PENGUASAAN KEMAHIRAN INSANIAH DALAM PEMBELAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH
DAERAH TAWAU
¹Anas Fahmi Zulkefli & ²Ismail Husin (Ph.D)
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah
[email protected] & [email protected]
Abstrak
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran insaniah
dan hubungannya dengan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
Pendidikan Islam di sekolah-sekolah rendah daerah Tawau. Satu set
instrumen soal selidik yang mengandungi 23 item telah diedarkan kepada
responden. Seramai 33 orang responden telah dipilih untuk menjawab soal
selidik ini yang terdiri daripada murid tahun 6. Data yang diperolehi dianalisis
dengan menggunakan perisian komputer Statical Packages for Social
Sciences (SPSS) Versi 23.0 yang dianalisis secara deskriptip bagi
mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Ujian T-Test juga telah
dijalankan bagi mengetahui tahap komunikasi antara gender. Nilai
kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α= 0.833. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa murid tahun 6 di sekolah-sekolah rendah daerah
Tawau mempunyai tahap kemahiran insaniah dalam aspek komunikasi, kerja
berpasukan dan penyelesaian masalah dalam PdPc Pendidikan Islam yang
sederhana. Manakala, nilai T-Test menunjukkan tidak terdapat perbezaan
antara tahap komunikasi pelajar lelaki dan perempuan dalam PdPc
Pendidikan Islam. Oleh itu, beberapa cadangan telah dibuat bagi pihak yang
berkenaan supaya dapat mengambil tindakan untuk meningkatkan
keberkesanan PdPc dengan menggalakkan pembinaan kemahiran insaniah
dalam diri pelajar supa - ya dapat berdaya saing kelak pada masa hadapan.
Kata kunci : kemahiran insaniah, komunikasi, kerja berpasukan,
penyelesaian masalah
Pengenalan
Islam menyeru umatnya supaya mengimbangi antara kehidupan duniawi dan ukhrawi.
Perkara berkaitan duniawi seperti kemahiran dalam hal ehwal berkaitan kemajuan,
pembinaan tamadun dan seumpamanya perlu dimiliki oleh umat Islam supaya mereka
menjadi umat yang maju dan disegani oleh masyarakat bukan Islam. Umat Islam juga
diseru supaya memperkukuhkan ilmu wahyu dan kerohanian sepertimana dituntut oleh
Allah dan Rasulullah SAW. Ilmu pengetahuan adalah asas kepada pembentukan
peribadi dan tamadun manusia. Masyarakat bertamadun dan maju terdiri daripada
individu-individu yang memiliki pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Islam adalah agama
yang prihatin terhadap ilmu pengetahuan dan menggalakkan umatnya mempelajari pel-
bagai ilmu pengetahuan sama ada ilmu duniawi atau ukhrawi. Tugas utama sebuah
sekolah ataupun institut pengajian tinggi (IPT) adalah melahirkan bakal graduan yang
cemerlang akademiknya dan dilengkapi ciri-ciri kemahiran insaniah yang diperlukan oleh
negara (Basri et al.,2012).
Bagi murid yang mengikuti kelas pendidikan Islam di sekolah, sudah maklum
bahawa prinsip asas kejayaan seseorang muslim bukan sahaja mempunyai ilmu yang
tinggi, namun penerapan kemahiran serta nilai-nilai murni menjadi pelengkap kejayaan
di dunia. Kejayaan pelajar dinilai bukan sahaja daripada aspek akademik atau kognitif
semata-mata. Namun kemahiran insaniah pelajar Islam di sekolah juga dikenal pasti oleh
pihak pendidik supaya pelajar mempunyai suatu nilai tambah untuk tujuan mengharungi
cabaran semasa.
Pernyataan Masalah
Era globalisasi telah mengubah hala tuju pendidikan negara daripada hanya
bertunjangkan akademik kepada penerapan kemahiran sosial dalam diri setiap pelajar.
Oleh yang demikian, pembangunan modal insan yang berkemahiran, berkualiti dan
berketerampilan merupakan elemen yang terpenting untuk masa depan yang cemerlang.
Penguasaan akademik merupakan tiang seri. Namun tiang ini akan lebih teguh jika
dipasak bersama kemahiran insaniah yang bakal melahirkan modal insan yang
berkualiti.
Pengangguran di kalangan siswazah terutamanya dari Institusi Pendidikan Tinggi
Awam (IPTA) bukanlah satu isu yang baru. Antara faktor berlakunya pengangguran di
kalangan graduan institusi pengajian tinggi adalah kurangnya penguasaan kemahiran
insaniah sejak dari peringkat rendah (Mohd Zaki Kamsah, 2004 dan Hasliza Hassan,
2002). Aspek pegetahuan dan kemahiran insaniah dilihat bukan sahaja membantu
pelajar diperingkat pendidikan rendah dan tinggi sahaja, ia juga sebuah nilai tambah
yang bakal memberi tempat kepada pelajar ketika bekerja nanti.
Objektif dan Soalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan:
1. Tahap kemahiran komunikasi dalam kemahiran insaniah pelajar Islam tahun 6 di
sekolah daerah Tawau.
2. Tahap kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis dalam kemahiran
insaniah pelajar Islam tahun 6 di sekolah daerah Tawau.
3. Tahap kemahiran kerja berpasukan dalam kemahiran insaniah pelajar Islam
tahun 6 di sekolah daerah Tawau.
4. Perbezaan tahap kemahiran komunikasi dalam kemahiran insaniah pelajar tahun
6 di sekolah daerah Tawau lelaki dan perempuan
Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan
berikut:
1. Apakah tahap kemahiran komunikasi dalam kemahiran insaniah pelajar Islam
tahun 6 di sekolah daerah Tawau?
