The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sienmiell, 2024-02-11 22:16:21

Topik 2-Elemen Asas Dalam Pendidikan

Topik 2-Elemen Asas Dalam Pendidikan

Dr. Ismail bin Husin Pensyarah Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi IPGM KampusTawau PIMK3143 ELEMEN ASAS DALAM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PIMK3143 - Asas Penyelidikan Dalam Pendidikan


ELEMEN ASAS DALAM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN •Isu-isu pendidikan yang boleh dikaji •Latar belakang •Pernyataan masalah •Objektif kajian •Persoalan kajian •Hipotesis kajian •Skop kajian •Batasan kajian •Kepentingan kajian •Definisi operasional/ istilah


ISU-ISU PENDIDIKANYANG BOLEH DIKAJI cara pembelajaran, teknologi, media sosial, politik, kepemimpinan sekolah, peperiksaan, program khidmat pengajaran bagi guru, suasana persekitaran sekolah dan kemiskinan.


APAKAH PROPOSAL PENYELIDIKAN? perancangan yang dilakukan oleh penyelidik sebelum penyelidikan sebenar dijalankan. 01 Rangka kepada pembetulan dan kritikan bagi memantapkan penyelidikan. Proposal tidak terhad kepada penulisan akademik seperti projek ilmiah,latihan ilmiah, disertasi atau tesis tetapi juga digunakan dalam penyediaan mendapatkan geran penyelidikan daripada institusi berkaitan. 02 03 Proposal terbuka


SEBELUM MENULIS PROPOSAL Membaca (Literature Review) Perbincangan/ Pengalaman Sebuah Proposal


APAKAH OBJEKTIF UTAMA PROPOSAL PENYELIDIKAN (PP) Menjadi panduan kepada penyelidik untuk mengenal pasti masalah,metodologi,objektif dan jangkaan hasil penyelidikannya Memberi laluan kepada penyelia mengemukakan cadangan dan bimbingan terhadap perancangan penyelidikan oleh penyelidik di bawah seliaannya Berfungsi sebagai buku perjanjian antara penyelidik dan penyelia supaya dapat bekerjasama merancang sebuah penyelidikan yang baik dan memastikan objektif kajian dicadangkan berhasil


KANDUNGAN PROPOSAL Tajuk Kajian Latarbelakang & Permasalahan Kajian Matlamat Kajian Objektif Kajian Definisi Operasi Kajian Limitasi Kajian KerangkaTeori Metodologi Kajian Literature Review Jadual Kerja Rangka/Cadangan Laporan Rujukan


Tajuk hendaklah Wujud masalah Bersifat khusus Skop kecil,jitu Boleh dikaji Ada pengalaman Bilangan perkataan sedikit - ringkas


Jelas Menggambarkan objektif Menggambarkan pemboleh ubah yang dikaji Mengandungi populasi / sampel


ELAKKAN TAJUK SUKAR DIUKUR TIDAK MEMBAYANGKAN KAJIAN INTEPRETASI BERBEZA TERLALU LUAS – BANYAK PERKARA DIFOKUSKAN


STRUKTURKAN SEMULATAJUK PASTIKAN UNSUR / ELEMEN YG.DIKAJI BAYANGANTAJUK KUALITATIF ATAU KUANTITATIF SKOP - SEMPITKAN


RUKUNTAJUK PENYELIDIKANTINDAKAN Masalah Cadangan Sampel


CONTOH TAJUK MENINGKATKAN HAFAZAN DOA QUNUT/ DENGAN MENGGUNAKAN MEMORI KAD BERIRAMA /BAGI MURIDTAHUN LIMA MENINGKATKAN INGATAN DALAM MEMBERI MAKNAAYAT 1-5 SURAHAL-QADR DENGAN MENGGUNAKAN PETA MINDA BAGI MURID TAHUN 3


Semak Tajuk Kajian Anda sekarang!.


