaman peringkat

sekolah. Perhatian khusus diberikan kepada murid ini terutama dalam teknik menjawab soalan.
4. Ceramah motivasi bersiri diadakan dari semasa ke semasa untuk menerapkan semangat belajar diri

pelajar.
5. Seminar teknik menjawab soalan UPSR.

PROGRAM SOKONGAN
Program sokongan merupakan aktiviti-aktiviti tambahan, sampingan atau rancangan yang menjadi
pemangkin kepada program-program utama dan khas. Antara program-program sokongan ialah:

1. Kemudahan fizikal sekolah.
2. Keceriaan bilik darjah dan sekolah.
3. Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.
4. Kecemerlangan disiplin.
5. Pusat Sumber yang berfungsi.
6. Guru yang berhemah dan berkualiti.
7. Pengurusan yang cekap.
8. PIBG yang aktif.
9. Hubungan luar yang membantu.
10. Unit Bimbingan dan Kaunseling yang aktif.

57 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN PIPP

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN RUGADING, TUARAN TAHUN 2020

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah cetusan ilham, mantan Timbalan Perdana
Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ianya telah
dilancarkan pada 6 September 2013 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri
Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Ia mengandungi Lima
Aspirasi Sistem dan Enam Ciri Murid yang akan dicapai dalam tempoh 13 tahun, bermula dari
tahun 2013 hingga 2025. Merupakan manifestasi transformasi kerajaan yang paling menyeluruh dan besar
bagi murid dari pra sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi, dalam mendatangkan pulangan terbaik modal
insan untuk memacu segala hasrat pembangunan negara.

TRANSFORMASI TIGA GELOMBANG

GELOMBANG 1 2013 - 2015

Pelaksanaan pelan, memberi sokongan padu kepada guru serta tumpuan terhadap kemahiran asas.

GELOMBANG 2 2016 - 2020

Memacu peningkatan dan penambahbaikan.

GELOMBANG 3 2021 - 2025

Kuasa autonomi menguruskan pentadbiran sekolah diberikan.

11 ANJAKAN DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bagi mencapai matlamat tersebut, kementerian telah menggariskan 11 anjakan yang perlu
dilaksanakan seperti berikut:

1. Menyediakn kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profesien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris,
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan

keperluan.
7. Memanfaatkan ICt bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama denganibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

58 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

LIMA ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

AKSES 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah

hingga menengah atas menjelang 2020.

KUALITI Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa

seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

EKUITI 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar -luar bandar, sosio ekonomi,

gender) menjelang 2020.

PERPADUAN Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada

kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.

KECEKAPAN Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.

ENAM CIRI UTAMA

Enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global
di mana setiap murid akan mempunyai:

CIRI 1 PENGETAHUAN
CIRI 2 KEMAHIRAN BERFIKIR
CIRI 3 KEMAHIRAN MEMIMPIN
CIRI 4 KEMAHIRAN DWIBAHASA
CIRI 5 ETIKA DAN KEROHANIAN
CIRI 6 IDENTITI NASIONAL

59 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH

BUKU PENGURUSAN SEKOLAH KEBANGSAAN RUGADING, TUAHAN TAHUN 2020

ETIKA KEJA

Setiap pekerja hendaklah sentiasa berusaha menunaikan tugas mereka masing-masing. Sesebuah
organisasi amat bergantung kepada pekerja yang produktif dan cemerlang dalam melaksanakan
tugas-tugas yang diberikan. Terdapat etika kerja yang boleh dipraktikkan dalam tugas seharian
untuk mendapat keredhaan Tuhan seterusnya meningkatkan kualiti sesebuah organisasi.

BEKERJA DENGAN AZAM MENGABDIKAN DIRI KEPADA TUHAN

Sebagai seorang pekerja, seseorang itu hendaklah menyedari bahawa tugas yang dilaksanakan
adalah amanah Tuhan. Sekiranya dia tidak menunaikan tugas tersebut sebaik-baiknya, maka
bererti dia tidak menunaikan amanah Tuhan. Bekerja juga adalah seperti ibadat. Maka
sewajarnya setiap pekerja menunaikan tugas sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat. Sesungguhnya Tuhan itu maha melihat dan mendengar. Setiap gerak seseorang itu tidak
lepas daripada pandangan-Nya.

BEKERJA DENGAN IKHLAS DAN AMANAH

Seseorang pekerja itu seharusnya menyedari bahawa jawatan yang dipegang adalah hasil
permohonannya sendiri. Oleh yang demikian, sewajarnya dia menjalankan tugasnya dengan
penuh kerelaan dalam usaha mengabdikan diri kepada Tuhan di samping berusaha untuk
menyara diri dan keluarga dengan rezeki yang halal.

BEKERJA DENGAN TEKUN DAN CEKAP

Ketekunan adalah suatu sifat yang perlu ada dalam setiap individu yang bergelar pekerja. Setiap
pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas masing-masing sekiranya
mereka tekun. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ‘Sesungguhnya Allah suka apabila
seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”. Mutu kecekapan seseorang itu akan
meningkat sekiranya pekerja itu sanggup belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan yang
berkaitan dengan tugasnya sepanjang masa.

BEKERJA DENGAN SEMANGAT SATU PASUKAN DAN BERPADU FIKIRAN

Untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang, semangat bekerja sebagai satu pasukan
dalam melaksanakan tugas amat penting. Sikap saling bantu membantu di antara pekerja akan
menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira.

60 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

A (1) TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

Kami guru-guru Malaysia sedar bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju
ke arah pembentukan warganegara yang taat setia, yang bertanggungjawab, berakhlak
mulia, berkebolehan yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran
dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi.
Kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membentuk anak mudanya memahami
kebudayaan mereka memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman
berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk
mendapat kemajuan sepenuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut
sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf
kesusilaan yang tinggi.

1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
1.1 Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami dari hal-hal lain.
1.2 Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
1.3 Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka
yang berhak mengetahuinya.
1.4 Membimbing atau mengajar seorang pelajar di dalam bilik darjah sendiri atau dalam
mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
1.5 Menunjukkan satu cara berpakaian, peraturan atau tingkahlaku yang memberi
contoh yang baik kepada pelajar.
1.6 Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,
lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar
supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA
2.1 Menghormati tanggungjawab ibu bapa yang utama terhadap anak-anak mereka.
2.2 Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumahtangga.
2.3 Menganggap maklumat yang diberikan oleh ibubapa mengenai keadaan
rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkan kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
2.4 Mengelakkan diri dari menggunakan atau mempengaruhi oleh kedudukan sosial
dan ekonomi ibubapa pelajar.
2.5 Memberikan maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
mengutamakan maklumat yang diterima daripada ibubapa secara teliti dan
bijaksana.

61 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

2.6 Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibubapa atau jagaan mereka.

2.7 Menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar semasa di kawasan sekolah sentiasa
berusaha menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dengan kerjasama ibubapa
mereka.

3. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
3.1 Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentinganpelajar, masyarakat dan Negara atau yang bertentangan dengan Rukun
Negara.
3.2 Memupuk di dalam diri setiap pelajar dan nilai membantu dan membimbing mereka
untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna,
menghormati adanya perbezaan kebudayaan, agama dan keturunan.
3.3 Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil
bahagian di dalam sebarang kegiatan masyarakat.
3.4 Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibubapa
institusi pendidikan dengan masyarakat.
3.5 Berpegang kepada tingkahlaku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
3.6 Bermuafakat dengan semua pihaktermasuk agensi-agensi kerajaan atau swasta
untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah kea rah pendidikan bertaraf dunia.

4. TANGGUNGJAWAB TERHADAP SESAMA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
4.1 Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau
membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.
4.2 Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
kami sebagai seorang guru.
4.3 Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengalakkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan social.
Sentiasa mengawal diri kami daripada mencemarkan nama baik dan imej profesion
perguruan.
4.5 Menjalankan tugas seperti yang diarahkan oleh pentadbir dari masa ke semasa dan
ambil inisiatif untuk membaiki sesuatu keadaan atau menyelesaikan sesuatu
masalah dengan cepat, adil, cekap dan saksama.

5. TATATERTIB BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
5.1 Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika
memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang Di Pertuan Agong,
negara dan kerajaan. Seseorang pegawai tidak boleh :-
a) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan
kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya
b) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau

62 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

mencemarkan nama perkhidmatan awam
c) kurang cekap atau kurang berusaha
d) tidak jujur atau tidak amanah
e) tidak bertanggungjawab
f) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan

dengan munasabah sebagai ingkar perintah, dan
g) cuai dalam melaksanakan tugasnya.

5.2 Seorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab. Seseorang pegawai dianggap
sebagai telah melanggar tatakelakuan ini jika beliau, antara lain :
i) Mengahsut kakitangan kerajaan supaya jangan terlalu berusaha dalam
menjalankan tugas-tugas mereka.
ii) Cuba mewujudkan suasana yang tegang di pejabat (atau bilik guru ) dengan
melaga-lagakan rakan-rakan sejawat untuk keperluan diri sendiri.
iii) Bersikap tidak acuh terhadap tugas-tugas dan tanggungjawabnya.
iv) Tidak memperdulikan atau mejaga harta kerajaan sebagaimana yang
sepatutnya kerana harta tersebut bukan hartanya.
v) Tidak hadir bekerja tanpa cuti atas sebab-sebab yang munasabah.

Tindakan tatatertib boleh diambil ke atas pegawai - pegawai yang melanggar Peraturan Pegawai
Awam.

A (2) SENARAI KRITERIA PENILAIAN GURU

1. Guru mempunyai pengetahuan yang baik terhadap mata pelajaran.
2. Guru menggunakan berbagai-bagai teknik pengajaran.
3. Guru menunjukkan perhatian, keperluan dan minat individu.
4. Guru sentiasa mencari idea-idea, bahan-bahan dan pengalaman baru.
5. Objektif guru adalah selaras dengan objektif sekolah dan Kementerian Pendidikan

Malaysia.
6. Guru mencari pertubuhan profesional (melawat, belajar, kaji selidik dan sebagainya).
7. Guru menunjukkan semangat dan minat terhadap mata pelajaran.
8. Guru menghubungi guru jika perlu.
9. Guru bekerja dengan murid-murid di luar bilik darjah. (kelab, aktiviti dan sukan).
10. Guru mengelola dan bersedia dengan baik.
11. Guru mengurus bilik darjah dengan baik.
12. Guru adil dan saksama terhadap murid-murid.
13. Guru dapat berkomunikasi dengan cara yang jelas dan berkesan.
14. Guru memahami apa tujuan menguji, taksiran dan penilaian.
15. Guru menghargai dan menerima setiap murid sebagai seorang individu.
16. Guru membuat tugas pentadbiran dengan baik (laporan, kedatangan, yuran sekolah).
17. Matlamat kelas adalah jelas kepada guru dan murid.
18. Guru dihormati oleh murid, rakan sejawat dan lain-lain staf.
19. Guru mempunyai pertalian yang baik dengan murid dari berbagai kaum.

63 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

20. Guru berkebolehan mendorong murid berfikir dan belajar.
21. Guru pantas dan memulakan kelas tepat kepada waktunya.
22. Guru menggunakan kaedah disiplin dengan tegas tetapi adil.
23. Guru sentiasa meminta nasihat dan pandangan dengan penasihat bimbingan
24. Guru menggunakan berbagau-bagai kaedah untuk melihat prestasi.
25. Kedatangan guru adalah sangat baik.
26. Guru bekerja dengan guru-guru lain khususnya dari matapelajaran atau jabatan yang

sama.
27. Guru berpandangan luas dan sedia mengubah.
28. Guru mempunyai matlamat dan tujuan yang diiktirafkan dengan baik.
29. Murid dilibatkan di dalam sesuatu aktiviti yang jelas berkait dengan bidang mata

pelajaran atau objektif matapelajaran yang diajar.
30. Murid adalah berminat dan menyertai aktiviti kelas dengan aktif.
31. Murid menghormati di antara satu sama lain dan dengan guru.
32. Mewujudkan suasana yang mesra dan penyayang dalam bilik darjah mahupun di

Kawasan sekolah.
33. Menangani murid-murid dengan persefahaman, kasih sayang dan penghargaan diri

khususnya murid-murid bermasalah.
34. Menjalankan semua tugas dengan penuh tanggungjawab, komitmen yang tinggi dan cara

yang imaginatif, inovatif dan kreatif.