2. Apakah tahap kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis dalam
kemahiran insaniah pelajar Islam tahun 6 di sekolah daerah Tawau?
3. Apakah tahap kemahiran kerja berpasukan dalam kemahiran insaniah pelajar
Islam tahun 6 di sekolah daerah Tawau?
4. Adakah terdapat perbezaan tahap kemahiran komunikasi dalam kemahiran
insaniah pelajar tahun 6 di sekolah daerah Tawau lelaki dan perempuan?
Hipotesis
Kajian ini dilakukan bagi tujuan untuk melihat sejauh mana perbezaan signifikan secara
statistik terhadap tahap kemahiran komunikasi antara jantina lelaki dan perempuan
sebelum melangkah ke sekolah menengah.
H0 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran komunikasi pelajar lelaki
dan perempuan dalam kemahiran insaniah pelajar Islam tahun 6 di sekolah daerah
Tawau.
Metodologi
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Menurut Creswell (2005) reka
bentuk kajian tinjauan adalah prosedur dalam penyelidikan kuantitatif dan kualitatif yang
mana pengkaji menjalankan satu tinjauan terhadap sampel atau keseluruhan populasi.
Kajian ini merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik
melibatkan 33 pelajar tahun 6 yang mengambil subjek pendidikan Islam di sekolah
rendah sekitar daerah Tawau. Pemilihan responden yang terlibat bagi kaedah
bersemuka adalah secara rawak dan pengkaji mengedarkan borang soal selidik ini di
sekolah-sekolah sekitar daerah Tawau, Sabah yang dipilih melalui kaedah ‘cabut undi’.
Bagi mendapatkan kebolehpercayaan bagi kajian ini, kajian rintis telah
dilaksanakan. Nilai Alpha Cronbach’s (α) yang boleh diterima kebolehpercayaannya
ialah di antara 0.71 – 0.99 di mana ianya berada pada tahap yang terbaik (71% - 99%)
(Bond & Fox 2007). Kajian rintis dijalankan terlebih dahulu untuk memastikan item soalan
yang dibina akan memiliki kebolehpercayaan yang tinggi dalam kajian yang akan
dijalankan. Dalam kajian rintis ini, pengkaji memilih sekolah rendah zon Balung di daerah
Tawau, Sabah kerana semua kriteria pelajar adalah wujud untuk mewakili kategori
masing-masing. Ini akan memberi penjelasan yang lebih kepada pengkaji berkenaan
aspek kemahiran insaniah seperti kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran
berkomunikasi dan kemahiran berfikir kritis dalam pembelajaran mereka.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan data primer (primary) sebagai data
kuantitatif, iaitu data-data yang di kumpul melalui soal selidik. Penganalisisan data kajian
ini telah menggunakan analisis deskriptif. Data yang dikumpulkan melalui set soal selidik
diproses dengan menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi
23.0 untuk mendapatkan keputusan yang jitu daripada data yang diperoleh.
Dapatan Kajian
Demografi
Jadual 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina dalam kalangan
pelajar tahun 6 di sekolah-sekolah daerah Tawau. Kajian ini telah mengumpulkan 33
responden terlibat yang terdiri daripada 14 orang lelaki (42.4 %) dan 19 orang
perempuan (57.6 %). Kesemua responden berumur 12 tahun dan bersekolah pada tahun
6 di sekolah masing-masing. Majoriti responden adalah responden perempuan seramai
19 orang berbanding responden lelaki yang hanya 14 orang sahaja. Perbezaan ini tidak
terlalu ketara, namun ia merupakan fenomena biasa yang berlaku di sekolah
kebangsaan kini di mana kebanyakan penuntutnya adalah pelajar perempuan.
Jadual 1 Kekerapan (f) Peratus (%)
Demografi 14 42.4
19 57.6
Jantina 33 100.0
Lelaki
Perempuan Kekerapan Peratus (%)
Jumlah 28 84.8
5 15.2
Bangsa 33 100.0
Melayu
Lain-Lain Kekerapan Peratus (%)
Jumlah 23 69.7
10 30.3
Sekolah 33 100.0
Bandar
Luar Bandar
Jumlah
Tahap Penguasaan Kemahiran Komunikasi Dalam Pembelajaran dan
Pemudahcaraan Pendidikan Islam
Soalan 1 : Apakah aspek komunikasi dalam kemahiran insaniah pelajar Islam tahun 6
di sekolah daerah Tawau?
Berdasarkan kepada Jadual 2 di bawah, dapatan kajian pada item 1 mampu
menyuarakan idea dengan jelas secara lisan dalam subjek Pendidikan Islam (PI).
menunjukkan 9.1 peratus (3 orang) dan 60.6 peratus (20 orang) responden menyatakan
sangat setuju dan setuju mengenai murid mampu menyuarakan idea dengan jelas
secara lisan dalam subjek Pendidikan Islam (PI). Manakala selebihnya 21.2 peratus (7
orang) menyatakan tidak pasti dan 9.1 peratus (3 orang) menyatakan tidak setuju. Skor
min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap tinggi (M
= 3.70 SP = 0.77). Selain itu, bagi item 2 mampu menyuarakan idea dengan jelas secara
bertulis dalam subjek Pendidikan Islam (PI), menunjukkan 33.3 peratus (11 orang)
sangat setuju. Manakala 30.3 peratus (10 orang) setuju, 30.3 peratus (10 orang) tidak
pasti dan 6.1 peratus (1 orang) tidak setuju dengan pernyataan ini dengan skor min dan
sisihan piawai juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap yang tinggi (M =
3.90 SP = 0.95). Seterusnya bagi item 3 berupaya membuatkan pendengar memahami
apa yang saya sampaikan menunjukkan 33.3 peratus (11 orang) sangat setuju, 27.3
peratus (9 orang) setuju manakala 33.3 peratus (11 orang) tidak pasti, 3.0 (1 orang) tidak
setuju dan 3.0 peratus (1 orang) sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga
menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap tinggi (M = 3.85 SP = 1.03).
