The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sienmiell, 2020-10-03 10:48:48

PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

EDUP2093-PEDAGOGI

KEMAHIRAN ASAS
PENGAJARAN

MIKRO DAN MAKRO

EDUP2093-PEDAGOGI
Dr. Ismail bin Husin

Pensyarah

Jabatan Perancangan,
Penyelidikan & Inovasi

Pengenalan

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro dan Makro

Bab ini menerangkan mengenai kemahiran-
kemahiran asas dalam pengajaran dan pembelajaran
yang mencakupi kemahiran menulis objektif,
pengetahuan sedia ada, Bahan Bantu Mengajar
(BBM), permulaan pengajaran, set induksi, pemilihan
isi pelajaran, variasi rangsangan, kemahiran menyoal,
pengurusan bilik darjah, perkembangan isi pelajaran
dan kemahiran pelaksanaan penutup.

Bertujuan memberikan pengalaman mengajar serta
menguasai kemahiran-kemahiran mengajar dalam
situasi yang hampir sama dengan aktiviti pengajaran
di dalam bilik darjah kerana kemahiran-kemahiran
yang dipilih merupakan kemahiran-kemahiran
mengajar yang penting dan kerap digunakan untuk
menjalankan aktiviti pengajaran di dalam bilik
darjah.

Objektif

Antara Objektif tersebuat iaitu:

Objetif PdP boleh dianggap sebagai
hasil perlakuan murid setelah mereka
didedahkan kepada suatu proses
pengajaran dan pembelajaran. Biasanya
objektif PdP merangkumi aspek-aspek
yang merujuk sesuatu kurikulum,
misalnya KBSM atau KBSR.

Di samping itu, objektif PdP ini juga
mengandungi aspek-aspek yang
membolehkan guru menilai pencapaian
murid dari segi aktiviti pembelajaran
dan pencapaian guru dari segi aktiviti
pengajaran.

Kepentingan Objektif Pengajaran & Pembelajaran

Antara Kepentingannya boleh dinyatakan seperti berikut:

1. OP diitulis berdasarkan topik pelajaran yang menjadi
panduan asas supaya isi pelajaran tidak
menyeleweng.

2. Kejelasan OP membolehkan guru membuat satu
perancangan rapi untuk melaksanakan
pengajarannya dalam bilik darjah.

3. Kejelasan OP membolehkan guru dapat menyusun
dan menulis isi pengajaran selaras dengan objektif.
Guru dapat menyampaikan isi pengajarannya
berasaskan objektif yang ditentukan.

4. Guru dapat menyusun dan memilih strategi
pengajaran yang sesuai untuk memastikan objektif
tercapai.

5. Kejelasan OP membolehkan guru mengemukakan
soalan secara lisan atau bertulis untuk mengukur,
sama ada objektif telah tercapai atau tidak.

6. OP yang jelas membolehkan guru-guru mengukur
prestasi pembelajaran murid.

Pernyataan Objektif Pengajaran

Perlu dinyatakan secara terperinci. Objetif hendaklah meliputi aspek-aspek kognitif, afektif dan psikomotor

1. Ditulis selaras dengan objektif sukatan pelajaran.
Menjadi panduan asas supaya proses PdP tidak
menyimpang daripada tujuan yang telah ditetapkan.

2. Pernyataannya menjadikan guru memahami tugas
dan tanggungjawab semasa merancang persediaan
mengajar dan melaksanakan pengajaran di dalam
bilik darjah.

3. Membolehkan guru menentukan strategi pengajaran
dan menentukan aktiviti susulan yang seharusnya
dilakukan.

Selain itu, membolehkan guru;
4. Menentukan bahan bantu mengajar yang sesuai.
5. Menentukan sumber-sumber pengajaran dan memilih

isi pengajaran yang sesuai dengan objektif
pengajaran.
6. Merancang dan menentukan jenis-jenis soalan untuk
menilai kefahaman murid.
7. Mengukur prestasi keberkesanan pengajarannya.