A (3) WAKTU SEKOLAH

1. Waktu sekolah mestilah dipatuhi dan diikuti dengan sepenuhnya
2. Guru-guru diminta berada di sekolah selewat-lewatnya lima minit sebelum sekolah

bermula dan balik hanya selepas waktu sekolah tamat.
3. Waktu biasa sekolah seperti berikut Hari Sesi Pagi dan Petang;

Hari | Sesi Pagi Masa Aktiviti
Isnin Ko Kurikulum
Selasa 6.50 pagi - 12.10 tengah hari
Rabu 6.50 pagi - 12.10 tengah hari
6.50 pagi - 01.40 petang
Khamis 12.40 tengah hari - 01.40 petang
Jumaat 6.50 pagi - 12.10 tengah hari
6.50 pagi - 11.30 pagi

Hari | Sesi Petang Masa Aktiviti
Isnin
Selasa 12.20 tengah hari - 05.40 petang
12.20 tengah hari - 05.10 petang
Rabu
11.20 tengah hari - 05.10 petang Ko Kurikulum
Khamis 11.20 tengah hari - 12.20 petang
Jumaat 12.20 tengah hari - 05.10 petang
64 01.10 petang - 05.20 petang

SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

A (4) KEHADIRAN GURU

1. Guru-guru adalah diminta menulis dan menandatangani Buku Kehadiran atau perakam waktu
apabila sampai ke pejabat sekolah dan sekali lagi sebelum waktu pulang ke rumah.

2. Guru yang tidak menulis atau menandatangani Buku Kehadiran atau mengetik kad perakam
waktu dianggap sebagai tidak hadir bertugas.

3. Untuk kegiatan kokurikulum dan sebarang aktiviti sekolah, guru-guru diminta mencatat
nama di dalam buku kedatangan yang disediakan.

B (1) CUTI | Perintah AM Bab C

1. Cuti bukan satu hak tetapi merupakan satu keistimewaan atau kemudahan.
2. Kelayakan guru ialah Cuti Rehat Khas 10 hari setahun.
3. Kuasa melulus cuti adalah Ketua Jabatan atau kuasa-kuasa lain yang ditentukan.

B (2) SIJIL SAKIT

1. Jika seseorang guru tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau kerana sebab - sebab
kesihatan, guru berkenaan hendaklah memberitahu Guru Besar /Penolong Kanan
Pentadbiran /Penolong Kanan Petang /Penolong Kanan Pendidikan Khas dan Ketua Pembantu
Tadbir /Pegawai Eksekutif sebelum sekolah bermula atau lewat-lewatnya sebelum waktu
pertama belajar pada hari tersebut.

2. Sijil sakit yang dikemukakan hendaklah mengikut PERINTAH AM BAB C para 15.
3. "Cuti-cuti atas sebab perubatan adalah diberi oleh Ketua Jabatan atau kuasa tertentu bila

seseorang pegawai itu disahkan oleh seorang pegawai perubatan atau oleh sebuah Lembaga
Perubatan (Bab F) atau oleh seorang Panel Doktor sebagai tidak sihat untuk menjalankan
tugas-tugas jawatannya. Pengesahan itu hendaklah di atas sijil sakit yang diterima seperti
dalam Perintah Am (xi). Ketua Jabatan boteh menerima mengikut budi bicaranya sendiri,
sebarang sijil sakit yang dikeluarkan oleh seorang doktor swasta tanpa sokongan seorang
pegawai perubatan, apabila siiil-siiil itu memberi cuti tidak melebihi DUA hari yang berturut -
turut sahaja. Jumlah cuti sakit yang diberi Ketua Jabatan atau sijil-sijil demikian tidak akan
melebihi 15 hari dalam sesuatu tahun".
4. Sijil-sijil sakit hendaklah diserahkan sendiri kepada Guru Besar.
5. Semua perkara yang berkaitan dengan cuti sakit adalah tertakluk kepada PERINTAH AM BAB
C Perkara (iii) Cuti-cuti atas sebab-sebab perubatan.

B (3) CUTI REHAT KHAS ( CRK ) | (P.P Kementerian Pendidikan 2/81)

1. Jumlah cuti ialah sebanyak 10 hari setahun.
2. Kemudahan adalah untuk diri sendiri dan keluarga terdekat sahaja (isteri/ suami, ibu dan

bapa)
3. Tuiuan : Menziarahi ahli keluarga yang rapat yang sakit tenat/ meninggal dunia (Ahli keluarga
65 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

suami/ isteri/ anak-anak). Keluarga rapat - ibubapa/ adik - beradik/ mertua/ datuk/ nenek/
isteri/ suami dan / atau;

i. Perayaan Agama
ii. Kecemasan (semasa banjir)
iii. Tambahan cuti haji
iv. Kursus suai kenal (Luar Kampus)
v. Majlis konvokesyen bagi guru-guru itu sendiri atau anak-anak mereka
vi. Temuduga kenaikan pangkat
vii. Tujuan perkahwinan guru-guru itu sendiri atau anak-anak mereka

4. Tidak dibenarkan untuk mengambil cuti rehat khas bagi urusan peribadi seperti untuk
menghadiri Ujian Memandu.

5. Cuti isteri bersalin untuk lelaki selama 7 hari sebagai cuti tanpa rekod, 5 kali sepanjang
perkhidmatan.

B (4) TUGAS| KERJA GURU GANTI

1. Tugas atau Kerja ganti, relief work hendaklah dibuat bagi guru-guru yang tidak hadir kerana
sebab sebab kesihatan.

2. Tugas atau Kerja ganti rasmi dibuat bagi guru-guru yang perlu menghadiri mesyuarat -
mesyuarat / kursus bagi pihak sekolah atau menjalankan tugas-tugas rasmi yang diarahkan
atau yang mendapat kebenaran dari Jabatan Pendidikan Sabah atau Kementerian Pendidikan
Malaysia seperti yang diwajibkan dalam PERINTAH AM dan Pekeliling-Pekeliling
Perkhidmatan.

3. Tugas/Kerja guru ganti adalah RASMI, guru yang diarahkan untuk jalankan tugas ganti adalah
WAJIB dilaksanakan.

B (5) GURU BERTUGAS HARIAN

1. Beberapa orang guru Thp (1) dan Thp (2) akan ditugaskan mengawasi, memeriksa dan
mengambil tindakan-tindakan yang perlu serta membuat laporan / melaporkan pada setiap
hari persekolahan.

2. Guru bertugas diminta berada di sekolah 15 minit sebelum sekolah bermula dan balik selepas
semua murid selamat pulang. Jika ada sebarang kegiatan sekolah pagi atau petang guru
bertugas diwajibkan berada di sekolah pada hari tersebut.

3. Guru bertugas perlu menjalankan tugas tiap-tiap hari sekolah dan melaporkannya ke dalam
BUKU LAPORAN HARIAN dan membawa buku tersebut kepada Guru Besar pada hari yang
berikut, Waktu Pertama.

4. Ringkasan ucapan khas pada hari Perhimpunan Mingguan hendaklah dicatatkan dalam buku
Laporan Perhimpunan dan dihantar kepada Guru Besar pada hari pertama minggu berikutnya.

5. Guru bertugas perlu membuat rondaan mengelilingi kawasan sekolah sebelum sekolah
bermula, masa rehat dan selepas sekolah ditutup untuk memeriksa dan membuat laporan
tempat-tempat berikut:

66 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

5.1 Bilik-bilik khas
5.2 Bilik-bilik makmal sains dan bilik kemahiran hidup
5.3 Tandas murid dan guru
5.4 Kantin sekolah
5.5 Bilik-bilik khas seperti pusat sumber, pengawas, kaunseling dan lain-lain
5.6 Kawasan am dan lain-lain

6. Laporan pemeriksaan hendaklah ditulis pada tia-tiap hari persekolahan kedua - dua sesi.
Laporan hendaklah jelas, tepat dan lengkap dengan menyatakan masa, tempat, jenis dan
sebagainya.

7. Guru bertugas perlu merujuk kepada laporan dalam LAPORAN HARIAN apabila membuat
laporan atau pengumuman di perhimpunan atau apa-apa tindakan yang berkaitan dengan
tugasnya.

8. Guru bertugas adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal menjaga dan mengawal
disiplin pelajar-pelajar dan perjalanan pembelajaran sekolah pada hari tersebut.

9. Guru bertugas bertanggungjawab mengambil tindakan-tindakan yang perlu seperti
mengarahkan pelajar mengutip sampah, mencuci kelas, memeriksa kebersihan kelas,
memeriksa kebersihan diri pelajar dan lain-lain yang difikirkan perlu.

10. Bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar, bertindak apabila berlaku sesuatu
kemalangan atau kecemasan yang berlaku di sekolah pada hari tersebut.

11. Bertindak dan mengambil langkah-langkah positif jika berlaku sesuatu keadaan yang kurang
memuaskan seperti kelas bising, kelas kotor, kelas tidak ada guru, murid lewat ke sekolah,
tandas-tandas kotor dan sebagainya.

12. Menentukan perjalanan jadual waktu sekolah berjalan dengan lancar dan lonceng sekolah
berbunyi pada waktu yang betul.

13. Membantu / melaporkan kepada guru penyelia jadual waktu guru ganti jika ada guru yang
tidak hadir bertugas pada hari tersebut.

14. Guru bertugas memastikan pelajar berbaris sebelum masuk ke kelas dan berbaris sebelum
pulang.

15. Guru bertugas bertanggungjawab menghantar pelajar ke klinik, hospital jika perlu dan ke
rumah bagi kes istimewa.

16. Guru bertugas hendaklah membantu pengawas-pengawas bersiap sedia untuk perhimpunan
mingguan lengkap dengan pembesar suara, bendera-bendera dan lain-lain keperluan.

17. Guru bertugas bertanggungjawab untuk mengawas kelas tambahan di sebelah petang atau
pada hari Sabtu.

B (6) KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH

1. Guru-guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah pada masa bertugas tanpa tujuan
yang benar-benar penting.

2. Guru yang keluar dari kawasan sekolah dikehendaki mendapat kebenaran terlebih dahulu
dari Guru Besar dengan mengisi borang KEBENARAN KELUAR SEKOLAH menandatangani
buku KELUAR SEKOLAH yang boleh didapati di kaunter pejabat sekolah.

3. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan atau kecederaan yang

67 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

berlaku semasa mereka berada di luar sekolah.
4. Guru-guru tidak digalakkan keluar dari kawasan sekolah pada waktu rasmi kerja.

B (7) PERHIMPUNAN

1. Perhimpunan rasmi akan diadakan pada hari ISNIN (sesi pagi / petang). Perhimpunan ringkas
akan diadakan pada hari tertentu (jika perlu).

2. Lagu Negaraku, Lagu Kebangsaan Negeri Sabah dan Lagu Sekolah akan dinyanyikan dengan
penuh semangat oleh semua murid dan guru sambil bendera dinaikkan pada setiap
perhimpunan hari ISNIN.

3. Guru-guru akan membawa masuk murid-murid ke kelas masing-masing selepas perhimpunan
dalam keadaan yang senyap dan teratur.

4. Semua guru adalah tanggungjawab menentukan setiap murid faham dan mengikut peraturan
perhimpunan. Ini termasuklah murid berbaris dengan penuh disilpin, teratur, dan sentiasa
dalam keadaan senyap ketika perhimpunan .

5. Guru bertugas pada hari itu hendaklah memastikan aturcara dijalankan dengan licin dan
disiplin pelajar terkawal.

6. Perkara-perkara yang harus menjadi pengumuman dalam perhimpunan itu ialah perkara
yang tercatat dalam buku LAPORAN HARIAN guru bertugas dan tajuk tajuk penting mengenai
pembelajaraan dan perndidikan.

7. Ucapan kewarganegaraan: Guru bertugas hendak lah menyampaikan satu ucapan ringkas
(tidak melebihi 5 minit ) atas tajuk-tajuk yang sesuai dan manfaat kepada pelajar-pelajar.