Bagi item 4 berkebolehan untuk membuat pembentangan di khalayak ramai pula
menunjukkan keputusan 12.1 peratus (4 orang) sangat setuju, 18.2 peratus (6 orang)
setuju, 42.4 peratus (14 orang) tidak pasti, 6.1 peratus (2 orang) tidak setuju dan 9.1
peratus (3 orang) sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan
tahap kemahiran murid pada tahap sederhana (M = 3.06 SP = 1.12). Untuk item 5 iaitu
tidak gugup ketika membuat pembentangan mengikut kesesuaian kumpulan sasaran
menunjukkan 9.1 peratus (3 orang) sangat setuju. Manakala 33.3 peratus (11 orang)
setuju, 18.2 peratus (6 orang) tidak pasti, 6.1 peratus (2 orang) tidak setuju dan 21.2
peratus (7 orang) sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan
tahap kemahiran murid pada tahap sederhana (M = 3.27 SP = 1.44).
Jadual 2
Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai Tahap Kemahiran Berkomunikasi dalam PdPC Pendidikan
Islam
Tahap Kemahiran Berkomunikasi Dalam Kekerapan Jumlah
PdPC Pendidikan Islam (Peratus)
Item Perkara STS TS TP S SS M SP
1. Mampu menyuarakan idea dengan 3 7 20 3 3.70 0.77
jelas secara lisan dalam subjek 0.95
Pendidikan Islam (PI). 9.1 21.2 60.6 9.1 1.03
1.12
2. Mampu menyuarakan idea dengan 2 10 10 11 3.90
jelas secara bertulis dalam subjek
Pendidikan Islam (PI). 6.1 30.3 30.3 33.3
3. Berupaya membuatkan pendengar 1 1 11 9 11 3.85
memahami apa yang saya
sampaikan 3.0 3.0 33.3 27.3 33.3
4. Berkebolehan untuk membuat 3 6 14 6 4 3.06
pembentangan di khalayak ramai
9.2 18.2 42.4 18.2 12.1
5. Tidak gugup ketika membuat 7 2 6 11 7 3.27 1.44
pembentangan mengikut kesesuaian 21.2 6.1 18.2 33.3 21.2
kumpulan sasaran.
Min Keseluruhan : 3.56 (sederhana)
Perbincangan kajian ini menunjukkan tiga daripada lima item yang dinilai pada tahap
tertinggi ialah item pertama ‘mampu menyuarakan idea dengan jelas secara lisan dalam
subjek Pendidikan Islam (PI)’ (min= 3.70), item kedua ‘mampu menyuarakan idea
dengan jelas secara bertulis dalam subjek Pendidikan Islam (PI)’ (min= 3.90) dan item
ketiga ‘berupaya membuatkan pendengar memahami apa yang saya sampaikan’ (min=
3.85). Murid bersetuju bahawa mereka mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi
dalam subjek Pendidikan Islam dengan baik dan membantu proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun, pada item keempat
kemahiran berkomunikasi responden dinilai pada tahap sederhana ‘tidak gugup ketika
membuat pembentangan mengikut kesesuaian kumpulan sasaran’ (min= 3.27) dan item
5 ‘berkebolehan untuk membuat pembentangan di khalayak ramai’ (min= 3.06) yang
menunjukkan bahawa murid kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi ketika di depan
khalayak ramai. Sehubungan dengan itu, kajian ini tidak selari dengan kajian yang
dilaksanakan oleh Ahmad Esa et al. (2004), dapatan kajiannya mendapati semua item
bagi penguasaan kemahiran komunikasi pelajar di UniKL berada pada tahap yang tinggi
(min= 4.17).
Tahap Penguasaan Kemahiran Penyelesaian Masalah Dalam Pembelajaran
dan Pemudahcaraan Pendidikan Islam
Soalan 2: Apakah aspek menyelesaikan masalah secara kritis dalam kemahiran
insaniah pelajar Islam tahun 6 di sekolah-sekolah rendah daerah Tawau?
Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut kemahiran menyelesaikan
masalah secara kritis, bagi item 6, pelajar mampu memahami masalah yang terjadi
menunjukkan 9.1 peratus (3 orang) sangat setuju, 42.4 peratus (14 orang) setuju dan
30.3 peratus (10 orang) tidak pasti. Terdapat 3 orang yang memilih skala tidak setuju
dan sangat tidak setuju bagi setiap satu skala iaitu sebanyak 9.1 peratus. Skor min dan
sisihan piawai juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap sederhana (M =
3.33 SP = 1.08). Seterusnya bagi item 7, yakin untuk mengatasi semua masalah
menunjukkan 18.2 peratus (6 orang) sangat setuju, manakala 30.3 peratus (10 orang)
setuju, 30.3 peratus (10 orang) tidak pasti, 15.2 peratus (5 orang) tidak setuju dan 6.1
peratus (2 orang) sangat tidak setuju dengan pernyataan ini dengan skor min dan sisihan
piawai juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap sederhana (M = 3.40 SP =
1.14). Bagi item 8, dapat mengenal pasti keperluan untuk membuat keputusan
menunjukkan 12.1 peratus (4 orang) sangat setuju, 42.4 peratus (14 orang) setuju, 42.4
peratus (14 orang) tidak pasti dan 3.0 peratus (1 orang) tidak setuju. Skor min dan sisihan
piawai juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap sederhana (M = 3.64 SP =
0.74).
