Dr. Ismail bin Husin Pensyarah Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi IPGM KampusTawau PIMK3143 ASAS PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN PIMK3143 - Asas Penyelidikan Dalam Pendidikan
Konsep Penyelidikan KonsepPenyelidikan Definisi dan konsep Tujuan penyelidikan Ciri-ciri Penyelidikan Kepentingan penyelidikan tindakan Etika dalam Penyelidikan Jenis-jenis Penyelidian Pendekatan Penyelidikan
Definisi Penyelidikan □ Secara umumnya, kajian penyelidikan boleh didefinasikan sebagai mengumpul data, maklumat, dan fakta untuk meningkatkan pengetahuan (Shuttleworth, Definisi 2008), Penyelidikan Secara umunya, kajian penyelidikan boleh didefinasikan sebagai mengumpul data, maklumat, dan fakta untuk meningkatkan pengetahuan (Shuttleworth, 2008). Penyelidikan adalah satu proses langkahlangkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis maklumat untuk meningkatkan pemahaman tentang satu topik atau isu (Creswell, 2002).
Definisi Penyelidikan □ Secara umumnya, kajian penyelidikan boleh didefinasikan sebagai mengumpul data, maklumat, dan fakta untuk meningkatkan pengetahuan (Shuttleworth, 2008), □ Penyelidikan adalah ‘siasatan atau pemeriksaan terperinci; terutama penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan untuk penemuan dan interpretasi fakta, semakan teori diterima atau undang-undang berdasarkan fakta-fakta yang baru, atau aplikasi praktikal seperti teori atau undang-undang baru disemak semula’ (Webster, 2006).
□ Penyelidikan merupakan satu kaedah yang dilakukan untuk memastikan maklumat yang diperoleh munasabah dan disokong oleh data-data kualiti dan kuantiti (Chua, 2011). □ Kesimpulannya, penyelidikan dilakukan dengan mengumpul data (bagi berkaitan dengan suatu topik) daripada individu, kumpulan individu, bahanbahan dokumentasi, dan pelbagai sumber lain. Penyelidikan boleh diungkapkan secara ringkas melalui satu proses sistematik melibatkan proses merancang kaedah penyelidikan, mengumpul data, menghurai data, dan melaporkan maklumat (Chua, 2011).
Falsafah Penyelidikan Penyelidikan dilakukan untuk memberi jawapan kepada “ketidakpastian” atau mencari kebenaran bagi menerangkan sesuatu perkara atau fenomena yang telah, sedang, atau belum berlaku.
Menurut Gorg & Gall (1989), penyelidikan mempunyai rasional yang tertentu ke arah menyumbang kepada pembinaan pengetahuan baru. Menurut Weber (1993), penyelidikan dapat membantu penyelesaian masalah yang dihadapi dalam kehidupan. Tujuan Penyelidikan Dalam Pendidikan
Secara kesimpulan, rasional membuat penyelidikan adalah berasaskan sebabsebab berikut. i. Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku (prediction). ii. Penyelidikan dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan dengan fenomena yang dijangkakan, contohnya, jangkaan terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan.
1. Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program (Improvement). 2. Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau organisasi untuk memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untuk memperbaiki kelemahan yang ada. 3. Memberi penjelasan (explanation). 4. Penyelidikan dapat menjelaskan fenomena yang dikaji. 5. Menyediakan deskripsi sesuatu fenomena (Description). Tujuan Penyelidikan Dalam Pendidikan
6. Dapat menyediakan deskripsi berkaitan dengan bidang yang dikaji dalam membantu untuk memahami fenomena yang dikaji. 7. Menyediakan maklumat statistik yang diperlukan oleh pihak tertentunya. Contohnya, Policy Makers. 8. Membantu menyelesaikan masalah (Problem Solving). 9. Dapat membantu ke arah penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang berlaku.
Apakah refleksi anda tentang gambar ini ????
Apalah refleksi anda tentang kejadian dalam kelas bagini ??