8. Semua guru hendaklah memakai pakaian rasmi (bertali leher atau bush jacket bagi lelaki)
semasa perhimpunan rasmi. Semua perlajar diwajibkan memakai pakaian rasmi yang kemas,
memakai tali leher rasmi sekolah bagi pengawas kecuali murid yang memakia baju kurung.

9. Semua guru DIWAJIBKAN hadir di perhimpunan rasmi.
10. Segala arahan dan pengumuman mestilah dibuat dengan ringkas dan jelas.
11. Atur cara pada masa perhimpunan rasmi adalah seperti berikut:

11.1 Bacaan doa oleh pengawas
11.2 Nyanyian lagu kebangsaan, lagu negeri, lagu sekolah dan lagu wawasan/patriotik
11.3 Ikrar yang diketuai oleh ketua murid
11.4 Pengumuman aktiviti kokurukulum oleh pengawas bertugas
11.5 Laporan dan ucapan kewarganegaraan (mutiara budi) oleh guru bertugas
11.6 Ucapan guru guru / penolong kanan
11.7 Penyampaian sijil /hadia jika ada
11.8 Ucapan Guru Besar
11.9 Masuk kelas
11.10 Guru-gruru tidak dibenarkan berucap selepas ucapan guru besar.

68 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

B (8) MENGAJAR DALAM BILIK DARJAH | KELAS

1. Guru-guru dinasihatkan supaya tidak duduk semasa mengajar di dalam kelas.
2. Seluruh waktu mengajar itu mestilah digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan bahan

pelajar dan membimbing murid dalam proses pembelajaran.
3. Memeriksa buku rampaian dan kertas jawapan murid tidak harus dilakukan dalam bilik darjah

ketika mengajar melainkan untuk memberi bimbingan dan perhatian individu murid.
4. Tugas guru bukan sahaja menyampaikan bahan pelajaran tetapi juga mengawal kelas supaya

tidak bising , memberi contoh teladan dan bimbingan kepaya murid supaya menjadi
warganegara yang berdisliplin dan berilmu. Kembangkan potensi dan modal insan di kalangan
murid.
5. Kerja bertulis dan kerja rumah mestilah diberi secukupnya bagi semua matapelajaran dalam
satu-satu minggu. Jumlah kerja bertulis, latihan, ujian atau kerja rumah akan ditentukan
dalam mesyuarat panitia mata pelajaran.
6. Semua kerja murid mestilah disemak dan diperiksa dengan SEGERA dan NOTA yang diberi
perlu di semak dan periksa. Tandatangan guru dan tarikh membuat semakan hendaklah
dicatat dalam buku rampaian murid bagi setiap kerja semakan atau peperiksaan yang dibuat.
7. Guru yang menjalankan tugas/kerja gantik ( relief ) diminta mengajar matapelajaran yang
terdapat pada jadual waktu atau mengajar mana tajuk yang berfaedah kepada pelajar.
Sengaja duduk dalam kelas adalah tidak digalakkan.
8. Jangan benarkan pelajar meninggalkan kelas pada masa belajar tanpa sebab yang
munasabah. Guru yang membenarkan murid-murid keluar MESTILAH memberi KAD, PAS atau
TANDA NAMA guru berkenaan sebagai tanda mendapat kebenaran dari guru berkenaan
untuk keluar kelas.
9. Setiap orang guru mestilah menentukan bahawa bilangan murid dalam kelasnya adalah sama
dengan bilangan yang tercatat di dalam buku kawalan kelas.
10. Pengajaran dan pembelajaran hendaklah menarik dan berkesan. Guru hendaklah
memastikan persediaan yang cukup telah dibuat dengan segala BBM yang sesuai serta
strategi PdPc yang berkesan.

B (9) KETEPATAN MASA | MMI

1. Ketepatan masa guru adalah penting untuk menentukan disiplin dan dihormati oleh pelajar -
pelajar

2. Guru-guru hendaklah masuk kelas dan meninggalkan kelas mengikut waktu. Guru adalah
bertanggungjawab pada waktu guru itu sepatutnya berada di kelas; PdPc hendaklah diberi
keutamaan. Unsur-unsur lain bolehlah dibuat pada masa yang lain.

3. Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas ketika waktu mengajar. Jika terpaksa
meningalkan kelas kerana kecemasan atau sebab yang penting, guru berkenaan dinasihatkan
supaya memberi kerja secukupnya dan menentukan disiplin murid, sekolah terkawal,
sebelum meninggalkan kelas. Sila maklumkan kepada rakan guru di kelas sebelah atau
terhampir.

4. Ketua kelas patut dinasihatkan supaya mencari guru yang masih belum masuk kelas 5 minit

69 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

selepas waktu pembelajaran bermula belajar. Jika guru masih tidak dapat dicari, penolong
kanan atau guru kanan mesti diberitahu.
5. Guru guru mestilah menjadi contoh teladan dalam semua kegiatan sekolah termasuk ucapan-
ucapan sekolah . Jika sesuatu mesyuarat itu bermula jam 3.00 petang misalnya, maka guru
yang sepatutnya bertugas mestilah berada 10 minit sebelum jam 3.00 petang.
6. Semua urusan brkaitan dengan PPD, JPNS serta kementerian Pelajar hendaklah diselesaikan
dan di hantar kepada pihak yang berkenaan pada atau sebelum masa yang ditetapkan.

B (10) DISIPLIN

1. Jangan sekali-kali mengorbankan disiplin untuk menjadi popular di kalangan pelajar. Guru

seumpama ini akan menjadi masalah besar kepada sekolah khasnya dalam usaha

mendisiplinkan pelajar.

2. Disiplin pelajar di sekolah adalah tanggungjawab bersama setiap guru, sebarang masalah

yang berkaitan dengan disiplin pelajar mestilah diselesaikan bersama oleh guru-guru. Jangan

bebankan masalah disiplin semata-mata kepada guru disiplin sahaja.

3. Kementerian Pelajaran melarang sama sekali guru-guru menjalankan sebarang hukuman atau

dera kepada murid kecuali diturunkan kuasa oleh Guru besar.

4. Hanya Guru Besar dan guru-guru yang dibenarkan menjalankan hukuman atau dera kepada

murid yang melanggar peraturan sekolah atau yang menimbulkan masalah disiplin.

5. Semua kesalahan mestilah direkod ke dalam buku ‘DISIPLIN’ yang disimpan di pejabat. Rekod

ini akan dirujuk ketika menyediakan sijil berhenti dan surat akuan pelajar.

6. Guru-guru kelas serta guru-guru mata pelajaran hendaklah merekod semua kesalahan murid

dalam buku persediaan mengajar di ruangan catatan. Rekod ini adalah penting dalam

hal disiplin.

7. Sebagai panduan, aspek-aspek disiplian yang patut dikawal oleh semua guru adalah seperti

berikut:

8.

7.1 Kurang sopan, melayan guru atau mencabar guru.

7.2 Mencuri, menipu atau bercakap bohong.

7.3 Mengugut, melawan atau memukul pengawas atau murud lain.

7.4 Memeras ugut murid lain melibatkan wang atau harta benda bernilai dan lain lain

seumpamanya.

7.5 Menipu tanda tangan atau yang seumpamanya.

7.6 Menganggotai kumpulan haram atau kongsi gelap.

7.7 Meniru dalam peperiksaan ( kecurangan akademik ).

7.8 Keluar dari bilik kelas di waktu belajar dan merayau-rayau dalam kawasan sekolah

tanpa tujuan.

7.9 Kelakuan tidak sopan ketika perhimpunan.

7.10 Pergerakan murid dari kelas ke makmal, padang permainan, bilik sumber dan lain-

lain.

7.11 Tabiat kebersihan diri, kebersihan sekolah dan kelas.

7.12 Merosakkan harta benda sekolah.

70 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

7.13 Membuat bising dalam kelas dan mengganggu pembelajaran kelas lain.
7.14 Bergaduh dan bertumbuk.
7.15 Berambut panjang.
7.16 Pakaian yang tidak kemas.
7.17 Berjudi.
7.18 Terlibat dalam dadah.
7.19 Mengisap rokok.
7.20 Ponteng dan lewat datang sekolah.
7.21 Membuat kenyataan akhbar dan sebagainya tanpa kebenaran.
7.22 Sila rujuk buku peraturan sekolah (untuk rujukan lanjut ).

9. Bagi mewujudkan disiplin sekolah yang baik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dan
proses sosialisasi dapat berjalan dengan lancer dan berkesan serta tidak terkeluar dari garis
panduan yang telah ada, sila rujuk peraturan atau pekeliling-pekeliling yang berikut:

8.1 School ( General ) Regulations 1951
8.2 Assisted School Institution ( Management ) Rules 1969
8.3 Educations Institution ( Exemption Orders ) 1959
8.4 School ( Course of Studies ) Regulation 1959
8.5 School Curriculum 1969
8.6 Education ( School Discipline ) Regulations 1959
8.7 School ( Tour) Regulation 1958
8.8 School ( Magazines ) Regulations 1968
8.9 School ( Societies ) Regulations 1968
8.10 Education Institutions ( Instruments of Management Government ) Rule 1963
8.11 Parent-Teacher Associations Rules 1973

B (11) KEHADIRAN MURID

1. Jika seorang murid tidak hadir ke sekolah selama 3 hari berturut-turut atau 3 hari dalam satu
minggu atau selalu tidak hadir , guru kelas hendaklah memberitahu ibubapa atau penjaga
dengan kadar segera. Surat / borang untuk perkara tersebut boleh didapati dari pejabat
sekolah.

2. Jika tidak ada jawapan daripada ibu, bapa atau penjaga, guru kelas dikehendaki
mengemukakan satu peringatan. Jika masih tidak ada jawapan, tindakan untuk
memberhentikan murid dari sekolah hendaklah diambil. Ibu, bapa atau penjaga boleh diberi
tempoh 14 hari untuk berjumpa atau berbincang dengan Guru besar.

B (12) BUKU KEDATANGAN MURID

1. Sila lihat arahan dan peraturan yang terdapat pada Buku Kedatangan murid yang dibekalkan.
2. Buku Pendaftaran mestilah dikemaskinikan. Segala butir yang diperlukan hendaklah ditulis

rapi, jelas, bersih dan boleh dibaca. Sila gunakan dakwat biru.
71 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

3. Penyata bulanan bagi setiap kelas hendaklah diisi pada akhir setiap bulan, borang penyata
bulanan dihantar pada PK HEM atau Pembantu Tadbir Sekolah sebelum 2hb berikut.

4. Buku Kedatangan ini adalah dokumen rasmi yang perlu disimpan di pejabat sekolah. Buku ini
tidak boleh dibawa balik atau dibawa keluar dari kawasan sekolah.

5. Buku Kedatangan murid hanya boleh diambil oleh guru kelas pada waktu pertama dan
mestilah dipulangkan balik ke pejabat sekolah sebelum jam 9.00 pagi

6. Buku Kehadiran murid akan diperiksa oleh PK HEM yang ditugaskan oleh guru besar pada
minggu pertama setiap bulan atau pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.

B (13) MENGISI DAN MENANPA BUKU KEDATANGAN

1. Semua ruangan di dalam Buku Kedatangan mestilah dipenuhkan dengan cermat dan
betul. Tulisan mestilah kemas, jelas, boleh dibaca dan menggunakan dakwat.

2. Bilangan sekolah (murid) mestilah diisi pada tiap-tiap bulan. Butir-butir ini boleh didapati
dari buku pendaftaran besar sekolah.

3. Nama penuh murid mestilah ditulis mengikut abjad. Murid yang masuk tanpa kebenaran
atau surat pengesahan dari pejabat Guru Besar tidak boleh dimasukkan ke dalam buku
pendaftaran tersebut.

4. Tandakan dengan (L) untuk lelaki dan (P) untuk perempuan dalam ruangan jantina setiap
bulan.

5. Kedatangan hendaklah ditanda pada setiap hari persekolahan dan mestilah ditutup satu
jam selepas sekolah bermula. Buku kedatangan mestilah dihantar ke pejabat sebelum
jam 9.00 pagi bagi sesi pagi dan jam 3.00 petang bagi sesi petang.