Selain itu, item 9, pelajar dapat berfikir secara kritis dalam menyelesaikan
masalah menunjukkan 12.1 peratus (4 orang) sangat setuju, 45.5 peratus (15 orang)
setuju, 33.3 peratus (11 orang) tidak pasti 6.1 peratus (2 orang) dan 3.0 peratus (1 orang)
sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap kemahiran
murid pada tahap sederhana (M = 3.58 SP = 0.90). Pada item 10, pelajar dapat
menyenaraikan penyelesaian alternatif terhadap permasalahan yang di hadapi
menunjukkan 18.2 peratus (6 orang) sangat setuju, 39.4 peratus (13 orang) setuju, 30.3
peratus (10 orang) tidak pasti, 9.1 peratus (3 orang) tidak setuju dan 3.0 peratus (1 orang)
sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap kemahiran
murid pada tahap sederhana (M = 3.60 SP = 1.00). Bagi item 11: pelajar boleh memilih
penyelesaian alternatif terbaik menunjukkan 15.2 peratus (5 orang) sangat setuju, 36.4
peratus (12 orang) setuju, 30.3 peratus (10 orang) tidak pasti dan 18.2 peratus (6 orang).
Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap
sederhana (M = 3.48 SP = 0.97). Bagi item 12: mampu menilai penyelesaian yang telah
dibuat menunjukkan 12.1 peratus (4 orang) sangat setuju, 33.3 peratus (11 orang) setuju,
33.3 peratus (11 orang) tidak pasti, 9.1 peratus (3 orang) tidak setuju dan 12.1 peratus
(4 orang) sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap
kemahiran murid pada tahap sederhana (M = 3.24 SP = 1.17).
Di samping itu, item 13, pelajar berani untuk bertanggungjawab di atas keputusan
yang telah dibuat menunjukkan 18.2 peratus (6 orang) sangat setuju, 39.4 peratus (13
orang) setuju, 30.3 peratus (10 orang) tidak pasti, 9.1 peratus (3 orang) tidak setuju dan
3.0 peratus (1 orang) sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan
tahap kemahiran murid pada tahap sederhana (M = 3.60 SP = 1.00). Bagi item yang 14:
pelajar boleh membuat keputusan yang tidak mengikut emosi menunjukkan 12.1 peratus
(4 orang) sangat setuju, 39.4 peratus (13 orang) setuju, 30.3 peratus (10 orang) tidak
pasti, 15.2 peratus (5 orang) tidak setuju dan 3.0 peratus (1 orang) sangat tidak setuju.
Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap
sederhana (M = 3.42 SP = 1.00).
Jadual 3
Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai tahap kemahiran penyelesaian masalah dalam pembelajaran
dan pemudahcaraan Pendidikan Islam
Tahap Kemahiran Berkomunikasi Dalam Kekerapan Jumlah
PdPC Pendidikan Islam
Item Perkara (Peratus)
STS TS TP S SS M SP
6. Mampu memahami masalah yang 3 3 10 14 3 3.33 1.08
1.14
terjadi 9.1 9.1 30.3 42.4 9.1 0.74
0.90
7. Yakin untuk mengatasi semua 2 5 10 10 6 3.39 1.00
masalah 6.1 15.2 30.3 30.3 18.2 0.97
1.17
8. Dapat mengenal pasti keperluan 1 14 14 4 3.63 1.00
1.00
untuk membuat keputusan 3.0 42.4 42.4 12.1
9. Dapat berfikir secara kritis dalam 1 2 11 15 4 3.58
menyelesaikan masalah 3.0 6.1 33.3 45.5 12.1
10. Dapat menyenaraikan penyelesaian 1 3 10 13 6 3.60
alternatif terhadap permasalahan 3.0 9.1 30.3 39.4 18.2
yang di hadapi
11. Boleh memilih penyelesaian alternatif 6 10 12 5 3.48
terbaik 18.2 30.3 36.4 15.2
12. Mampu menilai penyelesaian yang 4 3 11 11 4 3.24
telah dibuat 12.1 9.1 33.3 33.3 12.1
13. Berani untuk bertanggungjawab di 1 3 10 13 6 3.60
atas keputusan yang telah dibuat 3.0 9.1 30.3 39.4 18.2
14. Boleh membuat keputusan yang tidak 1 5 10 13 4 3.42
mengikut emosi 3.0 15.2 30.3 39.4 12.1
Min Keseluruhan : 3.47
Perbincangan kedua ialah analisis tahap penguasaan kemahiran penyelesaian
masalah dalam PdPC Pendidikan Islam. Berdasarkan Jadual 11 di bawah, didapati tiga
daripada lima item kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis yang berada pada
tahap tertinggi ialah ‘memikirkan cara untuk melaksanakan keputusan yang dibuat’,
(min= 4.30) ‘mengenal pasti keperluan untuk membuat keputusan’, (min= 4.24) dan
‘membuat penilaian untuk menyelesaikan masalah’ (min= 4.23) dinilai pada tahap
tertinggi oleh responden. Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Kamarul Azmi Jasmi
(2010) bahawa pengaplikasian kemahiran menyelesaikan masalah dalam mata
pelajaran pendidikan Islam di kalangan pelajar sekolah menengah di pada berada pada
tahap tinggi dengan purata min (4.43). Namun begitu, dapatan kajian ini menunjukkan
murid mempunyai masalah dan berada pada tahap sederhana dalam menganalisis dan
memahami masalah yang terjadi.
