The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sienmiell, 2020-07-04 23:42:54

JURNAL PENYELIDIKAN AMIRUL MUHAIMIN

PISMP PAI Ambilan Jun 2016

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2016

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2016

PENGETAHUAN DAN KESEDIAAN GURU PENDIDIKAN ISLAM TERHADAP
PENGGUNAAN MULTIMEDIA DALAM PEMBELAJARAN DAN

PEMUDAHCARAAN PENDIDIKAN ISLAM DI SEKOLAH RENDAH
DAERAH TAWAU

¹Amirul Muhaimin Ashri & ²Ismail Husin (Ph.D)
Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Sabah

[email protected] & [email protected]

Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau pengetahuan dan kesediaan Guru
Pendidikan Islam (GPI) terhadap penggunaan multimedia dalam pembelajaran dan
pemudahcaraan (PdPC) di sekolah rendah daerah Tawau. Tiga aspek telah dikaji bagi
menjawab persoalan kajian iaitu tahap pengetahuan, kesediaan dan penggunaan
terhadap multimedia. Reka bentuk kajian yang digunakan oleh pengkaji ialah
penyelidikan kuantitatif jenis kajian tinjauan. Pengkaji menggunakan soal selidik
sebagai instrumen dan data dianalisis menggunakan perisian SPSS yang terkini. Data
dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif bagi menilai tahap pengetahuan,
kesediaan dan penggunaan multimedia dalam PdPC serta analisis statistik inferensi
Korelasi Pearson bagi menjawab hipotesis. Hasil dan dapatan kajian menunjukkan
tahap pengetahuan GPI sekolah rendah di daerah Tawau berada pada tahap yang
tinggi manakala tahap kesediaan GPI juga berada pada tahap yang tinggi dan tahap
penggunaan GPI juga berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, hipotesis nul telah
ditolak iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan dan
kesediaan GPI terhadap penggunaan multimedia dalam PdPC Pendidikan Islam.
Beberapa cadangan telah dikemukakan dalam kajian ini untuk meningkatkan lagi
penggunaan multimedia dalam PdPC Pendidikan Islam khususnya. Kajian ini juga
diharap dapat membantu pihak sekolah, guru dan Kementerian Pendidikan Malaysia
khususnya Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dalam menambah baik usaha atau
program ke arah penyediaan guru yang berkemahiran, berpengetahuan serta
bersedia untuk melaksanakan tugas dengan lebih optimum.

Kata kunci: Pengetahuan; Kesediaan; Penggunaan; Guru Pendidikan Islam;
Multimedia

Pengenalan

Dasawarsa, perkembangan pesat dalam bidang teknologi membawa banyak
perubahan terhadap kaedah pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dalam kalangan
guru-guru di sekolah. Perkembangan terkini menyaksikan multimedia menjadi medium
utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu murid-
murid membina pengetahuan baharu dalam semua bidang (Lechner & Boli, 2009).
Dalam konteks pendidikan, penggunaan alat teknologi perlu dimanfaatkan oleh guru
sepenuhnya agar dapat mewujudkan suasana PdPC yang lebih bermakna dan
menarik perhatian murid (KPM, 2013).

Pernyataan Masalah

Menurut Norsidah et al. (2012) menjelaskan bahawa penggunaan multimedia dalam
kalangan guru sekolah rendah masih kurang dilaksanakan kerana kurang

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2016

pengetahuan dan kesediaan. Hal ini kerana kurangnya penggunaan multimedia dalam
pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Islam dikaitkan dengan kaedah
pengajaran yang pasif dan tidak inovatif serta terlalu terikat dengan tradisi lama.
Justeru itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap pengetahuan dan kesediaan GPI
terhadap penggunaan multimedia dalam PdPC pendidikan Islam.

Objektif dan Soalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan:
1. Mengenalpasti tahap pengetahuan guru Pendidikan Islam terhadap multimedia
dalam pengajaran Pendidikan Islam.
2. Mengenalpasti tahap kesediaan guru Pendidikan Islam terhadap multimedia
dalam pengajaran Pendidikan Islam.
3. Mengenalpasti tahap penggunaan guru Pendidikan Islam terhadap multimedia
dalam pengajaran Pendidikan Islam.
4. Mengenalpasti hubungan antara pengetahuan guru Pendidikan Islam dengan
penggunaan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Islam.
5. Mengenalpasti hubungan antara kesediaan guru Pendidikan Islam dengan
penggunaan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Islam.