6. Murid yang hadir ditanda dengan garis ( I ): tidak hadir ditanda (0). Jika ada murid yang
datang lambat ditulis huruf (L) di dalam (0) dan dikira sebagai hadir.

7. Bagi pelajar yang tidak hadir catatkan (P) untuk ponteng dan (S) untuk sakit (K) untuk
tidak hadir kebenaran dalam (0).

8. Hari kelepasan am untuk cuti umum hendaklah ditanda dengan perkataan melintangi
ruang hari yang berkenaan. Contohnya "Cuti Hari Kebangsaan" dan sebagainya.

9. Tandakan kedatangan dengan dakwat biru. Jangan sekali-kali gunakan pensil kemudian
diikuti dengan dakwat di atasnya.

10. Jika berlaku sebarang kesalahan atau kesilapan ketika menulis, jangan padamkan
sebarang getah pemadam atau liquid paper. Tetapi hendaklah dipotong kesalahan itu
dan ditulis dengan yang betul disebelahnya dan turunkan tandatangan ringkas guru.

11. Jika terdapat sebarang masalah mengenai Buku Kedatangan sila rujuk ke pejabat untuk
mendapatkan penjelasan.

12. Tidak dibenarkan menggunakan 'Liquid Paper' di dalam Buku Kedatangan.
13. Bagi pelajar yang tidak hadir berterusan dan telah diberitahu kepada ibubapa sebanyak

3 kali, guru kelas bolehlah mengisi borang memohon kelulusan memotong nama
daripada iadual kedatangan. Bila kelulusan diberi oleh Guru Besar, nama pelajar tersebut
bolehlah dipotong daripada Jadual Kedatangan.
14. Setiap surat yang dihantar kepada ibubapa hendaklah dicatatkan tarikhnya. Salinan surat
tersebut diserahkan untuk fail pejabat.

72 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

B (14) BUKU REKOD MENGAJAR

1. Sila rujuk Pekeliling Kementerian Pelajaran 256 yang terdapat di dalam buku rekod mengajar.
2. Buku ini mestilah dikemaskinikan dan sentiasa berada dengan guru ketika mengajar. Guru

hendaklah mengikuti perancangan yang telah dibuat bagi waktu yang tertentu.
3. Buku rekod mengajar ini akan diperiksa pada bila-bila masa oleh Guru Besar, Nazir Sekolah,

Pegawai-pegawai dari Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pegawai
Pelajaran Daerah.
4. Buku Rekod Mengajar hendaklah ditulis Rancangan harian/ mingguan tiap-tiap minggu dan
rekod pengajaran harian pada tiap-tiap hari.
5. Perkara-perkara berikut mestilah disempurnakan dengan baik di dalam Buku Rekod
Mengajar:

5.1 Takwim Sekolah
5.2 Senarai Buku Teks
5.3 Daftar barang-barang atau perabot kelas
5.4 Jadual waktu kelas dan persendirian guru
5.5 Sukatan pelajaran
5.6 Rancangan Pelajaran
5.7 Rekod Kerja Mingguan
5.8 Rekod markah kemajuan murid bagi Ujiaan-ujian Topikal dan PKSR 1 & 2
5.9 Semua markah kerja kursus, ujian dan peperiksaan hendaklah direkodkan
5.10 Butir-butir mengenai diri murid dan ibu bapa/penjaga murid
5.11 Butir-butir mengenai kutipan wang
5.12 Soalan-soalan latihan, ujian dan peperiksaan

6. Buku Rekod Mengajar dihantar ke pejabat Guru Besar pada tiap-tiap hari Jumaat atau
selewat-lewatnya pada hari pagi Isnin tiap-tiap minggu untuk disemak atau diperiksa.

7. Cara menulis Rekod Mengajar adalah seperti berikut:

7.1 Rekod harian bagi satu-satu matapelajaran yang diajar hendaklah mencatat kelas,
waktu dan subjek, tajuk pelajaran dan muka surat buku teks yang digunakan,
objektif, kemahiran, aktiviti dan nilai murni (Rujuk Perubahan Semasa. Jika Ada).

7.2 Penerangan lanjutan mengenai Buku Rekod Mengajar akan diberikan dalam
Mesyuarat AJK Kurikulum Sekolah dan mesyuarat - mesyuarat panitia
matapelajaran.

8. Buku Persediaan Mengajar ini hendaklah diberikan pada mana-mana pegawai yang hendak
menyelia dan mencerap sebelum PdPc bermula.

9. Buku Persediaan Mengajar merupakan satu dokumen rasmi yang penting. Buku ini akan
dirujuk semasa penilaian prestasi guru dibuat.

73 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

B (15) BUKU STOK INVENTORI

1. Guru-guru yang dipertangguangjawab untuk menyampan buku stok dan inventori-inventori
hendaklah:
1.1 Sentiasa mengemaskinikan buku stok & inventori sekurang-kurangnya sekali dalam
sepenggal dan mestilah disemak dan diperksa oleh Guru Kanan.
1.2 Merekod dan melapor kepada Guru besar jika berlaku sebarang kerosakan,
kehilangan atau kekurangan barang-barang atau alatan dibawah jagaanya.
1.3 Mengambil tindakan segera merekod semua barang, bahan atau alat-alat perkakas
yang diterima atau dibeli dengan segera dalam buku stok serta kad-kad stok
inventori.
1.4 Bersedia menyerah atau menunjukkan stok dan buku stok kepada Juru Audit
Dalaman atau sekolah yang akan datang memeriksa dan menyemak pada bila-bila
masa yang difikirkan perlu.

B (16) PEMBELIAN PESANAN BARANG-BARANG

1. Guru kanan/ Ketua panitia hendaklah memohon secara rasmi untuk membeli barang-barang
yang perlu. Selepas mendapat kebenaran guru besar dikehendaki menggunakan borang
pesanan khas atau Nota Minta yang disokong dan ditandatangani oleh guru besar. Pesanan
pembelian yang tidak disokong dan tidak ditandatangani oleh guru besar tidak akan dibayar
oleh sekolah. Guru yang berkenaan dikehendaki membayar sendiri barang dipesan atau dibeli

2. Senarai barang atau alatan yang diginakan atai diperlukan oleh sesuatu bahagian atau unit
hendaklah dikemukakan pada awal tiap-tiap pagi penggal.

3. Hanya barang atau bahan kegunaan Sains dan Pejabat sahaja boleh dibeli pada bila-bila masa
diperlukan.

4. Ketua panitia mata pelajaran adalah bertanggungjawab menyemak sebarang pembelian dan
menandatangi borang pesanan di sebelah kiri sebelum mendapat sokongan dan tandatangan
Guru Besar.

5. Elakkan dari membuat pesanan atau membeli barang-barang yang telah sedia ada atau
barang yang tidak diperlukan.

6. Guru kanan atau ketua panitia adalah bertanggungjawb dalam hal-hal pembelian dan
pendaftaran dalam buku stok dan kad-kad inventori sekolah dalam kadar yang segera.

7. Guru Kanan atau ketua panitia mata pelajaran juga bertanggungjawab menjamin penjagaan
dan keselamatan alat-alat atau barang-barang yang dibeli.

B (17) PEJABAT SEKOLAH

1. Pejabat sekolah adalah tempat bekerja dan tersimpannva rekod-rekod dan dokumen-
dokumen penting. lanya bukan tempat untuk berehat.

2. Guru-guru atau kakitangan sekolah dan murid-murid tidak perlu berada di pejabat sekolah
tanpa sebarang urusan.

3. Alat-alat atau barang-barang keperluan pejabat tidak boleh dibawa keluar tanpa sebarang

74 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

kebenaran terlebih dahulu. Sila rekodkan ke dalam buku iika menggunakan atau meminjam
alat-alat atau barang-barang pejabat.
4. Pejabat sekolah bererti pejabat am yang termasuk bilik Guru Besar, Guru-guru Penolong
Kanan, Bilik Penyelia Petang dan Bilik Cetak.

B (18) TELEFON

1. Telefon sekolah adalah untuk kegunaan rasmi sahaja.
2. Panggilan persendirian (private) tidak boleh digalakkan kecuali panggilan kecemasan atau

sangat penting sahaja.
3. Panggilan persendirian akan dikenakan bayaran . Semua panggilan akan direkekodkan di

dalam buku khas oleh Pembantu Tadbir sekolah. Sila gunakan telefon awam untuk membuat
atau menerima panggilan.
4. Panggilan yang diterima dan mengambil pesanan dan kemudian disampaikan terus ke
penerima berkenaan. Pejabat tidak akan memanggil guru berkenaan.

B (19) BILIK REHAT GURU

1. Semua guru adalah bertanggungjawab terhadap kebersihan, kekemasan, keindahan dan

keselesaan bilik guru.

2. Jangan membenarkan murid-murid masuk ke bilik guru tanpa kebenaran atau bersama guru.

3. Guru-guru dinasihatkan supaya tidak menyimpan barang-barang bernilai dan berharga mahal

di dalam bilik guru. Sebarang kehilangan atau kerosakan adalah tanggungjawab guru

itu sendiri.

4. Kelab Kebajikan Guru adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap bilik guru dan

menentukan ianya kemas, bersih dan teratur.

B (20) MENGHISAP ROKOK

1. Menghisap rokok adalah dilarang sama sekali di dalam bilik-bilik darjah, makmal sains, bilik
PSS, bilik KH, bilik RBT, bilik Komputer, bengkel, kaki lima sekolah dan di hadapan murid.

2. Guru-guru boleh menghisap rokok di bilik 'khas' guru (sekiranya semua guru bersetuju) atau
di mana-mana kawasan sekolah yang sesuai dengan syarat ianya dapat menentukan dan
mengawal supaya tidak mencemar nama baik sekolah sebagai institusi pendidikan yang
formal.

B (21) PAKAIAN DAN RAMBUT

1. Guru-guru dimestikan memakai pakaian kemas ketika menjalankan tugas pengajaran dan
pembelajaran atau tugas-tugas rasmi yang lain. Pakaian berseluar pendek, baju T, batik bukan
Malaysia atau jenis Hawai atau Filipina yang terkeluar tidak digalakkan bila-bila masa. Semua

75 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

guru lelaki dimestikan memakai pakaian yang mencerminkan etika profesion keguruan. Guru-
guru wanita dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata. Sila lihat
Pekeliling Ikhstisas Bil. 8/85 KP/BS/Jld.(36)bth.9 Mei 1995.
2. Guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani hendaklah memakai pakaian Pendidikan
Jasmani yang sesuai, seelok-eloknya berwarna putih; Baju T berkolar dan seluar track hitam
atau biru gelap.
3. Sebagai contoh dan teladan yang baik kepada murid-murid, guru-guru lelaki dinasihatkan
supaya menyimpan rambut yang sesuai. Mereka yang berambut panjang dikehendaki supaya
memendekkannya.
4. Semua guru diwajibkan memakai Tanda Nama di dada sebelah kiri ketika menjalankan tugas-
tugas rasmi sekolah dan di luar sekolah. Guru-guru yang belum mempunyai tanda nama
diharap dapat menyediakannya sendiri.
5. Guru-guru lelaki dikehendaki memakai pakaian rasmi yang lengkap dan bertali leher atau
memakai "bush jacket" pada tiap-tiap perhimpunan rasmi.
6. Baju batik Malaysia atau batik Sekolah dipakai pada setiap Hari Khamis sahaja. Baju Korporat
boleh digunakan semasa aktiviti luar sahaja.
7. Selipar, capal dan sandal tidak digalakkan dipakai di kawasan bangunan sekolah.

B (22) PEMBAYARAN GAJI / PENDAHULUAN

1. Pendahuluan gaji tidak debenarkan, kecuali guru-guru yang baru dengan arahan Jabatan
Pelajaran Negeri jika perlu.

B (23) CUTI URUSAN SENDIRI TAN PA GAJI

1. Permohonan cuti urusan sendiri tanpa gaji tidak digalakkan kecuali sesuatu perkara yang tidak
dapat dielakkan, sesuai dan tidak menganggu pentadbiran sekolah dan kepentingan murid
tidak terkorban.

