The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sienmiell, 2020-11-20 10:57:45

KURIKULUM & PENGURUSAN KURIKULUM DI BILIK DARJAH

PDPP TAHFIZ (SM) AMBILAN JUN 2020

IMPLIKASI PERILAKU GURU

Hasil kajian Teven (2007, seperti yang dinyatakan
dalam Nor Shafrin Ahmad, Fadzilah Amzah & Rahimi
Che Aman, 2009) mendapati bahawa perilaku yang
bersesuaian serta komunikasi yang mengambil berat
terhadap pelajar, turut menyumbang kepada
kepercayaan terhadap guru serta dapat
menghasilkan keputusan yang baik dalam subjek
tersebut.

Guru yang mudah mesra dengan murid akan dapat
memenangi hati muridnya dan dijadikan sebagai guru
yang disayangi dan disukai. Kemesraan dan
keprihatinan guru terhadap murid ini sekaligus dapat
menjadikan murid merasakan diri mereka
disayangi dan menimbulkan perasaan sayang
akan sekolah seterusnya mengurangkan masalah
disiplin dalam kalangan pelajar.

IMPLIKASI PENAMPILAN DAN BAHASA BADAN GURU

Menurut Lela Virginia Watson (1950) kerajaan
boleh menyediakan bangunan sekolah, bahan-
bahan keperluan kelas dan latihan perguruan,
namun kesannya kepada murid ditentukan oleh
personaliti seorang guru.

Penampilan dan bahasa badan guru
menghasilkan pelbagai persepsi kepada murid-
murid termasuklah kesediaan guru untuk
mengajar. Melalui penampilan guru yang
beretika, murid akan menghormati guru dan
meningkatkan suasana pembelajaran di
dalam bilik darjah.

Oleh itu, guru perlu memastikan murid
menggemari penampilan mereka kerana
penampilan guru mencerminkan sikap terhadap
dirinya sendiri, muridnya dan tugas yang
dijalankan sebagai warga pendidik.

IMPLIKASI MENJADI SURI TELADAN YANG BAIK

Keperibadian seorang guru yang luhur akan
memberikan teladan yang baik terhadap murid-
murid sehingga guru akan tampil sebagai
seseorang yang mesti dipatuhi dan dicontohi. Guru
boleh menyelami kehidupan murid-murid seperti
makan bersama di kantin sekolah dan menziarahi
murid yang sakit di rumah atau hospital.

Oleh itu, guru-guru akan berhubung dengan murid
secara profesional dengan berkongsi pengalaman
semasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) serta memahami setiap
masalah muridnya secara peribadi. Natijahnya,
murid-murid akan memberi kepercayaan
kepada guru untuk meluahkan masalah mereka
dalam pembelajaran.

IMPLIKASI PERSEKITARAN PEMBELAJARAN BILIK DARJAH

Persekitaran pembelajaran yang ceria dan harmoni
dapat meningkatkan semangat murid untuk
menghayati pelajaran, memperoleh
pengetahuan yang baru sekaligus aktiviti PdP
dapat berjalan dengan lebih berkesan. Pelajar
akan berminat mengikuti proses PdP yang
disampaikan tanpa gangguan dan halangan.

Guru dan murid boleh bekerjasama dalam
menghias kelas melalui susunan meja yang teratur,
papan kenyataan yang padat dengan maklumat
terkini dan penggunaan pelbagai media pengajaran
interaktif. Melalui hubungan ini, guru dapat
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid-
muridnya serta dapat memberikan peneguhan
yang sesuai selaras dengan perilaku yang
ditunjukkan oleh mereka.

IMPLIKASI SOKONGAN GURU

Menurut kajian Adena M. Klem dan James P.
Connell (2004) menunjukkan bahawa
sokongan guru amat penting dalam
penglibatan pelajar. Murid-murid perlu
merasakan bahawa mereka boleh membuat
keputusan penting untuk diri mereka sendiri
dan setiap aktiviti berkaitan dengan kehidupan
mereka.

Mohd Khairuddin Abdullah,(2014) menyatakan
hal ini akan memberikan hasil perasaan emosi
yang selamat ketika menjalinkan hubungan sosial
dengan orang lain. Maka, semua ini akan
memberikan satu motivasi kepada pelajar untuk
lebih berusaha memperbanyakkan perilaku positif
kerana mempunyai hubungan yang erat dengan
guru mereka.

HUBUNGAN GURU - KANDUNGAN
Implikasi Pelaksanaan Pelan
Pembelajaran Bermakna (KPPB)

Hubungan Antara Murid Dan Kandungan

Maksud Murid dan Kandungan

dan tidak
boleh lari daripada saling
berkait dan berhubung antara
satu sama lain.

• Murid adalah merupakan sasaran yang akan diajar kandungan dalam mata pelajaran di dalam
kelas.

• Menurut H.M. Arifin, menyebut “murid”, maka yang dimaksud adalah manusia didik sebagai
makhluk yang sedang berada dalam proses perkembangan atau pertumbuhan menurut fitrah
masing-masing yang memerlukan bimbingan dan pengarahan yang konsisten menuju ke arah
titik optimal yakni kemampuan fitrahnya.