Berdasarkan permasalahan kajian dan objektif kajian yang dinyatakan, kajian ini
mencari jawapan bagi persoalan-persoalan berikut:

1. Apakah tahap pengetahuan guru Pendidikan Islam terhadap multimedia dalam
pengajaran Pendidikan Islam?

2. Apakah tahap kesediaan guru Pendidikan Islam terhadap multimedia dalam
pengajaran Pendidikan Islam?

3. Apakah tahap penggunaan guru Pendidikan Islam terhadap multimedia dalam
pengajaran Pendidikan Islam?

4. Adakah terdapat hubungan antara pengetahuan guru Pendidikan Islam
dengan penggunaan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Islam?

5. Adakah terdapat hubungan antara kesediaan guru Pendidikan Islam dengan
penggunaan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Islam?

Metodologi

Reka bentuk kajian yang dipilih adalah berbentuk kuantitatif dan berdasarkan kaedah
tinjauan yang mensasarkan guru Pendidikan Islam sekolah rendah di daerah Tawau.
Di samping itu, pemilihan reka bentuk kajian adalah berbentuk deskriptif dan inferensi
bagi mendapatkan maklumat data sampel daripada populasi yang besar. Bagi
menganalisis data secara inferensi, pengkaji telah menggunakan korelasi Pearson.
Selain itu juga, bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan pengetahuan dan
kesediaan, satu set soal selidik digunakan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian
yang telah dikemukakan.

Dapatan Kajian

Hasil dapatan yang diperoleh melalui soal selidik dikumpulkan dan dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS versi 25.0. Analisis latar belakang responden melibatkan
demografi seperti jantina, tempoh perkhidmatan dan lokasi sekolah. Responden
kajian adalah terdiri daripada 17 orang guru lelaki dan 93 orang guru perempuan.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2016

Lokasi sekolah pula menunjukkan seramai 78 orang guru mengajar di sekolah yang
terletak di kawasan bandar dan 32 orang guru mengajar di luar bandar. Dari aspek
tempoh perkhidmatan, 52 orang guru mengajar telah berkhidmat selama 1 hingga 10
tahun, 38 orang telah berkhidmat selama 11 hingga 20 tahun dan 20 orang mempunyai
tempoh perkhidmatan selama 21 tahun ke atas. Rumusan demografi responden
adalah seperti yang tertera pada jadual 1.

Jadual 1 Kategori Kekerapan Peratusan
Profil responden kajian (%)
Lelaki 17 15.5
Demografi Perempuan 93 84.5
Jantina 78 70.9
Bandar 32 29.1
Lokasi Sekolah Luar Bandar 52 47.3
Tempoh Perkhidmatan 1 hingga 10 tahun 38 34.5
11 hingga 20 tahun 20 18.2
21 tahun ke atas

Berdasarkan jadual 2, hasil analisis mendapati tahap pengetahuan GPI terhadap
penggunaan multimedia dalam PdPC Pendidikan Islam berada pada tahap tinggi. GPI
bersetuju bahawa mereka tahu cara penyimpanan data ke dalam media storan seperti
cakera mudah alih (traveling disk/pendrive). Namun begitu, bagi item tahu
menggunakan perisian multimedia merekodkan bacaan min yang paling rendah.
Walau bagaimanapun, ianya tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dan masih
memberi nilai min yang tinggi bagi tahap pengetahuan GPI.