Kesimpulannya, tahap kemahiran pemikiran kritis dan menyelesaikan masalah
dalam PdPC Pendidikan Islam ialah sederhana. Kesemua item yang dianalisis
menunjukkan tahap sederhana iaitu min di antara 3.24 – 3.67. Ini menunjukkan bahawa
penerapan kemahiran penyelesaian masalah sememangnya berlaku dalam amalan
pembelajaran pendidikan Islam namun beberapa penambahbaikan perlu dilakukan
seperti interaksi pelajar sesama pelajar ketika pelaksanaan proses set induksi,
pengendalian sesi perbincangan dalam kalangan pelajar dan guru menerusi penetapan
objektif yang melihat penguasaan pelajar menerusi pemikiran kritis ini dapat dicapai
seiring seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Tahap Penguasaan Kemahiran Kerja Berpasukan Dalam Pembelajaran dan
Pemudahcaraan Pendidikan Islam
Soalan 3: Apakah tahap kemahiran kerja berpasukan dalam kemahiran insaniah pelajar
Islam tahun 6 di sekolah-sekolah rendah daerah Tawau?
Berdasarkan Jadual 4, Bagi item 15: 42.4 peratus (14 orang) sangat setuju, juga 42.4
peratus (14 orang) setuju terhadap soalan berkebolehan bekerja secara efektif dengan
ahli kumpulan Pendidikan Islam (PI). Manakala 12.1 peratus (4 orang) tidak pasti dan
3.0 peratus (1 orang) tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap
kemahiran murid pada tahap tinggi (M = 4.24 SP = 0.79). Item 16: berkebolehan
menyelesaikan konflik antara ahli kumpulan menunjukkan 27.3 peratus (9 orang) sangat
setuju. Manakala setuju dan tidak pasti berkongsi peratus yang sama iaitu 33.3 peratus
(11 orang) dan 6.1 peratus (2 orang) sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan piawai
juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap tinggi (M = 3.76 SP = 1.06). Selain
itu, item 17: membuat keputusan secara bersama dengan ahli kumpulan menunjukkan
42.2 peratus (14 orang) sangat setuju, 33.3 peratus (11 orang), 18.2 peratus (6 orang)
tidak pasti dan tidak setuju dan sangat tidak setuju sama peratusnya iaitu 3.0 peratus (1
orang). Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada
tahap tinggi (M = 4.09 SP = 1.01). Seterusnya bagi item 18: menunjukkan 24.2 peratus
(8 orang) sangat setuju, manakala setuju dan tidak pasti mempunyai persamaan dari
segi peratusan iaitu 36.4 peratus (12 orang) dan sangat tidak setuju untuk item boleh
menerima kritikan yang membina oleh rakan sekumpulan 3.0 peratus (1 orang). Skor
min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap tinggi (M
= 3.79 SP = 0.93).
Bagi item 19: berkebolehan berfikir secara kritis untuk merancang strategi kerja
kumpulan, 12.1 peratus (4 orang) sangat setuju, 42.4 peratus (14 orang) setuju, 27.3
peratus (9 orang) tidak pasti, 12.1 peratus (4 orang) tidak setuju dan 6.1 peratus (2
orang). Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada
tahap tinggi (M = 4.33 SP = 5.25). Di samping itu, item 20: pelajar berkebolehan
memahami peranan yang dimainkan oleh ketua dan ahli kumpulan menunjukkan 24.2
peratus (8 orang) sangat setuju, 39.4 peratus (13 orang) setuju, 21.2 peratus (7 orang)
tidak pasti, 3.0 peratus (1 orang) dan 12.1 peratus (4 orang). Skor min dan sisihan piawai
juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap sederhana (M = 3.60 SP = 1.25).
Sebanyak 15.2 peratus (5 orang) pelajar sangat setuju bagi item 21: berkebolehan
mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan. Selain itu,
45.5 peratus (15 orang) setuju, 30.3 peratus (10 orang) tidak pasti, 6.1 peratus (2 orang)
tidak setuju dan 3.0 peratus (1 orang). Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan
tahap kemahiran murid pada tahap sederhana (M = 3.64 SP = 0.93).
Bagi item 22: berkebolehan menghormati sikap dan kelakuan orang lain menunjukkan
27.3 peratus (9 orang) sangat setuju, 48.5 peratus (16 orang) setuju 21.2 peratus (7
orang) tidak pasti dan 3.0 peratus (1 orang) sangat tidak setuju. Skor min dan sisihan
piawai juga menunjukkan tahap kemahiran murid pada tahap tinggi (M = 3.97 SP = 0.88).
Item 23: pelajar berkebolehan menghormati kepercayaan orang lain menunjukkan 42.4
peratus (14 orang) sangat setuju, 39.4 peratus (13 orang) setuju, 15.2 peratus (5 orang)
tidak pasti dan 3.0 peratus (1 orang). Skor min dan sisihan piawai juga menunjukkan
tahap kemahiran murid pada tahap tinggi (M = 4.18 SP = 0.92).