B (24) CUTI TANPA REKOD

1. Setiap guru boleh mendapatkan cuti tanpa rekod sekiranya mempunyai hal yang difikirkan
penting dan permohonan cuti tersebut bolehlah dibuat kepada Guru Besar.

B (25) HAL-HAL LAIN

1. Sebarang cuti yang lain daripada tersebut di atas jika diperlukan hendaklah memohon dengan
menggunakan borang khas supaya dapat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri (cuti
menduduki peperiksaan dan lain-lain).

76 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

B (26) BERJUMPA DENGAN QRANG LUAR

Sebarang orang luar atau ejen-ejen syarikat yang hendak berjumpa dengan guru-guru atau
kakitangan sekolah hendaklah mendapat kebenaran Guru Besar terlebih dahulu.

B (27) RAHSIA SEKOLAH

1. Adalah dilarang sama sekali membocorkan rahsia sekolah. Sila patuhi Perintah AM.

B (28) PENGELUARAN BAHAN-BAHAN SEKOLAH

1. Sebarang bahan-bahan bercetak adalah untuk edaran dalaman sahaja. Risalah-risalah yang
dikeluarkan mestilah juga sesuai tanpa berbaur politik, sensitif atau subversif. Kebenaran dari
Guru Besar hendaklah didapati terlebih dahulu sebelum risalah dikeluarkan. Satu salinan
hendaklah diberi kepada Guru Besar sebelum ianya diedarkan. Begitu juga harta benda
sekolah, tidak dibenarkan sama sekali untuk dibawa keluar dari sekolah. Jika ada keperluan,
sila membuat permohonan rasmi kepada Guru Besar dan melengkapkan rekod pergerakan
aset/harta sekolah.

B (29) LAPORAN

1. Tiap-tiap Guru Kanan atau Ketua Pengawas mestilah melaporkan kegiatan-kegiatan setelah
satu-satu projek mesyuarat yang telah diadakan dari masa ke semasa. Misalnya setelah
mengadakan rombongan lawatan, laporan serta merta dikehendaki.

2. Apabila hendak menghadiri mesyuarat, perjumpaan, taklimat hendaklah dilaporkan kepada
Guru Besar dengan menggunakan borang Minit Curai. Sila dapatkan di pejabat dan sediakan
3 salinan untuk Guru Besar, Penolong Kanan yang berkenaan dan Fail Minit Curai.

B (30) KE KEMENTERIAN PELAJARAN / JABATAN PELAJARAN NEGERI /PPD

1. Guru-guru tidak dibenarkan pergi sendiri ke pejabat Pelaiaran untuk menguruskan hal-hal
periawatan tanpa kebenaran bertulis daripada Guru Besar. Tindakan tatatertib boleh diambil
iika sekiranya melanggar peraturan ini. Sekiranya pergi ke Kementerian/ Pejabat
Pelajaran, pastikan pakaian guru kemas dan lengkap.

B (31) MESYUARAT GURU, TAKLIMAT MINGGUAN, KURSUS, CERAMAH DAN LAIN-LAIN AKTIVITI
SEKOLAH

1. Tiap-tiap guru mesti hadir ke mesyuarat guru atau taklimat Guru Besar. Mesyuarat guru,
taklimat Guru Besar adalah merupakan mesyuarat terpenting bagi melicinkan pentadbiran

77 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

dan perjalanan sekolah. Jika terdapat sesuatu masalah yang serius yang tidak membolehkan
hadir ke mesyuarat itu guru hendaklah memberitahu Guru Besar secara bertulis dan lisan
sebelum mesyuarat/aktiviti dijalankan.
2. Guru-guru adalah diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh ketua-ketua panitia,
unit, bahagian dan lain-lain.
3. Guru-guru hendaklah memberi keutamaan kepada mesyuarat, taklimat, perkembangan staf
serta kegiatan lain sekolah tanpa mementingkan hal peribadi atau urusan lain. Sebarang
keuzuran dan ketidak hadiran hendaklah dengan memberi surat tunjuk sebab beserta
dokumen sokongan kepada Guru Besar.

B (32) KE LUAR NEGERI

1. Kebenaran daripada Jabatan Pelajaran hendaklah diperolehi apabila guru-guru hendak pergi
ke luar negeri (Seberang Laut) iaitu dengan menggunakan borang permohonan, 3 bulan
sebelum tarikh lawatan.

2. Guru-guru dinasihatkan memberitahu atau memberi laporan kepada Guru Besar apabila
meninggalkan stesen tempat bekerja (Negeri tempat bekerja) Negeri Sabah samaada dalam
masa cuti sekolah atau penggal persekolahan.

B (33) ARAHAN PEKEL1LING

1. Tiap-tiap arahan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Guru Besar hendaklah dibaca dengan
teliti dan sila turunkan tandatangan selepas dibaca . Sekiranya pekeliling dan arahan diberi
terus, hendaklah pekeliling itu dikemukakan ke pejabat untuk difailkan.

2. Jika pekeliling datangnya dari Kementerian Pelajaran, Jabatan / PPD hendaklah dikembalikan
dengan segera ke Pejabat sekolah setelah diambil tindakan.

3. Apabila guru-guru menerima arahan pekeliling/edaran, guru adalah bertanggungjawab
mengambil tindakan segera sebelum tarikh akhir sesuatu arahan itu.

4. Sila pulangkan arahan itu ke pejabat dengan serta-merta selepas tindakan dibuat untuk
difailkan.

B (34) GERAK KERJA LUAR / KOKURIKULUM

1. Gerak kerja luar atau kokurikulum adalah sebahagian daripada pendidikan pengajaran dan
kerja-kerja persekolahan . Guru-guru adalah diwajibkan melaksanakan dan kedatangan
adalah wajib apabila ianya dijalankan.

B (35) PERKHIDMATAN CEMERLANG

1. Tiap-tiap kakitangan mestilah membaca buku panduan perkhidmatan cemerlang. Tiap-tiap
kakitangan mestilah menandatangani borang ikrar selepas membaca ikrar.

78 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

2. Sebarang surat rasmi hendaklah diakhiri dengan "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" dan
bertanda tangan 'Saya yang menjalankan amanah'.

B (36) MELAKSANAKAN ARAHAN / TUGAS

1. Apabila arahan / ditugaskan untuk melaksanakan sesuatu arahan atau tugas projek atau lain-
lain misalnya: mewakili mesyuarat, pergi ke pejabat kerajaan, mengiringi murid-murid,
mematuhi kehendak pekeliling dan lain-lain hendaklah diambil tindakan sendiri tidak boleh
pihak yang ditugaskan itu mengarahkan pihak lain pula melaksanakannya tanpa pengetahuan
Guru Besar. Jika tugas itu terpaksa dilaksanakan oleh pihak yang lain atau persetujuan sesama
sendiri, maka ianya mestilah sampaikan ke pengetahuan Guru Besar.

B (37) KELAB KEBAJIKAN GURU DAN KAKITANGAN SOKONGAN

1. Semua guru-guru dan kakitangan sokongan yang berkhidmat di sekolah adalah secara
automatik ahli kelab ini. Jumlah yuran adalah tertakluk kepada keputusan mesyuarat agung
kelab tersebut. Setiap ahli wajib membayar yuran. Setiap ahli yang dilantik menganggotai Ahli
Jawatankuasa hendaklah berkhidmat sepenuh hati seperti mana prinsip perkhidmatan awam
Malaysia.

B (38) PERSATUAN SUKAN & KEBUDAYAAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

1. Semua guru dan kakitangan sekolah adalah ahli PSKPP dan seterusnya mengambil bahagian
di dalam aktiviti samaada diperingkat daerah atau negeri mahu pun kebangsaan.

2. Yuran sebanyak RM_setahun seorang akan dikutip melalui Kelab Kebajikan Guru dan
Kakitangan tertakluk pada pindaan).

B (39) MENGAMBIL PEPERIKSAAN

1. Guru-guru atau kakitangan yang ingin mengambil sebarang peperiksaan hendaklah membuat
permohonan menggunakan borang khas terlebih dahulu untuk dipanjangkan ke Jabatan
Pelajaran Sabah, PPD, atau Guru Besar.

B (40) KERJA SAMBILAN

1. Guru-guru yang ingin membuat kerja sambilan di luar sekolah seperti guru tuisyen, jurujual,
agen insurans dan lain-lain hendaklah membuat permohonan terlebih dahulu dengan
menggunakan borang khas kepada Guru Besar. Guru-guru tidak digalakkan membuat kerja-
kerja sambilan yang menjejaskan imej Perkhidmatan Pelajaran dan sebagai seorang penjawat
awam.

79 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

B (41) MEMBERI KENYATAAN AKHBAR
1. Guru-guru adalah dilarang sama sekali membuat sebarang kenyataan akhbar.

B (42) HAL-HAL LAIN

1. Sebarang surat menyurat PPD mengenai perjawatan hendaklah melalui Guru Besar dan juga
Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah iaitu mengikut saluran-saluran tertentu sebagaimana
Perintah AM Bab B 6t D. Jika gagal berbuat demikian tindakan tatatertib boleh diambil.

B (43) PERHUBUNGAN

1. Dalam pengurusan sekolah yang mempunyai kakitangan yang ramai dan kawasan yang luas
adalah sukar untuk mendapat perhubungan yang menyeluruh dan berkesan. Untuk
mewujudkan suatu suasana pembelajaran yang baik dan menyeluruh maka perhubungan di
antara semua yang terlibat di sekolah adalah amat penting. Dengan itu diberikan beberapa
langkah untuk menentukan agar sistem perhubungan di antara semua peringkat di sekolah
dapat diperbaiki.

Perhubungan dengan Guru-guru

a. Papan Kenyataan Bilik Guru: Surat dan kenyataan-kenyataan akan dipamerkarf

guru-guru diminta untuk sentiasa melihatnya. Guru-guru juga boleh menggunakan

untuk menyampaikan sebarang maklumat.

b. Kad Perakam Waktu atau Buku Kehadiran Guru hendaklah dipunch atau diisi pada

tiap-tiap hari hadir dan pulang. Notis-notis segera akan juga dimuatkan di dalam

ruangnya dan guru-guru diminta menelitinya.

c. Jadual Waktu Relief akan diedarkan dan guru-guru diminta menyemak Papan

Kenyataan atau Nota daripada Penolong Kanan.

d. Surat-surat Siaran dan Pekeliling akan diedarkan kepada guru-guru dengan segera

dari pejabat sekolah.

e. Dari masa ke semasa guru-guru akan juga diminta untuk diberi atau memberi

sesuatu maklumat dan keterangan segera.

f. Taklimat sebelum mengajar akan diadakan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

Perkara yang ditaklimatkan adalah :

1) Pekeliling-pekeliling dari Kementerian dan lain-lain
2) Arahan-arahan Guru Besar
3) Berita-berita sekolah dan pengumuman-pengumuman dari guru-guru

berkenaan tentang :

80 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

3.1 Akademik
3.2 Sukan
3.3 Persatuan atau Kelab atau Pertubuhan
Perjumpaan dengan ketua-ketua Unit / Jabatan / Pelajar / Asrama dan lain-lain.
i. Perjumpaan harian Guru Besar dengan Penolong Kanan
ii. Perjumpaan harian Guru Besar dengan Ketua Pembantu ;ir
iii. Perjumpaan Mingguan (diwaktu lapang) dengan guru tx aan:
a. Ketua Guru Disiplin
b. Ketua Guru Bimbingan Kaunseling
c. Setiausaha Sukan
d. Setiausaha Ko-kurikulum
iv. Perjumpaan bulanan dengan:
a. Ketua / Penyelaras Aliran, SPBT dll
b. Ketua-ketua Panitia
c. Ketua Murid dan Pengawas Sekolah serta Pustakawan Sekolah

B (44) PERANAN GURU BERTUGAS MINGGUAN SEMASA PERHIMPUNAN

1. Datang terlebih awal dari biasa menentukan agar semua murid berhimpun pada masa yang
ditetapkan.

2. Menentukan agar semua murid telah berhimpun pada masa yang ditetapkan.
3. Menentukan agar semua murid mematuhi peraturan sekolah seperti pakaian, lencana,

rambut, kasut dan berdiri dengan betul dan tertib.
4. Alat-alat pembesar suara dan lagu dalam keadaan siap sedia. Tempat duduk guru dan alatan

lain disediakan.
5. Bendera telah disediakan.
6. Salah seorang daripada guru bertugas berada di belakang perhimpunan bagi tujuan

mengawas.
7. Orang yang paling akhir meninggalkan tempat perhimpunan setelah tamat dan menentukan

agar semua peralatan yang digunakan dikembalikan ke tempat asal.