Jadual 2
Analisa Tahap Pengetahuan GPI Terhadap Penggunaan Multimedia

No Item Min Tahap
Item SP Min

4. Tahu menggunakan perisian multimedia. 4.33 Tinggi
0.56 Tinggi
5. Tahu multimedia membantu menjadikan pengajaran lebih kreatif kepada Tinggi
murid. 4.38 Tinggi
0.49 Tinggi
6. Tahu cara memperoleh bahan bantu mengajar tambahan melalui internet. 4.34 Tinggi
0.49 Tinggi
7. Percaya bahawa multimedia boleh membantu meningkatkan minat dan 4.44 Tinggi
pencapaian murid dalam Pendidikan Islam. 0.50 Tinggi
4.49 Tinggi
8. Tahu penggunaan multimedia seperti laman web, internet, e-mel dan 0.52 Tinggi
sebagainya. 4.48 Tinggi
0.53 Tinggi
9. Percaya penggunaan multimedia dalam pengajaran pendidikan Islam 4.49
boleh memberi kesan baik kepada murid. 0.60
4.49
10. Multimedia merangkumi gabungan teks, bunyi, animasi, gambar, dan 0.52
media interaktif yang menarik. 4.45
0.58
11. Pengajaran secara multimedia lebih menarik minat murid untuk belajar. 4.46
0.52
12. Pernah menggunakan multimedia secara elektronik. 4.45
0.54
13. Tahu cara mengendalikan kelas menggunakan multimedia terutama 4.52
melibatkan komputer dan projektor. 0.55
4.45
14. Tahu cara penyimpanan data ke dalam media storan seperti cakera
keras.

15. Tahu cara penyimpanan data ke dalam media storan seperti cakera
mudah alih (traveling disk/pendrive).
Min Keseluruhan

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2016

Manakala Jadual 3 merujuk kepada analisa tahap kesediaan GPI terhadap
penggunaan multimedia dalam PdPC Pendidikan Islam. Min keseluruhan bagi
kontsruk tahap kesediaan GPI terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran
Pendidikan Islam adalah tinggi. GPI bersetuju bahawa mereka pernah mengajar
melalui tayangan video berkaitan topik-topik tertentu. Namun begitu, min terendah
adalah item GPI pernah mengendalikan kuiz secara multimedia dalam kelas.Pelbagai
faktor mungkin mempengaruhi tahap kesediaan GPI seperti cabaran capaian internet
dan juga kekurangan infrastruktur di sekolah.

Jadual 3
Analisa Tahap Kesediaan GPI Terhadap Penggunaan Multimedia

No Item Min Tahap
Item SP Min
16. Setuju bahawa multimedia boleh menjadi antara bahan bantu mengajar 4.46
yang berkesan. 0.54 Tinggi
17. Pernah mengajar melalui tayangan video berkaitan topik-topik tertentu. 4.51 Tinggi
0.50 Tinggi
18. Yakin menggunakan multimedia dalam pengajaran dan pemudahcaraan 4.50 Tinggi
(PdPC) Pendidikan Islam. 0.52
19. Sedia untuk meneroka aspek multimedia dalam pengajaran bagi 4.42 Tinggi
meningkatkan pencapaian murid. 0.51 Tinggi
Tinggi
20. Sedia mengajar menggunakan multimedia secara elektronik. 4.50 Tinggi
Tinggi
0.50

21. Pernah mengendalikan kuiz secara multimedia dalam kelas. 4.26

0.54

22. Mengajar menggunakan multimedia boleh membantu meningkatkan 4.43

minat murid terhadap isi pembelajaran. 0.52

23. Positif bahawa penggunaan multimedia boleh diintegrasikan dalam 4.43

pengajaran. 0.52

Min Keseluruhan 4.44

Manakala Jadual 4 merujuk kepada analisa tahap penggunaan GPI terhadap
multimedia dalam PdPC Pendidikan Islam. Min keseluruhan bagi kontsruk tahap
kesediaan GPI terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Islam
adalah tinggi iaitu 4.52. Min tertinggi iaitu GPI menggunakan perisian multimedia di
rumah untuk mencari bahan pengajaran dan pemudahcaraan. Namun begitu, min
terendah adalah GPI menggunakan multimedia dalam penyediaan bahan pengajaran.

Jadual 4
Analisa Tahap Penggunaan GPI Terhadap Multimedia

No Item Min Tahap
Item SP Min
24. Menggunakan multimedia dalam penyediaan bahan pengajaran. 4.42 Tinggi
0.50
25. Menggunakan perisian multimedia untuk menyimpan rekod pelajar. 4.47 Tinggi
0.50
26. Menggunakan perisian multimedia untuk membantu dalam analisis 4.45 Tinggi
peperiksaan. 0.50
4.52 Tinggi
27. Menggunakan multimedia untuk membantu dalam proses pengajaran 0.50
dan pembelajaran. 4.63 Tinggi
0.49
28. Menggunakan perisian multimedia di rumah untuk mencari bahan 4.57 Tinggi
pengajaran dan pemudahcaraan. 0.50
4.54 Tinggi
29. Menggunakan perisian multimedia sewaktu memberikan latih tubi 0.52
kepada pelajar. 4.52 Tinggi