Jadual 4
Kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai tahap kemahiran kerja berpasukan dalam PdPC
Pendidikan Islam
Tahap Kemahiran Berkomunikasi Dalam Kekerapan Jumlah
PdPC Pendidikan Islam
Item Perkara (Peratus)
STS TS TP S SS M SP
6. Mampu memahami masalah yang 3 3 10 14 3 3.33 1.08
terjadi 1.14
9.1 9.1 30.3 42.4 9.1 0.74
7. Yakin untuk mengatasi semua
masalah 2 5 10 10 6 3.39
8. Dapat mengenal pasti keperluan 6.1 15.2 30.3 30.3 18.2
untuk membuat keputusan
1 14 14 4 3.63
3.0 42.4 42.4 12.1
Tahap Kemahiran Kerja Berpasukan Kekerapan Jumlah
Dalam PdPCPendidikan Islam
(Peratus)
Item Perkara
STS TS TP S SS M SP
0.79
15. Berkebolehan bekerja secara efektif 1 4 14 14 4.24
dengan ahli kumpulan Pendidikan 3.0 12.1 42.4 42.4 1.06
Islam (PI) 1.01
9 3.76 0.93
16. Berkebolehan menyelesaikan konflik 2 11 11 27.3 5.25
33.3 33.3 14 4.09
antara ahli kumpulan 6.1 42.4 1.25
17. Membuat keputusan secara 1 1 6 11 8 3.79 0.93
bersama dengan ahli kumpulan 3.0 3.0 18.2 33.3 24.2
0.88
18. Boleh menerima kritikan yang 1 12 12 4 4.33
membina oleh rakan sekumpulan 3.0 36.4 36.4 12.1
19. Berkebolehan berfikir secara kritis 2 4 8 14 8 3.60
untuk merancang strategi kerja 6.1 12.1 24.2 42.4 24.2
kumpulan
5 3.64
20. Berkebolehan memahami peranan 4 1 7 13 15.2
yang dimainkan oleh ketua dan ahli 12.1 3.0 21.2 39.4
kumpulan 9 3.97
27.3
21. Berkebolehan mengambil peranan 1 2 10 15
bersilih ganti antara ketua kumpulan 3.0 6.1 30.3 45.5
dan ahli kumpulan
22. Berkebolehan menghormati sikap 1 7 16
dan kelakuan orang lain 3.0 21.2 48.5
23. Berkebolehan menghormati 1 5 13 14 4.18 0.92
kepercayaan orang lain 3.0 15.2 39.4 42.4
Min Keseluruhan : 3.96
Dapatan kajian ini adalah sama dengan kajian oleh pengkaji terdahulu yang mendapati
pembelajaran koperatif dapat menerapkan kemahiran kerja berpasukan kepada pelajar
(Norziha Megat Mohd Zainuddin, et al., 2006 dan Gan Teck Hock, 2001). Secara
keseluruhannya, pengkaji dapat simpulkan bahawa tahap kemahiran kerja berpasukan
dalam PdPC Pendidikan Islam berada pada tahap tinggi (m = 3.96). Terdapat 7 item
berada pada tahap tinggi dengan nilai min melebihi 3.68. Lebihan dua item berada pada
tahap sederhana min antara 3.24 – 3.67. Ini menunjukkan pelajar menguasai serta
mengaplikasikan kemahiran kerja berpasukan di dalam kelas pendidikan Islam.
Terdapat Perbezaan Signifikan Tahap Penguasaan Kemahiran Komunikasi
Mengikut Gender Dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Pendidikan Islam
Soalan 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kemahiran komunikasi
pelajar lelaki dan perempuan dalam kemahiran insaniah pelajar Islam tahun 6 di
sekolah daerah Tawau.
Berdasarkan Jadual 5, didapati tidak terdapat perbezaan tahap kemahiran komunikasi
bagi pelajar lelaki dan perempuan secara signifikan (sig 2 tailed = .168, p>0.05).
Keputusan ini menerima Hº, iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap
kemahiran komunikasi antara jantina.
Jadual 5
Ujian-t kemahiran berkomunikasi mengikut jantina
Levene's t-test for Equality of Means
Test for
Equality of
Variances
Komunikasi t df Sig. Mean Std. 95% Confidence
F Sig. (2 Difference Error Interval of the
tailed) Differ Difference
ence
.439 .512 -1.412 31 .168 -.37293 Lower Upper
26403 -.91143 .16556
-1.357 23.612 .188 -.37293 27476 -.94051 .19464
Dapatan ini didapati menyamai hasil kajian Syed Abdul Hakim dan Mohini (2010) dan
Guven dan Cobackor (2013) yang mendapati tiada perbezaan antara kemahiran
komunikasi pelajar lelaki dan perempuan. Dalam mengharungi kehidupan seharian,
kemahiran bahasa adalah aspek penting sebagai medium perantara (Noor Aini, Zamri &
Zahara,2012). Ini kerana, komunikasi sama ada lisan atau bukan lisan akan melibatkan
perpindahan pengetahuan, pengertian atau perasaan yang dikongsi bersama melalui
mesej yang disampaikan (Fenstermacher,2005). Dalam konteks pendidikan, guru
sebagai individu yang menyampaikan ilmu pengetahuan perlu memiliki pelbagai jenis
kemahiran meliputi kemahiran bertutur, mengawal bilik darjah, dan penggunaan
komunikasi yang berkesan dan teratur. Ini kerana, berkomunikasi di dalam bilik darjah
bukan hanya berfungsi untuk menyampaikan ilmu, tetapi membina interaksi supaya
proses PdP mencapai matlamatnya. Kualiti perkembangan sosial danpengajaran dalam
sesebuah organisasi ditentukanoleh mekanisme hubungan sosial yang dibinadalamnya
seperti penggunaan bahasa yang berkesan, proses interaksi, komunikasi terbuka dan
kemahiran lisan (Rahim, 2011)
Kesimpulan, Cadangan dan Implikasi
Kesimpulannya, berdasarkan kajian ini data telah menunjukkan bahawa pelajar bagi
peringkat sekolah rendah mengaplikasikan kemahiran insaniah pada tahap yang
sederhana di sekolah. Ringkasnya, tahap kemahiran komunikasi, kemahiran
penyelesaian masalah dan kerja berpasukan masih berada pada tahap sederhana dan
masih mempunyai ruang untuk ditambahbaik dari aspek kefahaman dan
pengaplikasiannya di sekolah rendah. Di samping itu, terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap kemahiran komunikasi pelajar lelaki dan perempuan di sekolah. Ujian-T telah
dilaksanakan dan keputusannya membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan
kemahiran komunikasi antara pelajar perempuan dan pelajar lelaki (sig 2 tailed = .168,
p>0.05). Data yang dikumpulkan melalui soal selidik menyokong kajian-kajian sebelum
ini bahawa elemen kemahiran insaniah di bilik darjah menyebabkan tahap kemahiran
yang berbeza sekiranya elemen kemahiran insaniah tidak diberi perhatian.