LATAR BELAKANG


Pernyataan masalah yang berkesan menjelaskan apa yang hendak dikaji,bagaimana dan setakat mana hendak dikaji,dan berbentuk operasi Pernyataan Masalah… Research problems tend to emphasizes the need to explain, predict, or describe something The research problem is the educational issue or problem within your broad topic area


PERNYATAAN MASALAH (STATEMENT OFTHE PROBLEM) Pernyataan masalah merupakan rumusan masalah utama kajian. Mengandungi pembolehubah dan hubungan pembolehubah yang dikaji. Pernyataan masalah yang baik: Dinyatakan dengan tepat dan jelas. Menyatakan hubungan yang jelas antara pembolehubah yang dikaji. Setiap pembolehubah yang dikaji boleh diuji.


kepada Isu dalam bukti penyelesaian Terhadap Kekurangan Atau kelemahan 5 UNSUR DALAM ‘PERNYATAAN MASALAH” ALIRAN IDEA Apakah Bidang yang diminati Pendidikan • Keprihatinan • Masalah • Sesuatu yang Memerlukan penyelesaian •Bukti daripada literatur •Bukti daripada pengalaman • Dalam bukti ini apakah yang kurang •Ingin tahu lebih lanjut? Bagaimana mahu mengemukakan apa yang diperlukan untuk membantu : – penyelidik – pendidik – pembuat polisi – individu seperti yang dikaji Isu etika/ buli di sekolah Keganasan terhadap pelajar junior •Jurang dalam literatur •Laporan tentang keganasan Penjelasan mengenai ciriciri keganasan •Menilai keganasan •Membantu membentuk etika yang baik •Membantu murid memahami isu etika


MENULIS PERNYATAAN MASALAH Satu paragraf bagi setiap daripada lima unsur Banyakkan sorotan literatur Sertakan statistik untuk menyokong bukti/ isu Perlu dinyatakan dengan tepat dan jelas. Dinyatakan situasi, bidang dan batasan. Andaian mestilah logik dan rasional. Imbangi pernyataan umum (kabur) dan khusus (sempit). Jelaskan pemboleh ubah yang terlibat.


TIPS MENGENALPASTI MASALAH: Masalah baru - Prinsip asas‘nilai tambah ilmu’ perlu diberikan penekanan dalam menjalankan penyelidikan Masalah tidak terlalu kecil - Elak berlaku halangan perbincangan secara ilmiah dan mengurangkan maksud penyelidikan yang hendak di capai Masalah tidak terlalu besar - Pengkaji perlu ambilkira faktor batasan masa dan kos perbelanjaan. Elak terjerumus dalam kajian berbentuk umum.


APAKAH UKURAN BESARATAU KECIL MASALAH? Kemahiran penyelidik Maklumat literature review


PERMASALAHAN KAJIAN Permasalahan (Problem) bukannya Difficulty tetapi Issue of Study. Permasalahan hendaklah jelas. Kebingungan pensyarah:tidak menemui permasalahan dlm.proposal. Permasalahan sesuai dgn keupayaan penyelidik menyelesaikannya. Permasalah kajian sewajarnya: Sesuatu yang baru Menarik untuk dikaji Nilai tambah ilmu.


BUKANNYA MASALAH KAJIAN: ...penyelidik menghadapi masalah kewangan bagi mendapatkan data. ...ketika ingin menemubual penyelidik menghadapi masalah besar apabila dikejar oleh anjing. ...masalah kajian ini ialah segala maklumat yang telah dikumpul ditenggelami banjir. ...penyelidik menghadapi masalah psikologi serius kerana putus cinta ketika menulis laporan kajian.


MASALAH KAJIAN CARA: 1. Berdasarkan senario yang telah ditulis dalam latar belakang kajian. 2. Jelaskan dengan tepat dan ringkas. 3. Jelaskan mengapa masalah ini perlu dikaji & kesan apabila dibiarkan. 4. Disokong dengan eviden / data emperikal 5. Hanya satu masalah penting sahaja perlu diselesaikan (jangan menakluki dunia)


Semak Masalah Kajian Berdasarkan Tajuk Anda sekarang!.


Dr. Ismail bin Husin Pensyarah Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi IPGM KampusTawau PIMK3143 ELEMEN ASAS DALAM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PIMK3143 - Asas Penyelidikan Dalam Pendidikan


APAKAH MATLAMAT KAJIAN? Matlamat umum sesebuah kajian Merujuk kepada tajuk kajian yang hendak dijalankan


MATLAMAT KAJIAN Satu matlamat umum yg ingin dicapai daripada penyelidikan. Matlmat disampaikan (ditulis) dengan merujuk kepada tajuk kajian. Ia ditulis dalam satu perenggan yang ringkas dalam satu ayat atau gabungan dua ayat. Contoh: Kajian kefahaman & penerimaan non-Muslim terhadap Islam hadhari di Malaysia:kajian kes Lembah Klang. Matlamat Kajian: Kajian ini bertujuan mengkaji tahap kefahaman dan penerimaan golongan Non Muslim Lembah Klang terhadap konsep Islam hadhari.


