PEMBELAJARAN
BERASASKAN PROJEK
PBL
PROJECT BASED LEARNING
SAINS
TAHUN 2
BUMI DAN ANGKASA
MODEL KITARAN AIR SEMULA JADI
Disediakan oleh,
Heldah Binti Pilang
AKTIVITI RIA:
KITARAN AIR SEMULA JADI
A. PENGENALAN
NAMA : HELDAH BINTI PILANG
TAHUN : TAHUN 2
SEKOLAH : SK PEKAN TELIPOK, TUARAN
GURU PEMBIMBING : MADAM MARHANI MOHD SHAFFEE
B. KANDUNGAN KURIKULUM
Tema : Bumi dan Angkasa (Air)
Tajuk : Model Kitaran Air Semula Jadi
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran Dan Standard Prestasi:
Standard Standard Pembelajaran Standard Prestasi
Kandungan
9.1 Air 9.1.1 Menyatakan sumber air semulajadi TP1
seperti hujan, sungai, tasik, laut dan mata Menyenaraikan sumber air
air. semulajadi.
9.1.2 Menyatakan arah aliran air dengan TP2
menjalankan aktiviti. Memerihalkan arah aliran air dari
tempat tinggi ke tempat rendah.
9.1.5 Menjelaskan pemerhatian tentang
kitaran air melalui lakaran, TMK, TP3
penulisan atau lisan. Mengitlak arah aliran air di muka
bumi secara semulajadi.
TP4
Membuat urutan dan melabelkan
kitar air semulajadi.
TP5
Menjana idea tentang kesan
persekitaran jika aliran air
terganggu.
TP6
Berkomunikasi tentang peranan
manusia untuk mengekalkan
sumber air yang bersih dan aliran
air.
Objektif projek : Di akhir projek /penyiasatan ini, murid boleh:
• Mengitlak arah aliran air di muka bumi secara semula jadi.
• Membuat urutan dan melabelkan kitar air semula jadi.
• Berkomunikasi tentang peranan manusia untuk mengekalkan sumber air yang bersih dan aliran air.
• Menilai hasil projek (produk / artifak) dengan bimbingan guru / ibubapa
C. ARAHAN
Langkah 1
Rujuk buku teks muka surat 108 dan 109 mengenai proses kitaran air semula jadi. Fahami proses
tersebut. Boleh bina soalan pemahaman berperingkat mengikut tahap kefahaman murid.
Langkah 2
Cari idea untuk menghasilkan projek dengan:
i. melihat contoh gambar projek sedia ada
ii. menonton video penghasilan projek di youtube
iii. perbincangan dengan ibubapa, ahli keluarga atau guru
Contoh gambar projek sedia ada:
Menonton video penghasilan projek di youtube https://youtu.be/UiOJZcbTauw
Langkah 3
Mula mengasilkan projek
Sediakan bahan dan alat (disarankan untuk guna bahan² yang berasaskan kitar semula, atau bahan
terpakai).
Langkah 4
Rekod penghasilan projek dengan cara bertulis atau bertaip, bergambar serta rakaman video.
Langkah 5
Klik pautan video ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara membentang projek kitaran air semula
jadi. https://youtu.be/S6mqOAJdQZ0
Langkah 6
Membentang projek menggunakan video. Sijil virtual akan diberikan kepada murid yang berjaya
menghantar tugasan lengkap.
D. PROJEK YANG DIHASILKAN
1. Model Kitaran Air Semula Jadi
2. Dokumentasi projek secara bertulis atau bertaip, serta bergambar
3. Rakaman video pembentangan
E. JADUAL PELAKSANAAN
Tempoh pelaksanaan :1 – 2 Minggu
Tarikh mula : 20 Ogos 2021
Tarikh hantar : 30 Ogos 2021
F. PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN
Instrumen yang digunakan : Laporan aktiviti bergambar, dan Video pembentangan
Kaedah pentaksiran : Pentaksiran kendiri dengan bantuan ibubapa dan ahli
keluarga.
Pembentangan hasil pembelajaran : Murid membentang melalui rakaman video dan dihantar
kepada guru.
Rubrik pentaksiran : Melalui dokumentasi dan video pembentangan (TP3 – TP6)