Kemahiran Insaniah adalah sesuatu yang amat penting bagi pelajar sebelum
mereka melangkah kaki ke alam dewasa. Pengkaji berharap impak kajian ini bakal
membuka mata seluruh lapisan masyarakat berkenaan pentingnya penerapan
kemahiran insaniah pada diri pelajar dalam bidang pendidikan pada abad ini. Individu
pelajar sendiri perlu menyediakan diri mereka dengan sikap ingin tahu dan ingin belajar
kerana pada zaman ini pelbagai maklumat boleh diperolehi di hujung jari sahaja. Dalam
pada itu, pelajar sendiri perlu memahami konsep dan matlamat pendidikan di sekolah
agar mereka mampu dibentuk menjadi pelajar yang holistik. Penguasaan pelajar pada
elemen kemahiran insaniah secara tidak langsung dapat mengimarahkan aktiviti di
sekolah terutamanya dalam bilik darjah. Kebanyakan masa diperuntukkan untuk proses
pembelajaran dan pemudahcaraan dalam kelas di sekolah. Ini dibuktikan berdasarkan
kajian Siti Marlina (2013) mengenai proses pendidikan itu dijalankan bagi peringkat
persekolahan rendah, pembentukan elemen-elemen insaniah, imaginasi, animasi,
fantasi dan muzikal adalah antara pendekatan yang bersesuaian dalam proses
pengajaran yang berkesan bagi kanak-kanak yang berumur 7-12 tahun. Maka menjadi
keperluan keseimbangan ini dipraktikkan dalam setiap diri pelajar dan ini menjadi
keperluan untuk dilaksanakan dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan
Islam dalam bilik darjah.
Kajian yang dijalankan ini mengisyaratkan bahawa pembinaan kemahiran
insaniah telah dilaksanakan oleh guru Pendidikan Islam dalam pengajaran mereka
kepada pelajar tetapi tidak secara menyeluruh. Guru Pendidikan Islam dilihat
melaksanakan pembelajaran tersebut dalam bidang Akidah dan Ibadat sahaja. Kajian ini
dapat memberi cadangan kepada Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian
Pendidikan Malaysia untuk merangka dan menganjur program atau latihan dalam
perkhidmatan yang memfokuskan pendekatan berpusatkan murid yang menekankan
kemahiran insaniah khasnya kemahiran komunikasi yang merupakan asas dan
permulaan bagi penguasaan pelajar terhdap kemahiran insaniah. Pembelajaran
berpusatkan pelajar merupakan suatu pendekatan yang mengambil kira kepentingan
kemahiran dan membiarkan pelajar bebas dalam proses pembelajaran, membentangkan
mereka dengan pelbagai peluang belajar dalam kadar sendiri (Sparrow dan Swan,
2000). Elemen kemahiran insaniah ini dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir
aras tinggi, pembelajaran kendiri, kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan
masalah. Institusi sekolah merupakan wadah atau saluran suara kerajaan. Pihak sekolah
yang mengambil berat terhadap warga sekolah seharusnya memberi sepenuh komitmen
dalam mencorak pelajar menjadi insan yang berwawasan. Oleh itu, pihak sekolah
terutama guru besar perlu menyeimbangkan antara aktiviti kurikulum dan kokurikulum di
sekolah. Terdapat segelintir pelajar yang cemerlang dalam pelajaran namun apabila diuji
daripada aspek sukan dan kemahiran insaniah, pelajar tadi tidak menunjukkan
pencapaian yang memuaskan. Dalam konteks pemupukan kemahiran komunikasi,
penyelesaian masalah dan kerja berpasukan menerusi proses kurikulum dan
kokurikulum, kedua aktiviti ini dapat memberikan latihan awal kepada pelajar berkaitan
aspek sahsiah, kemasyarakatan dan kepimpinan. Lebih pada itu, dalam kokurikulum,
kebolehan memimpin mampu diterap melalui aktiviti pakaian seragam, kelab, sukan dan
persatuan.