OBJEKTIF PENYELIDIKAN


Objektif memandu reka bentuk, kaedah, cerapan, analisis dan tafsiran penyelidikan. Oleh itu, ia perlu dinyatakan dengan jelas dan berbentuk tingkah laku. Cara menyatakan objektif ialah dengan menentukan perlakuan atau domain yang ingin dicapai. Tujuan khusus yang hendak dicapai bagi menyelesaikan masalah. Aktiviti untuk mencapai matlamat kajian. Dizahirkan daripada matlamat tetapi berbeza dengan matlamat. Matlamat merupakan jangkaan umum hasil daripada satu aktiviti atau proses, sedangkan objektif lebih khusus, dan merupakan sasaran sebenar yang ingin dicerap. Objektif


Kenyataan yang digunakan dalam penyelidikan bagi membawa maksud apa yang ingin dicapai oleh penyelidik. Anda boleh mengenal pasti objektif dengan melihat kepada frasa ayat seperti “objektif penyelidikan ini ialah…” Contoh berikut mewakili objektif penyelidikan.. Menghuraikan kekerapan komunikasi melalui internet antara ibu bapa dan guru… Menghuraikan jenis atau kategori komunikasi melalui internet antara ibu bapa dan guru. Mengukur tahap penguasaan kemahiran abakus dan menal arithmetik dalam kalangan peserta kursus. Objektif


OBJEKTIF KAJIAN Ia adalah matlamat khusus. Kesemua objektif dirangka berdasarkan: Kemampuan (masa & kos) yang boleh dicapai. Bersifat realistik. Permasalahan kajian. Tiada standard khusus ttg.jumlah objektif yang perlu dirancang. Penentuan sama ada penyelidikan berjaya,separuh jaya atau gagal diukur berdasarkan pencapaian objektif.


CONTOH MENULIS OBJEKTIF KAJIAN TAJUK PENYELIDIKAN:PERSEPSI BUKAN MUSLIMTERHADAP ISLAM HADHARI Kajian ini mempunyai objektif berikut: Mengenalpasti masalah dalam perlaksanaan Islam Hadhari di kalangan bukan Muslim. Mengukur tahap kefahaman Islam Hadhari di kalangan bukan Muslim. Membandingkan kefahaman Islam Hadhari antara kalangan Muslim dan bukan Muslim. Mencadangkan cadangan masalah perlaksanaan Islam Hadhari di kalangan bukan Muslim.


Objektif dibentuk setelah masalah dikenal pasti. Objektif mesti jelas untuk menunjukkan apa yang hendak dicapai, juga memandu penyelidik tentang apa, bagaimana dan bila data dicerap. Oleh itu dalam membentuk objektif perlu menggunakan perkataan yang tepat dan boleh dicerap. Contoh: “mengetahui tahap motivasi” (kabur, dan kurang tepat) “menentukan skor ujian motivasi” (lebih sesuai) Objektif


CONTOH-CONTOH OBJEKTIF PENYELIDIKAN Mengenalpasti tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar tahun 3 dari teras disiplin yang berbeza iaitu Sains, Kejuruteraan dan Sains Sosial di Universiti Teknologi Malaysia Mengukur tahap motivasi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Inggeris Menentukan sejauhmana pembelajaran secara koperatif dapat meningkatkan pencapaian kemahiran menulis pelajar dalam bahasaArab Tinggi


CONTOH-CONTOH… Mengenal pasti tahap keupayaan pedagogi kandungan guru pelatih. Mengenal pasti perbezaan tahap keupayaan pedagogi kandungan guru pelatih mengikut jantina. Mengenal pasti perbezaan tahap keupayaan pedagogi kandungan guru pelatih mengikut program pengajian. Mengkaji kesan pendekatan konstruktivisme terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains.


CONTOH-CONTOH… Menjelaskan jenis komunikasi Internet yang berlaku antara ibubapa dan guru. Menghubungkaitkan kekerapan dan jenis komunikasi internet dengan pencapaian murid dalam kelas melalui pengukuran ujian.