B (45) GURU-GURU MENGHADIRI MESYUARAT ATAU TAKLIMAT

1. Guru-guru menghadiri mesyuarat atau taklimat hendaklah menyediakan satu laporan
lengkap dalam dua salinan kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan 1 dalam tempoh
masa satu minggu selepas balik ke sekolah.

B (46) GURU-GURU MENGHADIRI KURSUS

1. Guru-guru yang menghadiri sebarang kursus hendaklah bersedia mengadakan
perkembangan staf dan kursus dalaman kepada guru-guru lain.

81 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

C (1) PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

BIDANG TUGAS GURU BESAR

1. Bertanggungjawab dalam peningkatan kurikulum dan kokurikulum serta fail pelaksanaannya
selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah.
3. Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
4. Mengajar sebilangan waktu mengikut Pekeliling 3/67 1982 (Pindaan).

SENARAI TUGAS

1. Pengurus Kurikulum - Kerja Ikhtisas
1.1 Menyelia dan mengawasi polisi dan objektif sekolah dengan polisi Kementerian
Pelajaran.
1.2 Menentukan sasaran sekolah merancang peningkatan pengajaran dan
pembelajaran.
1.3 Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan
Pelajaran mengikut peruntukan waktu yang ditetapkan.
1.4 Menentukan kualiti dan kuantiti kerja murid serta pemeriksaan buku murid.
1.5 Menentukan polisi-polisi mengenai penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data-
data analisis peperiksaan-peperiksaan digunakan untuk perancangan dan tindakan
susulan.
1.6 Menyelia dan mencerap proses P & P.
1.7 Memeriksa Buku Rekod Mengajar Guru. Buku Kemajuan Pelajar, Buku Profil, Buku
Kedatangan Pelajar dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari masa ke semasa.
1.8 Mengajar sebilangan waktu.
1.9 Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu.
1.10 Menentukan panitia matapelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan
dengan berkesan.
1.11 Menentukan polisi untuk aktiviti kokurikulum.

2. Pembangunan Diri Murid
2.1 Memastikan program pembangunan diri pelajar seperti Kemahiran Diri, Kemahiran
Belajar dan Motivasi dijalankan.
2.2 Menentukan polisi-polisi mengenai pelaksanaan disiplin sekolah.

3. Pengurusan dan Pembangunan
3.1 Pelajar
3.1.1 Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran pelajar.
3.1.2 Menyemak Buku Jadual Kedatangan Murid
3.1.3 Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan lain kepada murid dijalankan
dengan adil dan mengikut prosedur yang ditentukan.
3.1.4 Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan dengan adil dan baik.

82 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

3.1.5 Memastikan polisi peperiksaan awam dilaksanakan mengikut peraturan.
3.1.6 Menandatangani surat akuan serta sijil berhenti sekolah.
3.1.7 Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempuma.
3.1.8 Bertanggungjawab di atas penggantungan dan pembuangan pelajar.
3.1.9 Mengambil langkah-langkah menjaga keselamatan pelajar semasa berada di

sekolah.
3.1.10 Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.

3.2 Pengurusan Personel
3.2.1 Menentukan proses pendaftaran, pelantikan, pengesahan jawatan, penempatan
ke jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta staf sokongan dilaksanakan.
3.2.2 Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari masa ke
3.2.3 semasa mengenai sasaran dan mutu kerja.
Menentukan tugasan dan bidang kerja (deployment of staff) dan menjalankan
3.2.4 penyeliaan sepanjang tahun.
3.2.5 Mengemukakan laporan mengenai kes-kes, tindakan tatatertib ke atas pegawai
yang melanggar Arahan Perkhidmatan badan kuasa berkenaan.
Menjaga kebajikan pegawai.

3.3 Kewangan
3.3.1 Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan
3.3.2 Mengawal dan menyemak pemberian perkapita, gaji guru dan staf sokongan,
rekod akaun, laporan penyata kewangan dan punca-punca kewangan SUWA dan
3.3.3 KERAJAAN.
Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan dokumen-
3.3.4 dokumen sokongan serta membuat tindakan susulan ke atasnya.
3.3.5 Mengawal stok dan harta benda sekolah
Mengawal perbelanjaan yang diperlukan oleh setiap bahagian.

3.4 Kemudahan Fizikal
3.4.1
Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang dan persekitaran berada dalam
3.4.2
3.4.3 keadaan baik.

3.4.4 Mempertingkatkan keceriaan sekolah
3.4.5
Memastikan kemudahan lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam

keadaan baik.

Memastikan perabot sentiasa di dalam keadaan baik

Mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan harta benda sekolah.

4. Pembangunan Organisasi Diri
4.1 Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus dalaman.
4.2 Menggalakkan percambahan fikiran, perkongsian maklumat, budaya ilmu serta
memberi peluang kepada guru memperkembangkan potensi diri.
4.3 Mengawal "Learning Experiences" berdasarkan pemerhatian, data dan penyeliaan
serta menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan "Learning

83 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

Experiences" pelajar.
4.4 Merancang kursus kesedaran dan penyungguhan kendiri guru.
4.5 Menggalakkan guru melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.

5. Pembangunan Kendiri
5.1 Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
5.2 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R & D).
5.3 Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan bidang ikhtisas dan pengurusan.
5.4 Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti.
5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang
memerlukannya.
5.6 Menjadi Penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Permuafakatan Sekolah.
5.7 Menghadiri kursus, seminar dan sebagainya yang dianjurkan oleh Kementerian
atau Jabatan dan Agensi-agensi luar.
5.8 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion
Keguruan.

C (2) PENOLONG KANAN PENTADBIRAN BIDANG TUGAS

1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran,

hubungan masyarakat dan keselamatan.
4. Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi petang.
5. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai proses pengajaran.
6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan

sekolah.

1. Kurikulum
1.1 Menentukan rancangan pelajaran harian, mingguan, penggal dan lain-lain.
1.2 Memastikan perjalanan panitia matapelajaran
1.3 Membantu penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan

bengkel.
1.4 Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
1.5 Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru pelatih, guru yang

baru mengajar dan guru sandaran tidak terlatih dalam menjalankan tugas harian
mereka.
1.6 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum serta mencadangkan
tindakan susulan.
1.7 Membantu merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan penilaian dan
peperiksaan serta mencadangkan tindakan susulan.
84 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

1.8 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
1.9 Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah,

Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
1.10 Membantu di dalam pemilihan buku teks, bahan Pusat Sumber dan buku bacaan.
1.11 Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu.

2. Pengurusan
2.1 Membantu menentukan beban tugas guru dan staf sokongan sekolah.
2.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru serta

staf sokongan
2.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat.
2.4 Membantu merancang takwim sekolah.
2.5 Membantu menyelia kerja-kerja guru dan staf sokongan.
2.6 Membantu menyeliakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
2.7 Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit.
2.8 Menyelaras semua jenis kutipan yuran.
2.9 Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
2.10 Menjadi penandatangan kedua cek sekolah.
2.11 Menjaga dan menyemak stok / inventori peralatan sekolah.

3. Pembangunan Diri Murid
3.1 Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan keindarun

dan kebersihan sekolah ( 3K )
3.2 Merancang langkah-langkah keselamatan dan mencegah.
3.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.

4. Pembangunan Organisasi
4.1 Mengadakan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat.
4.2 Mengadakan kursus atau latihan untuk personel.

5. Pembangunan Kendiri
5.1 Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R Et D).
5.4 Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan.
5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang

memerlukannya.
5.6 Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion

keguruan.

85 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

C (3) PENOLONG KANAN HEM

BIDANG TUGAS

1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Penolong Kanan.
2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan

murid, buku teks, biasiswa, penerbitan dan koperasi sekolah, kantin serta penyeliaan asrama
(jika ada).
4. Membantu Guru Besar dan pentadbiran sekolah yang mempunyai sesi petang.
5. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam (3) di atas.
6. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

SENARAI TUGAS

1. Pembangunan Diri Pelajar
1.1 Disiplin

1.1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.
1.1.2 Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
1.1.3 Menjadi guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
1.1.4 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar

peraturan tatatertib dan salahlaku.
1.1.5 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin murid dan laporan murid.
1.1.6 Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibubapa /

penjaga.
1.2 Bimbingan dan Kaunseling

1.2.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan program Bimbingan dan
Kaunseling bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling.

1.2.2 Menyelaras dan menyediakan laporan yang diperlukan.
1.2.3 Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran murid.

1.3 1.2.4 Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid-murid
1.4 baru.
86
Program Perlindungan Murid
1.3.1 Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah

dan program lain di peringkat sekolah.
1.3.2 Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah

dilaksanakan.
Kesihatan
1.4.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid.
1.4.2 Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan

sempurna.
1.4.3 Menguruskan kad 001/002, kad tenaga Asas dan lain-lain.
1.4.4 Menyelaras penyeliaan kantin.

SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

1.4.5 Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar.
1.5 Skim Pinjaman Buku Teks

1.5.1 Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus kira buku
teks.

1.5.2 Menguruskan kutipan data dan mengawal buku stok dan bilik buku SPBT.
1.5.3 Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku

teks.
1.6 Biasiswa, Elauan dan Bantuan

1.6.1 Menyelenggarakan peraturan-peraturan biasiswa, bantuan dan elaun.
1.6.2 Mengemaskini rekod biasiswa, bantuan dan elauan.
1.6.3 Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa pelajar.
1.6.4 Mengurus dan menyelia pengurusan elaun murid Orang Kelainan Upaya

(OKU)

2. Pengurusan
2.1 Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran murid.
2.2 Menguruskan kemasukan dan penempatan murid.
2.3 Menguruskan pertukaran murid.
2.4 Menyemak buku kedatangan harian pelajar sesi pagi.
2.5 Menguruskan surat akuan sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil

berhenti sekolah.
2.6 Menyemak buku / kad kemajuan pelajar dalam kad 001.
2.7 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.8 Membantu merancang takwim sekolah.
2.9 Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang ko-kurikulum.

2.10 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum.
2.11 Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti ko-kurikulum telah

diambil.
2.12 Menyelaras pembahagian murid-murid dalam kumpulan / rumah sukan

dan meningkatkan pencapaian prestasi aktiviti setiap rumah sukan.
2.13 Menguruskan dan menyelia peralatan dan kemudahan ko-kurikulum
2.14 Mengurus rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.
2.15 Mengenalpasti guru / murid yang berpotensi untuk maju dan mengadakan

program khas untuk mereka.

3. Kokurikulum
3.1 Sukan dan Permainan
3.1.1 Membantu merancang melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan
3.2
87 permainan disemua peringkat.
3.1.2 Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
3.1.3 Mengurus pemilihan peserta sukan yang elit bagi mewakili sekolah.
3.1.4 Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya

mencapai matlamatnya.
Kelab / Persatuan

SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

3.2.1 Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dengan kelab yang
bercorak akademik.

3.2.2 Memastikan pelaksanaan program kelab atau persatuan berjalan mengikut
jadual.

3.3 Unit Beruniform
3.3.1 Merancang strategi penglibatan unit beruniform sekolah.
3.3.2 Menyelaras pelaksanaan kegiatan unit beruniform sekolah.
3.3.3 Memastikan pelaksanaan program unit beruniform berjalan mengikut
jadual.

4. Pembangunan Organisasi
4.1 Mewujudkan hubungan dua hala diantara sekolah dengan ibu bapa dan

masyarakat.
4.2 Mengadakan kursus atau latihan untuk personel.