Seterusnya, pihak pentadbir perlu menyediakan satu platform untuk pelajar
mengetengahkan bakat dan mengekspresikan diri mereka di sekolah. Idea “speaker
corner” yang digagaskan oleh Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik harus
disahut. Penyediaan ganjaran dan lencana khas juga boleh disediakan pihak sekolah
untuk diberikan kepada pelajar ketika perhimpunan pagi juga suatu inisiatif yang baik
khusus untuk pelajar yang berani kehadapan mengetengahkan idea serta bercakap di
“speaker corner”. Pendapat ini disokong oleh Abdul Hamid (2002), yang menyatakan
bahawa aspek pemupukan kemahiran perlu dipelajari melalui satu pendidikan yang
harus dirasai dan dialami sendiri oleh pelajar tersebut kerana berkomunikasi dan
pemikiran kritis berkait rapat dengan kehidupan seharian manusia. Ilmu akademik yang
dipelajari pelajar hanya berhubungan dengan kelas serta kertas - kertas ujian, berbeza
dengan kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis yang pelajar akan aplikasikan dalam
kehidupan seharian. Pembangunan kemahiran insaniah seperti kemahiran
berkomunikasi, kemahiran memimpin dan kemahiran menyelesaikan suatu
permasalahan dalam kalangan pelajar dapat dilaksanakan menerusi proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Namun menurut Siti Nur Nadir ah dan Hasnah (2012),
kurikulum di sekolah yang terdiri daripada aktiviti PdPc menyukarkan guru untuk
membina kemahiran insaniah. Guru lebih sibuk meluangkan masa untuk menyelesaikan
tugasan pengurusan di sekolah berbanding tugasan PdPc. Isu ini perlu bijak ditangani
oleh guru dan tidak menjadikan ia sebagai batu penghalang penerapan kemahiran
insaniah ke dalam diri pelajar di dalam kelas. Sehubungan dengan itu, guru boleh
menyediakan borang kemahiran insaniah untuk pelajar. Setiap murid dibekalkan sebuah
borang yang di dalamnya terkandung elemen kemahiran insaniah yang berkaitan dengan
isi pelajaran pada hari tersebut. Pemerhatian akan dilaksanakan oleh guru sepanjang
pembelajaran berlangsung. Di akhir proses pembelajaran, guru akan menilai pelajar dan
menanda borang pelajar berdasarkan tingkah laku pelajar yang berkisarkan kemahiran
insaniah di dalam kelas.
Rujukan
Abdul Hamid Mahmood. (2002). Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Media
Printext (M) Sdn. Bhd.
Ahmad Bin Esa, Jailani Bin Md. Yunos dan Noraini Binti Kaprawi, (2004). Peranan
Kokurikulum Dalam Pembangunan Kemahiran Generik.
Albrecht, S. & Sack, R. 2000. Accounting Education: Charting the Course Through a
Perilous Future. Sarasota, FL: The American Accounting Association.
Basri, N. E. A., Zain, S. M., Jaafar, O., Basri, H., & Suja, F. 2012. Introduction to
Environmental Engineering: A Problem-Based Learning Approach to Enhance
Environmental Awareness among Civil Engineering Students. ProcediaSocial
and Behavioral Sciences 60: 36-41.
Fenstermacher, G.D. & Richardson, V. (2005). On Masking determination of quality in
teaching. Teachers College Record, 107: 186-213.
Guven, B. & Cabakcor, B. O. (2013). Factors influencing mathematical problemsolving
achievement of seventh grade Turkish students. Learning and Individual
Differences,23, 131-137.
Hadiyanto. (2011). The Development of core competencies among Economic students
in National University of Malaysia (UKM) and Indonesia (UI). Tesis Phd. tidak
terbit, Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi.
Jarvis, P. & Parker, S. (2005), Human Learning : An Holistic Approach. London: Taylor
& Francis.
Kamaruddin Md Tahir. (2010). Penilaian pembangunan kemahiran generik dalam
kalangan pelajar tahun akhir Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia. Tesis Dokor Falsa
Kamarul Azmi Jasmi. (2010). Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah
Menengah di Malaysia: Satu Kajian Kes. Tesis PhD. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Kavanagh, M.H.& Drenan, L. 2008. What skills and attributes does final year accounting
graduate need? evidence from students perceptions and employers
expectations. Accounting and Finance 48: 279-300.
Kementerian Pengajian Tinggi. 2006. Garis Panduan Modul Pembangunan Insan (Soft
Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia.
Murray Stein (2001). Triumph Over Shyness. McGraw-HillUSA.
Noor Aini Ahmad, Zamri Mahamod & Zahara Aziz. (2012). Pengajaran kemahiran
komunikasi bagi murid-murid bermasalah pembelajaran teruk. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu, 2 (2): 11-18.
Norziha Megat Mohd Zainuddin, Norihan Abu Hassan, dan Syed Ardi Syed Yahya
Kamal, (2006) “Kajian kes penggunaan pembelajaran koperatif dan kemahiran
generik terhadap pencapaian mata pelajaran logic digital”. In: National Student
Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006, Kuala Lumpur,
Malaysia.
Ramzan Bin Muhamad (2001). Satu Kajian Eksperimen Tentang Keberkesanan
Pembelajaran Secara Koperatif Dalam Matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Marlina Binti Sabran. (2013). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Pelajar
Tingkatan Lima Dalam Penyelesaian Matematik. Johor Bharu: Universiti
Teknologi Malaysia.
Siti Nur Nadirah dan Hasnah (2012). Sistem Mentor dan Amalan Guru dalam
Meningkatkan Literasi Awal Kanak-Kanak.
Sparrow, L., Sparrow, H. and Swan, P. (2000). Student centred learning: Is it possible?
In A. Herrmann and M.M. Kulski (Eds), Flexible Futures in Tertiary Teaching.
Proceedings of the 9th Annual Teaching Learning Forum, 2-4 February 2000.
Perth: Curtin University of Technology.
Syed Abdul Hakim Syed Zainuddin & Mohini Mohamed. (2010). Keupayaan dan sikap
dalam menyelesaikan masalah Matematik bukan rutin. Jurnal Teknologi (Sains
Sosial) 53, 47-62.