Bagaimana saya boleh memperbaiki amalan saya?? Kenapa susah pelajar nak faham bab ni..?? Apakah kaedah yg paling sesuai utk mengajar tajuk ini
Penyelidikan sebagai pendekatan yang saintifik dalam menghasilkan ilmu mempunyai dua ciri utama, iaitu ia dijalankan mengikut langkah- langkah yang logikal dan mematuhi kaedah saintifik. (a) Langkah- langkah logikal □ Mengenal pasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan berkaitan. □ Melakukan tinjauan literatur untuk memahami bagaimana orang lain telah menghadapi/ menyelesaikan masalah/isu. Ciri- ciri penyelidikan dalam pendidikan
□ Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperoleh keputusan yang sah. □ Menganalisis data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu. □ Membuat kesimpulan dan generalisasi.
□ (b) Penyelidikan perlu mematuhi suatu kaedah saintifik. Ini bermakna ia dapat mengintegrasikan keterangan induktif dan deduktif. I. Keterangan Induktif : daripada kenyataan-kenyatan khusus kepada kenyataan umum. □ eg. Seorang penyelidik membuat pemerhatian tentang masalah disiplin murid. Setelah penyiasatan, beliau akan membina jangkaan tertentu. Ciri- ciri Penyelidikan Dalam Pendidikan
II. Keterangan Deduktif : daripada kenyataan umum kepada kenyataan-kenyataan khusus □ “Seorang guru yang tidak terlatih, tidak akan menggunakan BBM semasa dia mengajar”
1.4 Etika Penyelidikan Tindakan Penyelidik perlu menyatakan sepenuhnya identiti dan latar belakangnya kepada responden. Dapatan penyelidikan perlu dilaporkan secara jujur dan ikhlas. Mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa dan responden. Maklumat daripada responden dirahsiakan.
□ Pendekatan ‘positivis’ (Penyelidikan Kuantitatif) □ Proses penyelidikan dilakukan secara objektif. □ Menggunakan instrumen untuk mengukur pembolehubah tertentu. □ Data dianalisis secara numerik dan juga secara statistik. □ Bersifat Kuantitatif. □ Untuk mendapatkan penjelasan. □ Membuat pembuktian atau mengesahkan. □ Untuk membuat generalisasi.
Pendekatan ‘interpretif’ (Penyelidikan Kualitatif) □ Proses penyelidikan yang dilakukan untuk membolehkan penyelidik memahami fenomena yang dikaji melalui penelitian kepada subjek yang yang ada dalam fenomena itu. □ Makna dan kefahaman diperolehi melalui pentafsiran secara subjektif melalui pemerhatian, dokumen atau temubual. Pendekatan Penyelidikan
□ PENYELIDIKAN ASAS □ PENYELIDIKAN GUNAAN □ PENYELIDIKAN TINDAKAN □ PENYELIDIKAN PENILAIAN
Maksud Merupakan kajian yang dijalankan sebagai permulaan sesuatu kajian ke atas fenomena atau isu atau situasi sebelum menjalankan kajian lanjut. Penyelidikan ini mementingkan penemuan pengetahuan hasil kajian yang dijalankan.
Tujuan Untuk menguji sesuatu teori dalam tingkah laku sosial. Untuk menguji samada sesuatu teori masih boleh digunakan dalam keadaan semasa atau memerlukan penambahbaikan mengikut keadaan semasa. Menjelaskan sesuatu corak tingkah laku dalam sosial. Memahami sesuatu fenomena, konsep dan kejadian serta menambahkan maklumat mengenai masalah yang dikaji asas ialah kajian tinjauan.
Tujuan; □ Untuk menerokai dan mengenal pasti masalah bagi tujuan merancang strategi dan tindakan untuk menyelesaikan masalah berkenaan. □ Mengenal pasti impak dan kesan sesuatu fenomena atau teori ke atas sesuatu tingkah laku sosial yang dikaji. □ Menentukan impak atau kesan daripada intervensi yang diberikan ke atas sesuatu fenomena/ isu dalam pendidikan. □ Menyelesaikan masalah tingkah laku sosial.