Pernyataan Objektif Pembelajaran

Pernyataan obketif pembelajaran perlu dinyatakan dalam bentuk perlakuan pelajar, iaitu;

01 OP 02 OP

Dinyatakan dengn tepat, Boleh dicapai dalam
jelas dan spesifik. tempoh sesuatu pelajaran.

03 OP 04 OP

Disesuaikan dengan Dinyatakan secara terperinci
peringkat kebolehan meliputi aspek kognitif, afektif
pelajar dan memenuhi & psikomotor di mana sesuai.
kehendak sukatan
pelajaran & persekitaran.

Pembahagian Objektif Pengajaran &
Pembelajaran mengikut Domain

Pada dasarnya, bidang-bidang yang dipelajari
oleh murid biasanya merangkumi aspek-aspek
kognitif, Efektif dan psikomotor. Oleh itu ,
objektif pengajaran dan pembelajaran juga
dibaagikan kepada tiga domain, iaitu domain
kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.

Bagi menjelaskan ketiga-tiga domain yang
dinyatakan, kita melihat pelajaran ibadat
sebagai c5o4n%toh.
85% 35%

Type K Type E Type P

Domain Kognitif

1. Domain Kognitif
Memberikan pengetahuan merupakan
langkah pertama untuk mengamalkan ibadat
secara percuma. Domain kognitif merupkan
satu antara objektif khas pengajaran ibadat,
iaitu diharapkan berlaku setelah proses
pengajaran disampaikan. Contoh:
(a) Murid-murid dapat menyebut kembali

fakta-fakta yang telah dipelajari seperti
perkara-perkara yang membatalkan
sembahyang, syarat wajib zakat dan
sebagainya.
(b) Murid-murid boleh membezakan wajib dan
rukun haji.

Domain Afektif

2. Domain Efektif (a) Membina konsep sesuatu nilai

 Merupakan aspek terpenting Murid-murid cuba mengenal dan dapat
dalam tujuan Pendidikan menyebut ciri-ciri sesuatu. Misalnya,
Islam. dalam pelajaran korban, iaitu mengenal
 Jika setakat memberikan ciri-ciri binatang yang sah untuk
pengetahuan memanglah dijadikan korban.
mudah, tetapi untuk
menanam perasaan (b) Kesedaran
kesedaran beragama
merupakan suatu yang sukar. Menyedari bahawa terdapat
 Namun, ini menjadi beberapa pendapat tentang
tanggungjawab guru untuk sesuatu perkara serta dapat
cuba melaksanakan dan menyatakan pendapat itu
mencapainya. (umpanya makna mualat). Bagi
mencapai objektif dalam bidang
efektif ini, perlakuan guru
sebagai ikutan adalah penting.

 Antara pembelajaran yang kita

Domain Efektif LEARN
EDUCATION
3. Domain Psikomotor STARTUP
Antara pembelajaran yang kita harapkan BUSINESS
daripada murid dalam bidang gerak laku ini SUCCESS
adalah:
(a) Murid dapat melakukan sembahyang

dengan betul.
(b) Dalam peta yang disediakan, murid-murid

boleh menunjukkan tempat-tempat yang
ada kaitan dengan pekerjaan haji.
(c) Murid dapat menunjukkan cata-cara
bertayamum.
(d) Setiap murid boleh menghafal doa qunut
dengan fasih dan lancar.
Bagi mencapai objektif-objektif ini, kaedah

Pengetahuan Sedia Ada

Guru perlu mengenalpasti pengetahuan sedia ada pada pelajar-pelajar semasa membuat persediaan mengajar;

 Tujuannya adalah untuk menentukan proses PdP
dapat berjalan dengan baik dan berkesan.

 Merangkumi unsur-unsur seperti perkara-perkara
yang pernah murid pelajari, pengalaman, aras
motivasi dan kebolehan mental murid.

 Dikenali juga sebagai pengetahuan lepas.
 Merupakan pengetahuan, pengalaman, kebolehan

dan kemahiran yang terdapat pada murid sebelum
mereka mempelajari pelajaran yang baru.