5. Pembangunan Kendiri (Personel Development)
5.1 Mempertingkatkan budaya membaca dan budaya ilmu.
5.2 Menghadiri kursus, seminar dan bengkel.
5.3 Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D).
5.4 Menghasilkan sumbangan artikel-artikel ikhtisas dan pengurusan.
5.5 Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang

memerlukannya.
5.6 Melibatkan diri secara aktf dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion

keguruan.

C (4) PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Guru penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai
matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab
meningkatkan penglibatan dan penyertaan murid dalam aktiviti Kokurikulum.

BIDANG TUGAS

1. Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran dan Guru Penolong Kanan HEM.

2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan Kokurikulum

termasuk sidang petang.
4. Menyelia dan menilai aktiviti-aktiviti Kokurikulum di sekolah.
5. Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah

termasuk sidang petang.

88 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

SENARAI TUGAS

1. Kokurikulum
1.1 Sukan Dan Permainan

1.1.1 Merancang Takwim kegiatan sukan dan permainan
1.1.2 Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan.
1.1.3 Menyelia kegiatan sukan dan permainan.
1.1.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di dalam

dan di luar sekolah.
1.2 Pakaian Seragam

1.2.1 Merancang Takwim kegiatan pakaian seragam.
1.2.2 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pakaian seragam.
1.2.3 Menyelia kegiatan pakaian seragam.
1.2.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti pakaian seragam di dalam dan di luar sekolah.
1.3 Persatuan Dan Kelab
1.3.1 Merancang kegiatan persatuan kelab.
1.3.2 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab.
1.3.3 Menyelia kegiatan persatuan dan kelab.
1.3.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar

sekolah.

2. Pentadbiran
2.1 Menyusun/menyelaras kegiatan Kokurikulum.
2.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan Kokurikulum.
2.3 Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan Kokurikulum telah

diambil.
2.4 Mambantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal Kokurikulum.
2.5 Bertanggungjawab mengenal lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah.
2.6 Menyelaras hari-hari perayaan dan ucapan sekolah.
2.7 Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kelab/persatuan pasukan pakaian

seragam dan sebagainya.
2.8 Menentukan penglibatan semua murid di dalam kegiatan Kokurikulum serta

meningkatkan tahap pencapaian.
2.9 Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan Kokurikulum.
2.10 Memastikan rekod dan data Kokurikulum diselenggarakan.
2.11 Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung

dengan Kokurikulum.
2.12 Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan

Kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.

3. Tugas - tugas Lain
3.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari

masa ke semasa.

89 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

3.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru
Besar dari masa ke semasa.

C (5) GURU KANAN MATAPELAJARAN / KETUA PANITIA BIDANG TUGAS

1. Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya.
2. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam merancang dan pengurusan Ko Kurikulum yang

berkaitan dengan bidangnya.
3. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya.
4. Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.
5. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang

berkaitan dengan bidangnya.
6. Membantu Guru Besar menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya dengan

pihak luar seperti pemeriksaan sekolah oleh jemaah Nazir Sekolah latihan mengajar bagi
guru-guru pelatih atau maktab atau universiti dan seumpamanya.
7. Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.

SENARAI TUGAS

1. Kurikulum
1.1 Memimpin guru menentukan dan merancang rancangan pelajaran penggal/

mingguan dan lain-lain yang berkaitan dengan bidangnya.
1.2 Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin panitia matapelajaran di bawah

kawalannya.
1.3 Menjalankan penyeliaan keatas aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.4 Membimbing guru terlatih, guru yang baru dan guru sandaran dalam menjalankan

tugas-tugas mereka.
1.5 Menentukan bahan dan sumber pendidikan diguna dan diselenggarakan dengan

berkesan.
1.6 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya serta mengambil

tindakan yang sewajarnya.
1.7 Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan dan

penggayaan.
1.8 Membantu dalam perancangan program dan menyelaras kegiatan kurikulum yang

dijalankan oleh sekolah Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.
1.9 Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar

dan bahan-bahan pendidikan lain.
1.10 Menganggotai jawatankuasa kurikulum sekolah dan jawatankuasa lain-lain yang

diarahkan oleh Guru Besar.
1.11 Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan dan perjumpaan di

sekolah dalam konteks perkembangan staf.
1.12 Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru mengenai pengkaedahan dan

pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada

90 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

guru.

2. Kokurikulum
2.1 Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan Ko Kurikulum yang

bersifat akademik yang dapat membantu meningkatkan kecemerlangan akademik
pelajar.
2.2 Merancang, mengawal dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah
bidangnya.

3. Pengurusan

3.1 Membantu menentukan serta mengagihkan tugas-tugas guru matapelajaran di

bawah bidang kawalannya.

3.2 Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru.

3.3 Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data dan maklumat dan segala

jenis peragaan yang berkaitan dengan bidangnya.

3.4 Membantu merancang takwim sekolah.

3.5 Menyelia kerja-kerja guru dibawah bidang kawalannya.

3.6 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan.

3.7 Membantu menyelaras penyediaaan penyata kewangan untuk urusan audit

tahunan.

3.8 Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan barang atau bahan

yang berkaitan dengan bidangnya.

3.9 Menentukan aspek-aspek penyampaian nilai-nilai murni dan analisa berlaku di bilik

darjah dan sekolah.

3.10 Menentukan murid dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan darjah dan

keceriaannya.

3.11 Menyelia kerja-kerja kursus murid mempertingkat murid dan program penilaian

kendalian sekolah kebangsaan (PUSK) sebagaimana yang dirancang.

4. Tugas Lain
4.1 Berhubung dengan PKG, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pusat Sumber Pendidikan

Negeri tentang apa juga maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk
membantu sekolah dan guru.
4.2 Berhubung dengan guru kanan matapelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi
tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan
dan pengetahuan.
4.3 Melengkapkan bilik gerakan sekolah dengan data dan maklumat mengenai semua
matapelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil.
4.4 Membantu merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan sekolah.
4.5 Membantu Guru Besar menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan,
penyediaan jadual Waktu Sekolah dan urusan Pusat Sumber
4.6 Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Guru Besar dari masa
ke semasa.

91 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

C (6) GURU MATAPELAJARAN

SENARAI TUGAS

1. Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan
pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.

2. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan
matapelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai
diakhir tiap penggal bagi tiap darjah.

3. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menyerahkan kepada Guru
Besar pada masa yang ditetapkan.

4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi matapelajaran yang diajar dengan lengkap untuk
setahun/ sepenggal/ seminggu/ harian dan melaksanakan pengajarannya mengikut
rancangan pelajaran yang disediakan.

5. Menyedia dan memberikan kerja-kerja latihan semula secepat mungkin. Menyerahkan/
menunjukkan buku latihan murid kepada Guru Besar/ wakilnya pada masa yang dikehendaki.

6. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada murid. Merekodkan soalan-soalan dari
keputusan ujian dalam buku rekod mengajar.

7. Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kelas pemulihan / bimbingan.
8. Menjadi ahli dalam panitia matapelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan

keputusan mesyuarat panitia.
9. Guru matapelajaran harus menyedari dan menggunakan buku panduan yang dikeluarkan

oleh Kementerian Pendidikan / Jabatan Pendidikan atau dari PPD.
10. Memastikan keselamatan murid dimakmal / bengkel KH serta mengawasi penggunaan

peralatan.
11. Menghadiri mesyuarat/ taklimat mengenai matapelajaran yang berkenaan samaada yang

dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan/ Jabatan Pendidikan Negeri/ PPD. Menyampaikan
semula maklumat kepada guru lain yang mengajar matapelajaran dan pembelajaran.
12. Sentiasa mengikuti perkembangan dan pembaharuan tentang teknik mengajar bagi
metapelajaran berkenaan bagi meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan
pembelajaran.
13. Melaporkan kepada Guru Kanan Matapelajaran tentang masalah pengajaran dan
pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
14. Menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantuan mengajar yang digunakan,
memastikan bahawa alat-alat bantuan mengajar digunakan secara meluas.
15. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantuan mengajar bagi memperkayakan
Pusat Sumber sekolah.
16. Mengadakan sudut-sudut matapelajaran berkenaan dalam kelas yang diajar.
17. Membantu menguruskan bank soalan.

92 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

C (7) GURU KELAS SENARAI TUGAS

1. Pengurusan dan Organisasi Kelas.
1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Kelas, Penolong Ketua

Kelas, AJK Kebersihan dan AJK Keceriaan.
(a) Memastikan AJK Kebersihan mengagihkan murid untuk membersihkan

papan hitam, menyapu lantai,mengelap tingkap, menyusun kerusi meja
dan membuang sampah.

(b) Memastikan AJK menyusun kerusi meja dan mernbuang sampah.
(c) Memastikan AJK menyusun sentiasa mengemaskini papan kenyataan

papan maklumat dari masa ke semasa, menyediakan langsir dan bunga
(jika perlu) untuk kelas.
1.2 Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:
(a) Jadual waktu
(b) Jadualtugas
(c) Perabot kelas seperti kerusi, meja murid, meja guru dan papan hitam
diinventorikan
(d) Moto kelas
(e) Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah.
1.3 Menentukan kawat elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.
1.4 Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang
berkenaan.
1.5 Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

2. Keceriaan Kedatangan dan Kedatangan Murid
2.1 Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua

berakhir dan menyimpan buku daftar kedatangan murid di pejabat.
2.2 Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan

murid ditulis.
2.3 Memastikan kelas mempunyai buku kedatangan kedua dan diselenggarakan

seperti yang diarahkan:
(a) Buku diambil dan dihantar pada waktu dan ditempat yang ditetapkan

(pejabat).
(b) Menjamin keselamatan buku tersebut.

C (8) GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN SENARAI TUGAS

1. Bertugas harian hendaklah datang sekurang-kurangnya 15 minit sebelum persekolahan
bermula dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit setelah sekolah berakhir.

2. Memastikan bilik-bilik darjah disapu, sampah sarap telah dibuang serta lampu dan kipas/
tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan.

3. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum

93 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera
dan munasabah jika perlu.
4. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan
sekolah.
5. Memeriksa kebersihan makanan yang dijual di kantin sekolah.
6. Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital atau rumah.
7. Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan nama murid yang memohon.
8. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang ke sekolah, masa rehat dan
pertukaran guru.
9. Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang.
10. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda
sekolah.
11. Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, persatuan-persatuan, unit
beruniform dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan.
12. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/ minggu
persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah:

12.1 Kedatangan murid, guru dan staf sokongan
12.2 Murid ponteng, tidak hadir atau sakit
12.3 Lawatan-lawatan pelawat
12.4 Ucapan pengumuman-pengumuman dan perhimpunan

13. Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu laporan
terus kepada Guru Besar supaya tindakan segera dapat diambil.

14. Perhimpunan
14.1 Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan
14.2 Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk guru telah
disediakan.
14.3 Memastikan murid telah beratur dengan kemas.

C (9) GURU PENYELARAS KELAS / PEMBANTU GURU KELAS

SENARAI TUGAS

1. Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dibawah jagaannya. Persetujuan

Guru Penolong Kanan diminta terlebih dahulu.

2. Kuota murid mengikut kaum mesti dipatuhi. Guru Penolong Kanan mesti dimaklumkan.

3. Membantu guru kelas membuat pengagihan buku bantuan kerajaan (SPBT).

4. Membantu Penolong Kanan HEM dan Guru Biasiswa memilih murid yang layak untuk diberi

bantuan biasiswa.

5. Memaklumkan kepada Guru Besar, Penolong Kanan jumlah murid dalam setiap kelas dari

masa ke semasa.

94 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

6. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan murid baru disimpan di dalam daftar masuk
(ikut kelas) dengan kemas dan teratur.

7. Bekerjasama dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling bagi mendapatkan kad-kad berikut
untuk dihantar ke sekolah baru jika berlaku pertukaran murid.

7.1 Buku Kad Kemajuan Murid (Buku LAB, PEKA, PLBS)
7.2 Kad Gerko / Buku Gerko
7.3 Borang Maklumat Murid 8t (BMM)
7.4 Kad SEGAK
7.5 Sijil Berhenti dan lain-lain
7.6 Kad Pergigian
7.7 Kad Kesihatan

8. Sentiasa mengemaskini fail-fail pertukaran murid. Fail tersebut mesti disimpan di pejabat.
Kerjasama Pembantu AM Rendah (Pejabat) perlu diminta.