Objektif dibentuk setelah masalah dikenal pasti. Objektif mesti jelas untuk menunjukkan apa yang hendak dicapai, juga memandu penyelidik tentang apa, bagaimana dan bila data dicerap. SM A R T SpecificMeasurableAchievableRealisticTime-frame Objektif


Kata Kerja Objektif


BAGAIMANA MASALAH KAJIAN BERBEZA DENGAN BAHAGIAN LAIN PENYELIDIKAN? Tajuk penyelidikan adalah perkara yang meluas , yang diutarakan dalam penyelidikan Masalah penyelidikan adalah isu atau permasalahan dalam penyelidikan Tujuan adalah keinginan umum atau objektif penyelidikan Persoalan kajian adalah apa yang penyelidik ingin menjawab dalam penyelidikan


PERBEZAAN ANTARATAJUK, MASALAH,TUJUAN DAN PERSOALAN Umum Khusus Tajuk Masalah Kajian Tujuan Kajian Soalan Kajian PJJ Kekurangan pelajar dalam kelas PJJ Mengkaji mengapa pelajar tidak hadir dalam kelas di pusat pembelajaran PJJ Adakah penggunaan laman web mengurangkan pelajar mengikuti kelas PJJ di pusat pembelajaran?


R U M U S A N


Objektif Kajian Objektif Umum menyatakan secara keseluruhan apakah tujuan kajian. Contoh Objektif Umum: 1. mengenal pasti kelemahan pelajar tahun 5 dalam aspek tatabahasa 2. Merangka tindakan pembaikan mengatasi kelemahan pelajar dalam tatabahasa


Objektif Khusus • Pastikan objektif boleh diukur/dikesan bukti • Berlandaskan tujuan/objektif tertentu •Setiap aktiviti mempunyai tujuan tertentu Contoh Objektif Khusus: 1. Meningkatkan keberkesanan penggunaan tatabahasa BM. 2. Menilai keberkesanan penggunaan permainan bahasa dalam meningkatkan prestasi tatabahasa.


Tuliskan Objektif Umum dan Objektif Khusus Berdasarkan Masalah Kajian Anda sekarang!.


Dr. Ismail bin Husin Pensyarah Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi IPGM KampusTawau PIMK3143 ELEMEN ASAS DALAM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PIMK3143 - Asas Penyelidikan Dalam Pendidikan


SOALAN KAJIAN Soalan kajian ditulis dalam bentuk soalan yang jelas, berfokus,selari serta dapat menjawab objektif kajian. Soalan kajian dibina berdasarkan permasalahan kajian untuk membantu pengkaji mencapai objektif kajian. Contoh Soalan Kajian: Apakah tahap kebimbangan prapertandingan dan corak motivasi pemain hoki MSSDHL? Adakah terdapat hubungan antara kebimbangan prapertandingan dengan corak motivasi pemain hoki MSSDHL? Adakah terdapat perbezaan kebimbangan prapertandingan dan corak motivasi antara pemain hoki lelaki dan pemain hoki perempuan? Adakah terdapat perbezaan kebimbangan prapertandingan dan corak motivasi antara kumpulan umur pemain hoki MSSDHL?


SOALAN KAJIAN Berdasarkan objektif kajian Dinyatakan dalam bentuk soalan‘apakah’,‘adakah’,‘bagaimanakah’ dan‘mengapakah’ Contoh:Adakah penggunaan boneka dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak?


HIPOTESIS KAJIAN Bagi kajian tinjauan,hipotesis merupakan satu bentuk pernyataan ramalan yang boleh diuji dan dibina berdasarkan kepada andaian yang berlandaskan bukti atau teori yang sesuai dan kukuh. Hipotesis menerangkan perkaitan/ perhubungan/ perbezaan yang dijangkakan antara dua atau lebih pemboleh ubah dengan jelas dan selari dengan pernyataan masalah.Hipotesis yang dibina mesti boleh diuji.


CONTOH HIPOTESIS KAJIAN: Hipotesis Nul H0:Tidak terdapat hubungan signifikan antara kebimbangan prapertandingan dengan corak motivasi pemain hoki MSSDHL. HipotesisAlternatif Ha:Terdapat hubungan signifikan antara antara kebimbangan prapertandingan dengan corak motivasi pemain hoki MSSDHL. Hipotesis Nul H0:Tidak terdapat perbezaan signifikan kebimbangan prapertandingan dan tahap motivasi antara pemain hoki lelaki dan pemain hoki perempuan MSSDHL. HipotesisAlternatif Ha:Terdapat perbezaan signifikan kebimbangan prapertandingan dan tahap motivasi antara pemain hoki lelaki dan pemain hoki perempuan MSSDHL.


Click to View FlipBook Version