Kesemua perkara ini perlu diambil kira sebelum guru dapat
menentukan objektif, isi pelajaran, aktiviti dan sumber
pengajaran dan pembelajaran, serta aktiviti susulan yang
berkaitan.

Kepentingan Pengetahuan Sedia Ada

Kepentingan pengetahuan sedia ada perlu dipertimbangkan oleh guru semasa merancang sesuatu persediaan mengajar;

01 Membolehkan 02 Membolehkan
guru guru

menentukan OP secara menyediakan isi pelajaran
realisitik serta boleh yang seimbang dengan
dicapai. kebolehan murid. Murid
pula dapat mengikutinya
03 Membolehkan dengan baik.
guru
04 Membolehkan
menyediakan sumber PdP guru
yang sesuai dengan
pelajar selaras dengan Memilih strategi PdP ke
kebolehan mereka. arah menjadikan PdP lebih
berkesan.

Kepentingan Pengetahuan Sedia Ada

Kepentingan pengetahuan sedia ada perlu dipertimbangkan oleh guru semasa thmerancang sesuatu persediaan mengajar

Aktiviti-aktiviti pembelajaran Membolehkan guru
termasuk aktiviti susulan merancang &
yang sesuai serta berkesan melaksanakan
dapat dirancang sekiranya pemeringakatan isi pelajaran
PSA murid dapat mengikut urutan yang logik.
dikenalpasti.

Membolehkan guru Pembelajaran lebih bererti
sekiranya guru dapat
merancang dan mengaitkan pengajarannya
dengan PSA murid kerana
memindahkan topik ini mempercepatkan lagi
pemahaman murid.
pengajarannya mengikut

kesesuaian berdasarkan

tahap pencapaian murid.

Memberikan kepuasan serta
dorongan kepada guru
dan murid untuk
meneruskan pelajaran yang
berikut.

Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Kepentingan Bahan Bantu Mengajar membantu memastikan proses pengajaran guru berjalan dengan:

Bahan Bantu Mengjar (BBM)

Segala kelengkapan yang digunakan oleh guru
untuk membantunya dalam menyampaikan
pengajaran di bilik darjah.

Alatan mengajar yang tidak terhad kepada buku-
buku teks, papan tulis dan gambar-gambar sahaja,
tetapi juga merangkumi segala benda yang
digunakan dalam pelajaran yang dapat dilihat,
didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai,
dihidu, digunakan dan sebagainya. Alatan
mengajar merupakan apa-apa sahaja yang dapat
dialami oleh murid-murid (Kamaruddin Hj. Hussin,
1986).

2.888 K 1.074 K

Student User Teacher User

Kepentingan Bahan Bantu Mengajar

Atan Long (1981) Noraziah Abdul Hamid
(1981)
Membahagikan ABM (BBM)
kepada tiga kumpulan , iaitu Menggolongkan alat itu
alat pendengaran, alat kepada dua kumpulan, iaitu
pandangan dan alat media elektronik dan media
pandang dengar. bukan elektronik.

Hanapiah Sudin Atan Long (1982)
(1979)
Menyebut ABM terdiri daripada
Mengelaskannya kepada pelbagai bahan. Sesuatu bahan
dua, iaitu bahan-bahan dapat disampaikan dengan pelbagai
cara. Umpamanya, sesuatu bahan
perisian (software) dan itu diterbitkan dalam bentuk buku,
carta atau diletak pada slaid dan
bahan-bahan perkakasan dipancarkan ke layar yang
dinamakan sebagai ‘ABM’.
(hardware).

Kepentingan Bahan Bantu Mengajar

Kepentingan Bahan Bantu Mengajar membantu memastikan proses pengajaran guru berjalan dengan:

Mengawal serta mengatasi masalah kekurangan tenaga
pengajar dan kekurangan masa.
Mempertingkatkan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Mempertingkatkan keghairahan murid untuk murid.