Maksud □ Merupakan satu bentuk penyelidikan gunaan. Penyelidikan ini berbentuk inkuiri refleksi kendiri melalui tindakan praktik/ intervensi mereka sendiri. Tujuan □ Memberikan atau meningkatkan kualiti amalan penyelidik di samping meningkatkan kefahaman tentang amalan yang dilakukan. □ Untuk mengkaji kesan atau hasil daripada sesuatu intervensi sosial (perubahan terencana dlm komuniti) yang dilaksanakan. PENYELIDIKAN TINDAKAN
□ Untuk memperkenalkan inovasi dan pembaharuan dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan di bilik darjah atau luar bilik darjah. □ Penglibatan diri dalam inkuiri refleksi amalan kendiri bertujuan meningkatkan tahap proses pengajaran dalam pendidikan.
□ Penyelidikan penilaian merupakan suatu bentuk penyelidikan gunaan yang boleh digunakan untuk mengkaji kesan atau hasil daripada sesuatu intervensi sosial. □ Melibatkan proses seperti merancang program, mengurus pelaksanaan dan kesannya. □ Contoh: kajian eksperimen
Dr. Ismail bin Husin Pensyarah Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi IPGM KampusTawau PIMK3143 ASAS PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN PIMK3143 - Asas Penyelidikan Dalam Pendidikan
□ Terdapat pelbagai jenis reka bentuk penyelidikan yang boleh digunakan mengikut tujuan, objektif, persoalan dan tumpuan kajian yang ingin dijalankan.
PENYELIDIKAN KUANTITATIF (positivis) PENYELIDIKAN KUALITATIF (interpretatif) □ Kajian Eksperimental □ Kuasi-eksperimental □ Kajian tinjauan □ Kajian kolerasi □ Kajian etnografi □ Kajian kes □ kajian sejarah
□ Dijalankan untuk mendapatkan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu perkara atau fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi (Gay & Airasian, 2000) □ Persoalan kajian dalam bentuk hipotesis (Ho, Ha) A. PENYELIDIKAN KUANTITATIF
□ Menggunakan eksperimen yang melibatkan data- data numerik yang boleh menggunakan analisis statistik. □ Analisis statistik digunakan ialah ANOVA, Ujian-T dan MANOVA. Kelemahan: Tidak dapat menjelaskansepenuhnya kebanyakan masalah dalam pendidikan. Juga tidak dapat menjelaskan kenapa dan mengapa.
□ Kajian yang dijalankan untuk menentukan keberkesanan sesuatu rangsangan, rawatan atau intervensi ke atas pemboleh ubah bersandar (DV). □ Dalam kajian eksperimen, pemboleh ubah tidak bersandar (IV) dimanipulasi manakala pemboleh ubah bersandar tidak berubah. □ Kajian ini tidak digunakan dalam kajian sains sosial kerana kesukaran mengawal perubahan yang berlaku dalam persekitaran. 1. KAJIAN EKSPERIMENTAL
□ Kajian yang digunakan untuk menilai keberkesanan suatu program apabila responden kajian tidak dapat diagihkan secara rawak. □ Kajian ini diperlukan untuk menggantikan reka bentuk eksperimen sebenar apabila pemilihan responden kajian tidak dapat dilakukan secara rawak. □ 2 kumpulan responden yang dipilih mestilah tidak seimbang dan tidak mempunyai ciri-ciri yang sama (kumpulan rawatan & kawalan). □ Kajian ini digunakan untuk menggantikan reka bentuk eksperimen tulen apabila proses pemilihan responden kajian secara rawak tidak dilakukan oleh penyelidik (Chua, 2006). 2. KAJIAN KUASI- EKSPERIMEN
. □ Merupakan satu kaedah penyelidikan bukan berbentuk eksperimen yang paling popular terutama dalam bidang sains sosial. □ Kajian ini digunakan untuk mendapatkan maklumat responden yang ramai dan mendapatkan persepsi yang menyeluruh daripada satu populasi. □ Ada 2 jenis: 1-Kajian tinjauan ‘cross-sectional’-jangka masa tertentu/ singkat 2-Kajian tinjauan ‘longitudinal’-jangka masa panjang.
. Ciri- cirinya: a. Kajian menyeluruh mengenai sesuatu isu atau masalah Kutipan data yang cepat b. Pengggunaan saiz sampel yang besar c. Maklumat dipungut secara terus daripada responden dalam masa yang singkat d. Dapat membuat kenyataan umum untuk sesuatu populasi kajian (Chua, 2006). Cara pemilihan sampel Persampelan rawak mudah (simple random sampling) Persampelan berstrata (stratified sampling) Persampelan sistematik (systematic sampling) Sering menggunakan soal selidik (cluster sampling).