30. Menggunakan ruang sembang di internet untuk berkomunikasi sesama
guru.
Min Keseluruhan

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2016

Berdasarkan Jadual 5, jika dilihat Nilai Korelasi Pearson (r) untuk hubungan antara
pengetahuan dengan pelaksanaan adalah sebanyak 0.618 > 1.0. Daripada nilai
tersebut juga dapat disimpulkan bahawa terdapat hubungan atau korelasi antara
kedua pembolehubah tersebut.

Jadual 5
Hubungan Antara Pengetahuan Guru Dengan Penggunaan Multimedia

Pengetahuan Penggunaan

Pengetahuan Pearson Correlation 1 .618**
.000
Sig. (2 tailed) .618** 110
.000
N 110 1

Penggunaan Pearson Correlation

Sig. (2 tailed)

N

** Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.01 (2-tailed).

Berdasarkan Jadual 6, jika dilihat Nilai Korelasi Pearson (r) untuk hubungan antara
pengetahuan dengan pelaksanaan adalah sebanyak 0.722 > 1.0. Daripada nilai
tersebut juga dapat disimpulkan bahawa terdapat hubungan atau korelasi antara
kedua pembolehubah tersebut.

Jadual 6
Hubungan Antara Kesediaan Guru Dengan Penggunaan Multimedia

Kesediaan Penggunaan

Kesediaan Pearson Correlation 1 .722**
.000
Sig. (2 tailed) .722** 110
.000
N 110 1

Penggunaan Pearson Correlation

Sig. (2 tailed)

N

** Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.01 (2-tailed)

Kesimpulan, Cadangan dan Implikasi

Hasil analisis data pada konstruk item bagi soal selidik bahagian pertama merekodkan
kesemua item yang ditadbir mencapai tahap min yang tinggi. Dapatan kajian ini
bertentangan dengan kajian Aluyah (2011) yang menyatakan min keseluruhan tentang
faktor pengetahuan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pemudahcaraan
al-Quran adalah sederhana. Manakala, dapatan kajian adalah selari dengan tahap
pengetahuan guru terhadap bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat
dalam pengajaran j-QAF (Siti Fatimah dan Ab. Halim 2010).

Perbincangan untuk persoalan kedua kajian dilaksanakan pada item enam
belas hingga item kedua puluh tiga. Secara keseluruhan, GPI bersedia dalam
mengaplikasikan penggunaan multimedia dalam PdPC Pendidikan Islam. Dapatan ini
juga selari dengan kajian Maimun Aqasha Lubis (2017) yang menyatakan kesediaan
guru terhadap penggunaan multimedia berada pada tahap yang tinggi. Hasil analisis
pada bahagian konstruk yang ketiga dilakukan pada item dua puluh empat hingga item
ketiga puluh. Keseluruhan dapatan analisis menunjukkan bahawa penggunaan
multimedia oleh guru dalam PdPC Pendidikan Islam berada pada tahap tinggi.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2016

Dapatan ini bertentangan dengan kajian Abd Halim et al. (2004) tentang penggunaan
teknologi komputer yang mencatatkan nilai min yang sederhana rendah.

Dalam kajian ini juga menyatakan persoalan yang keempat iaitu mencari
hubungan antara pengetahuan dengan penggunaan terhadap multimedia dalam
PdPC Pendidikan Islam. Secara keseluruhan, dapatan kajian mengenai hubungan
antara pengetahuan terhadap penggunaan multimedia adalah berada pada tahap
tinggi. Oleh itu, kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
aspek pengetahuan seseorang guru terhadap penggunaan multimedia semasa sesi
PdPC Pendidikan Islam. Kajian ini juga menyatakan persoalan yang kelima iaitu
mencari hubungan antara kesediaan dengan penggunaan multimedia dalam PdPC
Pendidikan Islam. Secara keseluruhan, dapatan kajian mengenai hubungan antara
kesediaan dengan penggunaan multimedia adalah berada pada tahap tinggi. Secara
tidak langsung, hasil kajian juga jelas menunjukkan bahawa terdapatnya satu
perkaitan yang signifikan di antara pembolehubah kesediaan guru terhadap
penggunaan multimedia dalam PdPC Pendidikan Islam.