Memahami secara lebih mendalam dan realisitik tentang tajuk
yang diajar.
Mengekalkan ingatan yang lebih lama terhadap isi-isi
pelajaran

Merasai keseronokan belajar dan mengelakkan rasa jemu
terhadap pengajaran guru

Menyedikan satu kekukuhan perkembangan kefahaman &
corak pemikiran. Mengurangkan berbagai-bagai gerak balas
lisan daripada murid.

Kepentingan Bahan Bantu Mengajar

Membekalkan satu dasar untuk perkembangan
pembelajaran pelajar menjadikan pembelajaran mereka
lebih kekal.

Menolong menjadikan pembelajaran pelajar-pelajar
lebih mendalam tentang kefahaman isi pelajaran.

Menawarkan pengalaman yang sebenar dan
menjadikan pengajaran lebih menarik.

Pembelajaran yang diperoleh akan lebih bermakna.

2.888 K 1.074 K

Student User Teacher User

Tujuan Set Induksi

Set Induksi ialah satu kumpulan tindakan atau aktiviti untuk memperkenalkan sesuatu dan merupakan satu proses yang diperkenalkan dengan
tujuan menarik perhatian serta mendorong pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan:

Mendapatkan perhatian serta membangkitkan minat
pelajar terhadap topik pelajaran yang akan disampaikan
oleh guru.
Meletakkan pelajar dalam keadaan bersedia menerima
pelajaran yang akan disampaikan oleh guru.

Membentuk satu rangka penyusunan idea-idea, prinsip-
prinsip atau maklumat yang akan mengikuti pengajaran.

Merangsang murid agar berminat dan melibatkan diri
dalam pelajaran.

Tujuan Set Induksi

Supaya murid dapat mengingat kembali isi-isi pelajaran
yang lalu.
Menggalakkan pelajar menyertai pelajaran dengan
tekun dan bersemangat.
Menyediakan satu struktur bagi satu-satu pelajaran.
Mengaitkan pelajaran baharu dengan pelajaran lalu.

54% 85% 35%

Type A Type B Type C

Komponen-komponen Set Induksi

Komponen-komponen utama dalam kemahiran set induksi biasanya dibahagikan kepada empat, iaitu;

Menarik Perhatian

Menarik perhatian pelajar dengan mengubahkan nasa suara,
menggunakan ABM atau menunjukkan suatu aktiviti yang luar
biasa

Mewujudkan Motivasi

Memotivasikan murid dengan membangkitkan rasa ingin tahu,
menggunakan teknik bercerita, mewujudkan aktiviti-aktiviti yang
menmyeronokkan dan mengajukan soalan yang mecabar.

Membuat Perkaitan Guru

Membuat perkaitan antara pelajaran baharu dengan
pengetahuan sedia ada pada murid dengan menggunakan
satu siri soalan yang berkaitan, menyatakan cara-cara
melaksanakan tugas atau menyatakan aktiviti tugas atau projek.

Menstruktur

Guru boleh menstruktur dengan mengaitkan pengetahuan yang lalu,
mengaitkan isi-isi pelajaran baharu serta mengaitkan minat dengan
pengalaman murid.

Variasi Rangsangan

Tindakan-tindakan guru yang dirancang untuk memastikan perhatian murid dalam sesuatu penyampaian pengajaran :

Sharifah Alawiah Alsagoff (1986)
menyatakan variasi rangsangan sebagai
tindakan-tindakan guru yang dirancang
atau yang berlaku secara spontan untuk
membentuk dan memastikan perhatian
murid dalam sesuatu pelajaran dengan
mengubah atau memberikan variasi dalam
penyampaiannya. Dalam bentuk yang
paling mudah, rangsangan yang
ppdDmraaaeievnlmardgamgasaresaiatmrniakgsapaakineknsanayanpane,mtrbephebraartitufaaeiuannntnnagytsiuuimp.udernasigddnea;pijauemrrgbateainanmehg-bamugsaubekrmarauanu,hsnaptevvrakiirasaidraulaaasan-ihl
perkara penting dalam penyampaian; dan mengubah
kecekapan pelajaran.