□ Merupakan kajian kuantitatif. □ Dijalankan untuk menentukan perhubungan antara dua pemboleh ubah (DV, IV) kajian misalnya penyelidik ingin mengetahui hubungan antara stres pelajar dan keputusan akademik pelajar. 4. KAJIAN KORELASI (Pearson Correlation r)
Ada 2 bentuk korelasi iaitu : 1. Kolerasi berbentuk positif-tahap stres meningkat, keputusan peperiksaan meningkat. 2. Kolerasi berbentuk negatif atau songsang-jika tahap stres meningkat, keputusan peperiksaan menurun. □ Menggunakan analisis berbentuk regresi untuk menentukan kekuatan hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah dalam kajian. □ Analisis laluan (path analysis) juga digunakan untuk menentukan hubungan antara beberapa pemboleh ubah kajian.
□ Kajian kualitatif adalah kajian ke atas sesuatu situasi dan individu untuk mendapatkan maklumat secara terperinci serta mendalam. □ Kajian ini dijalankan dalam suatu kawasan yang kecil melibatkan individu dalam kawasan berkenaan sahaja. □ Ia bertentangan dengan kajian tinjauan □ Contoh: kajian etnografi, kajian kes dan kajian sejarah. B. PENYELIDIKAN KUALITATIF
□ Data dikutip melalui teknik pemerhatian, temu bual, penulisan diari dan analisis dokumen. □ Persoalan kajian lazimnya menjawab soalan ‘kenapa’ dan ‘bagaimana’ sesuatu perkara yang dikaji berlaku. □ Kajian ini menggunakan persampelan bertujuan, persampelan kriteria, ‘snowball’, rawak bertujuan dan rawak mudah. □ Analisis data kualitatif : ‘data reduction’ dan ‘data display’ .
□ Merupakan kajian yang biasa dijalankan oleh ahli sosiologi dan antropologi dalam sesuatu masyarakat urut serta dan temu bual mendalam atau komuniti. □ Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan untuk mengenal pasti dari aspek budaya, tingkah laku, corak interaksi sosial pemikiran dan cara hidup masyarakat atau komuniti berkenaan. □ Memerlukan jangka masa panjang (6 bulan-1 tahun) □ Penyelidik perlu melibatkan diri dalam kelompok dan masyarakat yang dikaji. □ Pengumpulan data melalui pemerhatian. 1. KAJIAN ETNOGRAFI
□ Kajian yang dijalankan tidak melibatkan populasi tetapi hanya individu atau kumpulan yang telah dikenal pasti oleh penyelidik (terutama dalam bidang pendidikan) □ Maklumat yang diperolehi amat teliti dan mendalam. □ Memerlukan huraian yang holistik dan menyeluruh. □ Kajian ini menjawab soalan ‘bila’, bagaimana’ dan ‘mengapa’. □ Alat kajian: soal selidik, temu bual, pemerhatian dan penelitian dokumen. 2. KAJIAN KES
□ Kajian untuk mengumpul data secara objektif Terhadap peristiwa yang telah berlaku pada masa lepas. □ Ia menghurai peristiwa lampau dan meramal peristiwa yang akan berlaku pada masa depan. □ Penyelidik perlu menjalankan kajian dengan telus, jujur dan mengelakkan diri daripada dipengaruhi idea, pandangan dan pengalaman sendiri. □ Data dikumpul melalui maklumat utama dan sekunder. 3. KAJIAN SEJARAH
1.Maklumat utama diperolehi daripada orang yang mengalami situasi dan peristiwa tersebut. 2.Maklumat sekunder –maklumat yang diperolehi daripada kajian literatur dan orang yang terdekat dengan orang yang mengalami sendiri peristiwa tersebut dan yang berada di tempat kejadian. 3. Kajian sejarah bergantung kepada dokumen seperti surat, artikel, minit mesyuarat, teks dalam majalah, rakaman video.
“Focus on making yourself better, not on thinking that you are better” - Bohdi Sanders