9. Bekerjasama dengan guru kelas bagi menyiapkan di peringkat sekolah iaitu:

9.1 Sijil berhenti sekolah
9.2 Sijil Pentaksiran Berasaskan Sekolah
9.3 Sijil UPSR
9.4 Sijil Aktiviti Kokurikulum
9.5 Sijil Penghargaan dan lain-lain.

10. Bekerjasama menyempurnakan analisis peperiksaan UPSR, PKSR dan PBS
11. Bekerjasama dengan penyelaras peperiksaan bagi menyediakan bilik-bilik peperiksaan.
12. Berada di sekolah pada hari pendaftaran pelajar baru dan membantu guru kelas tahun satu

untuk mengagihkan kemasukan pelajar.
13. Memastikan guru kelas memberi bilangan nombor pendaftaran dan memasukkan butir-butir

pelajar dan memastikan ia dikemaskini.
14. Menyemak kemasukan pelajar dan memastikan ia dikemaskini.
15. Bertanggungjawab menjaga dan menguruskan Buku Pendaftaran Murid. Buku ini disimpan di

pejabat.
16. Menyimpan borang-borang kemasukan pelajar baru dalam fail daftar mengikut kelas.
17. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa.

C (10) GURU SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

SENARAI TUGAS

1. Mengagihkan buku teks kepada guru serta buku rujukan lain.
2. Mengurus dan mengemaskini buku stok.
3. Memesan buku-buku teks untuk kegunaan guru.
4. Bertanggungjawab mengumpul kembali buku-buku yang dipinjamkan kepada guru pada
95 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

akhir tahun atau bila guru bertukar atau berhenti kerja.
5. Bertanggungjawab menjaga almari buku rujukan guru di bilik guru.
6. Mengisi borang pesanan pada setiap kali pesanan dibuat.
7. Bekerjasama dengan Pembantu Tadbir dalam membuat pembelian buku teks dan buku

rujukan.

C (11) GURU SIARAYA (P.A. SISTEM)

SENARAI TUGAS

1. Bertanggunjawab memastikan bahawa sistem P.A sekolah berfungsi dengan sempurna dan
disimpan ditempat yang selamat.

2. Memastikan bahawa pelajar dapat mendengar dengan jelas segala pengumuman dan siaran
lain yang dibuat melalui sistem p.A. sekolah.

3. Bertanggungjawab membuat inventori dam menyimpan stok alat-alat pembesar suara.
4. Menguruskan segala permohonan untuk meminjam alat-alat P.A. oleh pihak awam dan

pertubuhan-pertubuhan kokurikulum sekolah serta memastikan pemulangan dibuat
mengikut tarikh dan dalam keadaan baik.
5. Menguruskan pembelian alat-alat tambahan yang diperlukan supaya sistem P.A. berfungsi
dengan baik berkesan.
6. Memeriksa dan menghantar alat-alat untuk pembaikan jika terdapat kerosakan.
7. Menyemak stok pada akhir setiap penggal.

D (1) TANGGUNGJAWAB PANITIA MATAPELAJARAN

1. Struktur Organisasi ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 / 1985 )
1.1 Panitia matapelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru
yang mengajar matapelajaran yang sama disesebuah sekolah (Sekolah-sekolah kecil
yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuhkan pelbagai
panitia matapelajaran).
1.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan yang dilantik
sebagai ketua panitia oleh Guru Besar sekolah.
1.3 Semua Ketua Panitia Matapelajaran adalah secara otomatis menjadi Ahli-ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran masing-
masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi penghubung diantara ahli panitia
dengan Guru Besar.
1.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-
perjumpaannya dengan isu-isu dan masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu
dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau penolong kanan, samaada untuk
mencapai penyelesaian atau untuk makluman.
1.5 Di sekolah-sekolah dimana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, ketua
panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar bagi

96 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan berhubung
dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

2. Tujuan Panitia Matapelajaran
Berikut adalah diantara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panitia matapelajaran:
2.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
2.2 Berikhtiar dan berusaha utnuk mendapatkan strategi-strategi pengajaran yang
inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan murid terhadap
pembelajaran.
2.3 Memperbaiki prestasi murid-murid dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan
awam) dalam matapelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada
prestasi/ target yang ditujukan dalam rancangan akademik sekolah.
2.4 Mewujudkan semangat bekerjasama diantara panitia matapelajaran dengan
persatuan atau kelab akademik.

3. Peranan Panitia

3.1 Berikut adalah perkara yang perlu dianggap dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan

peranannya sebagai sebuah badan ikthisas.

3.2 Menyediakan rancangan mengajar kedua penggal dalam tahun persekolahan.

Rancangan mengajar ini diadakan di antara guru dalam sesuatu

tingkatan/darjah dan juga di antara darjah di mana ada kaitan.

3.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan

oleh pelajar-pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak

sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka.

3.4 Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan

yang sesuai dengan keperluan pembelajaran dan tahap kebolehan murid dan

kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah.

3.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan

bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu menubuhkan bank soalan.

3.6 Mengkaji dan menganalisakan keputusan peperiksaan murid-murid dalam tiap-tiap

peperiksaan berasaskan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan tahun dan

akhir tahun) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-

kelemahan pengajaran dan pembelajaran.

3.7 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali sepenggal

dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara ad-hoc bila dan jika perlu.

3.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau

tidak formal) untuk memikir atan membincangkan masalah-masalah yang berhubung

dengan kaedah mengajar serta mencadangkan penyelesaian kepada masalah-

masalah atau isu tersebut.

3.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti

kursus atau seminar dengan ahli-ahli.

3.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan

menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat

97 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

pengajaran dan pembelajaran.
3.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia
3.12 Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantu dalam usaha kearah memajukan

murid-murid yang lemah dan matapelajaran-matapelajaran tertentu.
3.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat

dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia mesyuarat surat menyurat dan
rekod-rekod yang berkaitan.
3.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat
menyurat dan rekod-rekod berkaitan.

D (2) PEGAWAI EKSEKUTIF GRED N26/KETUA PEMBANTU TADBIR GRED N22
(PERKERANIAN/OPERASI)

STAF SOKONGAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA GURU BESAR

1. Membantu Guru Besar mengurus Hal Ehwal Kewangan / Akaun Sekolah.
2. Membantu Guru Besar mengurus hal-hal Perkhidmatan Perjawatan.
3. Membantu Guru Besar mengurus hal Pentadbiran Sekolah.
4. Menyelia semua staf sokongan sekolah termasuk Pembantu Pengurusan kecuali sekolah yang

ada Pembantu Makmal Gred C22 dan Penyelia Asrama N2.
5. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

D (3) PEMBANTU TADBIR N17 (BAHAGIAN KEWANGAN)

BIDANG TUGAS

Menyediakan :
1. Tuntutan gaji dan elaun
2. Biasiswa dan bantuan kerajaan
3. Tuntutan elaun lebih masa pekerja.
4. Tuntutan bantuan perkapita.
5. Pembayaran bil-bil.
6. Mengemaskini Buku Tunai:

6.1 Akaun Kerajaan
6.2 Akaun SUWA dan
6.3 Akaun Asrama (jika terlibat)
7. Mengurus:
7.1 Cek-cek.
7.2 Bayaran Tambahan dan Kira-kira yuran khas pelajar serta menyimpan slip bank.
7.3 Pesanan barang-barang keperluan pejabat.
7.4 Stok pejabat.
8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar/ Penolong Kanan dari semasa
98 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

ke semasa.

D (4) PEMBANTU TADBIR N17 (BAHAGIAN PENTADBIRAN PERKHIDMATAN)

SENARAl TUGAS

Mengurus:
1. Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP), Bantuan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain.
2. Pertukaran murid.
3. Pertukaran guru dan staf sokongan
4. Pengesahan jawatan, pencen, peperiksaan am kerajaan dan kursus induksi.
5. Surat-surat dan rekod cuti guru/staf sokongan.
6. Buku Biru/Permit mengajar guru.
7. Data murid, guru dan staf sokongan.
8. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan dari masa

ke masa.

D (5) PEMBANTU TADBIR RENDAH N14/N11 (JURUTAIP)

SENARAl TUGAS

1. Menaip surat-surat / membuat salinan (photocopy) yang berkaitan dengan urusan sekolah
atau yang diarahkan oleh Guru Besar dan Penolong-Penolong Kanan dari semasa ke semasa.

2. Membantu pegawai Ketua Pembantu Tadbir sekolah dalam menyediakan perkara di atas.
3. Menjaga serta menjamin keselamatan penggunaan perkakasan komputer dan mesin taip

serta lain-lain alatan pejabat dalam keadaan baik dan selamat-Menjaga stok dan
mengemaskinikan stok, alat-alat taip seperti stensil, kertas taip dan sebagainya serta
mengamalkan jimat cermat.
4. Menaip Borang Perubahan Gaji.
5. Menaip Baucer.
6. Menaip Penyata Bulanan.
7. Menaip minit-minit mesyuarat hal-hal pengurusan guru.
8. Menaip Surat Berhenti Sekolah dan Surat Akuan.
9. Menaip tuntutan perjalanan.
10. Menjalankan semua kerja yang diarahkan oleh Guru Besar atau wakilnya dari semasa ke
semasa.

D (6) PEMBANTU AM RENDAH (PEJABAT)

SENARAl TUGAS

1. Mengurus pengambilan surat-surat di PPD dan surat yang berkaitan dengan urusan sekolah
99 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING

atau yang diarahkan oleh Guru Besar dan Penolong-penolong Kanan.
2. Mengurus Kad Perakam Waktu / Buku Kehadiran Guru/Staf Sokongan.
3. Mencetak soalan-soalan peperiksaan dan siaran-siaran pejabat.
4. Membantu Pembantu Tadbir dalam urusan bank seperti membayar bil dan lain-lain
5. Mengambil dan meminitkan surat.
6. Memasukkan surat-surat ke dalam fail dan mengedarkannya kepada guru/staf sokongan yang

berkenaan.
7. Mengepos dan mengambil surat.
8. Merekod dan mengawal semua stok masuk dan keluar peralatan pejabat.
9. Mengemaskini sistem fail.
10. Mengemas bilik Guru Besar dan bilik cetak.
11. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

D (7) PEKERJA RENDAH AM SENARAI TUGAS

1. Membersihkan kawasan sekolah :
1.1 Membersihkan rumput yang dipotong dan membuangnya di tempat buangan
sampah.
1.2 Menyapu sampah di kaki lima bangunan dan kawasan yang tidak berumput.
1.3 Membersihkan tandas, longkang dan stor.

2. Menjaga dan menyelenggara peralatan-peralatan kerja seperti cangkul, penyodok dan
sebagainya.

3. Memastikan stok peralatan PRA sentiasa lengkap dan cukup.
4. Menanam dan menjaga pokok-pokok bunga/pokok serta membuang rumput dipasu.
5. Membantu menyediakan tempat persiapan bagi program-program upacara rasmi sekolah.
6. Membaikpulih peralatan sekolah/ perabot sekolah yang rosak.
7. Memastikan peralatan sekolah, perabot tidak terbiar di merarca tempat.
8. Melaporkan kepada Guru Besar tentang kerosakan tandas, paip dan lain-lain untuk tindakan.
9. Menggantikan tugas jaga sewaktu jaga bercuti.
10. Memadam segala grafiti/conteng pada dinding bangunan sekolah.
11. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar atau Penolong Kanan.

D (8) JAGA SEKOLAH SENARAI TUGAS

1. Melaporkan diri ke sekolah sekurang-kurangnya sepuluh minit sebelum waktu bertugas
seperti dijadualkan dan sentiasa berada di kawasan sekolah semasa bertugas.

2. Menandatangani buku kedatangan sebaik sahaja sampai di sekolah dan sebelum pulang serta
meminta pengesahan daripada seorang lain.

3. Membuat rondaan di dalam kawasan sekolah dari masa ke masa dan mengunci jam jaga jika
ada.

4. Membuat laporan mengenai keadaan sekolah seperti diperlukan dan menghubungi Guru

100 SEDERAP TRANSFORMASI ASPIRASI RUGADING


Click to View FlipBook Version