Teknik-teknik Variasi Rangsangan

Teknik-teknik yang digunakan untuk memberikan variasi kepada rangsangan adalah seperti berikut:

1. Variasi Pergerakan Guru

Perubahan pergerakan guru dari satu tempat ke satu tempat
ke tempat lain di dalam bilik darjah untuk menambah kesan
pengajaran. Pergerakan yang dimaksudkan adalah seperti
berikut;
a) Bergerak bebas dari kanan ke kiri dan dari kiri ke kanan

atau ke hadapan bilik darjah.
b) Bergerak bebas dari hadapan ke belakang dan dari

belakang ke hadapan bilik darjah.
c) Bergerak bebas antara dan di belakang pelajar.

Apabila guru bergerak bebas, perhatian pelajar akan
bertambah. Perlu diingat bahawa pergerakan tersebut harus
jangan menganggu pelajar dengan pergerakan yang terlalu
pantas dan gelisah.

45% 74% 89%

Type A Type B Type C

Teknik-teknik Variasi Rangsangan

Teknik-teknik yang digunakan untuk memberikan variasi kepada rangsangan adalah seperti berikut:

2. Memusatkan Perhatian

Memusatkan perhatian bermaksud tindakan guru secara
lisan, gerak geri atau keduan-duanya untuk mengawal
arah perhatian pelajar.

3. Memindahkan Interaksi
Satu perkara penting antara perkara yang berlaku dalam
pengajaran yang harus dirancang ialah cara atau gaya
interaksi. Terdapat tiga cara atau gaya interaksi yang dapat
digunakan oleh guru, iaitu:
a) Interaksi guru-kumpulan
Pengajaran yang berpusatkan guru dan guru biasanya
menunjukkan sesuatu atau mengajar secara berkuliah.
Soalan yang diutarakan oleh guru ketika ini ditujukan
kepada kumpulan murid di dalam bilik darjah tersebut
dan bukan kepada pelajar khusus.

Teknik-teknik Variasi Rangsangan

Teknik-teknik yang digunakan untuk memberikan variasi kepada rangsangan adalah seperti berikut:

b) Interaksi guru-murid
Interaksi ini diarahkan oleh guru dan tidak berpusatkan guru.
Dalam interaksi muri-murid , guru menyuruh murid membaca,
membuat atau membincangkan sesuatu. Soalan-soalan
dikemukakan kepada murid-murid tertentu untuk membuat
atau menjawab sesuatu.

c) Interaksi murid-murid
Interaksi ini berpusatkan murid. Peranan guru adalah
mengalihkan soalan seorang murid kepada murid lain untuk
dijawab atau dikomen. Dengan cara ini, guru menggalakkan
interaksi antara murid dengan murid.

Teknik-teknik Variasi Rangsangan

Teknik-teknik yang digunakan untuk memberikan variasi kepada rangsangan adalah seperti berikut:

4. Kemahiran

 Bercakap atau senyap sebentar pada waktu
tertentu ketika mengajar dapar menambahkan lagi
perhatian murid.

 Hentian dapat membahagikan maklumat yang
banyak dan panjang kepada bahagian-bahagian
kecil supaya mudah difahami.

 Membaca sesuatu kepada bilik darjah memerlukan
hentian.

 Hentian dapat menarik perhatian murid kerana
rangsangan pengajaran divariasikan dari bercakap-
senyap - bercakap kembali.

 Digunakan untuk menunjukkan bahawa guru tidak
suka atau sedang marah tentang sesuatu tingkah
laku murid.