• Kandungan pula ialah apa yang akan diajarkan kepada murid.
• Jika tiada murid maka tiadalah kandungan, begitulah juga sebaliknya.

Murid Mengingati Topik Matapelajaran Lebih Lama

Implikasi Pelan Pembelajaran Bermakna kepada Murid

Melatih pelajar isi

kandungan matapelajaran melalui

• Penggunaan teknologi dan ict membantu pelajar untuk menerima pembelajaran itu dalam
bentuk yang berlainan.

• Bentuk lain seperti gambarajah, video, lagu dan permainan membantu pelajar mengingati
maklumat dalam pembelajaran.

• Kepelbagaian ini membantu pelajar menerima dan menghadam mata pelajaran dengan baik.
• Pembelajaran yang memaksimumkan gambarajah dan gambaran memberi kesan yang lebih

baik untuk mengingati maklumat.

Proses Mengingat

Implikasi Pelan Pembelajaran Bermakna kepada Murid

Proses mengingat merangkumi Empat proses utama.

Pengekodan(encoding) – Proses mendapatkan maklumat Lupaan
- Maklumat yang tidak penting akan
Penyimpanan(storage) – Proses pengimpanan maklumat dilupakan

Mengingat kembali(retrieval) – Proses mengeluar dan menggunakan maklumat

Lupaan – Merupakan kesukaran untuk mengingatkan atau mengeluarkan kembali sesuatu pengalaman yang telah

dialami

Mengingat kembali(retrieval

- Murid mengingati Kembali

Penyimpanan(storage) maklumat yang diperlukan.

Pengekodan(encoding) - Penyimpanan maklumat

- Murid memperoleh maklumat diterima

dengan pelbagai cara

Murid mengingati maklumat yang diterima dalam temppoh yang lama.
Melalui kepelbagaian bentuk rangsangan dan kaedah pembelajaran, ingatan tersebut menjadi
lebih tahan lama dan mengelakkan kelupaan.

Mengaplikasi Pengetahuan Sedia Ada Dengan Baharu
Implikasi Pelan Pembelajaran Bermakna kepada Murid

Pelajar mampu mengaplikasikan
pembelajaran sedia ada dengan
pembelajaran yang baharu kerana
mempunyai persamaan walaupun
terlupa pada sesetengah topik

54% 85% 35%

Type A Type B Type C

Sambungan

Implikasi Pelan Pembelajaran Bermakna kepada Murid

Ingatan dan lupaan Pengetahuan sedia ada
merupakan perkara yang dikaitkan dengan
penting dalam pengetahuan baharu
pembelajaran dapat mengembalikan
lupaan
Manusia menerima
maklumat tetapi
sebahagian sahaja
yang kekal

Penggunaan bahan yang bermakna akan
dapat membantu murid untuk meningkatkan
kefahaman dan mengingat kembali tentang
kandungan pembelajaran

Mudah faham dan mempelajari subjek

Implikasi Pelan Pembelajaran Bermakna kepada Murid

Pelajar mudah memahami dan
mempelajari matapelajaran
yang akan diajar didalam kelas

Melalui pengaplikasian pelan pembelajaran bermakna kepada pelajar, pelajar akan lebih mudah
memahami topik-topik yang akan dipelajari

2.888 K 1.074 K

Male User Female User

sambungan

Melalui perancangan pelan
pembelajaran bermakna,
penguasaan isi kandungan oleh
pelajar akan dapat diketahui dan
di analisis oleh guru

Murid yang menguasai kandungan
pembelajaran akan lebih berupaya
untuk menghasilkan nilai
pembelajaran yang bermakna
dengan lebih baik

Mengembangkan pengetahuan murid

Implikasi pelan pembelajaran bermakna

Analysis 01

Pengetahuan serta pengalaman murid dapat dikembangkan dengan baik
kerana murid berpeluang untuk berfikir secara kreatif dan kritis kerana
pelajar berperanan sebagai pembina ilmu

Analysis 02

Penglibatan pelajar dalam satu proses pembelajaran akan menerapkan nilai-nilai
murni di dalam diri pelajar dan memastikan pembelajaran berlangsung secara
efektif

Analysis 03

Pendapat ini disokong oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1983) yang mengatakan bahawa
pengajaran yang berkesan merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar
kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkan

Penutup

Pedagogi pembelajaran bermakna akan
menyediakan pelajar untuk kehidupan selepas
sekolah dan menanamkan ke dalam diri
pelajar bahawa pembelajaran itu berlaku
sepanjang hayat

Pengetahuan dan penguasaan kandungan yang baik oleh murid akan membantu
pelajar memahami dan menguasai pembelajaran

Hubungan diantara murid dan kandungan memainkan peranan yang penting kepada
pelajar untuk penghasilan nilai pembelajaran yang bermakna

SEKIAN

TERIMA KASIH

[email protected]


Click to View FlipBook Version