Cadangan yang boleh dilakukan pada masa akan datang adalah pengkaji
boleh menambah demografi responden serta meluaskan lagi skop dan batasan kajian.
Selain itu, kajian lanjutan yang dicadangkan adalah pengkaji turut mengenal pasti
adakah faktor demografi mempengaruhi dapatan kajian. Seterusnya, bagi
mendapatkan keputusan yang lebih autentik, lebih jelas dan lebih mendalam
mengenai penggunaan multimedia, dicadangkan kajian menggunakan pendekatan
gabungan kuantitatif dan kualitatif.. Cadangan kajian lanjutan ini boleh dilaksanakan
pada peringkat Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah. Beberapa item tahap
pengetahuan dan kesediaan boleh diambil perhatian oleh para guru untuk berusaha
mengikuti kursus dalaman atau luaran bagi mengingkatkan pengetahuan supaya
dapat menggunakannya secara maksimum dengan kemahiran yang betul. Melalui
penggunaan multimedia, murid-murid dapat memahami apa yang diajar dengan lebih
jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan
hasil daripada penggunaan multimedia. Oleh itu, pembelajaran untuk semua dapat
diterapkan oleh guru kepada semua murid tanpa mengira latar belakang dan
perbezaan yang ada.

Tuntasnya, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa penggunaan
multimedia sangat bermanfaat kepada guru dan murid. Kegunaannya sangat meluas
dan ia amat efektif dalam membantu para guru menyampaikan pelajaran dengan lebih
baik di samping guru juga dapat melakukan tugasnya dengan lebih berkesan.
Berdasarkan kajian ini kebanyakan guru telah memahami tentang kepentingan
penggunaan multimedia dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Islam.
Cadangan kajian tindakan susulan juga telah disertakan.

Rujukan

Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri
Abdul Rahim dan Khadijah Abdul Razak. (2004). Keberkesanan kaedah pdp
Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Bangi: Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aluyah Binti Suhai. (2011). Keberkesanan penggunaan TMK dalam pengajajaran dan
pembelajaran al-Quran di SK. Abang Haji Matahir, Sarikei. OUM

Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Shah Alam: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2016

Kementerian Pelajaran Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Lechner, F. J. & Boli, J. (2009). The globalization reader. Oxford: Blackwell Publisher
Maimun Aqsha Lubis (2017). Tahap Pengetahuan Dan Kesediaan Guru-Guru

Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Selangor Terhadap Penggunaan
Multimedia Dalam Pengajaran Pendidikan Islam. Journal on Islam and
Civilization. 1-13.
Mohaidin. (1999). Konstruktivisme: Aplikasinya dalam reka bentuk pembelajaran
berasaskan web. In Yusup Hashim & Razmah Man. (Eds.), Teknologi
instruksi dan pendidikan bestari: Persediaan dan cabaran dalam alaf baru.
Pp. 1-14. Kuala Lumpur: Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia
Mohd. Izham Mohd. Hamzah & Noraini Attan (2007). Tahap kesediaan guru sains
dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Teknologi. 45-6
Norizah (2002). Pembangunan dan keberkesanan pakej multimedia berasaskan
pendekatan hybrid dalam mata pelajaran matematik (matriks) Tingkatan 4
sekolah bestari. Tesis Ph. D. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norizan Abdul Razak , Maimun Aqsha Lubis, Mohamed Amin Embi & Ramlee
Mustapha. (2010). I Tahap pengintegrasian TMK dan kewujudan kondisi ELY
yang menyokong pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru
sekolah rendah. I Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.
Norsidah, Rosnaini & Mokhtar. (2012). USM Apex University Status: Transforming
higher education for a sustainable tomorrow. The Malaysian journal of
medical sciences: MJMS, 16 (1), 1.
Siti Fatimah Ahmad dan Abdul Halim Tamuri. (2010). Persepsi guru terhadap
penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dalam
pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education. 2(2): 53-64.

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2016

Jurnal Penyelidikan PISMP PI Ambilan Jun 2016


Click to View FlipBook Version