Kemahiran Menyoal

Teknik menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru :

Peringkat Set Induksi Peringkat Penutup

Kemahiran penyoalan Kemahiran penyoalan

digunakan untuk menolong digunakan untuk menilai

murid mengingat kembali ilmu pencapaian objektif

pengetahuan yang berkaitan. pelajaran

Peringkat Perkembangan Oleh itu, harus diingatkan bahawa
setiap guru seharusnya menguasai
Kemahiran penyoalan kemahiran penyoalan untuk
menjadikan pengajaran dan
digunakan untuk mencungkil pembelajaran lebih berkesan dan
pengajaran guru Nampak lebih
fikiran murid untuk bermakna, sekaligus dapat mengukur,
samada objektif pelajaran telah
membantu mereka mengikuti tercapai atau tidak sebagaimana yang
dinyatakan.
pelajaran dengan lebih

berkesan.

Pengurusan Bilik Darjah

Maksud pengurusan bilik darjah dalam pengajaran dan pembelajaran:

Maksud

Menurut Lee Shok Mee (1995), pengurusan bilik darjah boleh
ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas
supaya mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk
menggalakkan pembelajaran.

54% 85% 35%

Type A Type B Type C

Tujuan Pengurusan Bilik Darjah

Antara tujuan Pengurusan Bilik Darjah

1. Kelas kelihatan keemas dan teratur. PdP dapat berjalan
dengan baik.

2. Dapat mewujudkan semangat kerjasama serta
pemuafakatan dalam kalangan murid.

3. Dapat menimbulkan semangat belajar dalam kalangan
murid.

4. Dapat menunjukkan adanya hubungan yang akrab
antara guru dan murid.

5. Dapat menunjukkan disiplin yang tinggi dalam
kalangan murid dan guru.

45% 74% 89%

Type A Type B Type C

Pengurusan Bilik Darjah

1. Manusia
 Unsur manusia merupakan perhubungan antar

guru dengan murid dan perhubungan antara
murid dengan rakan sebayanya.
 Aspek ini berkaitan dengan saling interaksi, tingkah
laku , sahsiah dan kerjasama antara mereka.

2. Kebendaan
 Merupakan segala alatan dan kelengkapan yang

ada di dalam bilik darjah.
 Pengurusan dalam aspek ini melibatkan

penyusunan kerusi, meja, alatan, ruang
pembelajaran, buku dan hiasan di dalam bilik
darjah.
 Susunan kemudahan fizikal yang menarik dapat
mendorong murid terhadap pembelajaran.

Pengurusan Bilik Darjah

3. Operasi
 Merupakan aktiviti yang dijalankan oleh guru dan

murid di dalam bilik darjah.
 Pengurusan ‘operasi’ secara lancer akan menjamin

aktiviti pembelajaran dapat dijalankan secara teratur
dan sempurna.

Justeru, setiap guru hendaklah menguasai teknik
pengurusan bilik darjah dengan sistematik dan
berkesan untuk mencapai pengajaran dan
pembelajaran ke peringkat yang optimum.

20% 50% 80% 60%

Type A Type B Type C Type D

Perkembangan Isi Pelajaran

1Inti atau teras pelajaran 2 Bahan pembelajaran baru haruslah muncul
daripada pengenalan pelajaran atau
Dengan cara ini, pembelajaran baharu akan 3 (set induksi) & menokok tambah pembelajaran
bermakna dan menjadi bersepadu kerana ia atau pengalaman yang telah lalu
merupakan perkembangan yang lojik daripada
Description
peringkat pengenalan
Dengan menghurai dan menyusun kembali isi

4 pelajaran, perkembangan pelajaran akan
berlangsung mengikut peringkat-peringkat
atau urutan yang logik dan bhagian ini harus
jelas diperlihatkan dalam ringkasan mengajar
(Sharifah Alwiah Alsagoff, 1996)

Perkembangan

 Bahagian kedua penting dalam penyampaian PdP.
 Merujuk kepada langkah-langkah mengajar yang disusun

berperingkat-peringkat berdasarkan prinsip-prinsip mengajar,
iaitu

daripada konkrit kepada abstrak dan daripada mudah kepada
kompleks.
 Mak Soon Sang (1992) menyatakan bahawa langkah-langkah
perkembangan merupakan bahagian yang penting dalam
proses penyampaian sesuatu pelajaran,
 Dalam bahagian ini, guru menjalankan aktiviti PdP dengan
strategi dan kaedah yang sesuai.
 Untuk menyampaikan pelajaran secara sistematik dan
berkesan, guru haruslah boleh mengelolakan isi pelajaran
mengikut peringkat yang sesuai, menggunakan alat bantu
mengajar (ABM) dengan berkesan serta melaksanakan aktiviti
PdP yang menarik.

Perkembangan Isi Pelajaran

 Isi pelajaran yang disampaiakan haruslah mengandungi
kemahiran yang telah ditentukan dalamm peringkat persediaan
awal.

 Isi pelajaran boleh dirujuk berdasarkan buku teks serta sukatan
pelajaran (DSKP).

 Pencerakinan dan pemeringkatan isi pelajaran harus mengikut
prinsip daripada mudah kepada kompleks supoaya dapat
disampaikan langkah demi langkah dan bersesuaian dengan
pengertian dan kebolehan murid.

 Strategi PdP merujuk kaedah dan teknik mengajar yang
meliputi cara-cara melaksanakan aktiviti PdP yang bertujuan
mencapai objektif pelajaran hingga ke tahap optimum.

 Antara kaedah mengajar yang biasa digunakan dalam konteks
Pendidikan Islam adalah kaedah syarahan, dialog, soal jawab,
perbincangan, imlak, ulangan, latih tubi, demonstrasi dll
kaedah yang sesuai mengikut tajuk dan isi pelajaran.

Perkembangan Isi Pelajaran

 Penggunaan sumber dalam proses PdP meliputi teknik
menguruskan alat bantu mengajar (ABM) serta kawalan
disiplin murid di dalam kelas

 Ianya meliputi kemahiran menggunakan ABM untuk
membankitkan daya pemikiran murid dan kemahiran
menjaga disiplin murid semasa mereka menggunakan
BBM dalam meenjalankan suatu aktiviti pembelajaran.

 Isi pelajaran yang disampaikan dalam proses PdP harus
mengandungi penerapan nilai-nilai murni yang telah
ditentukan dalam komponen persediaan.

 Penerapan nilia-nilai murni harus dilakukan dalam
setiap MP yang diajar dalam setiap waktu pelajaran.

 Dalam konteks Pendidikan Islam, niilai murni yang
lazimnya diterapkan ialah amanah, bertanggungjawab,
syukur, bekerjasama, jujur dan sebagainya.

Kemahiran Penutup

Kemahiran penutup dalam pengajaran dan pembelajaran:

Merupakan bahagian terakhir satu-satu PdP.
Dalam bahagian ini, guru hendaklah membuat
rumusan yang berkaitan dengan isi pelajaran
supaya dapat memberikan rasa kepuasaan
belajar dan menggerakkan murid supaya
bersedia untuk pelajaran yang akan datang.
Ea Ah Meng (1991) membahagikan penutup
kepada dua bahagian, iaitu Penutup Kognitif
dan Penutup Sosial.

20% 50% 80% 60%

Type A Type B Type C Type D

Kemahiran Penutup

Kemahiran penutup dalam pengajaran dan pembelajaran:

 Penutup kognitif biasanya digunakan apabila guru
mentenaraikan isi-isi penting sesuatu pelajaran
dengan tujuan mengukuhkan apa yang telah
dipelajari.

 Penutup sosial pula bertujuan memberikan suatu
perasaan pencapaian kepada murid-murid dihujung
pengajaran satu-satu topik.

Sebelum menutup sesuatu pelajaran, guru harus
menjalankan aktiviti untuk mengukur sejauh mana objektif
pelajaran telah dicapai. Aktiviti penilaian boleh dijalankan
secara pemerhatian terhadap aktiviti susulan, pemeriksaan
kerja murid atau melalui lisan atau tulisan. Maklumat-
maklumat yang didapati daripada pentafsiran penilaian
akan menjadi asas untuk membuat pengubahsuaian
terhadap persediaan mengajar seterusnya.

SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version